Free Essay

Dasar Ekonomi Baru

In: Historical Events

Submitted By ffty
Words 552
Pages 3
DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Pembangunan yang telah dicapai semenjak kemerdekaan sehinggalah tercetusnya tragedi 13 Mei bukan sahaja gagal mengatasi masalah kemiskinan malah pernah dianggap memburukkan lagi masalah tersebut. Pembangunan ekonomi yang pesat dalam tempoh tersebut tidak dapat dinikmati oleh sebahagian besar penduduk negara.
Jadual di bawah menunjukkan kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1970. Ia jelas menunjukkan kemiskinan dalam kalangan kaum Melayu lebih tinggi berbanding dengan kaum Cina dan India. Juga disertakan dan didapati purata pendapatan kaum Melayu yang jauh lebih rendah dimana kaum Melayu hanya RM162 sebulan, sedangkan kaum India berpendapatan RM310 sebulan dan kaum Cina RM399 sebulan.
Jadual 1.0: Semenanjung Malaysia : Kadar Kemiskinan dan Pendapatan Purata Isi Rumah, 1970.
Kaum Kadar Kemiskinan (%) Pendapatan Purata Isi Rumah (RM Sebulan) Nisbah Pendapatan
Melayu 56.4 162 -
Cina 19.2 399 Cina/Melayu=2.32
India 28.5 310 India/Melayu=1.76

Sumber : Malaysia, Kajian Separuh Penggal RM ke-2 (1971-1975).Ishak dan Rogayah (1986)

Oleh itu, Pembasmian kemiskinan merupakan salah satu usaha kerajaan dalam pelaksanaan DEB kerana kemiskinan bukan sahaja berlaku di luar bandar malah di bandar juga. Definisi secara umum tentang kemiskinan ini dapat dilihat daripada definisi klasik yang diberikan oleh Charles Booth (disebut di dalam Holman, 1978: m/s.3) yang menerangkan bahawa: “…miskin boleh dihuraikan sebagai seseorang yang hidup dalam keadaan yang susah untuk memenuhi keperluan-keperluan hidup yang mencukupi”.
Untuk mengelakkan ketidakseimbangan ekonomi antara etnik berulang dan dalam jangka masa panjang mengurangkan masalah ini maka, kerajaan telah membentuk DEB.Pelaksanaan dasar ini memerlukan program pembangunan wilayah yang lebih pesat berbanding dengan programnya pada tahun-tahun sebelum 1970. Salah satu inisiatif kerajaan dalam memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur ialah melalui pembangunan tanah atau wilayah baru seperti Federal Land Development Authority (FELDA). FELDA diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Kemajuan Tanah dikuatkuasakan. Menerusi Akta Kemajuan Tanah 1956, FELDA ditubuhkan denganmodal kerja sebanyak RM10 juta. FELDA pula lebih tertumpu di SemenanjungMalaysia, manakala agensi-agensi lain lebih bertanggungjawab kepada pembangunantanah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak. Bagi Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3), FELDA telah memajukan lebih dari 314,000 ekar tanah dan menempatkan kira-kira19,800 keluarga.
Keupayaan strategi pembangunan tanah FELDA dan penyediaan infrastruktur luar bandar mencapai matlamat DEB, terutama yang berkaitan dengan penyusunan semula masyarakat agak terhad. Konsep pembangunan wilayah yang ‘baru’ mengutamakan pencapaian kedua-dua matlamat DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Walaupun sebelum ini pembangunan wilayah telah berjalan sejak akhir tahun 1950-an, dasar pembangunan wilayah yang nyata tidak wujud. Ini kerana pihak kerajaan sebelum itu tidak mewartakan sebarang dasar berkenaan pembangunan wilayah. Dasar ini dijelaskan buat pertama kalinya pada tahun 1976 seperti yang tertera dalam dokumen Rancangan Malaysia Ketiga, seperti yang berikut: Di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB), strategi pembangunan wilayah adalah bertujuan untuk merapatkan lagi perhubungan di antara negeri-negeri di Malaysia. Ini akan dicapai dengan cara mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dan struktur di antara wilayah-wilayah Negara ini. Matlamat asasnya ialah agihan yang saksama bukan saja dari segi pendapatan, tetapi jugakemudahan-kemudahan kesihatan, pelajaran, kemudahan-kemudahan awam, perkhidmatan,kemudahan-kemudahan hiburan, perumahan dan yang paling penting sekali peluang-peluang untuk kemajuan sosial dan ekonomi rakyat sejajar dengan matlamat-matlamat Dasar Ekonomi Baru

