Free Essay

Road Accidents

In:

Submitted By Thesi
Words 2919
Pages 12
Pendahuluan
Dalam laporan akhbar harian, saban hari kita sering didedahkan dan disajikan dengan berita kemalangan jalan raya yang menyayatkan hati sama ada di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Walaupun OPS Sikap XIII sempena Aidilfitri baru-baru ini berjaya mengurangkan kes kemalangan maut daripada 213 kes kepada 203 kes, namun statistik masih menunjukkan bahawa kemalangan keseluruhan pada tahun ini meningkat sebanyak lima peratus berbanding tahun lalu. Statistik juga menunjukkan satu per empat kemalangan yang terjadi di Malaysia ialah kemalangan yang melibatkan kenderaan berat dengan lori menyumbang 18.1 % dan bas menyumbang 2.3 % daripada keseluruhan jumlah kemalangan di Malaysia. Berikut adalah statistik kemalangan jalan raya bagi tahun 2003 hingga 2007. Tahun | 2003 | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | Jumlah Kemalangan | 50,864 | 47,080 | 39,716 | 29,258 | 27,645 | Injuri | | | | | | Kemalangan | 37,415 | 33,413 | 25,928 | 15,596 | 13,979 | Ringan | | | | | | Kemalangan | 7,163 | 7,444 | 7,600 | 7,375 | 7,384 | Parah | | | | | | Jumlah | 8,286 | 6,223 | 6,188 | 6,287 | 6,282 | Kematian | | | | | |

Mengikut statistik Ops Sikap Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada tahun 2007 sehingga tahun 2011 pula, jumlah kemalangan meningkat secara mendadak daripada jumlah 14,930 sehingga 17,288 pada musim perayaan. Perangkaan nahas jalan raya pada tahun lepas pula menunjukkan sebanyak 3,693 penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia dengan jumlah kes kematian paling tinggi berlaku di jalan-jalan Persekutuan, iaitu sebanyak 1,316 kes.

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh banyak pihak untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, namun usaha-usaha itu bagaikan sia-sia sahaja. Kita akan membincangkan punca-punca dan kesan-kesan kemalangan jalan raya serta langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

Punca-Punca Terdapat banyak punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya. Walau apa pun puncanya, punca utama yang tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak berlakunya kemalangan jalan raya ialah disebabkan sikap pengguna jalan raya yang cuai, lalai dan tidak bertanggungjawab itu sendiri.
Ramai pemandu tidak mematuhi had laju terutamanya ketika memandu di lebuh raya sehingga menyebabkan mereka gagal mengawal kenderaan apabila cuba membelok ke kanan atau ke kiri di selekoh-selekoh jalan. Selain itu, pemandu-pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk atau mabuk juga mengundang kepada kemalangan jalan raya. Ini kerana, pemandu yang memandu kenderaan ketika mengantuk atau mabuk akan hilang konsentrasi semasa memandu dan secara tidak langsung menyebabkan kenderaan dikawal secara ‘auto-pilot’ yang akhirnya membawa kepada kemalangan jalan raya. Selain itu, sikap sesetengah pemandu yang leka berbual-bual dengan teman sebelah serta mengggunakan telefon bimbit ketika memandu turut menyebabkan kemalangan. Punca ini diperkuatkan lagi apabila statistik menunjukkan bahawa 94 % pengguna jalan raya terlibat dalam kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap acuh tak acuh serta tidak mengamalkan sikap bertanggungjawab ketika berada di jalan raya
Antara sikap pemandu yang cuai adalah tidak mematuhi had laju, memandu terlalu laju atau terlalu perlahan, tidak mematuhi lampu isyarat, tidak menyalakan lampu atau lampu isyarat, tidak memahami jalan raya, tidak mematuhi peraturan jalan raya dan bergurau senda dan tidak serius di jalan raya.
Punca kedua yang menyumbangkan kepada kemalangan jalan raya adalah keadaan jalan raya. Sebagai contoh,di Lebuhraya Timur Barat,struktur jalan dikatakan kurang berkualiti kerana terdapat banyak kawasan jalan yang beralun dan banyak kemalangan maut direkodkan di kawasan itu.
Struktur jalan yang berlekak-lekuk, berlubang-lubang, rosak serta mempunyai permukaan yang tidak rata menyebabkan tayar kenderaan pengguna jalan raya tidak dapat mencengkam permukaan jalan raya. Seterusnya, kenderaan mereka mungkin akan terbabas dan sukar untuk dikawal. Kenderaan mereka mungkin akan berlanggar dengan kenderaan lain atau melanggar pembahagi jalan dan perkara ini akan menyebabkan kemalangan berlaku.
Selain itu, infrastruktur jalan yang gagal berfungsi seperti ketiadaan lampu jalan di sepanjang jalan raya menyebabkan keadaan sekeliling menjadi gelap dan membataskan penglihatan pengguna jalan raya terhadap sebarang objek di hadapan terutamanya bagi mereka yang memandu pada waktu malam memulakan perjalanan mereka pada waktu malam khususnya pada musim perayaan bagi mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas..
Ketiadaan penghadang jalan raya juga meningkatkan lagi risiko untuk sesebuah kenderaan terbabas jatuh ke dalam lembah yang curam. Risiko ini meningkat terutamanya di kawasan-kawasan yang tinggi dan mempunyai struktur cerun jalan yang curam seperti Genting Highlands dan Cameron Highlands. Kerosakan lampu isyarat dan ketiadaan papan tanda di tempat-tempat yang penting juga menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku. Ini kerana pengguna jalan raya tidak tahu apa yang berlaku di hadapan mereka dengan ketiadaan papan tanda dan kerosakan lampu isyarat. Tidak dapat dinafikan keadaan jalan raya juga adalah antara penyebab utama kemalangan jalan raya.

