Free Essay

Rukun Negara

In:

Submitted By hotakko123
Words 2324
Pages 10
1.0 PENGENALAN Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan wujudnya “kesatuan hati”. Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang berbeza arah. Ini bermakna “konflik” yang tidak berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya. Di negara kita, kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar belakang, objektif dan prinsip Rukun Negara itu. Dari segi latar belakangnya, Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental. Rukun Negara digubal sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat yang bersatu padu, adil dan harmoni. Rukun Negara telah menjadi dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman bagi kegiatan hidup masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini. Rukun Negara mempunyai lima objektif, iaitu: untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; dan, untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.

2.0 LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA
1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita. Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh membangun “pemikiran luhur” dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu. Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi.

2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini. Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.

4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial). Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti perundagan ynag paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua warganegara Malaysia. Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar undang-undang dan Perlembagaan Negara. Misalnya, adalah menyalahi undang-undang dan Perlembagaan Negera apabila ada pihak yang mahu menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam pengertaian kebebasan dan hak asasi. Didalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.

5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal diri daripada membangkitkan persoalan-persoalan sensitif kepada sesuatu kaum berkaitan kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agam yang dianutinya. Kerajaan amat prihatin untuk membentuk masyarakat yang bersopan santun, berdisiplin dan bermoral tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan kerajaan adalah bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat mulia, beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling memahami dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima Rukun negara itu. Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat.
3.0 MENGAPA RUKUN NEGARA DIBENTUK. Selepas Malaysia Merdeka dan negara mula dibangunkan, sedikit demi sedikit terdapat jurang antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan hidup orang Melayu yang menyebabkan rasa tidak puashati di antara rakyat. Ini menyebabkan beberapa kekacauan serta perbalahan yang melibatkan kaum berlainan berlaku di beberapa kawasan di Tanah Melayu. Apabila berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kerajaan melihat perlunya satu formula untuk mengatasi masalah ini. Di antara Objektif Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.Majlis Perundangan Negara yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein (merangkap Pengarah MAGERAN) telah ditubuhkan di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970, hasil daripada mesyuarat MAGERAN yang mentadbir negara ketika itu. Ianya di anggotai oleh Pengerusi, tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan mendiang Tun V.T Sambanthan ), wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada parti politik. Majlis Perundingan Negara bertanggungjawab menjadi pemikir dalam merangka perpaduan negara dan mencari satu cara yang mampu untuk mengatasi garis pemisah antara kaum. Dengan itu, maka lahirnya satu ideologi kebangsaan yang baru iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah negara bangsa yang stabil.

4.0 MATLAMAT DAN KEPENTINGAN RUKUN NEGARA KEPADA NEGARA
1) MENCAPAI PERPADUAN YANG LEBIH ERAT. Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli–ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan kepercayaan masing-masing. Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai persoalan yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatupadu di mana semua rakyat tampa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.

2) MEMELIHARA SATU CARA HIDUP DEMOKRATIK Pelembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalah gunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkademokrasi. Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah di utamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu tidak, jika hendak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam.

3) MENCIPTA SEBUAH MASYARAKAT YANG ADIL.
Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lain yang lebih maju. Masyarakat adil yang kita cita-cita kan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.

4) MEMBENTUK SATU SIKAP YANG LIBERAL Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama dan adat resam serta kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang Negara diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun ada perbezaan, semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia.

5) MEMBINA SEBUAH MASYARAKAT PROGRESIF. Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan di bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi. Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020.

