Free Essay

Faktor Penentangan Orang Melayu Terhadap Malayan Union

In:

Submitted By yix17
Words 684
Pages 3
Antara beberapa faktor-faktor penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union, pertama ialah penghakisan kedaulatan dan kekuasaan raja-raja Melayu. Pada pandangan orang Melayu, raja atau sultan merupakan lambang kuasa dan kedaulatan orang Melayu. Namun, penubuhan Malayan Union telah mengancam kekuasaan dan kewibawaan Raja-raja Melayu. Kuasa raja-raja Melayu dalam aspek eksekutif, agama Islam dan adat istiadat Melayu , undang-undang dihadkan dan urusan pentadbiran diambil alih oleh Gabenor yang mempunyai kuasa veto. Gabenor Malayan Union yang menggantikan orang Melayu sebagai Pengerusi Majlis Islam amat menjatuhkan maruah dan kesucian agama. Raja Melayu dalam Malayan Union kini muncul sebagai ‘pemimpin tradisional atau spiritual orang Melayu ’. Perubahan ini sengaja dirancang supaya wujud dikotomi kuasa yang berpihak kepada kerajaan British. Ini amat membimbangkan orang Melayu kerana kehilangan kuasa raja Melayu akan menyebabkan status Tanah Melayu menjadi Tanah Jajahan British. Hal ini turutnya menyemarakkan semangat nasionalisme orang Melayu untuk membangkitkan penentangan terhadap Malayan Union yang dianggap sebagai suatu ancaman besar.

Faktor kedua ialah ketiadaan penglibatan orang Melayu. Orang-orang Melayu marah dan merasa tercabar kerana orang Melayu tidak dibenarkan terlibat dalam merangka perlembagaan Malayan Union. Perlembagaan itu dirancang oleh Pegawai British dalam Malayan Planning Unit (MPU) yang berpusat di London tanpa pengetahuan dan penglibatan pemimpin-pemimpin Melayu. Orang Melayu semakin terkilan dan marah kerana perlembagaan itu dilaksanakan terlalu tergesa-gesa dalam masa yang singkat tanpa pandangan orang Melayu sedangkan perlembagaan yang dirangka itu terkandung masa depan tanah Melayu dan rakyat sekaliannya. Orang-orang Melayu tidak berdiam diri dan menentang Malayan Union demi mempertahankan maruah bangsa Melayu.

Faktor yang ketiga ialah cara Sir Harold Mac Michael medapatkan tandatangan sultan. Mac Michael dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan. Namun, beliau menggunakan kekerasan dan paksaan untuk mendapat persetujuan sultan-sultan tentang perlaksanaan Malayan Union. Beliau mengugut akan melucutkan jawatan sultan kerana telah bersubahat dengan Jepun. Lagipun, Sir Harold Mac Michael tidak menerangkan kepada sultan-sultan tentang syarat-syarat gagasan Malayan Union secara terperinci sebelum sultan menandatangani perjanjian tersebut. Beliau juga bersikap biadap, tidak mengetahui adat resam dan memahami bahasa Melayu serta tiada pengalaman langsung tentang Tanah Melayu. Tindakan Sir Harold Mac Michael ini telah menyinggung perasaan orang Melayu terutamanya turut dalam kalangan pemimpin-pemimpin.

Faktor keempat pula ialah ketidaksahan perjanjian pebubuhan Malayan Union. Persetujuan Raja-raja Melayu kepada Malayan Union dianggap tidak sah kerana tidak mematuhi perlembagaan negeri-negeri Melayu yang memerlukan raja berunding dengan para pembesar terlebih dahulu Perkara ini ada disebut dalam Perlembagaan Negeri Johor. Hal ini telah menimbulkan ketidakpuashatian dalam kalangan orang Melayu. Pemimpin-pemimpin juga berasa terhina dengan keangkuhan British yang mengabaikan kepentingan orang Melayu. Tindakan British yang dianggap tidak berpelembagaan dan tidak demokratik ini menjadi salah satu sebab kepada orang Melayu untuk menegakkan maruah bangsa Melayu melalui penentangan.

