Free Essay

Fiqal Language Lala

In:

Submitted By rikozz
Words 3703
Pages 15
1.0 PENGENALAN
Perundingan bermaksud mesyuarat atau perbincangan. Perundingan dilakukan bagi mendapatkan sesuatu benda atau kemahuan seseorang dari pihak lain walaupun menggunakan perlbagai cara untuk memenuhinya. Perundingan melibatkan perbincangan dengan dua atau lebih individu melalui perjanjian berdasarkan kemahuan atau matlamat sesuatu pihak bagi mengatasi masalah yang timbul. Perundingan juga merupakan tahap awal dalam sesuatu proses perjanjian. Perundingan dilakukan antara pihak mengenai sesuatu perkara sebelum melaksanakan perjanjian.
Perbincangan pula merupakan proses berinteraksi secara bersemuka antara manusia untuk bertukar-tukar idea, membincangkan atau menyelesaikan sesuatu masalah, menjawab persoalan, mengukuh serta meningkatkan kefahaman seseorang. Asmah (2000: 1) menyatakan perbincangan merupakan kegiatan bahasa yang menunjukkan adanya usaha mempertahankan, meyokong atau menentang sesuatu matlumat. Perundingan ini melibatkan satu proses komunikasi yang rumit melibatkan pelbagai perlakuan perunding seperti, sistem saraf dalam tubuh badan manusia. Urat-urat saraf ini akan bermasalah apabila berlakunya hentakkan yang kuat pada sesuatu bahagian tersebut. Oleh itu, pengendalian komunikasi yang bagus harus dipraktikkan dalam kehidupan seharian supaya memastikan perundingan ini berjalan dengan lancar. Rundingan penting apabila satu pihak memerlukan persetujuan daripada pihak lain bagi mencapai sasaran atau matlamat dalam sesuatu perundingan. Objektif dalam perundingan ini adalah untuk membina persekitaran yang boleh dikongsi dan seiring dengan kepercayaan jangka masa panjang dalam sesuatu pihak atau organisasi. Secara umumnya, setiap perundingan yang berlaku dapat dikategorikan melalui beberapa gaya perundingan yang boleh membantu pihak-pihak yang terlibat membuat persediaan dan menentukan matlamat perundingan. Gaya perundingan terbahagi kepada empat jenis analisis iaitu analisis struktur, analisis strategi, analisis proses dan analisis intergratif.

2.0 PERBINCANGAN
Berdasarkan ‘Transkripsi Majlis Pertunangan 2’ terdapat keempat-empat gaya perundingan yang digunakan dalam majlis pertunangan antara kedua-dua belah pihak iaitu pihak lelaki dan pihak perempuan. Gaya perundingan tersebut ialah Analisis Struktur, Analisis Strategi, Analisis Proses dan Analisis Intergratif. Analisis akan dilakukan berdasarkan kaitan antara gaya perundingan dengan Transkripsi Majlis Pertunangan yang diberikan. Dialog dalam transkripsi itu akan dikeluarkan dan dibahagikan mengikut setiap analisis yang berbeza. Penerangan secara lanjut akan diberikan supaya memberikan kefahaman lebih mengenai gaya perundingan ini.
2.1 Analisis Struktur
Analsis struktur melibatkan kuasa simetri atau kuasa tak semetri. Kuasa simetri merupakan kedua-dua pihak dalam sesuatu perundingan itu sama kuat manakala kuasa tak simetri pula merupakan satu pihak sahaja yang mempunyai kuasa dan pihak lawannya lemah. Gaya perundingan ini berdasarkan elemen kuasa yang dimiliki antara kedua pihak yang berundingan. Elemen-elemen yang terkandung dalam gaya perundingan analisis struktur ini terdiri daripada kuasa hubungan sosial, meterial, ekonomi, dan lain-lain. Unsur-unsur inidalam sesebuah perundigan akan menyumbang pada keputusan sesuatu perundingan. Pihak yang mempunyai elemen kuasa yang melebihi pihak lawan, akan lebih mudah memenangi perundingan sesebuah perundingan. Analisis ini menjelaskan bahawa perundingan yang berlaku melibatkan antara pihak yang kuat dengan pihak yang lemah. Tambahan, salah satu pihak akan mengandaikan seseorang mempunyai kuasa autoriti yang lebih tinggi akan mempunyai kelebihan membuat keputusan dalam sesuatu perundingan. Perundingan ini sesuai diterapkan dalam rundingan yang melibatkan kuasa dan kejayaan untuk sebelah pihak. Bagi pihak yang lemah, rundingan jenis ini tidak membantu untuk mencapai kehendak yang ingin dicapai kerana kebiasaanya pihak yang lemah akan gagal. Pihak yang kuat dijangka akan menguasai keseluruhan rundingan ini. Gaya perundingan ini sering dikritik kerana keputusan perundingan yang dijangka akan menyebelahi kepada pihak yang kuat. Terdapat beberapa contoh bagi analisis struktur dalam transkripsi majlis pertunangan 2.
Wakil Perempuan : Aa…. Yang cincin ni kene ade ke?
Wakil Lelaki : Hehe… ni ade lagi kat dalam… boleh bukaklah..
Wakil Perempuan : Aa…. Yang cincin ni kene ade ke?
Wakil Lelaki : Hehe… ni ade lagi kat dalam… boleh bukaklah..

