Free Essay

Kesedaran Sismik

In:

Submitted By bahia
Words 2898
Pages 12
ABSTRACT

Nowadays job market is getting more dynamic due to rapid changes in technology and diversity of employers’ requirements. Consequently, this raises various issues in the job market, and it has been worsened by unfavourable current national economic performance. Slow new jobs creation is not in tandem with the number of graduates flooding the job market. This situation has created stiff competition among the graduates and subsequently raises unemployment problem, to the extent that some graduates are forced to accept whatever the employer, leaving no options, has offered. This phenomenon has significant implication on employability and job satisfaction among the graduates. The purpose of this article is to discuss these issues with special reference on UKM’s graduates. Our analyses are based on a survey conducted using questionnaires to 343 UKM’s graduates whom completed their studies between 1998 and 2002.
Aspects that are examined in this article include duration taken for first employment, suitability of field of studies with occupation and the level of job satisfaction among the graduates.

PENGENALAN
Dalam negara yang pesat membangun, peranan universiti sebagai sebuah pusat pengajian bagi membolehkan pelajar mendalami dan mengembangkan ilmu pengetahuan, adalah sama penting dengan peranannya sebagai pusat untuk melatih golongan profesional. Pendidikan di universiti bukan sahaja bertujuan menggalakkan perkembangan mental dan rohani pelajar, tetapi juga untuk mengasah kemahiran mereka bagi memenuhi tuntutan pekerjaan profesional dan teknikal dalam kalangan golongan muda dan selanjutnya membangunkan ekonomi negara. Justeru itu, peranan pendidikan secara am dan peranan pendidikan tinggi secara khusus dalam memberi latihan ke arah melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan sikap yang sesuai dengan tuntutan pekerjaan sangat wajar dikaji.
Oleh itu, kajian tentang pertalian yang seimbang dan sihat antara pendidikan tinggi dengan alam pekerjaan dalam kalangan siswazah mempunyai justifikasi yang kuat.
Kemampuan siswazah untuk memenuhi kehendak pekerjaan bergantung pada banyak faktor. Antara yang terpenting ialah pendidikan dan latihan yang diterima dari institusi pendidikan tinggi (IPT). Jika pendidikan yang diterima seimbang dan sepadan dengan tuntutan pekerjaan, maka lazimnya tidak banyak masalah akan timbul. Namun, pencapaian dalam bidang akademik semata-mata tidak boleh menjamin seseorang pelajar itu memperolehi pekerjaan. Banyak lagi aspek lain yang dipentingkan oleh pihak majikan yang perlu diberi perhatian.
Aspek tersebut termasuk sikap terhadap kerja dan pandangan hidup masa depan, penguasaan kemahiran asas yang terkini meliputi kemahiran dalam bidang ICT dan bahasa, kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis, disiplin diri, pengetahuan am, pendedahan kepada latihan serta bimbingan kerjaya dan lain-lain.
Setiap tahun, sistem pendidikan tinggi mengeluarkan ribuan siswazah yang memasuki pasaran pekerjaan. Bagaimanakah graduan dari institusi pendidikan tinggi, khususnya graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhadapan dengan pasaran kerja? Adakah bidang ilmu dan tahap kemahiran yang diperolehi semasa berada di menara gading membantu mereka memperoleh dan melakukan kerja dengan baik? Adakah bidang kerja yang diceburi itu sesuai dengan bidang pengajian mereka, dan bagaimana pula tahap kepuasan kerja mereka? Artikel ini bertujuan membincangkan soalan tersebut berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap graduan UKM. Untuk tujuan itu artikel ini mengandungi lima bahagian, iaitu bahagian pengenalannya, diikuti dengan ulasan kajian lepas, penerangan ringkas metodologi kajian, manakala bahagian keempat mengemuka dan membincangkan hasil kajian dan akhir sekali bahagian rumusan dan implikasi dasar. Graduan dan Alam Pekerjaan: Kes Siswazah UKM

