Free Essay

Rukun Negara

In:

Submitted By monishasha
Words 15290
Pages 62
KAJIAN PELAJAR ANTARABANGSA DI MALAYSIA

LAPORAN AKHIR

Disediakan untuk Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Oleh Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) Suite 109, Tingkat Satu, Kompleks EUREKA Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang.

Oktober 2009

SENARAI AHLI PASUKAN KAJIAN

Ketua Kajian
Profesor Badaruddin Mohamed, USM

Ahli Pasukan Kajian
Profesor Ambigapathy Pandian, USM Profesor Fauziah Md. Taib, USM Profesor Yang Farina Abdul Aziz, UKM Profesor Madya Shukran Abd. Rahman, UIAM Profesor Madya Sarjit Kaur, USM Profesor Madya Rozinah Jamaludin, USM Profesor Madya Ahmad Nurulazam Md. Zain, USM Dr. Munir Shuib, USM Dr. Melissa Ng Lee Yen Abdullah, USM Dr. Vikneswaran Nair, Taylor’s University College

Penyunting Teks Laporan
Profesor Madya Noriah Mohamed, USM

Pegawai Penyelidik
Pn. Shida Irwana Omar, USM

Kandungan

Senarai Jadual Senarai Rajah Akronim Pengenalan Dan Skop Kajian

iv iv iv vi

Bab 1 1.1 1.2

Malaysia Ke Arah Hab Kecemerlangan Pengajian Tinggi Antarabangsa, 2020 Pengambilan akademik pelajar antarabangsa di Malaysia Unjuran pelajar antarabangsa di Malaysia untuk tempoh 2009 hingga 2012

1 3 7

Bab 2

Faktor-Faktor Pemilihan Malaysia Sebagai Destinasi Pengajian Pelajar Antarabangsa

9

Bab 3

Garis Panduan Yang Sedia Ada Berhubung Dengan Pengurusan Dan Pengambilan Pelajar Antarabangsa Di Malaysia Rekod dan prestasi IPTS Kursus yang ditawarkan Unit/Pejabat pelajar antarabangsa Kemudahan tempat tinggal Pemeriksaan keselamatan Insuran pelajar antarabangsa Dasar pemulangan yuran pengajian Makluman kepada kedutaan negara asal pelajar antarabangsa Rekod dan laporan tahunan pelajar antarabangsa Pas pelajar antarabangsa Permohonan bekerja sambilan

15

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 3.10 3.11

15 15 15 16 16 16 17 17 17 18 19

Bab 4 4.1

Australia Sebagai Negara Yang Menjadi Penanda Aras Dalam Pengurusan Dan Pengambilan Pelajar Antarabangsa Latar belakang pengajian tinggi di Australia

20 20

i

Kandungan

4.2 4.3 4.4 4.5

Dasar perkhidmatan pendidikan bagi pelajar antarabangsa Rekod pangkalan data sistem pengajian antarabangsa dan imigrasi Faktor-faktor tarikan dan kelestarian pelajar antarabangsa ke Australia Pandangan masyarakat terhadap pelajar antarabangsa di Australia

20 23 25 28

Bab 5 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5

Isu Dan Masalah Dalam Menarik Pelajar Antarabangsa Ke Malaysia Pengiktirafan program pengajian di Malaysia Sistem penyampaian di IPT Malaysia Penyelarasan promosi dan maklumat pengajian di luar negara Kerenah birokrasi oleh jabatan tertentu di Malaysia Kualiti kemudahan sokongan yang sedia ada yang ditawarkan

28 28 29 29 30 31

Bab 6 6.1 6.1.1 6.2 6.3 6.4

Isu Dan Masalah Sosial Pelajar Antarabangsa Di Malaysia Keselamatan pelajar antarabangsa di Malaysia Isu dan masalah sosial Kebajikan pelajar antarabangsa di Malaysia Persepsi masyarakat tempatan terhadap pelajar antarabangsa Persepsi pelajar antarabangsa terhadap masyarakat tempatan

32 32 36 37 37 42

Bab 7 7.1 7.2

Tindakan-Tindakan Yang Telah Diambil Dalam Menangani Isu Dan Masalah Pelajar Antarabangsa Di Malaysia Menangani masalah sosial pelajar antarabangsa Merapatkan jurang antara pelajar antarabangsa dengan masyarakat tempatan

43 43 44

ii

Kandungan

Bab 8 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 8.6 8.7 8.8 8.9 8.10

Cadangan Pengurusan Dan Pengambilan Pelajar Antarabangsa Di Malaysia Penentuan hala tuju pengambilan pelajar antarabangsa di Malaysia Falsafah KPTM dalam pengambilan pelajar antarabangsa di Malaysia Strategi pemasaran KPTM dalam mendapatkan pelajar antarabangsa yang berkualiti Penubuhan sekretariat pelajar antarabangsa di IPT Malaysia Memperhalus dan memperkemas peranan One-Stop Center di KPTM Peranan ahli alumni IPT sebagai ejen promosi Malaysia di luar negara Penerbitan buku panduan pelajar antarabangsa Pengawalan kualiti bagi penawaran kemudahan sokongan asas di IPTA dan di IPTS Mempertingkatkan kaedah promosi KPTM dalam menarik pelajar antarabangsa berpotensi di luar negara Memperbaik kelemahan birokrasi oleh jabatan tertentu di Malaysia

46 46 47 48 49 50 50 50 51 51 53

Kesimpulan Rujukan

53 55

iii

Senarai Jadual
Jadual 1.1 Jadual 1.2 Jadual 6.1 Jadual 6.2 Jadual 6.3 Jadual 6.4 Jadual 6.5 Jadual 6.6 Enrolmen pelajar antarabangsa di IPTA dan di IPTS dari 2003 hingga 2008 Enrolmen pelajar antarabangsa di IPTA dan di IPTS dari 2003 hingga 2008 mengikut negara asal pelajar Statistik jenayah di Malaysia dari 1998 hingga 2008 Statistik jenayah keganasan di Malaysia pada tahun 2007 Statistik jenayah yang membabitkan pelajar antarabangsa pada tahun 2008 Statistik tangkapan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tahun 2007 Jenayah komersial warga asing pada tahun 2007 Masalah disiplin, sosial dan akademik 4 6 35 35 38 39 40 42

Senarai Rajah
Rajah 1.1 Rajah 1.2 Rajah 1.3 Enrolmen pelajar antarabangsa di IPT Malaysia dari 2003 hingga 2008 Unjuran enrolmen pelajar antarabangsa di IPTA dari 2009 hingga 2012 Unjuran enrolmen pelajar antarabangsa di IPTS dari 2009 hingga 2012 4 7 8

Akronim
AEI APEX AUQA CoE CRICOS DIAC ELICOS ESOS Australian Education International Accelerated Program for Excellence Australian University Quality Agency Confirmation of Enrolment The Commonwealth Register of Institutions and Courses for Overseas Students Department of Immigration and Citizenship Kursus intensif bahasa Inggeris untuk pelajar antarabangsa di Australia Education Services for Overseas Students

iv

IDP IELTS IPPTN IPT IPTA IPTS ISO IT KLEC KPTM MM2H MQA MQF MSC OKU PR PRISMS RMK-9 UIAM UKM USM VET

IDP Education Pty Ltd International English Language Testing System Institut Penyelidikan Pengajian Tinggi Negara Institusi pengajian tinggi Institusi pengajian tinggi awam Institusi pengajian tinggi swasta International Organization for Standardization Information technology/Teknologi maklumat Kuala Lumpur Education City Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Malaysia My Second Home Program Malaysian Qualifications Agency Malaysian Qualifications Framework Multimedia Super Corridor Orang kurang upaya Permanent Resident (Australia) Provider Registration and International Students Management System Rancangan Malaysia Kesembilan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Sains Malaysia Pendidikan vokasional dan latihan Australia

v

Pengenalan Dan Skop Kajian

Matlamat Malaysia untuk menjadi hab pengajian tinggi serantau bukan sahaja melibatkan usaha institusi pengajian tinggi awam (IPTA), malah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Oleh itu, keupayaan daya tarikan IPTS memainkan peranan penting untuk memastikan sasaran bilangan pelajar antarabangsa dapat dicapai. Sehingga kini, lebih 70,000 orang pelajar antarabangsa menuntut di IPTA dan IPTS di negara ini. Sasaran yang dibentangkan dalam Pelan Pengantarabangsaan KPTM antara lain merujuk kepada pengambilan 100,000 pelajar antarabangsa ke institusi pengajian tinggi IPT negara menjelang tahun 2010. Pelbagai persediaan perlu dikenal pasti supaya IPTA dan IPTS dapat menyumbangkan sesuatu kepada sasaran ini. Dalam usaha menggalakkan pengambilan pelajar antarabangsa di IPT di negara ini, pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) perlu memberi tumpuan terhadap kepentingan dan masalah pelajar antarabangsa. Tumpuan sedemikian boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai hab pendidikan. Ekoran kemasukan pelajar antarabangsa yang kian meningkat, Malaysia memerlukan persediaan yang mantap dari segi infrastruktur, pendedahan budaya tempatan dan kesediaan warga institusi juga masyarakat tempatan dalam menerima pelajar antarabangsa. Selain itu, keselamatan sosial pelajar juga merupakan elemen yang penting dan perlu dititikberatkan. Persediaan demikian akan diperkukuh dengan melihat kepada masalah yang dihadapi oleh pelajar antarabangsa secara umum di negara ini. Oleh sebab itu, Kajian Pelajar Antarabangsa di Malaysia ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji dan mengenal pasti isu dan masalah semasa pelajar antarabangsa yang datang menuntut di IPT di negara ini. Seterusnya, kerajaan akan merangka dasar, membentuk strategi dan menentukan hala tuju pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa ke IPT di Malaysia, khususnya IPTS. Kajian ini memfokus kepada dua objektif utama seperti berikut:-

vi

Pengenalan Dan Skop Kajian

1. Isu dan Masalah Semasa Pelajar Antarabangsa di Malaysia i. Mengenal pasti isu dan masalah dalam menarik pelajar antarabangsa ke Malaysia khususnya ke IPTS dari sudut: a) Penilaian kualiti kemudahan sokongan yang sedia ada yang ditawarkan kepada pelajar antarabangsa di IPT. ii. Mengenal pasti masalah sosial pelajar antarabangsa di Malaysia dari aspek berikut: a) Keselamatan pelajar antarabangsa. b) Persepsi masyarakat terhadap pelajar antarabangsa. c) Kebajikan pelajar antarabangsa di Malaysia. iii. Mengenal pasti tindakan-tindakan yang telah dilakukan untuk menangani isu dan masalah tersebut. iv. Mencadangkan tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh pihak KPTM untuk menambah baik keadaan yang sedia ada. 2. Mencadangkan Rangka Dasar Berkaitan Pelajar Antarabangsa di Malaysia i. Mengkaji garis panduan dasar yang sedia ada berhubung pengambilan dengan pelajar pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa di negara ini. ii. Mencadangkan pengurusan dan antarabangsa kepada IPTA dan IPTS. Dalam proses menjalankan kajian ini, negara Australia telah dikenal pasti sebagai sebuah negara yang menjadi penanda aras (benchmarking) dalam pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa yang tertinggi di dunia. Kajian ini akan mengenal pasti dasar dan strategi yang diamalkan oleh sistem pengajian tinggi Australia untuk dijadikan panduan dalam membentuk cadangan dan rangka dasar kajian ini. Kajian ini telah dijalankan oleh seramai 11 orang penyelidik dari Institut Penyelidikan Pengajian Tinggi Negara (IPPTN). Penyelidik berkenaan terdiri daripada pakar-pakar yang mempunyai pengetahuan luas dalam sektor pengajian tinggi negara dan terlibat secara langsung dengan pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa di institusi masing-masing. Sesi

vii

Pengenalan Dan Skop Kajian

pengutipan data bagi kajian ini merangkumi kaedah temu bual secara formal dan tidak formal serta kaji selidik talian yang melibatkan pengarah, pengawai dan wakil pelajar dari IPTA dan IPTS, wakil kedutaan asing di Malaysia, wakil kedutaan Malaysia di luar negara, wakil Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia serta Naib Canselor universiti-universiti di Melbourne, Australia. Kajian ini diharap dapat membantu pihak KPTM dalam memfokus dan menentukan hala tuju serta matlamat pengambilan pelajar antarabangsa di Malaysia pada masa hadapan supaya hala tuju dan matlamat tersebut selari dengan aspirasi dan visi Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

viii

Malaysia ke arah hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa, 2020

BAB 1: MALAYSIA KE ARAH HAB KECEMERLANGAN PENGAJIAN TINGGI ANTARABANGSA, 2020
Sistem pendidikan tinggi di Malaysia merangkumi 20 IPTA, 37 IPTS dan kolej universiti (termasuk lima kampus cawangan universiti antarabangsa) dan lebih kurang 450 institusi pendidikan swasta. Sektor swasta sememangnya memainkan peranan yang penting dalam perkembangan pengajian tinggi transnasional. Namun begitu, corak penawaran pendidikan tinggi di Malaysia menghadapi cabaran yang ketara dalam konteks ekonomi pengetahuan global. Boleh dikatakan bahawa dorongan pasaran globalisasi dan pengantarabangsaan telah mempengaruhi perbincangan tentang senario pendidikan tinggi di Malaysia. Dalam landskap pendidikan tinggi kini, tidak dapat disangkal bahawa dorongan pasaran sememangnya menentukan pertumbuhan dan perkembangan IPTS di Malaysia. Dengan mengambil kira kepentingan pendidikan tinggi dalam memenuhi objektif sosioekonomi Malaysia menjelang tahun 2020, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah ditubuhkan pada Mac 2004. Kementerian ini telah diberi mandat untuk membaiki tahap IPT di Malaysia secara berterusan demi menghasilkan siswazah yang dapat memenuhi keperluan tenaga kerja terlatih dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa. Sebagaimana negara jiran yang lain, enrolmen pelajar dijangka akan meningkat secara drastik menjelang tahun 2025 dan kebanyakan tranformasi ini memerlukan institusi tempatan mewujudkan kepelbagaian supaya institusi ini dapat meladeni peningkatan permintaan terhadap pendidikan tinggi yang berkualiti. Sepanjang 10 tahun kebelakangan ini, Malaysia telah dikenali dan disegani dengan reformasi pandangan ke hadapan dalam bidang pendidikan seperti menggalakkan kolej swasta tempatan untuk melaksanakan program penganugerahan ijazah 2+0 dengan institusi pengajian antarabangsa, menubuhkan kampus cawangan bagi universiti luar negara, mewujudkan sistem pengawalan kualiti nasional (Agensi Kelayakan Malaysia - MQA) untuk

1

Malaysia ke arah hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa, 2020

institusi pendidikan tempatan dan luar negara serta membangunkan kerangka kelayakan yang komprehensif. Dengan tertubuhnya MQA, semua program pengajian tinggi yang ditawarkan oleh IPTA dan IPTS di negara ini akan disenaraikan dan boleh diakses sekali gus meningkatkan tahap kompetitif IPT negara ini pada peringkat antarabangsa. Kerajaan Malaysia telah mengesahkan visinya untuk menjadi pengeksport terbesar dalam bidang pengajian tinggi dan sedang mengumpulkan dana serta tenaga kepakaran demi membangunkan sistem pendidikan berkelas dunia. Langkah ini dilihat telah meningkatkan akses pelajar tempatan ke IPT dan menarik sejumlah besar pelajar antarabangsa. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (2007-2010) dan Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara merupakan dua inisiatif terkini dalam meningkatkan kualiti dan membina perhubungan antara pihak universiti dengan sektor industri. Empat IPTA telah dinaikkan taraf sebagai universiti penyelidikan bermula pada tahun 2006 dan Universiti Sains Malaysia telah dipilih sebagai universiti pertama menerajui Program Pemajuan untuk Kecemerlangan (APEX) pada September 2008. Universiti-universiti ini akan menjadi peneraju negara dalam pembangunan pengetahuan dan inovasi baru. Dalam hal ini, universiti-universiti ini juga berusaha untuk mencapai tahap universiti penyelidikan bertaraf dunia yang akan menduduki kedudukan antara 100 universiti terbaik dunia menjelang 2020. Seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia KeSembilan (RMK-9), Malaysia telah mengumumkan pembangunan Bandar Pendidikan Kuala Lumpur (KLEC). Perancang kepada penubuhan bandar ini mempunyai visi untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab pendidikan global yang menggalakkan penyatuan antarabangsa menerusi pendidikan, budaya dan gaya hidup sebagai teras bandar abad ke-21. Kedua-dua motivasi sosial dan ekonomi telah memacu beberapa strategi peringkat nasional untuk melonjakkan kualiti pendidikan tinggi di Malaysia. Misalnya, wujud keperluan untuk membangunkan modal insan selaras dengan k-ekonomi akses Malaysia. kepada Terdapat pasaran beberapa strategi untuk meningkatkan pendidikan global, khususnya

daripada tiga negara, iaitu India, China dan Indonesia. Pembangunan KLEC

2

Malaysia ke arah hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa, 2020

contohnya,

termasuk

dalam

strategi

pembangunan

infrastruktur

penyelidikan, iaitu selaras dengan usaha untuk memposisikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan serantau dan nod tumpuan dalam jaringan antarabangsa bagi IPT, syarikat dan perkhidmatan. Usaha-usaha yang hampir sama sedang giat dijalankan untuk meningkatkan prestij dan daya kompetitif bandar Iskandar, Johor Bharu, iaitu mewujudkan metropolis antarabangsa bagi perniagaan, pengajian tinggi dan pusat pembangunan serta penyelidikan.