5.0 RUKUN NEGARA SEBAGAI ETIKA, FALSAFAH DAN IDEALOGI Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan wujudnya `kesatuan hati'. Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang berbeza arah. Ini bermakna `konflik' yang tidak berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya. Di negara kita, kerajaan menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar belakang, objektif dan prinsip Rukun Negara itu. Dari segi latar belakangnya, Rukun Negara digubal selepas berlaku peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa itu mendorong pemimpin negara daripada pelbagai kaum memikirkan formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental. Tun Abdul Razak Hussein yang mengetuai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ketika itu menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara. Hasil perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN), lahirlah Rukun Negara. Ia digubal sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat bersatu padu, adil dan harmoni. Ideologi negara ini diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970, iaitu ketika negara menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-13. Sejak diperkenalkan, Rukun Negara menjadi dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman bagi kegiatan hidup masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini. Rukun Negara mempunyai lima objektif, iaitu untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak dan untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden. Lima prinsip Rukun Negara pula ialah Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan undang-undang dan Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara harus dilihat dan difahami sebagai nilai kenegaraan yang sangat mendasar dan ia mesti difahami dan dihayati dengan penuh komitmen, kesedaran dan penghayatan oleh setiap rakyat di negara ini. 6.0 PENGAJARAN DAN SARANAN
PENGAJARAN
Secara keseluruhannya terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita jadikan sebagai panduan untuk menaikkan semangat mencintai rukun Negara. Antara pengajaran yang diperolehi rakyat Malaysia seharusnya ,mengambil iktibar daripada kejadian rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Selain itu, rakyat Malaysia juga perlu mengamalkan cara hidup demokratik supaya dapat mencipta masyarakat yang adil demi menjaga kemakmuran Negara. Akhir sekali, rakyat Malaysia haruslah menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan sebagai amalan hidup di Malaysia .

SARANAN Saranannya, setiap rakyat Malaysia perlulah berusaha ke arah menjadikan Negara maju mengikut acuan kita sendiri. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu mempunyai pengetahuan tentang rukun Negara. Semangat patriotik yang membara dalam diri setiap rakyat Malaysia dapat membentuk rakyat bersatu padu dan harmoni. Akhir sekali, untuk mengekalkan perpaduan yang utuh rakyat Malaysia haruslah mempunyai pengetahuan tentang rukun Negara yang ditubuhkan.

7.0 KESIMPULAN Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuk Malaysia. Ia penting kerana tampa perpaduan, sebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk di bangunkan dan mudah di ancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri. Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah menyedarkan kita semua, yakni rakyat Malaysia akan bertapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga-mencurigai antara satu sama lain. Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah tampa mengira kaum serta bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.

Similar Documents

Free Essay

Rukun Negara

...This has been done namely through the setting up of the Integrity Management Committee in all ministries, departments and agencies of the Federal Government as well as the State Governments. However, there is no mechanism thus far to involve other sectors, such as the private sector, political parties, non-government organizations, religious groups, the media, women, youth and students in an integrated and coordinated movement to enhance integrity. It is in this regard that the government has formulated the National Integrity Plan (NIP) which will act as a master plan to guide all of the above sectors. The formulation of the NIP is predicated upon the spirit and principles of the Federal Constitution, the philosophy and principles of the Rukun Negara as well as the aspirations of Vision 2020. The overall objective of the NIP is to fulfill the fourth challenge of Vision 2020, namely, "to establish a fully moral and ethical society whose citizens are strong in religious and spiritual values and imbued with the highest ethical standards." The NIP is an integrity plan that has evolved from the aspirations of our people and our country. It has been formulated in accordance with our own mould with Malaysians of all ethnic and religious groups as its stakeholders. The plan takes into...

Words: 6682 - Pages: 27

Free Essay

Rukun Negara

...AND IMPLICATION OF THE TRAGEDY THE OBJECTIVES OF RUKUN NEGARA THE PRINCIPLE OF RUKUN NEGARA CONCLUSION REFERENCE INTRODUCTION Even though most of the people in the country has heard of Rukun Negara, the understanding and the level of knowledge about it varies very much between each individual. Most of them only know about the existence of the Rukun Negara, while some are only able to repeat the principle. However, there are some who understand the meaning as well as the message and the demands of each principle. Rukun Negara should be taken as a guide in our day-to-day living because it is a set of “national tenets” that teaches us the right norms of behaviour. There are two types of dimensions of relationship involved wherever there is human interaction. These two relationships are relationship among fellow human beings and relationship with god. Both of these two dimensions of relationships are recognised by all religions and all profess doing the right things in life. The principles of Rukun Negara ideologise the level the level of authority that control and guide us from the level of god down to the state level, institutions level and finally the self level. The entire background of the ideology and the purpose for creating it must be clearly understood by an individual to internalise the spirits of Rukun Negara. Ideology means a scheme of ideas at the basic of a system. When we say that Rukun Negara is a national ideology it refers to the principles of...

