Free Essay

Brahimpura Kertas Kerja

In:

Submitted By karirinikato
Words 1170
Pages 5
Kertas Kerja

PROJEK TANAMAN Sayuran Berasaskan Kaedah HIDROPONIK

Disediakan Oleh:
Ahmad Safwan

JADUAL KANDUNGAN

TAJUK MUKASURAT

1.

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Syarikat Brahimpura Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada Mac 2014. Syarikat ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menceburi bidang pertanian secara eksklusif dan lebih khusus dalam memajukan teknologi pertanian.

Ini adalah selaras dengan wawasan kerajaan dan juga menyahut cabaran Rancangan Malaysia Ke-10(RMK-10) yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak, di Parlimen pada 10 Jun 2010, dimana pihak kerajaan mengalu-alukan pihak swasta dalam menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.

Oleh Itu, Syarikat Brahimpura Sdn. Bhd telah memajak tanah seluas 5 ekar yang terletak di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, selama tempoh 3 tahun untuk projek penanaman ini. Sebagai permulaan, pihak syarikat akan mengusahakan tanaman seperti Cili Merah, Serai, Tomato, Bayam dan lain lain tumbuhan yang sesuai sebanyak 5,000 pokok dalam 10 buah struktur Rumah Pelindung Tanaman yang dilengkapi dengan sistem hidroponik.

Dari segi kewangan, pihak syarikat Syarikat Brahimpura Sdn. Bhd. Memerlukan pinjaman sebanyak RM 300,000 untuk membiayai sebahagian dari kos permulaan projek ini. Dalam perancangan yang teliti dan prospek yang berdaya maju, kami berharap pihak Bank Pertanian dapat meluluskan permohonan kami bagi merealisasikan projek ini.

2.0 PENGENALAN

Hidroponik (berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.

Di negara eropah, kaedah ini telah digunakan secara meluas. Tanaman tropika boleh membesar dengan baik dalam sistem ini termasuk juga tanaman yang lain. Dalam sistem hidrokultur, tanaman menunjukkan tumbesaran daripada air dan garam mineral yang terdapat dalam air sebagai asas untuk tumbesaran. Penanaman berasaskan Hidroponik juga amat mudah dijaga berbanding dengan tanaman yang ditanam di atas tanah. Pada masa yang sama, ianya memberi jaminan kesihatan udara yang lebih baik di samping kecantikan di dalam kawasan tertutup.

3.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Tujuan rancangan perniagaan ini disediakan adalah khusus untuk memohon pembiayaan dari pihak Bank Pertanian bagi membiayai sebahagian kos permulaan projek yang akan dijalankan oleh pihak syarikat Brahimpura Sdn. Bhd. ini.

Pinjaman sebanyak RM 300,000 diperlukan bagi menampung kos permulaan projek ini. Kertas kerja ini juga disediakan untuk memberi gambaran projek Hidroponik dan analisis sebagai sokongan daya maju projek ini.

4.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT 5.1 Maklumat Syarikat

Nama Syarikat : Brahimpura Sdn. Bhd.
No Pendaftaran : 123456-P
Alamat Perniagaan : 13, Jalan Ketum, Taman Ketum, 14200 Sungai Jawi, Pulau Pinang.
No Telefon : 01X-XXXXXXX
No Fax : 0X-XXXXXXX
Bidang Perniagaan : Pertanian dan industri asas tani.
Jenis Perniagaan : Sendirian Berhad
Pengerusi Eksekutif : Nur Ezzati Binti Ahmad
Pengurus Besar : Ahmad Safwan Bin Ahmad Rashdan
Setiausaha Syarikat : Nur Arina Mardhati Binti Zainordin
Pengurus Projek : Faris Idzham Bin Munawar
Eksekutif Pemasaran : Pentadbiran &
Kewangan :

5.2 OBJEKTIF,VISI DAN MISI
Objektif
* Pengeluaran hasil yang tinggi dan berkualiti dengan mengamalkan amalan pertanian yang baik dan sistematik * Menggunapakai teknologi terkini untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan penjimatan tenaga buruh.

Visi
Visi kami adalah untuk menggunakan pendekatan teknologi terkini di dalam sektor pertanian dan seterusnya mampu membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai.

Misi
Misi kami adalah untuk memberikan pulangan modal yang besar, memajukan ekonomi tanah air dan sekaligus melopori bidang pembekalan sayur-sayuran di Malaysia.