Punca utama kemalangan jalan raya seterusnya adalah keadaan kenderaan itu sendiri yang kurang selamat. Pengguna kenderaan haruslah memastikan alat-alat keselamatan pada kenderaan mereka seperti lampu utama, lampu “signal”, hon, cermin sisi dan cermin belakang berfungsi setiap kali mula memandu. Ini penting kerana semasa kecemasan, alat-alat keselamatan inilah yang membantu mengelakkan atau mengurangkan kesan kemalangan.
Setiap pemandu juga harus mengetahui serba sedikit mengenai komponen alat ganti kenderaan kerana ini penting supaya mereka tidak menjadi mangsa penipuan terhadap barangan tiruan yang digunakan dalam penggantian alat ganti kenderaan mereka. Penyelenggaraan juga perlu dilakukan mengikut piawaian dan jangka masa yang telah ditetapkan. Minyak hitam, minyak gear, minyak stereng, penapis udara, plug, penapis minyak, brek dan radiator air perlulah ditukar dan diganti baru mengikut servis yang ditetapkan. Selain itu, tayar kenderaan juga adalah satu komponen yang amat penting. Bunga pada tayar dan kadar angin dalam tayar haruslah diperiksa secara berkadar. Contohnya, apabila tayar kita sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar dengan jalan raya semakin berkurangan. Justeru itu, pemandu haruslah tidak mengabaikan kesempurnaan kenderaan mereka dan memastikan kenderaan mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik untuk pemanduan yang lancar dan selamat ke destinasi yang ditujui.
Pengguna kenderaan terutamanya pengguna kenderaan terpakai atau “second-hand” juga haruslah memastikan kereta terpakai yang dibeli adalah selamat dan bukan kereta potong sambung semula. Kereta potong sambung semula ialah sebuah kereta di mana struktur asal kereta tersebut telah diubah melalui proses pemotongan dan disambung semula menggunakan kaedah kimpalan. Bahagian yang dipotong adalah rangka casis kereta sama ada di bahagian hadapan, tengah atau belakang. Apabila sesuatu kereta dipotong dan disambung semula, pusat gravitinya akan terjejas menyebabkan rangka kenderaan menjadi tidak stabil. Akibat itu, kemungkinan besar kenderaan itu untuk terputus apabila berlakunya sesuatu kemalangan adalah amatlah besar. Mengikut statistik Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, pada tahun 2007 sahaja, Puspakom mengesan lebih daripada 1,200 kereta potong dari bulan Januari hingga March. Gambar di bawah menunjukkan keadaan kereta potong selepas kemalangan. Punca seterusnya yang menyebabkan kemalangan jalan raya di Malaysia adalah kurangnya penguatkuasaan undang-undang dan peraturan di Malaysia. Malaysia sememangnya mempunyai undang-undang dan peraturan yang ketat dan mempu member kesan kepada psikologi masyarakat tempatan namun ketidaktegasan oleh pihak berkuasa dalam melaksanakan undang-undang tersebut membuka ruang kepada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk terus melakukan kesalahan di jalan raya. Ia juga berpunca daripada segelintir pihak berkuasa yang sanggup menerima rasuah dan menutup mata bagi kesalahan yang dilakukan. Contohnya, sebuah bas yang empat kali gagal dalam pemeriksaan Puspakom kerana masalah brek telah digunakan sejak tahun 1987. Bukan itu sahaja, denda dan kompaun sebanyak RM300 bagi kesalahan seperti memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah tidak berkesan kerana pemandu mampu membayar jumlah tersebut. Oleh itu, pemandu tidak kentar dan berani melakukan kesalahan di jalan raya. Oleh itu, kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan maut.

Punca seterusnya yang tidak kurang hebatnya yang membawa kepada kemalangan jalan raya adalah kegiatan “Mat Rempit” atau “Mat Motor”. Mat Rempit bergerak dengan motosikal mereka dalam kumpulan yang besar dan berlumba-lumba di jalan raya bagi menunjukkan keberanian mereka. Mereka tidak takut atau seram untuk menunjukkan kebolehan mereka di jalan raya malah berbangga dengan menonjolkan aksi-aksi ngeri yang membahayakan bukan sahaja diri malah orang lain. Bagi mereka, puas jika mereka dapat beraksi dengan memecut laju di atas jalan raya dengan aksi berbahaya seperti “willy” dan “superman” dengan deruman enjin yang kuat. Dengan menonjolkan aksi-aksi yang berbahaya ini, secara langsung atau secara tidak langsung mereka membahayakan nyawa pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Tidak dapat dinafikan, penunggang motosikal menyumbang paling banyak angka dalam statistik kemalangan jalan raya setiap tahun tidak kira kemalangan maut atau pun tidak dan Mat Rempit menyumbang peratusan besar dalam kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal. Malah, terdapat juga kes langgar lari yang berpunca daripada gejala lumba haram ini.

