Free Essay

Ehtic Murum Dam

In: Social Issues

Submitted By ujit
Words 1250
Pages 5
KES
Kumpulan hak asasi manusia risau terhadap nasib membantah Penan di tapak Empangan Murum.
(Human rights groups fret over fate of protesting Penans at Murum Dam site) by stephen then, The Star Online
MIRI: Aktivis hak kemanusiaan menyatakan kerisaun mereka terhadap nasib yang menimpa 200 orang Penan yang sedang kehabisan sumber bekalan makanan dan minuman yang ketika ini sedang mengadakan demonstrasi tentang pembinaan Empangan Murum di dalam kawasan tengah Sarawak.Polis telah mengadakan sekatan jalan berhampiran jalan untuk ke Empangan Mudum di mana tempat mereka melakukandemonstrasi.
Wakil daripada Institut Sumber Borneo (Borneo Resources Institute (Brimas)) dan Pertubuhan Hak Orang Pribumi Sarawak (Society for Rights of Indigenous People of Sarawak (SCRIPS) telah berada di Murum untuk beberapa hari yang lepas dengan tujuan untuk melawat kumpulan orang Penan tetapi mendapati mereka tidak berjaya menembusi sekatan jalan yang didadakan oleh pihak berkuasa.
BRIMAS menyatakan koordinaternya Raymond Abin dan setiausaha SCRIPS, Michael Jok telah pergi ke tempat berkenaan berasingan dan memberitahu The Star Online bahawa mereka telah dihalang daripada melepasi sekatan polis.
Abin menyatakan dia telah berjaya mengambil gambar sekatan polis dan menambah:
“Saya cuba untuk melepasi sekatan itu, tetapi pihak polis mengarahkannya untuk berundur kerana tiada sesiapa dibenarkan masuk kecuali dengan kebenaran khas untuk hal-hal rasmi.”
“Saya juga dengar bahawa pendemonstrasi akan mengadakan sekatan jalan di tempat lain sepanjang jalan ke dalam Empangan Murum untuk janka masa pendek ini”
“Mereka mungkin penat dan lapar tetapi mereka sangat berdedikasi untuk melawan demi hak mereka walaupun berdepan ketidak tentuan cuaca,” katanya.
Kaum Penan itu dating daripada baki empat kampung di lembah Murum yang membantah pemindahan mereka ke tempat tinggal yang baru.
Setakat ini, hanya tiga kumpulan kaum Penan dan Kenyah yang telah bersetuju untuk berpindah keluar dari lembah Murum untuk ke Skim Penempatan Tegulang.
Abin telah mengemukakan rayuan kepada pihak kerajaan negeri untuk menyemak semula rungutan saki baki orang Penan Murum yang masih belum lagi memutuskan untuk menerima pelan penempatan semula.
Murum terletak kira-kira 500KM ke selatan Miri dan pihak pendemonstrasi adalah dari kaum Penans.
Di Ulu Baram, pihak pembantah telah dikumpulkan dari kira-kira 300 kaum pribumi dari komuniti Kenyah, Kayan, dan Penan membantah cadangan pembinaan Empangan Baram yang terletak di antara Long Kesseh dan Long Naah yang kira-kira 200KM di pedalaman Miri.

