Free Essay

1malaysia

In: Social Issues

Submitted By crawloozers
Words 2582
Pages 11
“SATU MALAYSIA”

[pic] Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan penari-penari cilik melaungkan slogan 1Malaysia selepas majlis perasmian sambutan Minggu Perpaduan 2009 peringkat kebangsaan di IOI Mall Puchong.

Melihat bagaimanakah pembinaan negara bangsa dapat diselarikan dengan konsep Satu Malaysia.

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara

Satu Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘Satu Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘Satu Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara. Satu Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

Satu Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai Satu Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

Konsep Satu Malaysia Gagasan Satu Malaysia, Rakyat didahulukan. Pencapaian Diutamakan. Gagasan tersebut merangkumi elemen yang jelas bagi pembinaan negara dengan berpaksikan kepada perpaduan dan integrasi; kepentingan rakyat dan kecemerlangan bagi melonjakkan kemajuan negara. Satu Malaysia akan memastikan tiada golongan atau satu kaum yang terpinggir di negara ini tetapi pada masa yang sama tidak menolak dasar affirmatif. Yang penting kerajaan akan berlaku adil kepada semua kaum dalam usaha menggerakkan transformasi besar. Dasar afirmatif bagi membantu orang Melayu yang paling ramai miskin dan ketinggalan (berbanding dengan kaum lain), akan diteruskan. Sememangnya ada keperluan untuk meneruskan dasar afirmatif atas realiti sejarah dan kontrak sosial sambil kerajaan memperhebatkan pencapaian dalam meningkatan taraf hidup semua kaum.

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘Satu Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

1.Budayakecemerlangan 2. Ketabahan 3. Rendahhati 4. Penerimaan 5. Kesetiaan 6. Meritokrasi 7. Pendidikan 8. Integriti

Pembinaan Negara Bangsa selari dengan Konsep Satu Malaysia Matlamat kerajaan untuk membina Negara Bangsa adalah selari dengan gagasan Satu Malaysia; rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan yang dihasratkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat Satu Malaysia ialah membina sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan keadilan. Tidak ada sesiapapun akan terpinggir untuk merebut peluang yang disediakan bagi menyerlahkan segala keupayaan dan potensi masing-masing. Jika nilai-nilai ini dapat diterapkan melalui proses pendidikan yang terancang, saya yakin dan percaya perpaduan dalam kalangan rakyat akan dapat diperkukuhkan. Perpaduan merupakan aspek penting dalam pembangunan negara. Oleh itu ianya perlu diberikan perhatian yang bersungguh-sungguh oleh setiap orang. Kementerian Pelajaran akan terus menyokong pembinaan Negara Bangsa bagi memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara kita dalam menghadapi cabaran globalisasi. Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘Satu Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama Satu Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

Rumusan
Justeru, dalam semangat Satu Malaysia, seluruh komuniti dan warga, wajar memelihara integriti negara. Masyarakat Malaysia harus mengatakan "tidak" kepada sebarang anasir ataupun penggugat keamanan dan kesejahteraan sosial rakyat. Caranya dengan tidak memberi dokongan dalam bentuk moral dan material kepada pihak yang terang-terangan mengamalkan "budaya politik luar tabie" demi kepentingan diri. Rakyat Malaysia sudah cukup matang untuk menilai antara kaca dan permata. Mampu memilih dan mengiktiraf kerajaan yang bekerja untuk rakyat dan kerajaan yang sering mempergunakan rakyat. Kematangan rakyat Malaysia dan kesedaran merekalah yang memungkinkan negara ini terus aman, kerana realitinya mereka memilih kerajaan yang mampu penuhi aspirasi zaman. Kebolehan dan daya intelektual komuniti Malaysia membolehkan negara ini terus kukuh pentadbirannya, makmur ekonomi dan sejahtera penghidupan komunitinya. Oleh itu adalah menjadi satu kewajipan kepada seluruh rakyat negara bangsa ini untuk bersama-sama mempertahankan kewibawaan wilayah dan kehormatan negara daripada terus diporak-perandakan oleh kalangan mereka yang sentiasa mengintai peluang. Sesungguhnya pembinaan negara bangsa perlu diselarikan dengan gagasan satu Malaysia agar matlamat perpaduan dapat dicapai.

