Free Essay

Akhlak

In:

Submitted By faredline89
Words 803
Pages 4
Apa itu akhlak?

Menurut bahasa:
Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri.

Menurut istilah:
Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.

Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagaikeadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.

Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

Pengertian Akhlak menurut Islam

Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya.

Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut:

Satu ilmu yang membahaskan tata nilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).

Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.

Dengan kata lain, akhlak ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.

Skop dan ruang lingkup akhlak dalam Islam

Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik dan buruk (good and bad), betul dan salah (true and false). Penilaian ini berlaku dalam semua lapangan kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu itu? Apakah alat pengukur yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk, betul atau salah, benar atau palsu? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmu akhlak.

Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang menjadikan kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam kehidupan. Ada pula yang menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan, ada yang mencari nama dan kemasyhuran. Ada juga yang berusaha mencai ilmu pengetahuan dan ada pula golongan yang memandang remeh terhadap kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat zuhud di dunia; memadai dengan kehidupan yang sederhana. Mereka lebih menumpukan peningkatan rohaniyyah dengan mementingkan persoalan hidup akhirat.

Perbezaan pandangan inilah yang meneyebabkan timbulnya beberapa aliran di dalam memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat dijadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yang seharusnya dicapai oleh manusia. Oleh itu, tentulah di sebalik pandangan atau perbezaan ituada satu matlamat hakiki yang wajib dituntut oleh manusia. Apabila sesuatu perilaku atau perbuatan manusia itu selaras dengan neraca timbangan tersebut, itulah yang dikatakan baik dan sebaliknya yang tidak selaras dengan ukuran tersebut itulah yang dikatakan buruk atau jahat dan sebagainya.

Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu akhlak, iaitu ilmu yang menerangkan tentang baik dan buruk, dan juga menerangkan sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang dalam perjalanan hidupnya di dunia ini. Ilmu ini juga cuba menerangkan matlamat yang seharusnya dituju oleh manusia dan juga menggariskan jalan-jalan yang seharusnya dilalui untuk melaksanakan sesuatu dalam hidup ini.

Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang berlaku pada manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan, detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop ilmu akhlak. Jadi tidaklah boleh diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai baik atau buruk.

Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar, sama ada hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar, hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya, semuanya mengandungi nilai akhlak. Segala tindakan manusia baik yang berupa peribadi mahupun bersifat sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka yang terlibat di dalam dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa.
Jadi bidang akhlak itu hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan manusia yang dilakukan dalam lingkungan dan suasana berikut:
Dilakukan dengan sedar dan niat.
Dilakukan denganikhtiar sendiri.
Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan lupa atau bersalah.

Similar Documents

Free Essay

Titas

...1.Mengapakah islam berhubungkait dengan unsur unsur keagamaan seperti aqidah,syariah dan akhlak? Sila sokong hujah anda dengan contoh dan peristiwa yang sesuai [ 8m] Islam adalah Ad-Din yang diturunkan oleh Allah S.w.T melalui perantaraan nabi Muhammad S.A.W. Islam adalah satu cara hidup yang lengkap merangkumi semua aspek hidup manusia . Pengertian islam dari segi syarak ialah mentauhidkan Allah S.W.T patuh dan tunduk kepada Allah serta berimandengan ajaran yang dibawa oleh para rasul yang diutuskan Allah S.W.T . Islam merangkumi aspek akidah, syariah dan akhlak yang semuanya telah dihuraikan oleh Rasullullah S.A.W semasa hayat baginda dan di ikuti oleh para sahabat serta umat islam. Islam berhubungkait dengan unsur-unsur keagamaan seperti akidah, syariah dan akhlak kerana ianya merupakan asas tamadun islam. Akidah merupakan dasar terpenting dalam islam. Akidah dalam islam merupakan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa seorang muslim. Asas-asas akidah islam terbahagi kepada enam perkara iaitu Beriman kepada Allah S.W.T, beriman kepada Malaikat, Beriman kepada Kitab-kitab, beriman kepada Rasul-rasul beriman kepada Hari akhirat dan beriman kepada Qadha’ dan Qadar. Akidah islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah Yang Maha Esa dan keyakinan itulah yang menggerakkan seluruh tingkah lakunya percakapannya dan gerak gerinya untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Akidah islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad...

