Free Essay

Kesan Pembinaan Empangan

In:

Submitted By kartina93
Words 941
Pages 4
Seperti sedia maklum, Empangan Bakun dan Empangan Baram kedua-duanya terletak di Sarawak. Dengan adanya pembinaan kedua-dua empangan ini memberi kesan kepada ekonomi, alam sekitar dan masyarakat di Sarawak secara amnya. Antara kesan pembinaan kedua-dua empangan ini dalam aktiviti ekonomi ialah melalui sektor pelancongan. Sektor pelancongan akan dapat memastikan ekonomi negeri akan terus meningkat selain dapat meningkatkan ekonomi masyarakat setempat. Hal ini kerana masyarakat setempat boleh mempelbagaikan sumber ekonomi terutamanya dalam sektor pelancongan. Contohnya di Empangan Bakun, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg iaitu Menteri Pelancongan Negeri Sarawak ada menyatakan bahawa empangan berkenaan berpontensi menjadi tarikan utama pelancong asing memandangkan ia dikelilingi oleh landskap yang cukup menarik dengan pelbagai biodiversiti (Anggat, 2012).
Selain daripada sektor pelancongan, pelaburan melalui pembinaan empangan juga mampu untuk meningkatkan ekonomi. Hal ini kerana pelabur luar atau dalam akan melabur jika kawasan tersebut berpontensi untuk menjayakan projek mereka. Bekas Ketua Menteri Sarawak iaitu Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ada menyatakan bahawa “Empangan Hidro Elektrik Baram akan menjadi tumpuan utama kemasukan pelbagai projek pembangunan pada masa depan” (Negara, 2012). Di samping itu, aktiviti perladangan sawit juga telah dilaksanakan di kawasan Baram tersebut. Hal ini juga dapat memastikan ekonomi masyarakat setempat dapat ditingkatkan dan terjaga melalui penglibatan mereka dalam aktiviti tersebut sama ada menjadi pemilik ladang atau pekerja ladang di kawasan tersebut. Dengan ini, aktiviti perladangan sawit, kemasukan pelbagai projek dan sektor pelancongan mampu meningkatkan ekonomi masyarakat dan negeri Sarawak bahkan boleh meningkatkan ekonomi negara juga. Walaupun ekonomi akan meningkat melalui pembinaan empangan ini, ia juga memberi kesan buruk kepada ekonomi negeri. Ini kerana, pembinaan empangan ini akan melibatkan perbelanjaan yang besar. Selain daripada ekonomi, pembinaan Empangan Bakun dan Empangan Baram juga akan memberi kesan kepada alam sekitar samada kesan yang positif ataupun kesan negatif. Alam sekitar sangat penting untuk semua makhluk yang hidup di dunia ini. Dengan itu, kita harus menjaga alam sekitar daripada tercemar. Antara kesan pembinaan kedua-dua empangan ini kepada alam sekitar ialah kemusnahan hutan di tempat pembinaan dan kawasan sekitar empangan tersebut. Hal ini disebabkan pembinaan empangan memerlukan kawasan yang luas sekaligus hutan akan digondolkan atau dibersihkan secara maksimum. Untuk pembinaan Empangan Bakun, pihak pemaju telah memusnahkan seluas 70 000 hektar kawasan hutan dan pembersihan tersebut boleh dianggarkan sebesar negara Singapura. Dengan terjadinya pemusnahan hutan ini, ini sekaligus akan menyebabkan berlakunya kemusnahan flora dan fauna yang terdapat dikawasan tersebut. Selain itu, pembersihan hutan ini juga akan menyebabkan perpindahan haiwan ke kawasan baru. Hal ini disebabkan habitat mereka musnah melalui pemusnahan hutan untuk pembinaan empangan ini.
