Free Essay

Pengurusan Maklimat Islam

In:

Submitted By imankdin
Words 5367
Pages 22
CTU 264 :: Pengurusan Maklumat Islam

53 | C T U

264

BAB 3 :: Institusi Maklumat Islam

54 | C T U

264

CTU 264 :: Pengurusan Maklumat Islam

3.0 Deskripsi Bab
Topik ketiga membawa kita kepada perbincangan tentang sejarah institusi maklumat dalam Islam, peranan serta falsafah pengurusannya dalam konteks sejarah dan semasa. Ia juga meninjau ikon Baytul Hikmah sebagai model pusat maklumat terulung dan tersohor dalam sejarah Islam.

3.1 Objektif Bab
Di akhir bab ini, anda perlu pastikan bahawa anda telah mencapai objektif berikut: a. Mengetahui perkembangan institusi maklumat Islam sejak zaman Rasulullah. b. Menganalisis peranan institusi maklumat menurut perspektif Islam. c. Mengenalpasti prinsip pengurusan institusi maklumat dalam Islam.

3.2 Peta Minda

Peta Minda

55 | C T U

264

BAB 3 :: Institusi Maklumat Islam

3.3

Diskusi
Institusi ilmu dan maklumat telah berkembang selari dengan perkembangan Islam yang bertitik tolak daripada penurunan wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’. Menurut pendapat seorang sarjana Islam, beliau menegaskan bahawa institusi maklumat yang pertama bermula di Gua Hira’ di mana malaikat bertindak sebagai seorang guru dan Rasulullah SAW adalah muridnya. Tetapi menurut perkembangan sejarah tamadun Islam, institusi ilmu dan maklumat berlaku setelah Rasulullah berusaha menyampaikan ilmu kepada masyarakat yang mana beliau sendiri yang bertindak sebagai seorang guru. Baginda telah bertungkus lumus mengeluarkan masyarakat pada ketika itu daripada terus berada di alam kegelapan kepada alam yang bersinar dengan seri cahaya Islam yang gemerlapan. Justeru itu, perkembangan institusi ilmu dan maklumat boleh dibahagikan kepada dua zaman: I. II. Zaman Pemerintahan Rasulullah dan Khulafa’ Al Rasyidin Zaman Pemerintahan Khalifah Umayyah dan Abbasiyyah

Era Rasulullah & Khulafa Al Rasyidin
Apa yang kita lihat dalam sejarah pembangunan manusia oleh Nabi Muhammad SAW, baginda sentiasa mengutamakan konsep autoriti (benar), akauntabiliti (jujur dan amanah), berpaksikan jaringan (menyampaikan) dan profesional (bijaksana). Sepanjang baginda berada di Mekah, pusat maklumat orang Islam adalah di Darul Arqam kemudian apabila berpindah ke Madinah, langkah pertama yang Rasulullah ambil ialah membangunkan sebuah pusat maklumat iaitu masjid. Penginstitusian sumber maklumat ini dilihat terus berkembang malah inilah antara faktor yang membawa kepada lamanya Empayar Islam mampu mempertahankan

kegemilangannya.

Ia juga membuktikan bahawa Islam adalah agama yang

berorientasikan maklumat dan ilmu.

Beberapa institusi maklumat pernah dikesan wujud dan berperanan aktif dalam sejarah tamadun Islam, sekaligus menjelaskan kepada kita bahawa era maklumat dan ilmu telah lama tercetus dalam dunia Islam. Di antara institusi-institusi ilmu dan maklumat yang wujud semasa pemerintahan Rasulullah dan Khulafa’ Al Rasyidin ialah:

56 | C T U

264

CTU 264 :: Pengurusan Maklumat Islam

1. Dar Al Arqam Dar Al Arqam merupakan institusi ilmu dan maklumat yang pertama dalam sejarah Islam. Ianya dimiliki oleh Al Arqam bin Abi Al Arqam yang terletak di Safa. Menurut pendapat Ayub Ali, Dar Al Arqam merupakan sekolah pertama dalam sejarah pendidikan Islam di mana Rasulullah SAW sebagai guru (Muallim) dan pendidik (Murabbi) pertama umat Islam. Di antara maklumat-maklumat yang disebarkan adalah merupakan ajaran Rasulullah SAW tentang wahyu-wahyu yang diturunkan kepadanya. Selain daripada itu, Rasulullah dan para sahabat juga menjadikan Dar Al Arqam sebagai pusat pertemuan untuk merancang strategi terkini untuk menyebarkan agama Islam secara efisien.

2. Institusi Masjid Pada peringkat awal penyebaran agama Islam di Madinah, masjid merupakan institusi ilmu dan maklumat yang terpenting. Ianya juga merupakan pusat maklumat rasmi kerajaan, tempat persidangan duta-duta serta pusat penyelidikan dan penyebaran maklumat di kalangan para sahabat. Di antara masjid-masjid yang telah dibina oleh Rasulullah di Madinah ialah Masjid Quba’, Masjid Al Nabawi dan Masjid Al Mirbad.

Di antara masjid yang terawal yang memainkan peranan sebagai institusi ibadah dan institusi pendidikan yang terdapat pada zaman Rasulullah SAW sehingga zaman Bani Abbasiyyah ialah: i. Masjid Al Haram: kedatangan Nabi Institusi dakwah di sini bermula dengan Muhammad. Prof. Dr. Ahmad Shalaby

menerangkan bahawa Rasulullah sebenarnya amat sedih untuk meninggalkan Masjid Al Haram sehinggakan baginda berkata sekiranya tidak dipaksa keluar oleh penduduk Mekah, sudah pasti baginda tidak akan keluar. Kerana itulah tempat yang paling dicintainya dan dicintai oleh Allah SWT. ii. Masjid Nabi di Madinah: memainkan peranan Ia merupakan institusi terawal yang institusi ibadah, ilmu serta

sebagai

memelihara segenap aspek kepentingan umat Islam. Menurut

57 | C T U

264

BAB 3 :: Institusi Maklumat Islam

Encyclopedia of Islam, pendidikan di sini adalah berkenaan ilmuilmu Al Quran dan As Sunnah. iii. Masjid Kufah: Ianya merupakan institusi pendidikan yang

diasaskan oleh Khalifah Sayyidina Ali bin Abi Talib.

iv.

