Free Essay

Etnik

In:

Submitted By alloya
Words 2332
Pages 10
1.0 PENGENALAN Sejarah dan asal-usul sesuatu etnik telah membuktikan bahawa segregasi etnik ini sudah berlangsung sejak sekian lama tanpa kehadiran pihak penjajah Barat. Pola segregasi ini tetap terjadi kerana atas alasan faktor amalan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan faktor agama. Ini dapat dilihat daripada pola taburan suku kaum masyarakat di Malaysia khususnya yang hidup secara berkelompok berdasarkan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan kepercayaan yang sama di sesuatu tempat. Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan itu berlaku itu berlaku dalam beberapa keadaan seperti keadaan tempat tinggal , jenis pekerjaan, sistem persekolahan, dan penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing- masing. Sebelum merdeka, Malaysia telah pun melalui keadaan ini selari dengan dasar pecah dan perintah British sebagai kuasa penjajah. Dasar berkenaan mewujudkan segregasi dalam kalangan pelbagai etnik yang dapat mengukuhkan kedudukan kuasa politik dan ekonomi British. Seterusnya British dapat bertapak dan menjajah selama 170 tahun di negara ini. Perubahan pembangunan yang pesat di Malaysia telah mengubah sedikit senario pola taburan etnik. Dasar kerajaan yang sangat progresif ke arah meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup yang lebih baik kepada rakyat, telah membantu mempercepat mengurangkan segregasi mengikut etnik secara nyata terutamanya di kawasan-kawasan bandar. Walau bagaimanapun, perubahan mekanisme ini tidak selalunya berjalan lancar dan sentiasa ada pengaruh lain yang boleh menyeragamkan semula keadaan seperti sedia kala. Kekuatan-kekuatan dari segi aspek ekonomi, sosial dan politik boleh menjadi faktor penentu kepada pembentukan segregasi etnik moden.Kertas kerja ini memfokuskan tentang perubahan yang berlaku dari segrasi ke integrasi dalam kalangan etnik Malaysia. Pengalaman segregasi yang pernah dilalui rakyat negara ini turut sama dirasai oleh penduduk di Afrika Selatan. Sungguhpun terdapat perbezaan yang nyata antara kedua-dua negara, terdapat pengajaran penting tentang kesan negatif amalan segregasi tersebut. Di Afrika Selatan, segregasi yang diamalkan dari tahun 1948 hingga tahun 1994 didasarkan oleh undang- undang yang dikenali sebagai dasar aparteid. Justeru, isu yang berlegar sekitar hubungan etnik adalah penting untuk difahami demi membina kesejahteraan hidup rakyat. Malaysia lebih mengutamakan integrasi dalam usaha memupuk perpaduan rakyat di negara ini. 2.0 CABARAN-CABARAN KE ATAS PERPADUAN SELEPAS KEMERDEKAAN
2.1 Kemuncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia dalam Peristiwa 13 Mei 1969.
Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 di mana di dalam pilihanraya itu banyak isu sensitif telah dibangkitkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang melayu dan hak kerakyatan bukan melayu. Dalam pilihanraya itu, parti perikatan gagal memperolehi majoriti 2/3 dalam dewan rakyat manakala parti gerakan dan DAP yang berjaya mendapat 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa melayu. Keadaan ini memberi tamparan hebat kepada orang melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan itu. Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 mei1969 itu.
2.2 Sebab -sebab yang mempengaruhi peristiwa 13 Mei 1969.
Hasil dari kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan faktor-faktor berikut: i. Pemisahan tempat tinggal dan tumpuan ekonomi Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka. Masyarakat melayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung,masyarakat cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun temurundan tinggal di bandar manakala masyarakat india bekerja sebagai penoreh dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969. ii. Sistem pendidikan yang berasingan. Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud 4 aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran inggeris, melayu, cina dan indiayang mengambil silibus pembelajaran berbeza yang menyebabkan ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang memberi impak buruk dalam pembentukan kaum di Malaysia. Walaupun selepas kemerdekaan kerajaan cuba memperkenalkan dasar-dasar pendidikan baru bagi tujuan penyelarasan namun proses perpaduan ini sukar dilakukan. iii. Perbezaan Agama dan Kebudayaan.
Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.

iv. Masalah Ekonomi
Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.

v. Persatuan – Persatuan Etnik
Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak persatuan politik, sosial dan ekonomi yang memperjuangkan kaum masing-masing tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti politik berbentuk perkauman seringkali mengekspoitasi perbezaan-perbezaanyang wujud di kalangan kaum hingga mewujudkan rasa tidak puas hati yang ketara antara kaum.

vi. Pendudukan Jepun
Ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Jepun telah memberi layananyang lebih istimewa kepada orang melayu berbanding orang cina kerana Jepun masih dipengaruhi sentimen peperangan dengan cina pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Orang melayu dilantik menjadi askar dan polis tetapi orang cina diketepikan. Ketika itu ramai orang cina menyertai MPAJA (Malaysian people anti jappanese army) atau bintang tiga. Keadaan bertambah buruk kerana ramai tentera jepun yang menyerang MPAJ terdiri dari akar melayu dan ini mewujudkan persengketaan antara orang melayu dan cina. Walaupun MPAJ telah ditewaskan setelah British kembali, namun sentimen perkauman ini masih kuat.