Langkah-Langkah Terdapat banyak langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah kemalangan maut. Antara langkah-langkah yang boleh diambil mengatasi masalah kemalangan maut ialah memperketat penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang sedia ada dengan lebih tegas. Akta Pengangkutan Jalan 1997 juga perlu dipinda semula supaya hukuman lebih berat dikenakan kepada pesalah trafik yang melibatkan kematian.Selain itu, penjara lima tahun tidak sesuai lagi malah harus digantikan dengan hukuman penjara selama 10 tahun mandatori. Selain itu, hukuman seperti hukuman rotan mandatory juga mesti diperkenalkan. Bukan itu sahaja, syarat pemilikan lesen memandu juga haruslah diperketatkan dan usia minimum untuk seseorang untuk memiliki lesen haruslah dipertingkatkan kepada 21 tahun. Hal ini kerana banyak kemalangan maut yang berlaku melibatkan golongan berumur belasan tahun. Kesimpulannya, penguatkuasaan undang-undang harus diperketat lagi bagi mengatasi masalah kemalangan maut. Langkah seterusnya yang harus diimplementasikan ialah memperbanyakkan kempen yang sedia ada.Menerusi kempen keselamatan jalan raya yang sedia ada dengan pengisian baharu seperti iklan keselamatan dan kemalangan maut yang lebih realistik dan berkesan dari segi grafik dan media perlu disiarkan di media massa. Sebagai contohnya, mereka boleh memaparkan iklan tentang pemandu yang letih dan mengantuk ketika memandu kenderaan dan mereka perlu berhenti di kawasan rehat. Kempen dan iklan seperti itu dirasakan berkesan kerana para pengguna jalan raya dapat melihat iklan tersebut dengan mudah. Selain itu, pihak berkuasa juga harus menyiarkan lebih banyak propaganda tentang sikap buruk pemandu dan mencipta slogan-slogan baru tentang kepentingan berhemah di jalan raya. Di samping itu juga, saluran media juga boleh digunakan untuk menyampaikan slogan-slogan seperti‘pandu cermat,jiwa selamat’dan‘jauhi jarak anda’secara berterusan. Hal ini kerana kempen boleh mempengaruhi pengguna supaya sedar akan kesan buruk kemalangan maut. Oleh itu,sudah jelaslah bahawa langkah memperbanyakkan kempen yang sedia ada merupakan salah satu langkah mengatasi kemalangan maut. Sebagai contoh, pada tahun lalu, Menteri Besar Kedah telah menyertai kempen keselamatan jalan raya di lebuh raya Bukit Kayu Hitam-Sungai Petani. Dalam ucapan beliau, beliau member penekanan tentang kesedaran para pemandu agar memandu kenderaan mereka dengan cermat. Beliau juga turut memberikan baju keselamatan kepada penunggang motosikal. Kempen ini sekurang-kurangnya berjaya memberikan sedikit pengetahuan kepada pengguna jalan raya tenting kepentingan berhemah di jalan raya. Gambar di bawah menunjukkan antara salah satu poster kempen keselamatan jalan raya.

Memandu melebihi had laju adalah punca kepada kebanyakkan kemalangan. Justeru itu, langkah seterusnya ialah pemasangan Kamera Sistem Penguatkuasaan Autotmatik (AES) yang antaranya berfungsi sebagai perangkap had laju dan merakam pelbagai kesalahan trafik di sepanjang lebuh raya utama dan jalan-jalan utama di Malaysia. Unit Kamera Pengawasan Bergerak juga haruslah diwujudkan untuk memantau pemandu dan pengguna jalan raya yang memandu dengan laju dan tidak mematuhi lampu isyarat. Pemasangan sistem yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia itu bertujuan memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas dan sebagai bukti pendakwaan. Melalui AES, kamera mengawasi setiap pergerakan kenderaan dan mencatat kelajuan dan maklumat itu dihubungkan ke pusat kawalan untuk mengenal pasti kenderaan yang melakukan kesalahan lain lintas. Anggota JPJ yang bertugas di pusat kawalan itu akan memproses gambar yang diterima itu dan mengenal pasti identiti dan alamat pemandu. Sistem itu terbukti berkesan dalam mendisiplinkan pemandu dan pengguna jalan raya, sekali gus mengurangkan kemalangan jalan raya Negara-negara seperti Australia, Amerika Syarikat, Eropah, China, dan Korea Selatan telah lama menggunakan Sistem ini dalam usaha mendisiplinkan pemandu dan pengguna.

Pihak polis trafik juga haruslah memasang kamera perangkap kelajuan di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu laju oleh pemilik kenderaan. Jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam, justeru kamera perangkap kelajuan ini akan merakam gambar kereta dan pemandunya. Cara ini akan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama di Lebuh Raya Utara-Selatan.
Langkah seterusnya untuk membendung kemalangan jalan raya adalah dengan program pendidikan kesedaran keselamatan jalan raya. Pengguna jalan raya di Malaysia perlu diberikan pendidikan mengenai sikap dan tanggungjawab semasa memandu di jalan raya. Melalui pendidikan ini, sikap pemandu di Malaysia ini akan dapat untuk diterapkan dengan nilai-nilai baik seperti menghormati pemandu lain dan bersikap sabar semasa memandu. Program tentang pendidikan kesedaran jalan raya juga haruslah diperkenalkan di semua sekolah-sekolah untuk membantu memberi kesedaran dan pandu arah untuk menjadi pemandu yang berhemah di peringkat yang lebih awal lagi.
Selain itu, langkah yang seterusnya ialah pihak kerajaan iaitu melalui Jabatan Kerja Raya haruslah memastikan semua lebuh raya dan jalan raya di Malaysia berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan. Jabatan Kerja Raya juga haruslah memastikan semua jalan-jalan ada lampu dan penghadang jalan. Semua lebuhraya juga haruslah dilengkapi dengan telefon kecemasan dan kamera pengawasan untuk tujuan kecemasan. Lebuhraya juga haruslah dilengkapkan dengan laluan khas untuk penunggang motosikal. Perkara ini perlu dilakukan bagi memudahkan pengguna menggunakannya tanpa perasaan bimbang atau takut. Semua jalan raya yang berlubang perlu diturap dengan sempurna supaya dapat menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Selain itu, permukaan jalan yang tidak rata haruslah diratakan supaya pengguna berasa selesa ketika memandu kenderaan serta melancarkan perjalanan masyarakat yang hendak pulang ke kampung halaman mereka. Gambar bawah menunjukkan penurapan jalan yang dijalankan Jabatan Kerja Raya.

