Free Essay

Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar

In:

Submitted By aiman90
Words 1186
Pages 5
“PROGRAM DELEGASI AKADEMIK
DI BEIJING”
(LAWATAN ANTARABANGSA) PELAJAR JURUSAN PERAKAUNAN
TAHUN 2
FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

RINGKASAN EKSEKUTIF IPTA | Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan | Nama Program | Lawatan Antarabangsa di Beijing | Aktiviti Utama Program | * Lawatan akademik di beberapa buah university di Beijing * Lawatan industri di beberapa buah syarikat/kilang | Matlamat dan Objektif Program | * Meletakkan universiti pada kelasnya yang tersendiri melalui interaksi dengan dunia luar untuk mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli untuk mentransformasi dan menghasilkan nilai kepada negara, ummah dan manusia sejagat. * Menjana mahasiswa yang lebih beridealisma, proaktif dan kreatif menerusi pemerhatian serta dialog yang lebih terbuka dan global. * Mewujudkan usahasama antarabangsa antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selaku institusi sains yang berteraskan Islam institusi-institusi akademik di negara lain dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. | Anjuran | Pelajar Jurusan Perakaunan Tahun 2, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) | Tarikh | 17 Ogos 2014 hingga 23 ogos 2014 | Tempat | Beijing, China | Jumlah Peserta | 24 orang pelajar jurusan perakaunan tahun dua dan 1 orang pensyarah pengiring. | Anggaran Kos | RM 43,450.00 |

KERTAS KERJA
PROGRAM DELEGASI AKADEMIK DI BEIJING (LAWATAN ANTABANGSA)

1.0 NAMA FAKULTI Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia.

2.0 TUJUAN KERTAS KERJA
1. Untuk mendapatkan kelulusan program dan kutipan penajaan daripada pihak Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat dan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia.
2. Untuk mendapatkan penajaan daripada badan-badan kerajaan dan badan swasta dengan tujuan membantu melancarkan perjalanan program.
3. Untuk memberi makluman secara terperinci mengenai program kepada pihak yang terlibat.

3.0 PENGENALAN Mahasiswa seharusnya peka terhadap perkembangan semasa, dalam dan luar negara bagi memastikan mereka tidak ketinggalan seiring dalam dunia tanpa sempadan (era globalisasi). Mahasiswa perlulah bergerak lebih jauh dan sentiasa berpandangan luas dengan melihat sesuatu tanpa batasan sempadan. Ia adalah ilmu yang penting untuk mahasiswa mendalaminya dalam membentuk mahasiswa yang berfikiran terbuka dan matang. Selain mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, mahasiswa juga sentiasa disarankan agar melengkapkan diri dengan sikap-sikap positif ke arah membentuk peribadi, personaliti dan pemikiran yang cemerlang. Di dalam dunia serba canggih ini, mahasiswa tidak seharusnya ketinggalan dalam menyahut cabaran universiti untuk terus meningkatkan diri melalui program yang melibatkan jalinan antarabangsa. Bagi merealisasikan matlamat ini, pelajar Jurusan Perakaunan Tahun Dua Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia telah memikirkan dan merancang satu program yang dapat menonjolkan kualiti diri serta bakat kepimpinan pelajar dan juga memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan dunia luar. Disamping itu, program ini diharapkan dapat mencapai matlamat universiti untuk mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli untuk mentransformasi dan menghasilkan nilai kepada negara, ummah dan manusia sejagat. Sehubungan dengan itu, Program Delegasi Akademik di Beijing ini dirangka untuk mewujudkan mahasiswa yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Semoga program ini dapat direalisasikan dan menjadi pencetus kematangan kepada generasi muda di Malaysia.

4.0 NAMA PROGRAM Program Delegasi Akademik di Beijing.

5.0 MATLAMAT PROGRAM Berusaha melahirkan mahasiswa glokal yang peka dengan perubahan global serta berani mengutarakan idea-idea yang progresif dalam usaha menjadikan graduan Universiti Sains Islam Malaysia sebagai ternokrat yang seimbang dan harmonis dari segi keintelektualan, kerohanian, emosi dan jasmani dengan bermatlamatkan pengabdian kepada Tuhan.

6.0 OBJEKTIF PROGRAM * Meletakkan universiti pada kelasnya yang tersendiri melalui interaksi dengan dunia luar untuk mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli untuk mentransformasi dan menghasilkan nilai kepada negara, ummah dan manusia sejagat.

* Menjana mahasiswa yang lebih beridealisma, proaktif dan kreatif menerusi pemerhatian serta dialog yang lebih terbuka dan global.

* Mewujudkan usahasama antarabangsa antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selaku institusi sains yang berteraskan Islam institusi-institusi akademik di negara lain dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.

* Memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia pengurusan dan kepimpinan yang berkesan serta melahirkan individu yang berpotensi, berkaliber dan berkarisma dari aspek sahsiah dan spiritual.
7.0 ANJURAN Program Delegasi Akademik di Beijing ini dianjurkan oleh pelajar tahun dua jurusan Perakaunan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.