Bagaimanakah guru boleh memainkan peranan di sekolah bagi mencapai hasrat pembinaan negara bangsa dalam konteks Satu Malaysia.

Bagi negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia, usaha membina Negara Bangsa adalah sangat penting untuk memastikan rakyatnya hidup bersatu padu dalam aman dan damai. Dalam era globalisasi dan perkembangan ICT yang pesat, usaha ini menjadi penting kerana pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan daripada pelbagai negara. Ini boleh menjejaskan perpaduan negara. PIPP menggambarkan Bangsa Malaysia terdiri daripada individu dan masyarakat yang mempunyai keyakinan tinggi, jati diri kukuh, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, dapat hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur serta berfikiran dan berbudaya saintifik. Faktor pemangkin kepada usaha Membina Negara Bangsa ini adalah : a) Bahasa kebangsaan b) Intergrasi nasional c) Kewarganegaraan d) Patriotisme e) Demokrasi Matlamat dan dasar yang dihasratkan dalam teras Membina Negara Bangsa adalah untuk memastikan rakyat Malaysia memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan yang dapat menyemai nilai-nilai ini bermula di peringkat awal pendidikan kanak-kanak lagi. Pendidikan mesti memainkan peranan untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan. Dalam teras Membina Negara Bangsa Malaysia, empat fokus utama yang digariskan dalam PIPP adalah : i) Memperkasakan bahasa kebangsaan ii) Memantapkan perpaduan Negara dan intergrasi nasional iii) Memupuk kecintaan kepada seni, warisan dan budaya Negara iv) Memupuk kefahaman yang jelas terhadap Islam Hadhari
Dalam sebuah negara bangsa, rakyatnya berkongsi identiti, lambang, kebudayaan, nilai dan semangat yang menjadi ciri dan hasrat negara bangsa tersebut.

Definisi dan konsep Pembinaan Negara Bangsa

Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut:
“...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan, 1991) Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, proses pembinaan negara bangsa tidak boleh dicapai dalam tempoh yang singkat dan peranan guru amat penting untuk memastikan kejayaannya. Kerajaan berharap golongan guru bekerja dengan lebih keras kerana mereka menjadi tonggak kejayaan konsep ini lantaran hubungan rapat dengan anak-anak murid khususnya di peringkat awal.

Peranan Guru Menjayakan Pembinaan Negara Bangsa

Guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai yang membangkitkan semangat satu bangsa iaitu Bangsa Malaysia di kalangan murid-muridnya bermula dari usia yang muda, seperti kata pepatah, Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Masyarakat guru diberi amanah yang berat kerana mereka turut berperanan membentuk akhlak serta jati diri murid. Nilai kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan perlu disemai di kalangan anak bangsa. Guru juga perlu berfungsi mewujudkan rakyat berbilang bangsa yang bersatu padu dan teguh. Kemajuan yang dinikmati sekarang adalah hasil daripada perpaduan erat antara pelbagai kaum di negara ini. Oleh itu aktiviti pendidikan haruslah member keutamaan kepada usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat satu bangsa dan satu negara di kalangan pelajar. Guru dapat memainkan peranan dalam beberapa cara seperti dinyatakan bagi mencapai hasrat Pembinaan Negara Bangsa.

1. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa rasmi yang dikongsi bersama oleh pelbagai kaum dalam perhubungan rasmi dan kehidupan masyarakat. Pelajar-pelajar perlu diberi kesedaran tentang kepentingan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi di Malaysia. Tanggungjawab guru untuk menyemai semangat cintakan Bahasa Malaysia kepada generasi muda Malaysia supaya mereka fasih berbahasa Malaysia, menghormati dan berbangga dengan bahasa Malaysia sebagai identiti rakyat Malaysia. Beberapa strategi pelaksanaan ke arah memperkasakan Bahasa Kebangsaan, memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara, menggalakkan minat membaca dan mewujudkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Antara program yang telah dijalankan seperti Bulan Bahasa dan Sastera, Bulan Membaca, kem penulisan, teater, kuiz dan sebagainya. Ini menunjukkan komitmen guru dalam memastikan semua pelajar dapat menguasai bahasa Malaysia.