\
Kesan-Kesan
Terdapat banyak kesan-kesan yang negatif disebabkan kemalangan jalan raya. Mangsa-mangsa kemalangan jalan raya yang tidak mengenal usia sama ada golongan tua, dewasa, remaja ataupun kanak-kanak akan mengalami kecederaan yang parah atau ringan atau mungkin terus menemui kematian. Pelbagai kesan berikutan kemalangan itu sama ada dari segi fizikal, mental atau emosi akan terus menghantui mangsa yang bernasib baik terselamat daripada maut. Mengikut satu kajian, mangsa-mangsa kemalangan jalan raya dikatakan mengalami trauma sekurang-kurangnya enam bulan selepas sesuatu kemalangan terjadi. Namun, kesan kehilangan nyawa terhadap tenaga kerja dalam negara secara keseluruhannya perlu dipertimbangkan secara lebih mendalam. Kemalangan jalan raya di Malaysia yang telah mengakibatkan insiden kematian iaitu kemalangan maut dan menghubungkaitkan insiden kematian itu dengan implikasinya terhadap kos kehilangan tenaga kerja di Malaysia.

Statistik kemalangan jalan raya Malaysia sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa lebih daripada 50% mangsa kemalangan terdiri daripada remaja dan golongan belia yang berusia dalam lingkungan 20-35 tahun. Usia mereka ini merupakan golongan peringkat usia yang paling produktif dan berpotensi dari segi tenaga kerjanya. Mereka adalah golongan yang bersemangat tinggi, bertenag dan mempunyai tempoh masa antara 20-35 tahun lagi untuk menyumbang khidmat bakti kepada negara dalam apa jua bidang pekerjaan. Oleh yang demikian kehilangan nyawa golongan yang produktif ini akibat kemalangan jalan raya mempunyai implikasi yang amat besar kepada produktiviti tenaga kerja negara. Kematian secara mengejut akibat kemalangan jalanraya menimbulkan kesan yang negatif kepada produktiviti negara. Kemajuan negara mungkin terjejas dalam tempoh jangkamasa yang panjang seandainya tren kematian golongan belia dan remaja akibat kemalangan jalan raya ini berterusan. Selain itu, kehilangan harta benda juga adalah salah satu kesan kemalangan jalan raya. Akibat daripada kemalangan jalan raya, struktur jalan raya dan struktur alat-alat keselamatan jalan raya seperti lampu dan penghadang jalan raya juga akan rosak teruk. Ini mengakibatkan kos tambahan perlu dikeluarkan oleh kerajaan untuk membaiki struktur yang rosak tersebut. Banyak wang terpaksa dikeluarkan untuk membaiki struktur jalan tersebut. Ini mengakibatkan pembaziran duit rakyat yang boleh diperuntukkan untuk tujuan kebajikan sekiranya kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.

Kenderaan-kenderaan yang mengalami kemalangan jalan raya juga perlu dibaiki dan pada sesetengah kes, sesuatu kenderaan itu tidak dapat dibaiki (total loss). Ini menyebabkan mangsa kemalangan kehilangan NCB atau “No Claim Bonus” iaitu diskaun untuk memperbaharui insuran kenderaan. Akibatnya, mangsa terpaksa mengeluarkan duit lebih untuk memperbaharui insuran kenderaan. Gambar di bawah menunjukkan satu kemalangan jalan raya yang teruk Selain itu, kemalangan jalan raya juga menyebabkan kos untuk memperbaharui insuran kereta semakin tinggi. Bank Negara menaikkan kadar pembayaran untuk memperbaharui insuran kenderaan hamper setiap tahun. Ini kerana, syarikat-syarikat insuran kenderaan tidak dapat mengimbangi keuntungan berbanding kerugian disebabkan tuntutan kemalangan jalan raya yang tinggi. Contohnya, mengikut satu kernyataan akhbar, Perangkaan 2009/2010 menunjukkan perniagaan insurans kenderaan mencatat kerugian RM650 juta disebabkan tuntutan pampasan kemalangan yang sangat tinggi. Ini akan akhirnya membebankan pengguna kenderaan yang terpaksa membayar kos yang tinggi untuk memperbaharui insuran kenderaan mereka.

Kesimpulan Sebagai kesimpulan, pengguna jalan raya haruslah lebih berwaspada dan berhati-hati ketika hendak memulakan perjalanan dan pandulah kenderaan dengan cermat kerana soal keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab setiap individu sebagai pengguna jalan raya dan bukannya tanggungjawab pihak berkuasa atau kerajaan semata-mata.Sekiranya masyarakat tidak mematuhi etika pemanduan yang betul maka kemalangan boleh berlaku tanpa mengira masa. Mereka perlu ingat orang yang tersayang yang sedang menanti kepulangan mereka di rumah atau di kampung. Oleh itu, semua anggota masyarakat dan kerajaan haruslah berganding bahu untuk memastikan kemalangan jalan raya dikurangkan dengan memainkan peranan masing-masing secara berkesan. Nilai-nilai seperti kesabaran, bertanggungjawab dan rasional haruslah dipraktikkan semasa pemanduan di jalan raya. Semua pengguna jalan raya haruslah mengambil komitmen untuk menjamin keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain dalam usaha mengurangkan seterusnya menghapuskan terus kemalangan jalan raya ini. Dengan cara itu kita berharap agar masyarakat di Malaysia dapat hidup sejahtera tanpa dibelenggu oleh masalah yang berpunca daripada kemalangan jalan raya.