Words: 905 - Pages: 4

Free Essay

Gejala Sosial

...PENGENALAN KERUNTUHAN AKHLAK MORAL Keruntuhan akhlak di kalangan belia remaja semakin menjadi-jadi di negara kita ini terutamanya belia remaja Islam Melayu.Seks bebas, mat rempit, pembuangan bayi, penagihan dadah dan sebagainya lagi cukup sinonim dengan anak-anak muda zaman sekarang bahkan remaja bawah umur juga seringkali dikaitkan bersama.Ianya terbukti di dada-dada akhbar yang sentiasa melaporkan berkaitan dengan isu belia remaja ini. Apabila masalah keruntuhan akhlak remaja ini dibincangkan secara umum, persoalan yang sering kali menimbulkan tanda tanya kepada seluruh individu yang terlibat ialah siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku?? Masalah gejala sosial timbul kerana longgarnya ikatan akidah Islamiah remaja Islam zaman sekarang. Kelonggaran ini berpunca daripada ketidakfahaman mereka terhadap hakikat akidah Islamiah atau tidak mempunyai kesedaran akan tuntutan akidah Islamiah dan keimanan yang tidak cukup kuat untuk menggerakkan mereka melakukan amal ma’ruf nahi mungkar. Adalah menjadi perkara biasa seseorang itu mempunyai perasaan ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu perkara yang baru.Perasaan sebegitu sebenarnya adalah baik jika mengikut syariat, namun yang menjadi masalah apabila mereka tiada panduan daripada orang-orang yang sepatutnya seperti ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan mereka. Jadi perasaan ini akan membuatkan mereka akan lakukan apa sahaja yang diinginkan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara tersebut. Boleh...

Words: 417 - Pages: 2

Free Essay

Etika Bisnis

...Penulisan makalah ini kami merasa masih banyak kekurangan baik pada teknis penulisan maupun materi, mengingat akan kemampuan yang kami miliki. Untuk itu, kritik dan saran dari semua pihak sangat kami harapkan demi penyempurnaan pembuatan makalah ini. Dalam penulisan makalah ini penulis menyampaikan ucapan terima kasih yang sebesar-besarnya kepada pihak-pihak yang membantu dalam menyelesaikan makalah ini, khususnya kepada Dosen kami yang telah memberikan tugas dan petunjuk kepada kami, sehingga kami dapat menyelesaikan tugas ini Bandung, September 2014 A. Latar Belakang Sejarah Agama menunjukkan bahwa kebehagiaan yang ingin dicapai dengan menjalankan syariah agama itu hanya dapat terlaksana dengan adanya akhlak yang baik. Kepercayaan yang hanya berbentuk pengetahuan tentang keesaan...

Words: 523 - Pages: 3

Free Essay

Alam Sekitar Menurut Islam

...Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002) Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997) Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang berteraskan kepada metode emperikal. (Mohd Nur Hakimi Razana, 2004) Dalam menguruskan alam sekitar, Barat memperlihatkan bahawa etika alam sekitar dalam diri manusia adalah penting bagi menjamin kualiti alam sekitar. Prinsip-prinsip tentang alam sekitar yang dibahaskan oleh Barat tidak harus...