Words: 1609 - Pages: 7

Free Essay

Rukun Negara

...Rukun Negara (National Principles) INTRODUCTION OF RUKUN NEGARA The Rukunegara or sometimes Rukun Negara (Malay for "National Principles") is the Malaysian dec-laration of national philosophy instituted by royal proclamation on Merdeka Day, 1970, in reaction to a serious race riot known as the May 13 Incident which occurred in 1969. The incident proved at that time that Malaysian racial balance and stability was fragile at best. Immediately thereafter, the Malay-sian government sought ways to foster unity among Malaysians. One of the methods used to encourage unity is the Rukunegara. BACKGROUND OF RK ----was formulated with the purpose to serve as a guideline in the country’s nation-building efforts. ---was proclaimed on August 31, 1970 by the Yang di-Pertuan Agong IV. OBJECTIVE OF RK • Achieving a greater unity for all her peoples • Maintaining a democratic way of life • Creating a just nation shall be equitably distributed • Ensuring a liberal approach to her rich and diverse cultural traditions, and • Building a progressive society which shall be oriented to modern science and technology. Recitation It is a norm for primary and secondary public schools in Malaysia to recite the pledge weekly during a compulsory assembly. Pledge reading follows immediately after the singing of the Malaysian national anthem, Negaraku. Of some interest, the Rukun Negara could usually be found behind the cover of every exercise book that is typically used by primary and secondary...

Words: 949 - Pages: 4

Premium Essay

Rukun Negara

...Multiracial Societies in Malaysia A society is a body of individuals living as members of a community A multiracial society refers to a society that consists of various groups of races or ethnicities but under one leadership.Malaysia is a multiple races and cultural country. The very first race that stay in this land were indigenous tribes also known as Orang Asli that still remains; Malay is the next, who moved from mainland Asia in long time ago. The Chinese and India culture was bring in during early 19 century when they start to trade and doing business between them and Malaya at straits of Malacca. Each major religious group has its major holidays such as "Hari Raya Adilfiltri", "Hari Raya Cina" and "Hari Deevapali". Hari Kebangsaan is the most universal holidays that celebrate by the whole Malaysian to celebrate the independent of Malaya back to 31 August 1957. Although festivals are differently from the different ethics, but they still celebrate together in Malaysia. This shows that Malaysian hold the One Malaysia spirit. Before the existence of the three main commiunities (Malay,Chinese and Indian), almost the entire population of Malaya consisted of Malays. In the early 19th century more than 90% of the population in the peninsular of Malaysia and Singapore were Malays. There were only a few number of Chinese who had come to Malaya as traders and settled down in Melacca, Kuala Terengganu, Johor River, Pahang River and Kelantan. Meanwhile, a small number of Indians...

Words: 4555 - Pages: 19

Premium Essay

Rukun Negara

...National Principles were launched on August 31, 1970is our national ideology. The national ideology is necessary to create an identity that same spirit and purpose of fostering cooperation among the various ethnic and communities. The five pillars of the principle are as follows, belief in God, loyalty to the king and country, supremacy of the constitution, rule of law and behaviour and morality. The five principles are intended to establish a united Malaysian nation, and a Malaysian society that is equitable, democratic, liberal and progressive. Belief in God Race and this country have been established on a strong belief in God. Through this religious belief will make this nation as a sovereign nation. The Federal Constitution provides that Islam is the religion of the Federation, but religious and other beliefs may be practiced in peace and harmony in any part of the Federation and actions to discriminate against any citizen on grounds of religion is prohibited. Pillars of legislators Committee recognizes the importance of religion and belief in God in human life. The absence of religion can destroy a person's character and the nation. Recognising the importance of holding strength of the community against their religious teachings, this principle has been chosen as the first principle of Pillar. [Edit] Loyalty to King and Country Malaysia practices a system of Parliamentary democracy and Constitutional monarchy with His Majesty the King as Head of State. In line...