8.0 TARIKH PROGRAM 17 Ogos 2014 hingga 23 Ogos 2014

9.0 TEMPOH PROGRAM 7 hari

10.0 TEMPAT Beijing, China

11.0 KERJASAMA Jawatankuasa program akan memohon kerjasama dan bantuan dari segi kewangan dan kemudahan daripada agensi-agensi berikut: * Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia * Syarikat-syarikat swasta * Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Negara

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN RM 43,450.00

13.0 PENYERTAAN * 24 orang pelajar jurusan perakaunan tahun dua * 1 orang pensyarah pengiring

14.0 BENTUK PROGRAM

15.0 AHLI JAWATANKUASA Rujuk Lampiran 1

16.0 PESERTA Rujuk lampiran 2

17.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran 3

18.0 BELANJAWAN PROGRAM Rujuk Lampiran 4

19.0 RUJUKAN Saudara Muhammad Aiman bin Nasaruddin Pengarah Program delegasi Akademik di Beijing Tel : 013-960 2317 Email : eiimeen10@gmail.com

20.0 PENUTUP Diharapkan agar program ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai matlamat Universiti Sains Islam Malaysia dan kepimpinan pelajar universiti ini di mata masyarakat antarabangsa dan kami juga berharap program ini mendapat kerjasama yang erat dari semua pihak yang berkenaan bagi melancarkan segala urusan berkaitan dengan program ini serta bagi merealisasikan objektif-objektif yang telah digariskan. Semoga nama Universiti Sains Islam Malaysia harum di persada antabangsa dengan berjayanya program ini.

LAMPIRAN 1 – AHLI JAWATANKUASA
STRUKTUR ORGANISASI FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT
Penaung
Dr. Asmaddy Haris
Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Penasihat
Dr. Nurul Aini Muhamed
Timbalan Dekan (Akademik dan Penyelidikan)
Dr. Nursilah Ahmad
Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar dan Pembangunan Prestasi)
Dr. Nathasa Mazana Ramli
Ketua Program Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian

STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM
Pengarah Program
Muhammad Aiman bin Nasaruddin
Timbalan Pengarah Program Nurafidah binti Mohd Ali Sabran Hamsi
Setiausaha
Norhafizah binti Ahmad Noor
Naib Setiausaha
Nur Sabrina binti Hassan Basri
Bendahari
Hasnifadlina binti Hamzah
Biro Pengangkutan
Raihan binti Abdul Somad
Biro Kebajikan dan Keselamatan
Mohamad Hilmi Shahiran bin Mohd Safikie
Biro Publisiti dan Multimedia
Abdul Rahman bin Mohamad Said
Biro Persembahan dan Cenderamata
Norshareena binti Mohd Hishamuddin
Biro Protokol
Mohamad Amir Akmal Bin Azman
Biro Aktiviti
Mohammad Izham Bin Mohammad Rosdi
Biro Penajaan
Rahsiqah Binti Sazali

LAMPIRAN 2 – PESERTA 1. Raihan binti Abdul Somad 2. Nur Fashihah Binti Rosli 3. Hasnifadlina Binti Hamzah 4. Mohamad Haiqal Bin Hashim 5. Ku Solehudin Bin Ku Hashim 6. Siti Nabilah Binti Alaudin 7. Mohamad Lutfan Bin Mohammad 8. Norhafizah Binti Ahmad Noor 9. Mohamad Amir Akmal Bin Azman 10. Nurul Syuhada Binti Zulkipli 11. Abdul Rahman Bin Mohamad Said 12. Nur Sabrina Binti Hassan Basri 13. Siti Fazliah Binti Mohd Hassim 14. Mohammad Izham Bin Mohammad Rosdi 15. Muhammad Aiman Bin Nasaruddin 16. Norshareena Binti Mohd Hishamuddin 17. Nurafidah Binti Mohd Ali Sabran Hamsi 18. Siti Nur Syarifah Binti Mohamed Rosli 19. Mohamad Hilmi Shahiran Bin Mohd Safikie 20. Nur Atiqah Binti Abd Razak 21. Rahsiqah Binti Sazali 22. Mastura Binti Ngadenan 23. Nur Aziah Binti Abdul Rahim 24. Al Najihatunnajwa Binti M.Safie
LAMPIRAN 3 – TENTATIF PROGRAM

LAMPIRAN 4 – BELANJAWAN PROGRAM BIL | SUBJEK | HARGA/UNIT | RM | JUMLAH (RM) | 1. | Pakej :- * Pengangkutan * Penginapan * Makanan | ( RM 1700 x 25 orang) | | RM 42500.00 | 2. | Cenderamata * Universiti * Industri | | 150.00150.00 | RM 300.00 | 3. | Dokumentasi * Laporan | | 50.00 | RM 50.00 | 4. | Perbelanjaan Luar Jangka * Perubatan * Rencam | | 100.00500.00 | RM 600.00 |