1.1 Pengambilan Akademik Pelajar Antarabangsa Di Malaysia
Memandangkan pengajian universiti di negara lain menjadi semakin mahal, maka Malaysia telah menjadi pilihan terbaik untuk melanjutkan pengajian bagi kebanyakan pelajar antarabangsa. Malaysia menawarkan kualiti pendidikan dengan yuran pengajian yang berpatutan dan nilai untuk wang, kos sara hidup yang sederhana, kestabilan politik dan pengalaman pelbagai budaya serta etnik yang hidup dalam situasi harmoni. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1, enrolmen pelajar antarabangsa di Malaysia pada tahun 2008 ialah seramai 70,426 orang. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 71.9% enrolmen pelajar antarabangsa adalah di IPTS, manakala baki 28.1% melibatkan IPTA. Antara 2003 hingga 2008, terdapat peningkatan sebanyak 50.4% bagi enrolmen pelajar antarabangsa yang menuntut di IPTS di Malaysia. Peningkatan ini adalah selaras dengan pertambahan bilangan penubuhan kampus universiti luar negara di Malaysia. Beberapa universiti luar negara yang sudah membuka kampus cawangan di Malaysia ialah Universiti Monash, Universiti Swinburne dan Universiti Curtin dari Australia serta Universiti Nottingham dari United Kingdom.

3

Malaysia ke arah hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa, 2020

Jadual 1.1: Enrolmen pelajar antarabangsa di IPTA dan di IPTS dari 2003 hingga 2008 Tahun IPTA IPTS Jumlah 2003 5239 25158 30397 2004 5735 25939 31674 2005 6622 33903 46006 2006 7941 36449 44390 2007 14324 33604 47928 2008 19744 50679 70423

Rajah 1.1: Enrolmen pelajar antarabangsa di IPT Malaysia, dari 2003 hingga 2008
Enrolmen Pelajar Antarabangsa di IPT Malaysia dari 2003 hingga 2008
60000 50000 40000 30000 20000 10000 0 2003 2004 2005 2006 2007 2008 Tahun 5239 5735 6622 7941 14324 25158 25939 33903 36449 33604 50679 IPTA IPTS 19744

Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2008 Enrolmen pelajar antarabangsa pada tahun 2007 dan 2008 menunjukkan peningkatan yang dramatik bagi IPTS dan IPTA iaitu masing-masing sebanyak 33% dan 27.4% (Rajah 1.1). KPTM haruslah merancang strategi yang lebih berkesan, seperti mengadakan kempen secara besar-besaran untuk menarik pelajar antarabangsa ke Malaysia. Rancangan Malaysia keSembilan (20072010), menggariskan keutamaan terhadap peningkatan akses ke sektor pengajian tinggi dalam usaha untuk mewujudkan kumpulan tenaga kerja terlatih, berkemahiran dan berpengetahuan demi menjamin pertumbuhan ekonomi, meningkatkan tahap kompetitif dan menyokong k-ekonomi. RMK-9 turut menggariskan matlamat untuk menarik kira-kira 1.6 juta pelajar atau 40% pelajar dari kohort umur 17 hingga 23 tahun untuk memasuki pendidikan tertiari negara menjelang tahun 2010. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 50% pelajar ini dijangka akan memasuki IPTS. Pihak kerajaan juga sedang giat

4

Malaysia ke arah hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa, 2020

berusaha untuk meningkatkan pengambilan pelajar antarabangsa ke Malaysia bagi mencapai sasaran 100,000 orang pada tahun 2010. Jadual 1.2 menunjukkan enrolmen pelajar antarabangsa ke IPT di Malaysia berdasarkan negara asal pelajar, dari 2003 hingga 2008. Enrolmen pelajar dari negara China adalah lebih tinggi pada tahun 2003 hingga 2005 berbanding dengan enrolmen tiga tahun yang lepas. Jumlah enrolmen tertinggi pelajar antarabangsa bagi tahun 2008 didahului oleh negara Indonesia (9527), diikuti oleh negara China (8035), Iran (6759), Nigeria (5485), Yaman (4303) dan Arab Saudi (2848). Kerajaan Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha untuk meningkatkan pengambilan pelajar China (di samping pengambilan pelajar Afrika dan Timur Tengah), dan pada peringkat negara, kedua-dua negara telah mula membincangkan tentang pengiktirafan pemindahan kredit antara universiti masing-masing. Salah satu sebab bilangan pelajar China mengalami penurunan sejak tahun 2005 ialah wujud persaingan yang hebat daripada negara lain untuk menarik pelajar China belajar ke negara mereka. Terdapat petunjuk yang menyatakan bahawa pelajar China lebih cenderung melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada dan Singapura. Kemerosotan bilangan pelajar China yang datang ke Malaysia turut berpunca daripada kurangnya kesedaran rakyat China tentang kedudukan Malaysia sebagai destinasi alternatif yang menawarkan sistem pengajian yang berkualiti. Dalam beberapa tahun ini, pembukaan ‘pejabat promosi pendidikan’ Malaysia di Beijing, Emiriah Arab Bersatu, Indonesia dan Vietnam menunjukkan komitmen dan kesungguhan pihak kerajaan dalam menjalankan promosi di luar negara bagi memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi untuk melanjutkan pengajian tinggi.

5

Malaysia ke arah hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa, 2020

Jadual 1.2: Enrolmen pelajar antarabangsa di IPTA dan di IPTS dari 2003 hingga 2008 mengikut negara asal pelajar
Kedudukan 2003 IPTA 1 IPTS 2004 IPTA IPTS 2005 IPTA IPTS 2006 IPTA IPTS 2007 IPTA IPTS 2008 IPTA IPTS

China 10349 119 10230

China 9250 175 9075

China 9317 282 9035

Indonesia 7541 1850 5691

Indonesia 8454 3000 5454

Indonesia 9527 3631 5896

2

Indonesia 5634 1496 4138

Indonesia 6520 1721 4799

Indonesia 6866 1504 5362

China 7310 373 6937

China 6468 1160 5308

China 8035 1583 6452

3

Bangladesh 2136 152 1984

Bangladesh 1635 175 1460

Bangladesh 5712 187 5525

Bangladesh 6517 230 6287

Iran 3678 2049 1629

Iran 6759 3100 3659

4

Pakistan 1158 74 1084 India 930 139 791

Pakistan 1426 129 1297

Pakistan 1949 130 1819

Pakistan 1956 137 1819

Nigeria 2884 258 2626

Nigeria 5485 442 5043

5

Yaman 995 308 687

Yaman 1444 371 1073

Nigeria 1813 117 1696

Bangladesh 2506 309 2197

Yaman 4303 1374 2929

6

Thailand 881 475 406

India 933 171 762

India 1208 211 Iran 1181 997

Iran 1784 736 1048

Yaman 2016 837 1179

Arab Saudi 2848 612 2236

7

Yaman 715 219 496

Thailand 835 360 475

Yaman 1552 457 1095

Bostwana 1490 1 1489 India 1350 257 1093

Bostwana 2350 2 2348

440

741

8

Maldives 562 37 525

Maldives 620 55 565

Thailand 994 493 501

India 1372 209 1163

Sudan 2332 554 1778

9

Sudan 507

Korea Selatan 564

Maldives 753

Thailand 944

Pakistan 1328

Bangladesh 2066

284 10

223

16

548

108

645

464

480

164

1164

386

1680

Singapura 462 172 290

Singapura 537 198 339

Sudan 706 237 271

Sudan 911 278 428

Thailand 1148 719 429

Libya 1880 727 1153

6

Malaysia ke arah hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa, 2020

1.2 Unjuran Pelajar Antarabangsa Di Malaysia Untuk Tempoh 2009 Hingga 2012
Pihak kerajaan berhasrat untuk terus meningkatkan kemasukan pelajar antarabangsa ke Malaysia pada tahun-tahun yang akan datang. Pelbagai inisiatif dan pelan telah dilaksanakan dengan agresif untuk memastikan matlamat ini tercapai. Dalam menghadapi saingan yang sengit dan kompetitif, pihak KPTM telah mengadakan kempen merekrut pelajar antarabangsa di beberapa negara sasaran khususnya negara Timur Tengah dengan mengetengahkan konsep kesamaan sosiobudaya dan agama dengan negara-negara tersebut. Malaysia juga terus menggiatkan usaha merekrut pelajar antarabangsa dari negara Afrika, seperti Botswana, Tanzania dan Mauritius. Semua negara membangun ini memerlukan pembangunan modal insan; dan keperluan latihan yang ditawarkan di Malaysia adalah lebih baik dan mudah difahami. Jadual 1.2 dan Jadual 1.3 menunjukkan unjuran enrolmen pelajar antarabangsa di IPTA dan IPTS untuk tempoh 2009 hingga 2012. Kebanyakan universiti tempatan sedang bekerja keras untuk merekrut lebih ramai pelajar antarabangsa pada tahun-tahun yang akan datang. Rajah 1.2: Unjuran enrolmen pelajar antarabangsa di IPTA dari tahun 2009 hingga 2012
Unjuran Enrolmen Pelajar Antarabangsa di IPTA Malaysia dari 2009 hingga 2012
30000 25000 20000 19895 15000 10000 5000 0 2009 2010 2011 2012 22741 28433 25587

Malaysia

berhasrat

untuk

terus

menjadi

negara

hos

terulung

yang

menawarkan pengajian tinggi transnasional di dunia, selain Hong Kong, 7

Malaysia ke arah hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa, 2020

Singapura

dan

China.

Trend

terkini

menunjukkan

bahawa

terdapat

peningkatan yang ketara bagi pelajar antarabangsa yang melanjutkan pelajaran mereka ke IPTS dan trend ini dijangka akan terus meningkat, seperti unjuran di Jadual 1.3. Jadual unjuran tersebut menunjukkan bahawa enrolmen pelajar antarabangsa mengalami peningkatan sebanyak 7000 pelajar setiap tahun, iaitu bersamaan dengan 28% peningkatan dari 2009 hingga 2012. Pihak kerajaan terus menyokong dan menggalakkan IPTS untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang, khususnya kejuruteraan, pengurusan dan teknikal, sama ada pada peringkat ijazah mahupun pascasiswazah. Rajah 1.3: Unjuran enrolmen pelajar antarabangsa di IPTS dari 2009 hingga 2012
Unjuran Enrolmen Pelajar Antarabangsa di IPTS Malaysia dari 2009 hingga 2012
80000 70000 60000 50000 40000 30000 20000 10000 0 2009 2010 2011 2012 54474 68704 61589 75819

Secara keseluruhan, Malaysia berjaya mencipta momentum untuk menjadi sebuah hab pengajian tinggi bertaraf antarabangsa dan hab perniagaan. Pelbagai strategi dan insentif telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan, antaranya Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 2007-2010 dan Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara, dalam menarik minat universiti antarabangsa yang berprestij dan para pelajar antarabangsa amnya. Selain itu, penubuhan Daftar Kelayakan Malaysia diharap dapat membantu Kerajaan meningkatkan mekanisme penilaian kualiti pengajian tinggi negara kita. Dengan menawarkan pengajian tinggi yang berkualiti pada kos yang berpatutan, Malaysia akan terus menjadi destinasi tumpuan bagi pelajar antarabangsa untuk menyambung pengajian mereka.

8

Faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pengajian pelajar antarabangsa

BAB 2: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PENGAJIAN PELAJAR ANTARABANGSA
Selaras dengan perkembangan dunia global, Malaysia telah menjadi salah sebuah destinasi penting dalam dunia pendidikan pengajian tinggi. Umumnya secara makro, pelajar memilih untuk belajar di luar negara asalnya kerana ingin mendapatkan pengalaman, sistem belajar dan budaya yang baru. Selain itu, pelajar berpendapat bahawa negara yang dipilih dapat menyediakan pelajaran yang bermutu dan lebih baik daripada negara asal mereka. Oleh sebab itu, pelajar berkenaan ingin mempelajari sesuatu yang baru kini. Oleh itu, beberapa faktor mikro telah dijadikan sebab asas oleh pelajar yang memilih Malaysia sebagai destinasi untuk melanjutkan pelajaran mereka. Antara faktor yang didapati menjadi asas ialah pengiktirafan program IPT Malaysia pada peringkat antarabangsa. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia ialah sebuah negara yang banyak mewarisi sistem pendidikan British, masih mengamalkan sistem pendidikan yang bercorak British dan sistem persekolahannya mirip kepada sistem peperiksaan Cambridge. Sehubungan dengan itu, pelajar Malaysia jarang mempunyai masalah untuk memasuki universiti-universiti di United Kingdom. Universiti lain di Amerika Syarikat dan negara Eropah juga mengakui bahawa sistem pendidikan Malaysia sistematik dan berkualiti. Hal ini demikian kerana, program-program yang ditawarkan di universiti tempatan Malaysia juga dikawal rapi bagi memastikan mutunya dari segi kandungan, penyampaian dan penilaian. Banyak program yang ditawarkan di IPT juga mendapat akreditasi daripada badan-badan profesional, universiti luar negara, ISO, dan badan akreditasi kebangsaan, seperti MQA. Semua usaha ini dilaksanakan untuk memastikan mutu program sentiasa konsisten dari segi standard dan mendapat kepercayaan pelajar di dalam dan di luar negara. misalnya dari segi bahasa dan juga memulakan rangkaian perhubungan (networking) baru selaras dengan tuntutan ekonomi global

9

Faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pengajian pelajar antarabangsa

Selain itu, kos sara hidup dan yuran juga adalah berpatutan berbanding dengan negara asal pelajar. Rata-rata kos kehidupan pelajar luar negara di Malaysia adalah rendah kerana kebanyakan mereka tinggal di kawasan berhampiran universiti masing-masing. Kos pengangkutan dapat dikurangkan dan kos penginapan juga berpatutan, terutamanya di dalam kampus. Sebagai contoh kos asrama di USM hanya dalam lingkungan RM4.00 sehari. Namun begitu, kos di luar kampus juga agak berpatutan memandangkan terdapat banyak apartmen dan rumah sewa yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di sekitar kawasan kampus. Di samping itu, yuran yang dibayar pelajar juga adalah berpatutan dan memberikan pulangan yang baik kerana yuran tersebut meliputi: Pengangkutan (contohnya bas IPT) Pejabat pengurusan pelajar antarabangsa Unit kaunseling dan perkhidmatan kaunselor Persatuan pelajar antarabangsa Kemudahan kesihatan (klinik IPT/panel) Kemudahan pembelajaran (perpustakaan/pusat sumber, makmal komputer, bengkel, internet dan sebagainya) Kemudahan sukan dan rekreasi (gelanggang sukan, padang, gimnasium dan sebagainya) Dengan kualiti pendidikan dan kemudahan yang setaraf dengan apa-apa yang ditawarkan oleh universiti-universiti terkemuka di dunia, ramai pelajar antarabangsa menganggap bahawa kos pendidikan di Malaysia adalah nilai untuk wang (Value for Money). Sejak wujudnya syarikat penerbangan tambang murah di seluruh dunia dan di kawasan Asia, perjalanan udara menjadi semakin cepat, mudah dan murah. Kemudahan ini telah memberikan kesan positif kepada kemasukan pelajar luar negara ke Malaysia. Perjalanan pelajar khususnya dari China, Indonesia, dan Thailand adalah amat mudah dan tambangnya begitu murah sekali. Di samping itu, ramai pelajar telah mempunyai rakan atau kaum keluarga yang pernah belajar di Malaysia. Faktor ini telah memberikan keyakinan kepada pelajar baru yang lain untuk datang dan belajar di

10

Faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pengajian pelajar antarabangsa

Malaysia dengan selesa dan mereka mendapat pengetahuan yang cukup tentang Malaysia daripada rakan dan kaum keluarga yang pernah ke Malaysia sebelum ini. Kajian-kajian lepas mendapati bahawa faktor ‘Words of Mouth’ merupakan suatu perkara yang penting dan tahap kepuasan yang tinggi dalam kalangan mereka yang pernah belajar di Malaysia turut menarik rakan dan sanak saudara mereka untuk turut belajar di negara ini. Salah satu faktor yang dititikberatkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed ialah pembangunan IT di Malaysia. Penubuhan Cyberjaya dan beberapa bandar Siber MSC di Malaysia merupakan bukti jelas yang menunjukkan komitmen negara ini terhadap kepentingan IT. Kepentingan ini telah menjadi model kepada semua IPT di Malaysia. Semua IPT di Malaysia mempunyai rangkaian sistem IT yang efisien untuk memberikan kemudahan kepada warga kampus masing-masing. Usaha untuk memberikan perkhidmatan wifi kepada semua warga kampus juga menjadi agenda IT kebanyakan IPT dalam masa terdekat ini. Banyak komunikasi dalam masyarakat kampus telah dilaksanakan melalui penggunaan internet yang dilaksanakan dengan pelbagai program seperti facebook, twitter, moodle dan sebagainya. Faktor keselamatan dan keharmonian masyarakat Malaysia juga telah menjadi daya tarikan penting kepada pelajar luar negara untuk memilih Malaysia sebagai destinasi menyambung pelajaran pada peringkat pengajian tinggi. Sebagai contoh, Laporan Bernama yang bertarikh 29 November 2008 antara lain menyatakan bahawa indeks jenayah di negara ini masih rendah, iaitu 772 kes daripada 100,000 penduduk. Negara lain, seperti Hong Kong mencatat 1,166 kes, Jepun 1,569 dan Australia 4,470 kes. Selain itu, Malaysia ialah sebuah negara yang agak stabil dan tidak terdapat pergolakan sosial dan politik yang serius, seperti yang berlaku dalam kalangan negara jiran. Lanjutan daripada faktor keselamatan, politik negara ini juga dalam keadaan stabil dan rakyat yang berbilang kaum dapat hidup dengan aman.

