Free Essay

Maqasid Syariah

In:

Submitted By kevljh
Words 1042
Pages 5
Aplikasi Maqasid Syariah dalam Hubungan Etnik

Maqasid berasal daripada perkataan “maqsud” atau “maqsad” yang membawa erti kehendak, matlamat atau tujuan. Maka, Maqasid Al-Syariah bermaksud tujuan, natijah atau maksud yang dikehendaki oleh syarak melalui sumber dalilnya menerusi Al-Quran dan Al-Sunnah.
Maqasid syariah terdiri daripada dua perkataan iaitu ”maqasid” dan ”syari’ah”. Kedua-duanya mempunyai pengertian yang berlainan jika ia didefinisikan secara berasingan. Namun sebagai satu perkataan ”maqasid al Shari’ah” dalam hubungan etnik didefinisikan sebagai berikut: Al-Ghazali mengatakan Maqasid syariah sebagai objektif dalam kehidupan manusia meliputi lima perkara iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Oleh itu apa sahaja yang terkandung dalam penjagaan lima perkara tersebut adalah maslahah (kebaikan) dan pengabaian terhadapnya membawa kepada mafsadah (kerosakan). Dengan lain perkataan ianya merupakan objektif syariah dan rahsia (hikmah) yang mana Allah SWT letakkan pada setiap hukum yang terdapat dalam syariah.
Para ulama’ telah membahagikan maqasid syariah kepada lima:
1. Memelihara agama (Hifz al-Din)
2. Memelihara nyawa (Hifz al-Nafs)
3. Memelihara kehormatan atau keturunan (Hifz al-Nasb)
4. Memelihara akal (Hifz al-Aql)
5. Memelihara harta benda (Hifz al-Mal)
Dalam konteks hubungan etnik, kelima-lima maqasid syariah ini boleh di aplikasikan bagi mengukuhkan perhubungan antara etnik.