Masjid Basrah:

Di sini berlakunya perkembangan ilmu wahyu,

ilmu kalam, ilmu falsafah serta kesusasteraan Bahasa Arab pada akhir zaman Umaiyah dan Abbasiyyah. Di sini juga timbulnya ideologi Muktazilah yang diasaskan oleh Wasil bin ‘Ata’. v. Masjid Jami’ Al Mansur di Baghdad: Didirikan oleh Khalifah Al Mansur pada tahun 145H dengan perbelanjaan 18,000,000 dinar. Ianya telah diperluaskan dan diperbaiki oleh Khalifah Harun Al Rasyid. Di antara mereka yang terlibat di dalam aktiviti-aktiviti di masjid ini adalah terdiri daripada pengikut-pengikut mazhab Hanbali sehingga ke zaman Imam Al Syafie. Menurut Prof Dr Ahmad Shalaby, Abul Atiyah pernah mendeklamasi puisinya sehingga menitiskan airmatanya di sini. vi. Masjid Jami’ Damaskus: Masjid ini adalah merupakan satu

daripada empat buah keajaiban dunia di abad pertengahan. Perbelanjaan masjid ini adalah hasil daripada pajak tanah yang dipungut oleh negara selama tujuh tahun. Pembangunannya diuruskan oleh Al Walid bin Abdul Malik. Perbelanjaan

pembangunan masjid ini telah dipikul oleh 18 ekor unta untuk dihantar kepada Al Walid. Pembangunannya berjalan selama lapan tahun. Di dalamnya terdapat ruang untuk pembelajaran oleh pengikut mazhab Hanafi, Maliki dan terdapat juga sebuah sekolah untuk pengikut mazhab Syafie. Di tengah-tengah sekolah tersebut terdapat kolam air. Di dalam masjid terdapat 600 utas rantai emas untuk digantungkan lampu. Diceritakan sekiranya ada orang yang tinggal di dalam masjid ini selama 100 tahun, sudah tentu setiap hari dia akan melihat keajaiban yang belum pernah dibuat. Masjid Jami’ di Mesir: Jami’ Amru di Fustat ialah masjid yang pertama didirikan di Mesir oleh Amru Ibnu Al As pada tahun 21H.

vii.

58 | C T U

264

CTU 264 :: Pengurusan Maklumat Islam

Imam Syafie merupakan salah seorang guru yang mengajar di sini sehingga kewafatannya. Menurut Al Maqrizi, terdapat 36,000 masjid jami’ dan masjid (surau) di Mesir pada zaman pemerintahan Fatimiyyah.4 Selain daripada Masjid Amru, di antara Masjid Ibnu Tulun, Masjid Al Azhar dan Masjid Al ‘Askar.

3. Institusi As Suffah Al Sufiah merupakan bangunan surau yang bersambung dengan masjid yang pernah didirikan di Masjid Nabawi. Pengajian di sini lebih berbentuk formal dan sistematik. Rasulullah pernah mengajar di sini dan baginda turut melatih beberapa orang sahabat terkemuka untuk menjadi guru yang mengajar beberapa matapelajaran yang berlainan di surau tersebut. Di antaranya ialah Abdullah bin Rawahah, Ubadah bin Somit dan Abu Ubaidah Al Jarrah.

4. Institusi Al Kuttab Menurut lembaran sejarah, Al Kuttab telah pun ditubuhkan oleh orang Arab sebelum kedatangan Islam. Ianya menekankan konsep pendidikan membaca dan menulis. Di antara penduduk Mekah yang mula-mula belajar menulis huruf Arab ialah Sufyan bin Umaiyah bin Abdu Syams dan Abu Qais bin Abdi Manaf bin Zuhrah. Seorang penyair terkenal Al Jahiz pernah menyatakan di dalam kitabnya Risalatul Muallimin bahawa sekiranya penulisan tidak wujud, maka hilanglah peninggalan sejarah orang-orang yang terdahulu. Kerana komunikasi lisan hanya ditujukan kepada merka yang berada di hadapan kita sahaja.

Tetapi setelah kedatangan Islam, pendidikan di sini menekankan ilmu-ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Contohnya institusi Al Kuttab yang ditubuhkan oleh Sayyidina Umar menekankan ilmu Al Quran, tafsir dan hadis serta beliau memperkenalkan matapelajaran berenang, memanah, menunggang kuda serta menghafal syair. Di antara institusi Al Kuttab

yang penting pada akhir abad 1H ialah Kuttab Abul Qasim Al Balkhi. Ianya mempunyai murid seramai 3,000 orang tempatnya agak luas sehinggakan Al Balkhi terpaksa menunggang keldai untuk mengawasi pergerakan

59 | C T U

264

BAB 3 :: Institusi Maklumat Islam

murid-muridnya. Di antara negara yang mempunyai institusi Al Kuttab ialah Parsi, Syam (Syria) dan Mesir.

