Free Essay

Adat Resam Dan Budaya Di Malaysia

In: Religion Topics

Submitted By jochen
Words 3658
Pages 15
ADAT RESAM DAN BUDAYA DI MALAYSIA
MASYARAKAT CINA
Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya.
Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir.
Sewaktu Mengandung
Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.
Pantang Larang
Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan diantaranya ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin. Sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai. Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang “tajam” seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.
Selepas Lahir
Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi. * Berpantang
Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.
Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula tenaga. * Kenduri
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu. * Mencukur Rambut
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.

* Memberi Nama
Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir. * Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan. * Bunyi nama mestilah sedap didengar. * Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan. * Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat. * Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi.
Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan.
Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

MASYARAKAT MELAYU
Pentingnya adat masyarakat Melayu jelas terlihat dalam peribahasa yang berbunyi Biar mati anak, jangan mati adat. Tata perlakuan dalam adat resam masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh adat yang diwarisi dari budaya Hindu yang disesuaikan mengikut unsur-unsur Islam.
Kelahiran
Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.
Sewaktu Mengandung * Melenggang Perut
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut. * Peralatan untuk upacara ini termasuk * Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan * Segantang beras * Sebiji kelapa * Beberapa urat benang mentah * Damar * Minyak kelapa atau minyak urut * Lilin * Tepak sirih yang lengkap isinya * Pengeras sebanyak RM1.25
Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur. Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di kain basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama. Wanita itu didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian air buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin.
Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang lain. Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan mengurut ibu yang yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidan mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung kakinya sebanyak tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya. Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu. Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan peralatan upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu.
Sewaktu Bersalin
Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini. * Potong Tali Pusat
Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara api sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri. | | | * Membelah Mulut
Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah mencecap atau merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang menggunakan emas yang dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut. Sewaktu menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun demikian, adat ini sudah tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini.

* Berpantang
Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang yang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama seratus hari.
Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan mengikut kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan. Antara makanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan kegatalan diseluruh anggota badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta memakan ikan yang mempunyai sengat seperti ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh menyebabkan bisa-bisa pada badan. Sebaliknya mereka digalakkan memakan nasi dengan ikan haruan yang dibakar atau direbus dan dibenarkan minum air suam atau susu.
Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku. Bertungku dipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal. Biasanya tungku diperbuat dari batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu dibalut dengan kain yang dilapik dengan beberapa helai daun yang tebal seperti daun lengkuas yang dipercayai dapat mengimbangi kepanasan tungku di samping berfungsi sebagai ubat. Tungku akan dituam pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan untuk mengatasi masalah kesakitan selepas bersalin. Selesai bertungku, si ibu akan menyapu perutnya dengan air limau yang dicampur dengan kapur sebelum memakai bengkung. Amalan berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit atau pinggul yang turun selepas bersalin di samping memberi keselesaan kepada wanita selepas bersalin.

Selepas lahir
Selepas kelahiran terdapat beberapa adat tertentu yang dijalankan. * Tanggal Pusat/Cuci Lantai
Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.

Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai. * Nasi kunyit dan lauk-lauk * Seekor ayam hidup * Paku, buah keras, asam, garam dan sirih pinang * Hadiah untuk bidan sepersalinan pakaian
Kenduri doa selamat akan diadakan pada permulaan adat ini. Selepas itu bidan akan memulakan jampi serapahnya sambil memegang ayam dengan cara mengais-ngaiskan kaki ayam ke atas lantai tempat wanita itu bersalin. Seterusnya lantai itu akan dibersihkan. Mak bidan akan menjalankan keseluruhan upacara ini. Sebelum itu, si ibu dan si bayi akan dimandikan, diurut dan dibedak. Selesai upacara tersebut, bahan yang digunakan tadi beserta sedikit wang akan dihadiahkan kepada bidan tersebut.

* Memberi Nama
Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik kepada bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabi manakala untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih.