11

Faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pengajian pelajar antarabangsa

Faktor ini memberikan perspektif positif dalam kalangan bakal pelajar yang berada di luar negara. Model kerjasama dan muhibah dalam kalangan masyarakat Malaysia dengan penekanan kepada konsep Rukun Negara dan kini 1Malaysia mengukuhkan kestabilan negara ini, sekali gus meningkatkan usaha mengantarabangsakan IPT Malaysia. Pelajar luar negara berasa yakin, selamat dan selesa. Sejajar dengan peninggalan sejarah kolonial, rata-rata masyarakat Malaysia masih mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan memuaskan berbanding dengan rakyat di negara jiran, Asia dan Timur Tengah yang lain. Faktor bahasa dan komunikasi adalah penting bagi pelajar yang datang dari luar negara. Pelajar luar negara dapat sekurang-kurangnya menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan masyarakat tempatan dan menyelesaikan segala urusan peribadi dan keluarga mereka. Kehidupan mereka sebagai pelajar dan tetamu negara ini dapat berjalan dengan lancar dan selesa. Malaysia juga agak terkenal sebagai negara Islam yang mengamalkan sikap sederhana dan toleransi yang baik dalam kalangan masyarakat antarabangsa. Di samping itu, Malaysia terkenal sebagai sebuah negara contoh dalam kalangan negara Islam di Timur Tengah, seperti Jordan, Mesir, Iraq, Libya, Yaman, Arab Saudi dan sebagainya. Pelajar luar negara dalam kalangan negara Arab dan pelajar Islam negara lain berasa begitu selesa berada di Malaysia. Mereka dapat hidup, melaksanakan tugas sebagai pelajar dan bergaul dengan selesa dengan masyarakat setempat. Mereka juga bebas beribadat dan melaksanakan ibadat masing-masing bersamasama masyarakat tempatan. Kemudahan untuk beribadat dan mendapatkan makanan halal juga memberikan impak yang positif. Di samping itu, pelajar bukan Islam juga dapat hidup selesa dalam kalangan masyarakat tempatan yang berbilang kaum. Kebanyakkan IPT di Barat memerlukan bukti kukuh kewangan sebelum seseorang diterima belajar di universiti berkenaan. Namun begitu, keadaan

12

Faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pengajian pelajar antarabangsa

di Malaysia agak liberal dan tidak begitu menekan. Misalnya untuk membayar yuran pelajar tidak perlu menunjukkan kunci kira-kira daripada bank. Perkara ini memberi peluang kepada pelajar untuk membawa masuk wang dari semasa ke semasa dan apabila diperlukan sahaja. Faktor kewangan adalah penting dan kelonggaran ini serta sistem perbankan yang maju di negara ini turut menyumbangkan kesejahteraan kepada pelajar asing yang belajar di Malaysia. Malaysia juga menumpukan perhatian yang serius dalam membangunkan industri pelancongannya. Sektor pelancongan penting dari segi kegiatan pertukaran wang asing, menyumbangkan pertumbuhan kepada ekonomi negara, menarik pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan. Kerajaan lebih fokus dalam usaha membaharui kedudukan negara sebagai destinasi pelancongan luar negara utama, di samping meningkatkan usaha secara berterusan bagi mempromosikan pelancongan tempatan. Selaras dengan usaha ini, banyak usaha lain dilaksanakan dari segi mempromosikan pelbagai tempat menarik untuk pelancong asing. Kesempatan untuk melancong sering diambil oleh pelajar asing yang datang mengikuti kursuskursus jangka pendek yang disediakan oleh IPT di Malaysia. Banyak juga diperkatakan dari segi kepelbagaian makanan di Malaysia. Antara komen yang sering kita dengar ialah makanan begitu sedap, halal dan harganya juga murah. Keadaan cuaca di Malaysia juga agak stabil. Menurut Jabatan Kaji Cuaca Malaysia, min cuaca di Malaysia adalah dalam lingkungan 26 hingga 28 darjah Celcius. Cuaca di tanah tinggi pula dalam lingkungan 14 hingga 25 darjah Celcius. Malaysia tidak mengalami iklim bermusim dan perkara ini memberikan nilai tambah dari segi penjimatan kewangan kepada pelajar kerana mereka tidak memerlukan pakaian yang berbeza mengikut musim semasa berada di Malaysia. Di samping itu, IPT di Malaysia sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif untuk meningkatkan kemasukan pelajar antarabangsa dan memberikan

13

Faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pengajian pelajar antarabangsa

kemudahan serta keselesaan kepada mereka. Antara langkah yang diambil: (i) “Jabatan Pelajar di Luar Negara” sentiasa membantu pelajar antarabangsa dalam urusan mendapatkan maklumat lengkap tentang program dan universiti yang bersesuaian dengan minat dan pilihan mereka. Bantuan juga diberikan dari segi urusan permohonan kemasukan, penyemakan status permohonan, urusan imigresen dan perkara yang berkaitan. (ii) IPT juga kerap melaksanakan program yang berjaya mengintegrasikan pelajar dengan masyarakat tempatan, umpamanya aktiviti komuniti seperti projek derma darah, pemeriksaan kesihatan, dan perkhidmatan kepada Orang Kurang Upaya (OKU), anak yatim, rumah orang tua, kanak-kanak kurang bernasib baik dan seumpamanya. (iii) Usaha membantu pelajar di IPT pula giat dilaksanakan oleh IPT bagi meningkatkan daya tarikan pelajar luar negara ke Malaysia. Cadangan jangka pendek, seperti daripada memberikan kemudahan dan menjaga hak pelajar antarabangsa hingga kepada cadangan jangka masa panjang, seperti membenarkan pelajar bekerja sambilan serta membenarkan ahli keluarga mereka berada di Malaysia sepanjang tempoh pengajian mereka juga sedang giat diusahakan. (iv) Aspek sosial dan kebajikan pelajar juga sentiasa dititikberatkan bagi memastikan kesejahteraan mereka ketika berada di negara ini sebagai pelajar luar negara dan tetamu terjamin. Kesimpulannya, faktor yang mendorong pelajar memilih Malaysia adalah sangat penting dan harus diberi perhatian serius. IPT harus peka dengan perkembangan dunia yang bersifat global pada masa ini dan pengerakan manusia tanpa sempadan juga telah mencapai tahap maksimum. Perubahan-perubahan ini harus dilihat secara serius dan IPT perlu bersedia dari pelbagai perspektif. Pengetahuan secukupnya tentang negara asal pelajar, keperluan pelajar, penyediaan infrastruktur kelas pertama dan penawaran program yang diiktiraf dan bermutu tinggi harus dijadikan penanda aras di semua IPT di Malaysia pada setiap masa.

14

Garis panduan yang sedia ada berhubung dengan pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa di Malaysia

BAB 3: GARIS PANDUAN YANG SEDIA ADA BERHUBUNG DENGAN PENGURUSAN DAN PENGAMBILAN PELAJAR ANTARABANGSA DI MALAYSIA
Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh semua IPTS dalam proses merekrut pelajar antarabangsa ke Malaysia. Antaranya merujuk kepada:

3.1 Rekod Dan Prestasi IPTS
Secara umum, IPTS mestilah mempunyai rekod yang baik dari segi pematuhan undang-undang dan peraturan bertulis yang berkaitan dengan pendidikan swasta dan perekrutan pelajar antarabangsa. Mana-mana IPTS yang mempunyai rekod melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan pendidikan swasta serta perekrutan pelajar boleh menyebabkan kelulusan yang diperoleh mereka ditarik balik pada bila-bila masa. Jika terdapat pindaan nama dan pertukaran alamat, pihak IPTS perlu memaklumkan perkara tersebut kepada Sektor Pengurusan IPTS, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), dan KPTM dengan menyertakan salinan surat kelulusan tentang perkara tersebut bagi tujuan pemantauan dan pengesahan.

3.2 Kursus Yang Ditawarkan
Semua kursus yang ingin ditawarkan oleh IPTS kepada pelajar antarabangsa mestilah mendapat standard minimum atau akreditasi daripada MQF (dahulunya MQA). Kursus-kursus yang ditawarkan tersebut juga semestinya masih dalam tempoh sah laku yang telah ditetapkan.

3.3 Unit/Pejabat Pelajar Antarabangsa
IPTS hendaklah mempunyai unit atau pejabat pelajar antarabangsa yang bertanggungjawab dalam semua urusan berkaitan dengan pelajar

15

Garis panduan yang sedia ada berhubung dengan pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa di Malaysia

antarabangsa. Unit atau pejabat ini hendaklah dikendalikan oleh kakitangan yang berkelayakan dan berpengalaman dalam urusan pelajar antarabangsa, khususnya dalam bidang kaunseling. Pejabat ini seharusnya memainkan peranan sebagai pusat sehenti (One Stop Center) bagi memudahkan pelajar mendapatkan semua maklumat yang diperlukan, seperti kemudahan tempat tinggal, urusan visa, insuran dan sebagainya.

3.4 Kemudahan Tempat Tinggal
IPTS hendaklah menyediakan tempat tinggal untuk pelajar antarabangsa. Tempat tinggal ini adalah dalam bentuk asrama yang disediakan oleh institusi berkenaan, rumah atau apartmen sewaan yang diurus penyediaan dan penyeliaannya oleh institusi berkenaan. IPTS bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar yang tinggal di asrama, rumah atau apartmen sewaan di bawah seliaannya. Bilangan pelajar yang mendiami rumah/apartmen/bilik hendaklah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan.

3.5 Pemeriksaan Keselamatan
Pelajar antarabangsa dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan di negara asal dan membawa bersama rekod kesihatan tersebut untuk disahkan oleh pegawai perubatan (doktor) di Malaysia.

3.6 Insuran Pelajar Antarabangsa
IPTS hendaklah menguruskan insuran untuk pelajar antarabangsa yang merangkumi perkhidmatan kesihatan, kemalangan dan kematian. IPTS boleh melantik mana-mana syarikat yang berdaftar di bawah Kementerian Kewangan Malaysia untuk tujuan tersebut. IPT hendaklah memastikan bahawa pakej yang ditawarkan memenuhi kriteria yang ditetapkan (garis panduan pemeriksaan kesihatan dan perlindungan insuran bagi pelajar antarabangsa).

16

Garis panduan yang sedia ada berhubung dengan pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa di Malaysia

3.7 Dasar Pemulangan Yuran Pengajian
IPTS hendaklah menyediakan Buku Panduan Pelajar yang mengandungi maklumat pelbagai yuran dan satu dasar pemulangan yuran dan fi pengajian yang jelas dan mudah difahami oleh pelajar. IPTS juga bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada setiap pelajar tentang dasar dan prosedur pemulangan pelbagai yuran dan fi pengajian sebelum mereka berdaftar dengan institusi berkenaan. Kegagalan memulangkan pelbagai yuran dan fi pengajian yang menjadi hak pelajar membolehkan kelulusan merekrut pelajar antarabangsa ditarik balik.

3.8 Makluman Kepada Kedutaan Negara Asal Pelajar Antarabangsa
IPTS bertanggungjawab menghantar maklumat kepada kedutaan atau konsulat negara asal pelajar antarabangsa mereka dari semasa ke semasa. IPTS dikehendaki menghantarkan senarai nama pelajar antarabangsa yang mengandungi alamat penginapan di Malaysia, jantina, nombor pasport, nama kursus, peringkat pengajian, tarikh mula pengajian dan tarikh tamat pengajian kepada kedutaan atau konsulat negara asal pelajar dalam bahasa Inggeris.

3.9 Rekod Dan Laporan Tahunan Pelajar Antarabangsa
IPTS bertanggungjawab menyimpan rekod pelajar antarabangsa

termasuklah kehadiran dalam kelas. Rekod kehadiran pelajar ini hendaklah dikemukakan apabila diperlukan pada bila-bila masa. Sekiranya pelajar gagal menghadiri kelas tiga hari berturut-turut tanpa sebarang sebab, IPTS hendaklah memaklumkannya kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan satu salinan laporan dikemukakan ke Sektor Pengurusan IPTS, JPT, KPTM. Kegagalan mengemukakan rekod kehadiran pelajar membolehkan kelulusan merekrut pelajar antarabangsa ditarik balik pada bila-bila masa.

17

Garis panduan yang sedia ada berhubung dengan pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa di Malaysia

Laporan Pelajar Antarabangsa hendaklah dikemukakan dua kali setahun (1 Januari hingga 30 Jun dan 1 Julai hingga 31 Disember) ke agensi-agensi berikut: Sektor Pengurusan IPTS, JPT Bahagian Pemasaran & Komersilan Pendidikan Tinggi, JPT, KPTM Jabatan Imigresen Malaysia Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman.

3.10 Pas Pelajar Antarabangsa
Permohonan pas pelajar perlu dibuat melalui IPTS sebelum kemasukan pelajar dengan mengemukakan kepada Jabatan Imigresen: surat tawaran surat daripada IPT kepada Jabatan Imigresen salinan pasport/dokumen perjalanan salinan gambar terkini borang bon persendirian yang disetemkan Pelajar dari negara tertentu perlu mendapatkan visa daripada pihak Kedutaan Malaysia. Proses permohonan mengambil masa tujuh hari bekerja. Pelajar perlu mengemukakan surat tawaran semasa ketibaan dan akan diberikan Pas Khas. Pas Khas perlu dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Negeri untuk mendapatkan Pas Pelajar. Bayaran Pas Pelajar ialah sebanyak RM60.00 setahun/setengah tahun. Bayaran visa bergantung kepada caj negara dan tidak melebihi RM50.00. Permohonan Pas Pelajar boleh dibuat menerusi talian (online) dan pelajar yang ingin menukar IPT perlu mengemukakan permohonan ke ibu pejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya. Permohonan untuk lanjutan Pas Pelajar pula boleh dipohon di Jabatan Imigresen Negeri. Bermula Mei 2007, pelajar antarabangsa akan diberikan i-kad selepas mendapat Pas Pelajar. Pelajar dibenarkan membawa waris, seperti ibu bapa, suami dan anak-anak ke

18

Garis panduan yang sedia ada berhubung dengan pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa di Malaysia

Malaysia dan akan diberikan Pas Lawatan Sosial selama setahun. Pas ini berharga RM90.00. Wakil IPTS perlu menunggu dan menyambut ketibaan pelajar, manakala wakil IPTA tidak diwajibkan berbuat perkara yang sama.

3.11 Permohonan Bekerja Sambilan
Pemegang Pas Pelajar dibenarkan bekerja sambilan selama 20 jam seminggu semasa cuti semester di tempat seperti restoran, stesen minyak, pasar mini dan hotel (tidak termasuk sebagai penyanyi, tukang urut, pemuzik, pegawai perhubungan pelanggan dan kerja-kerja yang tidak bermoral). Pelajar juga tidak dibenarkan bekerja sebagai juruwang. Kebenaran untuk bekerja sambilan perlu dipohon daripada Jabatan Imigresen sekiranya pelajar ingin bekerja sambilan. Kebenaran yang diberikan bergantung kepada kedatangan dan laporan akademik yang memuaskan. Pelajar yang terlibat dalam bidang pekerjaan atau perniagaan sendiri, sama ada sepenuh masa atau sambilan tanpa kebenaran boleh disabitkan bersalah di bawah Undang-undang Imigresen 1959 dan Akta dan Peraturan Imigresen 1963 atau undang-undang lain yang akan memberi kesan kepada pembelajaran mereka.

19

Australia sebagai negara yang menjadi penanda aras dalam pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa

BAB 4: AUSTRALIA SEBAGAI NEGARA YANG MENJADI PENANDA ARAS DALAM PENGURUSAN DAN PENGAMBILAN PELAJAR ANTARABANGSA
4.1 Latar Belakang Pengajian Tinggi Di Australia
Australia mempunyai 39 universiti awam dan dua buah universiti swasta. Kerajaan Australia menanggung kos sebanyak 40% bagi yuran universiti awam dan sebanyak 60% lagi merupakan usaha atau inisiatif universiti sendiri. Sektor pengajian tinggi di Australia merupakan antara pelaburan atau eksport utama negara tersebut dengan anggaran AUD 15 bilion setahun. Pendapatan ini tidak terjejas walaupun dunia sedang menghadapi kegawatan ekonomi. Pelajarnya datang dari 110 negara, terutama dari negara Asia seperti China, India, Hong Kong, Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, negara Timur Tengah seperti Mesir, Oman, Turki, Arab Saudi dan sebilangan kecil dari negara Afrika, khususnya dari Zimbabwe kerana terdapat pertukaran visa semua negara ini dengan Australia.

4.2 Dasar Perkhidmatan Pendidikan Bagi Pelajar Antarabangsa
Semua universiti di Australia merupakan ahli kepada Universities Australia dan Persatuan Universiti-universiti Komanwel (Association of Commonwealth Universities). Program-program pengajian yang ditawarkan oleh universitiuniversiti di Australia dikawal selia oleh badan akreditasi “Australian University Quality Agency” (AUQA). Terdapat tiga badan penting yang dikenal pasti menjadi tulang belakang kepada kerajaan Australia dalam menarik pelajar antarabangsa iaitu Australian Education International (AEI), Education Services for Overseas Students (ESOS) dan IDP Education Pty Ltd (IDP).

20

Australia sebagai negara yang menjadi penanda aras dalam pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa

Australian Education International (AEI)
Australian Education International (AEI) merupakan cabang antarabangsa kepada Australian Government’s Department of Education, Employment and Workplace pendekatan Relations integrasi dan sektor berperanan pengajian dalam tinggi mempromosi Australia dan mengawal/melindungi menerusi

dasar,

penguatkuasaan

undang-undang,

pengambilan antarabangsa dan promosi. Dalam usaha menarik lebih ramai pelajar antarabangsa ke Australia, pihak AEI telah menjenamakan sektor pengajian tinggi Australia dengan slogan “Live, Learn, Grow”. Di samping itu, perhubungan dengan sistem pendidikan British dan pengetahuan tentang negara-negara Komanwel merupakan salah satu faktor yang menyebabkan ibu bapa lebih suka kepada sistem pendidikan di Australia. Kawasan geografinya juga tidak jauh berbeza daripada negara Asia lain berbanding dengan Amerika atau United Kingdom.