Selain daripada kemusnahan hutan, pencemaran air juga berlaku daripada pembinaan empangan ini. Pencemaran air ini akan menyebabkan berlakunya pelbagai masalah seperti kematian hidupan dalam laut dan air yang tidak dapat digunakan untuk kerja seharian. Sebagai contoh, pembinaan Empangan Bakun telah menyebabkan kejadian ikan mati di kawasan sungai berdekatan empangan tersebut. Selain itu, pencemaran air ini juga akan menyebabkan komposisi mineral air bertukar boleh membahayakan kesihatan manusia. Walaupun berlaku kemusnahan hutan akibat pembinaan tersebut, empangan hidroelektrik ini tidak mengeluarkan gas yang berbahaya kepada udara seperti karbon dioksida, nitrus dioksida dan sulfur dioksida. Sebuah organisasi iaitu Suruhanjaya Empangan Besar Antarbangsa (ICOLD) telah memberi pengiktirafan kepada sumber tenaga empangan ini. Jadi, udara di kawasan terdekat tidak diganggu gugat dek pembinaan empangan tersebut walaupun berlaku pengorbanan hutan. Masyarakat merupakan makhluk yang mempunyai otak dan boleh berfikir secara rasional. Dengan adanya pembinaan Empangan Bakun dan Empangan Baram ini, ia juga telah memberi kesan kepada masyarakat terutamnya masyarakat di kawasan berdekatan empangan tersebut. Terdapat banyak kesan pembinaan empangan tersebut kepada manusia seperti ancaman kepada masyarakat asli di situ. Rampasan tanah berlaku melalui pembinaan empangan ini terutamnya tanah kaum bumiputra dan akan menyebabkan kediaman masyarakat asli tersebut musnah sekaligus terpaksa berpindah ke tempat baru. Selain itu, mereka juga tidak diberi pampasan dan ganti rugi yang adil kepada masyarakta asli di kawasan tersebut. Hal ini akan menyebabkan mereka menghadapi masalah kewangan. Disamping itu, pembinaan empangan ini juga akan menyebabkan kebudayaan, tradisi dan cara hidup mereka terjejas. Selain itu, sumber pendapatan dan makanan seharian mereka juga akan turut terjejas kerana hutan telah dimusnahkan dan sungai-sungai berdekatan telah banyak tercemar. Contohnya, sumber pendapatan masyarakat asli di Sungai Balui telah terjejas. Penduduk di kawasan tersebut telah terancam kerana ikan di kawasan semakin sedikit dan semakin mengecildari saiz kebiasaan. Ini akan menyebabkan mereka akan kekurangan protein dalam badan mereka sekaligus membahayakan kesihatan mereka. Walaupun begitu, terdapat juga kesan positif kepada masyarakat melalui pembinan empangan ini. Antara kesan positifnya ialah ia akan memudahakan masyarakat berhubung dari satu tempat ke satu tempat lain. Memetik kata-kata Bekas Ketua Menteri Sarawak iaitu Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, “kalau dahulu kita tidak pernah membayangkan jalan raya dibina di kawasan Sungai Asap, Belaga yang terletak jauh di Hulu Rajang, tetapi apa yang kita lihat sekarang kawasan terbabit mengalami proses transformasi pesat yang memberi keuntungan kepada penduduk terutama dari segi sosioekonomi serta tahap kehidupan yang lebih baik (Post, 2013). Ini menunjukkan terdapat kesan baik dan buruk pembinaan empangan tersebut.

