Free Essay

Tutorial Pendapatan Perniagaan

In:

Submitted By ilahusin
Words 1171
Pages 5
TUTORIAL: PENDAPATAN PERNIAGAAN

SOALAN 1
Meranti Super Sdn Bhd (MS) merupakan sebuah syarikat yang mengeluar dan memasarkan perabot yang berasaskan kayu meranti di dalam dan ke luar negara. Berikut adalah Penyata Untung Rugi MS bagi tahun berakhir 2011.
| |Nota |RM’000 |RM’000 |
|Jualan | |10,700 | |
|Pendapatan lain |1 |1,700 |12,400 |
| | | | |
|Tolak: Kos barang dijual |2 | |5,200 |
| | | |7,200 |
|Tolak: Gaji dan upah |3 |2,300 | |
| Bonus | |250 | |
| Gaji pengarah | |275 | |
| Yuran profesional |4 |1909 | |
| Penyelengaraan loji dan mesin |5 |120 | |
| Belanja kenderaan |6 |70 | |
| Pembaikan dan renovasi |7 |45 | |
| Premium insuran | |24 | |
| Peruntukan Hutang lapuk | |150 | |
| Susutnilai | |500 | |
| Perbelanjaan lain |8 |20 | |
| Iklan |9 |150 | |
| Perjalanan dan keraian |10 |180 |5,993 |
|Keuntung sebelum cukai | | |1,207 |
|Cukai | | |338 |
|Keuntungan selepas cukai | | |869 |

Nota:
1. Pendapatan lain merupakan hasil sewa rumah kedai di Australia yang diremitkan ke Malaysia.

2. Kos barang dijual termasuk: Peruntukan bagi stok lama (obsolete) ialah sebanyak RM180,000,

3. Gaji dan upah termasuk gaji kepada kakitangan kurang upaya berjumlah RM100,000.

4. Yuran professional termasuk yuran konsultan sebanyak RM800,000 dibayar kepada bukan pemastautin pada 15 November di atas nasihat teknikal yang diberikan di Malaysia.

5. Termasuk di dalam belanja penyelenggaraan loji dan mesin ialah penggantian sebuah mesin berharga RM21,000.

6. Belanja kenderaan termasuk rugi sebanyak RM2,000 atas jualan sebuah lori kecil pada harga RM5,000. Baki perbelanjaan yang layak bagi lori tersebut pada 31 Disember 2011 ialah RM9,000.

7. Pembaikan dan renovasi termasuk menggantikan bumbung kilang yang mengalami banyak kebocoran dengan atap yang baru bernilai RM22,000 di samping membina 20 lot tempat letak kereta dengan kos RM15,000.

8. Perbelanjaan-perbelanjaan lain termasuk RM20,000 yang telah dibayar kepada London Furniture Ltd. UK atas khidmat nasihat berkenaan reka bentuk dan produk untuk pasaran di sana.

9. Perbelanjaan pengiklanan termasuklah RM40,000 untuk pemberian sampel percuma untuk tujuan promosi.

10. Belanja perjalanan dan keraian termasuk bayarganti keraian kepada staf jualan sebannyak RM40,000 dan belanja keraian yang dikeluarkan oleh pengarah yang tidak berkaitan dengan jualan sebanyak RM35,000.

11. Elaun modal yang layak bagi tahun taksiran 2011 ialah RM330,000 manakal elaun imbangan RM4,000.

Dikehendaki: Kirakan pendapatan bercukai Meranti Super Sdn Bhd bagi tahun taksiran 2011.

SOALAN 2
Home4Life Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang menjalankan operasi pengeluaran dan pemasaran perabot untuk eksport. Penyata Untung Rugi Home4Life Sdn Bhd bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 adalah seperti berikut:
| |Nota |RM’000 |RM’000 |
|Jualan | |5,800 | |
|Faedah dari simpanan tetap |1 |70 | |
|Hasil dividen (bersih) | |37 | |
|Laba dari jualan aset tetap | |20 |5,927 |
|Tolak: Kos barang dijual |2 | |(2,700) |
| | | |3,227 |
|Tolak: | | | |
| Gaji dan upah |3 |920 | |
| Pembaikan & penyelenggaraan |4 |290 | |
| Pemasaran |5 |400 | |
| Caj kewangan |6 |75 | |
| Caj pengangkutan |7 |80 | |
| Keraian | |280 | |
| Perbelanjaan kenderaan |8 |140 | |
| Peruntukan hutang lapuk |9 |70 | |
| Bayaran profesional dan guaman |10 |80 |2,335 |
|Pendapatan sebelum cukai | | |892 |

Nota:
1. Faedah diterima daripada simpanan tetap di sebuah bank di Hong Kong.