* Cukur Rambut/ Potong Jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.
Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan. * Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih. * Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias, umpamanya dengan melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya.
Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau datuknya. Si bayi seterusnya dibawa ke tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil berselawat. Si bayi akan ditepung tawar serta ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting sedikit rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi. Bilangan orang yang menggunting rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil, iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Setelah selesai pihak lelaki menjalankan acara menggunting, pihak perempuan pula mengambil alih. Setelah selesai kedua-dua pihak menjalankan adat bercukur barulah kepala bayi tersebut dicukur sepenuhnya oleh bidan atau sesiapa sahaja yang boleh melakukannya. Kesemua rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.
Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Orang Islam yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan seperti kambing, lembu atau kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir. Seorang anak disunatkan berakikah sekali sahaja seumur hidup. Terdapat syarat-syarat tertentu dalam memilih haiwan untuk akikah dan jumlah ternakan untuk akikah juga berbeza mengikut jantina bayi. Bagi bayi lelaki akikahnya ialah dua ekor kambing dan seekor kambing bagi bayi perempuan. Antara hikmah akikah adalah sebagai permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi tersebut. Akikah sunat dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.
MASYARAKAT INDIA
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.
Sewaktu Mengandung
Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu’ dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.
Adat Valaikaappu diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar India. Upacara ini akan diadakan di rumah suami atau ibu bapa dan disertai oleh kaum wanita yang telah bersuami dan mempunyai anak yang dipanggil cumanggali.
Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.
Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga olehsuaminya.

Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara. Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih muih, buah-buahan dan bunga-bungaan.
Adat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan pipi wanita hamil, kumkum diletak di dahi dan gelang tangan dipakaikan. Makanan yang disediakan juga disuapkan kepada wanita hamil tersebut. Sebagai tanda terima kasih, wanita hamil akan menghadiahkan sirih pinang, kunyit, bunga dan beberapa gelang kepada cumanggali yang menjalankan upacara ini.
Seterusnya upacara aalatti dijalankan iaitu dengan menyediakan air kunyit yang dicampurkan kapur sirih dan diisi dalam sebuah dulang khas dan sirih diletakkan di tengah-tengahnya. Kapur barus dihidupkan di atas sirih tadi. Dulang diangkat oleh tiga orang cumanggali dan diputar mengikut arah jam dan dilambai sebanyak tiga kali di hadapan wanita hamil tersebut. Salah seorang cumanggali akan mencelup ibu jarinya ke dalam air aalatti dan menyapunya ke dahi wanita hamil itu. Setelah itu, isi dulang aalatti dibuang di hadapan pintu rumah.
Seterusnya wanita yang hamil itu akan memakan salah satu nasi yang disediakan. Nasi-nasi tersebut diletak di atas daun pisang berasingan dan seterusnya dibungkus dengan kain putih dan disimpul. Wanita hamil itu diminta membuka salah satu bungkusan yang diingini. Jika bungkusan yang dibuka adalah nasi manis, dipercayai anak yang bakal lahir adalah perempuan, sebaliknya pula adalah lelaki.
Selesai upacara valaikaapu dijalankan, wanita hamil tersebut akan tinggal di rumah ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin. Upacara valaikaappu ini masih diterima dan diamalkan masyarakat India tetapi disesuaikan mengikut faktor ekonomi, pendidikan dan struktur lapisan masyarakat.
Selepas Kelahiran
Adat-adat berikut dijalankan selepas kelahiran bayi. * Membawa Bayi Pulang Ke Rumah
Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka dariapada berlaku.
Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang.

* Mandi Selepas Bersalin
Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan.
Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin. Beberapa herba dan dedaun seperti aadatoodai dididihkan bersama air. Air tersebut digunakan untuk mandi. Rambut ibu akan dikeringkan dengan segera dengan asap kemenyan bagi mengelakkan sakit kepala, selsema dan juga untuk menyegarkan tubuh badan selepas bersalin.
Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu petang oleh seorang wanita yang berpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi.
Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakang bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut diurut. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi. * Mendodoi Bayi
Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja.

* Memberi Nama
Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa.
Upacara dimulakan dengan mengadakan upacara sembahyang sebagai tanda kesyukuran. Terdapat juga upacara memuja Dewi Pecciyamman dan Dewi Kaatteeri dilakukan oleh segelintir masyarakat India. Upacara pemujaan dilakukan dengan membersihkan sekeliling rumah dan memasang lampu minyak di keliling rumah. Bahan-bahan persembahan juga disediakan seperti kari ayam betina, telur rebus, ikan kering dan sebagainya. Bayi kemudiannya dimasukkan ke dalam buaian dan namanya diumumkan pada orang ramai. Saudara mara yang hadir akan memberi pelbagai hadiah dan upacara diakhiri dengan jamuan dan upacara sembahyang bagi mendoakan kesejahteraan bayi.
Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi perwatakannya kelak.…...