Similar Documents

Free Essay

Dasar Pendidikan Kebangsaan Malaysia

...MATLAMAT DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN ADALAH UNTUK MENGERATKAN PERPADUAN PELBAGAI KAUM DAN ETNIK. HURAIKAN STRATEGI –STRATEGI YANG TELAH DI RANGKA DAN DILAKSANAKAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT INI Dasar Pendidikan Kebangsaan lahir atas kesedaran tentang mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah dan bagi memenuhi kehendak negara. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan tenaga manusia di negara ini untuk jangka pendek dan panjang, melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan melahirkan insan yang berilmu, berakhlak, seimbang, dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Objektif dasar dinyatakan dalam pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu: "BAHAWASANYA dasar pelajaran scpeti yang disytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 adalah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, agama, ekonomi dan politiknya.......” Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pelajaran dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956_ dan Laporan Rahman Talib 1960 telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan murid-murid sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi. Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan...

Words: 1656 - Pages: 7

Free Essay

The Fall of Soviet Union

...Pengenalan “Workers of the world, unite!”, itu merupakan slogan atau manifesto bagi pemegang fahaman komunis dan ini termasuklah Union of Soviet Socialist Republics/Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR). USSR merupakan sebuah negara sosialis yang amat besar dan juga dikenali sebagai Soviet Union. Soviet Union terletak di kawasan Eurasia di mana negara ini terletak di utara Asia tetapi masih dianggap sebahagian daripada Eropah. Selain itu, Soviet Union juga bersempadan dengan 12 buah negara iaitu enam daripadanya adalah negara Asia dan enam daripadanya adalah negara Eropah. Enam negara jirannya dari Asia ialah Korea Utara, China, Mongolia, Afghanistan, Iran dan Turki. Manakala enam lagi jirannya dari Eropah ialah Romania, Hungary, Czechoslovakia, Poland, Norway dan Finland. Soviet Union terdiri daripada 15 buah republik yang memusatkan pemerintahan di bandaraya Moscow. Rusia merupakan salah satu daripada republik dalam Soviet Union dan merupakan republik terbesar. 14 lagi republik lain ialah Georgia, Ukraine, Moldova, Belarus, Armenia, Azerbaijan, Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Estonia, Latvia dan Lithuania. Soviet Union mula ditubuhkan pada 1922 dan pemimpin pertama pada ketika itu ialah Vladimir Lenin. Segalanya bermula apabila tercetusnya revolusi Rusia pada...

Words: 3822 - Pages: 16

Free Essay

Pengajian Am Sem 2

...dengan pesat 4. Tingkat dan kualiti hidup masyarakat tinggi 5. Kebanyakan eksport adlah hasil industri dan perkhidmatan 6. Kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi 7. Kesedaran dan kepatuhan kepada undang2, kesetaraan gender dan penghormatan terhadap hak asasi manusia 8. Tingkat pendidikan relatif tinggi 9. Tingkat pendapatan penduduk relatif tinggi 10. Tingkat kesihatan tinggi LANGKAH MEMBINA NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA 1. Melakukan penghematan dan memperketat perbelanjaan Negara 2. Membina ekonomi berasaskan pengetahuan 3. Meningkatkan sumber daya manusia 4. Memperkukuhkan asas dan fundamental ekonomi Negara, serta mencipta bidang2 pertumbuhan baru 5. Memperbaik sistem penyampaian dan menghapus sistem birokrasi yang rumit dalam bidang pelaburan 6. Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembinaan dan penyediaan prasarana rakyat di kawasan2 pedalaman 7. Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan social OBJEKTIF/MATLAMAT RUKUN NEGARA 1. Untuk mencipta satu masyarakat yang adil 2. Untuk memelihara cara hidup demokratik 3. Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat 4. Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak 5. Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden CABARAN WAWASAN 2020 1. Mewujudkan Negara Malaysia yang bersatu 2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa...