3.0 TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH KERAJAAN SELEPAS PERISTIWA 13 MEI 1969.
Masalah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu aspek banyak memberi kesan negatif terhadap negara tetapi jika dilihat dari sudut yang lain pula ia sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia. Peristiwa tersebut telah memberi satu kesedaran yang mendalam tentang kepentingan perpaduan antara kaumdi Malaysia dan kesan yang akan dihadapi jika mengabaikan kepentingannya disamping pencetus idea supaya kerajaan mengambil langkah membentuk semulamasyarakat Malaysia menerusi dasar-dasar dan tindakan segera untuk memastikan kemakmuran negara terus terpelihara dan terjamin.

Antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan adalah seperti berikut: I. Mengisytiharkan darurat berkuatkuasa serta merta.
Selepas keadaan menjadi tidak terkawal dan pertempuran antara kaum berlaku,kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara untuk menenangkan keadaan, memberi masa kepada pihak yang terlibat berfikir secara rasional tindakan mereka dan untuk menghentikan kekacauan dalam masa singkat tetapi sikap perpaduan tidak dipupuk dalam jati diri masing-masing.

II. Menubuhkan Jabatan perpaduan Negara (JPN) dan Majlis Muhibbah Negara (MMN) pada 1970.
Jabatan Perpaduan Negara berfungsi untuk: a) Membantu meningkatkan kesedaran komuniti mengenai perpaduan dan integrasi nasional melalui aktiviti penggalakan dan pengukuhan.
b) Mewujud dan menyelaraskan aktiviti perpaduan melalui rukun tetangga berasaskan konsep kejiranan.
c) Membimbing kanak-kanak berbilang kaum untuk membentuk peribadi dan perwatakan yang sempurna bagi kepentingan perpaduan dan intgrasi melalui tabika perpaduan.
d) Membantu dan mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional melalui penyelidikan etnososial tetapi terdapat sesetengah kelompok juga mementingkan diri masing-masing.
e) Menyediakan khidmat sokongan yang berkualiti dalam aspek pengurusan kewangan dan sumber manusia serta pentadbiran am supaya matlamat jabatan dapat dicapai dengan jayanya.

III. Penyusunan semula politik

Selepas 13 Mei 1969, parti –parti politik mula menyedari kepentingan bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum. Penyatuan fahaman politik melalui sistem kerajaan campuran dicadangkan bagi mengurangkan pepercahan politik dan sesuai dengan pindaan perlembagaan 1971. Rombakan politik ini Berjaya kerana semua pihak mula memihak kepentingan perpaduan kaum. Sehingga kehari ini, barisan Nasional masih kekal wlaupun terdapat perpecahan pada struktur asal penubuhannya.

IV. Dasar-dasar Baru Kerajaan di bawah pimpinan Tun Abdul Razak Dato’ Hussein: Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan matlamat serampang 2 mata iaitu: i. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum-tumpuan pada golongan pekebun kecil, penghuni estet, petani, nelayan & pesawah. Contohnya pemberian subsidi & kredit, skim penanaman semula, skim pemilikan bot, skim di bawah FELDA & FELCRA serta kemudahan awam, bantuan pada peniaga kecil dan rumah mampu milik. ii. Penyusunan semula masyarakat-menetapkan sasaran untuk pemilikan equiti, kouta untuk bumiputera dan sebagainya. Instrumen DEB juga dibantu oleh beberapa perbadanan seperti PNB, PERNAS, Bank Negara, ASB, MARA dan PDPN. Secara keseluruhan, dengan pengenalan DEB didapati mutu kehidupan masyarakat meningkat dengan penambahbaikan dalam pelbagai sektor. DEB berjaya mengubah hampir keseluruhan sistem sosial masyarakat majmuk dimalaysia dan mencapai perpaduan nasional melalui falsafahnya iaitu “Pembangunan Dengan Pengagihan Saksama”. Walaupun beberapa jabatan telah ditubuhkan dalam usaha kearah perpaduan negara tetapi rakyat dinegara ini tidak menitikberatkan soal perpaduan.