Rancangan Integrasi Murid-murid untuk Perpaduan Guru-guru dan pelajar pelbagai kaum bersama-sama menyertai aktiviti yang ditentukan seperti RIMUP. Selain menggalakkan sekolah-sekolah tiga jenis aliran berinteraksi dan menjalin kefahaman serta memupuk semangat bertolak ansur dan muhibah di antara mereka, murid-murid dari ketiga-tiga buah sekolah juga dapat berkumpul di bawah satu bumbung yang sama dan menjalankan pelbagai aktiviti bersama. Contohnya : merentas desa, perkhemahan, pertunjukan kebudayaan, sambutan hari kebangsaan, gotong-royong untuk keceriaan sekolah dan kawasan sekitar sekolah. Pertemuan dan bekerjasama dalam menjayakan aktiviti yang dirancang akan menyemai perpaduan di antara pelajar. Kekerapan mereka bersama akan mengeratkan perhubungan antara ketiga-tiga kaum walaupun mereka bersekolah di sekolah berasingan.
Peperiksaan yang seragam Rancangan kerajaan untuk menseragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Walau di mana mereka berada, objektif peperiksaan adalah sama dan guru-guru akan mengajar sukatan yang sama untuk pelajar-pelajarnya.
Meningkatkan Perpaduan Kaum Pada peringkat awal sekolah, jati diri murid boleh dipupuk melalui kurikulum, program ko-kurikulum dan sukan. Guru sebagai pendidik perlu memastikan diri bersedia untuk berusaha lebih inovatif, proaktif, mampu mencipta kelainan dan menjadi contoh teladan yang baik untuk memupuk nilai-nilai jati diri kepada murid-murid menerusi proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen perpaduan dapat diterapkan dalam aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan semangat patriotik, menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Contohnya pertandingan bola sepak, bola jaring, hoki, bola baling, bercerita, nyanyian dan olahraga. Melalui aktiviti seperti ini, kerjasama antara kaum dapat diterapkan dan perpaduan akan wujud dengan sendirinya. 1. Penerapan Nilai Murni
Guru-guru perlu menerapkan nilai murni dalam semua matapelajaran yang diajar Penerapan nilai-nilai murni serta penekanan yang lebih jitu dalam usaha mendidik murid-murid agar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Fungsi utama pendidik ialah sebagai agen pemasyarakatan dan pembudayaan dalam menerapkan nilai-nilai tersebut. Yang penting adalah kesepaduan empat sifat utama iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual yang akan menghasilkan keseimbangan dalam melahirkan individu yang berakhlak. Matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat pelbagai kaum serta pentingnya semangat patriotisme, kesejahteraan dan keharmonian antara kaum. Guru perlulah memainkan peranan agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik agar objektif mata pelajaran ini tercapai untuk menjayakan pembinaan Negara Bangsa.
Rumusan
Pembinaan Negara Bangsa Malaysia yang beridentiti nasional memerlukan usaha yang gigih dan kerjasama padu daripada setiap golongan masyarakat dan kaum di Malaysia. Melalui pendidikan diharapkan segala usaha menyemai semangat perpaduan, cinta dan setia kepada negara dapat diperkembangkan serta diamalkan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Pembinaan Negara Bangsa dapat memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara kita dalam menghadapi cabaran globalisasi. Guru diharap dapat memainkan peranan yang penting dalam menjayakan pembinaan negara bangsa kerana perpaduan perlu dipupuk sejak dibangku sekolah lagi agar ianya menjadi budaya hidup masyarakat Malaysia. Kesemua strategi pelaksanaan dan pelan tindakan dalam teras Membina Negara Bangsa ini telah dirancang dengan mengambil semua pertimbangan yang sewajarnya, supaya Negara Bangsa Malaysia dengan acuan sendiri dapat dihasilkan. Pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan guru mempunyai peranan utama untuk membentuk anak-anak bangsa Malaysia seperti yang dihasratkan dalam matlamat pembinaan Negara Bangsa.

BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Embong, (2001). Negara Bangsa Proses dan Perbahasan. Penerbit UKM, Bangi. Datuk Dr. Mohd. Jamil Mukmin, (2009). Isu-isu dan Inovasi Dalam Pengurusan Ramanathan, K. (1992). Asas Sains Politik, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom, (2008) Aspirasi Membina Negara Bangsa, Mingguan Malaysia, 7 Jun 2009 Mingguan Malaysia, 14 Jun 2009 Utusan Malaysia, 16 Jun 2009 Utusan Malaysia, 18 Jun 2009 Utusan Malaysia, 20 Jun 2009 Wahyu tursina: Guru Pembina Bangsa http://search.yahoo.com/search?p=pembinaan+negara+bangsa www.zappafly.com/peranan guru+pembinaan+negara+bangsa.html

Similar Documents

Premium Essay

1malaysia

...1Malaysia - Concept and Values By Ir. Dr Hasnul Mohamad Salleh Abstracts Upon ascending to Malaysia’s highest public office on April 2009, the Prime Minister of Malaysia, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak has made waves to all corners of the nation with the introduction of 1Malaysia concept. The concept evolves around culture of excellence, perseverance, acceptance, education, integrity, meritocracy, humility and loyalty. It also encompases NKRAs on six major issues. Since independent, national unity has been made top priority – unity in education, culture, socio-economy, political, regional, etc. 1Malaysia seeks to improve the relations of all Malaysians, regardless of racial, religious or cultural backgrounds. There are certain major concerns that need to be addressed in order to seriously engage in 1Malaysia concept. Without correcting them, all efforts will be in vain. 1Malaysia concept caters the needs of all sector of the plural society and to ensure equal distribution of wealth between racial groups, between states and federal. Integrity on the part of the government and the public sector is one matter. The introduction of NKRAs and KPIs is a laudable move. The managing of all spectrums of unity (not just racial) is to be given proper thinking. In order to move Malaysia towards a better society, identity and future hence unity and integration should promote co-operation between race, beliefs and region as one Malaysia, not as Sarawakian or Sabahan. The trust and......

Words: 4333 - Pages: 18

Premium Essay

One Malaysia

...1Malaysia - Concept and Values By Ir. Dr Hasnul Mohamad Salleh Abstracts Upon ascending to Malaysia’s highest public office on April 2009, the Prime Minister of Malaysia, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak has made waves to all corners of the nation with the introduction of 1Malaysia concept. The concept evolves around culture of excellence, perseverance, acceptance, education, integrity, meritocracy, humility and loyalty. It also encompases NKRAs on six major issues. Since independent, national unity has been made top priority – unity in education, culture, socio-economy, political, regional, etc. 1Malaysia seeks to improve the relations of all Malaysians, regardless of racial, religious or cultural backgrounds. There are certain major concerns that need to be addressed in order to seriously engage in 1Malaysia concept. Without correcting them, all efforts will be in vain. 1Malaysia concept caters the needs of all sector of the plural society and to ensure equal distribution of wealth between racial groups, between states and federal. Integrity on the part of the government and the public sector is one matter. The introduction of NKRAs and KPIs is a laudable move. The managing of all spectrums of unity (not just racial) is to be given proper thinking. In order to move Malaysia towards a better society, identity and future hence unity and integration should promote co-operation between race, beliefs and region as one Malaysia, not as Sarawakian or Sabahan. The trust and......

Words: 4333 - Pages: 18

Free Essay

1malaysia: Beyond the Canvas

...1Malaysia: Beyond the Canvas The 18@8 exhibition signified the inauguration of Wei-Ling Gallery at Brickfields in 2005. Hermetic readings of every chapter for the past few years portrayed varied concerns channelled into different themes. This landmark exhibition has exhibited some of the most compelling works by many a local artist. An important milestone was created when this very same event was replicated beyond the shores of the country, bringing Malaysian Art to Karachi, Pakistan. A show that demarcates the objectives of Wei-Ling Gallery to promote contemporary Malaysian Art, previous instalments provided a platform to two dimensional art works that vetted specific matters. The artists strived to create dialectic works with characteristic impulses. In concurrence with the 5th instalment of the 18@8 exhibition, the gallery posed a new challenge to the participating artists and itself. A turning point for Wei-Ling Gallery is its initiative to orchestrate and curate shows based on its own direction, heartening the artists to widen their tangential perspectives with conceptualized shows. As the gallery is taking the road less travelled in more experimental and cutting edge shows, so do the artists. This vehicle (18@8) presents the artists with an avenue to work beyond the boundaries of individualistic concerns, transgressing beyond the norm of what we expect. With an exploratory ardour, Wei-Ling Gallery conceptualized and challenged the artists to partake in thematic......