Words: 809 - Pages: 4

Free Essay

Background of Rukun Negara

...Latar Belakang Pembentukan ideology iaitu Rukun Negara Malaysia adalah disebabkan oleh berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 iaitu rusuhan kaum. Hal ini demikian kerana pada zaman dahulu, kedatangan British serta dasar-dasar imigrasi liberal ke Malaysia telah mengubahkan gaya hidup masyarakat Malaysia. Demi mengeksploitasi kekayaan semulajadi Malaysia, pihak Inggeris telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh yang banyak dari China dan India untuk bekerja di lombong bijih timah dan juga estet dan perbuatan ini telah menyebabkan pertambahan bilangan pelbagai kaum di Malaysia pada masa tersebut. Seterusnya, pihak British berpendapat bahawa pertambahan bilangan pelbagai kaum di Malaysia akan mengugatkan kedudukan pihak Inggeris di Malaysia , maka kerajaan Inggeris telahpun melaksanakan dasar pecah untuk memisahkan ketiga-tiga kaum utama seperti Melayu, Cina serta India dari aspek pekerjaan dan juga tempat tinggal untuk mengelakkan kewujudan perpaduan mereka. Kebanyakkan kaum Melayu akan dipindah ke desa dan hanya terlibat dalam sector pertanian manakala kaum Cina akan tinggal di Bandar dan terlibat dalam perniagaan. Kaum India pula tinggal di dalam estet-estet dan hanya sedikit daripadanya tinggal di dalam Bandar. Selain itu, dari segi pendidikan, ketiga-tiga kumpulan ini tidak akan mendapat sukatan pelajaran atau kurikulum uang sama dan keadaan ini berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Dasar pecah ini telah berjaya dilaksanakan dan ini membawa kesan...

Words: 2327 - Pages: 10

Free Essay

Rukun Negara

...Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) Suite 109, Tingkat Satu, Kompleks EUREKA Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang. Oktober 2009 SENARAI AHLI PASUKAN KAJIAN Ketua Kajian Profesor Badaruddin Mohamed, USM Ahli Pasukan Kajian Profesor Ambigapathy Pandian, USM Profesor Fauziah Md. Taib, USM Profesor Yang Farina Abdul Aziz, UKM Profesor Madya Shukran Abd. Rahman, UIAM Profesor Madya Sarjit Kaur, USM Profesor Madya Rozinah Jamaludin, USM Profesor Madya Ahmad Nurulazam Md. Zain, USM Dr. Munir Shuib, USM Dr. Melissa Ng Lee Yen Abdullah, USM Dr. Vikneswaran Nair, Taylor’s University College Penyunting Teks Laporan Profesor Madya Noriah Mohamed, USM Pegawai Penyelidik Pn. Shida Irwana Omar, USM Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Akronim Pengenalan Dan Skop Kajian iv iv iv vi Bab 1 1.1 1.2 Malaysia Ke Arah Hab Kecemerlangan Pengajian Tinggi Antarabangsa, 2020 Pengambilan akademik pelajar antarabangsa di Malaysia Unjuran pelajar antarabangsa di Malaysia untuk tempoh 2009 hingga 2012 1 3 7 Bab 2 Faktor-Faktor Pemilihan Malaysia Sebagai Destinasi Pengajian Pelajar Antarabangsa 9 Bab 3 Garis Panduan Yang Sedia Ada Berhubung Dengan Pengurusan Dan Pengambilan Pelajar Antarabangsa Di Malaysia Rekod dan prestasi IPTS Kursus yang ditawarkan Unit/Pejabat pelajar antarabangsa Kemudahan tempat tinggal Pemeriksaan keselamatan Insuran pelajar antarabangsa Dasar pemulangan yuran pengajian Makluman kepada kedutaan negara asal pelajar antarabangsa...

Words: 15290 - Pages: 62

Free Essay

Rukun Negara

...First: Trust in God. It does not matter what religion you practise, every religion only preaches good teachings. So Malaysians, should stop fighting about race/ religion and enjoy our good peace and harmony with each another. Do not allow any political party to belittle any race/ religion or to tear our country apart for their silly personal gains (politicians who work for any particular race/ religion should be brought to court for being racist.) Secondly: Supremacy of the Constitution. We should all practise democracy. It doesn’t matter how small or big. We fought really hard for our freedom and independence only to have it taken away by the very own people we elect to represent us. Hence we should all find ways to make Malaysia more democratic. It might be small baby steps, but every little bit eventually adds up just as the recent political tsunami has proven. We the people of Malaysia, should demand for more elections, from kampung heads to state assembly persons, to local councillors. Every single position that could be voted for, should be voted for. Hence the Rakyat would have more say over any issue. We will have our independence once again. Thirdly: Justice/Gloriousness of Law. Laws are there to protect us, the Rakyat. They are not meant to be used at the whim and fancy of our politicians. However, as many Malaysians never want to uphold the laws anyway, it allows the corrupt and unscrupulous politicians to get away with many other bigger sins. We must uphold our...

