Free Essay

Cara-Cara Memajukan Permainan Tradisional

In: Miscellaneous

Submitted By philianne
Words 420
Pages 2
Permainan tradisional ialah permainan yang dimainkan oleh masyarakat dahulu pada masa lapang. Antara permainan tradisional yang mendapat sambutan masyarakat ialah layang-layang, congkak dan batu seremban. Namun demikian, permainan tradisional semakin dilupakan oleh generasi muda. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mempopularkan permainan tradisional ini.
Antara cara mempopularkan permainan tradisional ini ialah kita perlu mencari maklumat tentang permainan tradisional tersebut. Setelah maklumat diperoleh , kita perlu mencuba permainan tersebut dengan ahli keluarga. Kita juga boleh mengambil bahagian dalam pertandingan permainan tradisional yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Sebagai contoh pertandingan permainan congkak. Dengan ini, jelaslah bahawa generasi muda perlu mempopularkan permainan tradisional negara kita.
Ibu bapa pula, perlu memberi sokongan kepada anak-anak dengan membelikan peralatan permainan tradisional. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak menyaksikan pertandingan permainan tradisional ini. Selain itu, ibu bapa boleh membawa anak-anak melawat ke muzium dan galeri seni untuk melihat dengan lebih dekat peralatan permainan tradisional ini di samping memahami cara-cara permainan ini dimainkan. Usaha-usaha yang dilakukan oleh ibu bapa ini dapat mempopularkan permainan tradisional.
Pihak sekolah juga boleh menubuhkan kelab permainan tradisional.Dengan tertubuhnya kelab permainan tradisional ini, ahli-ahli kelab dapat menganjurkan pertandingan. Sekolah juga boleh menghantar ahli-ahli kelab mengikuti kursus permainan tradisional bagi menarik minat pelajar melibatkan diri dalam permainan ini. Peserta yang mengikuti kursus hendaklah diberi sijil penyertaan dan penghargaan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pihak sekolah berperanan penting untuk mempopularkan permainan tradisional.
Kerajaan perlu mempromosikan permainan tradisional melalui televisyen dan surat khabar. Usaha ini boleh dilakukan melalui kempen yang berterusan. Sebagai contoh, kerajaan mengadakan karnival pertandingan tradisional seperti Pesta Layang-layang yang diadakan di Pasir Gudang, Johor setiap tahun. Melalui Kementerian Belia dan Sukan kerajaan boleh mengadakan kursus permainan tradisional ini untuk golongan belia. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja. Usaha kerajaan ini dapat menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita sekali gus dapat mempopularkan permainan tradisional ini.
Sementara pihak swasta pula boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional ini. Pihak swasta boleh menjadi penaja bagi pertandingan yang dianjurkan dengan menyediakan hadiah yang lumayan. Sebagai contoh, penganjur menyediakan hadiah berbentuk tiket pelancongan ke luar negara kepada para pemenang.Hal ini dapat menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertainya.Pendek kata, jelaslah bahawa pihak swasta juga memainkan peranan penting dalam mempopularkan permainan tradisional negara ini.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu bekerjasama dalam mempopularkan permainan tradisional ini . Usaha yang berterusan penting supaya generasi akan datang dapat mengenali dan meminati permainan tradisional. Kesannya, permainan tradisional ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Similar Documents

Free Essay

Skema Jawapan

...KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Arahan: 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi Kertas ini mengandungi 3 halaman bercetak 1103/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah SULIT SULIT 2 1103/1 Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan: 45 minit] Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada cara menyayangi sekolah. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menyayangi sekolah. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. MEMELIHARA HARTA BENDA SEKOLAH PENCAPAIAN KOKURIKULUM CARA-CARA MENYAYANGI SEKOLAH MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 1103/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT SULIT 3 1103/1 Bahagian B [100 markah] [Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1. Rumah terbuka sudah menjadi satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia apabila menyambut sesuatu perayaan. Pada musim perayaan yang lalu, anda berkesempatan mengunjungi rumah terbuka jiran anda yang berlainan bangsa. Ceritakan pengalaman dan faedah yang anda peroleh ketika menghadiri rumah terbuka tersebut. 2. Kebanyakan anak remaja...