2. Termasuk di dalam kos barang dijual ialah kos perabot RM25,000 yang didermakan kepada rumah jagaan orang tua.

3. Termasuk di dalam gaji dan upah ialah upah kepada pekerja kurang upaya sebayak RM150,000.

4. Pembaikan dan penyelenggaraan termasuk: i. Penggantian satu peralatan pada kos RM70,000. ii. Kos membaikpulih sistem saliran RM25,000.

5. Kos pemasaran termasuk RM55,000 yang telah dilibatkan semasa menyertai pameran antarabangsa di Kuala Lumpur yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan. Perbelanjaan yang terlibat ialah kos sewa ruang RM25,000, bayaran lebih masa kepada pekerja RM15,000 dan kos pameran RM15,000.

6. Termasuk di dalam caj kewangan ialah faedah yang dibayar atas pinjaman yang digunakan bagi membeli saham Tenaga Nasional berjumlah RM23,000.

7. Daripada keseluruhan caj pengangkutan, 20% merupakan melibatkan kos angkutan bagi perpindahan rumah 3 orang pengarah syarikat ke kampung halaman masing-masing.

8. Perbelanjaan atas kenderaan termasuk bayaran ansuran bulanan bagi van syarikat sebanyak RM35,000.

9. Bayaran profesional dan guaman termasuk: RM’000 Pembaharuan tandaniaga 5 Bayaran guaman bagi rayuan cukai 30

Elaun modal bagi tahun semasa ialah RM120,000. Caj imbangan berjumlah RM10,000.

Dikehendaki: Kirakan cukai kena bayar oleh Home4Life Sdn Bhd bagi tahun taksiran 2011.

SOALAN 3
KL Textile Sdn Bhd telah menjalankan perniagaan tekstil bagi pasaran tempatan dan luar negara semenjak tahun 1972. Bagi tahun perakaunan yang berakhir pada 30 Jun 2011, syarikat tersebut mempunyai Akaun Untung Rugi seperti berikut:
KL Textile Sdn Bhd
Penyata Pendapatan Bagi Tahun Berakhir 30 Jun 2011 Nota RM RM

Jualan 8,250,000
Tolak : Kos barang dijual 1 5,195,000 3,055,000

Tambah: Faedah 2 146,000 Dividen 3 118,000 264,000 3,319,000

Tolak: Gaji dan upah 4 1,245,200 Caj kemahiran dan langganan 5 30,000 Pembaikan dan penyenggaraan 6 117,000 Derma 7 31,000 Peruntukan hutang lapuk 43,770 Keraian 8 40,000 Susutnilai 18,000 Penyelidikan dan pembangunan 9 85,000 Perbelanja pentadbiran dan lain 10 283,000 1,892,970
Keuntungan sebelum cukai 1,426,030
Nota:
1. Kos barang dijual Termasuk di dalam kos barang dijual adalah : RM Peruntukan bagi stok usang 70,000 Insuran premium yang dibayar kepada syarikat perbadanan insuran Malaysia bagi penjualan barang-barang export 25,000 95,000 2. Faedah RM Faedah pertukaran asing daripada deposit tetap (diterima di Malaysia) 130,000 Faedah yang diterima hasil daripada kelewatan pembayaran oleh penghutang perdagangan 16,000 146,000 3. Dividen RM Dividen yang telah dikreditkan ke akaun syarikat dari Jepun 76,000 Dividen (bersih) diterima daripada SIMCO (M) Bhd 42,000 118,000

4. Gaji, upah dan lain-lain yang berkaitan RM Gaji 960,000 Bonus 80,000 Caruman ke KWSP 115,200 Tiket penerbangan ke luar negara kepada pengarah-pengarah 90,000 1,245,200

5. Caj kemahiran dan langganan RM Bayaran perundangan ke atas kutipan hutang lapuk 19,000 Bayaran perundangan untuk kesalahan undang-undang 6,000 Langganan : Bayaran kemasukan (entrance fees) 3,000 Bayaran tahunan (annual fees) 2,000 30,000 6. Pembaikan dan penyenggaraan RM Penambahan tempat meletak kereta bagi pengurus-pengurus 45,000 Memasang sistem perlindungan kilang berteknologi Jerman 21,000 Memnbaiki sistem saliran 21,000 Memperbaiki permukaan tempat meletak kereta 30,000 117,000 7. Derma Sebanyak RM6,000 wang tunai telah didermakan kepada Pertubuhan Bulan Sabit Merah (diluluskan). Syarikat ini juga telah menderma RM10,000 wang tunai dan 5 set televisyen berharga RM15,000 kepada Rumah Anak-Anak Yatim Ulu Klang (diluluskan).

