Free Essay

Plkn

In:

Submitted By fairuz1993
Words 1996
Pages 8
MODUL FIZIKAL
Modul Fizikal adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan. Secara khususnya, latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan di kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan, disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan, kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam kumpulan. Di samping itu, peserta akan dilatih oleh para jurulatih untuk mempelajari melalui pengalaman dalam aktiviti-aktiviti seperti kawad, kraf hutan, pertolongan cemas, membaca peta, kompas, latihan pandu arah, menyeberangi sungai, merempuh halangan, aktiviti menggunakan tali (litar tali tinggi dan rendah), merentas desa, seni mempertahankan diri, aktiviti air, kembara hutan dan lain-lain. Modul ini dilaksanakan selama empat minggu di dalam dan di persekitaran tapak perkhemahan.

Modul fizikal banyak menguji ketahanan fizikal para pelatih dan mengajar mereka untuk memastikan kelangsungan hidup(survive) dalam apa jua keadaan. Aktiviti seperti kembara hutan banyak memberi pengetahuan baru kepada mereka mengenai alam sekitar. Dalam akitiviti ini mereka akan bergerak secara berkumpulan ke dalam hutan yang berdekatan dengan kawasan kem dan menggunakan kompas untutk memandu arah. Mereka akan berkerjasama diantara satu sama lain untuk memastikan setiap ahli pasukan mereka akan selamat sampai di kawasan kem pada masa yang ditetapkan.

Aktiviti lasak seperti flying fox , abselling, litar tali tinggi dan rendah adalah antara aktiviti yang para pelatih nantikan. Walaupun aktiviti sebegini banyak mencabar mental dan fizikal mereka, namun ianya sangat berfaedah dalam mengatasi fobia para pelatih terhadap ketinggian.

MODUL KHIDMAT KOMUNITI
Kehidupan ini tidak akan memberikan sebarang makna sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan untuk mencuba sesuatu.” Kesukarelaan dan jatidiri yang kukuh dan padu perlu dijanakan dalam diri setiap individu untuk menyuburkan kekuatan serta keyakinan diri. Dengan itu, sebagai langkah merealisasikan aspirasi tersebut, Program Latihan Khidmat Negara telah dilaksanakan dengan memperkenalkan beberapa modul tertentu kepada para pelatih yang berumur 18 tahun. Salah satu modul yang terdapat dalam pelaksanaan Program latihan Khidmat Negara ialah Modul Khidmat Komuniti . Modul khidmat komuniti mempunyai lima komponen utama iaitu kemudahan awam, kejiranan, khidmat sosial, alam sekitar dan penempatan di Jabatan. Ini bermakna, sepanjang program berjalan, para pelatih akan melalui kelima-lima komponen tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan .

Aktiviti
Bagi melaksanakan aktiviti secara kolektif dan menyeluruh, aktiviti sepanjang siri dibahagikan kepada 5 pecahan komponen supaya wira dan wirawati mampu memahami aspirasi khidmat komuniti di antaranya ialah:

Kejiranan – Antara projek utama yang dijalankan ialah mengecat dewan orang ramai, pembahagi jalan, menceriakan taman, lawatan ke rumah-rumah jiran di kawasan kampong, melakukan program anak angkat dan pelbagai lagi.
Kemudahan awam – para pelatih turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti di lokasi-lokasi terpilih. Antaranya ialah pembaikpulihan perhentian bas, pembaikpulihan dewan masyarakat, memberi kesedaran kepada para pelatih dan masyarakat tempatan mengenai kepentingan kemudahan awam melalui ceramah ringkas, gotong-royong di rumah-rumah ibadat seperti masjid, kawasan kubur dan sebagainya.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam komponen ini adalah mendengar taklimat daripada institusi-institusi yang dilawat seperti Bengkel Orang Kurang Upaya, PENGASIH, hospital, klinik-klinik desa dan pelbagai lagi.
Aktiviti yang paling banyak dilakukan ialah gotong-royong seperti membersihkan, mengindahkan dan menceriakan kawasan sekitar.

OBJEKTIF PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

Program Khidmat Negara akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut:

* Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda. * Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional. * Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. * Menyemarakkan semangat kesukarelaan. * Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.

PERLAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

Dalam melaksanakan Program Khidmat Negara ini, beberapa aspek penting telah diambil kira iaitu seperti:

* Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama. * Pelaksanaan telah dimulakan pada tahun 2004. * Kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan-kemudahan asrama seperti yang terdapat di kem-kem PLKN seluruh negara. * Implikasi kewangan. * Menghadkan kesan ke atas sistem pembelajaran yang sedang berjalan. * Guna tenaga dari segi kepakaran dan pengalaman.

LAGU PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
GENERASI BERJASA (Versi Bagi Tahun 2004)
Kami Anak Anak Malaysia
Pelbagai Bangsa Pelbagai Budaya
Kami Sehati Sejiwa, Berganding Tangan
Demi Negara
Malaysia Negaraku Yang Indah
Aman Sentosa, Negara Maju Jaya
Kami Sedia Menyumbang Tenaga
Demi Kedamaian, Negara Tercinta
Minda Tinggi, Teknologi Terkini
Anjakkan Jati Diri, Tak Tersisih
Kami Sahut Cabaran Dunia
Warga Remaja Generasi Berjasa
Minda Tinggi, Teknologi Terkini
Anjakkan Jati Diri, Tak Tersisih
Kami Sahut Cabaran Dunia
Warga Remaja Generasi Berjasa
Kami Anak Anak Malaysia
Bersepadu Menghadapi Segala
Kami Sehati Sejiwa… (Sejiwa…)
Berkhidmat Demi Negara… (Tercinta…)
Kami Generasi… (Berjasa…)
Kami Generasi... Berjaya…

WIRA WIRAWATI (Versi Bagi Tahun 2005)
Wira Wirawati Harapan Bangsa
Tiba Masa Kita Berjasa
Kita Sahut Cabaran
Bergerak Seiringan
Demi Mencapai Wawasan
Kenali Rakan Pelbagai Budaya
Selami Warisan Kita Yang Kaya
Bersama Bergandingan
Tiada Perbezaan
Kita Warga Malaysia
Berkhidmat Untuk Negara
Berbakti Penuh Setia
Satu Hasrat Satu Semangat
Satu Tekad Bersama
Kami Wira Wirawati Negara
Kini Masa Kami Berjaya
Kami Sahut Cabaran
Bergerak Seiringan
Kami Pasti Mencapai Wawasan
Kita Sahut Cabaran
Bersama Bergandingan
Berkhidmat Untuk Negara

LATAR BELAKANG PLKN
Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 30 Oktober 2002 telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan untuk mengkaji perkara-perkara berkaitan perundangan, kurikulum, kemudahan-kemudahan dan peruntukan kewangan yang diperlukan bagi perlaksanaan Program Latihan Khidmat Negara.

Kumpulan sasaran yang telah dikenalpasti untuk menyertai program ini adalah terdiri daripada remaja yang lahir pada tahun 1986 atau lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berumur 18 tahun pada tahun 2004.

Adalah dianggarkan terdapat seramai 450,000 orang golongan remaja dalam lingkungan usia ini untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Walau bagaimanapun, oleh kerana kemudahan-kemudahan infrastruktur yang diperlukan tidak mencukupi, maka buat permulaan dianggarkan hanya seramai 84,000 orang peserta sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.