Words: 1727 - Pages: 7

Free Essay

1malaysia: Beyond the Canvas

...The 18@8 exhibition signified the inauguration of Wei-Ling Gallery at Brickfields in 2005. Hermetic readings of every chapter for the past few years portrayed varied concerns channelled into different themes. This landmark exhibition has exhibited some of the most compelling works by many a local artist. An important milestone was created when this very same event was replicated beyond the shores of the country, bringing Malaysian Art to Karachi, Pakistan. A show that demarcates the objectives of Wei-Ling Gallery to promote contemporary Malaysian Art, previous instalments provided a platform to two dimensional art works that vetted specific matters. The artists strived to create dialectic works with characteristic impulses. In concurrence with the 5th instalment of the 18@8 exhibition, the gallery posed a new challenge to the participating artists and itself. A turning point for Wei-Ling Gallery is its initiative to orchestrate and curate shows based on its own direction, heartening the artists to widen their tangential perspectives with conceptualized shows. As the gallery is taking the road less travelled in more experimental and cutting edge shows, so do the artists. This vehicle (18@8) presents the artists with an avenue to work beyond the boundaries of individualistic concerns, transgressing beyond the norm of what we expect. With an exploratory ardour, Wei-Ling Gallery conceptualized and challenged the artists to partake in thematic investigations that result......

Words: 1728 - Pages: 7

Free Essay

One Malaysia

...‘1MALAYSIA.’ DISCUSS THIS TERM WITH EXAMPLE AND HOW IT HAS IMPROVED MALAYSIA. Improving government efficiency is an important aspect of 1Malaysia. The use of Key Performance Indicators (KPIs), metrics and targets more typically used in private business and National Key Result Areas (NKRAs) is thus naturally an important part of the 1Malaysia effort. Najib says the government is committed to carrying out a transformation programmed as its main agenda based on approaches and philosophy of 1Malaysia people first, performance now. Immediately after assuming the office of Prime Minister of Malaysia Dato Ser Najib Tun Razak introduced a series of KPIs in order to measure and improve the efficiency and quality of government services as well as realizing the 1Malaysia concept. Najib said that KPIs were implemented to make sure the people’s satisfaction whether they are satisfied with our service, whether we have solved their problems. Najib's announcement of the KPI effort was generally well-received. Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said the KPI formula was a measure against which the people could measure the performance of Najib and the government. He said the KPIs would provide motivation for every minister to perform well. The KPIs provide a mechanism for the evaluation of ministries and other government agencies including performance reviews carried out every six months. Each ministry has been required to establish specific KPIs including that focus on......

Words: 482 - Pages: 2

Free Essay

United Malaysia

...1Malaysia is about Malaysians working together for the betterment of one another in all forms of opportunity and service. Let us take pride in that we have uplifted the betterment of our neighbour, brother and friend. Perhaps then as 1Malaysia we could appreciate the fact that in the grand scheme of things, we are all part of one great humanity. Honestly, I used to perceive One Malaysia as a political slogan until I read this set up of 1 Malaysia Foundation. Diversity of ethnicity, language and culture can never become one. Thus, the key is to understand, and to be understood. Thereby, all citizens can live in harmony with mutual respects. So, what ONE Malaysia could means most to me, is a fair business playing field. With the advancement of today’s network communication, no one can continue to hide in isolation. We should take the leap and start prospering the country with strong entrepreneur’s ability. We should not confine ourselves to think an earning of one is an expense of another. Let’s be competitive and redefine the standards. To me, It should be something above race and religion. Eventually "Freedom" will prevails. Beside that, 1Malaysia is more like a "one nation sharing the same spirit of patriotism". perhaps we should name it as "1Malaysian", then we're talking about unity. 1Malaysia is more like a "one nation sharing the same spirit of patriotism". perhaps we should name it as "1Malaysian", then we're talking about unity. To me, our......