Similar Documents

Free Essay

Purata Kadar Pertumbuhan Penduduk Di Malaysia 1

...PURATA KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK DI MALAYSIA ABSTRAK Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengkaji kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia secara purata dan bagaimana kadar pertumbuhan ini ditentukan. Penumpuan diberi kepada tiga pembolehubah iaitu kadar kelahiran kasar (KKL), kadar kematian kasar (KKM), dan kadar jumlah kesuburan (KKS) dalam mengkaji purata kadar pertumbuhan penduduk (KPP) di negara ini. Tiga pembolehubah ini diwakili oleh saiz sampel sebanyak 30 tahun iaitu merupakan data siri masa bermula tahun 1982 hingga 2010. Data kajian ini dianaliss menggunakan program Eviews 3.1 untuk menghasilkan model regresi linear berbilang. Hasil kajian ini, ia akan menunjukkan sama ada kadar pertambahan semulajadi kasar (kadar kelahiran kasar tolak kadar kematian kasar) dan kadar jumlah kesuburan ada hubungan atau tidak dengan kadar pertumbuhan penduduk di negara ini. Di akhir kajian, cadangan atau perbincangan tentang penggunaan model untuk tujuan dasar dan kawalan dikemukakan untuk membantu meningkatkan kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia. 1.0 PENGENALAN Kadar pertumbuhan penduduk biasanya merujuk kepada satu angka yang dapat menunjukkan suatu arah pertambahan penduduk sama ada pesat, perlahan, statik, atau berkurangan di sesebuah negara pada satu tempoh tertentu. Angka ini diukur dalam unit peratus atau per seribu orang. Misalnya kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia pada tahun 2000 adalah 2.50% per 1000 = 25 orang/1000 (Pertambahan seramai 25 orang bagi setiap......

Words: 2176 - Pages: 9

Free Essay

Artikel Culture and the Question of Rights Membincangkan Mengenai Hak Harta Di Asia Tenggara

...* Artikel Culture and the Question of Rights membincangkan mengenai hak harta di asia tenggara. Ianya tertumpu kepada masyarakat pribumi yang berjuang untuk mempunyai budaya, hak-hak mereka, dan undang-undang yang dihormati dan diterima oleh kerajaan * Dalam siri artikel, Charles Zerner dokumen bagaimana penduduk tempatan mencabar " discovery doctrine " yang tidak menghormati undang-undang adat mereka * Masyarakat pribumi menggunakan lagu, tarian, puisi, dan mimpi dalam memberitahu tentang budaya, hak-hak mereka dan undang undang * Manakala barat menggunakan suatu surat ikatan untuk menyampaikan hak-hak yang sama * Artikel etnografi mendedahkan kita kepada ketidakadilan terhadap orang asli di atas nama pembangunan, kemajuan, tamadun dan manakala pada masa yang sama menyediakan maklumat mengenai undang-undang harta adat. * Pada tahun 1930, seorang etnografer British dan kurator muzium HD Noone menerbitkan peta kawasan tadahan Perak / Kelantan * Ianya merupakn tempat kediaman dan perlindungan untuk beberapa kaum Orang Asli termasuk masyarakat Temiars. * Dengan peta ini tempat kediaman mereka memasuki rekod penjajah. * Tetapi lama sebelum ini, rantau ini telah dipetakan dalam bentuk lagu oleh Temiar pemburu-pengumpul dan horticulturalists. * Pengetahuan masyarakat Temiars diterjemahkan menggunakan medium lagu: perubatan, peribadi, sosial, sejarah, geografi. * Dalam artikel yang ditulis oleh Marina Roseman, “Singers of the Landscape:......

Words: 330 - Pages: 2

Free Essay

Migrasi Di Malaysia

...fenomena yang baru dan begitu juga dengan hipokrasi dan kempen menentang fenomena ini. Hampir seluruh negara di Asian kini menerima dan menghantar pekerja asing terutamanya jurang kuasa tenaga pekerja dalam pekerjaan-pekerjaan tertentu. Malah pengekspotan pekerja telah menjadi sumber pendapatan yang penting bagi negara-negara miskin. Kemerosotan ekonomi di Asia Timur pada tahun 1997 dan 1998 serta pergolakan ekonomi yang berlaku sekali pada 2002 telah menumpukan focus kepada pekerja-pekerja asing di rantau Asia. Misalnya pada tahun 1998, Malaysia dianggarkan menjadi destinasi bagi 1.8 juta pekerja asing dengan kebanyakannya datang dari Indonesia, Bangladesh dan Filipina. Walaubagaimanapun telah menjadi dasar kerajaan untuk member peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja tempatan dan mengambil segala usaha untuk mendapatkannya sebelum membenarkan pekerja asing diambil kerana pengambilan pekerja asing bukanlah faktor utama dalam meningkatkan produktiviti negara. Namun dalam ledakan kea rah pemulihan ekonomi Negara, keperluan pekerja asing tidak dapat dinafikan. Justeru itu, dasar semasa pengambilan pekerja asing disesuaikan dengan keperluan yang mendesak yang sukar diceburi oleh rakyat tempatan. Sektor yang dibenarkan untuk diceburi oleh pekerja-pekerja asing antaranya ialah sektor perkilangan, perladangan pembinaan, perkhidmatan (restoran, pencucian atau pembersihan, pengendalian kargo, rumah kebajikan, kedai dobi) dan sebagainya. SEJARAH MIGRASI DI MALAYSIA Migrasi......