SENARAI PUSAT LATIHAN/KEM PLKN

Negeri | Daerah | Nama Kem | Status | Johor | Mersing | Kem PLKN Pusat Bina Semangat YPJ | Beroperasi | Johor | Muar | Kem PLKN Nasuha Ladang Rempah Ratus Herba | Beroperasi | Johor | Kota Tinggi | Kem PLKN Desaru Gerakhas | Beroperasi | Johor | Kluang | Kem PLKN PTH Kluang | Beroperasi | Johor | Batu Pahat | Kem PLKN Sembrong | Beroperasi | Johor | Batu Pahat | Kem PLKN Sembrong | Beroperasi | Johor | Mersing | Kem PLKN Teluk Sari | Beroperasi | Johor | Segamat | Kem PLKN Seri Ledang | Beroperasi | Melaka | Masjid Tanah | Kem PLKN Warisan | Beroperasi | Melaka | Ayer Keroh | Kem PLKN Hutan Rekreasi Ayer Keroh | Beroperasi | Melaka | Jasin | Kem PLKN Lagenda Gunung Ledang Asahan | Beroperasi | Melaka | Alor Gajah | Kem PLKN Putra-Putri | Beroperasi | Negeri Sembilan | Bandar Seri Jempol | Kem PLKN De Bana | Beroperasi | Negeri Sembilan | Rembau | Kem PLKN Ulu Pari | Beroperasi | Negeri Sembilan | Port Dickson | Kem PLKN PDS Resort | Beroperasi | Negeri Sembilan | Rembau | Kem PLKN Titian Bintangor | Ditangguh sementara[2] | Negeri Sembilan | Kuala Pilah | Kem PLKN Karisma | Beroperasi | Negeri Sembilan | Seremban | Kem PLKN Sri Perkasa | Beroperasi | Negeri Sembilan | Port Dickson | Kem PLKN Rachado Bay | Tidak beroperasi[3] | Selangor | Kuala Kubu Baru | Kem PLKN Kuala Kubu Baru | Tidak beroperasi[4] | Selangor | Beranang | Kem PLKN Millennium | Beroperasi | Selangor | Kuala Langat | Kem PLKN Paya Indah | Beroperasi | Selangor | Rawang | Kem PLKN Temasya | Beroperasi | Selangor | Ulu Semenyih | Kem PLKN Setia Ikhlas | Beroperasi | Selangor | Kuala Kubu Baru | Kem PLKN Geo Kosmo | Beroperasi | Selangor | Sepang | Kem PLKN Princess Haliza | Beroperasi | Selangor | Hulu Selangor | Kem PLKN Pelangi Hill Resort | Beroperasi | Selangor | Kuala Langat | Kem PLKN Jugra Banting | Beroperasi | Pahang | Raub | Kem PLKN Benum Hill | Beroperasi | Pahang | Bandar Muadzam Shah | Kem PLKN Pinggiran Pelangi | Beroperasi | Pahang | Kuala Rompin | Kem PLKN Summer Set Resort | Tidak beroperasi[5] | Pahang | Chini | Kem PLKN Tasik Chini | Beroperasi | Pahang | Kuantan | Kem PLKN Gambang | Beroperasi | Pahang | Cherating | Kem PLKN Cahaya Gemilang | Beroperasi | Pahang | Pekan | Kem PLKN Tanjung Semarak | Beroperasi | Pahang | Bandar Pusat Jengka | Kem PLKN Indra Pahlawan | Beroperasi | Pahang | Kuantan | Kem PLKN Kg Hijrah | Beroperasi | Pahang | Temerloh | Kem PLKN Arena Resort | Beroperasi | Terengganu | Setiu | Kem PLKN Merang Suria | Beroperasi | Terengganu | Kemaman | Kem PLKN Cheneh Cemerlang | Beroperasi | Terengganu | Setiu | Kem PLKN Peladang Setiu | Tidak beroperasi[6] | Terengganu | Setiu | Kem PLKN Padang Kacong | Beroperasi | Kelantan | Gua Musang | Kem PLKN Latihan Etnobotani Gua Musang | Beroperasi | Kelantan | Pasir Mas | Kem PLKN Cancun Park, Mukim Bukit Tuku | Beroperasi | Kelantan | Kuala Krai | Kem PLKN Batu Jong | Beroperasi | Perlis | Kaki Bukit | Kem PLKN Tasik Meranti | Beroperasi | Perlis | Kaki Bukit | Kem PLKN Tasoh | Beroperasi | Perlis | Padang Besar | Kem PLKN Guar Chenderai | Beroperasi |

INFRASTRUKTUR KEM
Sebuah kem PLKN yang lengkap akan mengandungi pelbagai kemudahan untuk kegunaan para pelatih, jurulatih dan staf pengurusan.
BANGUNAN KEDIAMAN * Pejabat pentadbiran * Bangunan bilik mandi dan tandas * Banguna bilik rehat

BANGUNAN PENTADBIRAN * Pejabat pentadbiran * Bangunan stor logistic * Bangunan rawatan kecemasan * Balai pengawal

Bangunan umum * Kompleks sajian * Bangunan surau * Bangunan tandas pelawat * Tempat perjumpaan keluarga Kemudahan latihan * Bangunan bilik kuliah * Bangunan rumah bot * Padang kawad * Jungle tracking, membaca peta dan perkhemahan * Kawasan sukan kreativiti * Elemen tali rendah * Elemen tali tinggi * Sirkit merempuh halangan * Kolam latihan air * Kemudahan sukan