5.3 STRATEGI PERNIAGAAN
Syarikat Brahimpura Sdn. Bhd. akan mengadakan persekitaran yang lebih kompetitif dengan strategi berikut : * Agro-Teknologi : Menggunapakai teknologi terkini dalam sector pertanian bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan dijamin peningkatan pengeluarannya. * Fokus Pelanggan : Mengambilkira keperluan pasaran semasa dan kehendak pelanggan. * K-Ekonomi : Penumpukan kepada ilmu pengetahuan melalui internet dan R&D.

5.4 MAKLUMAT ASAS PROJEK

Nama Projek : Tanaman Sayuran Berasaskan Kaedah Hidroponik
Lokasi : Seberang Perai Selatan, Penang
Keluasan Tanah : 5 Ekar
Kapasiti Tanaman : 5,000 Pokok
Struktur : 10 Buah Rumah Pelindung Tanaman
Sistem Pengairan : Deep Flow
Nama Pengusaha : Brahimpura Sdn. Bhd
Anggaran Kos : RM 300,000.00
Anggaran Hasil : 75,000 Kg/Tahun
Anggaran Kasar
Pendapatan : RM 250,000.00/Tahun
Tempoh Pulang
Balik Modal : 2 Tahun

5.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

6.5 Pengerusi Eksekutif

Nur Ezzati Binti Ahmad

Berpengalaman luas dalam bidang sains biologi. Mendapat Ijazah dalam XX dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

6.6 Pengurus Besar

Ahmad Safwan Bin Ahmad Rashdan

Berpengalaman dalam bidang bla2..

6.7 Setiausaha Syarikat

Nur Arina Mardhati Binti Zainordin

Berpengalaman dalam bidang bla2..

6.8 Pengurus Projek

Faris Idzham Binti Munawar

Berpengalaman dalam bidang bla2..

6.0 RANCANGAN PENGURUSAN

Bahagian ini menerangkan struktur organisasi dalam syarikat Brahimpura Sdn. Bhd. Yang bertanggungjawab dalam perjalanan syarikat secara keseluruhan. Manakala bagi pengurusan projek, Pihak syarikat akan mengaji kakitangan dan buruh selama projek itu berjalan.

Bagi pengurusan syarikat, diketuai oleh Pengerusi Eksekutif, 2 Pengurus Bahagian, dan 1 Pengurus Projek.

Bagi pengurusan projek, ia diselia oleh Pengurus Projek itu sendiri dan 4 orang pekerja am akan digaji bagi menjalankan projek tersebut.

7.9 Carta Organisasi Syarikat
4 Pekerja Am
4 Pekerja Am
Setiausaha
Setiausaha
Pengurus Besar
Pengurus Besar
Pengurusan & Kewangan
Pengurusan & Kewangan
Eksekutif Pemasaran
Eksekutif Pemasaran
Pengurus Projek
Pengurus Projek
Pengerusi Eksekutif
Pengerusi Eksekutif

7.0 RANCANGAN PENGELUARAN / OPERASI

8.10 Sistem Hidroponik

Hidroponik (berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.

Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersil. Di negara Singapura misalnya, oleh kerana kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choy, sawi, kailan dan bayam di mana semuanya menggunakan kaedah hidroponik.

Tujuan asal kaedah ini adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar seperti penyakit Phytium, Fusarium, Rhizoctonia dan Penyakit Layu Bakteria yang kebanyakannya dibawah oleh tanah. Untuk membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah mempunyai rumah tanaman, yang lebih dikenali sebagai Struktur Pelindung Hujan (SPH).

Pelbagai bentuk SPH yang dibina daripada pelbagai bahan yang terdapat di Malaysia. Bumbung SPH mestilah diperbuat daripada bahan yang lut sinar yakni telus cahaya. SPH diperlukan untuk mengelakkan tanaman yang ditanam agar tidak mudah dijangkiti oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk atau buah yang disebabkan oleh percikan hujan. Antara penyakit yang paling dianggap berbahaya ialah penyakit Hawar Pucuk dan Antraknos.

Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit, ia juga bertujuan untuk mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair (terkena air hujan) dan membuatkan pemberian baja tidak berkesan.

Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialah ’coconut coir dust’ atau yang dikenali sebagai ’coco peat’. Dalam bahasa mudah ia ialah habuk sabut kelapa. ’Coco peat’ mudah diperolehi jika dibandingkan dengan meduim tanaman komersil lain seperti ’perlite’ ,’vermiculite’ dan ’maidenwell diatomite’. Medium tanpa tanah lain yang boleh digunakan ialah medium pasir sungai, pasir lombong atau batu kerikil granit (bukan batu kapur).

8.11 Kelebihan Hidroponik

Similar Documents