Free Essay

Pertandingan Solekan Creative

In:

Submitted By sentuhansofea
Words 1414
Pages 6
1. TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan daripada pihak penganjur untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi melaksanakan Pertandingan Solekan Kreatif bertemakan “Persis Pari-Pari Flora & F dengan anggaran peruntukan sebanyak RM40,777.55 (Ringgit Malaysia: Empat Puluh Ribu Tujuh Ratus Tujuh Puluh Tujuh Ringgit dan Sen Lima Puluh Lima sahaja)

2. LATAR BELAKANG

1. GIATMARA merupakan sebuah institusi latihan kemahiran kelolaan MARA yang telah ditubuhkan sejak 1985. Sehingga kini 231 buah GIATMARA telah beroperasi di setiap kawasan Parlimen di seluruh Malaysia termasuk 27 buah GIATMARA di Sabah. Sebagai anak syarikat MARA, GIATMARA secara langsung atau tidak langsung turut memainkan peranan penting dalam melaksanakan pelabagi aktiviti yang dianjurkan oleh MARA khususnya termasuk juga program-program anjuran agensi-agensi kerajaan yang lain.

2. Sempena Program Astro Fiesta Mesra Nelia 1Malaysia, Pihak Pengurusan Pejabat MARA Daerah Tuaran telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pertandingan Solekan Kreatif.

3. Memandangkan Kursus Solekan & Terapi Kecantikan adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA dan GIATMARA juga pernah terlibat dengan program-program seumpama ini, maka Pihak Pejabat MARA Daerah Tuaran melalui perbincangan bersama pada 14 September 2012 di Pejabat GIATMARA Negeri Sabah, Likas Plaza, Kota Kinabalu telah melantik GIATMARA Sabah sebagai Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Solekan Kreatif sempena Program tersebut.

4. Solekan adalah salah satu seni yang mampu mentransformasikan wajah atau rias seseorang kepada yang lebih cantik atau buruk, juga dapat mengubah bentuk atau paras asal kepada bentuk atau paras yang lain. Kepakaran memilih dan menggabungkan pelbagai rona juga mampu menyerlahkan kejelitaan dan penampilan seseorang sehingga mampu memukau sesiapa sahaja yang memandang.

5. Seni Solekan kreatif pula merupakan satu teknik lakaran/palitan/lorekan pada mana-mana bahagian badan terutamanya pada wajah dengan menggunakan idea/imaginasi serta kepakaran jurusolek untuk menghasilkan sesuatu yang berlainan dari bentuk asal badan /wajah sesorang. Contoh: Solekan kesan Khas seperti luka, patah, solekan seram, solekan fantasi , Solekan animasi dan lain-lain.

6. Solekan kreatif kebiasaannya diaplikasikan bagi tujuan pementasan lakonan, teater, opera china dan juga acara-acara yang mempunyai tema-tema tertentu seperti fantasi, flora, fauna, futuristic, seram dan sebagainya.

3. OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada pengunjung-pengunjung atau jurusolek samada yang baru bermula atau yang sudah lama bertapak menguji sejauhmana kemampuan mereka dalam bidang ini.

2. Sebagai medium untuk mewujudkan rangkaian perniagaan di atara peserta dan juga pengunjung-pengunjung

3. Memberi pendedahan tentang kreativiti solekan dan pengalaman kepada peminat-peminat dalam bidang solekan

4. Dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang ini

4. PELAKSANAAN

1. Tarikh 1. Pertandingan akan dilaksanakan pada 7 Oktober 2012 (Ahad) mulai 9.00am hingga 11.00am

2. Jawatankuasa Pelaksana

1. Pelaksanaan program ini melibatkan anggota kerja GIATMARA Sabah dan juga pelatih-pelatih GIATMARA Gaya, Sepanggar dan Tuaran juga disokong oleh MARA Tuaran bagi memastikan kelancaran dalam setiap aktiviti yang dijalankan. (Sila Rujuk Lampiran 1)

3. Penyertaan 1. Terbuka kepada 10 penyertaan Sahaja (berpasangan) (Rujuk Lampiran 2- Syarat-syarat penyertaan terperinci) 2. Calon-calon berminat boleh memuat turun boring-borang penyertaan melalu Laman Web GIATMARA, MARA ataupun Facebook GIATMARA Gaya.