4.0 CADANGAN YANG PERLU DIHAYATI UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH PERPADUAN KAUM.

Terdapat beberapa cadangan yang mungkin boleh dikaji oleh kerajaan dalam usaha memantapkan lagi perpaduan kaum di Malaysia. Antara cadangan itu adalah seperti berikut:

i) Penyeragaman sistem pendidikan

Caranya adalah dengan mengadakan satu jenis sistem persekolahan sahaja.Hapuskan sekolah-sekolah vernakular supaya anak-anak Malaysia belajar dan bergaul di sekolah kebangsaan sahaja. Semestinya bahasa pengantar di sekolah mestilah bahasa melayu. Bagi kaum Cina dan India, mereka masih diwajibkan untuk mengambil subjek bahasa ibunda mereka di mana subjek itu menjadi subjek pilihan untuk diambil oleh kaum yang lain. Di samping itu, guru-guru, kerani-kerani, pembantu makmal dan tukang kebun juga perlu terdiri daripada semua bangsa. Perpaduan hanya boleh wujud apabila tiadanya rasa prejudis antara satu sama lain. Prejudis pula hanya dapat dihapuskan dengan saling mengenali, dan di sekolahlah proses mengenali ini sangat penting. Anak-anak kecil yang masih putih pemikirannya perlu diberi pendidikan di suasana sekolah yang berbilang bangsa. Sekolah merupakan tempat terbaik untuk memupuk perpaduan berbanding PLKN dan Rumah Terbuka. Mungkin di sinilah relevannya perlaksanaan Sekolah Wawasan Dan Sekolah Satu Aliran yang pernah dicadangkan sebelum ini. Cadangan ini mungkin akan ditentang hebat oleh pelbagai pihak terutama kaum lain. Untuk mendapatkan sesuatu, kita perlulah memberikan sesuatu. Dalam hal menghapuskan sekolah vernakular ini, kita boleh menghapuskan sistem kuotadalam kemasukan pelajar ke Matrikulasi. Kita semua mengetahui kaum bukan bumiputra hanya diperuntukkan sebanyak 10% tempat. Jika kita jujur mahukan perpaduan, mengapa tidak kita mansuhkan kuota ini? Biarlah pelajar-pelajar melayu, cina dan India bersaing dalam merebut tempat. Siapa yang layak, dia yang dapat. Pasti inilah yang kaum bukan bumiputra mahukan. Jadi di sini nilai “give and take” dapat dilakukan. Mereka hapuskan sistem sekolah vernakular, kita beri mereka “Sistem Matrikulasi yang berasaskan meritkorasi”.

ii) Memberi galakan kepada penduduk berhijrah dari satu kawasan kekawasan lain.
Ini bagi menggalakkan pergaulan dan pertembungan yang lebih kerap, antaranya dengan perpindahan kakitangan awam ke tempat baru, mewujudkan peluang perniagaan yang lebih baik di tempat lain dan membawa masuk pasukan-pasukan keselamatan dari wilayah lain.

iii) Isyhtiharkan 13 Mei sebagai Hari Perpaduan. Tarikh ini harus dijadikan cuti umum bagi diadakan pelbagai program perpaduan. Biarlah tarikh ini merupakan hari di mana semua orang saling beramah mesra danrakyat Malaysia bergembira dengan perpaduan, bukan ketakutan mengenang pergaduhan. Biarlah tarikh 13 Mei dikenang sebagai sesuatu yang putih bercahaya bukan diratap sebagai sesuatu yang bernoda hitam. V. Disamping itu, peranan masyarakat untuk membentuk perpaduan yang berkekalan.
Kerjasama yang boleh diwujudkan untuk menjayakan perpaduan adalah seperti memupuk semangat patriotisme dikalangan rakyatnya.Usaha-usaha pihak yang ingin memajukan negara perlu sentiasa disokong. Jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan penting dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan haruslah diambil tahu dan dihargai.

VI. Setiap rakyat bersifat setia dan sayang pada negara ini.
Kita harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Kita harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah bangsa dan negara serta cara mengatasinya. Semangat ini dapat dipupuk dengan sikap bertolak ansur dan bertoleransi dalam masyarakat. Sifat bersatu padu antara masyarakat pelbagai kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara.

