Free Essay

Pengurusan Dan Pentadbiran

In:

Submitted By iziana77
Words 3729
Pages 15
MPF1533 TEORI ORGANISASI DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN
SOALAN 2
Bincangkan sejauh mana penggunaan politik dalam organisasi boleh dilakukan tanpa melampaui batas etika sebagai individu/ ahli organisasi. Berdasarkan perbincangan tersebut, cadangkan dua tindakan politik yang boleh dilakukan oleh guru/ pentadbir di sekolah bagi membolehkan anda mempunyai kekuatan mempengaruhi dalam organisasi dan berpeluang memperolehi kenaikan pangkat yang cepat. Jawapan anda perlu berdasarkan perbincangan politik yang dibincangkan di dalam kelas.
...................................................................................................................................................
ORGANISASI DAN TEORI
Sebelum perbincangan ini dikupas dengan lebih lanjut, marilah kita memahami terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan organisasi. Mengikut Kamus Dewan edisi empat, organisasi bermaksud kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), tersusun dgn baik dan rapi: dan mengikut kamus pelajar pula organisasi boleh didefinisikan sebagai susunan berbagai-bagai bahagian (orang dsb) yg bersistem dlm sesuatu pertubuhan, perbadanan dan sebagainya serta mempunyai tujuan tertentu. Di sini bolehlah dihuraikan sebagai sekumpulan manusia yang berkongsi matlamat.
Misalnya sebuah organisasi di sekolah yang terdiri daripada pihak pengurusan, guru-guru, staf sokongan dan murid-murid yang berkongsi matlamat seperti mencapai keputusan UPSR dengan peratusan lulus sebanyak 90 %. Dalam konteks yang lebih besar seperti syarikat Telekom Malaysia, mereka berkongsi matlamat seperti menjadi syarikat komunikasi pilihan dengan penumpuan ke arah menyampaikan nilai terunggul kepada pelanggan dan pihak-pihak lain yang berkepentingan dalam syarikat. Semua kakitangan akan bekerja ke arah mencapai matlamat dengan berpandukan kepada misi-misi yang telah ditetapkan, sebagai contoh menjadi peneraju yang diiktiraf dalam semua pasaran yang diceburi, menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada pelanggan dan yang menyediakan penyelesaian setempat yang menyeluruh, membina hubungan yang berkekalan dengan pelanggan dan rakan niaga berdasarkan kepercayaan, menjana nilai pemegang saham dengan merebut peluang-peluang perniagaan di Asia Pasifik dan lain-lain pasaran serantau terpilih dan menjadi majikan pilihan yang memberi inspirasi ke arah kecemerlangan prestasi
Bermulanya zaman revolusi industri, terdapat banyak teori-teori organisasi dihasilkan. Ianya adalah bertujuan seperti untuk memberi penjelasan ke atas sesuatu perkara yang berlaku, membantu pihak pengurusan membuat ramalan ke atas peristiwa dan membimbing ketua-ketua dan pengurus-pengurus dalam membuat atau mengambil sesuatu tindakan. contoh-contoh teori yang terkenal seperti teori pengurusan saintifik dan teori birokrasi yang menggalakkan produktiviti dan kecekapan serta melancarkan pengurusan.