Dialog 1
Dialog 1

Berdasarkan dialog diatas, dialog ini telah dikenalpasti sebagai analisis struktur dalam sesebuah perundingan dalam transkripsi majlis pertunangan itu. Terdapat dua pihak dalam transkripsi majlis pertunangan ini iaitu pihak wakil perempuan dan pihak wakil daripada lelaki. Analisis struktur ini dapat dilihat pada kausa semetri yang ada pada pihak lelaki. Hal ini demikian kerana wakil dari pihak perempuan bertanya kepada pihak lelaki mengenai cincin pertunangan yang akan berlansung. Keperluan cincin dalam majlis pertunangan ini ditentukan oleh pihak lelaki sama ada mahu memberikan cincin atau tidak. Persoalan ini diajukan oleh pihak perempuan kepada pihak wakil lelaki. Wakil lelaki ini diibaratkan pihak yang kuat kerana pihak lemah seperti wakil perempuan terpaksa menanyakan kepada pihak lelaki dan mesti mengikut cadangan pihak lelaki. Gaya perundingan ini akan menyebelahi kepada pihak yang kuat.
Wakil Perempuan : Andai katalah berlaku perkara yang tak diingini ek.. sama ada dilakukan oleh wakil perempuan mahupun lelaki, adakah cincin ini hendak dikembalikan atau hadiahkan sahaja?
Wakil Lelaki : Hadiah saja..
Dialog 2
Wakil Perempuan : Andai katalah berlaku perkara yang tak diingini ek.. sama ada dilakukan oleh wakil perempuan mahupun lelaki, adakah cincin ini hendak dikembalikan atau hadiahkan sahaja?
Wakil Lelaki : Hadiah saja..
Dialog 2

Gaya perundingan analisis struktur terdapat dalam dialog 2 diatas. Analisis struktur dalam dialog ini jelas melibatkan kuasa tak simetri dalam perundingan yang dibuat. Menurut Nurul Afnieza (2014), kuasa tak simetri merupakan satu pihak sahaja yang mempunyai kuasa dan pihak lawannya lemah. Ini menunjukkan pihak yang mempunyai kuasa adalah pihak wakil lelaki dan pihak yang lemah ialah pihak wakil perempuan. Hal ini demikian kerana dialog ini menunjukkan kuasa tak semetri pada persoalan yang dipersoalkan oleh pihak wakil perempuan mengenai soal sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini, cincin pertunangan perlu dipulangkan atau tidak perlu dipulangkan kepada wakil lelaki. Namun, keputusan itu ditentukan oleh lelaki dengan menghadiahkan sahaja cincin itu. Ini menunjukkan bahawa kuasa tak simetri wujud di dalam dialog ini. Kuasa tak simetri itu terletak pada pihak yang kuat iaitu pihak lelaki kerana pihak lelaki yang tentukan keputusannya. Pihak perempuan hanya mengikut keputusan wakil lelaki kerana pihak perempuan mengandaikan pihak wakil lelaki mempunyai kuasa autoriti yang lebih tinggi lalu mempunyai kelebihan membuat keputusan dalam penentuan cincin tersebut.

