Free Essay

Contoh Kes Perlembagaan Malaysia

In:

Submitted By MdAsnawi
Words 1876
Pages 8
CONTOH-CONTOH MAHKAMAH BERSERTA CONTOH KES: 1. KES MAHKAMAH SYARIAH – Kes yang berkaitan dengan kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang di peruntukkan untuknya.
Contoh artikel:
Mahkamah tetap 17 April lantik jawatankuasa pendamai kes cerai Nurul Izzah
Raja Ahmad Shahrir Raja Salim, suami kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar diarahkan membawa wakilnya untuk dilantik sebagai jawatankuasa pendamai dalam usaha menyelamatkan rumah tangga mereka, lapor Sinar Harian, hari ini.
Semalam, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur menetapkan 17 April untuk Raja Ahmad Shahrir mengemukakan wakilnya selepas ahli perniagaan itu gagal membawa wakil dalam prosiding sebutan kes itu.
Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan tarikh itu dalam kamarnya semasa sebutan kes itu yang dihadiri pasangan itu dan peguam masing-masing, semalam.
Sinar Harian melaporkan, Nurul Izzah, anak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir buat pertama kalinya di mahkamah ditemani adik perempuan dan rakannya.
Nurul Izzah turut membawa bapa saudaranya, Rosli Ibrahim sebagai wakil pihaknya dalam jawatankuasa berkenaan.
Sementara itu, mahkamah menetapkan 12 Jun bagi kedua-dua jawatankuasa pendamai yang dilantik menghantar laporan sebelum keputusan dibuat berhubung permohonan cerai yang difailkan Nurul Izzah.
Nurul Izzah, 34, memfailkan permohonan cerai terhadap Raja Ahmad Shahrir mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Pada prosiding sebelum ini, mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak itu segera melantik wakil masing-masing kerana kes berkenaan sudah begitu lama tertangguh.
Walaupun hadir di mahkamah semalam, Sinar Harian melaporkan media gagal mendapatkan komen naib presiden PKR itu apabila beliau sekali lagi hanya berkata:”Terima kasih kerana menghormati privasi kami.”
Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 di kediaman Anwar di Damansara dan dikurniakan dua anak masing-masing perempuan dan lelaki berusia tujuh dan empat tahun. – 2 April, 2014 – SINAR HARIAN

Siti Fatimah dibenar murtad - Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah P. Pinang itu adalah kes pertama di negara ini
Oleh FAIROL REDZA ISMAEL ALABAS
PULAU PINANG 8 Mei - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Abdullah, 39, untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad).
Ini merupakan kes pertama di negara ini melibatkan mualaf yang masih hidup semenjak Mahkamah Syariah diberi kuasa mengendali kes sebegini.
Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes itu dahulu, Othman Ibrahim, yang kini merupakan Ketua Hakim Syarie Perlis, memutuskan demikian setelah mendapati plaintif tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 25 Julai 1998.
Sehubungan itu, Hakim Othman memerintahkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) membatalkan sijil memeluk Islam wanita itu.
Untuk menukar status dalam kad pengenalan, Siti Fatimah diminta menguruskannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara kerana itu di luar bidang kuasa mahkamah syariah.
Keputusan tersebut dilaksanakan menurut undang-undang yang mula terpakai sejak 1 Januari 2006 lanjutan kepada Seksyen 61(3)b(X) di bawah Enakmen Aturcara Mal 2004, Mahkamah Syariah Pulau Pinang.
Siti Fatimah yang dilihat berbaju merah jambu dan berskirt hitam diwakili oleh peguam syarie, Ahmad Jailani Abdul Ghani.
Pada 10 Julai 2006, wanita itu memfailkan permohonannya terhadap MAIPP selaku defendan.
Menurut pernyataan tuntutannya, beliau tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian pada 16 September 2004.
Siti Fatimah, yang pernah bekerja sebagai tukang masak, memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab.
Dalam tuntutannya juga, beliau menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.
Dalam pada itu, sebelum mengumumkan keputusan, Hakim Othman kesal dan mengkritik MAIPP kerana lalai dengan tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan mualaf.
Sepatutnya MAIPP perlu menyelia dan membimbing golongan yang baru masuk Islam.
Kalau tidak buat macam itu, dikhuatiri akan wujud lebih banyak kes-kes sebegini, katanya.
Tambahnya, murtad boleh berlaku berlandaskan tiga perkara iaitu melalui perbuatan, pertuturan dan iktikad yang menyimpang daripada ajaran Islam.
Peguam syarie yang mewakili MAIPP, Ahmad Munawir Abdul Aziz memaklumkan kepada hakim bahawa pihaknya akan memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang. – UTUSAN ONLINE