KEJAYAAN ORGANISASI
Membentuk organisasi yang berjaya memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Apabila pihak pengurusan dapat memupuk semangat dan rasa tanggungjawab kepada semua pekerja dengan membina minda seperti ‘kejayaan sekolah, kejayaan kita” semua orang menyumbang kepada kejayaan sekolah, semua guru dan kakitangan akan bertindak atas rasa tanggungjawab tanpa perlu menunggu arahan daripada pihak pengurusan. Sebagai contoh, katakan kerusi di dalam kelas rosak, guru mengambil inisiatif sendiri untuk membaikinya supaya dapat digunakan semula oleh murid-murid tanpa perlu menunggu arahan daripada guru penolong kanan atau guru besar. Ini boleh diambil contoh daripada Syarikat Nucor Corporation, sebuah kilang keluli iaitu apabila syarikat mengalami masalah teknikal, tiga orang jurutekniknya bergegas ke tempat kejadian semata-semata untuk memastikan masalah dapat diselesaikan secepat mungkin. Mereka bertindak tanpa perlu menunggu arahan daripada pihak atasan tetapi atas rasa tanggungjawab walaupun tanpa ada jaminan ganjaran. Ini kerana syarikat berkenaan berjaya memupuk sikap dinamik di kalangan pekerja. Sikap ini telah membawa keuntungan kepada syarikat tersebut dan pekerja-pekerja di situ telah diberi bonus yang besar berdasarkan sumbangan mereka terhadap syarikat dan nama mereka disenaraikan di dalam buku tahunan syarikat tersebut. Tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan telah memberi motivasi dan rasa bangga sebagai ahli organisasi ,dipetik daripada Bolmen and Deal (2008), Reframing Organizations.
Dalam pembangunan sesebuah negara, bidang pendidikan sentiasa diberi perhatian kerana di dalam bidang ini adanya beribu-ribu warganegara yang akan menjadi pemimpin. Justeru itu, sekolah telah menjadi landasan bagi melaksanakan dasar-dasar negara dan memastikan pembangunan potensi individu dapat dilaksanakan mengikut falsafah pendidikan kebangsaan iaitu
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
Dalam usaha pihak Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri dan daerah untuk menjadikan sekolah sebagai institusi yang boleh membangunkan potensi murid-murid melalui pembudayaan sekolah seperti budaya beratur, budaya senyap, budaya menghormati orang dan budaya membaca, menyediakan aktiviti ko-kurikulum yang banyak mencungkil bakat kepimpinan murid, memberi dan menyediakan murid dengan tanggungjawab seperti menjadi ketua kelas dan pengawas serta fungsi utama sekolah menyediakan pengetahuan dalam pelbagai bidang kepada murid-murid, semua aktiviti yang disebut di atas memerlukan kerjasama guru. Ini tidak termasuk lagi program-program yang dianjurkan oleh kementerian untuk meningkatkan profesion perguruan seperti menghadiri kursus-kursus peningkatan profesionalisme keguruan, membuat penyelidikan dan penulisan seperti kajian tindakan serta meningkatkan pengetahuan terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini. Pada masa kini terdapat banyak aplikasi secara online yang perlu difahami oleh guru-guru. Sejak pelaksanaan system KSSR, guru yang terlibat sentiasa mengemaskini data atau pencapaian murid menggunakan aplikasi PBS iaitu pentaksiran berasaskan sekolah. Semua aktiviti yang disebut di atas menyebabkan berlaku tekanan ke atas guru-guru. KUASA, AUTORITI DAN POLITIK
Bagi pihak pengurusan sekolah, mereka sentiasa ditekan oleh PPD bagi memastikan semua dasar dan program kerajaan dapat dijalankan di samping mengekalkan pencapaian akademik dan sukan. Justeru itu, guru besar dan penolong kanan telah menggunakan autoriti dan kuasa yang mereka perolehi untuk memastikan guru-guru menjalankan arahan seperti yang dikehendaki. Saya ingin mengambil contoh tentang pelaksanaan SPSK di sekolah-sekolah. SPSK bermaksud Sistem Pengurusan Berasaskan Kualiti yang menjurus kepada pelaksanaan ISO 9000:2008 yang mementingkan pengurusan fail di dalam bidang pengurusan dan pembelajaran. Ketika pelaksanaan ini, semua guru tertekan kerana telah diarahkan untuk memastikan sistem fail seperti panitia, peperiksaan, kaunseling, sekadar menyebut beberapa nama, dalam keadaan cemerlang dan mendapat markah yang baik, seterusnya dapat menaikkan nama sekolah di peringkat negeri. Kebanyakan guru yang terlibat mengeluh kerana terpaksa pulang lewat dan melakukan banyak kerja dokumentasi. Walau bagaimanapun, tugas yang diberikan dapat diselesaikan.
Saya ingin menggali dengan lebih mendalam tentang autoriti dan kuasa. Autoriti boleh didefinisikan sebagai kebolehan atau keupayaan seseorang untuk mengatakan ya atau tidak, seseorang yang boleh membuat keputusan seperti guru besar dan pada kebiasa annya orang yang mempunyai autoriti adalah mereka yang mempunyai jawatan serta mempunyai pejabat. Oleh sebab itulah, pihak pengurusan ditempatkan di pejabat kerana mereka mempunyai jawatan dan dengan jawatan itu mereka mendapat autoriti. Dalam organisasi selain sekolah, terdapat individu yang mempunyai hak autoriti iaitu orang yang boleh menentukan matlamat dan boleh menggaji serta memecat pekerja. Walau bagaimanapun, skop autoriti lebih kecil daripada kuasa.
Menurut Hoy and Miskel ( 2005 ) kuasa ialah keupayaan kita mempengaruhi atau mengarah seseorang untuk melakukan kerja/ tugasan seperti apa yang kita mahu, dan menurut Weber(1947) kuasa adalah kebolehan melaksanakan apa yang ingin dilakukan walaupun terdapat rintangan. seperti kata-kata Benazir Butto “ dengan kuasa saya dapat mengubah sesuatu” yang di petik oleh Bolmen and Deal ( 2008 ).
Jika diperhatikan di dalam carta organisasi sekolah, pentadbiran sekolah diketuai oleh guru besar, dibantu oleh tiga orang penolong kanan iaitu kurikulum, hal ehwal murid dan ko-kurikulum dan di bawahnya barulah guru-guru di sokong oleh pembantu tadbir dan pembantu am rendah. Menurut hirarki, guru besar mempunyai kuasa ke atas penolong kanan dan penolong kanan mempunyai kuasa ke atas guru-guru. Begitu juga hubungan guru dan murid, guru mempunyai kuasa ke atas murid-murid kerana boleh mengarah murid melakukan sesuatu seperti yang dimahukan misalannya, guru meminta murid mengambil begnya di kereta.
Namun begitu, seseorang yang berkuasa tidak semestinya mengikut hirarki pentadbiran. Ada sesetengah guru lebih berkuasa daripada guru besar apabila dia berjaya mempengaruhi guru besar membuat keputusan seperti yang dimintanya. Sumber kuasa boleh dibahagikan kepada empat sumber iaitu kuasa individu, kuasa kebolehan, kuasa ganjaran dan kuasa kekerasan. Orang yang mempunyai kuasa individu boleh dikatakan mempunyai ketrampilan, segak, orang lama di sesuatu organisasi atau isteri/ suami kepada orang kenamaan atau orang yang berjawatan tinggi. Misalnya Puan A merupakan isteri kepada Pengarah Pelajaran Negeri, disebabkan rasa hormat kepada pengarah, semua kakitangan sekolah turut menghormati Puan A malah pihak pengurusan turut berasakan kedudukan Puan A lebih tinggi daripada mereka. Segala keputusan sekolah seolah-olah hendaklah mendapat persetujuan daripada Puan A malah Puan A tidak boleh mendapat tugas-tugas yang berat. Jumlah waktu mengajar juga diberikan yang paling minimum. Ini berkemungkinan rasa takut ‘tersalah’ membuat keputusan atau kelemahan sekolah dapat dihidu di peringkat Jabatan negeri.