8. Keraian Sebanyak RM25,000 perbelanjaan keraian telah dibelanjakan bagi Majlis Makan Malam syarikat.

9. Penyelidikan dan pembangunan RM Latihan pekerja bagi kursus kualiti produksi yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa 14,000 Perbelanjaan penyelidikan ke atas ‘new synthetic fabric’ oleh Nagoya Research Bhd, iaitu sebuah syarikat penyelidikan yang dibenarkan 71,000 85,000 10. Perbelanjaan umum dan pentadbiran RM Pengiklanan 130,000 Kualiti kawalan dan pemeriksaan rutin produk 150,000 280,000
Maklumat-maklumat lain:
Elaun modal yang layak bagi tahun taksiran 2011 adalah sebanyak RM96,000 manakala elaun imbangan adalah sebanyak RM10,000.

Dikehendaki :
Kirakan pendapatan bercukai KL Textile Sdn Bhd bagi tahun taksiran 2011.

Similar Documents

Free Essay

Kitaran Jualan Dan Kutipan

...[pic] FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN PROGRAM IJAZAH SARJANAMUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN |1. Tajuk Kursus |Pengauditan | |2. Kod Kursus |EPPA3013 | |3. Status Kursus |Teras Pusat | |4. Jam Kredit |3 | |5. Prasyarat |EPPA 2013 dan ambil bersama EPPA3043. | |6. Semester Ditawarkan | | |7. Pensyarah | | | Masa dan Tempat | | |8. Penilaian Kursus |Peperiksaan Pertengahan Semester 25% | | |Penyertaan dalam Kelas 5% | | ...

Words: 1536 - Pages: 7

Free Essay

Tutorial

...EPPD2023: STATISTIK UNTUK EKONOMI DAN PERNIAGAAN (SET 2) TUTORIAL 2 1. Jadual menunjukkan gaji sehari bagi 85 pekerja di syarikat pembinaan. |Gaji (RM) |Bilangan | |50.00 – 59.99 |10 | |60.00 – 69.99 |14 | |70.00 – 79.90 |20 | |80.00 – 89.99 |16 | |90.00 – 99.99 |13 | |100.00 – 109.99 |12 | |Jumlah |85 | Dari jadual taburan ulangan di atas tentukan yang berikut: a) Min aritmetik, (jw: 80.17) varians dan sisihan piawai gaji pekerja. b) Paras gaji harian di mana 30% dari pekerja memperoleh gaji harian lebih daripadanya. (Jwp:83.42) c) Kepencongan taburan data tersebut. (jwp: kanan sbb mod = 76) 2. Berikut menunjukkan kedudukan pendapatan bulanan 200 orang nelayan di Besut, Terengganu. |Pendapatan |Ulangan | |Bulanan (RM) | | | 1 – 100 |3 | |101 – 200 |28 | |201 – 400 |96 | |401 – 600 |30 | |601 – 1,000 |24 | |1,001...

Words: 428 - Pages: 2

Free Essay

Rukun Negara

...KAJIAN PELAJAR ANTARABANGSA DI MALAYSIA LAPORAN AKHIR Disediakan untuk Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Oleh Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) Suite 109, Tingkat Satu, Kompleks EUREKA Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang. Oktober 2009 SENARAI AHLI PASUKAN KAJIAN Ketua Kajian Profesor Badaruddin Mohamed, USM Ahli Pasukan Kajian Profesor Ambigapathy Pandian, USM Profesor Fauziah Md. Taib, USM Profesor Yang Farina Abdul Aziz, UKM Profesor Madya Shukran Abd. Rahman, UIAM Profesor Madya Sarjit Kaur, USM Profesor Madya Rozinah Jamaludin, USM Profesor Madya Ahmad Nurulazam Md. Zain, USM Dr. Munir Shuib, USM Dr. Melissa Ng Lee Yen Abdullah, USM Dr. Vikneswaran Nair, Taylor’s University College Penyunting Teks Laporan Profesor Madya Noriah Mohamed, USM Pegawai Penyelidik Pn. Shida Irwana Omar, USM Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Akronim Pengenalan Dan Skop Kajian iv iv iv vi Bab 1 1.1 1.2 Malaysia Ke Arah Hab Kecemerlangan Pengajian Tinggi Antarabangsa, 2020 Pengambilan akademik pelajar antarabangsa di Malaysia Unjuran pelajar antarabangsa di Malaysia untuk tempoh 2009 hingga 2012 1 3 7 Bab 2 Faktor-Faktor Pemilihan Malaysia Sebagai Destinasi Pengajian Pelajar Antarabangsa 9 Bab 3 Garis Panduan Yang Sedia Ada Berhubung Dengan Pengurusan Dan Pengambilan Pelajar Antarabangsa Di Malaysia Rekod dan prestasi IPTS Kursus yang ditawarkan Unit/Pejabat pelajar antarabangsa Kemudahan tempat tinggal...

Words: 15290 - Pages: 62