2. KES MAHKAMAH TINGGI – bidang kuasa penyeliaan dan pengubahan keputusan semua Mahkamah Bawahan serta juga bidang kuasa untuk membicarakan semua rayuan daripada Mahkamah Bawahan, baik kes sivil mahupun kes jenayah.
Contoh Artikel:
Mahkamah Tinggi bebaskan bekas CEO Sime Bank
KUALA LUMPUR 26 Mei - "Anda bebas sekarang dan tidak perlu lagi datang ke mahkamah."
Kata-kata itu diungkapkan peguam Kitson Foong kepada anak guamnya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sime Bank, Datuk Ismail Zakaria selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan untuk mengetepikan rayuan Bank Negara.
Bank pusat itu mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Ismail daripada pertuduhan meluluskan pinjaman berjumlah RM175 juta semasa negara mengalami krisis kewangan terburuk pada 1997.
Hakim Datuk Azman Husin membenarkan permohonan itu selepas Foong memberitahu mahkamah bahawa Bank Negara, selaku responden, gagal hadir di mahkamah sungguhpun selepas beberapa penangguhan rayuan dibenarkan mahkamah untuk memudahkan pihak pendakwaan.
"Kegagalan responden beberapa kali untuk hadir ke mahkamah menunjukkan mereka tidak lagi berminat dalam perkara ini," katanya, dan menambah mereka gagal menghadiri pengurusan kes yang ditetapkan mahkamah.
Foong memohon kepada mahkamah agar perjalanan 16 tahun anak guamnya ke mahkamah ditamatkan.
Pada 12 Sept 2011, Ismail dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada empat pertuduhan bertindak di luar bidang kuasanya meluluskan pinjaman berjumlah RM175 juta kepada sebuah syarikat pelaburan.
Ismail, 71, didakwa meluluskan pinjaman RM59 juta, RM50 juta, RM40 juta dan RM26 juta kepada Everise Capital Sdn Bhd. – BERNAMA

Kes cerai bekas Ratu Cantik Malaysia dikembalikan ke Mahkamah Tinggi KL
Posted on April 23, 2014, Wednesday
PUTRAJAYA: Seorang bekas Ratu Cantik Malaysia semalam gagal menangguhkan perlaksanaan keputusan mahkamah yang membenarkan permohonan suaminya jutawan Tan Sri Khoo Kay Peng supaya petisyen perceraian mereka didengar di mahkamah sivil di Malaysia.
Panel Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menolak rayuan Pauline Chai Siew Phin untuk menangguhkan perlaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Dis tahun lepas yang membenarkan permohonan Khoo untuk tidak merujukkan kes perceraian mereka ke tribunal perkahwinan di London.
Turut bersidang bersama-sama Mohamad Ariff ialah Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk David Wong Dak Wah.
Bagaimanapun, panel memerintahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membuat keputusan berhubung isu status mastautin kedua-dua pihak (Chai dan Khoo).
Ia juga mengeluarkan perintah bahawa Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan berhubung bidang kuasa mahkamah mana yang akan mendengar kes perceraian itu.
Wong, yang membacakan penghakiman bertulis itu, juga memerintahkan dua isu itu diputuskan oleh hakim baharu Mahkamah Tinggi.
Beliau berkata panel berpendapat hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar permohonan Khoo telah terkhilaf semasa membuat keputusan berhubung isu status mastautin kerana terlalu banyak pertikaian berhubung fakta itu.
Pada 11 Dis tahun lepas, Hakim Mahkamah Keluarga Datuk Noraini Abdul Rahman membenarkan permohonan Khoo untuk tidak merujukkan kes perceraian mereka ke tribunal perkahwinan di London.
Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Chai, 67, merupakan Ratu Cantik Malaysia/Antarabangsa 1969, membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.
Peguam K. Shanmuga yang mewakili Chai memberitahu pemberita, anak guamnya itu tidak lagi bermastautin di Malaysia sejak 1980 dan sehingga sekarang tinggal di England.
“Oleh itu, anak guamnya itu berkata kes perceraian itu patut diputuskan Mahkamah Britain,” katanya.
Pada Februari tahun lepas, Chai memfailkan petisyen perceraian di mahkamah di London memohon harta sepencarian 500 juta pound (kira-kira RM2.75 bilion).
Chai juga pernah memenangi beberapa lagi pertandingan ratu cantik termasuk Miss Princess Malaysia 1969 dan Miss Tourism Penang 1969. Pasangan itu berkahwin pada 1970 dan mempunyai lima anak.
Khoo, yang diwakili peguam Y. N. Foo, ketika ini tinggal di Ampang, Kuala Lumpur.
Khoo merupakan pengerusi syarikat pelaburan antarabangsa, Malayan United Industries Bhd yang terbabit dalam bidang runcit, hotel, makanan dan kek, perkhidmatan kewangan dan hartanah.
Sementara itu, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menghilangkan sepucuk pistol jenis ‘Walter P99 serta sepuluh butir peluru tahun lepas.
Mohd Zainul Akramin Mohd Zain, 45, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah
Cheras ketika kejadian, didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan, Lebuhraya Taman Connaught di sini pada jam 2.30 pagi 31 Mei 2013.
Dia didakwa mengikut Seksyen 35 Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret Saifulakmal Said membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Mei untuk sebutan semula kes. — BERNAMA

