Free Essay

Hubungan Antara China Dengan Melayu Di Malaysia Dari Aspek Ekonomi Dan Politik

In:

Submitted By Jiayingeee
Words 1177
Pages 5
Dari Aspek Ekonomi
Hubungan antara China dengan Malaysia sudah lama wujud iaitu sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M). Pemerintahan zaman Dinasti Tang (618-907 M) telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu daripadanya ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui Alam Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, He-Ling (Jawa) dan lain-lain.
Dinasti Song (960-1279) juga telah meneruskan hubungan baik dengan negeri­negeri luar tetapi menumpukan lebih banyak kepada bidang perniagaan terutama dengan negeri-negeri di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat. Hubungan paling gemilang dan bermakna antara Alam Melayu dengan China ialah yang dijalinkan antara Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming dalam abad ke-15. Persahabatan antara Melaka dan China wujud sebelum itu lagi apabila seorang utusan Raja China sampai di Melaka pada tahun 1403 dan Parameswara membalas dengan satu perutusan ke China pada tahun 1405. Laksamana Cheng Ho telah membawa hadiah bingkisan daripada Raja China, yang dibalas pula oleh Parameswara pada tahun 1407. Seterusnya beberapa orang Raja Melaka telah melawat China iaitu Parameswara (1411), Megat Iskandar Syah (1414), Sultan Muhammad Syah (1424) dan Sultan Abu Syahid (1445).
Sebelum kedatangan, British bilangan masyarakat Cina terlalu kecil dan terlibat dalam bidang perniagaan. Penghijrahan secara beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu berlaku selepas Inggeris mengambilalih Pulau Pinang pada tahun 1826, Singapura pada tahun 1819 dan penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826. Kebanyakan mereka berasal dari wilayah Kwangtung dan Tukuin, Amoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng Chon dan lain-lain. Mereka terlibat dalam sektor perlombongan di Lukut, Sungai Ujong, Larut, Kelang dan Kuala Lumpur. Di samping itu orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu yang membenarkan mereka bekerja di ladang lada dan gambir.
Wujudnya kerjasama ekonomi dalam bentuk perdagangan dua hala melalui tiga sistem pada zaman itu, iaitu perdagangan antara raja (dalam bentuk persembahan ufti dan balasan anugerah pelbagai barang berharga), perdagangan antara kerajaan berdasarkan kontrak penjualan barangan tertentu hanya kepada Kerajaan China dengan harga yang menguntungkan Melaka, dan perdagangan awam dalam kalangan masyarakat umum.
Dalam Tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks 'Moral Semesta' (Moral Universe). Dengan sebab itu wujud konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddhisme sebagaimana yang termaktub dalam eight fold path. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Konsep 'wang', 'laba', 'ganjaran', 'pasaran' dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbangan­pertimbangan moral. Bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti dalam kegiatan ekonomi moden. Perkara yang membezakan ekonomi Tamadun tradisional dari ekonomi zaman moden adalah kayu pengukurnya.
Dalam bidang ekonomi, keadilan dan sikap berpatutan merupakan dua nilai yang penting. Kedua-dua nilai ini khasnya merujuk kepada pengagihan kekayaan secara adil saksama dan pekerjaan tidak dikenal pasti dengan ras. Sebenarnya keadilan pengagihan kekayaan adalah salah satu ideal dalam The Grand Unity. Selain itu, terdapat banyak nilai dalam tamadun Cina yang patut ditekankan dalam aktiviti ekonomi. Misalnya, kerajinan, berjimat-cermat, tanggungjawab (komitmen), integriti dan ketaatan akan memanfaatkan pertubuhan perniagaan secara langsung; nilai etika seperti keharmonian, kesetiaan, kesopanan, kepatuhan kepada norma dan peraturan, disiplin din, semangat bekerjasama dan sebagainya mungkin memberi implikasi yang positif bagi teori organisasi, tingkah laku organisasi, pengurusan perniagaan dan psikologi perindustrian.
Dari Aspek Politik