Education Services For Overseas Students (ESOS)
Education Services for Overseas Students (ESOS) merupakan rangka kerja perundangan yang berperanan untuk mempertahankan reputasi Australia dalam menyampaikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan kepentingan pelajar antarabangsa; dengan meletakkan standard minimum dan menyediakan tusyen serta jaminan kewangan. Peranan lain ESOS adalah untuk: a) Mempertahankan hak pelajar antarabangsa sebagai pengguna b) Memastikan IPT menjaga pelajar c) Memastikan IPT tidak berlebih-lebihan dalam promosi d) Memastikan IPT menyampaikan perkhidmatan seperti yang dijanjikan Rangka kerja ESOS merangkumi:

a) Education Services for Overseas Students (ESOS) Act 2000 b) Education Services for Overseas Students (ESOS) Regulations 2001 c) The National Code of Practice for Registration Authorities and Providers of Education and Training to Overseas Students (National Code)

21

Australia sebagai negara yang menjadi penanda aras dalam pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa

d) Education Services for Overseas Students (Registration Charges) Act
1997

e) ESOS Assurance Fund Act
Perundangan ESOS jelas memberi manfaat kepada dua kumpulan berikut: a) ESOS hanya melindungi pelajar antarabangsa yang datang ke Australia menerusi visa pelajar. Perkhidmatan tidak melindungi pelajar antarabangsa yang datang menerusi visa selain visa pelajar dan pelajar yang belajar di institusi pengajian Australia yang bertempat di luar negara. b) ESOS menyatakan dengan jelas peranan dan tanggungjawab institusi pendidikan yang ingin mengajar pelajar antarabangsa.

IDP Education Pty Ltd (IDP)
IDP Education Pty Ltd (IDP) merupakan ejen yang merekrut pelajar antarabangsa untuk memasuki sektor pengajian di Australia. IDP menawarkan tempat dan perkhidmatan ‘English language testing’ seperti International English Language Testing System (IELTS) kepada pelajar antarabangsa untuk memasuki semua sistem pendidikan Australia termasuk pengajian tinggi, pendidikan vokasional dan latihan (VET), kursus intensif bahasa Inggeris untuk pelajar antarabangsa (ELICOS) dan sekolah. Menerusi jaringan perhubungan dengan lebih 75 pejabat pelajar di 29 buah negara, IDP telah menempatkan seramai 25,000 pelajar antarabangsa di institusi pendidikan Australia setiap tahun. IDP telah ditubuhkan oleh universiti-universiti Australia pada tahun 1969 dan mempunyai pengalaman hampir 40 tahun dalam pendidikan antarabangsa. Hampir separuh ekuiti IDP dimiliki oleh 38 universiti di Australia menerusi syarikat IDP Education Australia Ltd. Separuh ekuiti IDP pula dimiliki oleh SEEK Ltd, iaitu syarikat pekerjaan dalam talian (online employment) dan latihan yang terkemuka di Australia.

22

Australia sebagai negara yang menjadi penanda aras dalam pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa

Selain itu, IDP menyediakan khidmat nasihat bebas (impartial advice) kepada para pelajar dalam membantu mereka memilih kursus pengajian, menghantar permohonan dan memulakan pengajian di institusi pengajian Australia yang bertepatan/bersesuaian. IDP juga menawarkan perkhidmatan berikut kepada pelajar yang berpotensi dengan tanpa caj: a) Kaunseling bebas (impartial counselling) kepada pelajar dan ibu bapa b) Memberi panduan dalam mengisi dan menghantar permohonan untuk mengikuti pengajian di institusi pengajian Australia c) Certification of qualifications and credentials d) Sokongan berterusan kepada pelajar dan pihak ibu bapa selepas permohonan pengajian telah dihantar e) Creation of Electronic Confirmation of Enrolment on authority of the institution f) Memberi bantuan dalam memproses visa g) Taklimat sebelum berlepas h) Perkhidmatan tambahan lain yang berkaitan dengan permohonan pelajar

4.3 Rekod Pangkalan Data Sistem Pengajian Antarabangsa Dan Imigrasi
Australian Government’s Department of Education, Employment and Workplace Relations telah mewujudkan dua pangkalan data seperti berikut untuk mengawasi perjalanan institusi pengajian tinggi Australia dan pelajar antarabangsa. Kedua-dua pangkalan data ini saling berhubungan dengan jabatan kerajaan yang lain. 1. The

Commonwealth Register Of Institutions And Courses For

Overseas Students (CRICOS)
CRICOS merupakan pangkalan data bagi lebih 1200 institusi pendidikan berdaftar di Australia yang memberi perkhidmatan merekrut, mendaftar dan mengajar pelajar antarabangsa. Setiap institusi pendidikan perlu

23

Australia sebagai negara yang menjadi penanda aras dalam pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa

mendaftarkan semua kursus pengajian yang ditawarkan kepada pelajar antarabangsa. Tiap-tiap institusi pendidikan dan kursus pengajian yang berdaftar dengan CRICOS akan dikenal pasti menerusi nombor CRICOS dan nombor tersebut perlu dipamerkan pada bahan-bahan promosi yang ditawarkan kepada pelajar antarabangsa. Ketiadaan nombor tersebut akan memberitahu bahawa institusi atau kursus tersebut tidak mendapat kelayakan untuk mengajar pelajar antarabangsa. 2. Provider

Registration And International Students Management

System (PRISMS)
PRISMS merupakan sistem komputer terkawal yang menjadi sumber informasi kepada CRICOS. Setiap institusi pendidikan dan kursus pengajian yang ditawarkan serta setiap pelajar antarabangsa yang belajar di Australia memerusi visa pelajar akan disenaraikan di dalam PRISMS. Sistem ini saling berhubung dengan data-data di Department of Immigration and Citizenship (DIAC). Melalui PRISMS, institusi pendidikan akan memaklumkan kepada DIAC tentang kemasukan pelajar dalam sesuatu kursus. Hal ini akan berlaku sebelum pelajar memohon visa pelajar untuk belajar di Australia. Maklumat kemasukan pelajar akan dimasukkan ke dalam Confirmation of Enrolment (CoE) dan dijadikan bukti sewaktu pendaftaran kursus sepenuh masa. CoE merupakan keperluan asas bagi DIAC dalam mengeluarkan visa pelajar. Begitu juga pembekal-pembekal agensi pendidikan menggunakan PRISMS untuk memaklumkan DIAC tentang pelajar yang melanggar syarat-syarat visa pelajar, misalnya pelajar yang ponteng dan tidak hadir ke kelas. Melalui PRISMS juga, bilangan kes pelanggaran visa dan penelitian pelajar dalam laluan yang salah dapat dikurangkan.

24

Australia sebagai negara yang menjadi penanda aras dalam pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa

4.4 Faktor-Faktor Tarikan Dan Kelestarian Pelajar Antarabangsa Ke Australia
Terdapat beberapa faktor yang menjadi daya tarikan dan kelestarian pelajar antarabangsa ke Australia. Antaranya ialah pengiktirafan dan jaminan terhadap kualiti pendidikan yang tinggi kepada universiti dan program yang ditawarkan kepada pelajar antarabangsa. Tumpuan diberi kepada ‘career outcomes’ dan penyelidikan dengan memberi perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi dengan tenaga pengajar yang berkaliber, lembaga akademik, dan integriti akademik. Pelajar boleh mengaplikasikan pembelajaran dalam dunia sebenar. Misalnya Universiti RMIT, merupakan sebuah universiti teknologi yang mengintegrasikan pembelajaran bagi memastikan pelajar dapat bekerja pada tahap maksimum dalam projek ‘internship’ dan pembelajaran koperatif, tidak hanya bertumpu kepada teori. Di samping itu, terdapat program pertukaran pelajar yang membolehkan pelajar melancong dan bekerja dengan syarikat di negara–negara maju, seperti di Jerman ataupun di negara-negara yang kurang maju, iaitu di Negara-negara Dunia Ketiga. Terdapat biasiswa untuk pelajar ini melancong dan mereka diberi gaji yang lumayan semasa mereka membuat ‘internship’ mereka. Program ini merupakan program pertukaran jangka pendek dan dibiayai oleh universiti tersebut. Persekitaran kehidupan di Australia selamat walaupun terdapat satu atau dua kes jenayah yang berlaku yang tidak boleh dielakkan. Misalnya, seorang pelajar RMIT berjalan di tengah bandar pada pukul 2.00 pagi dan dia dibelasah sehingga mati. Oleh sebab itu, pihak universiti di Australia berpendapat bahawa, setiap pelajar yang datang ke Australia mestilah bertanggungjawab menjaga diri dan keselamatannya. Penduduk Australia, yang terdiri daripada pelbagai budaya dan bangsa, membina satu suasana persekitaran di Australia yang begitu harmoni dan sejahtera sehingga tiada orang yang tahu bahawa kita adalah pendatang baru atau tempat asal kita. Masing-masing menghormati bangsa, budaya

25

Australia sebagai negara yang menjadi penanda aras dalam pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa

dan cara kehidupan seharian di Australia. Disebabkan suasana persekitaran yang gembira yang telah diwujudkan sejak turun- temurun timbul istilah “No worries” dan semua orang selesa dengan suasana persekitaran untuk belajar dan bekerja di sana. Semua pelajar yang belajar di sana ingin memohon taraf penduduk tetap (PR) untuk terus tinggal di bumi Australia jika diizinkan. Kemudahan yang disediakan, seperti perkhidmatan pengangkutan awam yang terdiri daripada kereta api, bas, trem, teksi, dan kapal terbang adalah begitu sistematik. Seorang pelajar berasa begitu selesa dan tidak memerlukan kenderaan sendiri seperti kereta kerana sistem penjadualan pengangkutan awamnya adalah begitu sistematik dan menepati masa sebagaimana yang tertera di papan kenyataan di setiap perhentian bas, kereta api, dan trem. Suasana persekitaran sebegini menyebabkan ramai ibu bapa tertarik untuk menghantar anak mereka belajar di sana. Di samping itu, cuaca bagi negara yang beriklim empat musim ini memberi pendedahan baru kepada pelajar yang datang dari negara yang hanya mempunyai satu musim, misalnya Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan sebagainya. Topik utama yang dibincangkan sejak pagi hari ialah cuaca di Australia, yang merupakan satu budaya yang baru bagi pelajar antarabangsa kerana mereka tidak biasa dengan keluhan cuaca yang berbeza-beza di negara sendiri, lebih-lebih lagi cuaca di Melbourne yang sentiasa berubah sehingga kadang-kadang terdapat empat musim dalam sehari. Mereka tidak berpeluang untuk membincangkan topik ini di negara sendiri tetapi di Australia, hal ini merupakan topik utama perbualan seharian mereka. Perbincangan menyebabkan pelajar mengalami pengalaman yang baru dan terpaksa menyesuaikan diri mereka dengan pakaian yang sesuai mengikut musim yang berbeza-beza ini. Oleh sebab itu, keadaan ini secara tidak langsung melatih mereka supaya tidak berasa kekok apabila berada di tempat orang, di samping mereka pandai menyesuaikan diri dengan cuaca yang tidak tentu ini. Pertukaran mata wang asing yang tidak begitu tinggi berbanding dengan negara-negara di United Kingdom dan Amerika Syarikat menyebabkan ibu

26

Australia sebagai negara yang menjadi penanda aras dalam pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa

bapa berasa mereka berkemampuan untuk menghantar anak mereka belajar di Australia. Lagi pun, Australia tidak jauh dari Malaysia, Singapura, Thailand dan negara Asia yang lain. Perjalanan dengan kapal terbang yang mengambil masa lebih kurang tujuh hingga lapan jam membolehkan seorang pelajar boleh pergi dan balik tanpa berasa penat dan lelah dalam perjalanan jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat yang mengambil masa lebih kurang 18 jam hingga 20 jam untuk sampai ke destinasi pengajiannya. Begitu juga, perhubungan akrab yang telah dibina dengan negara-negara Komanwel menunjukkan bahawa perhubungan Australia dengan negara lain adalah baik sekali. Budaya politik yang stabil di negara ini juga menyebabkan pelajar berasa selamat dan terjamin dalam kehidupan seharian mereka. Di Australia, peluang bekerja bagi pelajar antarabangsa adalah besar dan menggalakkan. Hal ini demikian kerana kerajaan Australia meluluskan peraturan baru yang membenarkan pelajar asing secara automatik boleh bekerja sambilan sehingga 20 jam seminggu semasa mereka masih belajar (Bernama, 25 April 2008). Peraturan baru tersebut ada dinyatakan dalam visa pelajar. Semua visa pelajar akan disertakan dengan kelayakan bekerja secara automatik dan hal ini bermakna pelajar tidak perlu membuat permohonan tambahan. Peraturan ini digubal untuk mengurangkan kerenah birokrasi bagi pelajar yang ingin bekerja di Australia. Budaya pelajar bekerja secara sambilan adalah menjadi perkara lumrah di Australia kerana masyarakat beranggapan bahawa semua pelajar antarabangsa mahupun tempatan terpaksa membayar sewa rumah, makan dan minum, tambang perjalanan dan sebagainya. Perkara ini tidak menjadi persoalan besar asalkan pelajar itu pandai mengatur masa belajar dan bekerja serta tidak menjejaskan status pelajarnya. Kerajaan Australia menawarkan visa penghijrahan kemahiran am kepada pelajar antarabangsa yang telah menamatkan pengajian mereka di manamana universiti di Australia dan yang berminat untuk memohon status penduduk tetap di negara tersebut. Peluang pekerjaan berkemahiran seperti

27

Australia sebagai negara yang menjadi penanda aras dalam pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa

doktor, akauntan, jurutera dan teknikal seperti tukang masak, tukang gunting rambut, juruteknik elektrik atau air dan kontraktor rumah adalah begitu tinggi permintaannya dan lumayan gajinya. Hal ini menyebabkan pelajar terus berminat untuk memohon visa PR dan bekerja di Australia. Di samping itu, faktor yang melestarikan pelajar untuk terus belajar atau tinggal di bumi Australia ialah terdapat persatuan Alumni yang sentiasa mengemaskinikan berita, memberi peluang kepada pelajar untuk mencari pekerjaan atau berkumpul dan beramah mesra setelah tamat pengajian mereka dan kembali ke negara masing-masing.

4.5 Pandangan Masyarakat Terhadap Pelajar Antarabangsa Di Australia
Secara keseluruhannya, pandangan masyarakat terhadap pelajar

antarabangsa adalah baik. Secara tidak langsung, hal ini melatih pelajar antarabangsa fasih bertutur dalam bahasa Inggeris kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa ibunda dan bahasa utama di negara itu. Kedatangan pelajar antarabangsa merupakan aset atau pendapatan kepada negara ini, oleh sebab itu, tema yang dibina “Live, Learn, Grow” menjadi satu budaya yang ditanamkan kepada setiap pelajar yang datang belajar ke negara ini.

28

Isu dan masalah dalam menarik pelajar antarabangsa ke Malaysia

BAB

5:

ISU

DAN

MASALAH

DALAM

MENARIK

PELAJAR

ANTARABANGSA KE MALAYSIA
Bab ini akan mengupas isu dan masalah yang berkaitan dengan usaha untuk menarik pelajar antarabangsa ke Malaysia. Tumpuan kupasan meliputi aspek pengiktirafan program pengajian di Malaysia, sistem penyampaian di IPT Malaysia, penyelarasan promosi dan maklumat pengajian di luar negara, kerenah birokrasi oleh jabatan tertentu di Malaysia, dan kualiti kemudahan sokongan yang sedia ada yang ditawarkan.

5.1 Pengiktirafan Program Pengajian Di Malaysia
Beberapa faktor telah dikenal pasti sebagai faktor yang menarik pelajar antarabangsa memilih Malaysia sebagai destinasi untuk melanjutkan pelajaran. Faktor utama ialah pengiktirafan ijazah yang dikeluarkan oleh IPT di Malaysia oleh negara asal pelajar. Program yang ditawarkan di negara ini juga mendapat pengiktirafan di negara lain dan hal ini membolehkan pelajar menyambung pengajian mereka atau bekerja. Pengiktirafan pada peringkat antarabangsa ini merupakan satu faktor yang perlu diberi perhatian dalam mengekalkan mutu pengajian tinggi negara. Tambahan pula, kebanyakan negara melihat universiti di Malaysia memiliki kekuatan dalam aspek pengajaran, penyelidikan, penghasilan artikel dan aspek akademik lain dan kemudahan yang mencukupi. Reputasi antarabangsa ini merupakan satu pengiktirafan yang memberi gambaran bahawa Malaysia mampu menghasilkan siswazah yang cemerlang dalam akademik dan siswazahnya mampu memasuki pasaran kerjaya antarabangsa.

28

Isu dan masalah dalam menarik pelajar antarabangsa ke Malaysia

5.2 Sistem Penyampaian Di IPT Malaysia
Sistem perkhidmatan di IPT Malaysia juga mantap. Sistem ini menyediakan pentadbiran, perkhidmatan dan kemudahan yang sesuai kepada pelajar. Dari aspek pengurusan pelajar antarabangsa, yang paling penting ialah sistem pentadbiran pelajar yang melibatkan urusan kemasukan, imigresen, dan hal ehwal kebajikan yang dilakukan oleh pihak institusi pengajian secara berkesan. Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa wujud juga sistem penyampaian yang lemah di pihak universiti tempatan serta kerenah birokrasi sehingga menyebabkan ada pelajar antarabangsa yang mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di negara sendiri ataupun memilih untuk belajar di negara lain.