5.0 KESIMPULAN

Perpaduan amat penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian dikalangan rakyat. Perpaduan dan integrisi nasional adalah cabaran yang besar yangakan menentukan keharmonian sosial, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi.Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara utama iaitu intergrasi, ia satu proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi didalam satu unit politik dan asimilasi ialah satu proses di bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya menggunakan konsep asimilasi dalam pendekatan mereka untuk menyatukan pelbagai etnik minoriti, etnik peribumi, dan etnik dominan dalam negara. Dalam proses asimilasi itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna,teradun malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. Namun jika diteliti aspek-aspek di atas, kerajaan lebih banyak mengusahakan pembentukan perpaduan kaum melalui proses integrasi kerana melalui proses integrasi setiap etnik akan dapat berkongsi satu identiti nasional dan apabila ini berlaku maka secara logiknya akan wujud lah proses asimilasi. Kaedah asimilasi tidak akan Berjaya kerana setiap kelompok tidak mahu kehilangan ciri-ciri dan budaya mereka. Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini sebagai satu bentuk ‘penjajahan dalaman’ kerana dalam proses ini berlaku eksploitasigolongan majoriti terhadap golongan minoriti. Kaedah-kaedah lain mungkin bolehberjaya kerana Malaysia sudah berjaya mengawal perbezaan etnik. Setiap masalahyang wujud seharusnya ditangani secara bersama oleh semua rakyat.

6.0 RUJUKAN
Amidah Hamim. (2001). Rancangan Malaysia Ke-8 (Teras Utama Pertumbuhan Mapan). Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia.
Amir Hasan Dawi. (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjong Malim, Perak: Quantum Books.
Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul Hubungan Etnik. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. http://Hubungan-Etnik.Blogspot.Com/2009_10_01_Archive.Html htp://jontirikoloiyo.blogspot.com/2008/10/segregasi-etnik-dan-cabaran-integrasi.html http://testingrema.blogspot.com/2011/11/pengenalan-konsep-interaksi-menurut.html http://www.youblisher.com/p/369280-MODUL/ http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-majmuk-di-malaysia/ http://www.scribd.com/doc/19809115/CABARAN-KE-ARAH-PERPADUAN http://zahirzainudin.blogspot.com/2014/03/dari-segrerasi-ke-integrasi.html

Similar Documents

Free Essay

Etnik

...RINGKASAN HUBUNGAN ETNIK BAB 1: KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK KONSEP MANUSIA: Berasal drpd bahasa Sanskrit, manu=berfikiran dan berakal budi. Bahasa latin, digelar homo=seseorang yg dilahirkan daripada tanah (humus). Lahirlah istilah human=berfikir & berkreativiti. Bahasa Arab, ins,al-insan,an nas, al-basyar=sejenis haiwan yg boleh berfikir & bertutur. Juga digelar homo sapiens. Monogenesis: Doktrin agama yg mengatakan manusia berasal dari Adam dan Hawa. Disokong Islam, Yahudi & Kristian. Poligenesis: Menganggap manusia terhasil melalui proses evolusi. Teori dipelopori Charles Darwin (1802-1889)(The Origin of Species & The Descent of Man). Teori Darwin menimbulkan polemic dan penganut evolusi berpendapat bahawa sesuatu yg hidup dan wujud di dunia ini berlaku secara kebetulan tanpa sebarang panduan atau kekuasaan Tuhan. DEFINISI RAS: Satu kelompok besar manusia yg mempunyai pembawaan biologis dan cirri-ciri fizikal yg sama yg diperturunkan drpd satu generasi ke satu generasi yg lain. Contoh criteria: pengukuran bentuk kepala, berat badan, warna mata, kulit dan rambut etc. Istilah ras juga boleh merujuk kepada etnik/suku bangsa. DEFINISI ETNIK: Terbentuk kerana pengalaman bersama dari nenek moyang, kesamaan dalam masa kolonialisasi/perpindahan penduduk. Juga yang membezakan ras dan etnik adalah kesamaan adat istiadat KONSEP BANGSA:Lebih berorientasikan politik dimana ia terbentuk kerana faktor kekuasaan dan penaklukan pemisahan sempadan, negara dan bangsa...