Rujukan 1) http://mazlan66.wordpress.com/2008/04/20/punca-punca-dan-cara-mengatasi-kemalangan-jalan-raya-2/ 2) http://bm-stpm.blogspot.com/2011/11/punca-punca-kemalangan-maut-di-jalan.html#axzz2H5D6RZPu 3) http://khirkassim.blogspot.com/2012/07/karangan-stpm-kemalangan-jalan-raya.html 4) http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/10842-peningkatan-kemalangan-jalan-raya.html 5) http://beritasemasa.com/insurans-kenderaan-naik-tahun-2012-pendapat-anda

Similar Documents

Premium Essay

Road Accident In Malaysia

...in road accident in Malaysia is higher compare the year before from 6,706 to 7,125. From this statistic, we can conclude that every year the accident in the road will increase for each year. First of all, what is the meaning of road accident? The road accident means when the automobile crash with the other automobile in the road. So, I want to ask you all, does anyone heard about the cases of accident that killed a technician last month in Penang? Of course you already know it right because this is the first cases of wrong way accident for this year that involves six vehicles in highway. This accident was classifying as not an ordinary accident by the Law Lecturer...

Words: 1101 - Pages: 5

Premium Essay

Essay On Road Accidents

...1. Road Accidents in India States having maximum Road Deaths States No. of deaths Uttar Pradesh 17,666 Tamil Nadu 15,642 Maharashtra 13,212 Karnataka 10,856 Rajasthan 10,510 Table 1: State wise Road deaths Road accidents are increasing every year. Non-motorists are always at highest risk of being injured or killed on the road due to increasing number of traffic on roads. Recent years have observed rapid motorization, urbanization, industrialization, migration and other changes consequent to globalization and opening economic policies of successive governments in India. An associated effect of these fluctuations is the increasing road crashes and deaths due to lack of safety policies and programmes (G.Gururaj, 2014). Road accidents are increasing day by day and India has been accounted as highest number of fatal accidents in the world. Fatal accidents in India have increased to 5% to 1.46 lakh in 2015. This number translated that every day 400 people dies or one person dies in every 3.6 min due to road accidents. There are some states where road fatalities have declined. Assam showed maximum decline in fatal road accidents (India, 2016). These numbers are just the reported numbers but there are many more people who get injured or killed every day. Situation in...

Words: 2124 - Pages: 9

Premium Essay

Witness of a Road Accident

...Witness of a Road Accident In a city like Bombay, which has more than four hundred thousand vehicles and a few million pedestrians on the roads, many accidents take place every day. But tragic as and accident is, involving loss of life. Things are made worse by the fact that every accident is followed by time-consuming and expensive lawsuits. The polish are handicapped in this matter by the fact that very few people come forward as witnesses. They are either afraid of getting involved or simply indifferent. Let me tell you about the time my friend Nick and I witnessed a road accident and got involved. We were on our way one evening to the beach and for this purpose we had to walk down through crowded market. It was winter and foggy weather. Suddenly we heard the squeal of brakes and saw a car, clearly out of control, skidding on the road. The young man who was driving the vehicle was struggling with the steering wheel but the car was moving sideways towards market. We saw the car smash straight into a cyclist who was coming from the market and flung against a lamppost. He fell unconscious on the pavement and was bleeding profusely from a gash above the forehead. Nick ran in search of a policeman and to phone for an ambulance while I tried to render some first-aid to the bleeding man. Meanwhile a large crowd had collected round the victim of the accident and the car. The driver was pulled out and the public began to beat him up. Fortunately for him...

Words: 489 - Pages: 2

Premium Essay

Road Accidents in Saudi Arabia

...[Type the document title] Literature Review: Road Traffic Accidents 9/17/2011 Student Name: University: Table of Contents INTRODUCTION TO ROAD TRAFFIC ACCIDENTS 4 Safety 4 Safety of Roads 4 Safety condition of Vehicles 5 Road Traffic Accidents 5 Major Causes of Road Traffic Accidents 7 Improper maintenance of vehicle 8 Red Light Running 9 Use of Mobile Phones while driving 10 Drunk driving 11 Avoiding Seat Belt or Helmets 11 Youth races and careless driving 11 Improper road structure 12 Effects of Traffic Accidents 13 Social Impacts of Road Traffic Accidents 13 Economic Impacts of Road Traffic Accidents 14 Ways for controlling the traffic accidents 14 INTRODDUCTION INTO THE CEASES OF TRAFFIC ACCIDENTS IN JEDDAH CITY 18 History of the problem in Saudi Arabia 18 The Roads and Public Transport in Saudi Arabia 19 The causes of the Road Traffic Accidents in Saudi Arabia 19 The effects of the Road Traffic Accidents in Saudi Arabia 20 Jeddah City 22 Population 22 Economy 22 Society 22 Road &Traffic Laws in Saudi Arabia (Jeddah) 23 THE USED METHDOLGIES AND ANALYSIS OF DATA 23 The different used methodologies for gathering the data 23 Analysis of international data 24 Analysis Middle East data 27 Analysis Saudi Arabia and Jeddah data 28 CONCLUSION/RECOMMENDATION 29 REFERENCES 31 Literature Review INTRODUCTION TO ROAD TRAFFIC ACCIDENTS Safety According to Security Industry Association (SIA 160), safety...