Interaksi dan pertalian kerajaan Alam Melayu dengan Tamadun Cina pada zaman pra-penjajah Barat tidak banyak membuahkan kesan mendalam dan besar ke atas Tamadun Melayu. Ini kerana kedatangan orang Cina ke Alam Melayu dan negara-negara luar lain pada zaman itu tidak didorong oleh perasaan hegemoni dan niat untuk menjajah dan mendominasi negara-negara itu. Sikap mereka saling hormat-menghormati dan mengiktiraf kedudukan dan kewibawaan kerajaan dan ciri budaya masing-masing. Bahkan ada kecenderungan pada pihak China untuk mempelajari dan memanfaatkan khazanah budaya bangsa Tamadun tempatan, contohnya I-Ching yang belajar dan berkarya di Srivijaya selama belasan tahun. Begitu juga Laksamana Muhammad Cheng Ho dan orang-orangnya apabila melawat Melaka pada zaman kesultanannya.
Hubungan Melayu-China yang kurang aktif disebabkan masalah dalaman kerajaan China dan penjajahan Barat di alam Melayu terjalin semula dalam abad 18/19, tetapi dengan pola yang jauh berbeda, kerana kedatangan orang Cina bukan diutus oleh pemerintah Cina atas hubungan diplomasi, melainkan diupayakan oleh penjajah Barat untuk memenuhi keperluan ekonominya, dengan kebanyakan pendatang itu dijadikan buruh di lombong bijih timah dan sebilangan yang lain mencuba nasib dalam perniagaan.
Sinar baharu dalam hubungan antara alam Melayu dengan Republik Rakyat China muncul pada tahun 1970-an apabila timbul rasa saling memerlukan untuk menjalin hubungan diplomatik bagi kepentingan bersama. Malaysia merupakan negara di Asia Tenggara yang pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China, iaitu pada tahun 1974. Hubungan yang pada mulanya lebih tertumpu pada bidang ekonomi, khusunya perdagangan dua hala, beransur-ansur melebar dalam bidang-bidang lain, seperti pelancongan, pendidikan dan kebudayaan.
Selepas kemerdekaan telah timbul kesedaran yang kuat di kalangan para pemimpin Persekutuan Tanah Melayu untuk menggubal polisi dan langkah-Iangkah bagi mewujudkan interaksi dan hubungan yang lebih rapat antara kaum, melalui penubuhan Parti Perikatan yang menggabungkan UMNO, MCA dan MIC yang bertanding dan menang dalam pilihan raya 1955 dan seterusnya membentuk Kerajaan Perikatan. Dasar pelajaran P.T.M iaitu Penyata Abdul Razak 1956 dan Penyata Abdul Rahman Talib 1960 telah memperakukan sistem pendidikan kebangsaan yang tunggal bagi menyatukan semua murid sekolah dari pelbagai kaum dalam satu sistem sahaja. Selepas Tragedi 13 Mei 1969, Rukun Negara dan Jabatan Perpaduan Negara telah dibentuk. Ini diikuti pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan dan pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai pengantar pendidikan dipesatkan, demi mengurangkan jurang pemisahan antara kaum membolehkan perpaduan dan muhibah dapat disemai.
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) telah dilancarkan untuk menstruktur semula masyarakat dan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara Bumiputera dan kaum Cina yang menjadi punca utama konflik perkauman. Seterusnya Rancangan Jangka Panjang Pembangunan Kedua (RJPP2) (1990-2000) telah dilancarkan pula untuk menyusuri dan melengkapi DEB yang telah tamat itu.
Dalam bidang politik, nilai utama yang diberikan tumpuan ialah integrasi nasional (perpaduan nasional). Selain itu, yang ditekankan ialah mengenai ideal demokrasi (khasnya kematangan, kemuafakatan, komuniti sebagai tumpuan), keamanan dan keharmonian, keadilan dan dedikasi terhadap negara. Tamadun Cina yang berasaskan humanisme dan moralisme memang menekankan keharmonian, kesederhanaan, keadilan, ketaatan dan ideal-ideal demokrasi seperti yang terkandung dalam The Grand Unity sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini.
Falsafah Tamadun-tamadun tradisional begitu menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama Tamadun-tamadun silam. Dalam Tamadun China, tulisan Moh- Tze, Lao- Tze, Kung Fu- Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh yang lain sangat menekankan perkara ini. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam Tamadun-tamadun tradisional. Namun demikian, kesetiaan yang diberikan oleh rakyat tetap berpandukan nilai-nilai moral. Sekiranya seseorang raja melanggar lunas-Iunas keadilan, maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untuk membetulkannya.