Words: 345 - Pages: 2

Free Essay

Etnik

...RINGKASAN BAB 4: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 4.1:Konsep Pembangunan Dan Modenisasi • Pembangunan berkait rapat dengan proses modenisasi.Proses modenisasi adalah proses mentranformasikan masyarakat dari pelbagai sudut melalui kaedah secara perancangan teratur dan perancangan tidak teratur.Perancangan teratur melibatkan proses , kaedah dan matlamat yang hendak di capai manakala perancangan tidak teratur melibatkan tekanan dari unsur-unsur luar.Pencapaian dari aspek ekonomi,politik,sosial,sains dan teknologi asas pengukuran modenisasi.Matlamat pembangunan akan tercapai jika pembangunan menekankan aspek material dan spiritual serentak.Menurut Samsul (2006) pembangunan ekonomi dan politik merupakan asas kepada modenisasi. 4.2 Komponen Politik: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian Politik juga memainkan peranan penting dalam membentuk dasar dan arah tuju sesebuah negara selain daripada faktor ekonomi. Masalah asas dalam pembinaan negara bangsa ialah pembangunan dan pembinaan negara tersebut. Bagi memupuk semangat ‘kenegaraan’ dan ‘kekitaan’ ini bukannya mudah tambahan dalam konteks masyarakat majmuk seprti Malaysia. Elemen seperti ekonomi, sosial, politik, pendidikan dan sebagainya boleh dijadikan medium bagi mencapai matlamat sesebuah negara. Hanya dengan memberi laluan kepada pembentukkan dan pelaksanaan dasar awam yang memberi kepentingan kepada keutamaan nasional. Kejayaan dapat dinilai secara kualitatif dan kuantitatif berdasarkan...

Words: 2072 - Pages: 9

Free Essay

Hubungan Etnik

...contohnya ialah semua melayu agamanya islam, India ialah Hindu, dan Cina ialah Buddishism. Kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Kepercayaan atau rasa bangga di kalangan anggota sesebuah etnik bahawa budaya dan etnik mereka jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Takrifan budaya ialah suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dll. Dalam filem itu, terdapat banyak hal tentang pelbagai jenis budaya sepertinya budaya kebendaan, ini ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Selain tu, juga ada budaya yang bukan kebandaan seprtu kepercayaan, adata istiadat dan undang-undang contohnya adat istiadat yang berbeza-beza dalam perkahwinan. Sekianya, sekumpulan orang dewasa yang dalam filem itu mesti mengikut apa-apa fungsi budaya dalam kehidupan kerana Kepercayaan dan perasaan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain. Lazimnya tidak berasaskan maklumat yang tepat dan biasanya tidak...

Words: 1014 - Pages: 5

Free Essay

Hubungan Etnik

...[pic] JUJ103 – HUBUNGAN ETNIK Kepada yang berkenaan, Assalamualaikum / Salam Sejahtera Terdahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan/puan kerana sudi meluangkan masa di dalam penyelidikan ilmiah ini. Tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mendapatkan pandangan dari sudut keagamaan akan isu-isu mengenai keamanan, keadilan, perpaduan, kemanusiaan, dan kasih sayang. Maklumat yang diperolehi amatlah penting untuk kajian ini. Sila jawab semua soalan yang disediakan berdasarkan pendapat dan pengalaman tuan/puan. Terima kasih kerana sudi memberi kerjasama di dalam kajian ini. Sekiranya ruangan jawapan yang disediakan tidak mencukupi, sila gunakan ruangan lampiran yang diberi. _________________________________________________________________________________________________ Setiap agama tidak kira Islam, Kristian, Buddha dan Hindu amat mementingkan agar setiap penganutnya hidup dalam keadaan aman. Pada pandangan tuan/puan, bagaimanakah agama berperanan mendidik manusia agar hidup dalam keadaan aman walaupun mempunyai pegangan agama yang berbeza. Sila berikan bukti-bukti di dalam kitab suci agama yang menekankan bab-bab keamanan yang perlu manusia patuhi....

Words: 431 - Pages: 2

Free Essay

Hubungan Etnik

...pertubuhan bukan kerajaan amat kuat mencengkam budaya politik setiap kaum. Akhirnya, lahirlah setiap bangsa yang memperjuangkan kepentingan masing-masing. Bukti-bukti ini diperolehi melalui tinjauan yang dibuat ke atas kajian-kajian sebelum ini. Keadaan tidak banyak berubah sehingga ke hari ini. Kajian ini bertujuan menilai sejauh mana pengaruh agen sosio politik seperti sejarah, institusi keluarga dan pendidikan yang dilalui meninggalkan kesan terhadap hubungan antara kaum. Hasil kajian menunjukkan sosio-politik perkauman melahirkan sentimen perkauman yang tinggi. Integrasi masih lagi samar. Realitinya, sentimen perkauman masih kuat mencengkam budaya politik masyarakat berbilang kaum. Kata Kunci: Integrasi nasional, sosialisasi politik, politik etnik, agenda nasional, perpaduan ABSTRACT Study on integration and unity among races in Malaysia is quite complex. These are due to the facts that the political socialization agents process i.e. history, education, social, economy and politic, are race oriented. Every race fights for their own interest. Most of the past research have shown that the racial sentiments in Malaysia were tensed. This research aimed to analyst the influence of political socialization agents, history, family and education institutions, towards the ethnic relations. The study shows that the agents contribute to the high level of polarization. Integration and unity among races are only hope. In reality, racial sentiment still a major challenges...