Bagi guru yang pakar dalam sesuatu bidang, guru tersebut bolehlah dikatakan mempunyai kuasa berkebolehan seperti pakar dalam bidang IT. Beliau mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menentukan pilihan komputer yang bagus, software, pengoperasian komputer, penggunaan internet atau penyelenggaraan komputer. Apa sahaja yang keluar daripada mulutnya tentang IT, semua guru akan percaya dan bersetuju. Katakan sekolah ingin membeli komputer riba kepada penyelaras peperiksaan. Setelah guru besar mengadakan perbincangan dengan para guru penolong kanan, semua bersetuju untuk membeli sebuah komputer riba kepada penyelaras peperiksaan untuk memudahkannya membuat kerja-kerja bersangkut dengan peperiksaan supaya lebih efektif. PIBG juga turut bersetuju dengan keputusan guru besar untuk membeli komputer riba tetapi apabila sampai kepada pengetahuan guru pakar IT tadi, beliau secara peribadi telah berjumpa dengan guru besar dan mencadangkan supaya komputer riba tadi digantikan dengan iPad. Setelah mendengar penerangan secara jelas daripada guru pakar IT, guru besar menukar keputusannya daripada membeli komputer riba kepada iPad. Di sinilah guru pakar IT tadi memainkan peranannya yang mempunyai kuasa kebolehan.
Bagi pihak pengurusan, guru-guru malah staf sokongan, jika mereka mempunyai kemampuan dari segi kewangan, mereka boleh dikatakan mempunyai kuasa ganjaran apabila berjaya menggunakan kelebihan mereka itu untuk mencapai matlamat. Misalannya seorang pengetua sekolah menengah yang merupakan isteri kepada jutawan, sentiasa memberi ganjaran kepada guru-guru serta pelajar-pelajarnya yang berjaya mengharumkan nama sekolah. Kebajikan guru sentiasa dijaga dan memastikan guru-gurunya gembira ketika menjalankan tugas. Apabila gurunya dikehendaki menjadi guru pengiring kepada pelajar di luar daerah, beliau akan membekalkan duit poket kepada guru-guru pengiring tadi supaya mereka tidak rasa terbeban dan dapat menjalankan tugas dengan baik. Apabila ada jamuan di sekolah, beliau akan memesan makanan yang hebat seperti dimasak oleh chef-chef kerana beliau yakin gurunya juga hebat. Dengan kuasa ganjaran yang dimilikinya, beliau seolah-olah telah mengikat guru-guru dan murid-muridnya supaya sentiasa mengikut arahannya dan matlamatnya tercapai. Dengan ini, beliau telah berjaya menaikkan nama sekolah dan namanya juga. ( maklumat ini dipetik daripada perbincangan di dalam kelas ).
Sumber kuasa yang terakhir yang selalu dimainkan oleh guru mahu pun pihak pentadbir adalah kuasa kekerasan. Guru biasanya menggunakan kuasa kekerasan terhadap murid-murid. Masih terdapat guru-guru di sekolah yang membawa masuk rotan ke bilik darjah, niat mereka hanyalah untuk menunjukkan “kekerasan” dan betapa garangnya mereka kepada murid yang melakukan kesalahan. Dengan muka yang masam, jarang tersenyum kepada murid-murid, suka meninggikan suara sudah cukup untuk menakut-nakut murid-murid agar mengikut semua arahannya terutamanya jangan bising di dalam kelas. Tidak dinafikan kebanyakan pentadbir terutamanya guru besar beranggapan, jika kelas menjadi bising, bermakna guru tidak pandai mengawal kelas. Jadi, apabila guru berjaya mendiamkan murid, pihak pengurusan beranggapan guru tersebut adalah seorang guru yang bagus. Begitu juga dengan pengetua atau guru besar yang garang akan menggunakan kekerasan dalam pentadbiran mereka. Ada pengetua yang setiap hari akan menunggu di pagar sekolah dan mencatat guru yang datang lewat selepas masa yang ditetapkan. Guru-guru ini akan dipanggil ke bilik pengetua untuk memberikan penjelasan kenapa mereka lewat. Walaupun tindakan pengetua ini menjengkelkan, namun ia berjaya mengawal disiplin dikalangan guru-guru.
Perbincangan sebelum ini adalah tentang autoriti dan kuasa. Bagaimana pula dengan politik? Politik dalam bahasa yang paling mudah adalah permainan kuasa. Orang bermain politik adalah orang bermain dengan kuasanya. Menurut Hoy and Miskel ( 2005 ) politik adalah individu atau kumpulan yang informal, pada zahirnya berfikiran sempit ( narrow minded ), biasanya bersifat pemecah, dan yang paling penting ialah tidak sah, tidak diganjari atau didenda oleh autoriti, ideologi atau pakar dalam bidang. Mengikut Bolmen and Deal ( 2008 ), politik adalah proses realistik dalam membuat keputusan apabila mempunyai sumber yang terhad.
Di mana-mana organisasi terdapat permainan politik. Permainan politik boleh terjadi antara individu atau kumpulan yang akan menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk mengubah tingkahlaku seseorang demi kepentingan peribadinya. Permainan politik sentiasa berlaku di mana-mana sahaja samada di sekolah, syarikat swasta, dalam masyarakat atau negara sekali pun adalah disebabkan untuk mengekalkan atau meningkatkan kuasa. Jika dilihat senario politik semasa di negara kita, Anwar Ibrahim adalah contoh ahli politik yang pandai bermain politik. Beliau mempunyai kuasa individu yang mempunyai kepandaian bercakap dan meyakinkan orang yang mendengar hujah-hujahnya serta mempercayai setiap butir bicaranya. Matlamatnya adalah untuk mendapatkan semua autoriti dan kuasa yang pernah dimilikinya semasa berada di bawah pentadbiran kerajaan. Sejak menjadi ahli parti politik pembangkang, matlamatnya adalah untuk menentang pihak berkuasa, membina kuasa, mengalahkan lawan dan menukar organisasi.
Untuk menjadi seorang pemain politik yang licik, seseorang itu hendaklah mengetahui taktik dan strategi dalam mencapai cita-citanya. Antara taktik yang selalu digunakan untuk mendapat perhatian pihak atasan ialah dengan menunjukkan kelakuan yang menyenangkan, atau dalam bahasa kasar ialah bodek. Katakan guru B adalah guru yang baru bertugas di sekolah A. Dengan pengalaman yang baru setahun jagung, guru B telah mendapat perhatian guru besar apabila beliau selalu datang awal ke sekolah, sentiasa ringan tangan membantu guru besar dan tidak membantah arahan guru besar malah bersetuju dengan semua keputusan yang dibuat oleh guru besar. Jika guru besar tidak mahir menggunakan komputer, guru B dengan besar hati menawarkan pertolongan. Lama-kelamaan, kebaikan yang ditonjolkan oleh guru B sentiasa mendapat perhatian dan pujian. Guru B tidak kisah jika hubungannya dengan rakan guru yang lain tidak berapa baik asalkan dia berjaya menggula-gulakan guru besar. Contoh di sini menunjukkan guru B menggunakan taktik yang baik dan dia pandai bermain politik. Kejayaan terbesarnya dapat diukur apabila beliau telah dianugerahkan perkhidmatan cemerlang walaupun baru setahun berkhidmat jika hendak dibandingkan dengan guru lain yang telah bertahun-tahun berkhidmat, tetapi masih belum merasa mendapat anugerah tersebut. Terdapat juga guru yang bermain politik dengan menjadi ‘gunting dalam lipatan’. Apabila berhadapan dengan pihak yang mempunyai autoriti seperti guru besar, dia akan menunjukkan sepenuhnya sokongan ke atas keputusan yang dibuat, tetapi di belakang guru besar, dia akan memburuk-burukkan guru besar malah cuba mencari pengaruh untuk mencabar keputusan yang dibuat oleh guru besar. Misalannya, guru besar telah memberikan arahan kepada guru-guru tahun 6 untuk mengadakan kelas tambahan semasa cuti sekolah, semasa mesyuarat semua guru bersetuju malah memuji keputusan tersebut, tetapi apabila keluar sahaja dari bilik mesyuarat, guru-guru tahun 6 mungkin diketuai oleh seorang guru tahun 6 yang berpengaruh telah berpakat untuk tidak mengadakan kelas tambahan. Arahan itu dibiarkan berlalu tanpa ada sebarang tindakan. Jelas sekali ianya telah mencabar keupayaan guru besar sebagai pentadbir. Ada sesetengah guru yang cuba membina rangkaian yang kuat di sekolahnya. Apabila beliau bersuara tentang sesuatu perkara, rakan-rakannya akan sentiasa berada dibelakangnya memberi sokongan dan mempertahankannya jika dia melakukan sesuatu kesalahan. Saya ingin mengambil contoh situasi yang berlaku di sebuah sekolah. Bilangan guru lelaki agak sedikit hanya satu pertiga daripada jumlah guru. Jadi, hubungan antara guru lelaki agak kuat dan mereka saling mempertahankan antara satu sama lain. Jika terdapat guru lelaki yang ponteng kerja, apabila disoal oleh pihak pentadbiran, rakan-rakannya akan menyalahkan guru besar kerana tidak memberikannya cuti, sedangkan