Wakil Lelaki : - kalau mereka bersedia dari segi ape.. ekonomi ke.. ape ke cukup.. dah kukuh.. nak percepatkan ke.. * Alhamdulillah nanti berunding lagi lah

Wakil Perempuan : - Boleh dirunding.. InsyaAllah

Wakil Lelaki : - kalau mereka bersedia dari segi ape.. ekonomi ke.. ape ke cukup.. dah kukuh.. nak percepatkan ke.. * Alhamdulillah nanti berunding lagi lah

Wakil Perempuan : - Boleh dirunding.. InsyaAllah

Dialog 3
Dialog 3

Gaya perundingan yang terdapat di dalam dialog 3 ialah gaya perundingan analisis struktur. Hal ini demikian kerana dialog yang diujarkan oleh wakil lelaki telah menunjukkan bahawa wujudnya kuasa tak simetri pada wakil perempuan untuk menentukan segala perubahan waktu perkahwinan. Kali ini pihak perempuan pula yang berkuasa dalam menentukan jawapan kepada pihak lelaki. Hal ini demikian kerana pihak lelaki bertanya kepada wakil pihak perempuan mengenai waktu pertunangan tersebut mahu dipercepat atau tidak jika kedua-dua pengantin mampu dan cukup dari segi ekonomi. Jawapan yang diberikan oleh wakil pihak perempuan memnunjukkan kuasa tidak semetri berlaku dalam perundingan ini dan secara langsung telah menunjukkan gaya perundingan analisis struktur dalam dialog ini.
2.2 Analisis Strategi
Gaya perundingan yang seterusnya ialah Analisis Strategi. Perundingan ini menjelaskan pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu perundingan dianggap mempunyai kuasa dalam membuat keputusan. Oleh itu, rundingan yang dibuat diantara kedua belah pihak berlaku berkerjasama atau gagal. Kebiasaannya keputusan yang dapat dicapai dengan bekerjasama daripada kedua pihak akan memperoleh hasil yang baik. Namun, masalah akan timbul seandainya satu pihak berasa tidak yakin terhadap pihak lain. Biasanya, masalah akan timbul apabila keputusan dibuat dalam masa yang terlalu singkat sehingga menyebabkan kurangnya keyakinan untuk berkejersama dalam sesuatu perundingan. Dalam rundingan ini, jika terdapat keinginan yang tidak dipenuhi secara adil, pihak-pihak yang berunding akan saling bercanggah dan berpaling tadah. Jika terdapat satu pihak yang mengalah untuk membuat satu konsesi lain, pihak yang berpaling tadah tadi berkemungkinan mendapat keuntungan yang lebih. Hal ini demikian kerana, pihak yang cuba membuat perundingan semula akan cuba bertolak ansur. Kebiasaannya kepercayaan hanya akan wujud apabila perundingan dibuat berulang kali.
Wakil Lelaki : - Jadi saya mewakili kakak saya iaitu ibu helmi… melamar anak gadis Encik Sabtu yang bernama Diana untuk dijadikan pasangan hidup
Wakil Perempuan : (Mengangguk)
Dialog 4
Wakil Lelaki : - Jadi saya mewakili kakak saya iaitu ibu helmi… melamar anak gadis Encik Sabtu yang bernama Diana untuk dijadikan pasangan hidup
Wakil Perempuan : (Mengangguk)
Dialog 4