Words: 1393 - Pages: 6

Free Essay

A Book

...a. Pengertian akhlak dalam menuntut ilmu Secara istilah, pengertian akhlak juga berarti sifat yang ada dalam diri seseorang untuk berbuat baik maupun berbuat buruk, bagus maupun jelek. Sedangkan secara terminologi, kata akhlak dapat diartikan sebagai salah satu tingkah laku seseorang untuk mendapatkan dorongan atau keinginan yang timbul dari dalam diri seseorang tersebut secara sadar untuk melakukan suatu perbuatan tersebut. Akhlak juga dapat diartikan sebagai cerminan diri sesorang atau sebagai tolak ukur kadar keimanan seseorang. Manusia adalah makhluk paling sempurna yang diciptakan oleh Alloh SWT. Alloh memberikan keistimewaan berupa rahmat fisik dan rohani yang sebaiknya dimanfaatkan untuk berbuat kebaikan dan mengamalkannya. Seperti dalam firman alloh SWT dalam surat at-tin ayat 4: Laqot kholaknalinsana fii akhsani taqwim. ‘’sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya’’ Maka dapat disimpulkan bahwa akhlak menuntut ilmu adalah sikap dan adab yang harus dilakukan ketika kita menuntut ilmu. Apabila dalam menuntut ilmu tidak menggunakan tata krama maka ilmu tersebut tidak akan bermanfaat untuk diri kita. Sehingga apabila kita tidak bisa memanfaatkan ilmu, kita tidak dapat mewariskan suatu ilmu kepada generasi penerus kita. BEBERAPA ADAB MENUNTUT ILMU 1. Mengikhlaskan niat karena Allah ta’âlâ. 2. Berdoa kepada Allah ta’âlâ supaya mendapatkan taufiq dalam menuntut ilmu. 3. Bersemangat (antusias) untuk melakukan perjalanan dalam menuntut...

Words: 323 - Pages: 2

Free Essay

Peranan Remaja Dalam Membentuk Sahsiah Diri Yang Terpuji.

.... PERANAN REMAJA DALAM MEMBENTUK SAHSIAH DIRI YANG TERPUJI Membentuk akhlak dan sahsiah remaja menurut Islam adalah merupakan kewajipan semua pihak, bermula dari ibu bapa, pendidik, masyarakat, pemimpin dan yang lebih penting adalah diri remaja itu sendiri. Berdasarkan anggaran bilangan remaja yang mewakili lebih daripada separuh rakyat Malaysia hari ini, ternyata usaha pembentukan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Satu modul yang lengkap dan terbaik perlu diasaskan bagi memastikan pembentukan remaja Islam adalah menepati arahan Allah SWT dan Rasul SAW. Syariat Islam yang telah diturunkan kepada umat Nabi Muhammad SAW telahpun lengkap sebagai satu cara hidup dan sekaligus sebagai panduan untuk merencanakan hidup remaja secara baik dan berkesan. Akhlak remaja mencerminkan dimana tahap kemajuan pribadi sesuatu umat. Oleh yang demikian pembentukan akhlak remaja perlu dilandaskan kepada nilai-nilai murni menurut kacamata Islam. Kesilapan dalam membiarkan remaja memilih sendiri arah tuju mengikut pandangan mereka sahaja boleh menghancurkan generasi akan datang. Islam bukanlah agama berbentuk lambang semata-mata tetapi Islam adalah sebagai satu cara hidup yang telahpun sempurna. Islam didatangkan dengan etika yang mesti dipatuhi oleh semua golongan. Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara syubhat. Seorang muslim mestilah menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang haram dan berjaga-jaga daripada melakukan perkara yang syubhat. Remaja mestilah menutup pandangannya...

Words: 1852 - Pages: 8

Free Essay

Norma Islam Dalam Ekonomi

...NORMA ISLAM DALAM EKONOMI Islam adalah sebuah agama yang memuat ajaran yang bersifat holistis mencakup semua aspek kehidupan dan berlaku universal bagi setiap muslim. Islam denan akidah dan syariahnya merupakan aturan sekaligus jalan hidup yang dibuat Allah, pencipta manusia. Zat Yang Maha Mengetahui, Mahaadil, dan Mahabijaksana yang tidak saja mengatur manusia dengan diriNya tetapi juga mengatur hubungan manusia dengan manusia lainnya dalam hal muamalah. Kesempurnaan dan universalitas Islam ini dapat kita jumpai dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 208 : Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. Selanjutnya dalam surah Al-Ma’idah ayat 3 : “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah], (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang...