Menjaga agama dalam konteks hubungan etnik adalah memastikan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan hendaklah sentiasa terpelihara. Bagi mewujudkan kefahaman dan kesaksamaan antara kaum dan agama, kita tidak boleh mengetepikan kedudukan dan kepentingan Islam sebagai agama Negara demi untuk menjaga hubungan antara etnik, ataupun atas dasar toleransi beragama, maka kita menerima konsep pluralisme agama atau menyamakan semua agama atau melihat bahawa tidak ada mana-mana agama yang mempunyai kebenaran yang tetap, yakni sebahagian kebenaran itu juga dimiliki oleh agama lain.
Hal ini bermakna, umat Islam wajib berpegang kepada faham ekslusif di mana melihat Islam hanya satu-satunya agama yang benar dan bukan inklusif di mana berpendapat semua agama adalah sama demi menjaga kesucian dan ketinggian agama Islam di Negara ini. Dengan itu, fahaman pluralisme agama yang cuba diketengahkan oleh sesetengah pihak adalah bertentangan dengan kehendak maqasid syariah. Toleransi yang dibenarkan oleh Islam ialah hak anutan dan amalan kepercayaan agama selain Islam dibenarkan dalam konteks penganut agama itu sendiri. Mengikut Perlembagaan dan Enakmen Undang-undang Islam, penganut agama lain tidak boleh menyebarkan pegangan mereka kepada penganut agama Islam (Perkara 11 (4), Perlembagaan Persekutuan). Umat Islam wajib menyakini bahawa tidak ada agama selain Islam yang diakui benar, melainkan hanya Islam itu satu-satu agama yang hak, tinggi dan akui sah oleh Allah. Adalah menepati maqasid syariah, apabila umat Islam melakukan apa saja tindakan bagi memastikan ketinggian dan kesucian Islam sentiasa terpelihara dan tidak membiarkan mana-mana anasir mengganggu kedudukan tersebut. Manakala penganut agama lain mestilah menghormati kedudukan yang telah diberi oleh Perlembagaan dan tidak mencabar kedudukan tersebut kerana sebarang cubaan untuk merungkai kedudukan itu akan membawa kepada konflik antara agama dan etnik.
Dari aspek mengawal nyawa pula ialah dengan memastikan Islam sebagai agama keselamatan, kedamaian dan perpaduan dapat direalisasikan. Adalah menepati maqasid syariah apabila dasar-dasar kerajaan yang digubal mengarah kepada perpaduan antara etnik dan mengelakkan permusuhan. Ciri dan matlamat Islam di atas dapat dicapai melalui penyemarakkan kefahaman sebagai satu pendekatan dalam apa juga bidang di Negara ini. Segala permasalahan yang berlaku sama ada yang melibatkan hubungan dalaman etnik atau luaran etnik perlu dilakukan melalui mesyuarat, rundingan dan dialog berlandaskan kepada ilmu dan hikmah supaya tercapainya titik pertemuan dan persefahaman. Segala unsur provokatif hendaklah dielakkan di samping sebarang pertelingkahan tidak harus diperbalahkan. Umat Islam seharusnya menjauhkan diri mereka daripada unsur-unsur yang membawa kepada pertumpahan darah dalam menyelesaikan sebarang pertelagahan dalam etnik. Semangat Islam yang lebih menitik beratkan soal keharmonian dan perpaduan terserlah melalui Perjanjian Hudaibiyah yang dipelopori oleh Nabi Muhammad S.A.W.Perjanjian ini yang berlaku pada 6 Hijrah memaparkan sikap Islam yang cintakan keamanan dan berusaha mengelakkan peperangan serta memaparkan sikap toleransi Islam yang sangat tinggi.
Manakala dalam aspek memelihara keturunan pula ialah dengan bersungguh-sungguh melaksanakan pelbagai usaha untuk membangun, memaju dan membebaskan diri daripada kemiskinan, kemunduran dan kejahilan agar seiring dengan kedudukan etnik lain. Justeru itu, peruntukan Perlembagaan yang memberi jaminan terhadap kedudukan istimewa orang Melayu adalah memenuhi maqasid syariah. Peruntukan tersebut bukanlah bermaksud untuk meletakkan etnik Melayu lebih agung daripada etnik lain atau mendiskriminasikan etnik lain tetapi peruntukan tersebut adalah kaedah yang dirangka dan dipersetujui bersama untuk memajukan etnik Melayu dalam aspek ekonomi apabila data-data ekonomi menunjukkan etnik Melayu jauh ketinggalan daripada etnik lain. Sekiranya peruntukan tersebut tidak ada, etnik Melayu akan terus berada dalam kemunduran. Walaupun orang Melayu mendapat keistimewaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan, namun tidak melalui rampasan harta orang bukan Melayu sebaliknya mendapatkannya dari tambahan kepada ekonomi keseluruhan. Ketidakseimbangan pencapaian ekonomi jika tidak dibetulkan akan menghasilkan kerosakan yang boleh mencetuskan konflik etnik seperti mana yang berlaku di negara-negara lain. Sedangkan kerosakan atau mafsadah merupakan perkara yang dituntut oleh Islam untuk menjauhinya.
Dari aspek memelihara akal pula ialah, akal adalah nikmat anugerah Allah S.W.T. yang membezakan manusia dengan makhluk lain. Dari segi perundangan pula, akal merupakan syarat bagi menentukan seseorang itu ‘mukallaf’ atau mempunyai tanggungjawab dalam tindakan dan amalan. Islam juga mengharamkan perkara-perkara yang boleh merosakkan akal seperti arak dan dadah dan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kerosakan dan kebinasaan. Akal wajib dipelihara dan dipupuk dengan nilai-nilai mulia dan ilmu. Semua unsur-unsur yang menjurus kepada kehilangan akal seperti arak, dadah wajib dibanteras dengan segera di mana hanya generasi yang berakal sahaja yang mampu mempertahankan kemerdekaan negara.
Akhir sekali bagi aspek memelihara harta benda pula, pendekatan Islam amat menitik berat soal keadilan dengan mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba, penipuan, rasuah, monopoli yang tidak seimbang, manipulasi pasaran dan segala bentuk penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan pihak-pihak tertentu. Firman Allah SWT. dalam surah an-Nisaa’ ayat 29:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu”.
Oleh itu, dalam melakukan sesuatu tindakan atau perancangan sama ada untuk jangka masa panjang atau pendek untuk kesejahteraan etnik, maka kelima-lima aspek ini perlu menjadi kriteria dan pra-syarat utama dalam membuat sesuatu keputusan berkenaannya ke arah pembentukan institusi masyarakat maju yang adil dan progresif.