Berdasarkan dialog di atas, gaya perundingan yang terlibat ialah gaya perundingan Analisis Strategi. Hal ini kerana terdapat dialog yang diujarkan oleh pihak wakil lelaki aiitu wakil kepada ibu Helmi. Kakak kepada ibu helmi menyatakan bahawa dia merupakan wakil kepada pihak lelaki untuk melamar anak gadis Encik Sabtu yang bernama Diana untuk dijadikan pasangan hidup Helmi. Hal ini demikian membuktikan bahawa terdapat analisis strategi berlaku diantara ibu Helmi dengan kakaknya. Kepercayaan diberikan sepenuhnya dalam adat pertunangan ini untuk melamar anak Encik Sabtu. Kerjasama berlaku diantara ibu Helmi dengan kakaknya. Sebelum datang meminag anak Encik Sabtu, ibu Helmi telah berkerjasama bagi memudahkan perjalanan adat meminang ini. Dengan ini wujudlah gaya perundingan analisis strategi dalam dialog ini.
Wakil Lelaki : - Betul-betul (sambil bertanya pada pihak lelaki yang lain) * Betul ey..

Dialog 5
Wakil Lelaki : - Betul-betul (sambil bertanya pada pihak lelaki yang lain) * Betul ey..

Dialog 5

Dalam dialog di atas, wakil lelaki ini telah menunjukkan bahawa wujudnya gaya perundingan analisis strategi. Hal ini demikian kerana dialog di atas berlaku diantara ahli wakil pihak lelaki. Di dalam dialog ini, wakil dari pihak lelaki bertanyakan sesuatu bagi mendapatkan jawapan dan kepastian kepada pihak lelaki yang lain. Hal ini dapat dibuktikan bahawa dialog yang dikatakan oleh pihak lelaki merupakan gaya perundingan Analisis Strategi. Hal ini demikian kerana wakil daripada pihak lelaki itu inginkan kerjasama diantara ahli wakil pihak lelaki yang lain. Sekiranya pihak lelaki yang lain itu tidak dapat memberi jawapan kepada persoalan itu. Maka, perundingan itu dianggap gagal kerana kedua-dua pihak gagal membuat sebarang keputusan.
Wakil Perempuan : Saya bagi pihak Encik Sabtu dan Cik Rokiah terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih pada kedua-dua pihak yang mana dapat bersama merai dan menyaksikan majlis pertunangan antara Helmi bin Samad dan Diana bin Sabtu. Kita telah mendengar..

Dialog 6
Wakil Perempuan : Saya bagi pihak Encik Sabtu dan Cik Rokiah terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih pada kedua-dua pihak yang mana dapat bersama merai dan menyaksikan majlis pertunangan antara Helmi bin Samad dan Diana bin Sabtu. Kita telah mendengar..

Dialog 6

Dialog di atas merupakan gaya perundingan analisis strategi. Hal ini demikian kerana perkataan yang digunakan oleh wakil pihak perempuan tersebut telah menunjukkan bahawa dia mempunyai kuasa dalam membuat keputusan atau sebarang idea perbincangan iaitu dengan mendapat kepercayaan daripada Encik Sabtu dan Cik Rokiah. Wakil pihak wanita tersebut telah mewakili Encik Sabtu dan Cik Rokiah untuk mengucapkan ucapan ribuan terima kasih pada kedua-dua pihak yang terlibat dalam majlis pertunangan Helmi bin Samad dan Diana bin Sabtu. Setiap pihak mempunyai strategi sendiri untuk sebolehnya berkerjasama. Kebiasaannya keputusan yang dapat dicapai dengan bekerjasama daripada kedua pihak akan memberikan hasil yang baik. Ini dapat dilihat dengan wakil perempuan telah memberi maklum balas bahawa keputusan telah tercapai antara kedua-dua pihak.

Wakil Perempuan : - Encik Khairil iaitu untuk duit hantaran belanja sebanyak 7 ribu dolar bersama-sama sebentuk cincin berharga 400 dolar dan juga pemberian hadiah kepada lelaki dan perempuan * jadi, saya sebagai wakil Encik Sabtu dan Cik Rokiah menerima pertunangan antara Helmi bin Samad dan Diana bin Sabtu ey..hehehe