5. Maktab Al Barid Maktab Al Barid kadangkala dikenali juga dengan ‘courier’ pada zaman Sayyidina Umar Al Khattab. Namun perkembangan seterusnya

menampakkan perubahan peranan jabatan ini tidak hanya sekadar menguruskan urusan surat menyurat sahaja, tetapi juga merangkumi hal ehwal perisikan maklumat musuh dan sebagainya. Di sinilah maklumat dikumpulkan dan disebarkan kepada jentera kerajaan. Ini bermula terutamanya pada zaman Al Mansur, Maktab Al Barid berperanan sebagai pusat khidmat maklumat untuk khalifah yang menyediakan maklumatmaklumat tentang hal ehwal negara, pembangunan, pertanian dan sebagainya.5

Dalam penelitian sejarah Islam, inilah satu-satunya institusi awal yang menjalankan aktiviti pengumpulan dan penyebaran maklumat secara aktif dan sepenuh masa. The Concise Encyclopaedia of Islam menggambarkan aktiviti penyebaran maklumatnya sebagai: Neither rain, nor sleet, nor dark of night stays them from the completion of their appointed rounds. ~By Herodotus Inilah juga institusi yang menyebarkan maklumat rasmi kerajaan dan pernah diwujudkan jawatan pengarah maklumat khas (Director of Intelligence) dalam struktur Maktab Al Barid yang menyelia pengurusan maklumat kerajaan. Dari sudut yang lain, institusi Al Barid ini seumpama sebuah organisasi yang menjalankan pengurusan maklumat dan

komunikasi yang efisien.

60 | C T U

264

CTU 264 :: Pengurusan Maklumat Islam

Era Pemerintahan Umayyah dan Abbasiyyah
Kegemilangan Tamadun Islam yang dibina oleh Rasulullah SAW serta para sahabatnya tidak bernokhtah dengan kewafatan mereka. Namun usaha-usaha telah dipergiatkan lagi untuk meningkatkan lagi taraf umat Islam yang diteruskan oleh golongan pemerintah daripada kegemilanganya di Andalus. Di antara perkembangan institusi ilmu dan maklumat yang berlaku pada zaman tersebut adalah seperti berikut:

1. Rumah Ulamak Menurut pendapat Al Abdari dalam bukunya Al Madkhal tempat yang paling sesuai untuk tujuan pembelajaran adalah di masjid. Tetapi pembelajaran di rumah hanyalah terhad kepada orang-orang yang tertentu yang dibenarkan sahaja. Ini adalah bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memasuki rumah yang bukan kepunyaanmu sebelum meminta izin daripada tuannya. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu agar kamu selalu beringat.

(An Nur: 27) Al Abdari yang menegaskan bahawa rumah hanyalah dijadikan sebagai tempat belajar dalam keadaan terdesak sahaja. Ini dapat dibuktikan apabila Rasulullah bertindak memilih rumah AL Arqam sebagai tempat pertemuan dan pembelajaran ketika awal Islam. Tetapi kita dapat lihat terdapat juga rumah-rumah yang lain yang dijadikan sebagai institusi ilmiah seperti:

i.

Rumah Ibnu Sina: Para pelajar berkumpul di sini di waktu malam kerana di waktu siang mereka agak sibuk. Di sini mereka mempelajari buku As Syifa’ serta buku Al Qanun fi Al Tibb secara bergilir-gilir.

ii.

Rumah Muhammad bin Tahir bin Bahram: Rumah beliau dijadikan tempat berehat untuk para sarjana ilmu pengetahuan yang ingin membaca kitab-kitab serta pernah juga dikunjungi oleh pembesar-pembesar negeri.

61 | C T U

264

BAB 3 :: Institusi Maklumat Islam

iii.

Rumah Abu Sulaiman: Abul Hassan mengatakan bahawa beliau sering berkumpul di rumah Abu Sulaiman untuk mengadakan perbincangan mengenai pelbagai masalah bersama para hadirin. Abu Sulaiman terkenal sebagai seorang yang alim ketika itu.

2. Istana Untuk tujuan perkembangan ilmu, para khalifah turut membenarkan aktivitiaktiviti ilmiah dijalankan di istana mereka. Putera-putra khalifah dan pembesar-pembesar juga terlibat di dalam aktiviti tersebut. Guru yang mengajar di sini lebih dikenali sebagai Muaddib kerana mereka berperanan sebagai pendidik budipekerti kepada putera-putera tersebut. Di antara Muaddib yang ada pada ketika itu ialah Ahmad bin Yahya Abul Abbas Sa’lab pendidik kepada putera Muhammad bin Abdullah bin Tahir dan Sulaiman Al Kalbi pendidik kepada putera Hisyam bin Abdul Malik.

Selain daripada itu, Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan pernah menjemput para ulamak dan cendekiawan ke istananya untuk membincangkan sejarah peperangan, sejarah raja-raja Farsi, sejarah bangsa Arab serta sistem pemerintahan negara. Di zaman kegemilangan ilmu pengetahuan di Andalus, istana-istana turut memainkan peranan sebagai institusi ilmu dan maklumat.

3. Madrasah Selepas abad ke 10M, kita dapati peranan madrasah sebagai pusat pengajian dan sumber ilmu dan maklumat diatur dengan lebih sistematik, di mana para sejarawan bersetuju menerima Madrasah Al Baihaqiyyah di Nisabur sebagai madrasah yang terulung dengan pembinaannya

dibahagikan kepada bilik-bilik sebagai dewan kuliah dan kelas pengajian. Ianya dibina oleh kerajaan Buwayhiyyah yang bermazhab syiah. Kemudian didirikan Madrasah Al Amir Nasr bin Subuktijin, Madrasah Mahmud Ghaznawi dan Madrasah Al Sa’idiyyah yang didirikan oleh Kerajaan Ghaznawi.

Sementara madrasah yang paling terkenal ialah Madrasah An Nizamiyyah yang dibina oleh Perdana Menteri Nizam Al Mulk di Iraq. Ianya bertitik tolak daripada kemenangan Kaum Saljuk memasuki kota Baghdad pada 25

62 | C T U

264

CTU 264 :: Pengurusan Maklumat Islam

Muharram tahun 447H. Ianya juga merupakan kemenangan ideologi ahli sunnah ke atas ideologi puak syiah dari golongan Bani Buwaih. Selain daripada Nizam Al Mulk, Nur Al Din Mahmud Zanky dan Salahuddin Al Ayyubi turut berpadu tenaga membina sekolah-sekolah di antaranya di Damsyik, Mesir dan Jurusalem. Di antara sekolah beliau yang terkenal ialah madrasah An Nuriyyah Al Kubra yang dibina pada 563H.