Similar Documents

Free Essay

Management

...PENDAHULUAN Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk. J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan...

Words: 4793 - Pages: 20

Free Essay

Penjajahan British

...PENJAJAHAN BRITISH MENCORAKKAN BENTUK MASYARAKAT DI TANAH MELAYU. Malaysia yang dikenali Tanah Melayu pada suatu ketika dulu pernah dijajah oleh tiga negara yang berbeza iaitu Portugis, Belanda,British dan Jepun. Penjajahan mereka bukan sahaja membawa kesan yang besar terhadap politik dan ekonomi di negara kita malah sosial dan budaya juga mengalami perubahan yang besar. Dasar- dasar penjajah terhadap negara kita telah membawa ramai pendatang asing ke negara kita. Kedatangan pendatang-pendatang asing ketika zaman itu memberi perubahan kepada bentuk masyarakat kita secara kekal sehingga ke hari ini.Bentuk masyarakat kita yang wujud pada hari ini adalah masyarakat majmuk.Terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua-dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu’. Manakala, menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya...

Words: 1738 - Pages: 7

Free Essay

Paper 3

...PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 SEJARAH Kertas 3 Tema Umum Oktober 1249/3 1. 2. 3. Kertas soalan ini mengandungi satu Tema Umum. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum tersebut dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan. Kertas soalan ini mestilah diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan. Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak. [Lihat halaman sebelah 1249/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT SULIT ARAHAN KEPADA GURU 1. 2. 2 1249/3 Guru hendaklah memastikan tema umum diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan. Guru hendaklah menerangkan kepada calon tentang tema umum supaya calon membuat persediaan untuk menjawab soalan bagi tugasan spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang akan diberikan pada hari peperiksaan. Guru dibenarkan untuk membimbing calon dalam penyediaan dan pemilihan bahan rujukan sebelum hari peperiksaan. Guru hendaklah menasihati calon memilih bahan rujukan yang sesuai, mengenal pasti kedudukan setiap maklumat di dalam sumber supaya tidak membuang masa untuk mencari maklumat pada hari peperiksaan. Guru hendaklah menasihati calon agar membuat salinan sumber maklumat berkaitan yang diperoleh daripada buku ilmiah, majalah dan surat khabar untuk menjimatkan ruang di atas meja pada hari peperiksaan. 3. 4. 5. ARAHAN KEPADA CALON 1. 2. 3. Calon dikehendaki membaca dan meneliti tema umum dan membuat persediaan awal sebelum hari...

Words: 9380 - Pages: 38

Free Essay

Etnik

...RINGKASAN BAB 4: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 4.1:Konsep Pembangunan Dan Modenisasi • Pembangunan berkait rapat dengan proses modenisasi.Proses modenisasi adalah proses mentranformasikan masyarakat dari pelbagai sudut melalui kaedah secara perancangan teratur dan perancangan tidak teratur.Perancangan teratur melibatkan proses , kaedah dan matlamat yang hendak di capai manakala perancangan tidak teratur melibatkan tekanan dari unsur-unsur luar.Pencapaian dari aspek ekonomi,politik,sosial,sains dan teknologi asas pengukuran modenisasi.Matlamat pembangunan akan tercapai jika pembangunan menekankan aspek material dan spiritual serentak.Menurut Samsul (2006) pembangunan ekonomi dan politik merupakan asas kepada modenisasi. 4.2 Komponen Politik: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian Politik juga memainkan peranan penting dalam membentuk dasar dan arah tuju sesebuah negara selain daripada faktor ekonomi. Masalah asas dalam pembinaan negara bangsa ialah pembangunan dan pembinaan negara tersebut. Bagi memupuk semangat ‘kenegaraan’ dan ‘kekitaan’ ini bukannya mudah tambahan dalam konteks masyarakat majmuk seprti Malaysia. Elemen seperti ekonomi, sosial, politik, pendidikan dan sebagainya boleh dijadikan medium bagi mencapai matlamat sesebuah negara. Hanya dengan memberi laluan kepada pembentukkan dan pelaksanaan dasar awam yang memberi kepentingan kepada keutamaan nasional. Kejayaan dapat dinilai secara kualitatif dan kuantitatif berdasarkan tahap...