Dialog 7
Wakil Perempuan : - Encik Khairil iaitu untuk duit hantaran belanja sebanyak 7 ribu dolar bersama-sama sebentuk cincin berharga 400 dolar dan juga pemberian hadiah kepada lelaki dan perempuan * jadi, saya sebagai wakil Encik Sabtu dan Cik Rokiah menerima pertunangan antara Helmi bin Samad dan Diana bin Sabtu ey..hehehe

Dialog 7

Berdasarkan dialog di atas terdapat gaya perundingan analisis strategi. Hal ini demikian kerana perkataan yang digunakan oleh wakil perempuan telah menunjukkan bahawa beliau telah mendapat kuasa untuk membuat keputusan. Kuasa yang diperoleh ini daripada kerjasama antara dua belah pihak iaitu pihak wakil perempuan dengan Encik Sabtu dan Cik Rokiah. Hal ini dapat dibukti berdasarkan dialog tersebut, beliau mewakili Encik Sabtu dan Cik Rokiah untuk menerima pertunangan antara Helmi bin Samad dan Diana bin Sabtu. Di dalam gaya perundingan Analisis Strategi, sebelah pihak akan mendapat kuasa untuk menentukan segala keputusan yang bakal dibuat. Rundingan akan dibuat dan keputusan akan dipertimbangkan.

2.3 Analisis Proses
Analisis proses ini melibatkan situasi tawar-menawar antara pihak yang terlibat dan membentuk persefahaman dengan menggunakan teknik penyelesaian masalah untuk mengelakkan konflik dan mencapai hasil yang memuaskan. Gaya perundingan ini juga menekankan aspek kerjasama dan berusaha mencapai kata sepakat yang memberi faedah kepada kedua pihak yang berunding. Selain itu, setiap pihak yang terlibat akan memberi atau mengubah sesuatu yang ditetapkan pada awalnya dan meminta sesuatu untuk faedah bagi pihaknya atau pihak yang diwakilkan. Analisis proses ini secara jelasnya memperlihatkan kedua-dua pihak yang berunding mempunyai kuasa dalam membuat keputusan. Kebiasaannya, analisis proses ini akan dimulakan dengan rundingan daripada kedua-dua belah pihak dan disertai dengan beberapa siri perundingan yang lain mengikut keperluan perundingan. Namun begitu, dalam proses berlakunya tawar-menawar antara pihak yang berunding akan wujudnya dua andaian yang berbeza iaitu terdapat satu pihak boleh menjadi lemah atau lebih kuat. Perundingan ini lebih tertumpu kepada kronologi proses perundingan dalam menilai keputusan yang bakal dibuat. Perundingan tersebut haruslah berunding mengenai perkara yang sama dalam tempoh masa yang tertentu. Perundingan yang melibatkan analisis proses ini mempunyai titik awal iaitu permulaan bagi sesebuah rundingan, titik pertengahan yang merujuk kepada proses perundingan yang berlaku berdasarkan tempoh masa yang diambil dan titik akhir iaitu matlamat utama perundingan. Sekiranya sepanjang tempoh proses perundingan tersebut berlaku terdapat satu pihak yang ingin menarik diri, maka proses perundingan berakhir dengan kemenangan sebelah pihak atau boleh juga tidak mendatangkan keuntungan kepada mana-mana pihak. Namun, jika dalam proses perundingan tersebut wujudnya unsur timbal balik yang memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak, maka keputusan akhir akan dapat dicapai bersama.
Wakil Perempuan : Ha.. yelah..hehehe..rasenya tak bagi tips tadikan.
Wakil Lelaki : Ha.. Yelah..hehe
Wakil Perempuan : kalau tips-tips kena bayar dulu..hehehe.
Wakil Lelaki : Jadi dah terima la ye..

Dialog 8
Wakil Perempuan : Ha.. yelah..hehehe..rasenya tak bagi tips tadikan.
Wakil Lelaki : Ha.. Yelah..hehe
Wakil Perempuan : kalau tips-tips kena bayar dulu..hehehe.
Wakil Lelaki : Jadi dah terima la ye..

Dialog 8 Berdasarkan teks yang dianalisis sememangnya wujud gaya perundingan jenis ini. Hal ini kerana, dalam perundingan yang melibatkan majlis pertunangan akan wujudnya proses tawar-menawar antara kedua-dua belah pihak untuk mencapai kepuasan atau keuntungan bersama.