3. MAHKAMAH MAJISTRET - membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM25,000.
Contoh Artikel:
Dua lelaki terlibat militan didakwa
Oleh ASLIZA MUSA
TAIPING 23 Mei - Dua lelaki yang diberkas polis kerana terlibat dengan kegiatan militan bulan lalu, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini.
Tertuduh, Mohd. Hafiz Zahri Suparyatnoh, 28, dan Mohd. Armie Fatihah Mohamad Hashim, 22, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepada mereka di hadapan Majistret Eyu Ghim Siang.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.
Ghim Siang menetapkan 30 Mei ini untuk tarikh sebutan semula kes tersebut. - UTUSAN ONLINE

Suri rumah didakwa sokong kegiatan pengganas
Oleh MARZITA ABDULLAH
KUALA LUMPUR 23 Mei - Seorang suri rumah berusia 54 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan memberi sokongan terhadap kegiatan pengganas melalui laman sosial Facebook, bulan lalu.
Azizah Md. Yusof berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup namun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripadanya setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Erry Shariman Nor Aripin. - UTUSAN ONLINE

4. MAHKAMAH TENTERA - ditubuhkan untuk mengendalikan masalah disiplin dalam Angkatan Tentera Malaysia. Tidak mempunyai kuasa untuk mengadili kes jenayah atau kesalahan sivil yang melibatkan para pegawai tentera. Antara kesalahan yang boleh dibicarakan di mahkamah ini ialah mengingkari perintah pihak atasan, tidak hadir bekerja,salahguna kuasa, dan lain-lain.
Contoh Artikel:
Oleh Asyraf Fauzi
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tentera menerima bantahan awal Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad terhadap lima pertuduhan berhubung kesalahan memberi kenyataan kepada media mengenai isu dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13.
Bantahan itu dikemukakan peguambelanya, Mohamed Hanipa Maidin, yang juga Ahli Parlimen Sepang.
Menurut Hanipa, lima bantahan yang diterima itu adalah tuduhan mengikut Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972.
Meskipun begitu, dua lagi bantahan yang dikemukakan di bawah Seksyen 51 akta yang sama berhubung kesalahan menghantar pesanan ringkas (SMS) berbaur politik dan hasutan, ditolak ahli panel mahkamah.
Jelasnya, Yang Dipertua Mahkamah, Kolonel Saadon Hasnan memutuskan lima pertuduhan yang dibantah itu akan dirujuk kepada ‘Pihak Berkuasa Sidang’ (Panglima Nombor Satu Divisyen Udara, Mejar Jeneral Datuk Azizool Ariff Abdul Ghani) untuk tindakan selanjutnya.
“Dia (Pihak Berkuasa Sidang) ada kuasa untuk membubar perbicaraan di Mahkamah Tentera, meminda pertuduhan atau mengambil pendekatan lain berdasarkan beberapa pilihan. Apapun, harapan kami ialah Pihak Berkuasa Sidang akan membubarkan perbicaraan ini,” katanya.
Kes akan didengar semula pada 10, 11 dan 12 Jun ini.
Pada 7 Februari lalu, Mejar Zaidi Ahmad mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan yang dinyatakan.
Dalam pada itu di luar mahkamah, Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Maria Chin Abdullah berharap semua pertuduhan ke atas Zaidi Ahmad digugurkan. “Saya harap pada bulan Jun nanti, Mahkamah Tentera akan menggugurkan dakwaan ini. Ini kerana jika kes itu diteruskan ia boleh menjejaskan nama baik TUDM dan dalam masa sama seluruh dunia sedang memerhati tindak-tanduk mereka mengendalikan kes ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi sebutan semula kes Mejar Zaidi Ahmad di Mahkamah Tentera di sini, hari ini. – ABN NEWS