4. Al Jamiah (Universiti) Perkembangan institusi ilmu dan maklumat ilmu telah menunjukkan peningkatan yang tinggi terutamanya di zaman pemerintahan khalifah Islam di Andalus. Penubuhan universiti ataupun Al Jamiah merupakan kemuncak kegiatan ilmu dan penginstitusian seperti tertubuhnya Universiti Al Azhar, Universiti Cordova, Universiti Salerno serta Universiti Bologna. 1. Universiti Al Azhar Bermula sebagai sebuah Masjid Jami’ yang telah dibina oleh H. Jauhar as-Saqilli pada tahun 360H, ianya kemudiannya ditukar kepada konsep pusat ilmu bertaraf tinggi oleh kerajaan Fatimiyyah pada tahun 970M. Ia bermula dengan sebuah Masjid Jami’ yang berperanan sebagai pusat pengembangan maklumat Islam,

kemudiannya diuruskan dengan lebih sistematik menggunakan nama sempena puteri Rasulullah iaitu Fatimah Az Zahra’ sehingga diubah kepada taraf universiti dengan penyeliaan beberapa profesor dalam disiplin-disiplin tertentu. Pada awalnya ia lebih kepada pusat pengembangan maklumat golongan syi’ah dan aktivitinya dikembangkan sebagai pusat maklumat dan ilmu Islam yang terkemuka di dunia.

Di sinilah gedung segala macam ilmu dan maklumat dikumpulkan, dikaji, dianalisis dan disintesiskan menurut acuan Islam oleh mahasiswa dan para sarjana Islam. Universiti Al Azhar juga yang dikesan paling terulung memperkenalkan sistem pengajian

peringkat tinggi dengan mewujudkan konvokesyen, ijazah dan promosi kerusi profesor yang mana merupakan pemangkin kepada penyebaran maklumat dan ilmu secara lebih aktif. Konsep universiti yang dipelopori oleh tamadun Islam inilah yang menjadi model

63 | C T U

264

BAB 3 :: Institusi Maklumat Islam

kepada penyebaran maklumat dan ilmu secara lebih aktif. Konsep universiti yang dipelopori oleh tamadun Islam inilah yang menjadi model kepada universiti-universiti barat masa kini seperti Bologna, Paris, Prague, Oxford dan Cambridge.

2. Universiti Cordova Universiti ini juga berasal daripada sebuah masjid yang Ianya

kemudiannya

diubahsuai

menjadi

sebuah

universiti.

ditubuhkan oleh Khalifah Abdul Rahman dan menjadi salah satu di antara institusi ilmu dan maklumat yang paling terkemuka. Aktiviti ilmiah yang dijalankan di sini telah berjaya mencapai kemuncak kejayaan pada zaman pemerintahan Al Hakam Al Muntasir yang menguasai pelbagai bidang ilmu dan pengetahuan sehingga beliau digelar khalifah yang alim. 3. Universiti Salerno Universiti ini juga terkenal sebagai pusat kegiatan ilmu di Eropah yang banyak dipengaruhi oleh Arab Islam dalam setiap kursus yang diajar. Tenaga pengajarnya adalah terdiri Andalus, Syria dan Mesir. Universiti yang terletak di Itali ini banyak melahirkan ramai tokoh agama dan sarjana bukan Islam seperti Constantine African. Beliau juga merupakan orang yang paling terkenal dalam proses pengaliran tamadun Islam ke barat dan hubungan antara dunia Islam dengan Kristian.

4. Universiti Bologna Universiti ini telah didirikan selepas Universiti Paris dibina pada tahun 1236. Universiti ini menjadi pintu masuk ilmu-ilmu dari dunia Islam secara rasmi kepada masyarakat Eropah pada abad pertengahan. Di antara tenaga pengajarnya adalah seorang ilmuan Islam yang bernama Al Muslim bin Zuhr. Universiti-universiti tersebut telah mendidik ramai ulamak dan ilmuwan yang

memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang seperti Al Khawarizmi, Ibn Al Haitham, Ibn Sina, Jabir Ibn Hayyan, Al Razi dan lain-lain. Konsep pusat pendidikan umat Islam jauh berbeza daripada universiti-universiti sekular yang dipelopori oleh negara-

64 | C T U

264

CTU 264 :: Pengurusan Maklumat Islam

negara Barat yang memisahkan dunia dan akhirat. Islam menggalakkan perkembangan sains dan teknologi yang dikaitkan dengan kebesaran Allah SWT dan tradisi keilmuan ini telah dipelopori sejak zaman dahulu. Ketika Islam didaulatkan, umat Islam mencapai kemajuan pesat dalam pelbagai bidang dan jauh menandingi orang-orang kafir yang hidup dalam era kegelapan (dark age). Hari ini, disebabkan tidak wujud Daulah Islamiyah dan perpecahan umat Islam kerana dibelenggu semangat nasionalisme dan ideologi buatan manusia, umat Islam gagal mencapai kecemerlangan yang menyeluruh dalam penguasaan ilmu dunia dan akhirat.

5. Perpustakaan Menurut pendapat Prof. Dr. Ahmad Shalaby, kategori perpustakaan dibahagikan kepada tiga iaitu Perpustakaan Umum, Perpustakaan Semi Umum dan Perpustakaan Khusus. Pengkelasan tersebut adalah berdasarkan kepada sumbangannya kepada masyarakat dalam mengembangkan ilmu pengetahuan. Penilaian dibuat berpandukan kepada peranan perpustakaan tersebut di dalam membantu para sarjana dan mahasiswa dalam aktiviti penyelidikan mereka.