Dialog 8 menunjukkan perundingan yang melibatkan analisis proses iaitu berlakunya proses tawar menawar antara wakil perempuan dan wakil lelaki. Situasi ini juga melibatkan berlakunya kornologi proses perundingan iaitu berunding mengenai perkara yang sama dalam tempoh masa yang tertentu. Dalam dialog ini, wakil perempuan telah menanyakan tentang tips kerana wakil perempuan keliru sama ada sudah diberi tips atau tidak. Namun, pertanyaan tersebut telah menunjukkan penggunaan kronologi dalam perundingan dan menunjukkan proses tawar menawar antara kedua belah pihak. Wakil perempuan menyatakan perkara yang sama dalam satu tempoh tertentu.
Maksudnya kedua-dua mereka salaing membuat proses tawar menawar bagi mendapatkan tips. Situasi ini juga menjelaskan pihak yang berunding bertindak sebagai pendengar yang baik, bertukar maklumat antara satu sama lain untuk mencari kata putus serta menukarkan kepentingan sendiri kepada kepentingan semua pihak. Kedua-dua pihak yang terlibat telah memberi atau mengubah sesuatu yang ditetapkan pada awalnya dan meminta sesuatu untuk faedah bagi pihaknya atau pihak yang diwakilkan. Hal ini dapat menunjukkan berlakunya proses timbal balik antara pihak yang berunding. Wakil Lelaki : - (betul) Perniagaan dah Terima.. * Jadi sebagaimana dirancang oleh mereka berdua nie, permintaan mereka untuk apa.. * Majlis pertunangan sekali lah.. malam nie merisik dan pertunangan sekali kan malam nie.. * Kita bawak sebentuk cincin tanda pertunangan dan ini dengan wang hantaran 7 keping menandakan 7 ribu beserta dua tiga macam makanan…hadiah-hadiah..

Wakil Lelaki : - (betul) Perniagaan dah Terima.. * Jadi sebagaimana dirancang oleh mereka berdua nie, permintaan mereka untuk apa.. * Majlis pertunangan sekali lah.. malam nie merisik dan pertunangan sekali kan malam nie.. * Kita bawak sebentuk cincin tanda pertunangan dan ini dengan wang hantaran 7 keping menandakan 7 ribu beserta dua tiga macam makanan…hadiah-hadiah..

Dialog 9
Dialog 9

Berdasarkan kajian yang dijalankan dialog di atas mempunyai gaya perundingan Analisis Proses. Hal ini demikian kerana perkataan yang digunakan melambangkan gaya perundingan Analisis Proses. Analisis Proses melihatkan perkataan yang digunakan banyak menggunakan kronologi dan banyak menunjukkan proses untuk melaksanakan sesuatu. Sebagai contoh, dalam dialog diatas wakil lelaki memberitahu kepada pihak perempuan bahawa, mereka akan menjalankan proses pertunangan seperti yang sudah dirancang oleh pasangan tersebut. Di dalam dialog ini juga telah menunjukkan proses tawar menawar dia antara kedua belah pihak bagi membuat satu keputusan. Tawar menawar mengenai wang hantaran yang akan dibawa juga turut berlaku pada bahagian ini. Pihak wakil lelaki telah bersetuju untuk membawa sebentuk cincin, wang hantaran, tujuh ribu beserta dua tiga makana dan hadiah-hadiah.
Wakil Lelaki : - rasenye taka de ape.. - mungkin kite nak tahu lah tempoh untuk pertunangan .. - dua tahun??
Wakil Perempuan : - Ha.. dua tahun - ye.. dua tahun ok.. kalau cepat telefon ajelah..
Wakil Lelaki : - rasenye taka de ape.. - mungkin kite nak tahu lah tempoh untuk pertunangan .. - dua tahun??
Wakil Perempuan : - Ha.. dua tahun - ye.. dua tahun ok.. kalau cepat telefon ajelah..