Words: 3045 - Pages: 13

Free Essay

Pengajian Malaysia

...‫ور‬ ‫ا م‬ & SELAMAT SEJAHTERA ‫ا و آ‬ BAB 1: PENGENALAN MASYARAKAT MALAYSIA TOPIK-TOPIK BAB; TOPIKMASYARAKAT BUDAYA HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA MPW 1133 PENGAJIAN MALAYSIA Tenaga Pengajar: Pengajar: En. Muhamad Wazir Bin Muslat FPSS UNiSEL, Bestari Jaya UNiSEL, Tel : 017-2406268 017email: muhamad_wazir_muslat@yahoo.com 1 2 MASYARAKAT PENGENALAN Negara D.K.R.T Malaysia dari segi Sejarah Kedudukan geografi Kedudukan ekonomi Kepelbagaian masyarakat PENGENALAN DEFINISI MASYARAKAT KONSEP-KONSEP MASYARAKAT KONSEPMASYARAKAT MAJMUK HUBUNGAN ETNIK PEMBINAAN BANGSA/NATION MALAYSIA 3 4 DEFINISI MASYARAKAT Kamus Dewan > kumpulan manusia yg menetap bersama di suatu tempattempatmengikut aturan tertentu Kelompok terbesar dari makhluk manusia dimana mereka hidup terjaring kebudayaan (Kucaraningrat) Kucaraningrat) Kelompok manusia yg telah lama hidup & bekerjasama sehingga mereka dapat mengorganisasikan dirinya & berfikir mengenai dirinya sebagai kesatuan sosial yg mempunyai batas-batas tertentu batas(Linton) Samb... Satu kum. manusia yg b'hbg secara tetap & kum. t'sususn dlm m'jlnkan aktiviti2nya secara kolektif & merasakan bhw mrk adalah hidup b'sama. b'sama. Bukanlah individu yg sama shj m'jadi anggota satu2 msykt krn anggota baru akan terus menerus lahir di dlmnya & ada pula yg mati. Oleh mati. yg demikian t'dpt p'hub. terus menerus di p'hub. kalangan mrk yg masih hidup & kekal selama b'abad2 (Roucek & Warren, 1976) (Roucek Satu kumpulan / kelompok......

Words: 16153 - Pages: 65

Free Essay

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

...KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT http://www.kpwkm.gov.my/ Menteri : Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Timbalan Menteri : Senator Heng Saei Kie Objektif ✓ Memastikan tidak wujudnya sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita Islam melalui peranan advokasinya dalam mempengaruhi penggubalan dasar, perundangan dan peraturan-peraturan di negara ini. ✓ Menghalusi implikasi dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan tersebut terhadap hak-hak pembangunan dan kebajikan wanita Islam. ✓ Meningkatkan pemerkasaan wanita Islam melalui inisiatif dan program-program mengenai perkara yang berkaitan dengan hak-hak akses dan peluang pembangunan diri serta keluarga di semua peringkat dan dalam pelbagai bidang Fungsi ✓ Mengenalpasti dan memperhalusi isu-isu yang dihadapi oleh wanita Islam, dan mempengaruhi dasar dan undang-undang tersebut tidak mempunyai unsur-unsur diskriminasi. ✓ Mengadakan jaringan, hubungan kerja dan usahasama dengan kerajaan luar, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan lain-lain agensi di dalam negeri bagi menjalankan advokasi melalui pertukaran pandangan dan pengalaman bertujuan untuk menerapkan prinsip dan identiti Islam sebagai agama yang adil dan tidak mendiskriminasikan wanita. ✓ Menjalankan penyelidikan, kajian dan soalselidik mengenai isu-isu, masalah, peluang serta cabaran yang dihadapi oleh wanita Islam dalam pelbagai bidang bagi membantu Kerajaan merancang dan menggubal dasar, undang-undang......