Words: 2950 - Pages: 12

Free Essay

History

...kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidupnya sendiri. Masyarakat majmuk ini juga hidup bersebelahan tetapi terasing dalam satu unit politik. Dari segi ekonomi pula, wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum atau etnik. Berdasarkan pernyataan di atas: i. Terangkan secara terperinci kedudukan rakyat Tanah Melayu sebelum pembentukan masyarakat majmuk dari segi sosial, ekonomi dan politik. ii. Bincangkan ciri-ciri masyarakat majmuk dari persepktif sosial, ekonomi dan politik di Malaysia. iii. Bincangkan kesan-kesan masyarakat majmuk terhadap hubungan etnik di Malaysia. iv. Analisis dasar-dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia. Soalan 1 : Terangkan secara terperinci kedudukan rakyat Tanah Melayu sebelum pembentukan masyarakat majmuk dari segi sosial, ekonomi dan politik. Sebelum abad ke-19, penduduk di Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo terdiri daripada golongan orang Melayu,orang Asli dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama. Sebelum kedatangan British, masyarakat Melayu menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi seperti melombong, bercucuk tanam, memungut binatang dan menangkap ikan secara kecil-kecilan. Mereka juga mengamalkan kegiatan sara diri...

Words: 4441 - Pages: 18

Free Essay

Awareness of Current Issue

...Pentingnya kesedaran tentang isu semasa Isu semasa didefinisikan sebagai perkara atau kejadian terbaru yang berlaku di sekeliling kita, dalam negara atau pun di seluruh dunia. Isu semasa juga boleh di beri maksud sebagai apa apa kejadian yang berlaku yang memberi kesan atau impak ke atas sesetengah situasi contohnya bencana alam, masalah atau kejayaan dalam sesebuah negara, penemuan baharu, perubahan yang berlaku dan banyak lagi. Pengetahuan tentang isu semasa yang berlaku memberikan banyak kelebihan kepada banyak pihak terutamanya individu / isi rumah, pengurus perniagaan, pelabur dan juga pembuat dasar. Setiap pihak mempunyai sebab dan kepentingan untuk mengetahui isu yang sedang berlaku bukan saja dalam negara tapi di luar negara juga. Pengetahuan dan kesedaran mengenai isu yang akan memberi kesan positif ataupun negatif akan memberikan kelebihan kepada individu tersebut dari segi kesediaan untuk menghadapi kesan yang bakal diterima. Namun begitu, sekiranya kita tidak peka terhadap kejadian atau perkara yang berlaku, ini akan memberikan kesan kepada kita secara langsung ataupun tidak. Setiap pihak perlu tahu kenapa pentingnya peka terhadap isu semasa dan apakah kesan yang mungkin diterima. Pihak pertama ialah individu dan isi rumah, individu ini termasuklah pelajar sekolah, pelajar universiti, individu yang bekerja dan tidak bekerja. Tujuan utama bagi setiap individu dan isi rumah untuk peka terhadap isu semasa adalah untuk menambah pengetahuan terhadap segala perkara...