Words: 407 - Pages: 2

Free Essay

Principles of Rukun Negara

...AS MALAYSIANS of all races prepare to commemorate the 53rd Merdeka anniversary, I would like to stress once again the very fundamentals that have brought us together which are the very principles contained in the Rukun Negara, our national philosophy. Through its five tenets (Belief in God; Loyalty to the King and Country; Upholding the Constitution; Rule of Law, and Good Social Behaviour and Morality) the Rukun Negara has formed the principles of our nationhood and these should be inculcated in our younger generation who are the future leaders of our country. The Rukun Negara is our guide for nation-building and should be respected by all. It is a shared vision for national unity and its principles should always be upheld and practised. Many people are taking unity for granted. Even more saddening is that 40 years after the proclamation of the Rukun Negara, it appears that many have forgotten about its five tenets and what they stand for, while others still need to be reminded about the national philosophy. Some have again played to the race gallery for their own personal agenda and selfish ends. This is not a healthy development for in a multi-racial, mutli-religious and multi-cultural country like Malaysia, continuous effort must be made by all Malaysians to nurture and reinforce unity. We must be prepared to reduce our strong sense of ethnicity in order to achieve a “Bangsa Malaysia”. Malaysians should start accepting each other as Malaysians regardless...

Words: 568 - Pages: 3

Free Essay

Five Principles of Rukun Negara

... 12-16 1 Acknowledgement We are grateful because we manage to complete our "Pengajian Malaysia 2" assignment within the time given by our lecturer Miss Irna Nursyafina. This assignment can't be done without the effort of my partner, Jesslie Ng Hui Yee. Last but not least, we would like to express my gratitude to our course mates for their constant support and guidance.
 2 Introduction What is Rukun Negara? It was born on 31 August 1970 headed by the Malaysia's second prime minister, Tun Abdul Razak and it is formulated by the National Consultative Council. The purpose to form this principles are to created unity of various race in Malaysia after the disturbing peace of different races in 13 May 1969. It had proven in Malaysia that racial issues and stability fragile of the happened riots. After the formation of Rukun Negara in Malaysia, cases of racist incidents that involve hundreds of people death are prevented. Formation of Rukun Negara is one of the method to help Malaysian to stay together in one unity. The Principle of Rukun Negara consists of 5 principles, which is Belief in God, Loyalty to King and Country, Upholding the Constitution, Rule of Law and Decorum and Morality. 
 3 1.0 Belief in God Believing in God is a personal faith and everyone has the right to believe in God's existence. Belief in God is to believe that our father is there with us and bless us all the time. It doesn't matter what...

Words: 2077 - Pages: 9

Free Essay

Principle Rukun Negara

...Perniagaan Internet Oleh : Aridz Ridzuan Nota: Tidak dibenarkan untuk menerbitkan sebarang bahagian di dalam ebook ini di dalam apa bentuk sekalipun. Hakcipta adalah terpelihara. Terima kasih. 1 Kata – kata aluan Terima kasih kerana mendapatkan ebook ini. Sebelum anda terus mengikuti perkembangan yang ada di dalam ebook ini, elok saya memperkenalkan diri saya dahulu. Nama sebenar saya ialah Ahmad Ridzuan Bin Abd Rahman. Saya menggunakan nama samaran sebagai Aridz di dalam sebarang kegiatan saya di dalam internet. Saya telah menjalankan perniagaan di Internet semenjak lima tahun dahulu secara separuh masa daripada rumah. Saya sebenarnya bekerja sebagai seorang jurutera senior di dalam bidang R&D di sebuah syarikat multinasional di ibu negara yang mempunyai hampir tiga ribu orang pekerja. Saya sudah bekerja selama hampir sepuluh tahun di beberapa buah syarikat tempatan senaraian awam dan juga multinasional seperti Motorola (M) Sdn. Bhd, Unisem (M) Berhad, StatsChipPAC (M) Sdn. Bhd dan Omega Semiconductor (M) Berhad. Kini, saya masih bekerja di sebuah syarikat multinasional di Kuala Lumpur. Saya telah melibatkan diri di dunia perniagaan internet ini setelah saya melanggani perkhidmatan broadband streamyx tanpa had di rumah. Aktivitiaktiviti yang saya lakukan hanyalah berkisar kepada pembacaan suratkhabar di internet, email, forum dan sekadar melayari laman- laman web. Saya merasakan ada sesuatu yang saya boleh tingkatkan di dalam penggunaan internet ini. Ianya adalah untuk menjadikan...