References
Anggat, A. (2012). Empangan Bakun Nadi Kemajuan. Utusan Online.
Harian, B. (2003). Projek Hidro Bakun Ada Banyak Kebaikan. Berita Harian.
Kini, M. (2013, November 6). Ancaman Pemusnahan Budaya Orang Asal. Retrieved from malaysiakini: m.malaysiakini.com/news/245872
Negara, B. P. (2012). Pedoman Rakyat Penggerak Minda Rakyat. Sarawak: Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak Dengan Kerjasama Pejabat Ketua Menteri.
Post, B. (2013, Jun 18). Pembinaan Empangan Hidroelektrik Beri Manfaat Besar, Kata Taib. Retrieved from Borneo Post Online: www.theborneopost.com/2013/06/18/pembinaan-empangan-hidroelektrik-beri-manfaat-besar-kata-taib/
Zuhairi. (n.d.). Kesan-Kesan Buruk Pembinaan Empangan. Retrieved from Official Portal of UKM: ww.ukm.my/zuhairi/pengajaran/internet_projects/stae213/kump3/kesan%20keburukan%20penbinaan%20empangan.htm

Similar Documents

Free Essay

Business

...kerap kali berlaku. * Syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan di peringkat antarabangsa harus sedar bahawa rasuah adalah isu etika dan amalan yang kian berleluasa di beberapa negara dan salah disisi undang-undang. * Syarikat-syarikat besar selalunya membayar rasuah untuk memenangi atau mengekalkan perniagaan. Kalau di Malaysia,Rasuah atau permintaan ganjaran sering dikaitkan dengan projek-projek besar pembinaan. * Kes rasuah mempunyai banyak impak negatif terutamanya dalam soal ekonomi sesebuah negara. Hal ini kerana apabila sesuatu negara itu terlibat dalam kes rasuah maka secara tidak langsung mampu mengurangkan bilangan pelabur-pelabur luar Negara. * Selain itu juga kes rasuah menyebabkan kestabilan sosial tidak dapat dikekalkan. Golongan yang kaya akan menjadi lebih kaya manakala yang miskin akan menjadi lebih miskin. Tambahan pula dengan amalan rasuah ini menyebabkan keuntungan ekonomi tidak dapat dibahagikan sama rata. Projek-projek yang melibatkan keuntungan besar hanya diberikan kepada golongan tertentu sahaja. Ternyata hal ini memberi kesan yang mendalam jika tidak diberi penekanan yang serius terhadapnya. * Amerika Syarikat Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA) melarang syarikat-syarikat AS daripada menawarkan atau memberikan pembayaran kepada pegawai kerajaan asing untuk tujuan mendapatkan atau mengekalkan perniagaan di luar negara. FCPA telah digubal selepas siasatan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti pada pertengahan tahun 1970-an mendedahkan bahawa empat...

Words: 342 - Pages: 2

Free Essay

Geografi

...MODUL SKOR A+ GEOGRAFI TINGKATAN EMPAT 2014 DISEDIAKAN AZNAN BIN ABD. MANAF GURU CEMERLANG GEOGRAFI SMK SYED ABU BAKAR ©Hak Cipta Terpelihara TEMA : SISTEM BUMI 1. Bumi terdiri daripada 3 lapisan udara , air, daratan dan hidupan a. Udara - atmosfera b. Daratan - litosfera c. Air - hidrosfera d. Hidupan - Biosfera 2. Atmosfera terdiri daripada 5 lapisan utama a. | Troposfera | * Lapisan atmosfera yang paling rendah | | | * Terbentuk awan , ribut serta tiupan angin | | | * Mengandungi 75 % peratus jisim atmosfera | | | * Suhu semakin rendah apabila ketinggian bertamah | b. | Stratosfera | * Altitud 15 hingga 50 km | | | * Dikenali sebagai lapisan ozon | | | * Sesuai untuk penerbangan kapal terbang supersonik * Sinaran ultra ungu daripada matahari diserap oleh lapisan ozon. * Suhu tidak berubah mengikut ketinggian dibahagian bawahnya | c. | Mesosfera | * Altitud 50 hingga 80 km | | | * Suhu berkurangan mengikut ketinggian (-90°C) | | | * Lapisan atmosfera yang paling sejuk | | | * Tempat terbakar dan hancurnya meteroit | d. | Termosfera | * Dikenali sebagai lapisan ionosfera kerana mempunyai ion-ion yang memantulkan gelombang radio | | | * Mempunyai aurora iaitu jalur cahaya berwarna-warni | ...