Words: 1165 - Pages: 5

Free Essay

Marketing Research

...Kepentingan kerjasama antara kaum merupakan faktor kepentingan menjana ekonomi negara Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat majmuk yang hidup dalam suasana aman damai dalam pelbagai budaya, bahasa dan adat resam serta mempunyai kestabilan politik dan ekonomi yang mantap. 'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara.Bertitik tolak daripada sikap saling bekerjasama ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Kerjasama merupakan asset yang penting kepada Malaysia kerana tanpa kerjasama antara kaum, keharomian tidak mungkin dapat dinikmati ibarat ‘besatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Semasa penjajah British dan Jepun, rakyat Malaysia kurang melibat dalam politik dan pentadbiran. Setelah Jepun tamat penjajahan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, Pada 1 april 1946, British kembali ke Tanah Melayu dan menubuh kan Malayan Union sebagai Negara-bangsa bersifat kesaksamaan versi total. Hubungan etnik menjadi bertambah buruk dengan pengenalan Malayan Union oleh British yang diterima oleh kebanyakan orang cina dan india tetapi ditentang oleh orang melayu. Dengan bantahan melayu melahirkan UMNO. Selain itu, kerjasama kumpulan seperti AMCJA-PUTERA, MCA, MIC juga bermula semasa penjajahan Jepun dan sebelum kemerdekaan seperti. Kerjasama etnik UMNO, MCA, MIC membawa kejayaan besar...

Words: 869 - Pages: 4

Free Essay

Mcdonalds

...PENGENALAN Terdapat tiga sektor terpenting dalam struktur pengeluaran ekonomi Malaysia iaitu sektor pertama, sektor kedua, dan sektor ketiga. Sektor pertama terdiri daripada aktiviti-aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan, perlombongan, dan kuari. Sektor kedua terdiri daripada aktiviti-aktiviti pembinaan dan pembuatan sementara sektor ketiga ialah sektor perkhidmatan seperti elektrik, gas dan air, pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan, perdagangan borong dan runcit serta perkhidmatan. Dengan perkataan lain, tiga sektor tersebut memberikan gambaran jenis-jenis pekerjaan bagi kaum Melayu, Cina, India, dan lain-lain di Malaysia iaitu ada yang terlibat dengan sektor pertama, ada yang terlibat dengan sektor kedua dan ketiga. (Lehar, 1998) ISU-ISU EKONOMI DI MALAYSIA Setiap negara di dunia menghadapi masalah sosial dan ekonominya sendiri. Negara kita juga tidak dapat lari daripada masalah-masalahnya. Beberapa isu ekonomi telah dihadapi oleh negara sejak merdeka lagi dan sebahagiannya masih lagi dirasai. Isu-isu ini adalah seperti berikut. 1) Pergantungan Eksport Warisan dari dasar dan pentadbiran penjajah British telah menyebabkan ekonomi negara bergantung kepada pengeluaran dan eksport dua komoditi utama iaitu getah dan bijih timah di Semenanjung, tumpuan eksport ialah lada hitam dan petroleum di Sarawak, dan kayu balak di Sabah. Sebelum merdeka, pendapatan dari eksport kasar merupakan lebih 45 peratus daripada KDNK dan 85 peratus dari jumlah tersebut...

Words: 2875 - Pages: 12

Free Essay

Etnik

...RINGKASAN BAB 4: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 4.1:Konsep Pembangunan Dan Modenisasi • Pembangunan berkait rapat dengan proses modenisasi.Proses modenisasi adalah proses mentranformasikan masyarakat dari pelbagai sudut melalui kaedah secara perancangan teratur dan perancangan tidak teratur.Perancangan teratur melibatkan proses , kaedah dan matlamat yang hendak di capai manakala perancangan tidak teratur melibatkan tekanan dari unsur-unsur luar.Pencapaian dari aspek ekonomi,politik,sosial,sains dan teknologi asas pengukuran modenisasi.Matlamat pembangunan akan tercapai jika pembangunan menekankan aspek material dan spiritual serentak.Menurut Samsul (2006) pembangunan ekonomi dan politik merupakan asas kepada modenisasi. 4.2 Komponen Politik: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian Politik juga memainkan peranan penting dalam membentuk dasar dan arah tuju sesebuah negara selain daripada faktor ekonomi. Masalah asas dalam pembinaan negara bangsa ialah pembangunan dan pembinaan negara tersebut. Bagi memupuk semangat ‘kenegaraan’ dan ‘kekitaan’ ini bukannya mudah tambahan dalam konteks masyarakat majmuk seprti Malaysia. Elemen seperti ekonomi, sosial, politik, pendidikan dan sebagainya boleh dijadikan medium bagi mencapai matlamat sesebuah negara. Hanya dengan memberi laluan kepada pembentukkan dan pelaksanaan dasar awam yang memberi kepentingan kepada keutamaan nasional. Kejayaan dapat dinilai secara kualitatif dan kuantitatif berdasarkan...