A. Perpustakaan Umum Pada peringkat awalnya perpustakaan umum didirikan di masjid-masjid dan terbuka kepada orang awam.

Perpustakaan ini juga digunakan oleh guru-guru yang mengajar di masjid-masjid. Kemudian seiring dengan perkembangan institusi ilmu dan maklumat, perpustakaan jenis ini juga dibina di madrasah-madrasah. Seterusnya setiap institusi ilmu dan maklumat telah didirikan sekurangkurangnya sebuah perpustakaan. Di antara contoh

perpustakaan umum yang telah dibina ialah:

65 | C T U

264

BAB 3 :: Institusi Maklumat Islam

i.

Bayt Al Hikmah Bayt Al Hikmah membawa maksud rumah cendekiawan (House of Wisdom). Terdapat percanggahan pendapat tentang individu yang bertanggungjawab mengasaskan Bayt Al Hikmah ini. Ada fakta yang mengatakan bahawa ianya diasaskan oleh Abu Jaafar Al Mansur, khalifah kedua Abbasiyyah. Tetapi menurut sebahagian

sejarawan, ia diasaskan oleh Khalifah Harun Ar Rashid di Baghdad iaitu khalifah kelima, manakala sebahagian besarnya beranggapan bahawa ia dibangunkan pada zaman Al Ma’mun pada tahun 815M atau 830M. Ketika ini, perpustakaan bukan sahaja bertindak sebagai pusat maklumat semata-mata malah muncul sebagai institusi pendidikan, universiti dan tempat praktikal serta

eksperimen sains. Pusat maklumat ini dikatakan paling sistematik dan diuruskan oleh satu organisasi daripada pelbagai jabatan yang tersusun seperti jabatan

penyelidikan (R & D), penterjemahan, pengkatalogan dan perolehan yang dinaungi secara langsung oleh khalifah. Perpustakaan ini mempunyai banyak buku bahasa asing dan aktiviti penterjemahan adalah

merupakan aktiviti utama yang dijalankan di sini. ii. Al Haidariah di An-Najaf, Iraq Perpustakaan ini ditempatkan di ruang yang besar di antara ruang-ruang yang didirikan di sekeliling makam. Ianya masih wujud hingga sekarang. Di antara makam yang terdapat di sini ialah makam Saidina Ali bin Abi Talib. Selain daripada kitab Al Quran, kitab-kitab lain juga terdapat di sini seperti satu naskhah dari AL Rasail Al Syiraziah oleh Abu Ali Al Farisi, Mu’jam Udaba’ oleh Yaqut, Al Taqrib oleh Abu Ahyyan Al Andalusi, AL Mu’tabar Min Al Hikmah karangan Hibatuddin bin Ali dan sebagainya.

66 | C T U

264

CTU 264 :: Pengurusan Maklumat Islam

iii.

Perpustakaan Ibnu Sawwar di Basrah Perpustakaan ini didirikan oleh Abu Ali Ibnu Sawwar iaitu orang yang rapat dengan Adhud Al Daulah. Adhud Al Daulah merupakan salah seorang pembesar kaum Syiah yang meninggal dunia pada 372H. Perpustakaan ini juga berperanan sebagai sebuah institusi pengajian ilmu dan maklumat.

Keprihatinan

masyarakat

Islam

silam

terhadap

kepentingan ilmu mendorong mereka untuk membina banyak perpustakaan sebagai pusat pengumpulan bukubuku dan bahan maklumat. Antara perpustakaan lain yang dikesan ialah Bayt Al Hikmah di Qairawan, Darul Hikmah yang dikatakan mempunyai koleksi 4 juta buku di Kaherah, Khazain Al Qusu di Mesir, Perpustakaan Nizam Al Mulk di Baghdad, Dar Al ‘Ilmu di Mosul, Khizanah Al Hikmah di Karkar Baghdad, Perpustakaan Sabur dan lain-lain.

Perpustakaan pada ketika itu merupakan pusat sumber maklumat yang paling agung, dan dunia Islamlah yang memulakan kegemilangan mereka dalam era

pengstoran, pengurusan dan pengaksesan maklumat. Di Andalus pada suatu ketika terdapat lebih kurang 70 buah perpustakaan yang menyajikan pelbagai jenis maklumat sehingga ia digelar pintu maklumat ke Eropah.

B. Perpustakaan Semi Umum Perpustakaan ini telah dibina oleh para khalifah dan hanya terbuka kepada mereka yang mempunyai kedudukan yang tinggi sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa khalifah juga berperanan untuk mempertingkatkan lagi ketamadunan ilmu pengetahuan umat Islam. Contoh perpustakaan semi umum ialah:

67 | C T U

264

BAB 3 :: Institusi Maklumat Islam

i.

Perpustakaan An Nasir Li Dinillah Didirikan oleh Khalifah An Nassir Li Dinillah. Pembinaan perpustakaan mendalam ini melambangkan ilmu kecintaan yang

kepada

pengetahuan.

Keluasan

perpustakaan ini adalah tiga kali lebih besar daripada perpustakaan yang masyhur seperti Perpustakaan Darul Masnah dan Perpustakaan Sekolah An-Nizamiyyah.

ii.

Perpustakaan Al Mu’tassim Billah Didirikan oleh Khalifah Al Mu’tassim Billah iaitu khalifah terakhir dari Kerajaan Abbasiyyah. Tetapi beliau telah dibunuh oleh bangsa Moghul pada 656H. Sebahagian besar perbelanjaan yang dikeluarkan adalah wangnya sendiri.

iii.

Perpustakaan Khalifah Fatimiyyah Perpustakaan yang didirikan oleh kerajaan Fatimiyyah ini adalah bertujuan untuk menyaingi khalifah-khalifah di Baghdad di samping berusaha untuk menakluki negaranegara Islam yang lain.

C. Perpustakaan Khusus Perpustakaan khusus ini dibina oleh para ulama dan sarjana untuk kegunaan rujukan peribadi. Ianya adalah tertutup kepada orang awam. Contoh perpustakaan khusus yang telah dibina ialah: 1. Perpustakaan Al Fathu Ibnu Khaqam AL Fathu Ibn Khaqam adalah seorang menteri kepada Khalifah Al Mutawakkil dalam Kerajaan Bani

Abbasiyyah. Beliau terlalu cintakan ilmu pengetahuan sehinggakan ke mana sahaja yang beliau pergi, beliau mesti membawa buku untuk dibaca.