Kemudahan lain * Pagar keselamatan * Papan tanda * Tempat meletak kereta

LATAR BELAKANG PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ataupun National Service (NS) dilaksanakan pada 16 Februari 2004. Pada 24 Oktober 2002, pelbagai golongan masyarakat (termasuk orang individu, pelajar, tokoh, pesara, ahli korporat, ahli akademik, Polis di Raja Malaysia, Angkatan tentera Malaysia, badan berkanun, ketua jabatan kerajaan, pegawai kanan kerajaan, ahli dewan negara, ahli dewan rakyat (dari kerajaan dan pembangkang), setiausaha parlimen, timbalan menteri, menteri dan menteri besar) telah sebulat suara dalam menyatakan hasrat untuk mengadakan ‘Kerahan Tenaga’ ataupun yang lebih dikenali sebagai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Antara alasan-alasan yang telah dibentangkan kepada cetusan idea ini adalah : * Sebagai penyediaan golongan muda bagi menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara * menanam semangat kesukarelaan * menyatupadukan golongan muda dari pelbagai kaum * Maka, pihak kerajaan telah menjalankan beberapa kajian dengan mendapatkan maklumbalas daripada beberapa pihak mengenai pelaksanaan program ini. Di antaranya ialah: * para ibubapa dan pelajar yang ditemui dari pelbagai kaum memberi pendapat yang berbeza-beza dari segi tempoh perjalanan program ini, tetapi kesemuanya bersepakat di dalam pernyataan objektif utama program iaitu patriotisme, perpaduan dan disiplin * pandangan dari badan-badan bukan kerajaan (NGO), parti politik * mengkaji pelaksanaan program-program ini di negara-negara lain * menukarkan istilah ‘kerahan tenaga’ kepada ‘khidmat negara’

LOGO PLKN

Maksud logo PLKN ialah: * api yang sedang membara melambangkan semangat patriotisme. * Bentuk api dihasilkan dengan jalur merah melambangkan 3 suku kaum utama di Malaysia bersatu padu mempertahankan negara. * Bentuk bulat berwarna biru menandakan perpaduan yang erat antara yang terjalin antara kaum. * Bentuk bulan dan bintang pula melambangkan kedaulatan negara yang harus dipertahankan oleh semua pihak. * Perkataan KHIDMAT NEGARA dibentuk mencakupi bentuk api tadi bagi melambangkan misi dan visi yang akan dilaksanakan.

ANTARA MASALAH YANG TIMBUL SEPANJANG PLKN DIJALANKAN

Antara masalah yang sangat ketara ialah peserta kursus ini dipilih secara rawak tanpa perbincangan dengan pihak sekolah / pihak berkuasa tempatan (penghulu). Ini menimbulkan kritikan kerana timbulnya beberapa kes di mana mereka yang berada dalam kategori orang kelainan upaya (OKU) turut dipanggil bagi melapor diri bagi kursus Program Latihan Khidmat Negara. Terdapat juga beberapa kes di mana peserta program dipilih dari kalangan ibu muda serta remaja miskin yang terpaksa bekerja untuk menyara hidup, sebagaimana nasib yang ditimpa oleh seorang remaja miskin, Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Perlis. Tindakan kerajaan memilih bakal pelatih tanpa mengetahui latar belakang mereka disifatkan sesetengah pihak sebagai tidak berperikemanusiaan. Selain itu beberapa pihak telah menimbulkan isu kemungkinannya berlaku masaalah keselamatan seperti kemungkinan berlakunya kes yang sangat berkemungkinan iaitu rogol atau buli, atau salah laku seksual pada anak mereka.
Bagaimanapun, pihak berkuasa menegaskan bahawa semua perkara tersebut telah diambil kira dan menjamin tidak akan berlaku. Selain itu, mereka yang tidak dapat hadir diminta menulis surat bagi mendapatkan penangguhan atau pengecualian daripada menghadiri Program Latihan Khidmat Negara.
Rentetan pengingkaran hadir ke PLKN, pihak berkuasa telah mengambil tindakan tegas bagi mempenjarakan mereka yang tidak hadir. Tindakan itu menerima kritikan hebat oleh beberapa pihak yang melihat hukuman yang dikenakan tidak berpadanan dengan kesalahan.
Ini kerana mereka yang dihukum penjara pastinya ditempatkan kedalam penjara bersama-sama penjenayah berat lain. Selain itu masa depan mereka juga akan hancur akibat rekod penjara mereka, dan mereka yang kurang mampu berkemungkinannya akan menerima hukuman berat akibat tidak mempunyai wang bagi mendapatkan peguam bagi membela diri. Ini adalah nasib yang di tempoh oleh AHMAD HAFIZAL AHMAD FAUZI , peserta PLKN yang pertama dipenjarakan akibat kesalahan tidak hadir bagi Program Latihan Khidmat Negara.