Words: 1740 - Pages: 7

Free Essay

Sejarah Kedatangan Kaum Cina Dan India Di Tanah Melayu Dan Sumbangan Mereka Dalam Proses Kemerdekaan Tanah Melayu

...kedatangan kaum Cina dan India di Tanah Melayu dan sumbangan mereka dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu Isi Kandungan No. | Kandungan | Muka Surat | 1. | Pendahuluan | 3 - 4 | 2. | Sejarah kedatangan kaum Cina di Tanah Melayu | 5 – 7 | 3. | Sejarah kedatangan kaum India di Tanah Melayu | 8 – 11 | 4. | Sumbangan kaum Cina dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu | 12 – 15 | 5. | Sumbangan kaum India dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu | 16 – 19 | 6. | Penutup | 20 – 21 | 7. | Rujukan | 22 | Pendahuluan Masyarakat majmuk yang ada di Malaysia pada hari ini bukanlah suatu bentuk masyarakat yang sememangnya telah wujud secara asalnya di sini. Sebaliknya, masyarakat yang ada pada hari ini adalah masyarakat yang telah dicampuri pelbagai asal-usul, budaya dan sejarahnya yang berbeza-beza. Seperti yang sedia kita maklumi,penduduk asal Tanah Melayu adalah orang Melayu dan beberapa kaum minoriti yang lebih mudah kita kenali sebagai kaum orang asli dibeberapa bahagian pendalaman di Tanah Melayu.Di Sabah dan Sarawak pula,penduduk asalnya ialah terdiri daripada kaum Kadazan,Dusun,Murut,Iban,Bajau,Melanau dan pelbagai suku minoriti yang lain. Kaum-kaum lain yang ada di Malaysia pada hari pula seperti kaum Cina,India,Serani,Siam,Bugis,Jawa dan sebagainya ialah golongan imigran yang datang dan menetap di Tanah Melayu sama ada secara tetap ataupun hanya sekadar singgah untuk memenuhi keperluan mereka.Secara mudahnya,mereka bukanlah penduduk asal di Tanah......

Words: 5392 - Pages: 22

Free Essay

Masalah Perpaduan Di Malaysia

...PENDAHULUAN Negara kita Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun. Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu tempatan, bahkan ia turut terlibat dalam menangani permasalahan yang menimpa dan dialami oleh masyarakat antarabangsa. Malaysia turut dikenali sebagai sebuah Negara Islam yang unik. Penduduknya berbilang bangsa dan kaum serta mempunyai kepercayaan dan pegangan agama yang berbeza. Majoriti terbesar warganya terdiri dari kaum Melayu beragama Islam. Bumi Malaysia adalah tanah asal tempat tumpah darah mereka. Dahulu, negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 1966, namanya ditukar kepada ”Malaysia”. Beberapa jenis flora dan fauna di bumi subur beriklim tropika ini sukar ditemui di tempat lain. Hasil komoditinya menjadi idaman banyak pihak. Malaysia terkenal sebagai negara pengeluar bahan-bahan mentah yang bernilai tinggi. Kedudukannya juga sangat strategik dalam lingkaran laluan dagangan antarabangsa. Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup rukun dan damai, tidak seperti penduduk di negara-negara lain yang tidak sunyi dengan perbalahan, pertikaian dan permusuhan sedangkan mereka terdiri dari bangsa, keturunan dan kepercayaan yang sama. Kehidupan rakyat negara ini pernah diuji. Keharmonian hidup mereka tidak bertahan lama kerana dicemburui banyak pihak. Beberapa kawasannya telah diserang dan dijajah oleh pelbagai kuasa seperti Portugis,...