Words: 11782 - Pages: 48

Premium Essay

Lutz Lake Fern Road Accident Report

...RECONSTRUCTION PRE-CRASH: On 05-31-2015, at approximately 0910 hours, Vehicle 1 was stopped westbound on Lutz Lake Fern Road, within the intersection of Sunlake Boulevard waiting for eastbound traffic to clear in order to make a left turn. Vehicle 1 then proceeded to make a left turn onto southbound Sunlake Boulevard, crossing the eastbound lanes of Lutz Lake Fern Road. The driver of Vehicle 1 failed to see and entered the path of travel of the approaching vehicles. Vehicle 2 was driving in the front of a group of motorcycles, nearest the centerline and riding in a staggered formation. Vehicle 3 was second in the formation and driving nearest the white line separating the through lane and right turn lane and ahead of two additional motorcycles....

Words: 1117 - Pages: 5

Free Essay

A Road Accident

...என் காதல் தோல்வியில் அவன் காதல் வெற்றி! திருமண அழைப்பிதழை மேசையில் வைத்துவிட்டு, போயிட்டு வாறேன்டி சிவா காத்திருப்பான் என்று சொல்லிவிட்டு பறப்பாய் பறந்தாள் சித்திரா. அவளை வழி அனுப்ப ஒரு வார்த்தை கூட பேசாது மெளனமாய் இருந்தேன். இரண்டு மாதமாய் என்னோடு இந்த மெளனம், இப்படியே ஒரு வித தனிமை குடிகொண்டது காரணம் எனக்கு மட்டும் தெரிந்த உண்மை. என்னோடு, என்மனதோடு காதலனாய், காவலனாய் வாழ்ந்த சிவா சித்திராவை காதலிக்கிறான் என்ற செய்தி எனக்குள் இருந்த துடிப்பு, சுறுசுறுப்பு எல்லாத்தையும் பறிச்சுக்கொண்டு போன மாதிரி ஒரு உணர்வு. அவன் எனக்கு என்று எண்ணிய நான் ஏனோ அவனுக்கு நான் தானா என்று பார்க்க மறந்துவிட்டேன். என்ர ஒரே ஒரு சிநேகிதி சித்திரா அவளிற்கு கூட தெரியாமல் எல்லோ அவன் எனக்குள் வாழ்ந்தவன். இரண்டு மாசத்திற்கு முதல் அவன் சித்திராவிற்கு தன் காதலைத்தெரிவிக்கும் படி என்னிடமே வந்து தூது சொன்னான் என்ர உயிரை யாரோ பறிச்ச மாதிரி தெரிஞ்சுது. சிரித்து சிரித்து கலா கலா என்று பேசுவானே. நீ வா போ என்று என்னோடு தடையின்றி பேசுவான், இந்த உரிமையை நான் யாருக்கும் இருவரை கொடுத்ததில்லையே. சித்திராவைவிட என்னோடு தான் அவன் அதிகம் பேசுவான். சித்திராவை கூட வாங்கோ, போங்கோ என்று அந்நியமாய் கூப்பிடுவானே. என்னோடு தான் அத்தனை நெருக்கம். அதனால் தான் அவன் எனக்குள் வந்தான். ஆனால் ஆனால் சித்திராவிற்காய் தான் அவன் என்னோடு நெருக்கமானான் என்பதை, அவன் காதலிற்கு தூது செல்லச்சொன்ன போது தான் நான் தெரிந்து கொண்டேன். சித்திரா கூட அவன்ர காதலை மறுக்கவில்லை அவன் சொன்னவுடன் எதிர்பார்த்திருந்தவள் போல சம்மதம் சொல்லிவிட்டாள். ஒரு வேளை இது தான் உண்மைக்காதலா தெரியவில்லை சிவாவின் உணர்வு சித்திராவிற்கு இருந்தது. ஏன் என்ர உணர்வு சிவாவிற்கு வரவில்லை...

Words: 315 - Pages: 2

Free Essay

Development of Time Series Model to Study Historical Trend of Road Traffic Accidents in the United States and Inspect the Factors Affecting the Trend

...DEVELOPMENT OF TIME SERIES MODEL TO STUDY HISTORICAL TRE ND OF ROAD TRAFFIC ACCIDENTS IN THE UNI TED STATES AND INSPECT THE FACTORS AFFECTING THE TREND Ashutosh Kedia M.Tech Project Thesis 2015 DEVELOPMENT OF TIME SERIES MODEL TO STUDY THE HISTORICAL TREND OF ROAD TRAFFIC ACCIDENTS IN THE UNITED STATES AND INSPECT THE FACT ORS AFFECTING THE TREND Thesis submitted to the Indian Institute of Technology, Kharagpur For award of the degree of Master of Technology by Ashutosh Kedia Under the guidance of Prof. Sudeshna Mitra DEPARTMENT OF CIVIL ENGINEERING INDIAN INSTITUTE OF TECHNOLOGY KHARAGPUR MAY 2015 ©2015 Ashutosh Kedia. All rights reserved. Page i M.Tech Project Thesis 2015 APPROVAL OF THE VIVA-VOCE BOARD 05/05/15 Certified that the thesis entitled DEVELOPMENT OF TIME SERIES MODEL TO STUDY HISTORICAL TREND OF ROAD TRAFFIC ACCIDENTS IN THE UNITED STATES AND INSPECT THE FACTORS AFFECTING THE TREND submitted by ASHUTOSH KEDIA to the Indian Institute of Technology, for the award of the degree, Master of Technology, has been accepted by the external examiners and that the student has successfully defended the thesis in the viva-voce examination held today. (External Examiner) (Chairman) Page ii (Supervisor) M.Tech Project Thesis 2015 CERTIFICATE This is to certify that the thesis entitled “Development of Time Series Model to Study Historical Trend of Road Traffic Accidents in the United States and Inspect the Factors Affecting the Trend” submitted by Ashutosh Kedia...