Words: 7540 - Pages: 31

Free Essay

Lecturer Career

...TINGKATAN 1 Tanah Pamah  Dataran  Lambah  Lembangan  Delta  Paya Tanah Tinggi  Gunung lipat muda  Gunung lipat tua  Banjaran  Dataran tinggi BENTUK MUKA BUMI Hakisan Ombak  Tebing tinggi  Tanjung  Gua  Teluk  Gerbang laut  Batu tunggul  Batu sisa Pola Sungai bawah tanah Pinggir Laut Mendapan ombak  Pantai  Anak tanjung/tetanjung  Beting pasir  Tombola  Lagun SALIRAN reranting jejala sepunca (jejari) sejajar bersirat saliran darat (pola berpusat) Struktur batuan sama keras di kwsn batu mendak Batuan keras lembut Mengalir semua arah berselang dari kwsn seli tanah tinggi Anak sungai Di kwsn bercantum batu dengan anak kapur sungai utama yang poros Banyak alur cth: delta Sungai mengalir ke tasik PROFIL SUNGAI Hulu lurah ‘V’ air terjun lubang periuk jeram Tengah likuan sungai lurah ‘W’ dataran mendap tasik ladam Hilir tetambak delta (aluivium) JENIS-JENIS BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSI / KEPENTINGAN Bentuk Muka Bumi Tanah Tinggi Cerun Bukit Sungai Potensi / Kepentingan -Pelancongan Pertanian Pengangkutan -Pertanian hawa sederhana Malaysia -Cameron Highland -Sayur dan bunga sabah dan sarawak -Kundasang (cameron highland) (Mengangkutan -getah dan kelapa sawit penumpang dan kayu (cerun bukit) balak) Luar Malaysia Switzerland Jawa Indonesia Thailand (Chao phraya) (meluncur salji dan Meluas / lava bes (padi) mendaki gunung) Tasik Perikanan -kurang penting -saiz kecil -tangkapan sedikit -aktiviti sambilan Tonle sap (Kampuchea) -penting...

Words: 2422 - Pages: 10

Free Essay

Mkn 20

...MAJLIS KESELAMATAN NEGARA ARAHAN No. 20 (SEMAKAN SEMULA) DASAR DAN MEKANISME PENGURUSAN BENCANA NEGARA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI TERHAD PRAKATA Susulan daripada kejadian keruntuhan Pangsapuri Highland Towers di Hulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993, Jemaah Menteri pada 18 Mei 1994 telah memutuskan untuk mewujudkan satu mekanisme pengurusan Bencana dan diletakkan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Hasil daripada keputusan tersebut, MKN telah mengeluarkan Arahan mengenai Dasar dan Mekanisme Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara pada 11 Mei 1997. Arahan ini disemak semula selaras dengan perubahan semasa, corak serta kerumitan kejadian Bencana pada masa ini. Arahan ini menggariskan mekanisme pengurusan Bencana secara lebih menyeluruh meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian Bencana. Setiap agensi yang terlibat dalam pengurusan Bencana bertanggungjawab melaksanakan peranan masing-masing selaras dengan Arahan ini. Pengurusan Bencana juga hendaklah dikendalikan secara bersepadu oleh semua agensi supaya tindakan di setiap peringkat menjadi lebih efisien dan efektif. Arahan ini juga akan dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang pembaziran, kekeliruan, konflik dan percanggahan atau pertindihan peranan semasa menangani Bencana. Tumpuan utama kepada pengurusan Bencana adalah ke arah Pengurangan Risiko Bencana secara berterusan melalui program-program Pencegahan, Peredaan dan Kesiapsiagaan...

Words: 10423 - Pages: 42

Free Essay

Raheeq Makhtum Malay

...SEERAH NABAWIYYAH Al-Raheeq al-Makhtum Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy India Pemenang Hadiah Pertama Pertandingan Seerah Rabitah Alam Islam, Mekkah PERANAN & PERLUNYA RIWAYAT HIDUP RASULULLAH DALAM MEMAHAMI ISLAM   Tujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah ini sama dengan membaca dan menala'ah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman purbakala. Tujuan pokok dari kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu. Tegasnya kajian riwayat hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad Sallallahu 'alahi Wasallam. Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bolehlah dibahagikan seperti berikut: 1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana...

Words: 129247 - Pages: 517