Words: 439 - Pages: 2

Free Essay

Shalatku

...1. Shalat yang benar akan termanifestasikan dalam kebaikan akhlak Sabda Rasulullah saw: “Tak melakukan shalat orang-orang yang shalatnya tak menghindarkannya dari kekejian dan kemungkaran.” Shalat yang tak memiliki sifat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar tak memiliki nilai sebagai shalat yang benar, sehingga ia tertolak, sebagaimana dinyatakan dalam hadis yang lain: “Ada kalanya seseorang shalat terus-menerus selama 50 tahun, namun Allah tak menerima satu pun dari shalatnya.” Pendeknya, shalat yang benar akan membersihkan hati. Dan, dari hati yang bersih, tak akan keluar kecuali hal-hal yang bersih dan baik. Tapi, lebih dari itu, aturan syariat (baca: fiqih) yang terkait dengan syarat sah shalat juga telah memperkecil atau bahkan (seharusnya) menutup sama sekali kemungkinan pelaku shalat melakukan keburukan dan kejahatan. Termasuk di dalamnya, keharusan pakaian dan tempat shalat—bahkan makanan yang kita makan—didapat secara halal. Dalam sebuah hadis, Rasulullah Saw. menyatakan, “Seorang laki-laki berdoa (habis-habisan) hingga pakaiannya lusuh dan rambutnya berantakan. Tapi, bagaimana Allah akan mengabulkan doanya sementara apa yang dipakainya berasal dari yang haram dan yang dimakannya juga berasal dari yang haram?” Secara logis, tak mungkin juga seseorang melakukan shalat (dengan benar), tapi pada saat yang sama masih melakukankekejian dan kemungkaran. Shalat yang benar tentu dilambari keimanan kepada Allah Swt., yang menjadi “objek” pe-nyembahan kita dalam ibadah...

Words: 2698 - Pages: 11

Free Essay

Konsep Dan Prinsip Pendidikan, Institusi Pendidikan Dan Pengajian

...membentuk tabiat dan sikap seseorang dalam berbagai-bagai aspek kehidupan sama ada rohani, jasmani, akal, akhlak mahupun sosial supaya dapat mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. • Al-Shaybani- membina atau membentuk keperibadian yang sempurna dalam berbagai-bagai aspek yang berhubung dengan jasmani, rohani, akal, amalan dan sosial bagi mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. • Khurshid Ahmad- satu latihan ‘aqilah, jasmaniah dan rohaniah bagi melahirkan manusia yang berkebudayaan tinggi yang sanggup melaksanakan tanggungjawab sebagai insane yang baik dan warganegara yang berguna. • Hasan Langgulung- suatu yang merubah dan memindah nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu melalui berbagai-bagai proses dan cara bagi melahirkan manusia yang bertanggungjawab dan berbakti kepada Allah S.W.T. • Kesimpulan- pendidikan merupakan proses latihan aqliah, jasmaniah, rohaniah dan ijtima’iah (kemasyarakatan) serta akhlaqiah manusia, berdasarkan nilai-nilai Islam (aksiologi Islam) yang bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah bagi melahirkan manusia yang sempurna dan bertakwa. Matlamat Pendidikan -Membentuk serta mengembangkan aspek-aspek kesempurnaan manusia yang mencakupi fizikal, rohani, mental dan sosial menurut pembentukan rabbani bagi melahirkan insan kamil. -al-Sunnah- menggariskan tujuan tersebut. -al-Ghazali- untuk mengisi fikiran kanak-kanak dengan ilmu dan memupuk watak akhlak yang murni. -ibn Khaldun- menyedia dan membangun manusia kea rah kehidupan yang baik dan bahagia. ...