5

KAJIAN LEPAS
Sorotan kajian menunjukkan bahawa kesan pendidikan amat berkait rapat dengan pekerjaan. Semakin tinggi pendidikan yang diperolehi, maka semakin tinggi jangkaan pekerjaan yang diharapkan. Sumbangan pendidikan ialah dalam melatih dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sumber manusia yang sedia ada.
Sekiranya negara ingin menuju ke arah negara perindustrian yang berteknologi tinggi, maka sistem pendidikan yang dilaksanakan perlulah melahirkan masyarakat yang boleh mendokong penggunaan teknologi yang ingin diperkenalkan itu
(Mohd Yusof Kasim & Ishak Yussof 2002; Ishak Yussof & Rahmah Ismail 1997).
Justeru, langkah untuk meningkatkan nisbah pelajar sains dan teknikal berbanding sains sosial telah dipertingkatkan lagi dalam tempoh RMK-9 (Malaysia
2006).
Terdapat pelbagai pandangan mengenai jenis pengetahun dan bentuk kemahiran yang diperlukan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran pekerja.
Misalnya, Maros (2000) dan Nair-Venugopal (2000) berpendapat pekerja perlu mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain yang digunakan di peringkat antarabangsa. Dari segi tanggungjawab dan budaya kerja, beberapa penulisan telah menyebut tentang perlunya pekerja yang bertanggungjawab, yang boleh menyesuaikan diri dengan keadaan yang sentiasa berubah iaitu yang sensitif kepada keadaan sekeliling. Mereka juga perlu mempelajari nilai-nilai baru, kemahiran kepimpinan dan kecekapan berkomunikasi menerusi peralatan teknologi dan secara interpersonal (Toffler 1981).
Memandangkan pelbagai perkara baru dituntut dipelajari dan dikuasai seperti yang disebutkan itu, maka tidak hairanlah konsep pendidikan sepanjang hayat menjadi penting untuk semua pekerja. Pekerja sentiasa boleh mempertingkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan mereka melalui pendidikan bentuk ini (Mustafa
Mansur 2002).
Isu berhubung tahap kebolehpasaran graduan yang dihasilkan oleh institusi pendidikan tinggi negara (awam mahupun swasta) mempenunyai perkaitan rapat dengan fenomena pengangguran dalam kalangan graduan. Masalah siswazah menganggur merupakan suatu isu yang memberi cabaran besar terhadap perkembangan semasa pendidikan tinggi negara. Walaupun jumlah mereka yang menganggur tidak dapat dipastikan secara mutlak, namun anggaran tidak rasmi menunjukkan jumlahnya mencecah seramai 60 ribu orang atau merupakan 11 peratus daripada jumlah yang menganggur (MTEN 2001; Ishak Yussof et al.
2004; Zulkifly Osman & Ishak Yussof 2005; Utusan Malaysia 2005a; Utusan
Malaysia 2005b). Ada pandangan yang telah mengaitkan isu siswazah menganggur dengan masalah kemelesetan ekonomi yang berlaku. Di samping itu, terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa antara masalah lain yang menyebabkan graduan sukar mendapat pekerjaan ialah faktor kebolehpasaran, yang dikaitkan pula dengan kesesuaian bidang kursus dan tingkat kemahiran yang mereka miliki (MTEN 2001; Bank Negara 2002; MEF 2003; IPPTN 2003; Md.