Faktor kelima ialah pemberian taraf kerakyatan. Syarat kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli telah menebalkan sentiment kebencian orang Melayu kepada kaum lain. Orang-orang Melayu begitu marah dan merasa tercabar disebabkan tindakan kerajaan British yang melonggarkan syarat kerakyatan sebagai salah satu dasar dalam perlembagaan Malayan Union. Dasar kerajaan British ini telah menggalakkan taraf kerakyatan yang luas tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. Pada peringkat ini, pihak British menyuarakan bahawa dasar ini adalah untuk menuju ke arah pembentukan kewarganegaraan umum yang merangkumi semua penduduk sama ada golongan imigran dan penduduk asal. Namun, idea ini kuat ditentang oleh orang Melayu kerana menganggap pembentukan Malayan Union sebagai suatu penyerahan Tanah Melayu dan Singapura kepada orang bukan Melayu. Syarat kerakyatan yang longgar ini memudahkan imigran mendapat kerakyatan dan mengecilkan bilangan orang Melayu. Inilah titik permulaan kebangkitan orang Melayu kerana bimbang status politik, ekonomi dan masa hadapan orang Melayu akan tercabar.

Faktor keenam pengenalan hak kesamarataan. Berdasarkan syarat kerakyatan berprinsip jus soli yang diperkenalkan oleh pihak British. Syarat kerakyatan yang longgar ini memberi hak yang sama rata dengan orang Melayu. Taraf orang Melayu sebagai peribumi Tanah Melayu telah disamaratakan dengan kaum-kaum lain yang baru datang ke tanah melayu seperti Cina dan India. Keadaan ini telah menghapuskan hak istimewa dan hasrat orang Melayu untuk menegaskan status quo sebagai peribumi. Hal ini amat mencabarkan orang Melayu yang mengimpian sebagai pemilik Tanah Melayu, sekali gus membawa kepada pembantahan yang kian besar daripada orang Melayu.

Similar Documents

Free Essay

Whatever

...sultan * Hanya menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu * Diberi elaun seperti semasa pemerintahan British Status Tanah Melayu * Dijadikan tanah jajahan Jepun Ekonomi – Eksploitasi ekonomi * Untuk kegiatan perindustrian dan membiayai peperangan Mata wang Jepun Pengenalan ekonomi kawalan * Ekonomi sara diri – pengeluaran makanan harian * Catuan makanan – untuk mengatasi kekurangan bahan keperluan harian * Kaisha(syarikat Jepun) – diberi layanan istimewa Sosial – Pengaruh Barat dan China * Sekolah Inggeris dan Cina ditutup Kesetiaan terhadap Jepun / Penggalakan budaya Jepun * Ditumpukan kepada Maharaja Jepun * KIMIGAYO (Lagu Kebangsaan Jepun) – dinyanyikan pada setiap pagi * Nippon Go – bahasa penghantar Orang Melayu * Dilayan dengan baik – ingin mendapat kerjasama orang Melayu meneruskan pemerintahan Orang Cina * Dilayan dengan kasar – menyokong kerajaan China semasa Perang China-Jepun Orang India * Dilayan dengan baik – Jepun ingin kerjasama mereka bagi mengusir British di India PG 49 - Tujuan penubuhan Malayan Union Membentuk satu bangsa Malayan Union * Golongan imigaran menumpukan kesetiaan kepada Malayan Union Menyediakan Tanah Melayu * Ke arah bekerjaan sendiri Mewujudkan suatu pentadbiran yang cekap dan seragam * Pentadbiran Tanah Melayu telah merumitkan pemerintahan Mengukuhkan pertahanan * Tanah Melayu dan Asia Tenggara Memastikan sumbangan golongan imigran ...

Words: 1032 - Pages: 5

Free Essay

Pengajian Malaysia

...‫ور‬ ‫ا م‬ & SELAMAT SEJAHTERA ‫ا و آ‬ BAB 1: PENGENALAN MASYARAKAT MALAYSIA TOPIK-TOPIK BAB; TOPIKMASYARAKAT BUDAYA HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA MPW 1133 PENGAJIAN MALAYSIA Tenaga Pengajar: Pengajar: En. Muhamad Wazir Bin Muslat FPSS UNiSEL, Bestari Jaya UNiSEL, Tel : 017-2406268 017email: muhamad_wazir_muslat@yahoo.com 1 2 MASYARAKAT PENGENALAN Negara D.K.R.T Malaysia dari segi Sejarah Kedudukan geografi Kedudukan ekonomi Kepelbagaian masyarakat PENGENALAN DEFINISI MASYARAKAT KONSEP-KONSEP MASYARAKAT KONSEPMASYARAKAT MAJMUK HUBUNGAN ETNIK PEMBINAAN BANGSA/NATION MALAYSIA 3 4 DEFINISI MASYARAKAT Kamus Dewan > kumpulan manusia yg menetap bersama di suatu tempattempatmengikut aturan tertentu Kelompok terbesar dari makhluk manusia dimana mereka hidup terjaring kebudayaan (Kucaraningrat) Kucaraningrat) Kelompok manusia yg telah lama hidup & bekerjasama sehingga mereka dapat mengorganisasikan dirinya & berfikir mengenai dirinya sebagai kesatuan sosial yg mempunyai batas-batas tertentu batas(Linton) Samb... Satu kum. manusia yg b'hbg secara tetap & kum. t'sususn dlm m'jlnkan aktiviti2nya secara kolektif & merasakan bhw mrk adalah hidup b'sama. b'sama. Bukanlah individu yg sama shj m'jadi anggota satu2 msykt krn anggota baru akan terus menerus lahir di dlmnya & ada pula yg mati. Oleh mati. yg demikian t'dpt p'hub. terus menerus di p'hub. kalangan mrk yg masih hidup & kekal selama b'abad2 (Roucek & Warren, 1976) (Roucek Satu kumpulan / kelompok manusia...