4. Kaedah Sebaran 1. Pamplet/Brochure/Flayers 2. Media- Astro 3. Internet- Face Book, Web GIATMARA, MARA & Agensi Terlibat

5. Atucara Program 1. Rujuk Lampiran 3

5. IMPLIKASI KEWANGAN

1. Anggaran peruntukan yang diperlukan bagi menampung kos pertandingan ini adalah sebanyak RM40,777.55. Maklumat terperici adalah seperti dilampiran 4

5. PENUTUP

Pertimbangan dan kelulusan tuan adalah sangat diharapkan bagi membiayai kos keperluan pertandingan ini dengan anggaran peruntukan sebanyak RM40,777.55 (Ringgit Malaysia: Empat Puluh Ribu Tujuh Ratus Tujuh Puluh Tujuh Ringgit dan Sen Lima Puluh Lima sahaja)

Disediakan : __________________________ YUSHASLINDA BINTI YASO Pengurus

Tarikh : __________________________

Disemak : __________________________ SAFLEE BIN AG. DAMIT Pengurus Besar GIATMARA Negeri Sabah

Tarikh : __________________________

Pengesahan Bajet : __________________________

Tarikh : __________________________

Disokong : __________________________

Tarikh : __________________________

|DILULUSKAN |TIDAK DILULUSKAN |

(RINGGIT MALAYSIA:

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………)

_______________________________________

Tarikh: _________________

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PERTANDINGAN SOLEKAN KREATIF

|Jawatan |Nama |Agensi |No. Telefon |
|Penasihat |Ahmad Sufian |MARA | |
| |Saflee Bin Ag. Damit |GIATMARA Negeri Sabah | |
|Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pengelola | |GIATMARA | |
| | | | |
|Timbalan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pengelola |1. |GIATMARA | |
| |2. |GIATMARA | |
|Setiausaha |1. |GIATMARA | |
| |2. |GIATMARA | |
|Bendahari |1. |GIATMARA | |
| |2. |GIATMARA | |
|Biro Protokol |1. | | |
| |2. | | |
|Biro Hadiah & Cenderahati & Sijil |1. | | |
| |2. | | |
|Biro Makanan / Minuman |1. | | |
| |2. | | |
|Biro Pengangkutan & Logistik |1. | | |
| |2. | | |
|Biro Publisiti/Media/Fotografi |1. | | |
| |2. | | |
|Biro Tugas-tugas khas/lain-lain |1. | | |
| |2. | | |

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SOLEKAN KREATIF
1. Penganjur Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Belia & Sukan dengan kerjasama dari Astro Fiesta sempena Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia, Tuaran, Sabah

2. Syarat-Syarat a. Terbuka kepada semua yang berminat b. Yuran penyertaan adalah RM100/seorang c. Terbuka kepada 10 orang peserta lelaki atau perempuan secara berpasangan ( Jumlah peserta adalah 20 orang). Model untuk tatatrias wajah hendaklah perempuan d. Masa diberikan adalah selama 1jam e. Tema Pertandingan adalah “Persis pari-pari (Flora & Fauna)”- Peserta dikehendaki menerapkan kedua-dua elemen ini dalam setiap solekan yang dilakukan f. Peserta dikehendaki menggunakan bahan/kit solekan yang disediakan oleh pihak penganjur sahaja. g. Sebarang hiasan /aksesori tambahan lain hendaklah dibawa sendiri oleh peserta h. Permarkahan dibuat berdasarkan kepada kehalusan dan kerapian, hasil solekan, gabungan warna, kesesuaian tema dan persembahan terakhir. Keputusan Juri Adalah muktamad

3. PEMARKAHAN Kriteria pemarkahan berdasarkan kepada: a. Make-up - 30 markah b. Rambut/ Tudung & Aksesori - 20 markah c. Busana - 20 markah d. Kreativiti - 10 markah e. Kekemasan - 10 markah f. Keterampilan - 10 markah

4. HADIAH Hadiah-hadiah akan diberi kepada: a. Jurusolek

i. Johan - RM 1000.00 + Sijil + Jambangan Bunga ii. Naib Johan - RM800.00 + Sijil + Jambangan Bunga iii. Ketiga - RM500.00 + Sijil + Jambangan Bunga

b. Model i. Johan - RM 500.00 ii. + Sijil + Jambangan Bunga iii. Naib Johan - RM 300.00 + Sijil + Jambangan Bunga iv. Ketiga - RM 200.00 + Sijil + Jambangan Bunga

c. Penyertaan - Sijil & Jambangan Bunga

ATUCARA PERTANDINGAN SOLEKAN KREATIF

Tempat : Dewan Pekan Tamparuli XXXXXXXXXXXX Xxxxxxxxxxxxxxx

Tarikh : 07 Oktober 2012

8.00 pagi : Ketibaan peserta
8.15 pagi : Ketibaan Para Juri dan Tetamu Kehormat
8.30 pagi : Taklimat Pertandingan kepada peserta Pembahagian Kit Solekan
9.00 pagi : Pertandingan bermula