cuti rehat khas guru terbabit telah pun habis. Guru yang bermasalah tadi, akan membalas jasa rakan-rakannya mungkin dengan sentiasa berbuat baik dan selalu belanja makan. Jika rakan-rakannya ditimpa kesusahan, dia sentiasa menghulurkan bantuan. Di samping strategi dan taktik yang bincangkan sebelum ini, terdapat lagi beberapa taktik politik yang boleh dimainkan oleh individu di sekolah-sekolah. Antaranya ialah dengan sentiasa bersaing dengan orang yang ditarget. Katakan terdapat kekosongan jawatan guru penolong kanan HEM dan lantikan dalaman perlu dibuat. Terdapat dua orang calon guru yang berkelayakan untuk mengisi jawatan tersebut, saya namakan guru A dan guru B. Guru B memang telah lama memasang angan-angan untuk menjadi guru penolong kanan HEM di sekolah. Ini kerana dengan menjadi HEM, beliau mempunyai kuasa dan pengaruh dalam pemilihan pengusaha kantin. Ini kerana isterinya adalah seorang pengusaha kantin, apabila beliau menjadi HEM, maka mudahlah baginya untuk membawa masuk perusahaan isterinya dan membuat pemilihan. Bagi mencapai cita-citanya itu, beliau mula merapatkan hubungannya dengan pihak pentadbiran sekolah supaya pihak pengurusan sekolah perasan dengan kebolehannya, mula membawa makanan ke pejabat yang dimasak oleh isterinya dan menunjukkan kepimpinannya dalam urusan hal ehwal murid. Bagi menampakkan dirinya lebih baik daripada guru A, guru B mula menceritakan perkara-perkara buruk tentang guru A seperti selalu memukul murid, tidak pandai mengawal kelas, atau melakukan kesalahan-kesalahan lain seperti pernah tidur di dalam kelas dan sebagainya. TINDAKAN POLITIK OLEH PENTADBIR Daripada hujah-hujah dan contoh-contoh yang diberikan, memang tidak dapat dinafikan, permainan polItik ada di mana-mana sahaja termasuklah di dalam organisasi pendidikan seperti sekolah. Sebagai seorang pentadbir sekolah, kita hendaklah memahami kenapa politik itu berlaku. Seboleh-bolehnya kita hendaklah memberi perhatian dan menghargai semua guru dan kakitangan yang berada di bawah pimpinan kita serta belajar memahami perubahan tingkahlaku di kalangan guru-guru. Kita hendaklah sentiasa berwaspada, berhati-hati dan bersikap sederhana di atas segala kebaikan atau keburukan yang dipamerkan oleh guru-guru atau staf sokongan, janganlah sampai kita terpedaya dengan permainan politik mereka. Pihak pengurusan terutamanya guru besar biasanya menjadi individu sasaran dalam permainan politik. Ini kerana jawatan guru besar mempunyai autoriti dan kebolehan untuk membuat keputusan. Terdapat banyak kes yang menunjukkan guru besar atau pengetua tewas dalam permainan politik atau mereka sendiri juga bermain politik untuk mendapatkan matlamat peribadi. Sesiapa sahaja yang menjadi anggota perkhidmatan awam tidak kiralah kakitangan sokongan atau pengurusan dan profesional, pasti mengimpikan pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atau APC. APC menjadi penanda aras bagi kakitangan awam. Jika seseorang itu berjaya mendapat anugerah tersebut, seolah-olah kemuncak terhadap kerjayanya. Ini kerana pemberian APC adalah sebagai menghargai dan mengiktiraf sumbangan kerana kualiti atau kuantiti sumbangannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan anggota berkenaan sebagai contoh dan daya penarik kepada lain-lain anggota untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi. ( Di petik daripada Wikipedia ) Justeru itu, apabila pihak pengurusan telah menganugerahi saya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang walaupun baru berkhidmat dua tahun di sekolah itu, telah memberi saya keyakinan dan kekuatan kepada saya untuk bersuara demi kebaikan sekolah dan menjadikan organisasi sekolah saya lebih baik dari sebelumnya. Dengan adanya anugerah tersebut, pihak pengurusan yakin di atas kebolehan saya yang selalu memberi pendapat atau pandangan ketika bermesyuarat. Setiap pendapat yang saya berikan mendapat sokongan daripada rakan-rakan sekerja dan perhatian daripada pihak pentadbiran. Sebagai contoh, pada bulan Mac 2011, perjumpaan ko-kurikulum telah dijadualkan setiap kali Sabtu dan ini menimbulkan ketidaksenangan di kalangan guru-guru kerana hanya mendapat rehat satu hari sahaja setiap minggu. Semasa mesyuarat pengurusan, saya telah diminta untuk menyuarakan ketidakpuasan hati kami kerana terpaksa bertugas setiap kali Sabtu. Dengan keyakinan yang tinggi, saya bersuara bagi pihak guru-guru dengan mengemukakan pekeliling dan tindakan-tindakan yang pernah diambil oleh sekolah lain, akhirnya permintaan kami mendapat perhatian guru besar dan perjumpaan ko-kurikulum pada hari Sabtu ditangguhkan sebanyak dua kali. Bagi peringkat sekolah rendah, dengan menjadi ketua panitia membolehkan kita mempunyai sedikit autoriti dan kuasa untuk menjadi pengurus di dalam panitia serta membolehkan kita merancang mengikut pengetahuan yang kita ada di samping idea-idea dari guru lain. Apabila pihak pengurusan telah melantik saya menjadi ketua panitia sains, secara tidak langsung ia telah memberi penunjuk bahawa pihak pengurusan sekolah mempercayai kebolehan saya untuk membawa matapelajaran sains menjadi lebih cemerlang. Ia juga telah memberi saya ruang untuk mencuba idea-idea baru dan menguji sejauh mana guru-guru lain boleh bekerjasama dengan saya, mencungkil bakat kepimpinan yang ada di dalam diri dan membina hubungan yang baik dengan pihak pengurusan. Semasa saya mengambil alih kepimpinan di dalam panitia, saya telah memperkenalkan penggunaan email dan mewujudkan Yahoo Group Panitia Sains yang membolehkan kami berkongsi maklumat seperti memuatnaik lembaran kerja dan minit mesyuarat sebagai rujukan guru sains lain. Guru sains yang kurang mahir tentang penggunaan internet diberi tunjuk ajar bagaimana menggunakannya. Saya juga berkongsi pengetahuan bagaimana penggunaan telefon boleh membantu kita mengingati sesuatu perkara dengan meletakkan ‘reminder’. Saya juga akan memastikan pengurusan fail panitia sains berada dalam keadaan baik, semua dokumen yang perlu ada di dalam fail telah dimasukkan dan program-program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Sebagai contoh, setiap bulan diadakan bulan matapelajaran seperti Januari bulan Bahasa Melayu, Februari bulan Bahasa Inggeris, Mac bulan Matematik dan April bulan Sains. Setelah melihat pelaksanaan panitia lain dalam menyambut bulan tersebut, saya akan memikirkan cara yang paling baik untuk menyerlahkan kecemerlangan panitia sains. Misalnya membuat acara pembukaan bulan sains dengan lebih meriah. Semasa perhimpunan rasmi, semua guru sains diiringi guru besar kami telah menaikkan belon yang diikat banner dan melancarkan bulan sains secara rasmi. Murid-murid kelihatan teruja dan gembira. Secara keseluruhannya, pengurusan panitia sains di sekolah saya adalah antara yang terbaik dan selalu dijadikan contoh oleh guru besar dan guru penolong kanan kurikulum. Mereka memuji di dalam mesyuarat pengurusan tentang keupayaan panitia sains menjalankan program-program dan menyediakan laporan-laporan. Semasa perjalanan SPSK, fail panitia sains telah dijadikan contoh untuk mewakili pengurusan fail panitia di sekolah. Pujian dan penghargaan yang diberikan menjadikan saya lebih yakin dan menambah kebolehan saya mempengaruhi dan membimbing rakan guru yang lain. KESIMPULAN Di dalam mana-mana organisasi, permainan politik memang tidak dapat dipisahkan. Individu atau sekumpulan manusia yang bermain politik sebenarnya mempunyai kepentingan peribadi dan matlamat tersendiri. Ada politik yang boleh membawa kebaikan kepada organisasi dan dirinya sendiri, tetapi jika pemain politik itu menggunakan taktik yang kotor sehingga melampaui batas manusia, ianya akan menghancurkan organisasi tersebut dan dirinya juga.