Dialog 10
Dialog 10

Berdasarkan dialog 10, proses kronologi dalam proses perundingan dapat dilihat berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan oleh kedua-dua belah pihak. Dalam hal ini, proses perundingan yang berlaku bemula daripada tujuan utama majlis pertunangan dijalankan sehinggalah majlis perkahwinan antara pihak lelaki dan pihak perempuan. Sepanjang tempoh tersebut, wakil perempuan memberi ruang kepada wakil lelaki untuk berunding sekiranya pihak lelaki ingin mempercepatkan majlis perkahwinan. Sebagai contoh, wakil lelaki ini menyatakan tempoh pertunangan tersebut dan secara tidak langsung berlakunya proses rundingan antara pihak yang terlibat. Seterusnya, kedua-dua belah pihak bersetuju dengan tempoh pertungangan tesebut dan tempoh tersebut boleh dipercepatkan sekiranya masing-masing telah bersedia untuk ke peringkat seterusnya.
2.4 Analisis Intergratif
Analisis ini melibatkan proses perundingan yang berlaku mengikut peringkat demi peringkat yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak yang tertentu dengan membincangkan isu atau perkara yang sama. Kebiasaannya perundingan ini merangkumi proses yang telah mempunyai ritual, format, peraturan yang telah ditetapkan mengikut organisasi dan adat mahupun budaya. Kebiasaannya, perundingan ini akan melibatkan peringkat sebelum berlakunya proses perundingan sehinggalah tindakan terakhir rundingan dilaksanakan. Peringkat permulaan dalam perundingan ini merangkumi peringkat sebelum rancangan untuk mencari jalan penyelesaian atau strategi pelaksanaan perundingan. Analisis ini merangkumi peringkat sebelum rundingan pada awalnya yang menghubungkan kedua-dua belah pihak. Hubungan awal kedua-dua pihak ini amat penting bagi melancarkan proses perundingan bagi setiap peringkat. Hasil setiap rundingan dipamerkan berdasarkan prestasi pihak yang terlibat dalam perundingan setiap peringkat. Maksudnya, setiap peringkat akan dinilai dan setiap keputusan yang dicapai pada peringkat tersebut akan dibawa ke peringkat seterusnya. Oleh itu, peringkat perundingan yang kedua dan seterusnya bergantung kepada keputusan dan hasil daripada peringkat sebelumnya bagi memastikan setiap pihak berpuas hati dengan keputusan yang bakal diterima. Contoh bagi analisis integratif ini dapat dilihat berdasarkan teks transkripsi yang dianalisis. Perundingan dalam majlis pertunangan sememangnya mempunyai proses atau peringkat-peringkat yang perlu dilaksanakan agar tidak mendatangkan masalah atau konflik pada masa akan datang. Hal ini kerana, majlis pertunangan melibatkan adat dan budaya masyarakat Melayu yang pastinya mempunyai aturan yang tertentu.
Wakil Lelaki : - Kita teruskan dengan acara perminangan
Wakil Perempuan : - Insyallah

Dialog 11
Wakil Lelaki : - Kita teruskan dengan acara perminangan
Wakil Perempuan : - Insyallah

Dialog 11

Dialog 11 menunjukkan perundingan yang dijalankan berdasarkan analisis intergratif. Situasi ini menunjukkan peringkat-peringkat dalam adat pertunangan masyarakat Melayu. Majlis pertunangan ini bermula denga upacara merisik iaitu yang juga melibatkan wakil dari pihak lelaki dan wakil dari pihak perempuan. Setelah wakil perempuan menerima risikan dari wakil lelaki maka perundingan akan diteruskan kepada peringkat atau upacara peminangan. Hal ini menunjukan pihak yang terlibat telah memenuhi keperluan atau kehendak pihak lawan bicara. Perundingan ini juga telah menunjukkan bahawa upacara merisik telah mencapai kata putus yang dingini dan barulah semua pihak melangkah ke peringkat seterusnya iaitu majlis pertunangan. Sekiranya wakil perempuan telah menolak risikan wakil lelaki maka majlis pertunangan tidak dapat dijalankan. Hal ini kerana, ia merangkumi proses yang telah mempunyai ritual yang ditetapkan sejak zaman dahulu lagi dan sememangnya proses tersebut melibatkan adat dan budaya masyarakat Melayu.