Words: 16153 - Pages: 65

Free Essay

Hubungan Etnik

...INTEGRASI ANTARA KAUM DI MALAYSIA: PERSPEKTIF SEJARAH, KELUARGA DAN PENDIDIKAN MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ABSTRAK Kajian berkaitan dengan integrasi kaum di Malaysia agak kompleks. Ini kerana, sosio politik setiap kaum bersifat perkauman. Agen-agen seperti sejarah, pendidikan, media, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan amat kuat mencengkam budaya politik setiap kaum. Akhirnya, lahirlah setiap bangsa yang memperjuangkan kepentingan masing-masing. Bukti-bukti ini diperolehi melalui tinjauan yang dibuat ke atas kajian-kajian sebelum ini. Keadaan tidak banyak berubah sehingga ke hari ini. Kajian ini bertujuan menilai sejauh mana pengaruh agen sosio politik seperti sejarah, institusi keluarga dan pendidikan yang dilalui meninggalkan kesan terhadap hubungan antara kaum. Hasil kajian menunjukkan sosio-politik perkauman melahirkan sentimen perkauman yang tinggi. Integrasi masih lagi samar. Realitinya, sentimen perkauman masih kuat mencengkam budaya politik masyarakat berbilang kaum. Kata Kunci: Integrasi nasional, sosialisasi politik, politik etnik, agenda nasional, perpaduan ABSTRACT Study on integration and unity among races in Malaysia is quite complex. These are due to the facts that the political socialization agents process i.e. history, education, social, economy and politic, are race oriented. Every race fights for their own interest. Most of the past research have shown that the racial sentiments in Malaysia were tensed. This research aimed to analyst the influence of political...

Words: 8715 - Pages: 35

Free Essay

Selamat Hari Raya

...1.0 PENGENALAN Dalam proses pembinaan negara bangsa, pendidikan merupakan asas penyatuan dalam kalangan rakyat. Berdasarkan pengalaman di negara asing seperti Amerika Syarikat, Perancis, Indonesia dan Thailand, matlamat ini dicapai menerusi pelaksanaan dasar pendidikan untuk pelbagai komuniti etnik (Shamsul Amri Baharuddin.2012:193). Walaupun negara ini mempunyai Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Bahasa Kebangsaan, dasar tersebut agak berbeza dengan negara berkenaan dari sudut praktiknya. Sistem pendidikan di negara ini iaitu Sistem Pendidikan Vernakular ataupun jenis Kebangsaan berorientasikan komuniti etnik tertentu yang berkongsi kurikulum yang sama. Dengan itu, pengekalan sistem sedemikian akan menggalakkan pemisahan kanak-kanak daripada komuniti etnik yang berbeza. Justeru, langkah bersepadu harus dilaksanakan demi mencapai matlamat kerajaan untuk memupuk kesepaduan sosial antara anggota masyarakat menerusi sistem pendidikan kebangsaan (Shamsul Amri Baharuddin.2012:193). Neena (1985) meletakkan peranan penting pendidikan formal dalam proses sosialisasi. Sekolah boleh mensosialisasikan semula pelajar yang mempunyai perbezaan latar belakang sosiopolitik mengikut kumpulan yang sama sehingga ke peringkat yang lebih tinggi, serta dapat mengamalkan semangat bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain (Shamsul Amri Baharuddin.2012:194). ISI KANDUNGAN |Pengenalan ...

Words: 7408 - Pages: 30