Words: 663 - Pages: 3

Free Essay

Sumbangan Pendidikan Dalam Memperkasakan Tamadun Bangsa : Perspektif Islam

...Islam karya Ahmad Munawar Ismail dan Noranizah Yusuf, pendidikan adalah aspek yang boleh membentuk nilai-nilai moral dan mampu juga membangkit kemusyikilan dalam kalangan masyarakat. Hal ini berbeza dalam pendidikan Islam, kewujudan kitab-kitab suci seperti Al-Quran, Al-Sunnah dan Hadith bukan digunakan untuk keimanan sahaja tetapi untuk mendidik dan memupuk kepentingan ilmu pengetahuan dalam sesebuah masyarakat. Pendidikan dari perspektif Islam merupakan sesuatu ajaran yang luas skopnya, bersifat holistik, dan tidak sememangnya tegar atau sempit ajarannya yang difahami oleh sesetengah orang. Tambahan pula, pengajaran pendidikan Islam juga bertujuan untuk memantapkan pemikiran dan pandangan seseorang individu terhadap ajarannya serta akhlak masyarakat berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Jika umat Islam gagal menerapkan pendidikan Islam berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah, maka umat Islam tersebut mampu terjebak dalam lembah kehinaan. Jurnal ini juga telah memberi beberapa konsep,falsafah dan objektif pendidikan Islam. Antaranya ialah, pendidikan Islam adalah pendidikan yang falsafah dan tujuan serta teori-teorinya dibangun untuk melaksanakan praktik pendidikan yang didasarkan kepada nilai-nilai Islam yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis Nabi (H.M Chabib Thoha, 1996:3). Jika ditelusuri, Al-Quran dan Al-Sunnah telah memainkan peranannya dalam memperkasakan tamadun ummah. Al-Quran telah diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk membimbing dan menyampaikan...

Words: 743 - Pages: 3

Free Essay

Bahasa

...Faktor-faktor persekitaran sosial boleh mempengaruhi atau menjadi sumber pembelajaran kepada proses pembentukan tingkah laku seseorang melalui pelbagai corak pembelajaran sosial seperti permodelan, maklum balas, dorongan dan halangan (Azhar 2006). Faktor persekitaran sosial yang dimaksudkan termasuklah elemen-elemen kemanusiaan, seperti pengaruh ibu ibapa, pengaruh guru-guru, pengaruh rakan sebaya dan pengaruh masyarakat, atau juga elemen-elemen bukan kemanusiaan seperti pengaruh pelbagai jenis media yang diterima oleh seseorang semasa menjalani proses kehidupan mereka. Cabaran zaman moden yang melanda masyarakat kita hari ini seperti pengaruh media cetak dan elektronik serta kemajuan sains dan teknologi dalam era dunia tanpa sempadan, telah memburukkan lagi keadaan kerana telah menjadikan sejumlah anggota masyarakat kita hilang jati diri. Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanak-kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini. Pembelajaran...

Words: 442 - Pages: 2

Free Essay

Sinopsis Seindah Sakura

...Sinopsis Belakang Novel: SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam. Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu. Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi. Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar... Ringkasan Cerita dari saya: Kisah pengalaman kehidupan Shakira yang penuh dengan ranjau berduri. Novel ini memaparkan kisah hidup masyarakat yang agak keterlaluan dari segi kemiskinan hidup. Mungkin ada yang senasib dengan Shakira di luar sana, yang mana jiran-jiran hanya mampu melihat, dan jiran juga tidak mampu untuk menghulurkan bantuan lantaran kemiskinan sekampung. (Oh apekah masih ada segelintar masyarakat kampung yang begini?) Shakira yang tidak mempunyai...

Words: 673 - Pages: 3

Free Essay

Sejarah

...[pic] Soalan: Pembentukan Tamadun Islam di Makkah telah meninggalkan pelbagai kesan terrhadap masyarakat Malaysia. Bincangkan. |Format |Aspek |Perincian |Markah Penuh | |Pengenalan |Memahami latar belakang pembentukan|Pengenalan |5 markah | | |masyarakat jahiliah | | | | | |Jelaskan secara ringkas tentang: | | | | |-Latar belakang pembentukan Tamadun Islam di | | | | |Makkah. | | |Isi |Memahami maksud dan ciri-ciri |Maksud dan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah |30 markah | |Dan |masyarakat Jahiliah | | | |Huraian | |-Terangkan maksud Jahiliah dan mengapa dianggap | | | | |Zaman Kegelapan. (10m) | | | ...