Words: 17338 - Pages: 70

Free Essay

Changes Which Have Occurred in Australia Through Public Health Interventions to Improve Injury and Mortality Rates from Road Accidents Since the First Recorded Motor Vehicle Accident in 1924 and Why It Is Still a Public Health Issue Today in 2014

...rates from road accidents since the first recorded motor vehicle accident in 1924 and why it is still a public health issue today in 2014 Changes which have occurred in Australia through public health interventions to improve injury and mortality rates from road accidents since the first recorded motor vehicle accident in 1924 and why it is still a public health issue today in 2014 Since the creation of the first modern automobile in 1886, injury and fatality rates were bound to occur from car accidents due to the increase of the car owner population on our roads. Australia began recording motor vehicle accidents as of 19241 and since then there have been over 180,0002 deaths from road accidents with the greater impact being on younger age groups and individuals in the most economically productive age groups.1 With the fatality rate of road accidents at an all time high in the 1970’s with a total of 3,798 deaths in 1970, the annual road toll has significantly decreased to a total of 1,193 in 2013.2 Once it was discovered that alcohol consumption, travelling at high speeds and the non-use of restraints were major causes of deaths and severe injuries in road accidents, serious action was taken which lead to the establishment of mandatory seat belts in 1973, a blood-alcohol limit of 0.05 in 1992 along with random breath testing in every state by 1988 and national maximum speed limit of 110km/h in 1992.1 Although these establishments are major factors in the decrease of road accidents...

Words: 954 - Pages: 4

Free Essay

Psychology Internal Asessment

...Introduction Cognitive psychology contacts with mental processes such as memory, researches have indicated that his particular cognitive process is not an exact replica of experiences, but is reconstructive. In light of this new research, experiments have tested and shown that memory may be influenced by certain units of knowledge that we have about frequently encountered people, objects or situations called “schemas.” The Schema Theory suggest that all new information interlinks withhold information represented in a schema and can influence memory. Bartlett Developed the Schema theory, which eventually became crucial in understanding how reconstructive memory works and the reliability of eyewitness testimony. He suggested that how a person remembers an event is subject to change depending on the person's cultural background and what values they were taught. Therefore, when a person remembers an event, any missing piece of information regarding that event is filled up based on their schema. He tested this in his famous „War of The Ghosts‟ experiment. This was supported by Allport and Postman, in 1947, which aimed to test the reliability of memory and the effect a person's schema has on their interpretation of an event. Loftus and Palmer Tested their hypothesis that language can alter reconstructive memory in an eyewitness testimony. Their aim was to show that leading questions can alter memory depending on its phrasing. Loftus and Palmer formed an opportunity sample...

Words: 1116 - Pages: 5

Free Essay

Driving Under the Influence

...Drunk driving and devising ways to prevent it have been a long standing issue in our society, and rightfully so. However, there are individuals far worse dangerous to have behind the wheel of a motor vehicle. As reported in the American Journal of Public Health, a journal dedicated to the publication of original work in research, research methods, and program evaluation in the field of public health, Dr. Fernando Wilson and Jim Stimpson, in collaboration with the Fatality Analysis Reporting System (FARS), affirm that a person that is texting while driving is 23 times more likely to be involved in a car crash than a drunk driver (2010). Between 2005 and 2008, distracted driving fatalities increased more than 28% nationwide (Stimpson & Watson, 2010). Driving while texting has become an undeniable danger as these figures support. It is for this reason, as reported in the Dallas Morning News, that Texas lawmakers recently passed a bill, 124-16, to ban texting while driving (Hoppe, 2011). This bill has now gone on to seek much needed approval from the governor, Rick Perry. With so much support coming from the Texas House, it is expected for the bill to pass. However, one must keep in mind that Governor Perry has a penchant for vetoing bills, as was evident back in 2000 when he vetoed a record 83 bills in one day (CBSDFW.com, 2011). As of right now the state of Texas currently has a no-texting policy for licensed drivers under the age of 18 and anyone driving in a school zone (Hoppe...

Words: 1781 - Pages: 8

Free Essay

Cell Phone

...over the past years in the U.S., and studies show that the risk of having an automobile accident or near accident significantly increases when a person is talking on their cell phone. Although, not everybody who uses their cell phone while driving has been or will be in an accident, but an alarming number of people who were involved in automobile accidents have been reported to have been using a cell phone while driving. Because of the increased number of traffic accidents caused by cell phones, it can be show that cell phone use should be banned while driving do to the risk of getting a ticket, people get distracted while they are texting and dialing a phone number and maybe hands free headset should be banned as well. Individual that uses their phone while driving is taking the risk of getting a ticket or even an accident. It’s easy to get distracted while driving, but don’t the reason you get distracted is because you are on your cell phone. People who look away from the road while because they are looking for their phone or while they texting and evening dial the number. When you are messing with your phone and driving you only have one hand on the phone which in return is dangerous for yourself and other that are on the road as well. As soon as somebody is dialing a number or texting that person takes their eyes off the road and it is so dangerous to take your eye off of the road for a second and it isn’t worth taking that risk for a cell phone. At times it’s very...

