Free Essay

Keusahawanan- Tan Sri Lim Goh Tong

In:

Submitted By Liang116
Words 830
Pages 4
Tan Sri Lim Goh Tong

Tan Sri Lim Goh Tong merupakan usahawan Malaysia yang berjaya dalam bidang pelancongan dan pehotelan. Beliau merupakan pengasas Genting Highland. Penubuhan Genting Highland telah menaikkan nama Tan Sri Lim Goh Tong ke seluruh negara dan menjadikannya sebagai orang terkaya di Asia Tenggara pada tahun 2007 dengan asetnya yang bernilai RM 421.8 billion.
Beliau dilahirkan di Fujian, China pada tahun 1918. Pada tahun 1937, beliau telah berhijrah ke Tanah Melayu mengikuti jejak langkah sepupunya, Lim Kheng Chong. Beliau telah bekerja dengan bapa saudaranya sebagai tukang kayu selama 2 tahun dan berkembang sehinggalah berjaya menubuhkan syarikat pembinaan “Kien Huat”. Dengan bantuan dan bimbingan daripada bapa saudaranya, beliau bermula melaksanakan beberapa projek dan telah diiktirafkan sebagai salah satu syarikat pembinaan terkemuka selepas penyelesaian beberapa projek utama. Antaranya ialah Empangan Ayer Itam yang terletak di Pulau Pinang dan Projek Pengairan Kemubu. Beliau telah mencetuskan idea untuk membina Genting Highland apabila beliau makan malam di Cameron Highland. Pada zaman itu, taraf hidup semakin meningkat di Malaysia, semakin ramai orang mampu membayar untuk bersantai di resort gunung. Beliau menganggap membina sebuah resort gunung akan mempunyai potensi perniagaan yang besar. Pada tahun 1964, beliau telah mendapat hak membangunkan Genting Highland di bawah pemerintahan Tunku Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri. Beliau telah menghadapi halangan semasa projek Genting dijalankan. Pada tahun 1971, projek Genting Highland telah diselesai pada bulan Januari dan dirasmikan kepada rakyat Malaysia pada bulan Mei. Selepas itu, beliau terus membangun dan mengembangkan Genting Highland dengan ideanya membina sebuah hotel dengan kemudahan pelancongan yang asas. Pada masa kini, Genting Highland adalah salah satu resort kasino yang berjaya di dunia dan merupakan salah satu tempat pelancongan yang popular di Malaysia. Selain daripada bidang pelancongan, beliau juga melibatkan diri dalam banyak industri. Beliau memiliki syarikat kapal pelancongan Star Cruises, iaitu syarikatkapal pelayaran ke-3 terbesar di dunia. Malangnya, beliau telah meninggal dunia pada 23 Oktober 2007. Anak beliau, Tan Sri Lim Kok Thay telah mengambil alih pegangandan pengurusan Genting Berhad.
Dalam kejayaan beliau, Tan Sri Lim Goh Tong telah menunjukkan ciri-ciri yang unik bagi seseorang usahawan yang berjaya serta kemampuan dan kemahiran diri untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawan dengan berkesan. Tan Sri Lim Goh Tong bukan sahaja seorang usahawan yang berjaya, beliau juga seorang pencari maklumat yang teliti. Sebelum beliau memulakan pelaksanaan projek, beliau akan membuat penyelidikan supaya projek beliau dapat dijalankan dengan lancar. Dalam perancangan pembinaan Genting Highland, beliau telah membuat penyelidikan dan mendapati Gunung Ulu Kali yang diletakkan di Genting Sempah menjadi lokasi yang sesuai untuk rancangan beliau. Beliau telah membentuk ekspedisi untuk meneroka Gunung Ulu Kali dan mengumpul pelbagai data topografi, saliran, keadaan tanah dan aspek-aspek lain yang akan menjejaskan rancangan beliau. Penyelidikan yang teliti ini telah membuktikan gunung ini sesuai dalam merangka pelan untuk membangun resort. Selain itu, beliau telah menunjukkan sikap ketabahan semasa beliau menjalankan rancangan Genting Highland. Semasa pembinaan Genting Highland, beliau juga mentadbir projek utama yang lain di Kelantan, iaitu Skim Pengairan Kemubu. Ia telah memberikan tekanan atas ketahanan fizikal kepada beliau dan menyebabkannya terpaksa mengulang-alik antara Kuala Lumpur dan Kelantan sehingga beliau tidak mempunyai rehat yang secukupnya. Selain daripada itu, semasa projek Genting, beliau telah melaburkan semua harta yang dimiliki oleh beliau. Beliau telah menjual sebuah ladang getah beliau untuk mengumpul wang tunai sebanyak RM2.5 juta. Walaupun projek ini memberikan masalah serius bagi kewangan beliau, beliau tidak berputus asa dan meneruskan projek itu dengan sepenuh jiwanya. Di samping itu, Tan Sri Lim Goh Tong merupakan seorang usahawan yang mampu melihat dan mengambil peluang demi kemajuan perniagaannya. Bagi seorang usahawan, beliau telah mengambil peluang yang wujud di persekitarannya sebagai pra-syarat untuk berjaya. Sebagai contoh, beliau telah mencetuskan idea untuk membina Genting Highland apabila beliau makan malam di Cameron Highland. Pada masa itu, beliau telah melihat kemungkinan bagi memaksimumkan keuntungan dengan membina sebuah resort gunung. Hal ini kerana taraf hidup rakyat semakin meningkat di Malaysia, dan rakyat lebih mampu membelanjakan untuk rekreasi di resort gunung. Walaubagaimanapun, Cameron Highland sangat jauh daripada ibu negara, Kual Lumpur. Oleh itu, beliau mengambil kesempatan ini untuk membina resort gunung di tempat yang mendekati Kuala Lumpur dan ia dianggap mempunyai potensi perniagaan yang besar dalam bidang pelancongan. Walaupun seseorang usahawan mempunyai kemahiran dan kemampuan diri untuk menjalankan perniagaan, tetapi juga tidak dapat berjaya jika kekurangan keyakinan atas segala keputusan yang telah dibuat. Tan Sri Lim Goh Tong telah menunjukkan teladan yang positif bagi seseorang usahawan. Sebagai contoh, apabila mempunyai idea untuk membangun resort Genting Highland, kebanyakan usahawan tidak bersetuju dengan idea beliau. Kebanyakannya menganggap Tan Sri Lim Goh Tong seorang yang bodoh untuk melabur dalam bentuk wang dan masa untuk menjalankan projek membangunkan Genting. Walaubagaimanapun, beliau telah menolak semua perspektif yang negatif dam menerusi rancangan itu dengan bersemangat. Dalam pembinaan Genting Highland, rakan-rakan beliau telah menasihatkan beliau untuk menggugurkan projek itu. Tetapi beliau tidak berputus asa dan mempunyai keyakinan bahawa projek itu dapat memberikan keuntungan yang besar serta membangunkan negara dan sektor pelancongan. Akhirnya, keyakinan beliau telah menjadi dorongan baginya untuk berjaya dalam projek itu.

Similar Documents