Words: 708 - Pages: 3

Free Essay

Addeen

...dan berbau vi. Tanah keras mcm tembikar vii. Tanah bumi viii. Menjadikan bntuk rupa Proses kejadian zuriat adam i. Kejadian janin dalam perut ibu ii. Pati yg hina iii. Berperingkat-peringkat iv. Dalam perut ibu 3 peringkat v. Cipta dari nutfah vi. Dari mani,alaqah,mudghah,tulang, daging,satu ciptaan lain. * Uslam didatgkan kpd mnsia utk memelihara mnsia spaya kekal dlm tahap keinsanan atau kemanusiaannya. UNSUR ROHANI * jasmani mmpnyai tunntutan atau kprluan ssutu dgn tabiat jasmaninya iaitu: makan,minum,tidur dan sbgainya.. * rohani mmpnyai tuntutan atau kprluan yg ssuai dgn tabiat rohaninya iaitu berpunca drpada tanah.ianya jga brpnca drpd alam ktnggian dan alam kekudusan iaitu terangkum pda akidah akhlak dan pengabdian..ataua yg tersimpul dlm ISLAM. MAKSUD AGAMA * KAMUS: kprcayaan kpda ssuatu bnda yg dipuja dan dianggap berkuasa mcm dewa. * KAMUS: kprcayaan kpd tuhan,agama dnsbahkan kpd islam iaitu brmksd kprcayaan kpd tuhan allah dan sifat serta kekuasaanya.agama langit. * DARI SUDUT BAHASA: * Anti kerosakan * Bukan benda * Tata cara hubungan mnsia dgn raja atau pemrintah * Peraturan hbngn mnsia sesama mnsia * Upacra hbngn mnsia dgn dewa2 * Kprcayaan atau kyakinan trhadap ketuhanan Agama dari bahasa ARAB: disebut sbgai DEEN.AD DEEN brmksd cara hdup yg tlah dtntukan oleh allah.prkataan deen (dlm bntuk nakirah ) bla dgabungkan dgn prkatan allah, AL HAQ ia bermksud AGAMA YG BENAR. ISTILAH AGAMA: (4 CIRI UTAMA) ...

Words: 340 - Pages: 2

Free Essay

Happy Go Lucky

...Amalan saling membantu tunjang utama hidup masyarakat Akhlak yang mulia sesungguhnya daripada pantulan keimanan yang mengisi dada seseorang. Jika tahap imannya rendah, maka akan tampak lemah akhlaknya begitulah jika tinggi nilai keimanan, budi pekertinya jelas terpuji. Diri yang kaya dengan kebaikan akhlak mencerminkan kesempurnaan iman seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya.” - (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud) Manusia secara fitrahnya perlu hidup bermasyarakat dan tidak sempurna jika menjalani kehidupan sendirian. Bagi memastikan masyarakat terbina dalam keadaan selari kehendak Islam, maka setiap anggota masyarakat sewajarnya memiliki akhlak yang baik. Dengan itu, hubungan antara sesama insan terjalin erat, hidup dalam suasana mesra, berkasih-sayang, selesa serta maju jaya. Sikap mementingkan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri adalah suatu keperluan hidup bermasyarakat. Ia membayangkan adanya suasana persaudaraan jitu dan sewarna dengan arahan agama bahawa setiap Muslim itu semuanya bersaudara. Meskipun begitu, bukanlah bermakna harus mengabaikan kepentingan diri atau keluarga sendiri. Ini adalah gambaran antara ciri orang beriman seperti dinyatakan junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang kamu hinggalah dikehendakinya berlaku pada saudaranya apa yang dikehendakinya berlaku pada dirinya.” - (Hadis Muttafaqun ‘alaih) Apabila berlaku sesuatu...

Words: 4306 - Pages: 18