Similar Documents

Free Essay

Unikl Ecitie Individua Assignment Siti Arafah

...| Pengenalan Perlembagaan Malaysia | | Sejarah Perlembagaan Malaysia | | Definisi Perlembagaan Konsep Perlembagaan Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia | | Hak Asasi Perlembagaan Malaysia( belom siap) | | Fungsi dan tujuan Perlembagaan | | 1.0 PENGENALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA Malaysia merupakan Negara berdaulat dan mempunyai sistem pentadbiran dan sistem perundangan yang unik dan tersendiri. Setiap Negara mempunyai sistem perlembagaan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan bagi membantu pemerintah dan pemimpin Negara dalam mempermudahkan proses mentadbir Negara dalam pelbagai aspek seperti aspek ekonomi, politik dan sosial. Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang yang tertinggi untuk menentukan bagaimana pemerintahan sebuah negara itu mesti dijalankan. Perlembagaan sesebuah negara menerangkan dan memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh pelbagai anggota negara itu, seperti hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan yang diperintah. Seperti negara lain yang berdaulat di dunia, Malaysia juga mempunyai suatu Perlembagaan Persekutuan yang berfungsi sebagai undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan Persekutuan menentukan pelbagai perkara mengenai kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, perundangan, peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman, perkhidmatan awam dan lain-lain. Dengan lain perkataan, bolehlah kita anggap bahawa Perlembagaan Persekutuan yang...

Words: 2025 - Pages: 9

Free Essay

Hubungan Ethnic

...Tugasan Individu 1.  "Pilihanraya Umum Malaysia telah diadakan pada 5 Mei 2013. Ia adalah sebagai memenuhi tuntutan demokrasi di negara ini yang diasaskan kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan Malaysia" Merujuk kepada kenyataan di atas, jelaskan dengan lebih lanjut berkenaan kepentingan, matlamat dan proses pilihanraya di negara ini berdasarkan kehendak Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 2. "Secara umumnya gerakan Imperialisme Barat ke atas negara-negara yang lebih mundur adalah lebih bertujuan untuk memanipulasikan segal a kepentingan ekonomi dan politik negara tersebut untuk keuntungan mereka semata-mata." Bincangkan kenyataan di atas secara kritis. 3. "Dasar Ekonomi Baru Satu Kegagalan " Berdasarkan kefahaman anda tentang "DEB", berikan satu analisis terhadap kenyataan di atas menurut perspektif Malaysia pada hari ini. 4. " Penerimaan Sabah dan Sarawak kepada cadangan gagasan Persekutuan Malaysia merupakan satu rahmat kepada Persekutuan Tanah Melayu" Berdasarkan kenyataan di atas sila bincangkan dari aspek sosial, politik dan ekonomi, mengapa pemimpin dan penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju dengan cadangan pembentukan sebuah Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. 5. Huraikan perjuangan Parti Perikatan dari tahun 1955 sehingga 1957. 6. Pada pandangan anda bagaimana slogan "1 Malaysia" mampu menjana perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara kita dengan lebih berkesan. Jawapan anda perlu disertakan dengan contoh-contoh yang jelas. 7. Analisa kepentingan rancangan...

Words: 339 - Pages: 2

Free Essay

Soalan

...l UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN MPW2133 PENGAJIAN MALAYSIA SOALAN TUGASAN KUMPULAN TRIMESTER JANUARI 2011 Kepada Para Pelajar, 1) Anda hanya BOLEH BACA DAN PRINT soalan tugasan ini dahulu, tetapi TIDAK BOLEH PILIH SOALAN SENDIRI. 2) Pemberian soalan tugasan untuk pelajar FAS akan dilakukan sewaktu kuliah dan untuk pelajar FBF soalan akan ditentukan pada 27/1/2011. 3) Pemberian soalan adalah berdasarkan kepada sistem CABUTAN NOMBOR SOALAN oleh Ketua Kumpulan sewaktu kelas. HARAP MAKLUM…. Puan Muniroh Salleh Pensyarah Pengajian Malaysia FAS L1 / L2 / L3 / L4 FBF L2 / L3 UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN MPW2133 PENGAJIAN MALAYSIA SOALAN TUGASAN KUMPULAN TRIMESTER JANUARI 2011 1. Empayar Kesultanan Melayu Melaka dikatakan berada pada tahap kegemilangannya pada abad ke-15. Sejauhmanakah faktor-faktor dalaman dan luaran mempengaruhi Kerajaan Melayu Melaka ini? 2. Negara kita telah dijajah selama lebih kurang 446 tahun (1511-1957) oleh kuasa-kuasa asing, baik dari Barat mahupun dari Timur. Akan tetapi, penjajahan oleh pihak British dilihat amat menarik untuk dijadikan panduan dalam menguruskan pentadbiran negara. Berdasarkan kepada penyataan di atas, huraikan faktor-faktor yang membawa kepada campur tangan British di Tanah Melayu. Bincangkan secara kritis kesan penjajahan baik secara positif mahupun negatif. 3. Nasionalisme secara khusus bermaksud kesedaran yang membangkitkan semangat...