Similar Documents

Free Essay

Syariah Accounting

...KERANGKA DASAR PENYUSUNAN DAN PENYAJIAN LAPORAN KEUANGAN SYARIAH (KDPPLKS) Untuk melengkapi tugas matakuliah Akuntansi dan Keuangan Syariah Oleh: Lu’luil Bahiroh 115020300111041 Akuntansi CA JURUSAN AKUNTANSI FAKULTAS EKONOMI DAN BISNIS UNIVERSITAS BRAWIJAYA MALANG 2013 KERANGKA DASAR PENYUSUNAN DAN PENYAJIAN LAPORAN KEUANGAN SYARIAH A. Tujuan dan Peranan Kerangka Dasar Kerangka dasar ini menyajikan konsep yang medasari penyusunan dan penyajian laporan keuangan bagi para penggunanya. Tujuan kerangka dasar ini adalah untuk digunakan sebagai acuan bagi: 1) Penyusunan standar akuntansi keuangan syariah, dalam pelaksanaan tugasnya. 2) Penyusunan laporan keuangan, untuk menanggulangi masalah akuntansi syariah yang belum diatur dalam standar akuntansi syariah. 3) Auditor, dalam memberikan pendapat mengenai apakah leporan keuangan disusun sesuai dengan prinsip akuntasi syariah yang berlaku umum. 4) Para pemakai laporan keuangan, dalam menafsirkan informasi yang disajikan dalam laporan keuangan yang disusun sesuai dengan standar akuntansi keuangan syariah. B. Pemakai dan Kebutuhan Informasi Pemakai laporan keuangan meliputi investor sekarang dan investor potensial; pemilik dana qardh; pemilik dana investasi mudharabah; pemilik dana titipan; pembayaran; pengawas syariah; karyawan; pemasok dan mitra usaha lainnya; pelanggan; pemerintah serta lembaga-lembaganya; dan masyarakat. Mereka menggunakan laporan keuangan untuk memenuhi beberapa kebutuhan...

Words: 2298 - Pages: 10

Free Essay

Ctu555

...|MAKLUMAT KURSUS | |SEJARAH MALAYSIA (CTU 555) | |i. |Nama Mata Pelajaran |Sejarah Malaysia | |ii. |Kod Mata Pelajaran |CTU 555 | |iii. |Taraf |Kursus Universiti/ Ijazah Sarjana Muda | |iv. |Jam Kredit |2 Jam | |v. |Kaedah Penyampaian/Pengendalian |Kuliah dan Diskusi ...