ISU-ISU YANG BERBANGKIT DI KEM-KEM PLKN

Similar Documents

Free Essay

Keharmonian Dan Kesejahteraan Negara

...LANGKAH-LANGKAH KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN NEGARA Negara Malaysia telah menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-56 tahun dan ini melambangkan bahawa Malaysia sudah pastinya mempunyai perkembangan daripada pelbagai aspek, termasuk pembangunan negara serta pembangunan masyarakatnya. Melalui pemantapan dan gabungan dua aspek utama, iaitu negara dan masyarakat dalam keadaan harmoni, ia sememangnya mempengaruhi akan kemajuan dan arus pemodenan sesebuah negara (Wan Othman Wan Halim, 1992). Namun, teras utama dalam mencapai status negara-bangsa yang berjaya, kesejahteraan, dan keharmonian kaum merupakan aspek yang amat penting. kesejahteraan dan keharmonian antara kaum kunci kejayaan negara didalam mengharungi pelbagai rintangan selama ini, Hasilnya Malaysia mampu berdiri teguh sehingga dikagumi dunia luar. Harus di fahami usaha membangunkan negara dan pada masa yang sama mewujudkan keamanan bukan perkara yang mudah untuk dilaksanakan, lebih lebih lagi dalam sebuah negara yang berbilang etnik dan agama. Namun kita bersyukur sejak sekian lama masyarakat berbilang kaum dapat hidup bersama dengan rukun dan damai. Apa yang menyedihkan kebelakangan ini ada ada sahaja berita yang cuba menggugat keharmonian dan kesejahteraan negara. Antara langkah yang dilakukan oleh negara kita untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan ialah dengan menggalakkan semangat perpaduan kaum dalam kalangan rakyat. Kesedaran untuk mewujudkan perpaduan kaum di negara berbilang kaum seperti di Malaysia...

Words: 1316 - Pages: 6

Free Essay

Tyjy

...| | |RESUME | | | | | |SYED YUSUF AL-EDRUS BIN WAN MUSTAPHA | |No: 36 Lot 232 Jalan Haji Mataim Barat, | |93400 Kuching, Sarawak, Malaysia. | | | |Telephone no.: +6014-6917300 | |E-mail Address: syedyusuf93@hotmail.com ...

Words: 626 - Pages: 3

Premium Essay

Sejarah Paper 3

...Tajuk 9.2 – Dasar British Terhadap Ekonomi Negara Dan Kesannya ( Merujuk Tema 9 Huraian Sukatan Pelajaran Dan Buku Teks Sejarah Tingkatan 4, Bab 10 ) Soalan : Keadaan ekonomi semasa penjajahan British telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap ekonomi negara kita. Bincangkan. Peringatan : Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah. Format | Aspek | Perincian | Markah Penuh | Pengenalan | Memahami kehendak tugasan soalan | 1. Pengenalan Jelaskan maksud ekonomi tradisional dan ekonomi dagangan | 5 markah | IsiDanHuraian | Memahami ciri-ciri ekonomi tradisional danekonomi dagangan | 2. Ciri-ciri ekonomi tradisional dan ekonomi dagangan; Terangkan ciri-ciri ekonomi Tanah Melayu semasa pemerintahan British * Ekonomi tradisional ( 10 m ) * Ekonomi dagangan ( 20 m ) | 30 markah | | Menganalisis sebab dan kejayaan British memperkenalkan ekonomi dagangan | 3. Usaha-usaha British memperkenalkan ekonomi dagangan. Terangkan usaha-usaha British memperkenalkan ekonomi dagangan | 15 markah | | Mengaplikasi matlamat Malaysia sebagai tumpuan kegiatan ekonomi antarabangsa | 4. Langkah ke arah matlamat Malaysia sebagai tumpuan kegiatan ekonomi antarabangsa. Cadangkan langkah-langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai tarikan pelabur asing | 15 markah | | Menilai kejayaan Malaysia dalam bidang ekonomi di peringkat global | 5. Kejayaan Malaysia dalam ekonomi di peringkat global. Berdasarkan pengetahuan...