Words: 8715 - Pages: 35

Free Essay

He Etnik Nik

...21-24 10. Pantang-Larang Kaum Iban 25 11. Kesimpulan 26 12. Rujukan 27  Pengenalan Hubungan etnik merupakan salah satu kursus wajib 2 kredit yang didaftarkan di Taylor’s University. Kursus ini bertujuan memupuk kesepaduan antara etnik serta mengenali etnik-etnik yang terdapat di Malaysia. Seperti yang kita ketahui, Malaysia bukan sahaja kaya dengan hasil bumi yang bernilai tetapi juga mempunyai masyarakat majmuk yang mengamalkan perkongsian budaya antara kaum. Selain daripada mengikuti kuliah, kami juga dikehendaki melaksanakan kajian lapangan mengenai etnik-etnik yang terdapat di Sarawak. Kumpulan kami telah memilih kaum Iban dan kajian ini dijalankan di sekitar bandar Bintulu dan lawatan ke Kuching juga membantu kami untuk menambahkan info mengenai kaum Iban. Setelah mencari maklumat daripada pelbagai sudut, kami telah mengetahui latar belakang, sistem bahasa, makanan, pakaian, perayaan, perkahwinan dan pantang larang kaum Iban. Keputusan lengkap daripada tugasan ini telah kami sediakan di muka-muka surat belakang. Sejarah Asal Usul Kaum Iban Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut dengan populasi sebanyak 876,000 orang, iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak. Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak, mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di Timur Laut, tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di...

Words: 4117 - Pages: 17

Premium Essay

Hubungan Etnik

...International Journal of Business and Management; Vol. 8, No. 24; 2013 ISSN 1833-3850 E-ISSN 1833-8119 Published by Canadian Center of Science and Education Transactional and Transformational Leadership: A Comparative Study of the Difference between Tony Fernandes (Airasia) and Idris Jala (Malaysia Airlines) Leadership Styles from 2005-2009 Arif Kamisan, P1 & Brian E. M. King1 1 School of Hotel and Tourism Management, The Hong Kong Polytechnic University, Hong Kong, China Correspondence: Arif Kamisan, P, School of Hotel and Tourism Management, The Hong Kong Polytechnic University, 17, Science Museum Road, East Tsim Sha Tsui, Kowloon, Hong Kong. Tel: 852-3400-2645. E-mail: 11555000G@connect.polyu.hk Received: May 27, 2013 doi:10.5539/ijbm.v8n24p107 Abstract Leadership plays an essential role in the success of managing organisation. The purpose of this paper is to examine the leadership styles of two leaders in managing the two biggest airline companies in Malaysia namely, Malaysia Airlines and AirAsia. The results showed that the strong leadership style and approach by the two have contributed to the success of the mentioned airlines. The transactional and transformational approaches have significantly given impact in managing the organisation in the current competitive business environment. Other leadership constructs such as entrepreneurial, ethical, innovative and creative have emerged from the two key leaders in this study and require further discussion in the future...

Words: 7350 - Pages: 30

Free Essay

Mpu Hubungan Etnik

...MPU 3113 HUBUNGAN ETNIK JANUARI – APRIL 2015 PENSYARAH: Ms. RABIHA MAYA ADIERA BINTI AB RAHIM MOVIE REVIEW / STAY OVER EXPERIENCE Nama dan No Pelajar: Nama : Aaron Ching Yao Hui Student ID : 0105524 Program: BACHELOR OF BUSINESS (HONS) WITH LAW PROGRAMME CODE : UBUSL Tarikh terima: ………………………………………. Telah direkodkan pada: ……………………………………… Wayang yang telah saya menonton adalah Talentime. Talentime adalah sebuah filem arahan Yasmin Ahmad. Filem ini adalah filem terakhir dalam hayatnya, dan ditayangkan di pawagam Malaysia selama sebulan mulai 26 Mac 2009. Talentime memaparkan kisah hubungan cinta tanpa mengira kaum, agam atau latar kebudayaan seumpamanya. Di samping itu, wayang ini juga diselitkan tema pertandingan bakat di sekolah menengah. Filem ini dibintangi barisan pelbagai kaum Malaysia iaitu, Pamella Chong, Mahesh Jugal Kishor dan Mohammad Syafie Naswip, di samping meyaksikan kemunculan sulung penyanyi Jaclyn Victor memegang watak penting di layar Perak. Synopsis Filem Talentime yang diarahkan adalah sebuah cerita tentang sebuah pertandingan pencarian bakat memprtemukan dua hati – Pamela Chong adalah Melur di dalam cerita ini dan dia berlakon sebagai gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa india, iaitu Mahesh Jugal Kishor. Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibaka ke rumah Melur. Rupanya Mahesh telah...