RUJUKAN
Bolmen and Deal, ( 2008 ). Reframing Organizations Artistry, Choice and Leadership

Hoy,Wayne K.. Miskel, Cecil G. (2005).Educational Administration. New York: McGraw-Hill Higher Education
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dipetik daripada http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=381%3Aanugerah-perkhidmatan-cemerlang-apc&catid=133%3Aprestasi&Itemid=41&lang=ms
-------------------------------------------------

-------------------------------------------------
Anugerah perkhidmatan cemerlang dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Anugerah_perkhidmatan_cemerlang Dewan Bahasa dan Pustaka versi digital/ online diambil daripada http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ORGANISASI
Langkah-langkah Untuk Mempertingkatkan Tahap Profesionalisme Perguruan dipetik daripada http://kpli2u.blogspot.com/2009/05/langkah-langkah-untuk-mempertingkatkan.html Membuka jalan, mencipta kemungkinan dipetik daripada http://www.tm.com.my
Peranan Dan Cabaran Sekolah dipetik daripada http://skdarau.tripod.com/cabaran.html Peranan Sekolah Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dipetik dari http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/peranan-sekolah-dalam-merealisasikan.html
Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti Ke Arah Ms Iso 9001:2008 Pengurusan Pembelajaran Dan Pengajaran Sekolah-Sekolah Negeri Johor dipetik daripada http://www.smkkb.com/v2/index.php/spsk

Similar Documents

Free Essay

Public

...Sebagai Alat Pengurusan Sesebuah Negara Oleh:- Lutfan bin Jaes lutfan@uthm.edu.my ABSTRAK Tulisan ini adalah berkenaan Birokrasi, yang merupakan satu istilah popular dikalangan umum apabila membicarakan tentang pengurusan dan pentadbiran organisasi kerajaan. Aktornya dipanggil birokrat dan organisasinya merujuk kepada perkataan biro. Kepelbagaian perspektif melihat birokrasi menyebabkan ia menjadi satu konsep yang sukar difahami secara jelas. Ilmu Birokrasi itu sendiri dilihat sebagai sangat luas dan analitikalnya sangat bergantung kepada fahaman, mazhab dan isi kandungan masing-masing dalam sesebuah negara yang mengamalnya. Penulisan ini akan menyentuh serba sedikit sejarah, perkembangan, ciri-ciri, dan kepentingan birokrasi bagi tujuan umum. Kritikan terhadap birokrasi juga diperlihatkan bagi tujuan timbang tara pembaca. Juga ditulis serba sedikit birokrasi dan hubungannya secara langsung dengan pentadbiran awam sesebuah negara yang biasa banyak dirujuk oleh semua pihak yang menjadi ahli dalam sesebuah masyarakat. Kata Kunci : Birokrasi, Birokrat, Biro Pendahuluan Seringkali orang awam mengaitkan birokrasi dengan cara urustadbir tidak cekap, red tape (pita merah), rigid, kepatuhan melampau dan pelbagai prosedur yang membebankan dalam sesebuah organisasi kerajaan. Pengurusannya di sektor kerajaan seringkali dibuat perbandingan yang salah, kurang sesuai dan tidak tepat dengan pengurusan di sektor swasta. Tanpa disedari, simptom-simptom yang wujud dan diperbandingkan...

Words: 2524 - Pages: 11

Free Essay

Mkn 20

...ARAHAN No. 20 (SEMAKAN SEMULA) DASAR DAN MEKANISME PENGURUSAN BENCANA NEGARA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI TERHAD PRAKATA Susulan daripada kejadian keruntuhan Pangsapuri Highland Towers di Hulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993, Jemaah Menteri pada 18 Mei 1994 telah memutuskan untuk mewujudkan satu mekanisme pengurusan Bencana dan diletakkan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Hasil daripada keputusan tersebut, MKN telah mengeluarkan Arahan mengenai Dasar dan Mekanisme Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara pada 11 Mei 1997. Arahan ini disemak semula selaras dengan perubahan semasa, corak serta kerumitan kejadian Bencana pada masa ini. Arahan ini menggariskan mekanisme pengurusan Bencana secara lebih menyeluruh meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian Bencana. Setiap agensi yang terlibat dalam pengurusan Bencana bertanggungjawab melaksanakan peranan masing-masing selaras dengan Arahan ini. Pengurusan Bencana juga hendaklah dikendalikan secara bersepadu oleh semua agensi supaya tindakan di setiap peringkat menjadi lebih efisien dan efektif. Arahan ini juga akan dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang pembaziran, kekeliruan, konflik dan percanggahan atau pertindihan peranan semasa menangani Bencana. Tumpuan utama kepada pengurusan Bencana adalah ke arah Pengurangan Risiko Bencana secara berterusan melalui program-program Pencegahan, Peredaan dan Kesiapsiagaan menghadapi Bencana. Usaha...