Words: 2072 - Pages: 9

Free Essay

Sejarah Kedatangan Kaum Cina Dan India Di Tanah Melayu Dan Sumbangan Mereka Dalam Proses Kemerdekaan Tanah Melayu

...kaum Cina dan India di Tanah Melayu dan sumbangan mereka dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu Isi Kandungan No. | Kandungan | Muka Surat | 1. | Pendahuluan | 3 - 4 | 2. | Sejarah kedatangan kaum Cina di Tanah Melayu | 5 – 7 | 3. | Sejarah kedatangan kaum India di Tanah Melayu | 8 – 11 | 4. | Sumbangan kaum Cina dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu | 12 – 15 | 5. | Sumbangan kaum India dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu | 16 – 19 | 6. | Penutup | 20 – 21 | 7. | Rujukan | 22 | Pendahuluan Masyarakat majmuk yang ada di Malaysia pada hari ini bukanlah suatu bentuk masyarakat yang sememangnya telah wujud secara asalnya di sini. Sebaliknya, masyarakat yang ada pada hari ini adalah masyarakat yang telah dicampuri pelbagai asal-usul, budaya dan sejarahnya yang berbeza-beza. Seperti yang sedia kita maklumi,penduduk asal Tanah Melayu adalah orang Melayu dan beberapa kaum minoriti yang lebih mudah kita kenali sebagai kaum orang asli dibeberapa bahagian pendalaman di Tanah Melayu.Di Sabah dan Sarawak pula,penduduk asalnya ialah terdiri daripada kaum Kadazan,Dusun,Murut,Iban,Bajau,Melanau dan pelbagai suku minoriti yang lain. Kaum-kaum lain yang ada di Malaysia pada hari pula seperti kaum Cina,India,Serani,Siam,Bugis,Jawa dan sebagainya ialah golongan imigran yang datang dan menetap di Tanah Melayu sama ada secara tetap ataupun hanya sekadar singgah untuk memenuhi keperluan mereka.Secara mudahnya,mereka bukanlah penduduk asal di Tanah Melayu. Kenapa...

Words: 5392 - Pages: 22

Free Essay

History

...majmuk merujuk kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kelompok bangsa atau etnik yang berbeza, tetapi berada di bawah satu tampuk pemerintahan. Menurut J.S. Furnival, masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun, tema campuran ini dalam erti kata yang sebenar, bergaul tetapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama dan adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidupnya sendiri. Masyarakat majmuk ini juga hidup bersebelahan tetapi terasing dalam satu unit politik. Dari segi ekonomi pula, wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum atau etnik. Berdasarkan pernyataan di atas: i. Terangkan secara terperinci kedudukan rakyat Tanah Melayu sebelum pembentukan masyarakat majmuk dari segi sosial, ekonomi dan politik. ii. Bincangkan ciri-ciri masyarakat majmuk dari persepktif sosial, ekonomi dan politik di Malaysia. iii. Bincangkan kesan-kesan masyarakat majmuk terhadap hubungan etnik di Malaysia. iv. Analisis dasar-dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia. Soalan 1 : Terangkan secara terperinci kedudukan rakyat Tanah Melayu sebelum pembentukan masyarakat majmuk dari segi sosial, ekonomi dan politik. Sebelum abad ke-19, penduduk di Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo terdiri daripada golongan orang Melayu,orang Asli dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada...

