Komanwel

In: Other Topics

Submitted By serencetan91
Words 489
Pages 2
KOMANWEL
-Komanwel diasaskan oleh Queen Elizabeth pada tahun 1926
-Merupakan pertubuhan negara-negara merdeka yang pernah dijajah oleh Britain (kecuali Mozambique, bekas tanah jajahan Pertugis)
-Sehingga kini, Komanwel dianggotai 54 negara di mana Malaysia (Tanah Melayu) menyertai selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

TUJUAN PENUBUHAN KOMANWEL
• Mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan negara anggota.
• Membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai bidang di kalangan negara anggota.
• Menjaga kebajikan negara-negara ahli untuk memajukan negara anggota.
• Memberikan kemudahan dan layanan yang baik daripada kerajaan Britain terutama untuk pasaran barangan negara anggota Komanwel di Britain.
• Pakar-pakar dalam pelbagai bidang dapat berbincang untuk meningkatkan lagi kepakaran negara anggota.
• Memberikan kemudahan pendidikan kepada negara anggota melalui Rancangan Pelajaran Komanwel.

SYARAT-SYARAT KEANGGOTAAN:
# Bekas jajahan British (kecuali Mozambique)
# Bebas menyertai atau menarik diri daripada Komanwel
# Ratu Britain diakui sebagai Ketua Komanwel
# Negara anggota mempunyai kebebasan dan hak yang sama rata
# Tidak terikat oleh dasar Britain

FAKTOR MALAYSIA MENYERTAI KOMANWEL:
# Keadaan darurat yang masih wujud di Persekutuan Tanah Melayu
# Harapan Singapura akan diserapkan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu
# Khuatir akan ketidaktentuan dasar Presiden Sukarno, Indonesia

PERANAN MALAYSIA
• Menyuarakan rasa tidak puas hati dan tentangan terhadap dasar apartheid di Afrika
Selatan.
• Menyokong sepenuhnya sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan, ketika dasar
apartheid dijalankan oleh orang kulit putih.
• Menyeru negara maju supaya memberi perhatian kepada Komanwel.
• Pada tahun 1989, Malaysia telah menganjurkan CHOGM (Commonwealth Heads Of Government Meeting) di Kuala Lumpur. Malaysia...

Similar Documents