5.3 Penyelarasan Promosi Dan Maklumat Pengajian Di Luar Negara
Kehadiran pelajar antarabangsa yang ramai di Malaysia merupakan hasil pelbagai promosi yang dilakukan. Usaha mempromosikan sektor pengajian tinggi Malaysia banyak dijalankan oleh Jabatan Pelajar Malaysia di luar negara. Di samping usaha promosi, pegawai-pegawai Malaysia di luar negara juga banyak membantu calon yang berpotensi dalam urusan mendapatkan maklumat lengkap tentangi program dan universiti yang bersesuaian dengan minat dan pilihan mereka. Mereka juga membantu calon dalam urusan permohonan kemasukan dan semakan status permohonan serta memberikan maklumat tentang urusan imigresen dan maklumat lain yang berkaitan. Walau bagamanapun, kajian mendapati wujud kekurangan maklumat tentang pendidikan dan IPT tempatan. Hal ini membayangkan kurangnya inisiatif KPTM di luar negara. Selain itu, terdapat kekurangan bahan promosi pendidikan untuk edaran di luar negara, khususnya bahan yang berkaitan dengan peringkat KPTM dan universiti-universiti yang diiktiraf di luar negara. Terdapat juga kekurangan penyelarasan dan bantuan oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung dalam program promosi pengajian

29

Isu dan masalah dalam menarik pelajar antarabangsa ke Malaysia

tinggi negara. Selain bahan promosi bercetak, terdapat juga kekurangan maklumat lengkap dalam laman web IPTA dan IPTS untuk pelajar antarabangsa, khususnya untuk warga Arab dan warga China.

5.4 Kerenah Birokrasi Oleh Jabatan Tertentu Di Malaysia
Terdapat beberapa kerenah birokrasi yang dilaporkan oleh IPT. Antara kerenah tersebut ialah: a. Proses permohonan pelajar ke IPT tidak sistematik dan lambat. b. Sistem penyampaian dan pemprosesan yang terlalu lemah di pihak universiti tempatan (khususnya IPTA). c. Peraturan yang ketat tentang pelajar antarabangsa yang ingin bekerja sambilan di Malaysia d. Proses pembaharuan visa pelajar yang rumit dan mengambil masa yang lama - ketiadaan visa menyebabkan pergerakan terhad, terutama bagi mereka yang ingin pulang bercuti ke negara asal dan kembali semula. e. Pihak Imigresen memerlukan pelajar membayar dan menukar visa pelajar setiap kali membuat pertukaran kursus dan sebagainya. Kebanyakan pelajar membuat keputusan untuk terus pulang ke negara asal kerana kerenah birokrasi. f. Keperluan insuran kesihatan yang agak kabur menyebabkan pelajar tiba tanpa pemeriksaan yang lengkap. Ada kalanya pelajar diusir (deport) setelah pemeriksaan kesihatan yang lebih teliti dilakukan. g. Kebenaran perlu dipohon kepada Jabatan Imigresen sekiranya pelajar ingin bekerja sambilan. Kebenaran yang diberikan bergantung kepada kedatangan dan laporan akademik yang memuaskan. Secara realitinya, perkara ini tidak dipantau sepenuhnya oleh pihak universiti dan majikan yang terbabit.

30

Isu dan masalah dalam menarik pelajar antarabangsa ke Malaysia

5.5 Kualiti Kemudahan Sokongan Yang Sedia Ada Yang Ditawarkan
Kebanyakan pelajar antarabangsa memilih untuk menyambung pengajian di negara ini kerana kemudahan yang ditawarkan memuaskan. Selain itu, Malaysia juga mempunyai kelengkapan infrastruktur dan kemudahan teknologi yang baik. Semua perkara ini merupakan aspek sokongan yang penting bagi mereka. Di IPT juga terdapat kemudahan sokongan yang sedia ada yang berkualiti. Kemudahan sokongan asas yang disediakan oleh IPT adalah lengkap dan mencukupi seperti penginapan (asrama dalam kampus/apartmen dan rumah sewa di luar kampus) yang diuruskan oleh IPT. Pengangkutan (contohnya bas IPT), pejabat pengurusan pelajar antarabangsa, unit kaunseling dan perkhidmatan kaunselor, persatuan pelajar antarabangsa, kemudahan kesihatan (klinik IPT/panel), kemudahan pembelajaran, (perpustakaan/pusat sumber, makmal komputer, bengkel, internet dan sebagainya). Kemudahan sukan dan rekreasi (gelanggang sukan, padang, gimnasium dan sebagainya.) juga amat dititikberatkan di kebanyakan IPT. Oleh hal yang demikian, dalam usaha untuk menjadi hab pendidikan pelajar antarabangsa, IPT hendaklah mempunyai atau mengemas kini unit atau pejabat pelajar antarabangsa yang bertanggungjawab dalam semua urusan yang berkaitan dengan pelajar antarabangsa. Unit atau pejabat ini hendaklah dikendalikan oleh kakitangan yang berkelayakan dan berpengalaman dalam urusan pelajar antarabangsa, khususnya dalam bidang kaunseling. Dari aspek kemudahan tempat tinggal pula, IPT hendaklah menyediakan tempat tinggal yang sesuai untuk pelajar antarabangsa. Tempat tinggal ini ialah asrama yang disediakan oleh institusi berkenaan atau rumah/apartment sewaan yang diurus oleh institusi berkenaan. IPT juga memikul bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar yang tinggal di asrama, rumah atau apartmen sewaan di bawah pengurusannya. Bilangan

31

Isu dan masalah dalam menarik pelajar antarabangsa ke Malaysia

pelajar yang mendiami rumah/apartmen/bilik hendaklah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan.

32

Isu dan masalah sosial pelajar antarabangsa di Malaysia

BAB 6: ISU DAN MASALAH SOSIAL PELAJAR ANTARABANGSA DI MALAYSIA
6.1 Keselamatan Pelajar Antarabangsa Di Malaysia
Dalam proses membuat pilihan destinasi pendidikan, pelajar antarabangsa menilai keselamatan sesebuah negara dari dua perspektif; (1) keselamatan untuk didiami dan (2) keselamatan untuk belajar. Oleh sebab itu, tahap kestabilan politik dan ketenteraman awam sesebuah negara akan menjadi kayu ukur (Sato, 2005). Hal ini demikian kerana kestabilan politik dapat menjamin kestabilan sesebuah kerajaan dan seterusnya memastikan ketenteraman awam. Keselamatan pelajar antarabangsa mungkin tergugat jika ketidakstabilan politik berlaku dan negara itu terdedah kepada aktiviti pengganas ataupun elemen subversif. Perasaan tidak selamat juga boleh timbul seandainya terdapat kadar jenayah yang tinggi, sama ada yang melibatkan pelajar antarabangsa ataupun tidak. Dalam konteks Malaysia, isu keselamatan pelajar antarabangsa lebih berkait dengan soal ketenteraman secara umum (Mortadza Nazarene, 2009). Ketenteraman sesebuah negara dicerminkan oleh kadar jenayah dan tahap penguatkuasaan undang-undangnya, termasuklah polisi kerajaan yang berkait rapat dengan hal ehwal pelajar antarabangsa seperti visa pelajar, kemudahan tempat tinggal, pemeriksaan keselamatan, insuran, pas pelajar dan sebagainya. Secara umum, keselamatan pelajar antarabangsa di Malaysia terjamin dan negara ini masih dianggap sebagai sebuah destinasi pendidikan yang ideal (Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, 2007; Tourism Malaysia, 2008), sebagaimana yang ditegaskan dalam kenyataan berikut (Khaleej Times, 2007, ms:1): “A round of the campus in the various universities and private colleges reaffirms this belief (that Malaysia is a safe education destination). The campus and the city is safe and secure heaven for students and provide all 32

Isu dan masalah sosial pelajar antarabangsa di Malaysia

possible comforts to make their new surroundings conginial”. Namun begitu, beberapa insiden keganasan yang mengakibatkan kematian dan kecederaan pelajar antarabangsa kebelakangan ini menarik perhatian pelbagai pihak kerana insiden berkenaan berkait dengan isu keselamatan pelajar luar negara di Malaysia: Tiga orang pelajar antarabangsa telah diserang oleh 20 hingga 40 pelajar tempatan dari kolej yang sama kerana kurang menyenangi pelajar antarabangsa terbabit yang keluar dengan wanita tempatan (Singh, 2008). Pelajar antarabangsa dibunuh di Station LRT oleh sekumpulan lelaki selepas berlaku perselisihan faham (“Chadian dies in assault”, 2008). Pelajar antarabangsa terbunuh dalam serangan di restoran berdekatan dengan universiti, disebabkan kesilapan identiti (Tamil Times, 2008; South Asian Focus, 2008). Masalah tersebut tidak berleluasa di Malaysia. Insiden-insiden yang

dinyatakan di atas hanya melibatkan pelajar IPTS dari negara tertentu sahaja. Meskipun begitu, kejadian tersebut boleh memberi impak negatif terhadap persepsi pelajar antarabangsa tentang tahap keselamatan mereka di negara ini. Merujuk kepada kes pelajar antarabangsa yang diserang disebabkan kesilapan identiti, seorang pelajar antarabangsa menyatakan bahawa “I think it’s time (for me) to pack up my bags and go back home. I regret coming here to study. I mean what if it had happened to me, considering that the victim was innocent” (Malaysia News Net, 2008). Memang lumrah jika perasaan kurang selamat akan timbul dalam kalangan pelajar selepas sesuatu insiden yang tidak diingini berlaku terhadap rakan senegara mereka. Walau bagaimanapun, pelajar antarabangsa yang lain dipercayai masih mempunyai keyakinan terhadap tahap keselamatan mereka di negara ini.

33

Isu dan masalah sosial pelajar antarabangsa di Malaysia

Hal ini menjadi kayu ukur terhadap ketenteraman sesebuah negara sebagai destinasi pendidikan kerana ketenteraman tersebut turut dipengaruhi oleh elemen lain, khususnya kadar jenayah sesebuah negara terbabit (Mortadza Nazarene, 2009; Sato, 2005). Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (2009), tahap jenayah di negara ini masih terkawal walaupun terdapat peningkatan dari segi bilangan kes sepanjang tempoh 1998 hingga 2008 (Jadual 6.1). Peningkatan ini merupakan senario biasa yang dipengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya pertambahan bilangan penduduk dan perkembangan kegiatan ekonomi (Mortadza Nazarene, 2009). Jadual 6.1 menunjukkan bahawa pada tahun 2007 terdapat 209,559 kes jenayah di Malaysia dan sebanyak 37,817 merupakan kes jenayah keganasan (Jadual 6.2). Namun begitu bilangan kes yang melibatkan pelajar antarabangsa adalah amat kecil. Pada tahun 2007, hanya terdapat dua kes yang membabitkan pelajar antarabangsa; satu kes peras ugut dan satu kes yang menyebabkan kecederaan. Selain itu, menurut Polis Diraja Malaysia (2009), pada tahun 2008, hanya terdapat dua kes jenayah yang mengakibatkan kematian pelajar antarabangsa. Namun begitu, secara keseluruhan kadar jenayah keganasan di negara ini masih terkawal dan tidak menggugat keselamatan pelajar antarabangsa yang menuntut ilmu di sini.

34

Isu dan masalah sosial pelajar antarabangsa di Malaysia

Jadual 6.1: Statistik jenayah di Malaysia dari 1998 hingga 2008 Tahun 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 Populasi 20,573,700 22,711,900 23,256,100 23,795,300 24,526,500 25,048,300 25,580,900 26,127,500 26,640,100 27,143,700 27,590,400 Kes 158, 808 169, 063 167,130 156, 401 148, 978 156, 238 156, 363 157, 365 196, 780 209, 559 211, 645 Kes/100,000 Populasi 722 744 719 657 607 624 611 602 739 772 767

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia, 2008 Jadual 6.2: Statistik jenayah keganasan di Malaysia pada tahun 2007 Tahun Januari hingga Disember 2007 Indeks Jenayah Pembunuhan Rogol Rompakan bersenjata api Rompakan tanpa senjata api Rompakan bersenjata Rompakan tanpa senjata Menyebabkan kecederaan* Jumlah *Kes yang melibatkan pelajar kecederaan; 1 kes peras ugut Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia, 2008 654 3494 182 21,804 76 4959 6648 37,817 antarabangsa: 1 kes Kes/ 100,000 Populasi 2.37 12.66 0.66 79.03 0.28 17.97 24.10 137.07 menyebabkan

35

Isu dan masalah sosial pelajar antarabangsa di Malaysia

6.1.1 Isu Dan Masalah Sosial
Pelajar antarabangsa juga menghadapi masalah sosial sesama mereka. Perbezaan pendapat dalam isu politik antara kelompok tertentu merupakan salah satu punca berlakunya perselisihan faham antara pelajar antarabangsa (Govindan Nair & Ching, 2009). Konflik ini timbul kerana perbezaan ideologi politik dan isu semasa yang berlaku di negara asal pelajar (contohnya; antara Iran dan Iraq, India dan Pakistan, sesama rakyat Palestin). Implikasinya, interaksi sosial antara kelompok tertentu mungkin terhad, namun hal ini jarang membawa kepada insiden keganasan dan jenayah yang membimbangkan. Selain itu, kegagalan untuk mengadaptasikan diri dalam suasana kehidupan di Malaysia juga merupakan satu masalah yang dihadapi oleh sesetengah pelajar antarabangsa. Sikap kurang mesra masyarakat tempatan terhadap pelajar dari negara tertentu menyebabkan mereka berasa terasing dan tidak dapat menyesuaikan diri di negara ini. Kedatangan mereka dirasakan tidak diingini. Hal ini boleh memberi kesan negatif terhadap psikologi dan tingkah laku pelajar antarabangsa. “Students blamed the hostile environment they encountered in Malaysia that forced many of them to alcoholism and other anti-social behaviour” (Chew, 2008:1). Keadaan bertambah buruk apabila pelajar antarabangsa berasa mereka diberi layanan yang kurang adil oleh masyarakat tempatan. Sebagai contoh, pelajar dari negara tertentu (kulit hitam) sering menghadapi masalah tempat tinggal di luar kampus kerana keengganan masyarakat tempatan untuk menyewakan premis mereka kepada pelajar tersebut (Lee, 2008; Yip, 2009). Isu lain yang melibatkan pelajar antarabangsa adalah seperti pergaulan bebas yang menyebabkan kehamilan (Tan, 2009). Namun begitu, tiada statistik rasmi bagi menentukan sejauh manakah keseriusan masalah tersebut.

36

Isu dan masalah sosial pelajar antarabangsa di Malaysia

6.2 Kebajikan Pelajar Antarabangsa Di Malaysia
Pelajar antarabangsa juga berdepan dengan isu-isu kebajikan, seperti polisi pemulangan wang pendaftaran yang berbeza-beza mengikut IPT. Kajian turut menunjukkan bahawa tidak ada keseragaman antara institusi di Malaysia berhubung dengan isu tersebut. Sehubungan dengan ini, terdapat juga kes apabila IPTS menyimpan pasport pelajar. Tindakan sedemikian bukan sahaja menyukarkan urusan perpindahan pelajar ke IPT lain malahan menidakkan hak mereka untuk memilih destinasi pendidikan (Husni Hassan & Sulaidi Rahim, 2009). Pelajar-pelajar ini mungkin berasa tertekan kerana bimbang akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa kerana tiada pengenalan diri. Hal ini akan meningkatkan tahap kebimbangan mereka terhadap isu keselamatan diri.

6.3 Persepsi Masyarakat Tempatan Terhadap Pelajar Antarabangsa
Secara umum, penerimaan masyarakat tempatan tidak begitu positif terhadap pelajar antarabangsa dari sesetengah negara. Hal ini dipercayai merupakan punca dua orang pelajar antarabangsa membunuh diri pada hujung tahun 2008 (Chapman, Lim & Kulasagaran, 2008). Menurut Chapman, Lim & Kulasagaram (2008), pelajar antarabangsa dari sesetengah negara mengalami tekanan kerana dipinggirkan oleh masyarakat tempatan. “Many are so stressed out that they even resort to suicide, some even have to put up with racial slurs and insults on a daily basis”. Antara faktor yang mungkin menyebabkan pelajar dari negara tertentu tidak disenangi masyarakat tempatan adalah seperti berikut: Budaya gemar berpesta pada waktu malam hingga mabuk telah mengganggu ketenteraman awam. Pelajar antarabangsa ini dianggap agresif dan gemar membuat bising (Govindan Nair & Ching, 2009). Jenayah (misalnya, black money, sindiket pengedaran dadah, penipuan, email scammers dan sebagainya) yang melibatkan warga asing dari negara tertentu menyebabkan masyarakat mempunyai stigma negatif terhadap pelajar yang juga berasal dari negara tersebut (Obioha, 2009).