Words: 4441 - Pages: 18

Free Essay

Ethnics and Media in Malaysia

...diperkenalkan pada tahun 1920an dengan kemajuan rangkaian radio yang luas, dan surat khabar dan majalah yang diedarkan besar-besaran.Jenis media massa yang sedia wujud ialah media cetak dan media elektronik. Radio adalah “sambungan telinga” mankala televisyen adalah “sambungan mata dan telinga”.Radio pula hanya dalam bentuk audio.Televisyen merupakan media elektronik yang menyalurkan maklumat secara audio dan visyen. Ini merupakan cara yang paling berkesan kerana penglihatan dapat memberi ingatan yang lebih dalam .Manakala suratkhabar dan majalah merupakan media cetakan dalam bentuk tulisan dan gambar. Tetapi, beberapa bentuk media massa seperti buku dan manuskrip sudah digunakan sejak berkurun lamanya. Istilah media awam mempunyai makna yang sama: ia jumlah keseluruhan pengedar awam besar bagi berita dan hiburan di seluruh media meperti surat khabar, televisyen, radio, penyiaran, yang mungkin memerlukan keanggotaan persatuan dalam pasaran yang besar seperti Newspaper Guild, AFRTRA dan penerbit teks. Istilah etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir sama,contohnya dalam adat resam,pakaian,bahasa,kegiatan ekonomi dan sebagainya.Oleh itu,media massa memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan sesama etnik khususnya di Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. 2.0 PERKEMBANGAN MEDIA MASSA DI MALAYSIA 2.1 SEBELUM MERDEKA Sebelum negara memperolehi kemerdekaan,penduduk Tanah Melayu berusaha menyuarakan kemerdekaan...

Words: 5611 - Pages: 23

Free Essay

Kegemilangan Melayu Melaka

...rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Tahukah kita bagaimana kedatangan Islam itu sendiri ke Negara kita dan bagaimanakah ia tersebar ke pelosok dunia. Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam harus mengetahui akan sejarah kedatangan Islam ke Negara ini. Kedatangan Islam ke tanah melayu pada asalnya bermula melalui kedatangan agama Islam ke Melaka. Di dalam sejarah membuktikan bahawa kerajaan yang terawal menerima kedatangan Islam ialah Kerajaan Melaka iaitu melalui rajanya sendiri, Parameswara. Selepas kedatangan Islam, banyak perubahan yang telah dikecapi oleh Kerajaan Melaka dan menjadi mentor kepada kerajaan-kerjaan di sekelilingnya. Matlamat kertas kerja CTU 553 ini adalah untuk mengingatkan semula akan sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada ketika itu dan membina jati diri kita sebagai bangsa yang beragama Islam kerana pada era globalisasi ini banyak unsure-unsur polemik yang menular ke dalam masyarakat kita terutamanya golongan-golongan muda iaitu bakal pemimpin di mada hadapan. Oleh yang demikian, ikuti kupasan yang telah disediakan untuk menerangkan lebih lanjut akan pengaruh Islam terhadap kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka melalui pelbagai aspek. Islam dan perkembangan kebudayaan Melaka Cita-cita besar Melaka hendak memperluas wilayahnya telah pun tersekat. Namun pengaruh kebudayaan berkembang melampaui daerah sekitar Selat Melaka dan membawa ke seluruh Gugusan Pulau Melayu-Indonesia. Faktor utama dalam penyebaran kebudayaan...