Words: 10423 - Pages: 42

Free Essay

Khash

...TAJUK : Sistem Pengurusan Mata Pelajaran Dan Pemarkahan Berasaskan Web Bagi Kolej RIMA Johor Bahru NAMA PENULIS NAMA IJAZAH FAKULTI : : : Elleney Merynda Wasli Ijazah Sarjana Muda Sains (Komputer) Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat 23 Mac 2005 TARIKH PENGHANTARAN : v PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah S.W.T tuhan pencipta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya dianugerahkan dengan kesempatan masa, kekuatan semangat dan ketenangan jiwa dalam melaksanakan Projek II ini. Di sini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia saya Cik Marina Md Arshad atas segala nasihat, tunjuk ajar, bimbingan serta dorongannya yang tidak pernah putus sepanjang tempoh projek ini dijalankan. Setulus penghargaan saya tujukan kepada semua pensyarah yang telah mendidik saya selama ini dan tidak ketinggalan juga kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian yang tetap setia bersama dalam keadaan susah mahupun senang. Semoga kita akan sama-sama berjaya dalam usaha kita mencapai puncak kejayaan yang diimpikan. Insya’ Allah.. Akhir kata, sekalung penghargaan buat keluarga saya yang telah banyak berkorban dan memberi sokongan penuh kepada saya dari dahulu hingga kini. Segala jasa dan pengorbanan kalian amat bermakna dan akan saya kenang sepanjang hayat. vi ABSTRAK Perjalanan sistem akademik di Kolej RIMA Johor...

Words: 4105 - Pages: 17

Free Essay

Teori Birokrasi Max Weber

... Objektif, Kekuatan dan Kelemahan 1.0       Pengenalan Teori Birokrasi Organisasi merupakan satu unit sosial yang sengaja dibentuk dan dibentuk kembali untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu. Apabila sesebuah organisasi wujud, terdapat teori-teori yang digunakan oleh organisasi tersebut. Salah satu teori yang selalu digunakan oleh organisasi ialah teori birokrasi. Teori ini diasaskan oleh Max Weber, iaitu seorang ahli sosiologi dan ekonomi yang berpengaruh di Jerman. Birokrasi didefinasikan sebagai satu konsep dalam bidang sosiologi dan sains politik yang merujuk kepada satu cara perlaksanaan pentadbiran undang-undang sah yang telah dibuat dalam organisasi. Dari segi konsep, Max Weber merujuk kepada Scott, (2003) iaitu birokrasi merupakan satu jenis struktur pentadbiran yang dibangunkan dalam satu pertubuhan dimana adanya autoriti “ rasional-sah”. Organisasi yang mengamalkan birokrasi merupakan organisasi yang lebih rasional dan cekap kerana merupakan birokrasi yang ideal iaitu tidak ada jenis autoriti atau perhubungan yang lain, tidak mempunyai persahabatan dan permusuhan, tidak mempunyai komplot, dan tidak mempunyai badan jawatankuasa. Terdapat tiga jenis autoriti yang dikenalpasti oleh Max Weber iaitu autoriti tradisional, autoriti rasional-sah, dan autoriti karismatik. Struktur birokrasi juga disebut sebagai ciri-ciri organisasi dan terdapat tujuh ciri struktur birokrasi. Antara ciri tersebut ialah suatu susunan fungsi pejabat yang tetap dan terikat dengan peraturan...

Words: 504 - Pages: 3

Free Essay

Schedule

...SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2011/2012 Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan - Kuala Lumpur Semester Kemasukan (Bilangan Semester Pengajian) Kod/Nama Kursus (set)/Taraf Kursus EPPD1053 - Pengantar Pengurusan -WF EPPD1063 – Aplikasi Komputer - WF EPPD1043 - Matematik untuk Ekonomi dan Perniagaan -WF ZZZTXXX- Asas Keusahawanan dan Inovasi - U1 ZZZT1054 - Pembangunan Diri - U1 1/2011-2012 (Sem 2) 1/2010-2011 (Sem 4) EPPM3024/CCCK1023 - Pengurusan dan Strategi Pemasaran –WM/WF EPPM3033 - Kelakuan Organisasi -WP ZZZT1043 - Hubungan Etnik -U1 ZZZE3012 - Workplace Communication I -WF (Lulus ZZZE1012 ) HHHC9118 (set B)* - Pembangunan Insaniah -UC 1/2009-2010 (Sem 6) EPPM2014/CCCK1153 - Komunikasi Perniagaan - WP/WF EPPM2033 - Perniagaan Antarabangsa -WP EPPM3014/CCCH3323 - Pengurusan Operasi –WP/WJ EPPM3613/CCCJ3113 - Pasaran dan Institusi Kewangan/Pasaran Wang dan Modal WP/WJ(ulang tawar) 1/2008-2009 (Sem 8) dan sebelumnya EPPM4014/CCCH3123 - Pengurusan Strategik –WP/WJ (ulang tawar) EPPM3713 - Inovasi dan Kreativiti dalam Perniagaan -WP (ulang tawar) EPPM2033 - Perniagaan Antarabangsa -WP (ulang tawar) EPPM3623/CCCJ3213 - Analisis Pelaburan/Pelaburan - WP/WJ EPPM2063/CH3163-Etika dan Tanggungjawab Sosial Korporat-WP(ulang tawar) Nota : * Pelajar tidak perlu mendaftar kursus HHHC9118 di SMPE pada semester hadapan kerana kursus ini perlu dilengkapkan selama 3 semester berturut iaitu pada semester 2 sesi 2011/2012, semester 1 dan semester 2 sesi 2012/2013. Pendaftaran...

Words: 552 - Pages: 3

Free Essay

Akpk

...PANDUAN PROGRAM KOKURIKULUM Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Menjana Minda Cemerlang, Melangkah Gagah Gemilang Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah Tel : 088-320079 Faks : 088-320885 pkpp@ums.edu.my Cetakan Pertama 2009 © Universiti Malaysia Sabah Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mencetak ulang mana-mana bahagian dalam buku ini dalam apa jua bentuk atau cara sama ada secara elektronik atau mekanik tanpa permohonan bertulis kepada Universiti Malaysia Sabah, Beg Berkunci 2073, 88999, Kota Kinabalu, Sabah. Diterbitkan di Malaysia oleh Penerbit Universiti Malaysia Sabah Beg Berkunci 2073, 88999 Kota Kinabalu, Sabah Dicetak di Malaysia oleh Semua pertanyaan hendaklah diajukan kepada : Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah Tel : 088-320079 Faks : 088-320885 Kandungan Kata Pengantar Timbalan Naib Canselor (HEPA) Prakata Pengarah PKPP Pendahuluan - Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar 1 - Objektif - Matlamat - Struktur Organisasi - Fungsi Unit Panduan Pendaftaran 6 - Proses pendaftaran - Pra-Syarat pengambilan kursus - Jam kredit kursus Pengajaran Kursus 8 - Dasar pengajaran kursus - Rujukan Ilmiah - Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Penilaian 10 - Kaedah...