6

Akademika 72

Zabid Rashid 2003; Ishak Yussof et al. 2004; Rubiah et al. 2004). Misalnya kajian
IPPTN (2003) mendapati antara sebab utama graduan gagal mendapat pekerjaan adalah kurangnya kemahiran untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris (84.6 peratus). Faktor lain ialah masalah bidang kursus yang kurang sesuai dengan kehendak pasaran (71.5 peratus), tiada pengalaman kerja (66.8 peratus) dan kurang menguasai kemahiran ICT (60.8 peratus).
Pengangguran dalam kalangan siswazah merupakan satu pembaziran, khususnya kepada negara kerana kos pendidikan dan latihan yang ditanggung oleh kerajaan amatlah tinggi dan tempoh masa untuk mendapatkan ijazah adalah panjang. Adakalanya terdapat pula siswazah yang bekerja secara sementara atau memegang pekerjaan yang tidak setaraf dengan kelayakan mereka. Seseorang graduan dianggap under-employed sekiranya dia bekerja mengikut musim, dalam jangka masa pendek atau bekerja dalam pekerjaan yang memerlukan kelayakan lebih rendah daripada yang telah dicapainya. Keadaan ini menyebabkan pekerja tidak mampu menghasilkan produktiviti yang sepatutnya dan sekaligus menerima bayaran yang tidak setimpal dengan kebolehannya. Jumlah graduan dalam kumpulan ini yang bekerja dalam sektor bukan tertiari juga semakin meningkat dari semasa ke semasa (Zulkifli & Rahmah 1997).
Graduan yang tidak mempunyai latihan atau pengkhususan yang jelas juga akan sukar memperolehi pekerjaan. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia dala era ini, graduan digalakkan mempunyai dua bidang utama (major) untuk membolehkan mereka lebih diterima di pasaran kerja. Bagaimanapun selain sekeping sijil atau segulung ijazah, usaha untuk memahami dan memperoleh kemahiran tambahan yang lain merupakan kunci utama yang dapat menarik minat majikan. Inilah yang dinamakan sebagai hard skills dan soft skills. Hard skills merujuk kepada sijil kelayakan seperti ijazah manakala soft skills merujuk kepada kemahiran tambahan yang lain seperti kemampuan graduan berfikir tentang sesuatu perkara dan bagaimana untuk bertindakbalas terhadap perkara itu, kemahiran berkomunikasi pelbagai bahasa, khususnya Bahasa Inggeris, aspek personaliti atau karakter dan cara mempersembahkan kemahiran yang ada
(Suzanna Pillay 2004). Kesemua contoh kemahiran ini amat penting dan merupakan kunci ke arah kejayaan memperolehi pekerjaan. Semakin banyak kemahiran dan pengetahuan yang graduan ada, maka semakin tinggilah peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan, khususnya di syarikat-syarikat yang mantap.
Soft skills sememangnya tidak diajar menerusi pendidikan formal, sebaliknya diperolehi melalui usaha graduan mencuba atau menceburi pelbagai pekerjaan.
Secara perlahan seseorang itu mampu menanam sifat yakin diri di samping menambah kemahiran bekerja. Melaluinya juga seseorang itu akan memperolehi pelbagai pengalaman dan pendedahan. Graduan juga harus melakukan pelbagai
‘homework’ mengenai syarikat yang ingin diceburi dan menyakinkan majikan tentang sumbangan yang boleh diberikan untuk meningkatkan produktiviti syarikat berkenaan. Melalui pengalaman bekerja juga, graduan akan dapat menyakinkan majikan akan kesungguhan mereka bekerja dalam syarikat berkenaan