Words: 1064 - Pages: 5

Free Essay

Piagam Madinah

...Piagam Madinah merupakan perlembagaan yang dipersetujui oleh semua golongan iaitu orang Islam dan juga Yahudi yang menjadi warganegara Madinah Al-Munawwarah di atas kepimpinan Rasulullah S.A.W. Baginda Rasullulah adalah pengasas kepada Piagam Madinah dengan berteras kan wahyu Allah S.W.T untuk jadikan ia sebagai garis panduan kepada seluruh dunia. Sebelum ketibaan Baginda Rasulullah, Madinah tidak mempunyai pemerintah dan pentadbiran yang tidak teratur dan malah berlaku pecah belah sesama masyarakat Madinah khususnya orang Arab dan orang Yahudi. Perlembagaan ini juga di kenali sebagai Sahifah Al-Madinah iaitu perlembegaan bertulis pertama di dunia. Tambahan itu, Piagam Madinah juga digunakan untuk menjadi rujukan asas dalam pembentukan sebuah Negara Islam yang terbilang - 1.2 Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956. Antara pakar Perlembagaan Negara Komenwel yang bersama-sama menubuhkan Perlembagaan Persekutuan ini adalah Lord William Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, B.Malik dan juga Hakim Abdul Hamid. Antara tugas mereka adalah untuk membentuk Negara persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat, mengekalkan hak dan kedudukan raja-raja melayu sebagai pemerintah berpelembagaan, memelihara kedudukan istimewa orang melayu serta hak kaum lain dan lain-lain lagi. Pada tahun 1963, selepas persetujuan dan pandangan semua rakyat, Perlembagaan ini dikenali sebagai Perlembagaan Malaysia. 1. Tujuan utama...

Words: 11643 - Pages: 47

Free Essay

Sistem Pendidikan Malaysia

...Pada pendapat saya, saya tidak bersetuju terhadap penyataan sistem pendidikan di Malaysia telah berjaya membentuk integrasi nasional di kalangan pelbagai etnik. Ini kerana sistem pendidikan yang sedia ada di Malaysia hanya pada peringkat memupuk perpaduan tetapi masih belum matang dan berjaya nampak hasilnya di kalangan rakyat. Hubungan di antara etnik boleh dikatakan dalam keadaan yang harmoni dan saling menghormati tetapi masih tidak rapat seperti yang diharapkan. Di sini mempunyai beberapa sebab dan faktor sistem pendidikan Malaysia masih gagal untuk membentuk integrasi antara etnik di negara. Pertama sekali, proses pembelajaran dan pendidikan secara berkelompok atau berpuak mengikut etnik yang sama sering wujud dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pengasingan instutusi pendidikan mengikut kaum merupakan fenomena yang boleh dilihat sejak awal lagi. Ini mungkin disebakan oleh kesan dasar pecah perintah pada zaman pemerintahan di negara ini. Perpaduan sepatutunya dipupuk sejak kecil lagi. Tetapi malangnya, pemisahan corak pendidikan mengikut aliran persekolahan yang berbeza berteraskan kaum telah menemui kegagalan mencapai matlamat tersebut. Mereka tidak diberi peluang untuk bergaul dan berinteraksi dengan kaum yang berbeza, sebaliknya hanya hidup bersama dengan etnik yang sama. Sebagai contoh, etnik Cina dan India biasanya akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan berbanding sekolah kebangsaan. Lebih-lebih lagi, sesetengah ibu bapa turut menghantar...