37

Isu dan masalah sosial pelajar antarabangsa di Malaysia

Percanggahan budaya, misalnya gangguan yang diterima oleh kaum wanita. “We have had many complaints from women that they were harrassed. They asked for telephone numbers and even dates in an intimidating way. May be such acts are common in their country but we certainly do not like it here” (Yip, 2009). Selain itu, kehadiran pelajar antarabangsa yang terlalu ramai dalam sesebuah komuniti juga mungkin menyebabkan ketidaksenangan masyarakat tempatan seandainya ada dalam kalangan mereka yang terlibat dengan jenayah. Hal ini terjadi kerana kes-kes jenayah yang dilakukan oleh pelajar antarabangsa, walaupun terpencil bilangannya, boleh menyebabkan masyarakat berpandangan serong terhadap mereka dan menguatkan lagi stigma negatif terhadap pelajar dari luar negara. Jadual 6.3 menunjukkan kadar jenayah yang membabitkan pelajar antarabangsa. Hanya terdapat 10 kes pada tahun 2008, bilangan ini agak kecil tetapi cukup untuk membentuk stigma negatif masyarakat terhadap pelajar antarabangsa, khususnya pelajar dari negara tertentu, sebagaimana yang digambarkan oleh kenyataan tersebut “The locals associate students from certain countries with crime because of a few students” (Chapman, Lim & Kulasagaram 2008:2). Jadual 6.3: Statistik jenayah yang membabitkan pelajar antarabangsa pada tahun 2008 Jenis Jenayah Menyebabkan Kecederaan Peras Ugut Rusuhan Jumlah Bilangan 2 6 2 10

Sumber: Polis Diraja Malaysia, 2008 Jenayah dadah merupakan satu lagi isu yang melibatkan pelajar

antarabangsa. Jadual 6.4 memaparkan statistik berkenaan. Mengikut

38

Isu dan masalah sosial pelajar antarabangsa di Malaysia

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (2009), pada tahun 2007 terdapat sebanyak 53,493 kes tangkapan di bawah Akta Dadah Berbahaya tahun 2008. Jadual 6.4: Statistik tangkapan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tahun 2007 Kategori Tangkapan Seksyen 39B ADB 1952 Seksyen 39A(2) ADB 1952 Seksyen 39A(1) ADB 1952 Lain-lain Seksyen ADB 1952 Lain-lain Seksyen ADB 1952 Seksyen15(1)(a)ADB1952 Jumlah Tahun 2008 *Penagihan dadah: 19 kes; **Pengedaran dadah: 1 kes Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia, 2008 Jadual 6.5 menunjukkan statistik kes jenayah komersial yang melibatkan warga asing pada tahun 2007. Sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual tersebut, kes penipuan merupakan jenayah komersial yang paling kerap dilakukan oleh warga asing. Faktor peningkatan bilangan kes tersebut perlu diteliti dan ditangani bagi membendung rasa kurang senang masyarakat tempatan terhadap kehadiran pelajar antarabangsa di dalam komuniti setempat. Jumlah Tangkapan 2,080 1,233 20,628 2,789 20,628 26,763 53,493 12 Penagihan dadah: 7 * Pengedaran dadah: 5** Kes yang Melibatkan Pelajar Antarabangsa 1952, 12 daripada kes tersebut membabitkan pelajar antarabangsa. Bilangan tersebut telah bertambah kepada 20 kes pada

39

Isu dan masalah sosial pelajar antarabangsa di Malaysia

Jadual 6.5: Jenayah komersial warga asing pada tahun 2007 Kesalahan Tipu Penipuan lain (Sek. 415-419) Kad Kredit Kes Jenayah Lain (Seksyen 192 KK, 292 KK, 403 KK dan sebagainya) Jumlah Sumber: Statistik terpilih daripada Polis Diraja Malaysia, 2009 Dalam konteks pelajar antarabangsa, tidak hairanlah bahawa kes penipuan seperti black money dan pemalsuan kad kredit turut dilaporkan (Polis Diraja Malaysia, 2009). Terdapat juga pelajar antarabangsa IPTS yang ditangkap kerana menipu warga negara yang lain. “All students of a private college here have been arrested for running an Internet scam, cheating foreigners into applying non-existing jobs...sent out email using the letterhead of a leading telecommunication service provider to dupe unsuspectnig victims from as far as Britain, Pakistan, India, Dubai, and the Philipines” (Student held, 2008:1). Kes lain yang melibatkan pelajar luar negara adalah seperti pelacuran, salah guna pas pelajar, berniaga kenderaan sewa tanpa permit, kenderaan tidak mempunyai cukai jalan dan penglibatan pelajar dengan sindiket pekerja asing. Kes jenayah yang membabitkan warga asing dan pelajar antarabangsa ini boleh menjejaskan imej warga asing pada kaca mata masyarakat sehingga menyebabkan stigma berlaku. Lebih-lebih lagi kes seperti black money yang membabitkan warga negara tertentu telah mendapat liputan media yang meluas pada peringkat antarabangsa. Oleh sebab itu, masyarakat mungkin beranggapan bahawa individu dari negara tersebut tidak boleh dipercayai. 194 Kes Yang Melibatkan Warga Asing 124 20 16 34

40

Isu dan masalah sosial pelajar antarabangsa di Malaysia

Sebagaimana yang telah diutarakan, konflik antara penduduk setempat dengan warga asing lazimnya disebabkan oleh isu-isu sosial. Penerimaan negatif peduduk setempat terhadap pelajar antarabangsa dari negara tertentu dapat digambarkan oleh kenyataan-kenyataan berikut (Yip, 2009): “The residents are so tired of the foreigners’ rowdy behavior”. “They had been a nuisance to residents”. “We have many complaints from women that they were harrassed. They were asked for telephone numbers and even dates in an intimidating way” “They have been reports of drug abuse and thefts since they (international students) moved in two years ago” “Couples (international students) display their affection explicitly in public. It is not appropriate in our society but they even do this infront of our children” Secara ringkas, layanan yang diberikan kepada pelajar antarabangsa boleh diibaratkan sebagai pendatang tanpa izin. Masyarakat tempatan didapati bersikap prejudis terhadap pelajar antarabangsa, khususnya mereka yang datang dari Afrika. Komuniti tempatan beranggapan bahawa pelajar antarabangsa Afrika, Pakistan dan Arab Saudi tidak beradab dan sombong. Persepsi negatif ini kadangkala menyukarkan pelajar antarabangsa menyewa rumah di luar kampus ekoran protes daripada masyarakat tempatan, sehinggakan pelajar antarabangsa ini berasa: “It is not morally right for the landlords, who had taken rental from their tenants, to suddenly ask them to leave...the students have not done anything to the locals” (Yip, 2009). Meskipun begitu, masyarakat di Malaysia secara umum boleh menerima pelajar antarabangsa dari negara Timur Tengah, Asia dan negara Barat. Hal ini mungkin disebabkan persamaan yang dikongsi bersama seperti budaya dan agama. Hubungan positif antara pelajar antarabangsa dengan masyarakat tempatan boleh terbentuk melalui aktiviti komuniti seperti projek derma darah, pemeriksaan kesihatan dan perkhidmatan kepada orang

41

Isu dan masalah sosial pelajar antarabangsa di Malaysia

kurang upaya (OKU), anak yatim, rumah orang tua, kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan sebagainya (Hasni Hassan & Sulaidi Rahim, 2009). Penglibatan pelajar antarabangsa dalam kerja-kerja amal boleh membantu mereka membentuk imej positif dalam kalangan masyarakat tempatan.

6.4 Persepsi Pelajar Antarabangsa Terhadap Masyarakat Tempatan
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sesetengah pelajar tidak berpuas hati dengan masyarakat Malaysia yang kurang selesa dengan kehadiran mereka. Pelajar turut berpendapat bahawa pengawai penguatkuasa seperti polis, imigresen dan pihak berkuasa tempatan memberi layanan berbeza terhadap mereka. Pihak penguatkuasa lazimnya melakukan pemantauan yang lebih ketat terhadap warga asing. Akibatnya, pelajar antarabangsa sering ditangkap kerana melakukan kesalahan kecil seperti memandu melebihi had laju dan tidak memakai tali pinggang keledar. Untuk melepaskan diri, mereka sering merasuah pegawai berkenaan (Hasni Hassan & Sulaidi Rahim, 2009). Isu lain yang dihadapi oleh pelajar antarabangsa boleh dibahagikan kepada masalah disiplin, sosial dan akademik (Jadual 6.6). Jadual 6.6: Masalah disiplin, sosial dan akademik Kategori Masalah Masalah Sosial Butiran Perbezaan budaya menyebabkan kejutan budaya dalam kalangan pelajar. Tidak dapat menyesuaikan diri (home sickness). Masalah komunikasi bagi sesetengah pelajar. Tedapat jurang pemahaman budaya antara pelajar antarabangsa dengan tempatan. Tidak dapat menyesuaikan diri dengan makanan tempatan khususnya pelajar dari China dan Timur Tengah. Masalah Disiplin Tidak berdisiplin dalam pengajian (seperti lewat masuk kelas dan kehadiran yang kurang memuaskan). Pelajar tidak patuh kepada peraturan dan undangundang yang ditetapkan, seperti melakukan vandalisme terhadap perabot asrama dan berpakaian tidak sopan

42

Isu dan masalah sosial pelajar antarabangsa di Malaysia

semasa menghadiri kelas. Masalah Akademik Tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem pengajian Malaysia atau sebaliknya, sistem pengajian di negara ini tidak seperti yang dijangka oleh pelajar. IPTS pernah menghantar pulang pelajar ke negara asal tanpa menghabiskan pengajian kerana menghidap sakit mental – kes terpencil. Sebagai kesimpulan, pelajar antarabangsa berdepan dengan pelbagai isu sosial, kebajikan, disiplin dan akademik. Penerimaan masyarakat setempat dan penyesuaian diri dalam persekitaran baru merupakan isu utama yang perlu dihadapi oleh pelajar antarabangsa, khasnya mereka yang datang dari negara tertentu.

43

Tindakan-tindakan yang telah diambil untuk menangani isu dan masalah pelajar antarabangsa di Malaysia

BAB 7: TINDAKAN-TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL UNTUK MENANGANI ISU DAN MASALAH PELAJAR ANTARABANGSA DI MALAYSIA
Bab ini membincangkan tentang tindakan-tindakan yang telah diambil oleh semua pihak dalam menangani isu dan masalah pelajar antarabangsa di negara ini. Semua langkah ini merupakan langkah yang sedia ada yang telah dijalankan oleh kerajaan dan pihak IPT dalam mengatasi isu dan masalah pelajar antarabangsa di negara ini. Langkah-langkah yang dijalankan ini merupakan manifestasi kesediaan semua pihak untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pelajaran ke negara ini.

7.1 Menangani Masalah Sosial Pelajar Antarabangsa
Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan bagi menangani masalah sosial pelajar antarabangsa di Malaysia. Antara langkah tersebut termasuklah pada tahun 2007, kerajaan telah memperkenalkan I-KAD pelajar. Maknanya, pelajar cuma membawa kad tersebut sebagai tanda pengenalan untuk urusan rasmi mereka sepanjang mereka berada di negara ini. Kad ini pula mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terkini dan hal ini menjamin kad berkenaan tidak dapat diklon oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, misalnya untuk dijual kepada pendatang tanpa izin. Oleh yang demikian, kad ini dapat menjamin pelajar antarabangsa tidak akan menjadi mangsa sindiket yang mengklon identiti mereka. IPT juga telah mengambil inisiatif sendiri bagi mengatasi masalah sosial pelajar antarabangsa. Terdapat IPT yang mengadakan orientasi bagi pelajar baru dengan program seperti ‘Buddy Program’ dan ‘Cultural Induction’ untuk memastikan pelajar antarabangsa dapat menyesuaikan diri di negara ini. Dengan Program adanya ini juga program seperti ini, pelajar antarabangsa dapat dan memahami dan menghormati pelbagai budaya yang ada di negara ini. membolehkan pelajar tempatan memahami menghormati budaya pelajar antarabangsa yang datang dari negara yang berlainan di seluruh dunia.

43

Tindakan-tindakan yang telah diambil untuk menangani isu dan masalah pelajar antarabangsa di Malaysia

Didapati IPT di negara ini mempunyai kaunselor yang bertauliah bagi membolehkan pelajar antarabangsa mendapatkan khidmat mereka sekirannya diperlukan. Hal ini merupakan satu aspek yang amat penting terutamanya bagi membantu pelajar antarabangsa yang buat kali pertama tinggal berjauhan daripada keluarga dan mungkin ada antara mereka menghadapi kejutan budaya dan berhadapan dengan masalah peribadi, seperti masalah sosial, kewangan dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan khidmat kaunseling amat berguna kepada pelajar antarabangsa, terutamanya bagi mereka yang baru sampai untuk mengikuti pengajian mereka di sini. Terdapat juga sebilangan kecil pelajar antarabangsa yang berhadapan dengan masalah yang serius dan diberi kaunseling. Sekiranya masalahnya tidak dapat diatasi, pelajar tersebut akan dibawa ke Penal Disiplin IPT. Terdapat beberapa langkah lain yang dijalankan oleh IPT. Langkah tersebut termasuklah mengadakan perbincangan dengan pelajar antarabangsa dari semasa ke semasa dan memantau disiplin serta kemajuan akademik pelajar yang bermasalah. IPT juga menganjurkan aktiviti sukan dan permainan, rekreasi, kelab dan persatuan di samping ceramah daripada pihak IPT sendiri ataupun pihak luar IPT. Semua aktiviti ini amat bermakna bagi pelajar antarabangsa dan sayugia diingatkan di sini bahawa aktiviti seperti sukan dan permainan, rekreasi, kelab dan persatuan juga melibatkan pelajar tempatan. Tuntasnya, tindakan ini membolehkan pelajar antarabangsa berinteraksi dengan pelajar tempatan bukan hanya semasa kuliah atau tutorial, malah di padang sukan dan permainan dan tempat lain yang ada aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar antarabangsa dan tempatan.

7.2 Merapatkan Jurang Antara Pelajar Antarabangsa Dan Masyarakat Tempatan
Terdapat beberapa langkah yang sedia ada bagi merapatkan jurang antara pelajar antarabangsa dengan masyarakat tempatan. Antara langkah tersebut termasuklah IPT menganjurkan aktiviti rekreasi/karnival sukan seperti

44

Tindakan-tindakan yang telah diambil untuk menangani isu dan masalah pelajar antarabangsa di Malaysia

pertandingan persahabatan bola sepak, futsal, bola keranjang dan badminton. Aktiviti seperti ini sudah pasti membolehkan pelajar antarabangsa mengenali masyarakat tempatan dengan lebih dekat dan merapatkan jurang antara mereka. IPT juga didapati menganjurkan aktiviti amal dengan pihak NGO seperti pemeriksaan kesihatan, projek derma darah dan gotong-royong. Aktiviti amal lain yang dijalankan termasuklah aktiviti kunjungan ke rumah orang tua dan rumah anak yatim dan persembahan muzik amal untuk masyarakat setempat dan warga universiti. Semua aktiviti amal sudah tentu memberikan gambaran yang positif tentang pelajar antarabangsa kepada masyarakat tempatan. Hal ini sekaligus dapat merapatkan jurang antara pelajar antarabangsa dengan masyarakat tempatan. Aktiviti lain yang dijalankan oleh IPT bagi merapatkan jurang antara pelajar antarabangsa dengan masyarakat tempatan termasuklah menganjurkan majlis pertunjukan fesyen yang melibatkan pelajar tempatan dan antarabangsa, program seperti ‘Malam Antarabangsa’ dan mengadakan lawatan berkala seperti melancong, menghadiri Rumah Terbuka bagi setiap perayaan dan ‘Homestay’. Dipercayai bahawa aktiviti-aktiviti tersebut dapat merapatkan jurang antara pelajar antarabangsa dengan masyarakat tempatan.

45

Cadangan pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa di Malaysia

BAB 8: CADANGAN PENGURUSAN DAN PENGAMBILAN PELAJAR ANTARABANGSA DI MALAYSIA
8.1 Penentuan Hala Tuju Pengambilan Pelajar Antarabangsa Di Malaysia
Salah satu aspek penting dalam pelan pengantarabangsaan pendidikan tinggi di Malaysia ialah keupayaan Malaysia untuk menarik pelajar antarabangsa mengikuti pengajian pada pelbagai peringkat. Secara umum, pelajar pada peringkat prasiswazah tertumpu kepada universiti dan kolej swasta manakala universiti awam Malaysia menarik pelajar pada peringkat siswazah. Pada permulaan, bilangan pelajar antarabangsa yang disasarkan ialah 100,000 menjelang 2010 tetapi bilangan ini termasuk juga pelajar yang belajar di sekolah antarabangsa. Sehubungan dengan itu, bilangan pelajar antarabangsa yang disasarkan dalam pelbagai peringkat di IPT diubah kepada 80,000 menjelang 2010. Daripada jumlah ini, sekurang-kurangnya 10% pelajar mesti terdiri daripada pelajar tajaan. Usaha untuk mencapai bilangan ini telah mendorong KPTM mempergiat promosi pendidikan tinggi Malaysia di negara yang strategik. Usaha ini sedikit sebanyak telah memberi hasil positif. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 telah menggariskan objektif utama sebab bilangan pelajar antarabangsa perlu ditingkatkan, iaitu: Meningkatkan pendapatan Malaysia hasil daripada aktiviti berkaitan kedatangan pelajar antarabangsa. Meningkatkan taraf universiti Malaysia. Pencapaian bilangan 80,000 orang pelajar antarabangsa ini penting untuk menonjolkan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan. Tidak dinafikan bahawa kekuatan dijelmakan melalui nombor. Dengan bilangan pelajar yang ramai sudah pasti Malaysia akan dilihat sebagai sebuah negara yang berada dalam nod jaringan sistem pendidikan tinggi global. We are 46

Cadangan pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa di Malaysia

seen as a global player based on the sheer numbers of international students alone.