Words: 1611 - Pages: 7

Free Essay

Pandangan Islam Mengenai Hubungan Etnik

...BAB 7 PANDANGAN ISLAM MENGENAI HUBUNGAN ETNIK 8. TOLERANSI ISLAM DALAM HUBUNGAN ETNIK 1. Layanan baik – sesama Islam & bukan Islam; tingkah laku mulia, ikhlas, mesra, berkwn baik berhemah, memberi makanan, dll. 2. Menjaga hak jiran – meghormati hak jiran bukan Islam; kepercayaan agama & menolong jiran miskin. 3. Kebajikan – Jabatan Kebajikan Masyarakat & PERKIM. 4. Hubungan silaturrahim – menghadiahkan sesuatu kpd jiran & berbaik-baik. 5. Adab berdialog baik – debat disyariatkan; menegak kebenaran, dakwah & debat tercela; ingin menang bukan mencari kebenaran. 1. ISLAM HADHARI * DEFINISI * Pendekatan pembangunan manusia, masyarakat & negara Msia menyeluruh berdasarkan perspektif tamadun Islam. * OBJEKTIF * Melahirkan individu & masyarakat yg tinggi kerohanian, berakhlak, berintelektual, berdikari, berdaya saing, kehadapan, berinovasi, cekap, bijaksana menangani cabaran, rasional, praktikal & damai (JAKIM 2005:14) 5. ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM ISLAM 1. Berkenal-kenalan – nama, tempat tinggal, kedudukan seseorg, corak kehidupan, budaya bangsa & etnik asal. 2. Persefahaman – saling mengenali, berpegang teguh ajaran agaman & nilai-nilai murni. 3. Bantu-membantu – pertolongan tenaga, harta & masa. 4. Persaudaraan – pertalian erat; ibarat isi dgn kuku. 5. Kasih sayang – hubungan kemesraan. 6. Saling menjamin – melindungi satu sama lain. 2...

Words: 490 - Pages: 2

Free Essay

One Malaysia

...Manifesto Barisan Nasional (BN) 2013 (PRU 13) : BR1M RM1200, Harga Kereta Turun 20%-30%, Baucar Buku (RM300) & Bantuan Sekolah (RM150) 39 by STAFF BERITA SEMASA on APRIL 8, 2013 in PILIHANRAYA UMUM 13 Manifesto Barisan Nasional : Lautan dan gelombang biru diperhebatkan paluan gendang “perang” sehingga sudah menerjah masuk di kaca-kaca televisyen dan di corong-corong radio serta tidak lupa juga di akhbar arus perdana sejak pelancaran Manifesto barisan Nasional (BN) pada Sabtu yang lalu. Jikalau hebahan dan perkongsian Manifesto Pakatan Rakyat bakal diberikan ruang dan peluang hanya selama 10 tetapi secara rakaman untuk suntingan, lain pulanya untuk khas untuk manifesto Barisan Nasional. Berapa ramai yang saksikannya pengumuman Manifesto Barisan Nasional (BN) yang disiarkan secara langsung dan mendapat liputan yang cukup meluas dikebanyakan media utama di Malaysia (Siaran langsung di Astro Awani, Astro Saluran 301(saluran berbahasa Cina) dan Astro Saluran 201(saluran berbahasa tamil) , TV1 dan TV3)  selama tempoh lebih sejam lamanya dari Stadium Tertutup Bukit Jalil? Senarai Akujanji Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU 13? Manifesto Barisan Nasional 1 : Kos Sara Hidup * BR1M dinaikkan kepada RM1,200 untuk isi rumah; RM600 untuk orang bujang. * Baucar Buku 1Malaysia dinaikkan sehingga RM300; Bantuan Persekolahan dinaikkan kepada RM150. * Harga kereta akan diturunkan antara 20 hingga 30 peratus secara berperingkat dengan menyemak semula Dasar Automotif Nasional...