Graduan dan Alam Pekerjaan: Kes Siswazah UKM

7

untuk tempoh jangkamasa panjang. Pada masa sekarang kebanyakan majikan lebih memberikan tumpuan kepada calon yang mempunyai semangat dan motivasi yang tinggi, berkeyakinan dan mampu berusaha memajukan kerjaya sendiri dan produktiviti syarikat. Didapati jumlah siswazah yang menganggur di Malaysia sehingga tahun 2002 adalah dalam sekitar 40,000 orang. Manakala pada tahun
2003 jumlah rakyat Malaysia yang menganggur adalah sekitar 364,900 orang termasuklah golongan siswazah (IPPTN 2003). Untuk suku pertama tahun 2004, sejumlah 387,000 orang penduduk menganggur di Malaysia. Dalam pada itu jumlah belia dan calon Melayu yang menganggur adalah lebih tinggi kerana mereka dikatakan kurang kemahiran dan kepakaran (The Star, 15 September 2004).
Mengikut Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN 2001) pengangguran dalam kalangan siswazah perempuan adalah lebih tinggi berbanding siswazah lelaki. Daripada segi kaum pula, siswazah kaum Cina mengalami tempoh pengangguran yang lebih pendek berbanding kaum lain. Berdasarkan pemohon
Skim Sangkut Lanjutan (SSL) yang dikumpul oleh Unit Perancang Ekonomi (2002), peratus penganggur siswazah adalah lebih tinggi dalam kalangan siswazah aliran sains sosial, iaitu sastera (29.0 peratus), ekonomi (13.0 peratus), pengajian Islam
(13.3 peratus), perakaunan (9.6 peratus), teknologi maklumat (9.0 peratus), pentadbiran perniagaan (7.4 peratus), sains (4.7 peratus) dan kejuruteraan (3.6 peratus). Sementara SERI (2002) melalui Jobstreet Survey mendapati siswazah menganggur dalam kalangan graduan Sains Komputer adalah lebih tinggi berbanding Pentadbiran Perniagaan, Perakaunan dan Kejuruteraan.
Pelbagai usaha dan bantuan telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan graduan. Antaranya ialah mewujudkan Skim Sangkutan dan Latihan (SSL). Pihak sektor swasta pula mengadakan program Skim Latihan Graduan (SLG) atau Graduate Re-skilling
Scheme. Kedua-dua skim ini menyediakan graduan dengan persekitaran pekerjaan dan kemahiran dalam hubungan komunikasi. Majlis Tindakan Ekonomi Negara
(MTEN) pernah mencadangkan kandungan modul teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam SSL ditingkatkan untuk menjadikan program tersebut lebih menarik. MTEN juga mencadangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberikan tumpuan yang lebih khusus dalam aspek ini termasuk pengajaran
Bahasa Inggeris. SLG yang melibatkan majoriti graduan bumiputera kini hanya memberi tumpuan kepada aspek pengajaran ICT peringkat asas dan kurang menepati keperluan industri. Selaras dengan itu MTEN menyarankan pihak
Kementerian yang terbabit membuat perubahan pada modul ICT dan memberi penekanan kepada Bahasa Inggeris agar menepati kehendak dan ciri industri
(Nik Khusairi Ibrahim 2002).
Melalui penceburan dalam pekerjaan secara sementara atau kontrak, graduan dijangka akan memperolehi pelbagai kemahiran dan adalah lebih menguntungkan jika mereka kemudiannya dapat diserapkan secara tetap oleh majikan ke dalam syarikat yang diceburi. Seseorang graduan yang bekerja dalam tempoh yang lama di sesebuah syarikat atau industri, tetapi bidang kerjanya tidak berkembang,

8

Akademika 72

juga dianggap sebagai satu pembaziran. Adalah lebih menguntungkan jika beliau dapat melakukan pelbagai pekerjaan dalam syarikat terlibat kerana ini memberi peluang yang tinggi untuk graduan tersebut diterima bekerja secara tetap.
Sebenarnya, terdapat banyak kajian yang telah dilakukan di peringkat tempatan yang cuba menganalisis hubungan antara kemahiran siswazah dengan alam pekerjaan. Namun, kajian berkenaan masih belum bersifat menyeluruh kerana masalah pemilihan responden yang agak terhad. Sebagai contoh, kajian tentang siswazah dan alam pekerjaan oleh Rahmah et al. (2001) telah mengkaji penilaian majikan terhadap graduan bidang ekonomi yang bekerja dalam sektor awam.
Hasil kajian ini mendapati ciri-ciri yang diutamakan majikan semasa memilih pekerja mengikut kepentingan ialah keperibadian yang baik, kemahiran berkomunikasi, ketrampilan, pengetahuan am dan kecerdasan dan kursus yang diikuti. Selain itu, UKM juga, pada setiap tahun turut menjalankan kajian pengesanan graduannya dalam alam pekerjaan. Kajian tersebut merupakan sebahagian daripada kajian besar yang dijalankan di institusi pendidikan tinggi awam dan swasta untuk dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana
Menteri Malaysia pada setiap tahun. Kajian dilakukan semasa graduan menghadiri majlis konvokesyen masing-masing. Namun, tumpuan kajian berkenaan hanyalah terhadap graduan ijazah pertama yang baru menamatkan pengajian masing-masing dan sedang mencari pekerjaan. Hasil kajian yang dilakukan oleh UKM (2002) menunjukkan bahawa walaupun keadaan pasaran kerja agak kurang memuaskan disebabkan kemelesetan ekonomi, namun peluang pekerjaan dalam kalangan graduan UKM berada di tahap yang agak memuaskan.
Sebanyak 56 peratus daripada graduan ketika menghadiri konvokesyen telahpun memperolehi pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi. Daripada jumlah yang belum bekerja, 6.26 peratus telah memilih untuk menyambung pelajaran. Nilai pasaran graduan UKM dianggap agak baik memandangkan tempoh menunggu untuk mereka mendapat pekerjaan adalah tidak begitu lama dengan purata gaji permulaan yang diterima sebanyak RM1,253.49. Dari segi sektor pekerjaan, 50.3 peratus graduan bekerja dalam sektor bukan kerajaan, 46.2 peratus dalam sektor kerajaan dan 3.5 peratus dalam badan berkanun. Perbandingan mengikut kaum pula menunjukkan bahawa graduan Cina yang memperolehi pekerjaan mendahului kaum lain, iaitu 64.5 peratus berbanding 56.1 peratus graduan India dan 53.9 peratus graduan Melayu. Graduan lelaki juga lebih cepat mendapat pekerjaan, iaitu 59.9 peratus berbanding 54.2 peratus graduan wanita.
UKM turut jalankan kajian yang sama pada tahun 2003. Walaupun tujuan kajian adalah masih untuk mendapatkan maklumat mengenai status pekerjaan graduan, responden juga diminta membuat penilaian terhadap kemudahan prasarana dan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang diterima. Hasil kajian menunjukkan bahawa graduan memberikan penilaian yang sederhana untuk program pengajian, pengajaran teori, latihan industri, kursus-kursus yang ditawarkan, sistem penilaian dan peperiksaan dan juga aktiviti ko-kurikulum.