Words: 1684 - Pages: 7

Free Essay

Hubungan Etnik

...National University of Malaysia Jurnal Hadhari Bil. 3 (2010) 61-84 Institute of Islam Hadhari CABARAN INTEGRASI ANTARA KAUM DI MALAYSIA: PERSPEKTIF SEJARAH, KELUARGA DAN PENDIDIKAN MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ABSTRAK Kajian berkaitan dengan integrasi kaum di Malaysia agak kompleks. Ini kerana, sosio politik setiap kaum bersifat perkauman. Agen-agen seperti sejarah, pendidikan, media, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan amat kuat mencengkam budaya politik setiap kaum. Akhirnya, lahirlah setiap bangsa yang memperjuangkan kepentingan masing-masing. Bukti-bukti ini diperolehi melalui tinjauan yang dibuat ke atas kajian-kajian sebelum ini. Keadaan tidak banyak berubah sehingga ke hari ini. Kajian ini bertujuan menilai sejauh mana pengaruh agen sosio politik seperti sejarah, institusi keluarga dan pendidikan yang dilalui meninggalkan kesan terhadap hubungan antara kaum. Hasil kajian menunjukkan sosio-politik perkauman melahirkan sentimen perkauman yang tinggi. Integrasi masih lagi samar. Realitinya, sentimen perkauman masih kuat mencengkam budaya politik masyarakat berbilang kaum. Kata Kunci: Integrasi nasional, sosialisasi politik, politik etnik, agenda nasional, perpaduan ABSTRACT Study on integration and unity among races in Malaysia is quite complex. These are due to the facts that the political socialization agents process i.e. history, education, social, economy and politic, are race oriented. Every race fights for their own interest. Most of the past research...

Words: 8715 - Pages: 35

Free Essay

Pengajian Malaysia

...‫ور‬ ‫ا م‬ & SELAMAT SEJAHTERA ‫ا و آ‬ BAB 1: PENGENALAN MASYARAKAT MALAYSIA TOPIK-TOPIK BAB; TOPIKMASYARAKAT BUDAYA HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA MPW 1133 PENGAJIAN MALAYSIA Tenaga Pengajar: Pengajar: En. Muhamad Wazir Bin Muslat FPSS UNiSEL, Bestari Jaya UNiSEL, Tel : 017-2406268 017email: muhamad_wazir_muslat@yahoo.com 1 2 MASYARAKAT PENGENALAN Negara D.K.R.T Malaysia dari segi Sejarah Kedudukan geografi Kedudukan ekonomi Kepelbagaian masyarakat PENGENALAN DEFINISI MASYARAKAT KONSEP-KONSEP MASYARAKAT KONSEPMASYARAKAT MAJMUK HUBUNGAN ETNIK PEMBINAAN BANGSA/NATION MALAYSIA 3 4 DEFINISI MASYARAKAT Kamus Dewan > kumpulan manusia yg menetap bersama di suatu tempattempatmengikut aturan tertentu Kelompok terbesar dari makhluk manusia dimana mereka hidup terjaring kebudayaan (Kucaraningrat) Kucaraningrat) Kelompok manusia yg telah lama hidup & bekerjasama sehingga mereka dapat mengorganisasikan dirinya & berfikir mengenai dirinya sebagai kesatuan sosial yg mempunyai batas-batas tertentu batas(Linton) Samb... Satu kum. manusia yg b'hbg secara tetap & kum. t'sususn dlm m'jlnkan aktiviti2nya secara kolektif & merasakan bhw mrk adalah hidup b'sama. b'sama. Bukanlah individu yg sama shj m'jadi anggota satu2 msykt krn anggota baru akan terus menerus lahir di dlmnya & ada pula yg mati. Oleh mati. yg demikian t'dpt p'hub. terus menerus di p'hub. kalangan mrk yg masih hidup & kekal selama b'abad2 (Roucek & Warren, 1976) (Roucek Satu kumpulan / kelompok manusia...