Words: 937 - Pages: 4

Free Essay

History Before and After Independence

...dan parti politik yang berbeza. Malaysia berupaya melaksanakan sistem demokrasi dengan berkesan. Demokrasi di negara ini telah berjalan lancar terutamanya semenjak pilihan raya umum pertama tahun 1955, di mana tiga kumpulan etnik utama, iaitu Melayu, Cina dan India telah bersatu untuk mendesak British memberikan kemerdekaan.Selepas era 1960an perjalanan politik terus berkembang dinamik. Kerjasama parti-parti politik dalam pakatan parti pemerintah telah berkembang dengan peningkatan keahliannya, cth penubuhan Barisan Nasional 1974. Dasar-dasar kerajaan berkaitan hubungan etnik melalui formula tolak ansur telah berjaya mengekalkan keharmonian masyarakat di Malaysia.Sebagai contoh, Kerjasama antara kaum telah bermula sejak zaman penjajah. Semua etnik bersatu padu dlm PERIKATAN menuntut kemerdekaan Perlembagaan Perlembagaan merupakan panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara ini.Perlembagaan mencatatkan kontrak sosial dipersetujui bersama antara kaum di negara ini. Sebagai panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara ini mencatatkan kontrak sosial dipersetujui bersama antara kaum di negara ini. Pertama, berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja. Janji taat setia dan saling menghormati ini diistilahkan sebagai wa’ad.Sosial kedua berlaku dalam konteks masyarakat plural hasil daripada syarat dikenakan oleh pihak British untuk memberikan kemerdekaan kepada Malaysia Pendidikan Selepas...

Words: 369 - Pages: 2

Free Essay

Perlembagaan Malaysia

...Persekutuan dan Negara Malaysia: Suatu Analisis Dalam Mempertahankan Kedudukan Agama Islam dan Umat Islam di Malaysia Oleh: Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin ( Panel Jawatankuasa Pemikir Isu Islam Semasa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan1) Sesuatu yang perlu difahami oleh rakyat Malaysia secara umum adalah tentang sejarah Islam yang sekian lama bertapak di Tanah Melayu ini, seterusnya dibinanya sebuah tamadun Islam di Nusantara melalui raja-raja Melayu-Islam dan rakyatnya. Sejarah ini adalah suatu hakikat yang sangat besar pengaruhnya dalam membina masa hadapan sehingga memberi pengaruh terhadap kerangka Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang telah dirangka, yang merupakan kesinambungan daripada sejarah tamadun Islam di Tanah Melayu. Justeru, kita sebagai Muslim-Melayu di Malaysia seharusnya bersyukur kerana tanah air kita dibina dan dibangunkan di atas sebuah tapak sejarah keislaman yang kukuh sehingga binaan kenegaraannya dipengaruhi oleh unsur keislaman tersebut. Persoalan sama ada Malaysia adalah negara Islam ataupun bukan tidak timbul kerana secara asasnya, berdasarkan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan beberapa peruntukan yang lain di dalamnya, maka, negara Malaysia dibentuk dengan asas-asas kenegaraan Islam. Negara Malaysia “Beragama” Islam Ini adalah suatu realiti yang perlu dikenal pasti oleh ramai orang. Kita sedia maklum kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai yang tertinggi di Malaysia, namun acuannya mempunyai...

Words: 4705 - Pages: 19

Free Essay

Hehe

...Badan perundangan Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar Dewan Pertuanan di Istana Westminster merupakan salah satu daripada dua dewan di United Kingdom Badan perundangan ialah sejenis majlis perundingan perwakilan yang memiliki kuasa untuk menggubal, meminda dan meratifikasi undang-undang. Ia dikenali dengan banyak nama, dengan yang paling umum merupakan parlimen dan kongres, walaupun istilah-istilah itu juga membawa pengertian yang lebih khusus. Dalam sistem berparlimen, badan perundangan ialah badan yang tertinggi dan yang melantik cabang eksekutif. Sebaliknya, dalam sistem berpresiden, badan perundangan dianggap sebagai cabang tersendiri yang kuasanya sama sahaja dengan cabang eksekutif. Selain daripada menggubal undang-undang, badan perundangan biasanya mempunyai kuasa tersendiri untuk menaikkan cukai dan menerapkan belanjawan serta rang undang-undang wang yang lain. Kebenaran dewan perundangan juga biasanya diperlukan sebelum mengikat perjanjian perdamaian atau mengisytiharkan perang. Komponen utama badan perundangan merupakan satu atau lebih dewan yang mendebatkan dan menerima rang undang-undang melalui undi. Badan perundangan yang memiliki hanya satu dewan dikenali sebagai ekadewan. Badan perundangan dwidewan terdiri daripada dua dewan yang berasingan, biasanya diperihalkan sebagai Dewan Pertuanan dan Dewan Rakyat. Tugas, kuasa, dan kaedah yang digunakan untuk memilih anggota adalah tidak sama untuk kedua-dua dewan tersebut...

Words: 3888 - Pages: 16

Free Essay

Teletubbies

...Pemisahan Singapura daripada Malaysia Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London. Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman. Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. [perlu rujukan]Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab. Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'. Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura...