Words: 18840 - Pages: 76

Free Essay

Busssssssssssssss

...Sufyan, sebelum mereka memeluk agama Islam. Kerajaan Umayyah nama asal Muawiyah, kerajaan Umayyah Abdul pasir Williams, pengasas pemimpin yang kaya dan berpengaruh dari suku kaum Quraisy dinamakan sempena datuk 2.0 Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyyah di Damsyik 2.1 Bidang Pentadbiran dan politik Bidang sistem pentadbiran dan politik telah dibahagikan ke dalam empat sistem pentadbiran mengandungi sistem khalifah yang dinyatakan sebagai seorang khalifah terkemuka sistem pengurusan sistem wazarah, sistem pengurusan rekod, surat dan pelantikan sekretariat dikumpulkan. Akhirnya, sistem hijabah perlindungan khalifah. 2.2 Bidang social dan pendidikan Pendidikan semasa adalah untuk membuat sumbangan kepada bidang sains dan teknologi, alat perang, membuat kapal dan teknologi untuk pertanian. Pada masa itu, mereka mula penterjemahkan ke dalam kerajaan b.abdul aktiviti Latin Waleed Malik Bahasa Arab dan Bahasa Arab dan merupakan bahasa rasmi. Penyebaran pertumbuhan pengetahuan Center dan Central Park penganjaran di bandar Basra, Al-Quran dan Sunnah dan pengetahuan saintifik dalam bidang ini terutamanya di era Khalifah Umar Abdul Aziz. Di samping itu, kerajaan juga telah membina sebuah hospital Khalifah Walid b.Abdul Malik masa mengkatkan kesihatan. 2.3 Bidang kewangan ekonomi Pada masa Dinasti Umayyah, kerajaan menukar mata wang Islam Parsi dan mata wang Byzantine. Kerajaan juga menubuhkan Baitumal untuk memantau wang yang keluar dari Negara ini di setiap kawasan di luar Negara. 2.4 Bidang...

Words: 1956 - Pages: 8

Free Essay

Group

...| | |[pic] | | | |FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN | |PROGRAM IJAZAH SARJANAMUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN | |PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN | |EPPM 2114 – PENGURUSAN KEWANGAN |SEMESTER II |SESI 2014/2015 | |Pensyarah |Status Kursus |Jam Kredit | | | | | |SET 1: En. Mohd. Hafizuddin Syah Bangaan |WAJIB FAKULTI |4 JAM | |Abdullah ...

Words: 787 - Pages: 4

Free Essay

Harta Pusaka

...bawah kategori hak milik sempurna adalah bebas menggunakan serta menikmati harta mereka dalam batas-batas yang ditetapkan. Justeru sebagai satu pengiktirafan kepada hak milik yang diberikan, mereka layak melaksanakan apa-apa transaksi berkaitan harta tersebut termasuk melakukan pindah milik, wakaf, wasiat dan hibah. Selain daripada itu, mereka juga berhak mewariskan harta tersebut selepas kematian dalam bentuk pusaka. Konsep pengurusan harta merupakan perkara yang amat penting bagi menjamin agar harta mampu beredar dan bergerak cergas di dalam pelbagai sektor kehidupan bagi penggunaan yang luas dan menyeluruh. Konsep pengurusan harta sedemikian memberikan hak pemilikan kepada seseorang atau segolongan yang lain. Selain itu, pengurusan harta yang baik boleh memberi galakan kepada transaksi harta agar dapat memperluaskan skop peredaran harta dan kekayaan sehingga dapat dinikmati oleh masyarakat. Oleh yang demikian, pengurusan harta secara sistematik dan teratur ini adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kesukaran-kesukaran yang boleh melemahkan kegiatan ekonomi masyarakat dalam sesebuah negara. Walaupun konsep pengurusan harta sangat penting dan mempunyai manfaat dan tujuan kebaikan, namun malangnya, masih ramai di kalangan masyarakat di negara ini yang kurang kesedaran atau minat untuk membuat perancangan awal pengagihan harta. Menurut...

Words: 8402 - Pages: 34

Free Essay

Me in Accounting Diploma

...PROSPEK KERJAYA Mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang Kejururawatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Setelah 5 tahun berkhidmat dengan kerajaan anda boleh memohon untuk mengikuti kursus lanjutan ke peringkat ijazah di universiti tempatan. Seterusnya anda berpeluang dinaikkan ke gred jawatan yang lebih tinggi. INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Kolej Kejururawatan Alor Setar. Kolej Kejururawatan Sungai Petani. Kolej Kejururawatan Pulau Pinang. Kolej Kejururawatan Kuala Pilah Kolej Kejururawatan Melaka. Kolej Kejururawatan Muar. Kolej Sains Kesihatan Johor Bahru. Kolej Kejururawatan Kuantan. Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu. 10. 11. 12. 13. 14. Kolej Kejururawatan Kubang Kerian. Kolej Kejururawatan Sibu. Kolej Kejururawatan Sandakan. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kota Kinabalu. 15. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh. 16. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Perak. DIPLOMA KEJURURAWATAN KURSUS PRA PERKHIDMATAN ANGGOTA SAINS KESIHATAN BERSEKUTU (SEPARA PERUBATAN) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA atau Lain-lain tempat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. CARA MEMOHON i. Permohonan secara online Borang Pendaftaran Perkerjaan Di Sektor Awam (SPA8i) di laman http://www.spa.gov.my Permohonan adalah berdasarkan “Sistem Mengambil Sepanjang Masa” (SMSM). Tempoh sah laku...

Words: 886 - Pages: 4

Free Essay

Performance Management

...PELAJAR TAHUN 2 FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN 2013/2014 1.0 Pendahuluan Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan daripada Yg. Bhg. Prof. untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Beryl’s, Bandar Baru Bangi, Selangor. 2.0 Latar belakang Pelajar tahun 2 dari Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan yang sedang mengikuti kursus DRM 2063 ”Supply and Support Chain Management” akan mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Beryl’s, Bandar Baru Bangi, Selangor. Dalam kursus “Supply and Support Chain Management” ini, para pelajar didedahkan secara teori bagaimana proses logistik dan penghantaran bahan dijalankan sebelum terbentuknya sesuatu produk. Lawatan ini merupakan salah satu platform yang terbaik dan perlu dilaksanakan bagi melahirkan graduan UPNM yang cemerlang dan berpengetahuan dalam kalangan mahasiswa. 3.0 Objektif / Justifikasi a. Memberi pendedahan dengan lebih mendalam kepada para pelajar dalam subjek DRM 2063 “Supply and Support Chain Management”. b. Mendapat maklumat secara terus tentang proses pembuatan coklat dan sistem logistik terkini yang di amalkan di Kilang Coklat Beryl’s lantas mendapat gambaran awal di alam pekerjaan akan datang. c. Memberi pendedahan kepada pelajar akan sistem pembungkusan, pengagihan barang dan pergerakan logistik sesebuah syarikat. d. Mempelajari pentadbiran dan pengurusan sumber manusia di sesebuah organisasi...