68 | C T U

264

CTU 264 :: Pengurusan Maklumat Islam

2. Perpustakaan Hunayn Ibnu Ishak Hunayn Ibnu Ishak adalah seorang doktor dan

penterjemah yang terkemuka pada zaman Khalifah Al Makmun (813-823M). Kepandaian beliau berbahasa Yunani, Suryani dan Persia tidak dapat ditandingi oleh mana-mana penterjemah pada zaman tersebut. Beliau juga menulis buku-buku falsafah dan kedoktoran yang digunakan sebagai rujukan.

3. Perpustakaan Jamaluddin Al Qifti Jamaluddin Abul Hassan adalah seorang menteri di Mesir. Beliau sangat arif tentang ilmu bahasa, Nahu, Fiqh, Hadis, Quran, ilmu Ukur, Sejarah, Astronomi dan Ilmu Mantiq. Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan membuatkan beliau merasa takut untuk berkahwin untuk mengelakkan daripada mengganggu minatnya.

Apa Yang Anda Telah Pelajari?

Evolusi Perkembangan Institusi Ilmu dalam Sejarah Islam

69 | C T U

264

BAB 3 :: Institusi Maklumat Islam

Pengurusan Institusi Maklumat Sejarah Islam telah melakarkan suatu bentuk struktur pengurusan institusi maklumat yang paling efektif dan sistematik serta lebih efisien dengan berpaksikan prinsipprinsip yang digariskan oleh Islam.

Rumusan yang kita boleh dapati daripada beberapa prinsip pengurusan sesebuah pusat maklumat dan ilmu adalah seperti berikut:

1. Pengurusan sesebuah pusat maklumat mestilah disokong secara langsung oleh pihak pemerintah tertinggi atau kerajaan. Ia merupakan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, melambangkan keprihatinan negara terhadap pembangunan intelektual. Lantaran itu, ia tidak seharusnya diswastakan.

2. Pusat

maklumat

atau

perpustakaan

seharusnya

tidak

mengenepikan

peranannya sebagai pusat penyelidikan dan penerbitan bahan ilmiah secara aktif, bukannya semata-mata pusat pengstoran atau penyimpanan bahan ilmiah.

3. Pusat maklumat perpustakaan mestilah menjadi pusat rujukan penterjemahan kerana ia melambangkan hidupnya aktiviti keilmuan yang meluas. Pelbagai bahan rujukan dan buku-buku ilmiah terdapat di pusat maklumat yang memerlukan kepada usaha penterjemahan bagi menyebarkan maklumat tersebut secara lebih efektif. Sesebuah pusat maklumat atau perpustakaan mesti mempunyai sebuah unit penterjemahan atau sekurang-kurangnya menjalin interaksi dengan pusat penterjemahan lain.

4. Sistem peminjaman bahan ilmiah adalah sesuatu yang sangat penting dipermudahkan kepada umum. Sistem pinjaman yang dikenakan bayaran adalah sama sekali bercanggah dengan objektif penubuhan pusat maklumat ataupun perpustakaan. Sebab itulah kita dapati dalam sejarah, pusat maklumat Islam dibiayai secara langsung oleh kerajaan ataupun sekurangkurangnya disokong kuat oleh pihak pemerintah.

5. Para pustakawan mestilah dilantik di kalangan orang yang berilmu dan mahir dalam pelbagai bidang maklumat.

70 | C T U

264

CTU 264 :: Pengurusan Maklumat Islam

6. Pusat maklumat atau perpustakaan seharusnya mengembalikan fungsi ke arah mengadakan seminar, kursus ilmiah dalam pelbagai bidang disiplin ilmu, acara dan pertandingan keilmuan untuk masyarakat. Peranan perpustakaan di zaman kemuncak kegemilangan Islam dilihat sebagai pusat maklumat yang aktif dalam konteks pengumpulan, penyelidikan dan penyebaran. Begitu juga usaha-usaha ke arah menggalakkan budaya ilmu dalam pelbagai bentuk seperti anugerah-anugerah ilmiah, kuliah-kuliah percuma, honorarium kepada penulis dan penyumbang bahan ilmiah dan sebagainya.

Apa Yang Anda Telah Pelajari?

Mestilah disokong pemerintah::sebagai perkhidmatan kerajaan Mestilah bertindak sebagai pusat penerbitan dan penyelidikan aktif Mestilah manjadi pusat rujukan penterjemahan ilmiah Mestilah memiliki sistem peminjaman bahan ilmiah Mestilahdiuruskan oleh ilmuan Mestilah berfungsi menjalankan aktiviti dan program ilmiah

Signifikan Baytul Hikmah Bayt Al Hikmah yang terkenal sebagai sebuah model perpustakaan Islam yang sistematik memainkan peranan yang sangat penting dalam proses perkembangan ketamadunan ilmu pengetahuan terutamanya perkembangan tamadun silam seperti tamadun Yunani, Greek dan India. Di antara signifikan perpustakaan Bayt Al Hikmah ialah: Pertama: Hasil penyelidikan di Bayt Al HIkmah telah mempengaruhi perkembangan bidang sains praktis seperti astronomi dan perubatan. Justeru itu muncullah beberapa balai cerap astronomi seperti Balai Cerap Al Batani di Raqqa, Balai Cerap Ibnu