Words: 3058 - Pages: 13

Free Essay

Melayu Dan Budaya

...MELAYU ISLAM BERAJA (MIB) DALAM KELUARGA DAN MASYARAKAT NAMA PENDAMPING: NORALIPAH BTE HJ MOHAMED NO. KUMPULAN: 6 TARIKH MENGHANTAR: AHAD, 12HB OCTOBER 2014 | NO. PENDAFTARAN | NAMA SISWA/I | 1. | 14B1026 | FARIZAH BINTI ISHAK | 2. | 14B1034 | NOR SUZYLAWATY BINTI EMRAN @ ABD KARIM | 3. | 14B1093 | DK AMAL RAFYIDAH BINTI PG OTHMAN | 4. | 14B1192 | MUHAMMAD WAFIY BIN HAJI NORHALIM | 5. | 14B1295 | SITI FATIN FARHANAH BINTI HAJI KAWI | 6. | 14B2035 | NURFADZIRAH BINTI HAJI ABDUL AZIS (KETUA) | 7. | 14B3077 | DK SITI UMMI SYAZANA BINTI PG HJ MARJUKI | Melayu Islam Beraja (MIB) dalamPembentukkan Negara Bangsa Negara bangsa merupakan satu proses yang melahirkan bangsa baru, yakni sebuah negara yang mempunyai kedaulatan di mana semua rakyatnya disatukan oleh ikatan seperti bahasa dan budaya yang membentuk bangsanya. Negara Brunei Darussalam mempunyai tujuh puak jati iaitu Belait, Bisaya, Brunei, Dusun, Kedayan, Murut danTutong. Setiap puak mempunyai bahasanya tersendiri akan tetapi Bahasa Melayu Brunei tetap merupakan bahasa dominan yang digunakan oleh tujuh puak tadi untuk berkomunikasi antara satu puak dengan satu puak yang lain. Islam yang berpandukan ajaran ahli Sunnah Waljamaah mazhab Shafiie merupakan agama majoriti di Negara Brunei Darussalam. Untuk menguatkan agama Islam di Brunei, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah memperkenankan Hukum Kanun Syariyah. Sistem pemerintahan di Brunei sepenuhnya di tangan Sultan. Ia adalah sangat......

Words: 342 - Pages: 2

Free Essay

Kaum Di Sabah

...Pengenalan Sabah yang dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu merupakan sebuah negeri yang unik dan terkenal dengan kepelbagaian kebudayaan suku kaumnya. Terdapat kira-kira 2.5 juta penduduk Sabah merangkumi lebih daripada 30 suku kaum dan kira-kira 80 dialek bahasa. Penduduknya terdiri daripada kaum Kadazan, Dusun, Bajau, Murut, Kelabit atau Rungus dan lain-lain. Ciri-ciri kebudayaan negeri Sabah amat unik kerana kepelbagaian suku kaum di sini. Suku kaum Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. Suku kaum Rungus adalah penduduk asli kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Suku Rungus juga dikenali sebagai Momogun, Dayak Dusun, Dayak Laut, Momogun Rungus, Melobong Rungus, Momogun Laut atau Dusun Laut. Rungus merupakan nama nenek moyang mereka yang di kenali sebagai Aki Rungsud. Aki Rungsud adalah tokoh bangsa Momogun Rungus yang telah membuka Teluk Bandau sebagai Pusat Perdagangan Sistem Barter pada zaman lampau. Suku kaum Momogun Rungus sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Ini berikutan berdasarkan kesamaan dari segi bahasa, seni arkitektur, kepercayaan, pandangan alam serta segi etnologinya Momogun Rungus di dapati mempunyai persamaan dengan rumpun Dayak Kalimantan, Dayak Sarawak dan Kadazan Dusun di Sabah. Tidak hairanlah Momogun Rungus ini sering kali juga di kenali sebagai Dayak Laut atau Dayak Dusun. Sarawak yang terkenal dengan nama jolokannya Negeri Bumi Kenyalang mempunyai rakyat yang......

Words: 2576 - Pages: 11

Free Essay

Pengaruh Inflasi Dan Pertumbuhan Ekonomi Di Indonesia

...Pengaruh Inflasi dan Pertumbuhan Ekonomi di Indonesia. 1. Pendahuluan dan Latar Belakang Inflasi telah menjadi masalah besar dalam perekonomian Indonesia. Ada berbagai cara dilakukan oleh pemerintah untuk mengatasi krisis yang terjadi. Pemerintah Indonesia sering menggunakan kebijakan uang ketat dengan menaikkan suku bunga. Karena itu, tingkat suku bunga menjadi penting, karena bisa digunakan untuk menganalisa ekspektasi inflasi. Suku bunga merupakan faktor yang penting dalam perekonomian suatu negara karena sangat berpengaruh terhadap “kesehatan” suatu perekonomian. Hal ini tidak hanya mempengaruhi keinginan konsumen untuk membelanjakan ataupun menabungkan uangnya tetapi juga mempengaruhi dunia usaha dalam mengambil keputusan. Oleh karena itu tingkat suku bunga mempunyai pengaruh yang sangat luas, tidak hanya pada sektor moneter, melainkan juga pada sektor riil, sektor ketenagakerjaan, bahkan sektor internasional. Secara teoretis terdapat dua jalur utama mekanisme transmisi kebijakan moneter, yaitu melalui jalur jumlah uang yang beredar dan jalur harga melalui suku bunga. Jalur suku bunga ini merupakan channel yang penting untuk perekonomian Indonesia. (Sarwono dan Warjiyo, 1998; serta Warjiyo dan Zulverdy, 1998). Pengujian empiris mengungkapkan bahwa pengaruh suku bunga terhadap inflasi mempunyai hubungan yang lebih stabil dibandingkan dengan agregat moneter. Upaya untuk menekan fluktuasi tingkat suku bunga tergantung pada keberhasilan mengendalikan gejolak di pasar......

