Free Essay

Unikl Ecitie Individua Assignment Siti Arafah

In:

Submitted By sitiarafah
Words 2025
Pages 9
ISI KANDUNGAN

TAJUK | MUKA SURAT | Pengenalan Perlembagaan Malaysia | | Sejarah Perlembagaan Malaysia | | Definisi Perlembagaan Konsep Perlembagaan Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia | | Hak Asasi Perlembagaan Malaysia( belom siap) | | Fungsi dan tujuan Perlembagaan | |

1.0 PENGENALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Malaysia merupakan Negara berdaulat dan mempunyai sistem pentadbiran dan sistem perundangan yang unik dan tersendiri. Setiap Negara mempunyai sistem perlembagaan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan bagi membantu pemerintah dan pemimpin Negara dalam mempermudahkan proses mentadbir Negara dalam pelbagai aspek seperti aspek ekonomi, politik dan sosial.
Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang yang tertinggi untuk menentukan bagaimana pemerintahan sebuah negara itu mesti dijalankan. Perlembagaan sesebuah negara menerangkan dan memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh pelbagai anggota negara itu, seperti hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan yang diperintah.
Seperti negara lain yang berdaulat di dunia, Malaysia juga mempunyai suatu Perlembagaan Persekutuan yang berfungsi sebagai undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan Persekutuan menentukan pelbagai perkara mengenai kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, perundangan, peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman, perkhidmatan awam dan lain-lain. Dengan lain perkataan, bolehlah kita anggap bahawa Perlembagaan Persekutuan yang mencorakkan sistem pemerintahan di Malaysia.

2.0 SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Setiap peristiwa mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Di dalam hidup manusia sendiri, peristiwa dan kehidupan seseorang itu berbeza kerana setiap orang pasti mempunyai peristiwa, kisah dan sejarah sama ada yang pahit atau manis.
Begitu juga dengan sistem perlembagaan Malaysia di mana ianya mempunyai proses bagaimana wujudnya kedatangan sistem perlembagaan yang masih kekal sehinggalah hari ini. Sejarah perlembagaan moden Malaysia bermula pada akhir abad ke 19, ketika kerajaan British menguasai Tanah Melayu.

Berikut merupakan kronologi ringkas sejarah perlembagaan Malaysia :

Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama.

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk Kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1956

Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara.

Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 31 Ogos 1957, Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu bermula tarikh kemerdekaan Negara.

Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963, beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan nama negara ditukar kepada Malaysia.

DEFINISI PERLEMBAGAAN

3.0 Definisi Perlembagaan

Apakah itu perlembagaan ?

* Satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. * Digubal sebagai garis panduan tentang corak pemerintahan sistem politik dan pentadbiran sesebuah Negara * Perlembagaan wujud daripada kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan untuk menjamin semua yang terkandung di dalam kandungan perlembagaan * Menyatakan tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan Negara masing-masing.

3.1 Konsep Perlembagaan

Pada asasnya, perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara dan memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang mengandungi peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan. Beberapa konsep penting yang berkaitan dengan perlembagaan adalah:

a) Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara b) Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom. c) Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Perlembagaan menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada negara.

Terdapat pelbagai konsep perlembagaan yang didefinasikan oleh pelbagai tokoh di bawah :

a) S. Hornby dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary
Perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah.

b) Geoffrey Marshall dan Graeme C.Moodie dalam Some Problems of the Constitution
Perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsip bahagian-bahagian tertentu sesebuah negara yang mengawal kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat
c) C.F. Strong dalam bukunya Modern Political Constitution
Perlembagaan sebagai koleksi prinsip-prinsip kuasa pemerintah, hak-hak memerintah dan hubungan antara keduanya akan diubah.
d) R.N. Gilchrist dalam bukunya Principles of Political Science.
Perlembagaan mengandungi satu badan atau peraturan bertulis atau tidak bertulis yang dapat mengenal pasti kerajaan yang dibentuk, satu pembentukan kuasa untuk pelbagai organisasi kerajaan dan prinsip-prinsip umum yang akan menggunakan kuasa ini.