Words: 527 - Pages: 3

Free Essay

Teori Konflik

...Masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik telah menjadi diskusi sejagat . Iklan pelancongan sering menggambarkan masyarakat Malaysia yang bersatu dalam kepelbagaian. Namun dalam situasi sebenar, setiap etnik bukan sahaja mempertahankan identitinya malah kajian menunjukkan perjuangan antara etnik berlaku . Persaingan antara etnik dalam merebut pelbagai peluang yang ada sememangnya wujud. Setiap kumpulan etnik memperjuangkan kepentingan masing-masing dengan gelagat tertentu. Sebagai negara contoh yang terdekat dengan kita ialah Indonesia. Mungkin ada yang tidak bersetuju menjadikan Indonesia sebagai contoh dalam isu ini kerana seperti yang kita tahu, negara itu juga sering dilanda pelbagai masalah. Sama ada suka atau tidak, hakikatnya kerajaan Indonesia mampu menyatupadukan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan etnik serta kaum minoriti Cina sebagai satu bangsa. Mereka juga bukan saja menggunakan satu bahasa pengantar di sekolah iaitu bahasa Indonesia, malah hanya mempunyai satu aliran dalam sistem pendidikan. Sistem pendidikan terutama di peringkat rendah memainkan peranan penting dalam menyemai bibit perpaduan, persefahaman dan toleransi kaum. Sebab itulah kerajaan bersungguh-sungguh mahu mewujudkan sekolah satu aliran kebangsaan di negara ini. Malangnya cadangan itu dibantah keras oleh pemimpin kaum lain, kononnya ia akan menghapuskan indentiti bangsa mereka. Mungkin, jika dilaksanakan secara bersungguh-sungguh gagasan 1Malaysia seperti yang diilhamkan Perdana...

Words: 568 - Pages: 3

Free Essay

Business

...MALAYSIA Perlembagaan membenarkan kebebasan beragama. Perkara 11 menyatakan, “Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya,” tetapi perkara ini juga memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan untuk “mengawal atau menyekat pengembangan apaapa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.” Perkara 3 dalam Perlembagaan menyatakan bahawa, “Islam ialah agama bagi Persekutuan” dan “Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam.” Perkara 160 dalam Perlembagaan mentakrifkan orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam. Mahkamah sivil biasanya menyerahkan kuasa kepada mahkamah Syariah bagi kes-kes berkaitan keluar daripada agama Islam, dan mahkamah Syariah pula enggan membenarkan sesiapa keluar daripada agama Islam. Undang-undang dan dasar-dasar lain mengenakan beberapa sekatan terhadap kebebasan beragama. Sepanjang tempoh laporan ini, tiada sebarang perubahan dari segi status menghormati kebebasan beragama oleh Kerajaan. Kerajaan mengekalkan senarai rasmi 56 ajaran yang dianggap “sesat” dan mengancam keselamatan negara. Kerajaan boleh menahan orang Islam yang menyimpang daripada ajaran asas Ahli Sunnah Waljamaah dan diwajibkan menjalani “pemulihan” di pusatpusat yang mengajar dan menguatkuasakan amalan-amalan Islam yang dibenarkan pihak kerajaan. Umumnya, orang Islam tidak boleh keluar daripada agama Islam untuk menganut agama lain secara sah...

Words: 3807 - Pages: 16

Free Essay

Ethnics and Media in Malaysia

...makna yang sama: ia jumlah keseluruhan pengedar awam besar bagi berita dan hiburan di seluruh media meperti surat khabar, televisyen, radio, penyiaran, yang mungkin memerlukan keanggotaan persatuan dalam pasaran yang besar seperti Newspaper Guild, AFRTRA dan penerbit teks. Istilah etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir sama,contohnya dalam adat resam,pakaian,bahasa,kegiatan ekonomi dan sebagainya.Oleh itu,media massa memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan sesama etnik khususnya di Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. 2.0 PERKEMBANGAN MEDIA MASSA DI MALAYSIA 2.1 SEBELUM MERDEKA Sebelum negara memperolehi kemerdekaan,penduduk Tanah Melayu berusaha menyuarakan kemerdekaan melalui kebebasan bersuara.Penjajahan kuasa asing tidak menggugat penduduk untuk menerbitkan akhbar berbahasa Melayu dalam menyuarakan kebebasan Tanah Melayu.Perkembangan media massa di Malaysia bermula dengan penglibatan British dalam penerbitan surat khabar The Government...