Words: 4296 - Pages: 18

Free Essay

Perlembagaan Malaysia

...Agama Islam, Perlembagaaan Persekutuan dan Negara Malaysia: Suatu Analisis Dalam Mempertahankan Kedudukan Agama Islam dan Umat Islam di Malaysia Oleh: Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin ( Panel Jawatankuasa Pemikir Isu Islam Semasa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan1) Sesuatu yang perlu difahami oleh rakyat Malaysia secara umum adalah tentang sejarah Islam yang sekian lama bertapak di Tanah Melayu ini, seterusnya dibinanya sebuah tamadun Islam di Nusantara melalui raja-raja Melayu-Islam dan rakyatnya. Sejarah ini adalah suatu hakikat yang sangat besar pengaruhnya dalam membina masa hadapan sehingga memberi pengaruh terhadap kerangka Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang telah dirangka, yang merupakan kesinambungan daripada sejarah tamadun Islam di Tanah Melayu. Justeru, kita sebagai Muslim-Melayu di Malaysia seharusnya bersyukur kerana tanah air kita dibina dan dibangunkan di atas sebuah tapak sejarah keislaman yang kukuh sehingga binaan kenegaraannya dipengaruhi oleh unsur keislaman tersebut. Persoalan sama ada Malaysia adalah negara Islam ataupun bukan tidak timbul kerana secara asasnya, berdasarkan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan beberapa peruntukan yang lain di dalamnya, maka, negara Malaysia dibentuk dengan asas-asas kenegaraan Islam. Negara Malaysia “Beragama” Islam Ini adalah suatu realiti yang perlu dikenal pasti oleh ramai orang. Kita sedia maklum kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai yang tertinggi di Malaysia...

Words: 4705 - Pages: 19

Free Essay

Micro Finance

...Sustainability of BMT financing for Developing Micro-enterprises Widiyanto b. Mislan Cokro1 Abdul Ghafar b. Ismail2 School School of Economics Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, 43600 Selangor D.E., Malaysia E-mail : agibab@ukm.my This draft, February 2008 Abstract The aim of this study is to analyze the sustainability of Islamic micro-financing for developing micro-enterprises (ME). We use the sample of Baitul Mal Wat Tamwil (BMT), as Islamic microfinance institution in Indonesia. Two approaches will be used to explore the sustainability, i.e., technical efficiency (using data envelopment analysis (DEA) and level of outreach. The results indicate that: first, generally the efficiency of BMTs is relatively low. Scale efficiency also indicates that BMTs are operated still far from optimal scale. The results suggest that there is gap in efficiency scores obtained from CCR and BCC models. This indicates that BMTs still face the managerial problems. Second, Islamic micro-financing is useful for developing micro-enterprises and contribute a great social benefits to the society in several ways. Although the profitability efficiency of BMTs is relatively low, since generally BMTs have made a profit and social benefit, Islamic financing can be predicted to be sustainable – able to provide viable Islamic financing. Keywords: Sustainability, technical efficiency of profitability efficiency, level of outreach. 1 Lecturer of Islamic economics, Sultan Agung Islamic University...

Words: 10242 - Pages: 41

Free Essay

Khoabnamap Study About Religion

...IN CONTEMPORARY SOUTHEAST ASIA ISLAMIC STUDIES AND ISLAMIC EDUCATION i ii IN CONTEMPORARY SOUTHEAST ASIA ISLAMIC STUDIES AND ISLAMIC EDUCATION Editors KAMARUZZAMAN BUSTAMAM-AHMAD PATRICK JORY YAYASAN ILMUWAN iii Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-In-Publication Data Islamic studies and Islamic education in contemporary Southeast Asia / editors: Kamaruzzaman Bustamam-Ahmad, Patrick Jory ISBN 978-983-44372-3-7 (pbk.) 1. Islamic religious education--Southeast Asia. 2. Islam--Education--Southeast Asia. I. Kamaruzzaman Bustamam-Ahmad. II. Jory, Patrick. 297.77 First Printed 2011 © 2011 Kamaruzzaman Bustamam-Ahmad & Patrick Jory Publisher: Yayasan Ilmuwan D-0-3A, Setiawangsa Business Suites, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur, Malaysia. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system or transmitted in any form or by any means – for example, electronic, photocopy, recording – without prior written permission of the publisher. The only exception is brief quotations in printed review. The opinions expressed in this publication is the personal views of the authors, and do not necessary reflect the opinion of the publisher. Layout and cover design: Font: Font size: Printer: Hafizuldin bin Satar Goudy Old Style 11 pt Gemilang Press Sdn Bhd iv ACKNOWLEDGEMENTS T his book grew out of a three-day workshop jointly held by the Regional Studies Program, Walailak University, and the Department...

Words: 104903 - Pages: 420