Words: 16153 - Pages: 65

Free Essay

Background of Rukun Negara

...Pembentukan ideology iaitu Rukun Negara Malaysia adalah disebabkan oleh berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 iaitu rusuhan kaum. Hal ini demikian kerana pada zaman dahulu, kedatangan British serta dasar-dasar imigrasi liberal ke Malaysia telah mengubahkan gaya hidup masyarakat Malaysia. Demi mengeksploitasi kekayaan semulajadi Malaysia, pihak Inggeris telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh yang banyak dari China dan India untuk bekerja di lombong bijih timah dan juga estet dan perbuatan ini telah menyebabkan pertambahan bilangan pelbagai kaum di Malaysia pada masa tersebut. Seterusnya, pihak British berpendapat bahawa pertambahan bilangan pelbagai kaum di Malaysia akan mengugatkan kedudukan pihak Inggeris di Malaysia , maka kerajaan Inggeris telahpun melaksanakan dasar pecah untuk memisahkan ketiga-tiga kaum utama seperti Melayu, Cina serta India dari aspek pekerjaan dan juga tempat tinggal untuk mengelakkan kewujudan perpaduan mereka. Kebanyakkan kaum Melayu akan dipindah ke desa dan hanya terlibat dalam sector pertanian manakala kaum Cina akan tinggal di Bandar dan terlibat dalam perniagaan. Kaum India pula tinggal di dalam estet-estet dan hanya sedikit daripadanya tinggal di dalam Bandar. Selain itu, dari segi pendidikan, ketiga-tiga kumpulan ini tidak akan mendapat sukatan pelajaran atau kurikulum uang sama dan keadaan ini berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Dasar pecah ini telah berjaya dilaksanakan dan ini membawa kesan interaksi kepada pelbagai...

Words: 2327 - Pages: 10

Free Essay

Kesultanan Melayu Melaka

...PENDAHULUAN Peristiwa pelanduk putih dan anjing perburuan pada zaman Parameswara semasa berehat di bawah pohon menjadi sejarah di Malaysia apabila baginda memberikan nama Melaka, bermulalah sejarah Kesultanan Melayu Melaka dengan tempatnya yang strategik. Lokasi yang berada di tengah-tengah tebing Selat Melaka, menjadi pusat perhubungan perdagangan di antara negara China ke India dan Timur. Dengan kehadiran pedagang Arab serta pedagang Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebuah pelabuhan entrepot yang begitu sibuk dengan kehadiran kapal-kapal yang singgah setiap tahun. Dari semasa ke semasa Melaka berkembang sebagai pusat perdagangan Melayu Timur dimana barangan boleh didapati seperti sutera dan perselin dari China, kain dari Gujerat serta Ceromandel di India, kapur barus yang dating dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan cengkih hasil dari Malucas. Sumatera pula membawa hasil dagangannya seperti emas dan lada hitam manakala Tanah Melayu dengan timahnya yang terkenal. Kerajaan Melayu Melaka juga terkenal dengan kehebatan mentadbir dalam konteks politik dan petahanan serta Sistem pentadbiran di Melaka amat cekap, lengkap, dan teratur.sehingga ada yang dijalankan di negeri Melaka ialah hubungan dua hala. Hal ini bermaksud hubungan yang dijalinkan merupakan antara pemerintah yang bertanggungjawab memberi perintah dengan yang diperintah di mana penduduk melaksanakan dan menjalankan perintah dan pemberi dengan penerima supaya dapat berurusan dan bekerjasama secara harmoni. Sultan...

Words: 2506 - Pages: 11

Free Essay

Selamat Hari Raya

...1.0 PENGENALAN Dalam proses pembinaan negara bangsa, pendidikan merupakan asas penyatuan dalam kalangan rakyat. Berdasarkan pengalaman di negara asing seperti Amerika Syarikat, Perancis, Indonesia dan Thailand, matlamat ini dicapai menerusi pelaksanaan dasar pendidikan untuk pelbagai komuniti etnik (Shamsul Amri Baharuddin.2012:193). Walaupun negara ini mempunyai Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Bahasa Kebangsaan, dasar tersebut agak berbeza dengan negara berkenaan dari sudut praktiknya. Sistem pendidikan di negara ini iaitu Sistem Pendidikan Vernakular ataupun jenis Kebangsaan berorientasikan komuniti etnik tertentu yang berkongsi kurikulum yang sama. Dengan itu, pengekalan sistem sedemikian akan menggalakkan pemisahan kanak-kanak daripada komuniti etnik yang berbeza. Justeru, langkah bersepadu harus dilaksanakan demi mencapai matlamat kerajaan untuk memupuk kesepaduan sosial antara anggota masyarakat menerusi sistem pendidikan kebangsaan (Shamsul Amri Baharuddin.2012:193). Neena (1985) meletakkan peranan penting pendidikan formal dalam proses sosialisasi. Sekolah boleh mensosialisasikan semula pelajar yang mempunyai perbezaan latar belakang sosiopolitik mengikut kumpulan yang sama sehingga ke peringkat yang lebih tinggi, serta dapat mengamalkan semangat bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain (Shamsul Amri Baharuddin.2012:194). ISI KANDUNGAN |Pengenalan ...