Words: 8915 - Pages: 36

Free Essay

Uuuuu

...Ciri Remaja Berwawasan Dewasa kini, Malaysia semakin bergerak maju seiring peredaran global. Namun, malangnya, aset utama negara iaitu remaja, kian musnah dek kerana dadah durjana. Sugguhpun begitu, Malaysia masih mempunyai permata berkualiti untuk dijadikan idola contohnya, para peserta Imam Muda yang sangat berkaliber dari segi semua aspek. Antara ciri remaja berwawasan ialah cinta dan sayang akan ilmu pengetahuan. Remaja yang bermatlamat sangat mementingkan ilmu kerana akan kepentingan ilmu dalam kehidupan seharian. Selain itu, darjat seseorang yang berilmu sangat tinggi di sisi Maha Pencipta, malah dengan ilmulah Islam dapat dikembangkan dan terbentuknya tamadun. Golongan remaja cemerlang ini juga berpendapat bahawa dengan memiliki pendidikkan yang tinggi, masa depan dapat diubah. Di samping itu, untuk mengesan identiti remaja berwawasan, kita dapat lihat, mereka sangat berdisiplin dan menepati masa sesuai dengan kata pujangga, masa itu emas. Mereka tidak leka dengan perkara yang sia-sia seperti merokok, melepak dan merempit. Bagi mereka, masa itu ibarat pedang yang sangat tajam dan sentiasa mengejar kita dari belakang, jika kita alpa, pedang itu akan menikam diri sendiri. Perumpamaan syurga terletak di telapak kaki ibu sudah cukup menggambarkan betapa agungnya kasih sayang daripada ibu bapa. Tidak terkecuali, guru yang mencurahkan pelbagai jenis ilmu turut memberi impak besar. Remaja terpuji tidak akan sesekali melupakan jasa insan-insan mulia yang telah banyak...

Words: 8462 - Pages: 34

Free Essay

Agresi Dan Altruisme

...AGRESI DAN ALTRUISME A. Pengertian Agresi Aksi-aksi kekerasan dapat terjadi di mana saja, seperti di jalan-jalan, di sekolah, bahkan di kompleks-kompleks perumahan. Aksi tersebut dapat berupa kekerasan verbal (mencaci maki) maupun kekerasan fisik (memukul, meninju, dll). Pada kalangan remaja aksi yang biasa dikenal sebagai tawuran pelajar/masal merupakan hal yang sudah terlalu sering kita saksikan, bahkan cenderung dianggap biasa. Hal yang terjadi pada saat tawuran sebenarnya adalah perilaku agresi dari seorang individu atau kelompok. Agresi itu sendiri menurut Murray (dalam Hall & Lindzey, Psikologi kepribadian, 1993) didefinisikan sebagai suatu cara untuk melawan dengan sangat kuat, berkelahi, melukai, menyerang, membunuh,atau menghukum orang lain. Atau secara singkatnya agresi adalah tindakan yang dimaksudkan untuk melukai orang lain atau merusak milik orang lain. Agresi merupakan perilaku yang dimaksudkan menyakiti orang lain, baik secara fisik maupun psikis (Baron & Byrne, 1994; Brehm & Kassin, 1993; Brigham, 1991). Dalam hal ini, jika menyakiti orang lain karena unsur ketidaksengajaan, maka perilaku tersebut bukan dikategorikan perilaku agresi. Rasa sakit akibat tindakan medis misalnya, walaupun sengaja dilakukan bukan termasuk agresi. Sebaliknya, niat menyakiti orang lain tetapi tidak berhasil, hal ini dapat dikatakan sebagai perilaku agresi. Pengertian agresi merujuk pada perilaku yang dimaksudkan untuk membuat objeknya mengalami bahaya atau kesakitan. Juga agresi adalah...