Words: 656 - Pages: 3

Free Essay

Pandangan Islam Mengenai Hubungan Etnik

...BAB 7 PANDANGAN ISLAM MENGENAI HUBUNGAN ETNIK 8. TOLERANSI ISLAM DALAM HUBUNGAN ETNIK 1. Layanan baik – sesama Islam & bukan Islam; tingkah laku mulia, ikhlas, mesra, berkwn baik berhemah, memberi makanan, dll. 2. Menjaga hak jiran – meghormati hak jiran bukan Islam; kepercayaan agama & menolong jiran miskin. 3. Kebajikan – Jabatan Kebajikan Masyarakat & PERKIM. 4. Hubungan silaturrahim – menghadiahkan sesuatu kpd jiran & berbaik-baik. 5. Adab berdialog baik – debat disyariatkan; menegak kebenaran, dakwah & debat tercela; ingin menang bukan mencari kebenaran. 1. ISLAM HADHARI * DEFINISI * Pendekatan pembangunan manusia, masyarakat & negara Msia menyeluruh berdasarkan perspektif tamadun Islam. * OBJEKTIF * Melahirkan individu & masyarakat yg tinggi kerohanian, berakhlak, berintelektual, berdikari, berdaya saing, kehadapan, berinovasi, cekap, bijaksana menangani cabaran, rasional, praktikal & damai (JAKIM 2005:14) 5. ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM ISLAM 1. Berkenal-kenalan – nama, tempat tinggal, kedudukan seseorg, corak kehidupan, budaya bangsa & etnik asal. 2. Persefahaman – saling mengenali, berpegang teguh ajaran agaman & nilai-nilai murni. 3. Bantu-membantu – pertolongan tenaga, harta & masa. 4. Persaudaraan – pertalian erat; ibarat isi dgn kuku. 5. Kasih sayang – hubungan kemesraan. 6. Saling menjamin – melindungi satu sama lain. 2...

Words: 490 - Pages: 2

Free Essay

Sistem Pendidikan Malaysia

...di kalangan pelbagai etnik. Ini kerana sistem pendidikan yang sedia ada di Malaysia hanya pada peringkat memupuk perpaduan tetapi masih belum matang dan berjaya nampak hasilnya di kalangan rakyat. Hubungan di antara etnik boleh dikatakan dalam keadaan yang harmoni dan saling menghormati tetapi masih tidak rapat seperti yang diharapkan. Di sini mempunyai beberapa sebab dan faktor sistem pendidikan Malaysia masih gagal untuk membentuk integrasi antara etnik di negara. Pertama sekali, proses pembelajaran dan pendidikan secara berkelompok atau berpuak mengikut etnik yang sama sering wujud dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pengasingan instutusi pendidikan mengikut kaum merupakan fenomena yang boleh dilihat sejak awal lagi. Ini mungkin disebakan oleh kesan dasar pecah perintah pada zaman pemerintahan di negara ini. Perpaduan sepatutunya dipupuk sejak kecil lagi. Tetapi malangnya, pemisahan corak pendidikan mengikut aliran persekolahan yang berbeza berteraskan kaum telah menemui kegagalan mencapai matlamat tersebut. Mereka tidak diberi peluang untuk bergaul dan berinteraksi dengan kaum yang berbeza, sebaliknya hanya hidup bersama dengan etnik yang sama. Sebagai contoh, etnik Cina dan India biasanya akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan berbanding sekolah kebangsaan. Lebih-lebih lagi, sesetengah ibu bapa turut menghantar anak-anak mereka untuk menyambungkan pengajian di negara lain. Dengan itu, peluang untuk bergaul dengan etnik yang lain di dalam negara...

Words: 937 - Pages: 4

Free Essay

Management

...PENDAHULUAN Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk. J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan...

Words: 4793 - Pages: 20

Free Essay

Selamat Hari Raya

...pelbagai komuniti etnik (Shamsul Amri Baharuddin.2012:193). Walaupun negara ini mempunyai Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Bahasa Kebangsaan, dasar tersebut agak berbeza dengan negara berkenaan dari sudut praktiknya. Sistem pendidikan di negara ini iaitu Sistem Pendidikan Vernakular ataupun jenis Kebangsaan berorientasikan komuniti etnik tertentu yang berkongsi kurikulum yang sama. Dengan itu, pengekalan sistem sedemikian akan menggalakkan pemisahan kanak-kanak daripada komuniti etnik yang berbeza. Justeru, langkah bersepadu harus dilaksanakan demi mencapai matlamat kerajaan untuk memupuk kesepaduan sosial antara anggota masyarakat menerusi sistem pendidikan kebangsaan (Shamsul Amri Baharuddin.2012:193). Neena (1985) meletakkan peranan penting pendidikan formal dalam proses sosialisasi. Sekolah boleh mensosialisasikan semula pelajar yang mempunyai perbezaan latar belakang sosiopolitik mengikut kumpulan yang sama sehingga ke peringkat yang lebih tinggi, serta dapat mengamalkan semangat bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain (Shamsul Amri Baharuddin.2012:194). ISI KANDUNGAN |Pengenalan |1 | |Isi Kandungan |2 | |Sejarah Pendidikan di Malaysia dan Hubungan Etnik ...