Words: 7408 - Pages: 30

Free Essay

Piagam Madinah

...iaitu orang Islam dan juga Yahudi yang menjadi warganegara Madinah Al-Munawwarah di atas kepimpinan Rasulullah S.A.W. Baginda Rasullulah adalah pengasas kepada Piagam Madinah dengan berteras kan wahyu Allah S.W.T untuk jadikan ia sebagai garis panduan kepada seluruh dunia. Sebelum ketibaan Baginda Rasulullah, Madinah tidak mempunyai pemerintah dan pentadbiran yang tidak teratur dan malah berlaku pecah belah sesama masyarakat Madinah khususnya orang Arab dan orang Yahudi. Perlembagaan ini juga di kenali sebagai Sahifah Al-Madinah iaitu perlembegaan bertulis pertama di dunia. Tambahan itu, Piagam Madinah juga digunakan untuk menjadi rujukan asas dalam pembentukan sebuah Negara Islam yang terbilang - 1.2 Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956. Antara pakar Perlembagaan Negara Komenwel yang bersama-sama menubuhkan Perlembagaan Persekutuan ini adalah Lord William Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, B.Malik dan juga Hakim Abdul Hamid. Antara tugas mereka adalah untuk membentuk Negara persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat, mengekalkan hak dan kedudukan raja-raja melayu sebagai pemerintah berpelembagaan, memelihara kedudukan istimewa orang melayu serta hak kaum lain dan lain-lain lagi. Pada tahun 1963, selepas persetujuan dan pandangan semua rakyat, Perlembagaan ini dikenali sebagai Perlembagaan Malaysia. 1. Tujuan utama Piagam Madinah 1.1 Menghadapi masyarakat majmuk di Madinah 1.2 Membentuk...

Words: 11643 - Pages: 47

Free Essay

Jatuh Bangun Sesebuah Tamadun

...Faktor-faktor kemunculan dan perkembangan tamadun * Kedudukan strategik * Ransangan keagamaan * Penghayatan moral dan nilai murni yang tinggi * Politk * Ekonomi * Kesengsaraan hidup * Perilaku dan kebudayaan yang tinggi * Toleransi dengan tamadun lain 3.0 Faktor-faktor kejatuhan tamadun * Ketidakadilan dan jurang perbezaan * Keruntuhan moral dan nilai masyarakat * Wujud sikap tertutup * Penindasan dan kezaliman * Malapetaka dan bencana alam 4.0 Pengajaran dan Penutup 4.01 Rujukan 5.0 Laporan 1.0 Pengenalan Perkataan tamadun berasal daripada perkataan arab “tamaddun”, “madinah”,dan “madaniyah” yg bermaksud bandar. Pengkajian sejarah sebagai ilmu ketamadunan mula diperkenalkan oleh Ibn Khaldun pada abad ke-14 Masihi melalui kitabnya “Mukaddimah”. Sejarah merupakan asas kepada pengajian ketamadunan. Nmun begitu,terdapat perbezaan yang jelas antara kedua-duanya. Secara asasnya, pengajian ketamadunan membincangkan tentang teori, konsep-konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoretikal dan abstrak. Manakala sejarah tamadun pula merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun dari segi pencapaian, jatuh bangun, kemajuan dan kemunduran atau ringkasnya kajian tentang masa lampau.(sumber: Osman Bakar,Tamadun Islam dan Tamadun Asia) Namun, apa yang ingin ditekankan di dalam esei ini adalah faktor-faktor kelahiran dan perkembangan sesebuah...

Words: 5500 - Pages: 22