Words: 5611 - Pages: 23

Free Essay

Sunway

...peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan yang ingin kita capai.” 4.01 Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. 4.02 Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut: “...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.” (Tun Dr. Mahathir Mohamad YAB Dato’ Seri Abdullah Melangkah Ke Hadapan, 1991) Ahmad Badawi )Dewan Budaya USM,1999( 4.03 Negara bangsa mempunyai beberapa faktor pemangkin iaitu: • Lingua Franca – bahasa yang dikongsi bersama oleh rakyat dalam perhubungan rasmi dan kehidupan bermasyarakat. Dalam konteks Negara Bangsa Malaysia, Bahasa Melayu adalah Bahasa...

Words: 4806 - Pages: 20

Free Essay

Protokol

...BAB 3 PROTOKOL PANGGILAN HORMAT DAN SUSUNAN KEUTAMAAN PERSEKUTUAN Pendahuluan Rujukan Kehormat atau Protokol Panggilan Hormat ialah kata-kata rujukan yang dihadapkan kepada audiens menurut taraf sosial masing-masing. Rujukan kehormat biasanya digunakan dalam sapaan atau panggilan di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi, pada bahan-bahan bertulis seperti buku aturcara sesuatu majlis rasmi, di dalam surat dan di sampul surat. Sistem Panggilan Ada beberapa unsur yang membina kesantunan berbahasa dari segi sistem panggilan, iaitu dilihat dari segi pemilihan kata yang sesuai dan berkesan. Unsur-unsur yang tersebut ialah penggunaan kata ganti nama, penggunaan nama gelaran, penggunaan ungkapan rujukan kehormat dan /atau ungkapan rujukan biasa, dan penggunaan sistem atau aturan sapaan. Sistem panggilan dalam bahasa Melayu ialah salah satu unsur bahasa yang utama dalam kesantunan berbahasa. Sistem panggilan merujuk aturan dan pemilihan kata atau ungkapan sapaan atau bahasa sapaan yang sesuai untuk berucap, menyapa, menyebut atau memanggil nama seseorang mengikut kebiasaan dalam sistem sosial dan adat istiadat yang diwarisi dalam masyarakat Melayu secara turun-temurun. Si penyapa dan pesapa: Ada dua komponen utama dalam sistem panggilan, iaitu orang yang terlibat dalam interaksi, dan sapaan yang digunakan untuk panggilan. Orang yang terlibat sebagai si penyapa menggunakan ganti nama diri. Orang yang disapa atau pesapa dilihat dari segi kedudukannya...

Words: 3860 - Pages: 16

Free Essay

Pengajian Malaysia

...‫ور‬ ‫ا م‬ & SELAMAT SEJAHTERA ‫ا و آ‬ BAB 1: PENGENALAN MASYARAKAT MALAYSIA TOPIK-TOPIK BAB; TOPIKMASYARAKAT BUDAYA HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA MPW 1133 PENGAJIAN MALAYSIA Tenaga Pengajar: Pengajar: En. Muhamad Wazir Bin Muslat FPSS UNiSEL, Bestari Jaya UNiSEL, Tel : 017-2406268 017email: muhamad_wazir_muslat@yahoo.com 1 2 MASYARAKAT PENGENALAN Negara D.K.R.T Malaysia dari segi Sejarah Kedudukan geografi Kedudukan ekonomi Kepelbagaian masyarakat PENGENALAN DEFINISI MASYARAKAT KONSEP-KONSEP MASYARAKAT KONSEPMASYARAKAT MAJMUK HUBUNGAN ETNIK PEMBINAAN BANGSA/NATION MALAYSIA 3 4 DEFINISI MASYARAKAT Kamus Dewan > kumpulan manusia yg menetap bersama di suatu tempattempatmengikut aturan tertentu Kelompok terbesar dari makhluk manusia dimana mereka hidup terjaring kebudayaan (Kucaraningrat) Kucaraningrat) Kelompok manusia yg telah lama hidup & bekerjasama sehingga mereka dapat mengorganisasikan dirinya & berfikir mengenai dirinya sebagai kesatuan sosial yg mempunyai batas-batas tertentu batas(Linton) Samb... Satu kum. manusia yg b'hbg secara tetap & kum. t'sususn dlm m'jlnkan aktiviti2nya secara kolektif & merasakan bhw mrk adalah hidup b'sama. b'sama. Bukanlah individu yg sama shj m'jadi anggota satu2 msykt krn anggota baru akan terus menerus lahir di dlmnya & ada pula yg mati. Oleh mati. yg demikian t'dpt p'hub. terus menerus di p'hub. kalangan mrk yg masih hidup & kekal selama b'abad2 (Roucek & Warren, 1976) (Roucek Satu kumpulan / kelompok manusia...

Words: 16153 - Pages: 65