Words: 770 - Pages: 4

Free Essay

Should Driving License Be Raised to 21 ?

...period life will be better to raise driving age because young drivers are the main cause of road deaths. In addition, if driving age is 21, number of deaths will decrease and roads become safer. Another reason, teens text and drive and put themselves and other people in danger. Teens are increasing car wrecks. They are also increasing their injuries. Teens don't know much of the consequences that come with driving. They party and drink, and when they drive drunk, that's another wreck and death waiting to happen. Teenagers can simply be distracted by lots of things while driving such as, loud music and talking in phones etc. Moreover they are not fully developed especially the frontal lobe part of their brain which is the part responsible for weighing risks and making judgments. If the driving age was raised thousands of innocent soles would be saved. In conclusion, Young driver’s especially male drivers are likely to overestimate their ability to drive at faster speed that’s leads to major accident to reduce this only strategy to raise the age of driving license. Teen drivers are every adult’s nightmare. The driving age at the moment is 17 it should be raised to 21 to overcome some of consequences and risk factors in teenagers. With lack of experience and maturity, both parents and fellow drivers are frightened to share the road with adolescents. Moreover, the statistics of accidents show the different rates of young drivers between the age 16 and 19. Young teenagers are effortlessly...

Words: 625 - Pages: 3

Free Essay

Social Media Addiction Distracts Drivers

...smartphone. Tragically, Slatten plowed into another car that killed another driver who was at the elderly age of 89-years-old. The elderly victim could have been someones parent, friend, or sibling who did not deserve a fatal ending to their life. A similar story, involved a young 34-year-old woman who received a prison sentencing of 10 years with a $25,000 fine for sending a text message while driving that could not wait, in result, crashed and killed her daughter and two nieces all who were in the same car. That women will serve her sentencing but will never be able to bring back her loved ones back from the accident. The constant reminders of roadway accidents ending in tragedy, such as those police reports, are widely spread across our nation. All tragic stories are disheartening to hear and think about; a reminder to play our part in keeping our roads safer. Tragedy may effect your next door neighbor or a stranger in the local supermarket; no matter who we are or what our background is tragedy exist and does not discriminate against anyone. People can make a difference to their daily living. There are those small percentage of people who has a habit that is difficult to break. For example, the habit of their constant smartphone use plays a major role in contributing to the dangers on our roadways. Inevitably our culture lives in the age of technology. Everywhere you look, everyone you hear are reaping the benefits from social networking which is...

Words: 2790 - Pages: 12

Free Essay

Accident Avoidance and Victim Locating System

...Due to time laps many lives are in risk. To reduce this risk factor automatic accident detection and victim analysis plays an important role. Reducing the time laps will reduce the death rate. As reducing the time taken to take first aid will reduce the effect of accident on the victim. Probability of victim security will be more. As now a days mobile is common electronic gadget that is present with everyone and this problem can be solved by it only. By the short message service (SMS) on of the fetcher of mobile will help to solve this problem. By this embedded system we can know the place of accident, status of the victim etc. By this information rescue team will be easily help the victim. By using technologies GPS and GPRS one can easily locate the position of the accident. This project say the technologies that how an accident is detected and victim status. As prevention is better than cure, The main motive of this project is to reduce the accident rate and reduce the time for first aid. The proposed system ensures that to reduce the human death ratio by accidents. Chapter 1 Introduction In India, the World Health Organization (WHO) has revealed in its first ever Global Status Report on Road Safety that more people die in road accidents in India than anywhere else in the world, including the more populous China. Calling road fatalities an "epidemic" that will become the world's fifth biggest killer...

Words: 4200 - Pages: 17

Premium Essay

Various Accident Detection Technologies and Recovery Systems with Victim Analysis Ieee

...VARIOUS ACCIDENT DETECTION TECHNOLOGIES AND RECOVERY SYSTEMS WITH VICTIM ANALYSIS Presented By Ch. Ramya Keerthi1, G. Shanmukh 2, Dr. R. Sivaram 3 1. B.Tech Student ,Dept. of ECE, St. Mary’s Women’s Engineering College 2. B.Tech Student, Dept. of ECE, Acharya Nagarjuna University 3. Principal, St. Mary’s Women’s Engineering College Paper ID: ICCSIE202013 The World Academy of Research in Science and Engineering International Conference on Computer Science and Information Engineering (ICCSIE 2013) May 24, 2013, Venue: Solitaire Hotel, Bangalore, India CONTENTS MOTIVATION CONCLUSION OUR ADD-ON OUTLINE OF APPROACH INTRODUCTION LETS SOLVE THE PROBLEM APPROACH TO PROBLEM MOTIVATION Increase in Death Ratio due to Accidents Unable to Know the Victims Condition Unable to provide assistance in unpopulated areas INTRODUCTION Cont.. INTRODUCTION Indian roads alone accounted for approximately 105,000 accidental fatalities in 2010. Almost 15 % of the global road fatalities when India has just 1 percent of the total global vehicles. Increasing trend during the decade of 2000-2010 with an increase of 50 percent in the year 2010 as compared to the year 2000. INTRODUCTION This survey shows number of deaths due to accidents according to 2010 15409 15337 15099 14063 TAMIL NADU ANDHRA PRADESH UTTAR PRADESH MAHARASTRA 7479 6490 4008 DELHI BANGALORE MUMBAI ...

Words: 1530 - Pages: 7