Words: 2072 - Pages: 9

Free Essay

Etnik

...budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan faktor agama. Ini dapat dilihat daripada pola taburan suku kaum masyarakat di Malaysia khususnya yang hidup secara berkelompok berdasarkan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan kepercayaan yang sama di sesuatu tempat. Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan itu berlaku itu berlaku dalam beberapa keadaan seperti keadaan tempat tinggal , jenis pekerjaan, sistem persekolahan, dan penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing- masing. Sebelum merdeka, Malaysia telah pun melalui keadaan ini selari dengan dasar pecah dan perintah British sebagai kuasa penjajah. Dasar berkenaan mewujudkan segregasi dalam kalangan pelbagai etnik yang dapat mengukuhkan kedudukan kuasa politik dan ekonomi British. Seterusnya British dapat bertapak dan menjajah selama 170 tahun di negara ini. Perubahan pembangunan yang pesat di Malaysia telah mengubah sedikit senario pola taburan etnik. Dasar kerajaan yang sangat progresif ke arah meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup yang lebih baik kepada rakyat, telah membantu mempercepat mengurangkan segregasi mengikut etnik secara nyata terutamanya di kawasan-kawasan bandar. Walau bagaimanapun, perubahan mekanisme ini tidak selalunya berjalan lancar dan sentiasa ada pengaruh lain yang boleh menyeragamkan semula keadaan seperti sedia kala. Kekuatan-kekuatan dari segi aspek ekonomi, sosial dan politik boleh menjadi...

Words: 2332 - Pages: 10

Free Essay

Pengurusan Kerjaya

...untuk menjana kerancakan guna tenaga dalam pelbagai bidang dan sektor termasuklah sektor perdagangan dan perindustrian. Dengan terlaksananya Dasar Ekonomi Baru, pembangunan usahawan terutama di kalangan golongan muda adalah penting untuk menggalakkan penglibatan mereka dalam sektor perdagangan dan perindustrian. Menurut Nur Adilah Hanim (Widad dan Faridah Mariani, 1998), perubahan struktur ekonomi Malaysia telah berkembang pesat dari sebuah negara yang berorientasikan pertanian ke sektor perindustrian, dan kini menuju ke era teknologi maklumat. Kepesatan ekonomi negara telah mewujudkan peluang-peluang kerjaya yang banyak. Namun begitu persaingan yang hebat dalam dunia perniagaan dan pekerjaan telah menyebabkan golongan remaja yang hendak bekeija mempunyai pelbagai pilihan untuk memilih keijaya yang bersesuaian dengan mereka. Zulkifli Senteri pula menyatakan kerajaan telah berjaya mempertingkatkan jumlah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) kepada lebih kurang 18 peratus dalam tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB). Namun begitu. peratus ini tidak seperti diharapkan kerana salah satu sebab DEB tidak mencapai matlamat pembangunan MPPB iaitu sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah usahawan ialah kurangnya pendedahan awal tentang budaya keusahawanan di kaiangan Bumiputera (Widad dan Faridah Mariani, 1998). Krisis ekonomi yang melanda rantau Asia Tenggara beberapa tahun kebelakangan ini juga turut memberi kesan yang besar terhadap negara. Peluar.gpeluang keijaya...

