Free Essay

Wakwaka

In:

Submitted By paanct
Words 267
Pages 2
PERINGATAN KEPADA PEMEGANG LESEN/PERMIT 1. Semua pemegang lesen/permit sahaja diberi kuasa untuk menandatangani semua pengimportan, pembelian, dan penjualan dan pengeksportan racun. Kuasa ini tidak boleh dipindah atau diturunkan kepada mana-mana pihak/individu tidak berlesen tanapa kelulusan Pegawai Pelesenan Negeri.

2. Sekiranya pemegang lesen/permit , a. Berhasrat membatalkan lesen/permit, b. Meletakkan jawatan dalam satu premis perniagaan dan bekerja di perniagaan lain di negeri sama atau negeri yang lain, c. Bertukar ke cawangan lain di negeri yang sama atau ke negeri yang lain, d. Bekerja di perniagaan/syarikat yang sama tetapi perniagaan/syarikat tersebut berpindah ke alamat lain, e. Ingin meminda maklumat lesen/permit atau syarat-syaratnya ( contohnya : perubahan senarai racun, jenis urusniaga, alamat stor, pengedar yang dilantik)

Pemegang lesen /permit dikehendaki mengambil tindakan berikut : i. Memaklumkan Pegawai Pelesenan mengenai mana-mana perkara di para 2 secara bertulis TIGA MINGGU sebelum tarikh mula berkuatkuasa. ii. Memberi penjelasan bertulis mengenai tindakan yanag akan diambil ke atas racun-racun yang disimpan di premis tersebut dan pastikan tidak berlaku sebarang transaksi racun selepas lesen/permit dibatalkan. iii. Menyerahkan lesen kepada Pegawai Pelesenan untuk dibatalkan atau dibuat pindaan. iv. Pemohonan baru (jika perlu) boleh dikemukakan semasa pemohon mengemukakan lesen untuk dibatalkan. v. Mendapatkan surat pengesahan pembatalan lesen/permit dari Pegawai Pelesenan (negeri terakhir) jika ingin berkhidmat di negeri lain. vi. Jika melibatkan dadah berbahaya dan bahan psikotropik, sila serahakan semua baki stok dadah berbahaya dan bahan psikotropik (jika ada) kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi), untuk simpanan sementara sehingga seorang pemegang lesen baru dilantik.
Kegagalan mematuhi keperluan di atas boleh menjejaskan proses pengeluaran lesen/permit baru tuan/puan.

Similar Documents