Words: 1200 - Pages: 5

Free Essay

Etnik

...1.0 PENGENALAN Sejarah dan asal-usul sesuatu etnik telah membuktikan bahawa segregasi etnik ini sudah berlangsung sejak sekian lama tanpa kehadiran pihak penjajah Barat. Pola segregasi ini tetap terjadi kerana atas alasan faktor amalan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan faktor agama. Ini dapat dilihat daripada pola taburan suku kaum masyarakat di Malaysia khususnya yang hidup secara berkelompok berdasarkan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan kepercayaan yang sama di sesuatu tempat. Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan itu berlaku itu berlaku dalam beberapa keadaan seperti keadaan tempat tinggal , jenis pekerjaan, sistem persekolahan, dan penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing- masing. Sebelum merdeka, Malaysia telah pun melalui keadaan ini selari dengan dasar pecah dan perintah British sebagai kuasa penjajah. Dasar berkenaan mewujudkan segregasi dalam kalangan pelbagai etnik yang dapat mengukuhkan kedudukan kuasa politik dan ekonomi British. Seterusnya British dapat bertapak dan menjajah selama 170 tahun di negara ini. Perubahan pembangunan yang pesat di Malaysia telah mengubah sedikit senario pola taburan etnik. Dasar kerajaan yang sangat progresif ke arah meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup yang lebih baik kepada rakyat, telah membantu mempercepat mengurangkan segregasi mengikut etnik secara nyata terutamanya di kawasan-kawasan bandar...

Words: 2332 - Pages: 10

Premium Essay

Script Bpcom

...MEETING SCRIPTS The Executive Meeting’s Script for The Safari Laundry Sdn. Bhd. Chair : Izzah Nur Fatimah binti Md. Derham - (Managing Director) HRM : Siti Nur Farahin binti Ramli - (Human Resources Manager) OM : Atirah Amalina binti Anuar - (Operation Manager) MM : Nurul Asyikin binti Mokhtar - (Marketing Manager) FM1 : Aini Zulaikha binti Abdul Jamai - (Financial Manager 1) (Secretary) FM2 : Noratikah Nadzirah binti Mohd Jamal - (Financial Manager 2) Chair: Assalamualaikum and very good afternoon everyone. My name is Izzah Nur Fatimah, the Chairman of Safari Laundry. First of all, thank you for attending today executive meeting. Welcome to our executive meeting. Before we start, is anyone apologise for today’s meeting? FM1: All of the heads of department are present today except Nizam bin Ali and Laili binti Musa who are absent due to on leave. Chair: Thank you Miss Aini. Now, I would like to appoint a secretary. Can anyone volunteer? Miss Aini Zulaikha, perhaps you can be the one? FM1: Sure (smile). Good afternoon, everyone. I will be the secretary for today’s meeting. Chair: The time is now (…….). The secretary has advised me that a quorum being present, and as such, I formally call the meeting to order. FM1: Dear everyone, please kindly switch off your mobile phone or put it into silent mode before we start our meeting. Chair: Thank you Miss Aini for reminding us. Actually, the purpose of our today’s meeting is to suggest the ideas and solutions to solve...

Words: 3670 - Pages: 15

Free Essay

Kajian Dadah

...| | | | | | | | | | | | AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI Laporan Dadah November 2012 KANDUNGAN MUKA SURAT STATISTIK PENAGIH DADAH ………………………………….…………..2 - 5 PROFIL PENAGIH……………………………………………………………..6 - 20 | |• Etnik | | | | | | | | |• Jantina | | | | | | | | |• Umur | | | | | | | | |• Pekerjaan | | | | | | | | |• Tahap Pendidikan | | | ...

Words: 6479 - Pages: 26