71 | C T U

264

BAB 3 :: Institusi Maklumat Islam

Sina di Hamadan. Begitu juga berlakunya perkembangan ilmu perubatan sehingga mencapai era kegemilangannya pada zaman Al Razi dan Ibnu Sina. Kedua: Bayt Al Hikmah juga merupakan institusi penyelidikan dan pengajian yang melahirkan gerakan ilmuan yang pesat yang menjadi asas kepada percambahan institusi madrasah dan universiti. Ketiga: Tempoh masa bagi aktiviti penterjemahan yang dijalankan dilanjutkan ke era penghasilan karya-karya yang asli. Ianya melahirkan para sarjana, falsafah dan saintis muslim yang terkenal seperti Al Kindi, Al Khawarizmi, Al Razi, Al Farabi, Al Biruni, Jabir bin Hayyan, Ibnu Sina, Ibnu Haitham, Al Ghazali, Umar Khaiyam dan lain-lain lagi. Tokoh yang paling terkenal yang mengambil manfaat hasil daripada gerakan penterjemahan ini ialah Abu Yusuf Al Kindi. Keempat: Bayt Al Hikmah juga merupakan mercu tanda kegemilangan era penterjemahan yang melahirkan pendemokrasian ilmu yang gemilang. Mereka yang bukan Islam juga didapati turut terlibat di dalam aktiviti ini seperti kaum Kristian Nestorian, Yahudi, Majusi dan Sabean.

Apa Yang Anda Telah Pelajari?

72 | C T U

264

CTU 264 :: Pengurusan Maklumat Islam

Peranan Institusi Ilmu dan Maklumat Islam Jika ditinjau dalam sejarah tamadun Islam, malah sehingga ke hari ini dan masamasa hadapan sekalipun, peranan institusi maklumat akan terus berkembang atas paksi dan prinsip yang mutlak dan tetap. Ada beberapa objektif yang menjadi teras kepada peranan institusi maklumat Islam, dalam memastikan matlamat dan tanggungjawab kekhalifahan terlaksana, antaranya: 1. Mencapai Ma’rifah Diri Dan Tawhid Matlamat tertinggi dan paling suci dalam konteks pencarian maklumat ialah untuk mengenali diri dan Yang Maha Pencipta. Kita dapati wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah juga meminta kita agar mementingkan maklumat dan ilmu untuk mengenali Tuhan yang menciptakan kita daripada seketul darah. Tanpa ilmu dan maklumat, manusia akan terus hanyut dalam kealpaan dan kehidupan jahiliyyah. Oleh sebab itulah, apabila Islam diutuskan dengan penekanan kepada pengkajian ilmu dan maklumat, maka ia perlu diteruskan kesinambungannya dalam bentul institusi agar lebih tersusun dan efektif sebagaimana Rasulullah menginstitusikan Darul Arqam sebagai pusat sumber maklumat Islam. Begitulah juga diteruskan dengan peranan masjid, madrasah dan lain-lainnya.

2. Merealisasikan Objektif Perutusan Manusia Di samping itu, jika kita tinjau sejarah penciptaan manusia dan perutusannya sebagai khalifah adalah dengan berasaskan kepada kelebihan ilmu dan maklumat yang diajar langsung oleh Allah kepada manusia. Malah, pencarian dan pengaksesan maklumat hari ini adalah sebagai kelainan daripada makhluk lain yang tidak dipertanggungjawabkan sebagai khalifah di dunia ini. Ketika Allah menciptakan Nabi Adam sebagai khalifah dunia, Dia membezakannya daripada malaikat hanyalah dengan perbezaan ilmu dan maklumat nama-nama benda yang diajarkan kepadanya. Firmannya bermaksud:
Dan (Allah) mengajarkan Adam nama-nama benda (yang ada di dunia dan di Syurga) kesemuanya, kemudian ia persembahkannya di hadapan para malaikat lalu berfirman: Sebutkanlah kepadaKu nama-nama benda benda sekiranya kamu orang yang benar. Mereka berkata: Maha Suci Engkau, tidak

73 | C T U

264

BAB 3 :: Institusi Maklumat Islam

ada yang kami ketahui selain apa yang Engkau ajarkan kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha bijaksana. Dia berfirman: Wahai Adam, beritahulah kepadaKu nama-nama benda. Maka setelah disebutkan namanama benda tersebut… (Al Baqarah: 31-33)

Tanpa ilmu dan kelebihan maklumat yang dikurniakan manusia tidak layak untuk diserahkan tugas sebagai khalifah Allah di dunia.

3. Mewujudkan Khair Ummah (Cemerlang) Dalam masa yang sama, objektif untuk membentuk umat yang terbaik juga adalah melalui proses yang melibatkan maklumat dan ilmu. Manusia diciptakan dengan sesempurna kejadian yang merangkumi fizikal, akal dan jiwa untuk memimpin seluruh alam. Di kalangan manusia itu pula, umat Nabi Muhammad SAW terpilih sebagai khair ummah kerana di samping mereka berakal (berilmu), mereka diberi keistimewaan maklumat dan ilmu yang melebihi umat yang lain, iaitu Al Qur’an Al Karim. Kandungan maklumat dan ilmu yang terdapat dalam Al Qur’an menjadikan umat Nabi Muhammad yang menghayatinya lebih istimewa dan lebih baik. Malah kalau diteliti, Al Qur’an itu sendiri diturunkan dalam bentuk maklumat yang diinstitusikan.

4. Melahirkan Masyarakat Berilmu dan Bertaqwa Tidak dinafikan peranan institusi maklumat diwujudkan bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan bertaqwa secara kolektif. Aspek ketaqwaan sentiasa berkait rapat dengan ilmu dan maklumat di mana untuk membina diri yang bertaqwa kepada Allah mestilah menjadi seorang yang berilmu dan bermaklumat terlebih dahulu. Ini bertepatan dengan firman Allah bermaksud:
Sesungguhnya mereka yang bertaqwa kepada Allah di kalangan hambanya adalah mereka yang berilmu (mempunyai ilmu dan maklumat yang efisien). (Fatir: 28)

74 | C T U

264

CTU 264 :: Pengurusan Maklumat Islam

Asas ketaqwaan juga diukur dengan melihat sejauh mana tingginya ilmu seseorang. Lantaran itu, institusi maklumat dan ilmu adalah asset yang penting untuk membina masyarakat yang bertaqwa secara efisien dan efektif.