Graduan dan Alam Pekerjaan: Kes Siswazah UKM

9

Majoriti responden berpendapat bahawa aktiviti penerapan nilai-nilai positif, kursus bahasa asing, pemarkahan tugasan dan pemarkahan peperiksaan dijalankan secara memuaskan. Namun, graduan yang dikaji masih kurang berpuashati berhubung pelaksanaan kursus komputer dan kursus Bahasa
Inggeris. Maklum balas mengenai bimbingan kerjaya juga kurang memberangsangkan (UKM 2003).
Faridah Karim et al. (2003) pula mengkaji isu kerjaya pelajar ke arah pembinaan keupayaan Melayu dalam konteks globalisasi. Kajian dijalankan dalam kalangan pekerja di syarikat-syarikat swasta di Lembah Kelang. Soalan dibentuk untuk mendapat maklumat mengenai keutamaan dan perkembangan kerjaya dalam kalangan pekerja Melayu dan bukan Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa golongan pekerja Melayu lebih ramai bekerja dalam sektor pengurusan dan kewangan, manakala pekerja bukan Melayu lebih ramai bekerja dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat. Dari segi tempat kerja pula, lebih ramai pekerja Melayu bekerja dalam organisasi tempatan, manakala yang bukan Melayu dalam syarikat multinasional. Kebanyakan pekerja percaya mereka mempunyai ciri-ciri kepimpinan, kemahiran teknologi maklumat, etika kerja, kepuasan kerja dan pendidikan sepanjang hayat. Namun, pekerja bukan Melayu berpendapat sistem pendidikan lebih mempengaruhi dan membentuk nilai hidup mereka berbanding pekerja Melayu, yang menganggap faktor diri sendiri mempengaruhi sikap dan nilai hidup mereka.
Dari segi skop kajian boleh dikatakan bahawa sebahagian besar kajian yang dikemukan kelihatan masih agak terbatas sama ada dari segi pemilihan responden ataupun isu yang ingin diketengahkan. Dalam artikel ini, walaupun responden kajian dibataskan kepada graduan UKM, namun pemilihan sampel diperluaskan kepada mereka yang telah berada dalam pasaran kerja untuk tempoh 5 tahun.
Tindakan ini dirasakan penting kerana responden dapat memberi maklumbalas dengan lebih baik memandangkan kedudukan mereka dalam alam pekerjaan agak lebih stabil.
Di samping itu, kajian ini juga cuba menilai aspek kepuasan kerja graduan memandangkan aspek ini juga amat penting dalam membantu meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan dari segi mengekalkan mereka dalam sesebuah organisasi. (Tett & Meyer 1993; Traut et al 2000). Kepuasan kerja merujuk kepada tahap kesan positif pekerja terhadap pekerjaan dan persekitaran kerja (Locke
1976). Hasil kajian lalu menunjukkan terdapat banyak perkara yang mempengaruhi kepuasan kerja seperti bayaran (Taylor & Vest 1992), kenaikan pangkat (US Merit
System Protection Board 1987), penyeliaan dan sokongan rakan sekerja (Emmert
& Taher 1992), faedah sampingan, bentuk pekerjaan dan jam bekerja (Desantis &
Durst 1996). Kajian yang dilakukan oleh penulis ini cuba mengambil beberapa atribut kepuasan kerja dari beberapa kajian lepas itu untuk menilai tahap kepuasan kerja dalam kalangan graduan UKM.