Wakil Lelaki : - ini rasanya dah bawak duit hantaran, segala pemberian bagai, dah terang dah.. hehehe
Wakil Perempuan : - Dah terang dah.. hehehe kira jadilah..hehehe..

Wakil Lelaki : - ini rasanya dah bawak duit hantaran, segala pemberian bagai, dah terang dah.. hehehe
Wakil Perempuan : - Dah terang dah.. hehehe kira jadilah..hehehe..

Dialog 12
Dialog 12

Gaya perundingan sangat penting untuk menyelesai satu masalah. Salah satu cara gaya perundingan yang terdapat dalam dialog di atas ialah gaya perundingan Analisis Integratif. Di dalam dialog di atas, melihatkan sesi pertunangan sudah selesai. Hal ini demikian kerana pada awal transkripsi ini merupakan sesi merisik seterusnya ke sesi pertunangan. Dialog diatas menunjukkan wakil perempuan dan wakil lelaki telah bersetuju dengan perminagnan antara kedua-dua bakal pengantin itu. Hal ini menunjukkan dalam proses masyarakat Melayu apabila ingin berkhawin ini tidak boleh bermula dengan perkhawinan, bertunang dan merisik. Masyarakat Melayu ini perlu mengikut adat dalam sesi perkhawinan yang bermula dengan sesi merisik, bertunang, dan berkhawin. Contoh ayat di atas telah membuktikan bahawa gaya perundingan Analisis Integratif wujud di dalam dialog Trankskripsi Majlis Pertunangan ini. Wakil Perempuan : - Jadi, Sama-samalah berdoa moga kita sentiasa dalam keadaan sihat walafiat agar dapat kita berjumpa lagi dan menyaksikan perkahwinan dan masa dua tahun lagi.. InsyaAllah..

Dialog 13
Wakil Perempuan : - Jadi, Sama-samalah berdoa moga kita sentiasa dalam keadaan sihat walafiat agar dapat kita berjumpa lagi dan menyaksikan perkahwinan dan masa dua tahun lagi.. InsyaAllah..

Dialog 13

Berdasarkan dialog 13, gaya perundingan yang dapat dikaji ialah gaya perundingan Analisis Integratif. proses perundingan kepada peringkat demi peringkat dengan membincangkan isu yang sama. Peringkat-peringkat tersebut adalah sebelum rancangan untuk mencari jalan penyelesaian atau strategi pelaksanaan sehingga tindakan terakhir selepas rundingan dilaksanakan bagi memastikan keputusan yang dicapai mampu memuaskan kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh, di dalam dialog 13, wakil lelaki dan wakil perempuan telah berbincang untuk melaksanakan majlis perkahwianan antara kedua belah pihak. Oleh itu, dialog wakil perempuan seperti “..dan menyaksikan perkahwinan dan masa dua tahun lagi..” menunjukkan bahawa berlakunya peringkat-peringkat yang dilalui oleh kedua belah pihak dan kedua belah pihak menunggu peringkat yang terakhir untuk memastikan keputusan yang dibuat tercapai.
3.0 KESIMPULAN
Pengaplikasian gaya perundingan bagi setiap perundingan yang berlaku adalah bergantung kepada jenis masalah atau konflik yang dihadapi. Hal ini menunjukkan bahawa kempat-empat jenis gaya perundingan iaitu analisis struktur, analisis strategi, analisis proses dan analisis integratif boleh diaplikasikan dalam perundingan yang melibatkan adat dan budaya masyarakat Melayu iaitu perundingan dalam majlis pertunangan. Analisis menunjukkan bahawa kempat-empat gaya perundingan ini dapat membantu pihak yang terlibat menentukan matlamat perundingan dengan berkesan. Kerjasama antara kedua-dua pihak dalam proses perundingan ini sangat membantu untuk mencapai matlamat yang dikhendaki.

hehe

Similar Documents