Words: 776 - Pages: 4

Free Essay

Kepimpinan Dan Pengurusan

...1.0 PENGENALAN 1.1 Kepimpinan dan Pengurusan Kepimpinan dan pengurusan merupakan tunjang dalam sesuatu organisasi. Malah konsep dan amalan kepimpinan amat penting sehingga dapat mempengaruhi kejayaan atau kegagalan sesuatu organisasi. Menurut Smircich L., Morgan G. (1982) : “In fact, the concept and practice of leadership, and variant forms of direction and control, are so powerful ingrained into popular thought that the absence of leadership is often seen as an absence of organisation.” Manakala pengurusan didefinisikan sebagai perihal mengurus sesuatu seperti syarikat, badan perniagaan dan lain-lain dan boleh dieertikan sebagai pentadbiran (Kamus Dewan Edisi Keempat). 1.2 Kepimpimpinan dan Pengurusan Pendidikan Kepimpinan dan pengurusan di dalam organisasi mempunyai hubungan simbiotik di mana dengan adanya kedua-dua komponen ini membolehkan organisasi tersebut berfungsi dengan efisien malah menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Oleh hal yang demikian kepimpinan dan pengurusan adalah sangat relevan kepada organisasi persekolahan di Malaysia malah merupakan komponen utama bagi pucuk pimpinan sekolah atau pihak pentadbiran. Sebagai contoh terdapat pelbagai penyelidikan mengenai keberkesanan kepimpinan dan pengurusan pengetua dan guru besar di sekolah. Menurut Ahmad Fauzi Ahmad (n.d.) peranan kepemimpinan di peringkat sekolah mestilah dalam bentuk instructional leader yang memainkan peranan tertentu pada tahap serta kedudukan masing-masing untuk melaksanakan program...

Words: 1985 - Pages: 8

Free Essay

Titas

...ABSTRAK Sejarah menunjukkan bahawa sebelum kedatangan globalisasi moden, umat Islam dan masyarakat Asia mempunyai versi dan pemahaman yang tersendiri mengenai globalisasi. Semasa era kegemilangan Islam dan perkembangan globalisasi Islam secara tidak langsung telah banyak memberi manfaat kepada penjajah atau kuasa Barat dengan mendominisasi segala aspek dan kerja-kerja akademik yang dihasilkan oleh ahli-ahli sains Islam dan ulama. Globalisasi moden yang bermula semasa era penjajahan Barat di Timur kini telah tersebar hampir ke segenap pelusuk dunia. Globalisasi atau Dunia Tanpa Sempadan merupakan satu cabaran bentuk baru dimana cetusan globalisasi yang dikatakan bermula daripada Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah seawal kurun ke-15. Walaupun selalu disebut oleh para pemimpin negara dan dibincangkan melalui media massa, tidak ramai yang memahami kesan sebenar globalisasi terhadap kehidupan mereka yang mana umat Islam dan asia hari ini juga terdedah dengan ancaman-ancaman dari segi konteks politik, ekonomi, media, budaya, pemikiran serta nilai-nilai dan etika yang telah lama wujud dalam kehidupan masyarakat Islam dan Asia. Globalisasi moden telah membawa perubahan radikal terhadap masyarakat Islam dan Asia secara-am nya. Bagi masyarakat Islam, globalisasi sama seperti penjajahan semula. Namun, sejauh manakah kesan positif globalisasi yang diperkatakan oleh kuasa Barat dalam membangunkan sesebuah negara dari semua aspek manusiawi mahupun duniawi perlu diperhalusi. Secara...

Words: 272 - Pages: 2

Free Essay

Sample of Business Plan

...1.0 PENGENALAN ~ Nama perniagaan dan tarikh ditubuhkan ~ Lokasi dan alamat perniagaan ~ Aktiviti utama perniagaan ~ Sejarah penubuhan dan perkembangan secara ringkas ~ Pengalaman pengasas dalam kerja dan perniagaan ~ Sebab-sebab berniaga ~ Hubungan/nilai perniagaan kepada persekitaran dan ekonomi negara secara umum ABC ENTERPRISE(ABC) yang telah ditubuhkan secara rasmi pada……merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal. Perniagaan kini beroperasi di Lot 556, Jalan Ladang 1, Taman Sri Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Sebagai kontraktor elektrik, ACB terlibat di dalam kerja-kerja pemasangan dan pendawaian kabel atas dan bawah, membekal, memasang dan mentauliahkan peralatan elektrik untuk kegunaan industri seperti … membaiki… Di samping itu, ABC turut menyediakan beberapa perkhidmatan sampingan untuk kerja-kerja mekanikal dan elektrikal seperti membekal dan memasang sistem pemadam api, saluran gas dan paip untuk bangunan, sistem hawa dingin dan sebagainya. Biarpun baru didaftarkan secara rasmi, perniagaan ini telah dimulakan secara sambilan lebih 5 tahun yang lalu oleh pemilik. Pemilik perniagaan ini juga mempunyai lebih 8 tahun pengalaman kerja di dalam bidang elektrik. Adalah menjadi hasrat perniagaan untuk turut serta di dalam menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara yang sedang bergerak ke arah yang positif sejak kebelakangan ini. Perniagaan juga ingin menyahut seruan kerajaan...

Words: 2875 - Pages: 12

Free Essay

Tukar Peruncitan Di Sarawak

...Satu Suntikan Baru Peruncitan Koperasi di Sarawak (Frank Me-ol) Perniagaan pemborongan dan peruncitan merupakan salah satu perniagaan yang cukup matang dan sinonim apabila dikaitkan dengan sektor koperasi di Malaysia khasnya di Sarawak. Menurut Jamilah Din et.al.(2008) sebanyak 24.5 peratus ataupun 52 buah koperasi luar bandar di Sarawak yang dimiliki oleh bumiputra menjalankan perniagaan peruncitan yang di jalankan dalam skala kecil dan sederhana. Maklumat terkini daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga penghujung tahun 2014 menunjukkan terdapat 69 buah koperasi di Sarawak terlibat di dalam bidang peruncitan manakala 11 buah koperasi terlibat di dalam bidang pemborongan. Jumlah penglibatan koperasi yang kian meningkat menunjukkan wujudnya potensi di dalam bidang tersebut yang perlu di rebut oleh koperator sebagai salah satu peluang dalam meningkatkan sosio ekonomi anggotanya. Walaubagaimanapun, arus globalisasi serta perubahan dalam tabiat atau tingkah laku pembeli, sikap dan corak pembelian selain penyusunan semula industri peruncitan telah memberikan impak yang besar kepada peniaga kecil-kecilan terutamanya kepada koperasi. Pertumbuhan kompleks membeli-belah dan pasaraya antarabangsa yang tertumpu di kawasan bandar-bandar besar memberikan persaingan yang hebat kepada sektor peruncitan koperasi. Menurut Azlah et. al. (2005), pertumbuhan pasaraya besar dan kompleks membeli-belah telah meningkat sementara peratusan kedai runcit telah mengalami penurunan...

Words: 470 - Pages: 2