3.2 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Beberapa unsur pemerintahan Inggeris yang pernah diamalkan telah diserap masuk ke dalam perlembagaan seperti jentera Kerajaan, Parlimen, dan kewarganegaraan. Unsur-unsur tradisi di dalam perlembagaan ini sangat perlu dipelihara bagi mewujudkan perpaduan kaum dan kestabilan politik sebagai syarat memajukan negara. Empat unsur lama yang pernah diamalkan dalam sistem pemerintahan Kerajaan Melayu lama yang dikekalkan di dalam perlembagaan negara kita dan sehinggalah sampai sekarang adalah:-

a) Kedudukan Hak Istimewa Orang Melayu

Sama seperti agama dan bahasa bagi orang Melayu, hak istimewa juga bukan perkara asing bagi orang Melayu. Tidak timbul soal diskriminasi, persaingan dan konflik antara kaum pada waktu itu. Apabila Inggeris membawa masuk pekerja dalam sektor getah dan bijih timah dengan jumlah yang ramai sebagai tenaga kerja pada abad ke-19, maka soal yang tidak pernah dipersoalkan selama ini telah timbul.
Orang Melayu merasa terancam dan di anak tirikan apabila melihat jumlah pendatang semakin ramai. Tambahan pula dengan kejayaan mereka menguasai ekonomi negara telah memaksa kerajaan memikirkan supaya orang Melayu tidak terlalu ketinggalan jauh dari kaum pendatang. Hak istimewa orang Melayu telah diperkenalkan dalam perlembagaan supaya pembelaan dan bantuan dapat diberikan kepada orang Melayu sebagai penduduk peribumi. Yang-Dipertuan Agong telah diberi kuasa untuk memelihara hak istimewa orang Melayu Antara perkara yang terkandung dalam hak istimewa orang Melayu ialah kuota kemasukan dalam sektor awam dan kuota kemasukan ke institusi pengajian tinggi, biasiswa, kemudahan mendapat lesen dan permit perniagaan.

b) Bahasa Melayu

Penggunaan bahasa Melayu pada masa dahulu adalah penting kerana penduduk yang tinggal di Tanah Melayu pada waktu itu tidak majmuk dari segi bahasa dan budaya yang diamalkan seperti sekarang. Tanah Melayu dihuni oleh sebahagian besar penduduknya ialah orang Melayu. Di samping sebagai bahasa utama di kalangan penduduk, bahasa Melayu juga mejadi bahasa perantaan atau dikenali sebagai Lingua Franca kepada pedagang yang datang berniaga di Melaka semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Malah semasa Inggeris menjajah Tanah Melayu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Segala minit mesyuarat telah ditulis dalam tulisan jawi.
Bermula pada tahun 1946, bahasa Melayu dan Inggeris boleh digunakan dalam mesyuarat tetapi tulisan minit mesyuarat mestilah ditulis dalam bahasa Inggeris. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang menggantikan Malayan Union masih mengekalkan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa rasmi. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan wujud kembali apabila menyedari masalah perpaduan yang wujud di Tanah Melayu. Pada tahun 1956, bahasa Melayu telah disyorkan oleh penyata Razak supaya diterima pakai dalam sistem pendidikan negara. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan mejadi tolak ansur antara kaum semasa mencapai kemerdekaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara pada tahun 1957.

c) Agama Islam

Orang Melayu telah mengenali dan mengamalkan Islam sejak lebih 500 tahun yang lalu. Antara faktor penting agama Islam cepat diterima oleh orang Melayu kerana sultan pada waktu itu beragama Islam. Orang Melayu yang terkenal sebagai taat dan pantang derhaka kepada Sultan begitu mudah menerima Islam sebagai agama baru mereka, lebih-lebih lagi kedudukan sultan sebagai ketua agama.
Kedudukan Sultan sebagai ketua agama telah dikukuhkan lagi apabila Inggeris campur tangan di negeri-negeri melayu pada tahun 1870-an. Bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874, kuasa Raja-Raja Melayu telah dihadkan dalam adat istiadat dan agama Islam sahaja. Selain daripada itu, Sultan hendaklah menerima nasihat daripada seorang penasihat Inggeris.
Setelah merdeka, Islam telah dijadikan agama persekutuan dan kerajaan. Sebagai agama rasmi negara, kerajaan mempunyai kuasa untuk memperuntukkan sebahagian daripada perbelanjaan untuk pembangunan dan kemajuan berkaitan dengan agama Islam seperti perbelanjaan mengurus, membina masjid, dan sekolah agama. Bagaimanapun, sesuai dengan negara demokrasi, agama lain bebas untuk diamalkan tetapi dilarang untuk menyebarkannya kepada penganut agama Islam.