Words: 6230 - Pages: 25

Free Essay

Green

...No. Nama Perguruan Tinggi AKADEMI AKUNTANSI PGRI JEMBER Nama Pengusul Sisda Rizqi Rindang Sari Program Kegiatan Judul Kegiatan 1 PKMK KUE TART CAENIS ( CANTIK, ENAK DAN EKONOMIS) BERBAHAN DASAR TAPE 2 AKADEMI FARMASI KEBANGSAAN Nensi MAKASSAR AKADEMI KEBIDANAN CITRA MEDIKA SURAKARTA AKADEMI KEBIDANAN GIRI SATRIA HUSADA AKADEMI KEPERAWATAN KERTA CENDIKA SIDOARJO AKADEMI KEPERAWATAN KERTA CENDIKA SIDOARJO AKADEMI KEPERAWATAN KERTA CENDIKA SIDOARJO Putri Purnamasari PKMK LILIN SEHAT AROMA KURINDU PANCAKE GARCINIA MANGOSTANA ( PANCAKE KULIT MANGGIS ) 3 PKMK 4 Latifah Sulistyowati PKMK Pemanfaatan Potensi Jambu Mete secara Terpadu dan Pengolahannya sebagai Abon Karmelin (Karamel Bromelin) : Pelunak Aneka Jenis Daging Dari Limbah Nanas Yang Ramah Lingkungan, Higienis Dan Praktis PUDING“BALECI”( KERES) MAKANAN BERSERATANTI ASAM URAT 5 Achmad PKMK Zainunddin Zulfi 6 Dian Kartika Sari PKMK 7 Radita Sandia PKMK Selonot Sehat (S2) Diit untuk Penderita Diabetes 8 AKADEMI PEREKAM Agustina MEDIK & INFO KES Wulandari CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM MEDIK & INFO KES Anton Sulistya CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM Eka Mariyana MEDIK & INFO KES Safitri CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM MEDIK & INFO KES Ferlina Hastuti CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM Nindita Rin MEDIK & INFO KES Prasetyo D CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM MEDIK & INFO KES Sri Rahayu CITRA MEDIKA AKADEMI PERIKANAN YOGYAKARTA PKMK Kasubi Wingko Kaya Akan Karbohidrat...

Words: 159309 - Pages: 638

Free Essay

Tugas Sindy

...Apa yang Perlu Anda Ketahui Tentang . . . 28 Uraian Doktrin Dasar Alkitabiah INDONESIA PUBLISHING HOUSE Kotak Pos 1188 Bandung 40011 Telepon (022)) 6 3 3 2 Fax : ( 2 6027784,4 E a l i h d @ m i . o T l p n ( 2 6030392,; F x(022)2 6 2 7 Email: iph@bdg.centrin.net.id eeo 02 009 a 0 ) 078; mi: pbggalcm Kutipan Pasal 72: Sanksi Pelanggaran Undang-undang Hak Cipta (UU No. 19 Tahun 2002) 1. Barangsiapa dengan sengaja dan tanpa hak melakukan perbuatan sebagaimana dimaksud dalam Pasal 2 ayat (1) atau Pasal 49 ayat (1) dan ayat (2) dipidana dengan pidana penjara masingmasing paling singkat 1 (satu) bulan dan/atau denda paling sedikit Rp 1.000.000,00 (satu juta rupiah), atau pidana penjara paling lama 7 (tujuh) tahun denda/atau denda paling banyak Rp 5.000.000.000,00 (lima miliar rupiah). 2. Barangsiapa dengan sengaja menyiarkan, memamerkan, mengedarkan, atau menjual kepada umum suatu Ciptaan atau barang hasil pelanggaran Hak Cipta atau Hak Terkait sebagaimana dimaksudkan pada ayat (1) dipidana dengan pidana penjara paling lama 5 (lima) tahun dan/atau denda paling banyak Rp 500. 000.000,00 (lima ratus juta rupiah). © Hak Cipta dilindungi undang-undang. Dicetak dan diterbitkan oleh Indonesia Publishing House Bandung 2006 Firman Tuhan Allah 6 Apa yang Perlu Anda Ketahui Tentang . . . 28 Uraian Doktrin Dasar Alkitabiah Departemen Kependetaan Masehi Advent Hari Ketujuh Se-Dunia 6840 Eastern Avenue NW Washington, DC 20012 Seventh-day Adventist Believe... A...

Words: 176042 - Pages: 705