Words: 3948 - Pages: 16

Premium Essay

Ssm Report

...CHAIRMAN’S  NOTE               EXECUTIVE  SUMMARY                 MODULE  1:  ECONOMIC  PERFORMANCE  OF  THE  INDUSTRY     Malaysian  Economic  Performance  –  Overview  for  the  Year  2012                                                                                                   3   6   11   13     C&M  Industry  Performance  –  Overview  2012     Global  and  Malaysian  GDP  Growth       Communications  Services  Contribution  to  Growth   Bursa  Malaysia  ACE  Market  –  An  Overview  of  Licensees     C&M  Industry  Financial  Performance  Overview       Telecommunications  Companies           Broadcasters             Trends  of  C&M  Companies  Financial  Performance   Digital  Signature             C&M  Revenue  by  Services  Market  Segment     ARPU  Comparison                       Contribution  of  the  C&M  Industry  to  Bursa ...

Words: 31483 - Pages: 126

Free Essay

Microeconomic of Great Eastern

...American International Assurance Bhd. (AIA Bhd.) is one of Great Eastern competitors which are a leading life insurance organization in Asia with a unique heritage of serving customers across the world’s most dynamic region for 90 years.AIA Bhd. began operations in the country, in 1948 and with more than 60 years of local market presence. However, Great Eastern provides more product widely services than its competitors. Following is the SWOT analysis of Great Eastern:- SWOT analysis Strength * Strong performance. * Transferred locally incorporated public company, Great Eastern Life Assurance (Malaysia). * Certified as “Oldest and Largest Life Insurance” in Malaysia. * Licensed under the Insurance Act and regulated by Bank Negara Malaysia. * Parent company is Oversea-Chinese Banking Corporation (OCBC). Weakness * Agents of Great Eastern lack of professional service * Unable to fulfill customer’s requirement. Opportunities * Technology is improving to the point that...

Words: 320 - Pages: 2

Free Essay

Malaysian Investment Banking Association

...guide and protect the interests of investment bank. MIBA also provide a forum for them to exchange views and idea, close collaboration, dialogue and consultation with supervision department and other market intermediaries. Since the association have been incorporation, the investment bank has played an important role to develop the Malaysia’s capital market. During the year 2005, the Association decided to have a new image that would patency represent their role, objectives and commitment to support the country’s desire of developing a efficient, innovation and competitive capital market. The Association’s new name and logo was launched on 3 December 2005 and effective 1 January 2006. The name and logo was launched by the Governor of Bank Negara Malaysia which is YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr Zeti Akhtar Aziz. The Association was officially known as “MALAYSIAN INVESTMENT BANKING ASSOCIATION”. The logo of Malaysian Investment Banking Association logo was form by few alphabets which is the short form of the association – MIBA. The central letters that strand for “Investment Banking”. The “investment banking is the heart of the organization while the “Malaysian & Association” are two supporting identity features. The stylish logo was represent the image of a strong organization with the stately history and solid performance. The main objective of the MIBA is support, promote, enhance and safeguard the interests and business of investment banks. They also promote the facilitate consultation...

Words: 297 - Pages: 2

Free Essay

Bank Negara Malaysia

...To stabilise the residential property market, the latest measure by the Government to curb bulk buying is a step in the right direction to ensure a more equitable market that is led by real demand. Urban Wellbeing, Housing and Local Government Minister Datuk Abdul Rahman Dahlan said developers selling more than four residential units to a single buyer or group must now obtain prior approval from the Controller of Housing. The new enforcement would be made compulsory in all real-estate advertising and sale permit materials. In order to prevent asset bubbles in Malaysia, a continuous monitoring by the Central Bank of Malaysia (CBM) on the property price trends and the introduction of appropriate measurements, such as the introduction of “My First Home Scheme” on 8 March 2011 will curb the real estate speculation activities and to support, stabilize and sustain the future of Malaysia’s Residential property market (Azhar, 2011). The Malaysia My First Home Scheme (MFHS) or Skim Rumah Pertamaku was introduced in early 2011 by the government with the sole purpose of assisting young adults, who have joined the workforce and earn RM3, 000 per month or less, to own their first home. This scheme allows young adults to obtain 100% financing from financial institutions (100% margin as opposed to the usual 90% offered by most banks), enabling them to own their first house without the need to pay a 10% down payment. Cagamas SRP Berhad will also guarantee the banks on financing above a 90%...

Words: 318 - Pages: 2