Free Essay

Bibliografi Tunku Abdul Rahman

In: Historical Events

Submitted By KeZhengLiang
Words 1122
Pages 5
Bibliografi Tunku Abdul Rahman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah, berlahir pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, juga dikenali sebagai Istana Pagoda yang bertempat di Alor Setar, Kedah.
Beliau merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar Bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar Bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.
Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet. Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar apartheid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.
Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah) dan beliau berjaya memperolehi ijazahnya pada tahun 1925. Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple, London pada tahun 1930.
Tunku telah banyak berkorban untuk negara. Pelbagai cabaran serta rintangan dihadapi namun segalanya berjaya di atasi dengan cekal dan tabah. Beliau adalah seorang pemimpin yang sentiasa tenang ketika menghadapi sesuatu situasi. Kualiti Tunku memanglah tiada persamaan atau bandingannya dengan orang lain. Apabila beliau sudah yakin akan sesyaty perkara, biasanya beliau akan bertindak tegas dengan apa cara sekalipun. Sikapnya menepati pepeatah ‘gengam bara api biar sampai menjadi arang’ dan ‘alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan’. Biasanya Tunku tidak menghampakan harapan kawan-kawannya dan tidak mengecewakan amanah yang diberi kepadanya. Dalam menghadapi sesuatu isu, Tunku sentiasa bersikap mengejar masalah dan bukannya menanti masalah. Beliau tidak membiarkan sesuatu masalah itu terselesai dengan sendirinya. Sifat atau kelebihan ini memang sudah pun dapat dilihat sejak beliau mula mengambil alih pimpinan UMNO daripada Dato’ Onn. Denagn keazaman, banyak perkara yang pada mulanya mustahil telah menjadi kenyataan. Falsafah atau sikap Tunku terhadap ideologi komunis sebenarnya tegas. Tidak ada tolak ansur terhadapnya.
Dalam pada itu, Tunku sanggup memberi peluang kepada komunis untuk bertaubat dengan syarat mereka menyerah diri dan kemudian bersumpah untuk taat setia kepada negara dan raja. Sebenarnya, Tunku boleh meneruskan peperangan terhadap komunis kerana rakyat di belakangnya. Sementara itu, Tunku sebagai pemimpin yang menpunyai pandangan yang jauh sanggup mmeperlembutkan sikapnya terhadap komunis demi kepentingan negara, terutama sekali kerana memandangkan bahawa berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk memerangi komunis.
Tunku memberikan garis perjuangan kepada pemuda UMNO dengan menegaskan bahawa tindak balas terhadap konfrontasi Presiden Soekarno itu janganlah sekali-kali tesalah maklumatnya. Tunku ternyata bimbang sangat salah faham akan timbul antara rakyat Malaysia dengan rakyat Indonesia kerana kedu-dua rakyat negara tersebut berasal dari rumpun yang sama. Malah Tunku menunjukkan sikapnya dengan perbuatannya sendiri. Ini jelas terbukti semasa pemuda UMNO menawan Kedutaan Indonesia. Tunku telah didesak supaya memijak lambang negara Indonesia tetapi Tunku berkeras enggan melakukannya. Tunku menegaskan bahawa lambang itu merupakan kedaulatan Indonesia, bkannya lambang Soekarto. Jika lambang itu dijadikan sasaran sudah tentulah rakyat Indonesia akan mentafsirkannya sebagai rasa permusuhan rakyat Malaysia terhadap mereka. Seyerusnya jika lambang itu diusik, maka sudah tentulah rakyat Indonesia akan membenci rakyat Malaysia.
Bapa Perpaduan Malaysia ini telah membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin yang berwibawa. Tunku merupakan seorang tokoh yang mempunyai perwatakan dan keperibadian tersendiri serta istimewa yang sukar ditandingi. Tunku Abdul Rahman telah menunjukkan bakat kepimpinannya sejak menjadi Pegawai Daerah. Beliau sentiasa prihatin terhadap insan lain serta memperbaiki mutu kesihatan penduduk- penduduk di luar bandar yang diserang penyakit malaria dan membela nasib pemandu teksi di Sungai Patani. Beliau juga sanggup menghantar misi pendamai dan keamanan ke Congo, Afrika yang dilanda perang saudara 1961.
Beliau berusaha menyatu padukan rakyat yang berbilang kaum dalam usaha menentang British dan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau juga berusaha meningkatkan status ekonomi rakyat dan negara. Beliau turut dikenali sebagai “ Bapa Keamanan dan Perpaduan”. Ketegasannya dalam membantah pengiktirafan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai parti sah sewaktu rundingan Baling membolehkan negara kita bebas daripada ancaman atau pengaruh komunis. Kegigihan, keberanian dan ketegsan beliau telah membebaskan negara kita daripada belenggu penjajah. Rakyat seharusnya berasa kagum dengan matlamat hidupnya yang begitu mulia dan menghargai kesanggupannya mengorbankan masa-masnya yang berharga bagi membentuk negara yang merdeka.
Sikap pandangan jauh Tunku ini terkadang-kadang payah henak dimengertikan oleh rakyat. Hanya setelah beberapa lama baharulah mereka akan mengetahui dan memahami akan tindakan dan tujuan sebenar Tunku. Memang inilah yang selalu dihadapi oleh Tunku semasa beliau memimpin negara. Fikirannya atau pandangannya terlalu jauh kedepan sehinggakan sukar untuk difahami dan dimengertikan oleh orang lain. Pendeknya memanglah banyak buah fikiran atau idea yang Tunku selalu utarakan yang boleh menimbulkan salah faham. Kebenaran atau manfaatnya selalunya hanya dapat dinikmati dan diketahui dalam beberapa tahun selepas itu. Inilah antara keseronokan Tunku apabila mengenangkan telatah mnusia tenatng sumbangannya terhadap negara, nusa dan agama. Memang dalam banyak hal, Tunku telah mamandang jauh ke depan lebih dulu sebelum orang lain dapat mengetahui manfaat atau ertinya beberapa tahun kemudiannya.
Tunku dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1957. Beliau turut memegang portfolio Menteri Dalam Negeri. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau pernah memegang beberapa jawatan lain. Kerjayanya bermula pada 10 Disember 1931 apabil beliau berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala, Padang Terap, Kuala Nerang, Sungai Petani dan Kulim,Kedah. Pada tahun 1940, Tunku menjadi Timbalan Pengarah Keselamatan Awam Kedah. Pada tahun 1943, beliau telah dilantik menjadi Penyelia Pelajaran Kedah. Tunku juga pernah bertugas sebagai pendakwaraya di Perkhidmatan Kehakiman Kuala Lumpur. Pada tahun 1955, Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Penglibatan beliau dalam bidang politik tamat apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 22 September 1970. 06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.

Similar Documents