Words: 285 - Pages: 2

Free Essay

Gagasan 1 Malaysia

...Datuk Seri Najib Razak tetap menjadikan prinsip memupuk perpaduan dan persefahaman antara kaum sebagai dasar utama pentadbiran Negara dalam menjaga kestabilan politik, social dan ekonomi Negara. Atas kesedaran inilah, maka Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak telah memperkenalkan satu gagasan yang cukup mantap, relevan dan praktikal untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Gagasan tersebut adalah ‘1Malaysia’ yang berslogan; ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Gagasan ini berteraskan prinsip di mana semua rakyat Malaysia yang berbeza daripada segi fahaman agama, rupa fizikal dan budaya, masing-masing bersatu, seiya dan sekata dalam menghormati hak-hak dan sensitiviti kaum-kaum lain dan bersama-sama berpastu padu dalam menjaga kerukunan dan keharmonian Negara. Tujuan beliau mengasaskan gagasan ini adalah untuk mengingatkan setiap rakyat Malaysia agar sentiasa menitikberatkan perpaduan antara kaum. Negara tidak akan maju daripada segi ekonomi dan social sekiranya rakyatnya saling bermusuhan. Lantaran itu, gagasan 1Malaysia adalah satu konsep yang betul-betul sesuai dan...

Words: 704 - Pages: 3

Premium Essay

The Multi-Ethnic and Multi-Cultural Society of Malaysia

... society  of  Malaysia     Maryam  Azizullah  –  Excursion  Kuala  Lumpur  2014     Multi-ethnic and multi-cultural society of Malaysia Malaysia is known as an Asian Tiger State due to its quick dynamic development and its economic growth after independence, but is characterized by the colonial history and old structures. It is also known for its multi- ethnic and multi-cultural society. Its diversity of races, religions and cultures characterizes the country and influences the everyday lives of the population. The Essay will briefly describe the range of ethnic groups, the related challenges of the past and current issues with a closer look at the new concept of the Government named ‘1Malaysia’. 1. Ethnic groups and religions The Malay population consists of two main ethnic groups, the ‘Bumiputeras’ and the ‘non-Bumiputeras”. The ‘Bumiputeras’ are Malays and other indigenous groups, as for example the ‘Orang Asli’ and constitute the majority with 60.5 % of the population. The second major group consist of Chinese (26 %) and Indian (8%) people, most of whom migrated during the colonial period as foreign workers. Working on tin mines and rubber plantations during the colonial period, they now represent a socioeconomic well established middle-class with high a number of well educated people who are working in the professional white-collar jobs (Chaulia 2003). Beside these three major ethnic groups, there are other......

Words: 4573 - Pages: 19

Free Essay

International Human Resources Management

...RENCANA Perbezaan 1Malaysia, Malaysian Malaysia 2010/08/29 - 06:52:24 AM Cetak Emel Kawan Gagasan diperkenal Najib dokong ideologi menyeluruh imbangi perpaduan rakyat pelbagai kaum KONSEP ‘Malaysian Malaysia’ adalah agenda politik yang diperjuangkan parti pembangkang DAP. Ia pada mulanya adalah rancangan untuk menentang dasar etnik pada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan oleh People’s Action Party (PAP), sebuah parti politik Singapura yang dipimpin Lee Kuan Yew. Konsep ini bukan saja tidak mendapat tempat di hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum, malah didapati amat subversif sehingga boleh memecahbelahkan rakyat. Konsep inilah yang membawa kepada penyingkiran Singapura daripada Persekutuan Malaysia pada 1965. Konsep ‘Malaysian Malaysia’ adalah perjuangan DAP terhadap apa yang didakwanya sebagai pencerobohan hak kaum bukan Melayu oleh kaum Melayu. Ia dipersepsikan wujud dalam bentuk tindakan afirmatif yang mendiskriminasi kaum bukan Melayu. Persepsi ini bukan saja tidak betul, malah pencabulan terhadap persetujuan etnik yang dicapai kaum Melayu, Cina dan India dalam pakatan kemerdekaan. Pakatan kemerdekaan ini kemudian menjadi salah satu lunas penting dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah tolak ansur antara isu kerakyatan dalam kalangan bukan Melayu dengan apa yang kemudian dikenali sebagai Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu – walaupun istilah yang kurang disenangi sesetengah pihak – sebetulnya adalah legitimasi watan mengenai bahasa,......