Words: 2367 - Pages: 10

Free Essay

Economic Report of Malaysia

...Ekonomi Malaysia pada Tahun 2005 2-18 6-7 10-15 18-36 37-42 42-50 50-70 65-68 70-72 Tinjauan Keseluruhan Rencana: Keluaran Potensi Ekonomi Malaysia Rencana: Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kajian Mengikut Sektor Keadaan Permintaan Dalam Negeri Harga dan Guna Tenaga Sektor Luar Negeri Rencana: Penyusunan Data Hutang Luar Negeri Malaysia: Mengambil Kira Entiti Kewangan Luar Pesisir di Labuan IOFC sebagai Pemastautin Aliran Dana Ekonomi Malaysia pada Tahun 2005 TINJAUAN KESELURUHAN Biarpun berhadapan dengan harga minyak yang berterusan tinggi dan kitaran elektronik global yang menurun, keluaran dalam negeri kasar (KDNK) benar meningkat 5.3%. Pertumbuhan dipacu oleh sektor swasta dan didorong pula oleh dasar makroekonomi yang menyokong, serta keadaan kewangan yang menggalakkan. Permintaan pengguna swasta kekal mapan dengan pertumbuhan yang kukuh, sementara pelaburan swasta berdaya tahan untuk terus menyokong pengembangan ekonomi. Sektor awam pula terus mengambil kesempatan persekitaran yang menggalakkan untuk mengukuhkan keadaan kewangannya supaya ke paras yang lebih mapan. Graf 1.1 KDNK Benar, Perdagangan Dunia dan Kadar Inflasi Perubahan tahunan (%) 15 10 5 0 -5 -10 KDNK Perdagangan Dunia IHP 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 KDNK benar mengembang 5.3% pada tahun 2005. Dasar makroekonomi yang sesuai serta keadaan kewangan yang menggalakkan terus meningkatkan daya tahan ekonomi dan menyokong pengembangan ekonomi yang seimbang. ...

Words: 39597 - Pages: 159

Free Essay

Information

...1.  Fikirkan bagaimana tiga wajah kepelbagaian yang dibincangkan dalam video MOOC boleh mempengaruhi pandangan seseorang terhadap hubungan etnik di Malaysia? Bedasarkan video MOOC, saya mendapati Malaysia terdapat tiga wajah kepelbagaian etnik iaitu wajah positif, wajah negatif dan juga wajah ideal. Dari segi positif, kita haruskan mempunyai sikap bertoleransi dan berinteraksi antara satu sama lain dengan tidak kira perbezaan antara kaum, budaya dan etnik di Malaysia. Selain itu, kita haruslah bersama-sama bersatu dalam pelbagai aspek seperti tolong menolong antara satu sama lain, berkongsi cita rasa yang sama seperti makanan. Sebagai contohnya, nasi lemak kepada asalnya merupakan hidangan sarapan pagi dalam kalangan kaum Melayu tetapi kini ia telah menjadi pilihan utama bagi semua etnik di Malaysia. Bukan setakat itu sahaja, makanan kepada kepelbagaian jenis seperti roti canai, muruku, tosai, roti naan dan sebagainya juga merupakan makanan kegemaran bagi etnik India turut menjadi kegemaran oleh etnik lain sepertinya Melayu, Cina dan lain-lain lagi. Maka, kita mestilah mengamalkan wajah positif demi Malaysia dapat mengekalkan status dimana boleh menjadi contoh dan teladan terhadap negara aman dan makmur dimata dunia dan masyarakat tidak kira didalam mahupun diluar negara. Manakala perspektif negatif pula, menurut Profesor Ulang Datuk Dr.Shamsul Amri Baharuddin mangatakan “Oleh sebab kita berbeza dan kepelbagaian, kemungkinan potensi konflik berlaku”. Hal ini kerana pandangan...