5. Memimpin Dunia dan Kemajuan Hidup Matlamat yang merupakan kemuncak harapan di dunia ialah untuk membina kehidupan yang lebih selesa dan mampu memimpin dunia dengan ilmu yang diperolehi. Lantaran, manusia amat memerlukan institusi ilmu dan maklumat untuk membekalkan mereka sesuatu yang bermanfaat dalam menguruskan kehidupan dunia secara lebih sistematik dan maju. Firman Allah bermaksud:
Dan hendaklah kamu dapatkan akhirat kamu dengan apa yang dikurniakan Allah kepadamu, dan janganlah kamu lupa nasibmu di dunia. (Al Qasas: 77)

Rasulullah SAW pernah bersabda mafhumnya:
Sesiapa yang menghendaki dunia, maka ke atasnya ilmu dan sesiapa yang menghendaki akhirat, maka ke atasnya ilmu dan sesiapa yang menghendaki kedua-duanya, maka ke atasnya juga ilmu. (Mafhum Hadis)

Daripada kedua nas di atas, kita dapati satu petunjuk yang amat jelas bahawa ilmu sangat perlu dalam apa jua tujuan sekalipun, sama ada untuk tujuan keselesaan dunia dan kesejahteraan akhirat. Lalu, peranan institusinya sangat penting untuk mencapai matlamat yang suci ini.

Umumnya kita boleh simpulkan bahawa peranan pusat maklumat cukup besar untuk kepentingan ummah dan dunia Islam seluruhnya. Lantaran itu, sebagaimana model iltizam yang pernah ditunjukkan dalam sejarah, pusat maklumat hendaklah:

1. Ianya mestilah terbuka untuk umum. Seharusnya halangan birokrasi atau ketegasan prosedur perlu diminimumkan bagi memudahkan pengaksesan atau aspek kepenggunaannya.

75 | C T U

264

BAB 3 :: Institusi Maklumat Islam

2. Kemudahan untuk mencari dan mengakses bahan maklumat hendaklah percuma atau sekurang-kurangnya tidak membebankan.

3. Kemudahan penginapan dan makan minum yang mudah dan berdekatan untuk mereka yang bertujuan menjalankan penyelidikan atau pengumpulan maklumat yang lama.

4. Kemudahan subsidi dan bantuan material juga perlu disediakan sebagai inisiatif menggalakkan perkembangan maklumat dan ilmu. Kerajaan Fatimiyyah pernah memperuntukkan sebanyak 257 dinar setahun untuk pengurusan dan pentadbiran aktiviti-aktiviti

perpustakaan Dar Al Hikmah.

5. Galakan pihak kerajaan atas dasar pembudayaan ilmu ataupun kempen membaca dan masyarakat berilmu (k-society) perlu

dimantapkan menerusi insentif dan pengiktirafan.

Apa Yang Anda Telah Pelajari?

3.4 Fakta Menarik
76 | C T U
264

CTU 264 :: Pengurusan Maklumat Islam

Charles Singer dalam bukunya A Short History of Scientific Ideas to 1900 menyenaraikan tujuh alasan mengapa tindakan terjemahan lebih banyak buku berbahasa Arab:

1. Sebelum lebih kurang tahun 1200, ilmu-ilmu Islam lebih teratur, lebih asli, lebih penting berbanding ilmu-ilmu Rom Timur.

2. Bahasa Yunani Rom Timur jauh sekali daripada bahasa klasik. Bahasa yang digunakan oleh Aristotle sukar difahami oleh rahib-rahib yang menjaga manuskrip-manuskripnya. Tetapi bahasa Arab klasik pula mudah difahami oleh setiap orang berpendidikan tinggi yang bertutur dan menulis bahasa Arab.

3. Keseluruhan kecenderungan ilmu Rom Timur mengarah kepada teologi falsafah dan ilmu sains.

4. Saluran-saluran perniagaan dengan Barat sama ada secara langsung dengan Islam ataupun melalui wilayah-wilayah asing terkepung di dalam Empayar Rom Timur.

5. Dalam zaman pertengahan bahasa dipelajari secara bertutur dan bukunya daripada tatabahasa Yunani.

6. Kuasa Kristian Latin tidak mencapai kemajuan di dalam menduduki Wilayah Rom Timur. Di pihak lain pula Islam sedang berundur di Barat.

7. Bantuan daripada orang Yahudi diperolehi untuk bahasa Arab, tetapi jarang sekali untuk bahasa Yunani.

AKTIVITI

77 | C T U

264

BAB 3 :: Institusi Maklumat Islam

Bagi tujuan lebih mempermudahkan kefahaman serta memantapkan pengetahuan berkaitan bab ini, anda adalah digalakkan untuk:

a. Baca teks rujukan Sains Infromasi: Sahifah 3, tulisan Mohd Nor Mamat dan Siti Fatahiyah Mahamood (2006).

b. Perhatikan dalam budaya masyarakat hari ini, kenalpasti institusi ilmu yang berkonsepkan al kuttab, as suffah, al barid dan sebagainya.

c. Dalam kumpulan, bincang dan kemukakan sumbang saran untuk pembetulan atau penambahbaikan fungsi institusi maklumat semasa bagi mencapai kecemerlangan ilmu Islam.

SOALAN REVISI
a. Dengan mengandaikan Baytul Hikmah sebagai model, apakah peranan yang seharusnya dilaksanakan oleh institusi maklumat. (10m)

b. Bincangkan 5 objektif penubuhan sesebuah institusi maklumat menurut perspektif Islam. (10m)

c. Kemukakan 4 peranan yang seharusnya dilaksanakan oleh sesebuah institusi maklumat. (10m)

d. Jelaskan 4 jenis perpustakaan dalam sejarah Islam beserta perbezaannya. (10m)

78 | C T U

264

CTU 264 :: Pengurusan Maklumat Islam

Nota

79 | C T U

264

BAB 3 :: Institusi Maklumat Islam

80 | C T U

264

Similar Documents