Jumlah Anggaran Perbelanjaan Program : RM 43,450.00

Similar Documents

Free Essay

Performance Management

...KERTAS KERJA KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG COKLAT BERYL’S, BANGI, SELANGOR. TARIKH 28 NOVEMBER 2013 TEMPAT KILANG COKLAT BERYL’S, SEKSYEN 9, BANDAR BARU BANGI ANJURAN PELAJAR TAHUN 2 FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN 2013/2014 1.0 Pendahuluan Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan daripada Yg. Bhg. Prof. untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Beryl’s, Bandar Baru Bangi, Selangor. 2.0 Latar belakang Pelajar tahun 2 dari Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan yang sedang mengikuti kursus DRM 2063 ”Supply and Support Chain Management” akan mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Beryl’s, Bandar Baru Bangi, Selangor. Dalam kursus “Supply and Support Chain Management” ini, para pelajar didedahkan secara teori bagaimana proses logistik dan penghantaran bahan dijalankan sebelum terbentuknya sesuatu produk. Lawatan ini merupakan salah satu platform yang terbaik dan perlu dilaksanakan bagi melahirkan graduan UPNM yang cemerlang dan berpengetahuan dalam kalangan mahasiswa. 3.0 Objektif / Justifikasi a. Memberi pendedahan dengan lebih mendalam kepada para pelajar dalam subjek DRM 2063 “Supply and Support Chain Management”. b. Mendapat maklumat secara terus tentang proses pembuatan coklat dan sistem logistik terkini yang di amalkan di Kilang Coklat Beryl’s lantas mendapat gambaran awal di alam pekerjaan akan datang. c....

Words: 776 - Pages: 4

Free Essay

Disease

...KOLEKSI TRIAL 2008 SULIT 3756/2 Prinsip Perakaunan Kertas 2 September 2008 2 ½ jam NAMA DAN LOGO SEKOLAH 3756/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2008 PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab semua soalan pada Bahagian A dan satu soalan di Bahagian B 3. Jawapan hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. 4. Bersama-sama dengan kertas soalan ini tiap-tiap calon diberi alat tulis perakaunan berikut:Buku Tunai Jurnal Lejar 2 helai 2 helai 5 helai 5. Kekemasan dan ketepatan akan dipertimbangkan dalam pemberian markah 6. Semua jalan kerja hendaklah ditunjukkan 7. Mulakan tiap-tiap jawapan pada helaian baru. 8. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram. Kertas soalan ini mengandungi 17 halaman bercetak 3756/2 © 2008 Hak Cipta JPNP Cg Narzuki Online http://perakaunan.wordpress.com [Lihat Sebelah SULIT Kertas soalan ini mengandungi 21 halaman bercetak KOLEKSI TRIAL 2008 3756/2 prinsip perakaunan BAHAGIAN A [Jawab Semua Soalan] 1. Encik Naqib Hafizuddin pemilik Ben Wahab yang menjual set penapis air di Bandar Bentong , Pahang Darul Makmur. Pada 1 Julai 2008, baki-baki aset dan liabiliti perniagaannya adalah seperti berikut; Tunai di bank Tunai ditangan Stok barangniaga Alatan kedai Pemiutang Dunia Baru Berhad 29 100 400 5 500 2 400 4 400 Bagi melicinkan perjalanan...

Words: 2282 - Pages: 10

Free Essay

Akpk

...PANDUAN PROGRAM KOKURIKULUM Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Menjana Minda Cemerlang, Melangkah Gagah Gemilang Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah Tel : 088-320079 Faks : 088-320885 pkpp@ums.edu.my Cetakan Pertama 2009 © Universiti Malaysia Sabah Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mencetak ulang mana-mana bahagian dalam buku ini dalam apa jua bentuk atau cara sama ada secara elektronik atau mekanik tanpa permohonan bertulis kepada Universiti Malaysia Sabah, Beg Berkunci 2073, 88999, Kota Kinabalu, Sabah. Diterbitkan di Malaysia oleh Penerbit Universiti Malaysia Sabah Beg Berkunci 2073, 88999 Kota Kinabalu, Sabah Dicetak di Malaysia oleh Semua pertanyaan hendaklah diajukan kepada : Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah Tel : 088-320079 Faks : 088-320885 Kandungan Kata Pengantar Timbalan Naib Canselor (HEPA) Prakata Pengarah PKPP Pendahuluan - Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar 1 - Objektif - Matlamat - Struktur Organisasi - Fungsi Unit Panduan Pendaftaran 6 - Proses pendaftaran - Pra-Syarat pengambilan kursus - Jam kredit kursus Pengajaran Kursus 8 - Dasar pengajaran kursus - Rujukan Ilmiah - Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Penilaian 10 - Kaedah...

Words: 18840 - Pages: 76