Words: 1083 - Pages: 5

Free Essay

Management

...resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk. J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras. Idea Furnivall mengenai masyarakat...

Words: 4793 - Pages: 20

Free Essay

Theory

...yang dapat menerangkan maksud pembangunan walaupun terdapat banyak usaha telah dilakukan oleh ahli ekonomi dan ahli sains sosial dalam usaha untuk menerangkan konsep pembangunan dan cuba mendapatkan satu definisi pembangunan yang tepat. Walaupun teori ini banyak dibincangkan oleh para ahli falsafah seperti Todaro (1977), Seers (1979) dan juga Syed Husin Ali (1976). (Rahimah Aziz 1989: 197). Menurut Laporan Suruhanjaya Selatan (1990), pembangunan boleh didefinisikan sebagai satu proses yang mana membolehkan kehidupan manusia merealisasikan potensi, membina keyakinan serta membawa kehidupan ke arah kemuliaan dan penuh bermakna yang membebaskan manusia dari rasa takut untuk meminta dan dieksploitasi. Ia merupakan pergerakan yang menjauhkan dari penindasan politik, ekonomi dan juga sosial. (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 2) Todaro (1977) berpendapat bahawa pembangunan melibatkan prose menyusun dan mengorientasi semula sistem ekonomi dan social. Ini bermakna bahawa pembangunan bukan sahaja melibatkan pertambahan kepada pendapatan dan pengeluaran, bahkan juga mengambil kira perubahan institusi social, struktur pentadbiran, pendapat umum, adat resam dan kepercayaan. (Rahimah Aziz 1989: 3). Syed Husin Ali (1976) pula menyatakan bahawa pembangunan ekonomi bertujuan untuk menaikkan taraf hidup ekonomi sebahagian besar masyarakat. Bahawa pencapaian yang tinggi dalam bidang ekonomi boleh menjadi asas yang kukuh bagi memajukan atau membangunkan bidang-bidang lain seperti pelajaran...

Words: 7157 - Pages: 29

Free Essay

How Was Samsung Able to Go from Copycat Brand to a Product Leader

...BAB 11 KEYNESIAN: KETEGARAN UPAH DAN HARGA (WAGE AND PRICE RIGIDITY) 1. PENDAPAT KEYNESIAN ▪ Ahli ekonomi kumpulan Keynesian merasa pesimis atau tidak yakin kepada kebolehan pasaran bebas untuk menyelaras dengan cepat dan cekap apabila berhadapan dengan kejutan. ▪ Keynesian mempercayai upah dan harga adalah rigid dan liat (wages and prices are rigid or sticky) dan tidak mudah diselaras untuk membersih pasaran (mencapai keseimbangan). ▪ Ini memberi implikasi bahawa ekonomi mungkin tidak berada dalam keadaan keseimbangan dalam jangka masa yang lama. ▪ Sebagai contoh, kemelesetan yang hebat merupakan satu keadaan ketakseimbangan dimana terdapat pengangguran yang tinggi ( penawaran buruh > permintaan buruh. ▪ Kerajaan perlu bertindak atau campur tangan untuk menghapuskan atau meminimum keadaan ekonomi dimana output rendah dan kadar pengangguran tinggi. 2. KETEGARAN UPAH BENAR (REAL-WAGE RIGIDITY) ▪ A nalisis dan dasar Keynesian bergantung kepada andaian bahawa upah dan harga tidak meyelaras dengan cepat untuk membersih pasaran. ▪ Keynesian membincangkan isu ketegaran upah kerana mereka tidak bersetuju dengan penerangan ahli ekonomi Klasik mengenai pengangguran. ▪ Mengikut prendapat Klasik, pengangguran ( semasa kemelesetan disebabkan oleh pengangguran geseran dan struktur Mengikut pendapat Keynesian , semasa kemelesetan terdapat keadaan di mana pekerja secara akif mencari pekerjaan dan majikan pula mencari pekerja. Tetapi, kajian...

Words: 2747 - Pages: 11