10

Akademika 72

KAEDAH DAN DATA KAJIAN
Kajian telah dijalankan antara bulan November 2003 hingga Mac 2004 dan melibatkan kumpulan graduan UKM yang tamat pengajian pada tahun 1998,
1999, 2000, 2001 dan 2002. Mereka adalah siswazah yang telah bekerja atau yang masih menunggu pekerjaan. Kerangka persampelan (sampling frame) kajian ini menggunakan maklumat yang diperolehi dari Pejabat Alumni UKM mengenai graduan yang telah tamat pengajian untuk tempoh yang dinyatakan. Responden dipilih dengan menggunakan teknik persampelan mudah berstrata, iaitu mengikut tahun tamat pengajian. Bagi setiap strata tahun terlibat, sejumlah 240 sampel telah dipilih secara rawak (240 × 4 tahun = 960), dan borang soalselidik telah dihantar melalui pos kepada alamat graduan seperti yang terdapat dalam senarai
Pejabat Alumni, UKM. Daripada jumlah ini, sebanyak 343 borang soalselidik telah dikembalikan semula dan ini menjadikan kadar respon sekitar 35.7 peratus, iaitu suatu kadar yang boleh dianggap tinggi dalam konteks kajian yang melibatkan soalselidik melalui pos.
Dalam kajian ini, format dan item dalam soalselidik dibentuk mengikut beberapa format kajian lepas termasuk Laporan Kajian Pengesanan Graduan
UKM (2003), Laporan Kajian Keberkesanan Sistem Pengajian Tiga Tahun (SPTT)
UKM (1998), dan Employment and Career Opportunities After Graduation: The
Philippines Experience (1987). Soalselidik ini memerlukan responden memberi pendapat tentang pengalaman mereka semasa mengikuti pengajian di UKM, maklumat pekerjaan termasuk jenis pekerjaan, tahun mula terlibat, status pekerjaan, sektor yang diceburi dan gaji yang diterima sekarang, maklumat pengangguran, prestasi pekerjaan dan tahap kepuasan kerja.
Jadual 1 menunjukkan ringkasan profil responden yang digunakan dalam analisis kajian ini. Dalam artikel ini, tumpuan analisis kebolehpasaran dan tahap kepuasan kerja dibuat mengikut bidang pengajian memandangkan aspek ini sangat berkait rapat dengan peluang pekerjaan yang terdapat di pasaran.
HASIL KAJIAN
Jadual 2, 3 dan 4 memberi gambaran mengenai latarbelakang pekerjaan yang diceburi oleh siswazah UKM yang dikaji. Kebanyakan graduan, iaitu 65 peratus daripada jumlah yang dikaji mempunyai pekerjaan yang bertaraf tetap, manakala yang lainnya sama ada bertaraf kontrak (13.4 peratus) atau sementara (21.7 peratus).
Data ini memberi gambaran bahawa graduan UKM mempunyai jaminan pekerjaan yang agak baik dengan mendapat jawatan yang bertaraf tetap. Namun begitu, peratusan yang bertaraf sementara juga agak tinggi.

Similar Documents