8.2 Falsafah KPTM Dalam Pengambilan Pelajar Antarabangsa Di Malaysia
Pada peringkat awal tujuan dasar pengantarabangsaan adalah untuk menarik pelajar antarabangsa datang dan belajar di Malaysia. Setelah pendekatan ini telah membuahkan hasil mungkin telah tiba masanya untuk Malaysia memberi penekanan kepada aspek kualiti. Adakah kita masih mahu kekal menarik apa-apa juga pelajar yang ingin belajar di sini atau kita ingin beralih kepada pendekatan yang memberi penekanan kepada aspek pelajar yang berkualiti. Apabila kita telah mencapai bilangan pelajar yang kita inginkan seharusnya kita beralih kepada tahap kedua iaitu memberi fokus kepada strategi menarik pelajar yang terbaik (best brains) untuk memacu penyelidikan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Kehadiran pelajar, terutamanya pelajar siswazah yang baik akan memberi saingan yang positif kepada pelajar tempatan dan mewujudkan suasana pembelajaran dan penyelidikan yang kondusif. Penyelidikan yang bermutu akan menghasilkan produk berasaskan ilmu yang dijana sendiri dan perkara ini merupakan asas kepada perkara yang disebut sebagai knowledge economy. Peratus tertinggi penjana ilmu baru berada di universiti dan jika kita teliti dengan lebih mendalam penyelidikan bermutu akan memastikan kelestarian ekonomi Malaysia. The real hard currency at the international level that will never go down in value is research. The best new knowledge generated will control the world economy. Sehubungan dengan itu mungkin kita perlu lebih fokus kepada falsafah pengambilan pelajar antarabangsa yang lebih spesifik. Untuk pengajian prasiswazah, sijil dan diploma kita perlu mengejar bilangan yang ramai untuk memberi pulangan yang sewajarnya, terutama kepada IPTS. Pada peringkat

47

Cadangan pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa di Malaysia

pengajian siswazah yang banyak tertumpu kepada IPTA dan beberapa IPTS terkemuka kita perlu memberi penekanan kepada aspek kualiti. Sebagai contoh, kita memberi keutamaan kepada pelajar yang dibiayai kerajaan dan berkhidmat di universiti mereka. Apabila tamat pengajian mereka yang pulang mesti digalakkan untuk terus berhubungan dan melaksanakan jaringan penyelidikan dengan universiti di Malaysia. Kitaran ilmu yang memberi kemenangan kepada kedua-dua pihak akan lebih lestari terhadap ekonomi Malaysia dan meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara.

8.3

Strategi

Pemasaran

KPTM

Dalam

Mendapatkan

Pelajar

Antarabangsa Yang Berkualiti
Strategi pemasaran KPTM mesti berasaskan aspek kualiti. Di Malaysia kehadiran MQA yang menjadi agensi yang dipertangggungjawabkan memastikan MQF diikuti mesti ditonjolkan dalam semua promosi di luar negara. MQA seharusnya dijadikan wahana untuk menjenamakan Malaysia sebagai destinasi yang mengutamakan kualiti dalam semua program pendidikan tinggi yang ditawarkan. Walaupun Malaysia memberi penekanan kepada pendidikan berkualiti tetapi pada kos yang sederhana kerana tahap pengurusan yang efisien secara relatif. Penggunaan tagline seperti “Quality education at affordable cost” boleh mencerminkan kekuatan pendidikan tinggi di Malaysia. Dari segi positioning pula, Malaysia boleh memasarkan program berasaskan tahap pengajian yang ingin diikuti: Pengambilan pelajar antarabangsa pada peringkat sijil, diploma dan prasiswazah perlu lebih terbuka dan dipermudah. Pengambilan pelajar antarabangsa pada peringkat siswazah perlu lebih teliti dan memberi penekanan kepada usaha menarik pelajar yang terbaik.

48

Cadangan pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa di Malaysia

KPTM perlu mengenal pasti negara yang mempunyai “best brain” dan menggalakkan universiti dengan program penyelidikan yang mantap untuk menyertai program promosi. Pelajar yang cemerlang juga harus diberi biasiswa. Bagi pelajar yang tidak begitu cemerlang kita seharusnya menawarkan program kerja kursus pada peringkat sarjana untuk memperlengkapkan dan meningkatkan akademik mereka supaya boleh diterima untuk program seterusnya, iaitu doktor falsafah (PhD).

8.4 Penubuhan Sekretariat Pelajar Antarabangsa Di IPT Malaysia
Salah satu kelemahan yang terlihat dalam kajian ini ialah kekurangan komunikasi antara mereka yang terlibat dengan pengurusan pelajar antarabangsa. Dicadangkan supaya KPTM menubuhkan satu Sekretariat Pelajar Antarabangsa di salah sebuah IPTA atau IPTS secara bergilir-gilir untuk tempoh dua tahun. Fungsi utama Sekretariat ini adalah untuk menjadi satu pelantar tempat pengamal bertukar-tukar fikiran berkaitan amalan terbaik berpaksikan pengurusan pelajar antarabangsa. Antara aktiviti yang boleh dirancang ialah: Menganjurkan simposium tahunan untuk pengamal bertukar buah fikiran tentang amalan terbaik. Menjadi penghubung kepada KPTM untuk penyelesaian masalah Sekretariat sebagai pelantar untuk berkongsi berkaitan pelajar antarabangsa. Menggunakan pengalaman. Memberi anugerah kepada institusi yang mempunyai amalan terbaik.

Jika komunikasi antara KPTM dan pengamal dapat ditingkatkan sudah pasti masalah berkaitan pelajar antarabangsa dapat diatasi dengan lebih berkesan.

49

Cadangan pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa di Malaysia

8.5 Memperhalus Dan Memperkemas Peranan One-Stop Center Di KPTM
One-Stop Center di KPTM perlu diperbaik dan diperhalus peranan dan skop tugasnya bagi menyokong penubuhan Sekretariat Pelajar Antarabangsa pada peringkat IPT. Selain itu, sistem perkhidmatan kaunter perlu ditambah baik bagi memudahkan IPTS berurusan dengan KPTM.

8.6 Peranan Ahli Alumni IPT Sebagai Ejen Promosi Malaysia Di Luar Negara
Ahli-ahli alumni (pelajar antarabangsa) di IPTA dan IPTS dicadangkan menjadi duta kecil ataupun ejen promosi untuk IPT masing-masing di luar negara secara khusus dan untuk Malaysia secara umum, dengan menggunakan kekuatan ‘words of mouth’. Pihak IPTA dan IPTS perlu dari semasa ke semasa menyalurkan maklumat terkini berkenaan program pengajian untuk pelajar antarabangsa kepada pejabat kedutaan Malaysia di luar negara. Pihak berkaitan, khususnya Jabatan Imigresen juga perlu memaklumkan segera kepada semua pejabat luar negara (mission) apabila ada perubahan dasar atau peraturan visa pelajar antarabangsa.

8.7 Penerbitan Buku Panduan Pelajar Antarabangsa
KPTM perlu menerbitkan buku panduan untuk pelajar antarabangsa yang datang ke Malaysia sama ada dalam bentuk cetakan ataupun versi digital. Buku tersebut perlu memaparkan cerita sebenar (realiti) tentang kehidupan di Malaysia pada peringkat dalam dan luar kampus. Buku ini perlu menjadi bahan promosi pengajian tinggi yang utama. Buku panduan ini secara praktikalnya hendaklah diperoleh oleh bakal-bakal pelajar sebelum mereka menjejakkan kaki di negara ini. Buku panduan seumpama ini telah banyak dipraktikkan oleh universiti-universiti di luar negara.

50

Cadangan pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa di Malaysia

8.8 Pengawalan Kualiti Bagi Penawaran Kemudahan Sokongan Asas Di IPTA Dan Di IPTS
Kualiti kemudahan asas yang disediakan oleh IPTS hendaklah sekurangkurangnya setara dengan kualiti yang ditawarkan oleh pihak IPTA. Meskipun hal ini bukanlah suatu masalah yang ketara, kerap berlaku prasarana dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh IPTS tidak menepati sebagaimana yang dijanjikan dalam brosur promosi. Kemudahan sokongan yang dimasukkan meliputi infrastruktur fizikal seperti penginapan, makmal, kemudahan sukan dan rekreasi, pejabat pengurusan pelajar dan sebagainya. Walau bagaimanapun, masalah penyediaan kemudahan sokongan oleh IPTS hanya wujud di pihak kolej-kolej kecil (low-rank) yang lazimnya beroperasi di bangunan kedai/komersial. Terdapat juga penyediaan kemudahan sokongan oleh pihak IPTS yang lebih berkualiti berbanding dengan di IPTA. Sesetengah IPTS, seperti KDU dan Swinburne University Campus Sarawak menyediakan pilihan kemudahan sokongan kepada pelajar antarabangsa, sama ada low-end dan high-end. Terdapat cawangan universiti luar negara yang menyediakan kemudahan yang agak lebih baik daripada IPTA. Kajian ini juga mencadangkan agar KPTM dapat wujudkan indeks kualiti yang mengukur perkara-perkara seperti berikut: Kepadatan ruang – bilangan orang berdasarkan meter persegi (bilik penginapan, makmal, perpustakaan dan sebagainya) Keperluan minimum untuk infrastruktur fizikal bagi setiap IPTA dan IPTS

8.9 Mempertingkatkan Kaedah Promosi KPTM Dalam Menarik Pelajar Antarabangsa Berpotensi Di Luar Negara
Kajian ini turut mendapati bahawa wujud masalah kekurangan maklumat mengenai pendidikan dan IPT tempatan di luar negara. Oleh hal yang demikian, untuk mempertingkatkan usaha promosi, dicadangkan supaya

51

Cadangan pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa di Malaysia

a. Laman web dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Arab dan Cina dapat dibangunkan untuk mengemaskinikan promosi pendidikan tinggi Malaysia di luar negara seperti di negara Timur Tengah dan China. Selain itu, pihak IPT juga boleh membangunkan sekurangkurangnya ruangan khas dalam bahasa tertentu. b. Setiap IPT perlu membuat pengemaskinian laman web berkaitan program untuk pelajar antarabangsa. c. Lebih banyak promosi diadakan di negara yang berpotensi menghantar pelajar ke Malaysia selain meningkatkan aktiviti promosi setiap IPT melalui laman web masing-masing. d. Mewujudkan kaunter khas di KLIA bagi pelajar antarabangsa sepertimana kemudahan bagi program MM2H. e. KPTM mempergiat aktiviti mempromosi Malaysia, IPT dan pendidikan Malaysia di luar negara. f. KPTM boleh meningkatkan sistem pengambilan dan penapisan pelajar supaya hanya pelajar yang benar-benar berkualiti dan yang ingin belajar sahaja diambil. g. Selaraskan kelayakan kemasukan bagi pelajar-pelajar antarabangsa yang ingin menuntut di IPT di Malaysia. h. KPTM membantu IPT melalui hubungan ‘G to G’ untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa. i. j. Meneruskan insentif atau diskaun kepada IPT yang terlibat dalam promosi dan pameran pada peringkat antarabangsa. Menambah dimensi antarabangsa kepada kampus pengajian tinggi di negara ini. k. Memperuntukkan autonomi yang lebih banyak dan meluas kepada IPTA dalam urusan pengurusan pelajar antarabangsa. dari negara luar bagi mendapatkan pelajar

52

Cadangan pengurusan dan pengambilan pelajar antarabangsa di Malaysia

8.10 Memperbaik Kelemahan Birokrasi Oleh Jabatan Tertentu Di Malaysia
Beberapa cadangan penambahbaikan terhadap kelemahan birokrasi oleh jabatan tertentu, seperti Jabatan Imigresen Malaysia perlu diambil oleh pihak KPTM antaranya seperti: a. Proses pengeluaran dan lanjutan visa kepada pelajar antarabangsa dipercepatkan melalui sistem permohonan dalam talian. b. Membenarkan pelajar antarabangsa untuk tinggal dan bekerja di Malaysia sekurang-kurangnya setahun selepas mendapat ijazah.

53

Kesimpulan

Kajian ini mendapati bahawa secara umum masalah sosial yang melibatkan pelajar antarabangsa di Malaysia masih berada pada tahap yang terkawal. Namun begitu, penekanan terhadap kes-kes terpencil ini dan yang melibatkan pelajar dari negara yang tertentu oleh media massa sering menimbulkan reaksi yang kurang baik daripada masyarakat setempat, yang seterusnya akan menganggap pelajar antarabangsa menimbulkan masalah kepada ketenteraman sosial. Reaksi masyarakat yang negatif terhadap pelajar antarabangsa sering berpunca daripada salah faham yang berlaku dan prejudis dalam kalangan masyarakat Malaysia terhadap pelajar antarabangsa. Namun demikian, kajian ini juga mendapati bahawa hal ini juga juga berpunca daripada kegagalan IPT untuk memperkenalkan masyarakat Malaysia kepada pelajar antarabangsa dan sebaliknya. Kajian ini juga mendapati jurang penyampaian akademik agak berbeza antara IPTS dengan IPTA. Secara umum, pelajar IPTS tidak memberi komen yang negatif terhadap kemudahan sokongan yang ditawarkan oleh IPTS yang telah lama bertapak di negara ini. Masalah dan rungutan sering didengar berhubung dengan kualiti IPTS yang kecil dan terasing. Secara umum, kualiti pendidikan yang diperoleh dari IPTA adalah memuaskan. Secara umum, terdapat ruang yang jelas untuk diperbaik dalam usaha pihak-pihak berkepentingan untuk mengurus kehadiran pelajar antarabangsa yang semakin bertambah dan menjadikan kehidupan akademik dan sosial mereka di negara ini lebih bermakna dan selesa. Garis panduan yang sedia ada hendaklah ditambah baik dengan memasukkan elemen-elemen yang telah dicadangkan dalam dokumen ini. Selain itu, kerenah birokrasi haruslah dinilai agar urusan pelajar antarabangsa yang berada dan belajar di negara ini tidak dikongkong oleh masalah yang tidak perlu. Sesungguhnya kita harus menganggap bahawa penyampaian yang baik dan layanan mesra setiap warga negara ini amat penting dan hendaklah dianggap sebagai pelaburan jangka panjang yang bukan sahaja akan menimbulkan minat dan hubungan yang berterusan dalam kalangan

53

Kesimpulan

pelajar yang datang tetapi akan turut sama menjadikan mereka duta Malaysia tidak rasmi selepas mereka pulang ke negara masing-masing.

54

Rujukan

‘Chadian dies in assault at LRT Station’, The Star, September 23, 2008. Chew’ S. (2008) “Africans have problems acclimatising, says minister”, The Star, December 25, 2008. Future Track Consulting (2008). Why Malaysia. Diperoleh pada 26 Mei 2009, dari http://www.futuretrackconsulting.com/whymalaysia.html Govindan Nair & Ching, P. (2009). Pegawai di Nottingham University Campus Malaysia, Semenyih, Selangor, Malaysia (Temu bual yang dijalankan oleh Prof. Yang Farina Abdul Aziz). Hasni Hassan & Sulaidi Rahim (2009). Pegawai pelajar antarabangsa Universiti Multimedia Kampus, Melaka (Temu bual yang dijalankan oleh Dr. Vikneswaran Nair. ‘Indeks jenayah di negara ini masih terkawal’, Bernama, November 29, 2008. Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (2007). Kenapa belajar di Malaysia: Destinasi anda yang tepat dan ideal. [Why Study in Malaysia: Your right and ideal destination]. Diperoleh pada 25 Mei 2009 dari http://www.kln.gov.my/perwakilan/karachi/event/505 Khaleej Times (2007). Kenapa belajar di Malaysia. [Why study in Malaysia]. Diperoleh pada 25 Mei 2009 dari http://www.khaleejtimes.com/malaysia/mt_edu_cnt6.html Lee, C. N. (2008). “Help foreign students to adapt” The Star, Disember 12, 2008. Malaysia News Net (2008). Sri Lankan student killed in Malaysia. Diperoleh pada 23hb Mei 2009 dari http://www.malaysianews.net/story/437278

55

Rujukan

Mortadza Nazarene (2009). Menangani Pelajar Antarabangsa: Isu dan Cabaran. [Managing International Students: Issues and Challenges]. Kertas kerja yang dibentangkan di AWANA Genting Highlands Golf and Country Resort, Pahang, Malaysia. Dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia. Obioha, M. J. O. (2009). “Don’t brand all Nigerians as crooks” The Star, April 10, 2009. Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia (2008). Belajar di Malaysia. [Studying in Malaysia]. Diperoleh pada 25hb Mei 2009 dari http://www.tourismmalaysia.gov.my/corporate/mediacentre.asp?page =feature_malaysia&subpage=archive&pagemode=&news_id=17 Polis Diraja Malaysia (2008). Statistik dalam Mortadza Nazarene. (2009). Menangani Pelajar Antarabangsa: Isu dan Cabaran. [Managing International Students: Issues and Challenges]. Kertas kerja yang dibentangkan di AWANA Genting Highlands Golf and Country Resort, Pahang, Malaysia. Dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia. Sato, M. (2005). “Education, ethnicity, and economy: Higher Education Reforms in Malaysia 1957-2003” NUBC Journal of Language Culture and Communication, 7(1), 73-88. Singh, S. (2008). “Polis mencegah pergaduhan di Kolej Mantin” [Cops prevent fight at Mantin College]. The Star, Mei 30, 2008. South Asian Focus (2008). Sri Lankan student killed in Malaysia. Diperoleh pada 25 Mei 2009 dari http://www.southasianfocus.ca/international/article/61583

56

Rujukan

Tamil Week (2008). Pelajar Sri Lanka diserang oleh pemuda Malaysia, mati. [Sri Lankan student attacked by Malaysian youth, dies]. Diperoleh pada 25 Mei 2009 dari http://tamilweek.com/news-features/archives/1480 Tan, E. (2009). Pegawai di Taylor’s University College, Subang Jaya, Selangor, Malaysia (Temu bual yang dijalankan oleh Prof. Madya Badaruddin Mohamed). ‘Visa baru secara automatik benarkan pelajar asing bekerja di Australia’, Bernama, April 25, 2008. Yip, Y. T. (2009). Trouble brewing in Kepong. The Star, May 4, 2009.