Words: 7408 - Pages: 30

Free Essay

Ctu555

...|MAKLUMAT KURSUS | |SEJARAH MALAYSIA (CTU 555) | |i. |Nama Mata Pelajaran |Sejarah Malaysia | |ii. |Kod Mata Pelajaran |CTU 555 | |iii. |Taraf |Kursus Universiti/ Ijazah Sarjana Muda | |iv. |Jam Kredit |2 Jam | |v. |Kaedah Penyampaian/Pengendalian |Kuliah dan Diskusi ...

Words: 1611 - Pages: 7

Free Essay

Maqasid Syariah

...dalam Hubungan Etnik Maqasid berasal daripada perkataan “maqsud” atau “maqsad” yang membawa erti kehendak, matlamat atau tujuan. Maka, Maqasid Al-Syariah bermaksud tujuan, natijah atau maksud yang dikehendaki oleh syarak melalui sumber dalilnya menerusi Al-Quran dan Al-Sunnah. Maqasid syariah terdiri daripada dua perkataan iaitu ”maqasid” dan ”syari’ah”. Kedua-duanya mempunyai pengertian yang berlainan jika ia didefinisikan secara berasingan. Namun sebagai satu perkataan ”maqasid al Shari’ah” dalam hubungan etnik didefinisikan sebagai berikut: Al-Ghazali mengatakan Maqasid syariah sebagai objektif dalam kehidupan manusia meliputi lima perkara iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Oleh itu apa sahaja yang terkandung dalam penjagaan lima perkara tersebut adalah maslahah (kebaikan) dan pengabaian terhadapnya membawa kepada mafsadah (kerosakan). Dengan lain perkataan ianya merupakan objektif syariah dan rahsia (hikmah) yang mana Allah SWT letakkan pada setiap hukum yang terdapat dalam syariah. Para ulama’ telah membahagikan maqasid syariah kepada lima: 1. Memelihara agama (Hifz al-Din) 2. Memelihara nyawa (Hifz al-Nafs) 3. Memelihara kehormatan atau keturunan (Hifz al-Nasb) 4. Memelihara akal (Hifz al-Aql) 5. Memelihara harta benda (Hifz al-Mal) Dalam konteks hubungan etnik, kelima-lima maqasid syariah ini boleh di aplikasikan bagi mengukuhkan perhubungan antara etnik. Menjaga agama dalam konteks hubungan etnik adalah memastikan...

Words: 1042 - Pages: 5

Free Essay

Ethnics and Media in Malaysia

...secara audio dan visyen. Ini merupakan cara yang paling berkesan kerana penglihatan dapat memberi ingatan yang lebih dalam .Manakala suratkhabar dan majalah merupakan media cetakan dalam bentuk tulisan dan gambar. Tetapi, beberapa bentuk media massa seperti buku dan manuskrip sudah digunakan sejak berkurun lamanya. Istilah media awam mempunyai makna yang sama: ia jumlah keseluruhan pengedar awam besar bagi berita dan hiburan di seluruh media meperti surat khabar, televisyen, radio, penyiaran, yang mungkin memerlukan keanggotaan persatuan dalam pasaran yang besar seperti Newspaper Guild, AFRTRA dan penerbit teks. Istilah etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir sama,contohnya dalam adat resam,pakaian,bahasa,kegiatan ekonomi dan sebagainya.Oleh itu,media massa memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan sesama etnik khususnya di Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. 2.0 PERKEMBANGAN MEDIA MASSA DI MALAYSIA 2.1 SEBELUM MERDEKA Sebelum negara memperolehi kemerdekaan,penduduk Tanah Melayu berusaha menyuarakan kemerdekaan melalui kebebasan bersuara.Penjajahan kuasa asing tidak menggugat penduduk untuk menerbitkan akhbar berbahasa Melayu dalam menyuarakan kebebasan Tanah Melayu.Perkembangan media massa di Malaysia bermula dengan penglibatan British dalam penerbitan surat khabar The Government...

Words: 5611 - Pages: 23