Words: 1850 - Pages: 8

Free Essay

Management Ethic (1 Mdb )

...[pic] BPMN 3123 Management Ethics Group G 1ST ASSIGNMENT Case Study Assignment: “1 Malaysian Development Berhad (1MDB)” Student’s name: Shee Kay Hui Student’s Matric number: 232014 Lecturer’s name: En.Zahid Ariffin Bin Idrus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) is a strategic development company. 1MDB began as Terengganu Investment Authority (TIA), a sovereign wealth fund aimed at ensuring economic development for the state of Terengganu that is long term and sustainable while safeguarding the economic well-being of the people of Terengganu. TIA was established in 2008, and was renamed 1Malaysia Development Berhad on January 2009. In his announcement on 22 July 2009, Prime Minister Najib Razak said the decision to expand TIA into a federal entity was made to enable its benefits to reach a broad spectrum of Malaysians rather than to the residents of only one state. 1MDB focuses on strategic development projects in the areas of energy, real estate, tourism and agribusiness. 1MDB has a three-tier check-and-balance system comprising a Board of Advisors, a Board of Directors and a senior management team. The Board of Advisors is chaired by the Prime Minister of Malaysia, Najib Razak. Based in the issues of 1MDB, the RM 425 million profit between September the 25th 2009 and March the 31st 2010 raised many criticisms and controversies on the lack of transparency given to 1MDB's accounts. Tony Pua, DAP Member of Parliament......

Words: 650 - Pages: 3

Free Essay

Principles of Rukun Negara

...AS MALAYSIANS of all races prepare to commemorate the 53rd Merdeka anniversary, I would like to stress once again the very fundamentals that have brought us together which are the very principles contained in the Rukun Negara, our national philosophy. Through its five tenets (Belief in God; Loyalty to the King and Country; Upholding the Constitution; Rule of Law, and Good Social Behaviour and Morality) the Rukun Negara has formed the principles of our nationhood and these should be inculcated in our younger generation who are the future leaders of our country. The Rukun Negara is our guide for nation-building and should be respected by all. It is a shared vision for national unity and its principles should always be upheld and practised. Many people are taking unity for granted. Even more saddening is that 40 years after the proclamation of the Rukun Negara, it appears that many have forgotten about its five tenets and what they stand for, while others still need to be reminded about the national philosophy. Some have again played to the race gallery for their own personal agenda and selfish ends. This is not a healthy development for in a multi-racial, mutli-religious and multi-cultural country like Malaysia, continuous effort must be made by all Malaysians to nurture and reinforce unity. We must be prepared to reduce our strong sense of ethnicity in order to achieve a “Bangsa Malaysia”. Malaysians should start accepting each other as Malaysians......

Words: 568 - Pages: 3

Free Essay

One Malaysia

...One Malaysia The first thing that comes across my mind when I heard about 1Malaysia is it must be a new political agenda conducted by the government to win people‟s heart. It seems to me that it is a trend for every prime minister to create a vision or measure once they are appointed. I don‟ quite sure about the previous prime minister but I remember Tun Mahathir Muhammad came up with a vision that is Vision 2020. Later, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi came up with Islam Hadhari. Now, Datuk Seri Najib Tun Razak announced to achieve 1 Malaysia. As it appears to be sort of political measures, many people think that it is nothing much but a political plan created by the prime ministers so that they have an issue to talk about throughout the years as a prime minister. This is my opinion about one Malaysia. Just like Islam Hadhari that no longer being concerned by people, the same thing might happen to 1Malaysia. Therefore, in this essay, I would like to talk about the success and failures of three measures taken by government to fulfill the objective of realizing the concept of 1 Malaysia. The first thing I would like to talk about is the measures taken to avoid racial polarization in education. There are three different types of school in this country; vernacular school, national school and vision school. The issue that has long been debated is about the relevance of vernacular school. in the article Malaysian vernacular schools to continue to beapart of the education......