57

Similar Documents

Free Essay

Rukun Negara

...This has been done namely through the setting up of the Integrity Management Committee in all ministries, departments and agencies of the Federal Government as well as the State Governments. However, there is no mechanism thus far to involve other sectors, such as the private sector, political parties, non-government organizations, religious groups, the media, women, youth and students in an integrated and coordinated movement to enhance integrity. It is in this regard that the government has formulated the National Integrity Plan (NIP) which will act as a master plan to guide all of the above sectors. The formulation of the NIP is predicated upon the spirit and principles of the Federal Constitution, the philosophy and principles of the Rukun Negara as well as the aspirations of Vision 2020. The overall objective of the NIP is to fulfill the fourth challenge of Vision 2020, namely, "to establish a fully moral and ethical society whose citizens are strong in religious and spiritual values and imbued with the highest ethical standards." The NIP is an integrity plan that has evolved from the aspirations of our people and our country. It has been formulated in accordance with our own mould with Malaysians of all ethnic and religious groups as its stakeholders. The plan takes into...

Words: 6682 - Pages: 27

Free Essay

Rukun Negara

...akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya. Di negara kita, kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar belakang, objektif dan prinsip Rukun Negara itu. Dari segi latar belakangnya, Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental. Rukun Negara digubal sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat yang bersatu padu, adil dan harmoni. Rukun Negara telah menjadi dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman bagi kegiatan hidup masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini. Rukun Negara mempunyai lima objektif, iaitu: untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; dan, untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden. 2.0 LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA 1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Prinsip ini menggambarkan bahawa...

Words: 2324 - Pages: 10

Free Essay

Rukun Negara

...AND IMPLICATION OF THE TRAGEDY THE OBJECTIVES OF RUKUN NEGARA THE PRINCIPLE OF RUKUN NEGARA CONCLUSION REFERENCE INTRODUCTION Even though most of the people in the country has heard of Rukun Negara, the understanding and the level of knowledge about it varies very much between each individual. Most of them only know about the existence of the Rukun Negara, while some are only able to repeat the principle. However, there are some who understand the meaning as well as the message and the demands of each principle. Rukun Negara should be taken as a guide in our day-to-day living because it is a set of “national tenets” that teaches us the right norms of behaviour. There are two types of dimensions of relationship involved wherever there is human interaction. These two relationships are relationship among fellow human beings and relationship with god. Both of these two dimensions of relationships are recognised by all religions and all profess doing the right things in life. The principles of Rukun Negara ideologise the level the level of authority that control and guide us from the level of god down to the state level, institutions level and finally the self level. The entire background of the ideology and the purpose for creating it must be clearly understood by an individual to internalise the spirits of Rukun Negara. Ideology means a scheme of ideas at the basic of a system. When we say that Rukun Negara is a national ideology it refers to the principles of...

Words: 1609 - Pages: 7

Free Essay

Rukun Negara

...Rukun Negara (National Principles) INTRODUCTION OF RUKUN NEGARA The Rukunegara or sometimes Rukun Negara (Malay for "National Principles") is the Malaysian dec-laration of national philosophy instituted by royal proclamation on Merdeka Day, 1970, in reaction to a serious race riot known as the May 13 Incident which occurred in 1969. The incident proved at that time that Malaysian racial balance and stability was fragile at best. Immediately thereafter, the Malay-sian government sought ways to foster unity among Malaysians. One of the methods used to encourage unity is the Rukunegara. BACKGROUND OF RK ----was formulated with the purpose to serve as a guideline in the country’s nation-building efforts. ---was proclaimed on August 31, 1970 by the Yang di-Pertuan Agong IV. OBJECTIVE OF RK • Achieving a greater unity for all her peoples • Maintaining a democratic way of life • Creating a just nation shall be equitably distributed • Ensuring a liberal approach to her rich and diverse cultural traditions, and • Building a progressive society which shall be oriented to modern science and technology. Recitation It is a norm for primary and secondary public schools in Malaysia to recite the pledge weekly during a compulsory assembly. Pledge reading follows immediately after the singing of the Malaysian national anthem, Negaraku. Of some interest, the Rukun Negara could usually be found behind the cover of every exercise book that is typically used by primary and secondary...

Words: 949 - Pages: 4

Premium Essay

Rukun Negara

...Multiracial Societies in Malaysia A society is a body of individuals living as members of a community A multiracial society refers to a society that consists of various groups of races or ethnicities but under one leadership.Malaysia is a multiple races and cultural country. The very first race that stay in this land were indigenous tribes also known as Orang Asli that still remains; Malay is the next, who moved from mainland Asia in long time ago. The Chinese and India culture was bring in during early 19 century when they start to trade and doing business between them and Malaya at straits of Malacca. Each major religious group has its major holidays such as "Hari Raya Adilfiltri", "Hari Raya Cina" and "Hari Deevapali". Hari Kebangsaan is the most universal holidays that celebrate by the whole Malaysian to celebrate the independent of Malaya back to 31 August 1957. Although festivals are differently from the different ethics, but they still celebrate together in Malaysia. This shows that Malaysian hold the One Malaysia spirit. Before the existence of the three main commiunities (Malay,Chinese and Indian), almost the entire population of Malaya consisted of Malays. In the early 19th century more than 90% of the population in the peninsular of Malaysia and Singapore were Malays. There were only a few number of Chinese who had come to Malaya as traders and settled down in Melacca, Kuala Terengganu, Johor River, Pahang River and Kelantan. Meanwhile, a small number of Indians...

Words: 4555 - Pages: 19

Premium Essay

Rukun Negara

...National Principles were launched on August 31, 1970is our national ideology. The national ideology is necessary to create an identity that same spirit and purpose of fostering cooperation among the various ethnic and communities. The five pillars of the principle are as follows, belief in God, loyalty to the king and country, supremacy of the constitution, rule of law and behaviour and morality. The five principles are intended to establish a united Malaysian nation, and a Malaysian society that is equitable, democratic, liberal and progressive. Belief in God Race and this country have been established on a strong belief in God. Through this religious belief will make this nation as a sovereign nation. The Federal Constitution provides that Islam is the religion of the Federation, but religious and other beliefs may be practiced in peace and harmony in any part of the Federation and actions to discriminate against any citizen on grounds of religion is prohibited. Pillars of legislators Committee recognizes the importance of religion and belief in God in human life. The absence of religion can destroy a person's character and the nation. Recognising the importance of holding strength of the community against their religious teachings, this principle has been chosen as the first principle of Pillar. [Edit] Loyalty to King and Country Malaysia practices a system of Parliamentary democracy and Constitutional monarchy with His Majesty the King as Head of State. In line...

Words: 809 - Pages: 4

Free Essay

Background of Rukun Negara

...Latar Belakang Pembentukan ideology iaitu Rukun Negara Malaysia adalah disebabkan oleh berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 iaitu rusuhan kaum. Hal ini demikian kerana pada zaman dahulu, kedatangan British serta dasar-dasar imigrasi liberal ke Malaysia telah mengubahkan gaya hidup masyarakat Malaysia. Demi mengeksploitasi kekayaan semulajadi Malaysia, pihak Inggeris telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh yang banyak dari China dan India untuk bekerja di lombong bijih timah dan juga estet dan perbuatan ini telah menyebabkan pertambahan bilangan pelbagai kaum di Malaysia pada masa tersebut. Seterusnya, pihak British berpendapat bahawa pertambahan bilangan pelbagai kaum di Malaysia akan mengugatkan kedudukan pihak Inggeris di Malaysia , maka kerajaan Inggeris telahpun melaksanakan dasar pecah untuk memisahkan ketiga-tiga kaum utama seperti Melayu, Cina serta India dari aspek pekerjaan dan juga tempat tinggal untuk mengelakkan kewujudan perpaduan mereka. Kebanyakkan kaum Melayu akan dipindah ke desa dan hanya terlibat dalam sector pertanian manakala kaum Cina akan tinggal di Bandar dan terlibat dalam perniagaan. Kaum India pula tinggal di dalam estet-estet dan hanya sedikit daripadanya tinggal di dalam Bandar. Selain itu, dari segi pendidikan, ketiga-tiga kumpulan ini tidak akan mendapat sukatan pelajaran atau kurikulum uang sama dan keadaan ini berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Dasar pecah ini telah berjaya dilaksanakan dan ini membawa kesan...

Words: 2327 - Pages: 10

Free Essay

Rukun Negara

...First: Trust in God. It does not matter what religion you practise, every religion only preaches good teachings. So Malaysians, should stop fighting about race/ religion and enjoy our good peace and harmony with each another. Do not allow any political party to belittle any race/ religion or to tear our country apart for their silly personal gains (politicians who work for any particular race/ religion should be brought to court for being racist.) Secondly: Supremacy of the Constitution. We should all practise democracy. It doesn’t matter how small or big. We fought really hard for our freedom and independence only to have it taken away by the very own people we elect to represent us. Hence we should all find ways to make Malaysia more democratic. It might be small baby steps, but every little bit eventually adds up just as the recent political tsunami has proven. We the people of Malaysia, should demand for more elections, from kampung heads to state assembly persons, to local councillors. Every single position that could be voted for, should be voted for. Hence the Rakyat would have more say over any issue. We will have our independence once again. Thirdly: Justice/Gloriousness of Law. Laws are there to protect us, the Rakyat. They are not meant to be used at the whim and fancy of our politicians. However, as many Malaysians never want to uphold the laws anyway, it allows the corrupt and unscrupulous politicians to get away with many other bigger sins. We must uphold our...

Words: 407 - Pages: 2

Free Essay

Principles of Rukun Negara

...AS MALAYSIANS of all races prepare to commemorate the 53rd Merdeka anniversary, I would like to stress once again the very fundamentals that have brought us together which are the very principles contained in the Rukun Negara, our national philosophy. Through its five tenets (Belief in God; Loyalty to the King and Country; Upholding the Constitution; Rule of Law, and Good Social Behaviour and Morality) the Rukun Negara has formed the principles of our nationhood and these should be inculcated in our younger generation who are the future leaders of our country. The Rukun Negara is our guide for nation-building and should be respected by all. It is a shared vision for national unity and its principles should always be upheld and practised. Many people are taking unity for granted. Even more saddening is that 40 years after the proclamation of the Rukun Negara, it appears that many have forgotten about its five tenets and what they stand for, while others still need to be reminded about the national philosophy. Some have again played to the race gallery for their own personal agenda and selfish ends. This is not a healthy development for in a multi-racial, mutli-religious and multi-cultural country like Malaysia, continuous effort must be made by all Malaysians to nurture and reinforce unity. We must be prepared to reduce our strong sense of ethnicity in order to achieve a “Bangsa Malaysia”. Malaysians should start accepting each other as Malaysians regardless...

Words: 568 - Pages: 3

Free Essay

Five Principles of Rukun Negara

... 12-16 1 Acknowledgement We are grateful because we manage to complete our "Pengajian Malaysia 2" assignment within the time given by our lecturer Miss Irna Nursyafina. This assignment can't be done without the effort of my partner, Jesslie Ng Hui Yee. Last but not least, we would like to express my gratitude to our course mates for their constant support and guidance.
 2 Introduction What is Rukun Negara? It was born on 31 August 1970 headed by the Malaysia's second prime minister, Tun Abdul Razak and it is formulated by the National Consultative Council. The purpose to form this principles are to created unity of various race in Malaysia after the disturbing peace of different races in 13 May 1969. It had proven in Malaysia that racial issues and stability fragile of the happened riots. After the formation of Rukun Negara in Malaysia, cases of racist incidents that involve hundreds of people death are prevented. Formation of Rukun Negara is one of the method to help Malaysian to stay together in one unity. The Principle of Rukun Negara consists of 5 principles, which is Belief in God, Loyalty to King and Country, Upholding the Constitution, Rule of Law and Decorum and Morality. 
 3 1.0 Belief in God Believing in God is a personal faith and everyone has the right to believe in God's existence. Belief in God is to believe that our father is there with us and bless us all the time. It doesn't matter what...

Words: 2077 - Pages: 9

Free Essay

Principle Rukun Negara

...Perniagaan Internet Oleh : Aridz Ridzuan Nota: Tidak dibenarkan untuk menerbitkan sebarang bahagian di dalam ebook ini di dalam apa bentuk sekalipun. Hakcipta adalah terpelihara. Terima kasih. 1 Kata – kata aluan Terima kasih kerana mendapatkan ebook ini. Sebelum anda terus mengikuti perkembangan yang ada di dalam ebook ini, elok saya memperkenalkan diri saya dahulu. Nama sebenar saya ialah Ahmad Ridzuan Bin Abd Rahman. Saya menggunakan nama samaran sebagai Aridz di dalam sebarang kegiatan saya di dalam internet. Saya telah menjalankan perniagaan di Internet semenjak lima tahun dahulu secara separuh masa daripada rumah. Saya sebenarnya bekerja sebagai seorang jurutera senior di dalam bidang R&D di sebuah syarikat multinasional di ibu negara yang mempunyai hampir tiga ribu orang pekerja. Saya sudah bekerja selama hampir sepuluh tahun di beberapa buah syarikat tempatan senaraian awam dan juga multinasional seperti Motorola (M) Sdn. Bhd, Unisem (M) Berhad, StatsChipPAC (M) Sdn. Bhd dan Omega Semiconductor (M) Berhad. Kini, saya masih bekerja di sebuah syarikat multinasional di Kuala Lumpur. Saya telah melibatkan diri di dunia perniagaan internet ini setelah saya melanggani perkhidmatan broadband streamyx tanpa had di rumah. Aktivitiaktiviti yang saya lakukan hanyalah berkisar kepada pembacaan suratkhabar di internet, email, forum dan sekadar melayari laman- laman web. Saya merasakan ada sesuatu yang saya boleh tingkatkan di dalam penggunaan internet ini. Ianya adalah untuk menjadikan...

Words: 3948 - Pages: 16

Premium Essay

Ssm Report

...CHAIRMAN’S  NOTE               EXECUTIVE  SUMMARY                 MODULE  1:  ECONOMIC  PERFORMANCE  OF  THE  INDUSTRY     Malaysian  Economic  Performance  –  Overview  for  the  Year  2012                                                                                                   3   6   11   13     C&M  Industry  Performance  –  Overview  2012     Global  and  Malaysian  GDP  Growth       Communications  Services  Contribution  to  Growth   Bursa  Malaysia  ACE  Market  –  An  Overview  of  Licensees     C&M  Industry  Financial  Performance  Overview       Telecommunications  Companies           Broadcasters             Trends  of  C&M  Companies  Financial  Performance   Digital  Signature             C&M  Revenue  by  Services  Market  Segment     ARPU  Comparison                       Contribution  of  the  C&M  Industry  to  Bursa ...

Words: 31483 - Pages: 126

Free Essay

Microeconomic of Great Eastern

...American International Assurance Bhd. (AIA Bhd.) is one of Great Eastern competitors which are a leading life insurance organization in Asia with a unique heritage of serving customers across the world’s most dynamic region for 90 years.AIA Bhd. began operations in the country, in 1948 and with more than 60 years of local market presence. However, Great Eastern provides more product widely services than its competitors. Following is the SWOT analysis of Great Eastern:- SWOT analysis Strength * Strong performance. * Transferred locally incorporated public company, Great Eastern Life Assurance (Malaysia). * Certified as “Oldest and Largest Life Insurance” in Malaysia. * Licensed under the Insurance Act and regulated by Bank Negara Malaysia. * Parent company is Oversea-Chinese Banking Corporation (OCBC). Weakness * Agents of Great Eastern lack of professional service * Unable to fulfill customer’s requirement. Opportunities * Technology is improving to the point that...

Words: 320 - Pages: 2

Free Essay

Malaysian Investment Banking Association

...guide and protect the interests of investment bank. MIBA also provide a forum for them to exchange views and idea, close collaboration, dialogue and consultation with supervision department and other market intermediaries. Since the association have been incorporation, the investment bank has played an important role to develop the Malaysia’s capital market. During the year 2005, the Association decided to have a new image that would patency represent their role, objectives and commitment to support the country’s desire of developing a efficient, innovation and competitive capital market. The Association’s new name and logo was launched on 3 December 2005 and effective 1 January 2006. The name and logo was launched by the Governor of Bank Negara Malaysia which is YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr Zeti Akhtar Aziz. The Association was officially known as “MALAYSIAN INVESTMENT BANKING ASSOCIATION”. The logo of Malaysian Investment Banking Association logo was form by few alphabets which is the short form of the association – MIBA. The central letters that strand for “Investment Banking”. The “investment banking is the heart of the organization while the “Malaysian & Association” are two supporting identity features. The stylish logo was represent the image of a strong organization with the stately history and solid performance. The main objective of the MIBA is support, promote, enhance and safeguard the interests and business of investment banks. They also promote the facilitate consultation...

Words: 297 - Pages: 2

Free Essay

Bank Negara Malaysia

...To stabilise the residential property market, the latest measure by the Government to curb bulk buying is a step in the right direction to ensure a more equitable market that is led by real demand. Urban Wellbeing, Housing and Local Government Minister Datuk Abdul Rahman Dahlan said developers selling more than four residential units to a single buyer or group must now obtain prior approval from the Controller of Housing. The new enforcement would be made compulsory in all real-estate advertising and sale permit materials. In order to prevent asset bubbles in Malaysia, a continuous monitoring by the Central Bank of Malaysia (CBM) on the property price trends and the introduction of appropriate measurements, such as the introduction of “My First Home Scheme” on 8 March 2011 will curb the real estate speculation activities and to support, stabilize and sustain the future of Malaysia’s Residential property market (Azhar, 2011). The Malaysia My First Home Scheme (MFHS) or Skim Rumah Pertamaku was introduced in early 2011 by the government with the sole purpose of assisting young adults, who have joined the workforce and earn RM3, 000 per month or less, to own their first home. This scheme allows young adults to obtain 100% financing from financial institutions (100% margin as opposed to the usual 90% offered by most banks), enabling them to own their first house without the need to pay a 10% down payment. Cagamas SRP Berhad will also guarantee the banks on financing above a 90%...

Words: 318 - Pages: 2