10.00 pagi : Peragaan dari peserta
10.30 pagi : Keputusan pertandingan diumumkan dan penyampaian hadiah kepada peserta dan cenderahati kepada tetamu kehormat
11.00 pagi : Jamuan Ringan/ Majlis Bersurai

ANGGARAN PERUNTUKAN

|BIL. |PERKARA |BUTIRAN |JUMLAH |
|1. |MAKAN/MINUM | | | |
| |VVIP & Juri | | | |
| |Kuih Muih |RM0.40 x 2 jenis x 15 orang |RM |12.00 |
| |Nescaffe |RM1.50 x 15 orang |RM |22.50 |
| | | |RM | |
| |Peserta | | | |
| |Kuih –muih |RM0.40 x 2 jenis x 20 orang |RM |16.00 |
| |Air Kotak |RM1.50 x 20 orang |RM |30.00 |
| | | | | |
| |Urusetia/Biro - sepanjang program | | | |
| |Pakej – Sarapan, Makan Tengahari |RM 25.00 x 25 orang x 3hari |RM |1,875.00 |
| |Dan Makan Malam | | | |
| | | | | |
| |Mineral Water- Sepanjang Program |RM24.00 x 25 Kotak |RM |600.00 |
| | | | | |
| | |JUMLAH KECIL |RM |2,555.50 |
|2. |HADIAH & CENDERAHATI | | | |
| |Wang Tunai | | | |
| |Hakim/Juri |RM500.00 x 3 ORANG |RM |1,500.00 |
| |Jurusolek | | | |
| |Johan – Wang Tunai RM1000.00 |RM1000.00 x 1orang |RM |1000.00 |
| |Naib Johan- Wang Tunai RM800.00 |RM800.00 x 1 Orang |RM |800.00 |
| |Ketiga- Wang Tunai RM500.00 |RM500.00 x 1 Orang |RM |500.00 |
| |Model | | | |
| |Johan – Wang Tunai RM500.00 |RM 500.00 x 1 Orang |RM |500.00 |
| |Naib Johan – Wang Tunai RM300.00 |RM 300.00 x 1 Orang |RM |300.00 |
| |Ketiga – Wang Tunai RM200.00 |RM 200.00 x 1 Orang |RM |200.00 |
| | |JUMLAH KECIL |RM |8,600.00 |
| |Cenderahati | | | |
| |VVIP & Hakim/Juri –Plak |RM 100.00 x 6 orang | |600.00 |
| |Peserta - Bunga |RM100.00 x 20 orang | |2000.00 |
| | |JUMLAH KECIL | |2,600.00 |
|3. |PUBLISITI/IKLAN | | | |
| |Cetakan Flyers | |RM | |
| |Cetakan Phamplet/Brochure | |RM | |
| |Cetakan Backdrop | |RM | |
| |Cetakan Banner | | | |
| |Cetakan Borang |RM 2.50 X 50 UNIT |RM |125.00 |
| |Cetakan Tag | | | |
| |Urusetia/Biro | | | |
| |Peserta |RM2.00 x 25 orang |RM |50.00 |
| | |RM25.00 x 20orang |RM |40.00 |
| | |JUMLAH KECIL |RM |215.00 |
|4. |SIJIL | | | |
| |Peserta |RM5.00 x 30 Keping |RM |600.00 |
| |Urusetia/Biro |RM5.00 x 25 keping |RM |2,000.00 |
| | |JUMLAH KECIL |RM |2,600.00 |
|5. |BAHAN & PERALATAN | | | |
| |Bahan pertandingan (krayolan/pixy | | | |
| |) |RM1,500.00 x 10 set (Pakej all in one) |RM |15,000.00 |
| |Bedak Padat (3 Color) | | | |
| |Bedak Serbuk (3 Color) | | | |
| |Faundation | | | |
| |Supra/Cat | | | |
| |Eye Shadow Palete | | | |
| |Blusher | | | |
| |Serbuk manik |JUMLAH KECIL | | |
| | | |RM |15,000.00 |
|6. |LOGISTIK | | | |
| |Penginapan |RM150.00 x 10 bilik x 3mlm |RM |4,500.00 |
| |Pengankutan Lump- sum |RM1000.00 |RM |1,000.00 |
| | |JUMLAH KECIL |RM |5,500.00 |
|7. |JUMLAH PERBELANJAAN | |RM |37,070.50 |
|8. |KONTIJENSI |10% DARI KOS PERBELANJAAN | |3707.05 |
|JUMLAH KOS KESELURUHAN |RM |40,777.55 |

-----------------------
LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

LAMPIRAN 3

LAMPIRAN 4

-----------------------
1 / 2

Similar Documents