Words: 346 - Pages: 2

Free Essay

Peranan Masyarakat Wujud Perpaduan

...Peranan Masyarakat kearah integrasi dan perpaduan di Malaysia Objektif : 1. Pentingnya kerjasama dan penglibatan masyarakat dalam mewujudkan perpaduan dan integrasi. 2. Pentingnya toleransi dan kesefahaman antara masyarakat. 3. Besarnya peranan masyarakat dalam menyokong usaha kerajaan dalam membentuk perpaduan dan integrasi. 4. Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang mampu memupuk ke arah integrasi & perpaduan. Pendahuluan : INTEGRASI * Proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. * Proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama. * Bagi negara yang berbilang bangsa, proses ini merupakan satu matlamat utama yang perlu diusahakan agar berjaya. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dalam tempoh yang lama dengan rakyat berbilang bangsa dan kepercayaan adalah satu contoh terbaik kejayaan proses integrasi. PERPADUAN * Proses penyatuan semua aspek seperti fizikal, sosial, ekonomi & politik tetapi bukan bersifat biologikal. Bertujuan supaya setiap anggota masyarakat dpt membentuk satu identiti & nilai bersama serta perasaan cinta & banggakan tanah air. * Perpaduan rakyat Malaysia adalah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam proses pembangunan negara. Selain daripada aspek ekonomi dan politik, perpaduan juga merupakan agenda penting dalam kemajuan...

Words: 2037 - Pages: 9

Free Essay

Subsidi

...Politics I: 20 Januari 2014 Malaysia: Political Paper 10/2014 ISU SUBSIDI DAN KENAIKAN KOS SARA HIDUP DI MALAYSIA Perkembangan Terkini 1. Pada 15 Januari 2014, Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas bagi menangani kenaikan kos sara hidup. Jawatankuasa berkenaan antaralain akan mengkaji punca kenaikan kos sara hidup; menyelaras pelaksanaan dasar dan program agensi Kerajaan yang terbabit; dan berkerjasama dengan Jawatankuasa Dasar Fiskal di bawah Perdana Menteri (PM) Dato’ Sri Najib Tun Razak dalam meneliti dasar cukai kerajaan dan rasionalisasi subsidi. 2. Penubuhan Jawatankuasa berkenaan menyusul pengumuman PM merangkap Menteri Kewangan Dato’ Sri Najib pada 30 Disember 2013 mengenai 11 langkah pengurangan perbelanjaan Kerajaan mulai 1 Januari 2014. Langkah-langkah tersebut, yang melibatkan kemudahan-kemudahan yang dihulurkan kepada para Menteri dan pegawai kanan, bertujuan untuk mengamalkan perbelanjaan Kerajaan yang lebih berhemah (Lampiran A). Analisa Isu Kos Sara Hidup 3. Secara umum, isu sosio-ekonomi rakyat merupakan perkara “perennial” dan asasi bagi parti-parti politik Malaysia. Walaubagaimanapun, kos sara hidup secara khusus dilihat sebagai isu baru, yang mana mula mendapat perhatian di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003 – 2009) dan Dato’ Sri Najib (2009 hingga sekarang).1 Subsidi: Legasi Tun Mahathir? 4. Di bawah pentadbiran Tun Mahathir, Kerajaan Malaysia memperkembangkan sistem......

Words: 1211 - Pages: 5

Free Essay

Unity

...their lives. When Cardinal Richelieu's guards appear to arrest d'Artagnan and the three musketeers, the four men win the battle that follows even though they are outnumbered. The reason for their success was that they were united according to their famous motto “All for one and one for all.” This brings me to my topic today that is “1 MALAYSIA” which portrays national unity. 1Malaysia is an on-going programme designed by Malaysian Prime Minister Najib Tun Razak on 16 September 2010, calling for the cabinet, government agencies, and civil servants to more strongly emphasise ethnic harmony, national unity, and efficient governance. An official logo and slogan has been introduced along with the launch of the 1Malaysia concept. The official logo is the symbol of '1' which incorporates the national “Jalur Gemilang” flag and the word Malaysia. RM 38 million has been spent by the government to promote 1 Malaysia since 2010. Improving government efficiency is an important aspect of 1Malaysia.The use of Key Performance Indicators (KPIs), and National Key Result Areas (NKRAs) is an important part of the 1Malaysia effort. This ideology is campaigned throughout the nation with the help of the National Civics Bureau, NGOs, and the media. Furthermore there are 1 Malaysia Clinics, ! Malaysia People’s Groceries Store, and 1 Malaysia email to implement this concept. Offices and alma mater cultivate interaction between Malaysians. Political power and economic opportunities is given to......

Words: 623 - Pages: 3