Words: 2104 - Pages: 9

Free Essay

Hubungan Antara China Dengan Melayu Di Malaysia Dari Aspek Ekonomi Dan Politik

...Dari Aspek Ekonomi Hubungan antara China dengan Malaysia sudah lama wujud iaitu sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M). Pemerintahan zaman Dinasti Tang (618-907 M) telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu daripadanya ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui Alam Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, He-Ling (Jawa) dan lain-lain. Dinasti Song (960-1279) juga telah meneruskan hubungan baik dengan negeri­negeri luar tetapi menumpukan lebih banyak kepada bidang perniagaan terutama dengan negeri-negeri di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat. Hubungan paling gemilang dan bermakna antara Alam Melayu dengan China ialah yang dijalinkan antara Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming dalam abad ke-15. Persahabatan antara Melaka dan China wujud sebelum itu lagi apabila seorang utusan Raja China sampai di Melaka pada tahun 1403 dan Parameswara membalas dengan satu perutusan ke China pada tahun 1405. Laksamana Cheng Ho telah membawa hadiah bingkisan daripada Raja China, yang dibalas pula oleh Parameswara pada tahun 1407. Seterusnya beberapa orang Raja Melaka telah melawat China iaitu Parameswara (1411), Megat Iskandar Syah (1414), Sultan Muhammad Syah (1424) dan Sultan Abu Syahid (1445). Sebelum kedatangan, British bilangan masyarakat Cina terlalu kecil dan terlibat dalam bidang perniagaan. Penghijrahan secara beramai-ramai......

Words: 1177 - Pages: 5

Free Essay

Gagasan 1 Malaysia

...majoritinya adalah berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi. Masing-masing mempunyai nilai-nilai budaya dan pegangan agama yang berbeza. Pada era pasca kemerdekaan pula, di mana kerajaan pada masa itu berada di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, beliau telah pun lama menyedari akan betapa pentingnya menjaga sensitiviti dan persefahaman antara kaum. Peristiwa pahit dan berdarah 13 Mei 1969 telah memberi pengajaran besar kepada Negara kita tentang betapa perlunya menjaga perpaduan dan menghormati fahaman agama dan perbezaan budaya kaum-kaum lain. Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir dan yang terkini, Datuk Seri Najib Razak tetap menjadikan prinsip memupuk perpaduan dan persefahaman antara kaum sebagai dasar utama pentadbiran Negara dalam menjaga kestabilan politik, social dan ekonomi Negara. Atas kesedaran inilah, maka Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak telah memperkenalkan satu gagasan yang cukup mantap, relevan dan praktikal untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Gagasan tersebut adalah ‘1Malaysia’ yang berslogan; ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Gagasan ini berteraskan prinsip di mana semua rakyat Malaysia yang berbeza daripada segi fahaman agama, rupa fizikal dan budaya, masing-masing bersatu, seiya dan sekata dalam menghormati hak-hak dan sensitiviti kaum-kaum lain dan bersama-sama berpastu padu dalam menjaga kerukunan dan keharmonian Negara. Tujuan beliau......