d) Pemerintahan beraja
Pemerintahan beraja sudah lama wujud dan menjadi amalan turun temurun di negeri-negeri Melayu. Raja atau Sultan menjadi simbol kesetiaan orang Melayu. Pemerintahan dan pentadbiran pada waktu itu berpusat kepada raja dan istana. Kedudukan Raja-raja Melayu dikekalkan apabila Inggeris campur tangan dalam hal ehwal negeri Melayu pada abad ke 19. Seorang penasihat Inggeris telah dilantik untuk menasihati sultan dalam segala hal ehwal perkara yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam . Mereka menggunakan kedudukan raja Melayu sebagai simbol perpaduan dan tempat orang Melayu menumpahkan taat setia mereka sebagai daya tarikan supaya orang Melayu tidak menentang Inggeris.
Malayan Union ditentang kerana beberapa perkara yang menyentuh kedudukan orang Melayu dan kedaulatan kuasa raja Melayu, sebaliknya menguntungkan orang bukan Melayu. Sultan sekarang kehilangan kuasa apabila Tanah Melayu ditadbir oleh Sir Edward Gent sebagai Gabenor pertama yang berpusat di Kuala Lumpur. Pemberian kerakyatan mengikut prinsip “jus soli” atau mengikut tempat lahir telah menghapuskan hak turun temurun orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Kerakyatan telah memberi orang bukan Melayu mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu. Persamaan ini telah menambahkan kebimbangan orang Melayu terhadap bukan Melayu apabila mereka menguasai ekonomi perdagangan Tanah Melayu dalam sektor getah dan bijih timah.
Pada tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan Raja Perlembagaan. Yang Dipertuan Agong (YDA) sebagai Ketua Utama negara dalam memerintah Negara mengikut atas nasihat Perdana Menteri dan kabinet.

4.0 Kebebasan asasi termaktub dalam perlembagaan Negara

5.0 Fungsi dan tujuan perlembagaan
Kewujudan sebuah perlembagaan bagi sesebuah negara yang berdaulat sangat penting. Ianya akan menentukan perjalanan sesebuah negara berjalan dengan lancar atau sebaliknya. Tujuannya ialah:

a) Menjamin keutuhan dan kedaulatan Negara
Perlembagaan boleh menjamin keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara. Ia merupakan undang-undang tertinggi yang perlu dipatuhi dalam menentukan hala tuju sesebuah negara. Tanpa perlembagaan rakyat sesebuah negara tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia mereka dalam mendirikan sebuah negara yang makmur dan utuh.
Semangat nasionalisme tidak akan wujud di kalangan rakyat yang tidak memikirkan dan cinta akan negaranya sendiri. Apabila semangat ini tidak terdapat di dalam diri seseorang rakyat, maka tidak akan wujud semangat patriotisme di dalam jiwa mereka sebagai satu syarat untuk menyumbangkan tenaga mereka terhadap negara.
Justeru itu, negara menjadi lemah apabila sesebuah negara tidak mempunyai kekuasaan yang utuh, pemerintahan yang kuat, musuh dari luar dengan mudah dapat mengambil alih kerajaan atau tampuk pemerintahan negara. Jadi dengan adanya perlembagaan negara, rakyat dapat berpegang kepada satu undang-undang yang diamalkan dan dihormati bersama untuk memastikan kewujudan sebuah negara yang berdaulat. b) Mengawal perjalanan Kerajaan
Dengan adanya perlembagaan, segala tindakan para pemimpin dapat diketahui atau dipastikan. Ini kerana segala tindak-tanduk mereka mestilah berdasarkan kepada perlembagaan yang telah dicatatkan, bukan bertindak mengikut sesuka hati. Oleh itu, pihak pemerintah tidak dapat melakukan sebarang perbuatan yang boleh menyeleweng daripada perlembagaan. Ini bererti perlembagaan dapat menjamin agar pihak pemerintah tidak berlaku curang atau menyalah guna kuasa yang diperuntukkan kepada mereka.

c) Menjamin keamanan Negara
Dengan adanya perlembagaan rakyat mendapat jaminan undang-undang bahawa tidak akan ada unsur-unsur diskriminasi di kalangan mereka. Pembahagian kuasa dinyatakan secara jelas dalam perlembagaan antara rakyat dengan pemerintah serta badan perundangan telah memisahkan antara satu sama lain daripada melakukan penindasan dan penyalahgunaan kuasa. Tiada pihak mendapat keistimewaan dari segi undang-undang, sebaliknya semua orang harus menghormati dan mematuhi perlembagaan negara. Sikap ini boleh membantu mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat sebagai syarat untuk membolehkan mereka hidup aman damai.

d) Sebagai rujukan
Dengan adanya perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, pihak-pihak yang bertentangan antara satu sama lain boleh menjadikan ia sebagai sumber rujukan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Keadaan yang tegang akibat daripada perasaan tidak puas hati dapat dielakkan jika rakyat diwajibkan mengikut dan menghormati apa yang tercatat di dalam perlembagaan. Masalah ketidakfahaman boleh diselesaikan dengan tenang berdasarkan undang-undang yang telah sedia ada di dalam perlembagaan.
Apabila semua pihak yang bertentangan duduk membincangkan masalah mereka secara bersama, maka masalah yang mungkin timbul tidaklah begitu sukar diselesaikan. Justeru itu, dengan adanya perlembagaan sebagai sumber rujukan utama dari segi perundangan ia dapat menyesuaikan konflik yang berlaku di dalam sesebuah negara dengan lebih mudah.

Similar Documents