Words: 704 - Pages: 3

Free Essay

Adat Dan Perayaan Kaum Sikh

...kajian serta kepentingan dan sumbangan yang dicapai dalam kajian ini. Antara objektif kajian yang tersenarai adalah untuk mengkaji asal usul, adat resam, dan pantang larang kaum Sikh. Selain itu, kami juga berharap agar kajian ini dapat mengkaji adat perayaan yang diamalkan oleh kaum Sikh. Melalui projek ini, kami berharap dapat mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh kaum Sikh semasa meraikan perayaan mereka. Objektif yang keempat dan lima adalah mengenal pasti punca-punca kekurangan penglibatan masyarakat Malaysia dalam perayaan kaum Sikh dan mengenal pasti cara-cara meningkatkan penglibatan masyarakat lain dalam perayaan kaum Sikh. Seterusnya, kaedah penyelidikan yang telah kami gunakan dalam projek ini termasuklah merujuk kepada buku-buku rujukan di perpustakaan dan melayari internet. Kajian melalui pengagihan borang soal selidik juga dilaksanakan bagi mengetahui adat dan pearayaan kaum Sikh. Dapatan kajian yang diperoleh termasuk mengetahui asal usul, adat resam dan pantang larang kaum Sikh dan masyarakat Malaysia lebih memahami adat dan perayaan yang diamalkan oleh kaum Sikh. Selain itu, dapatan kaijian yang diperoleh adalah mengetahui masalah-masalah utama yang dihadapi oleh kaum Sikh semasa meraikan sambutan perayaan dan kekurangan penglibatan masyarakat Malaysia dalam perayaan kaum Sikh. Akhir kata, kepentingan dan sumbangan yang telah dicapai termasuklah kita dapat meningkatkan kesedaran kaum-kaum yang lain terhadap adat dan perayaan yang......

Words: 3707 - Pages: 15

Free Essay

Pengendalian Tindakan Personel Dan Budaya

...Personel, dan Budaya Ada berbagai macam bentuk pengendalian, pada bab sebelumnya telah dibahas mengenai pengendalian hasil. Pada bab ini akan dibahas 3 pengendalian lainnya yaitu tindakan, personel, dan budaya. A. Pengendalian Tindakan Pengendalian tindakan merupakan bentuk pengendalian yang paling langsung mempengaruhi perilaku karyawan, dengan cara memastikan karyawan bertindak sesuai dengan yang diinginkan oleh organisasi. Pengendalian tindakan memiliki 4 bentuk dasar yaitu : - Pembatasan perilaku Pembatasan perilaku merupakan bentuk paksaan dari pengendalian tindakan. Dalam pembatasan ini karyawan dibatasi untuk melakukan hal yang tidak seharusnya. Pembatasan dapat dilakukan secara administratif maupun fisik. Contoh pembatasan fisik : penggunaan kunci, password dan pembatasan akses. Contoh pembatasan administratif : pembatasan kewenangan pengambilan keputusan tertentu. - Penilaian Pratindakan Penilaian pratindakan dilakukan saat proses perencanaan dari tindakan karyawan yang dikendalikan. Dengan penilaian atas rencana tersebut kemudian diputuskan menyetujui atau tidak rencana tersebut. Penilai juga dapat meminta untuk memodifikasi rencana atau meminta mengubah rencana, sebelum melakukan persetujuan kembali. - Akuntabilitas tindakan Akuntabilitas tindakan yang dimaksud adalah meminta karyawan untuk bertanggung jawab atas tindakan yang mereka lakukan. Untuk mengimplementasi akuntabilitas tindakan diperlukan : 1. Mendefinisikan tindakan yang dapat diterima......

Words: 913 - Pages: 4

Free Essay

Ethnics and Media in Malaysia

...pengguna.Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1920an dengan kemajuan rangkaian radio yang luas, dan surat khabar dan majalah yang diedarkan besar-besaran.Jenis media massa yang sedia wujud ialah media cetak dan media elektronik. Radio adalah “sambungan telinga” mankala televisyen adalah “sambungan mata dan telinga”.Radio pula hanya dalam bentuk audio.Televisyen merupakan media elektronik yang menyalurkan maklumat secara audio dan visyen. Ini merupakan cara yang paling berkesan kerana penglihatan dapat memberi ingatan yang lebih dalam .Manakala suratkhabar dan majalah merupakan media cetakan dalam bentuk tulisan dan gambar. Tetapi, beberapa bentuk media massa seperti buku dan manuskrip sudah digunakan sejak berkurun lamanya. Istilah media awam mempunyai makna yang sama: ia jumlah keseluruhan pengedar awam besar bagi berita dan hiburan di seluruh media meperti surat khabar, televisyen, radio, penyiaran, yang mungkin memerlukan keanggotaan persatuan dalam pasaran yang besar seperti Newspaper Guild, AFRTRA dan penerbit teks. Istilah etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir sama,contohnya dalam adat resam,pakaian,bahasa,kegiatan ekonomi dan sebagainya.Oleh itu,media massa memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan sesama etnik khususnya di Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. 2.0 PERKEMBANGAN MEDIA MASSA DI MALAYSIA 2.1 SEBELUM MERDEKA Sebelum negara memperolehi kemerdekaan,penduduk Tanah Melayu......

Words: 5611 - Pages: 23