ISU
Pembinaan Empangan Murum adalah satu projek empangan hidro-elektrik tang menjana bekalan tenaga elektrik untuk kawasan di Sarawak. Walaubagaimanapun, projek ini telah mendapat tentangan daripada beberapa penduduk pribumi yang tinggal di kawasan sepanjang Sungai Murum. Di antara penduduk sekitar yang paling banyak terjejas ialah kaum Penan yang tinggal di lembah Murum.
Kaum Penan adalah antara kaum yang masih mengamalkan cara hidup lamanya yang bermula dari nenek moyang mereka. Mereka hidup dengan mengamalkan memburu secara beramai—ramai dan mereka kurang bercucuk tanam. Oelh itu, mereka berasa amat sukar untuk hidup di tempat penempatan baru yang dicadangkan oleh pihak kerajaan negeri dan enggan berpindah ke tempat berkenaan.
Selain itu, isu lain yang timbul ialah berkaitan wanita dari kaum Penan yang dirogol oleh pembalak dan juga pekerja asing yang bekerja di tapak pembinaan Empangan Murum. Wanita ini terdiri daripada wanita muda dan pelajar sekolah yang tidak bersalah sehinggakan mereka mengandungkan anak si perogol yang terdiri daripada orang China, Bangladesh dan Myanmar sehinggakan anak-anak mereka kelihatan seprti kacukan dari perogol-perogol itu. Walaubagaimanapun,sehingga kini kes ini tidak dapat diselesaikan oleh mana-mana pihak walaupun kaum Penan ini masih terus hidup dengan dibelenggu ketakutan untuk membiarkan anak gadis mereka keluardari penempatan mereka.
Untuk membenarkan projek pembinaan Empangan Murum berjalan dengan lancar, pihak kontraktor telah menebang pokok-pokok balak yang mungkin berusia ratusan tahun dan sukar untuk diperolehi dan menenggelamkan tempat-tempat sekitar sungai Murum. Selain itu, mereka juga akan menyekat sungai bagi membolehkan air bertakung membentuk sebuah empangan. Ini akan menyebabkan air sungai meningkat di kawasan takungan tetapi menyetekkan air sungai diluar empangan. Kesannya, ekosistem di sekeliling sungai akan terjejas termasuklah hidupan aquatik yang sangat sensitive terhadap perubahan air. Selain itu, ini akan menyebabkan kepupusan kepada ikan-ikan yang berhijrah dari hilir ke hulu sungai untuk membiak jika empangan itu tidak disediakan laluan untuk ikan-ikan ini membiak.
PENDEKATAN
Dalam menentukan keputusan untuk meneruskan projek pembinaan Empangan Murum ini, pihak kerajaan dipercayai telah menggunakan pendekatan utilitarian di mana mereka mengambil kira kos dan faedah yang diterima oleh masyarakat. Kemungkinan besar faedah yang diterima oleh masyarakat Sarawak adalah besar kerana mereka akan menerima bekalan elektrik yang cukup dan kurangnya pencemaran udara oleh asap dari penjana kuasa arang batu manakala kos yang ditanggun oleh kaum-kaum pribumi di Murum adalah tidak setimpal dengan faedah yang pihak kerajaan terima. Walaubagaimanapun, pendekatan ini dilihat mempunyai kelemahan di mana tidak semua perkara boleh dinilai dengan mata wang yang dikenali sebagai barang tidak berekonomi. Barang ini tidak akan dapat dinilai dengan nilai ekonomi sebagai contoh ialah kesihatan, kehidupan, kebebasan, dan juga kasih sayang.
Dalam konteks hak manusia atau hak moral, pihak pemaju dilihat tidak mengambil kira hak kaum Penan kerena mereka tidak mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyekat pekerja-pekerja mereka daripada memasuki kawasan orang Penan. Pekerja-pekerja ini telah melanggar hak manusia dan juga hak undang-undang di mana mereka telah menodai wanita-wanita dari kaum Penan. Mereka telah merampas hak untuk hidup dengan aman wanita-wanita ini dan menyebabkan mereka rasa tidak bebas. Pekerja-pekerja ini juga telah mencabul hak manusia di mana kaum-kaum Penan ini sepatutnya mendapat kebebasan untuk hidup dengan aman. Projek ini juga menyebabkan kaum Penan tidak dapat meneruskan hak mereka untuk hidup cara nenek moyang mereka yang dilihat suka memburu berbanding bercucuk tanam.
Dalam proses pembinaan empangan, pihak pemaju juga telah mencabul hak alam sekitar untuk terus hidup tanpa ganguan dari manusia. Pokok-pokok telah ditebang dan ditenggelamkan, bukit ditarah dan sungai disekat. Semua ini akan menyebabkan kepupusan spesis-spesis hidupan liar yang hidup di kawasan sekitar sungai Murum. Selain itu, kawasan sekitar juga akan dilanda banjir jika hujan turun dengan lebat di mana paras air dalam empangan akan meningkat dan perlu dilepaskan. Ini akan menyebabkan banjir kilat di kawasan tebing sungai.
PENYELESAIAN
Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh pihak yang berkenaan demi memastikan tiada pihak yang terpaksa merana. Pertama, pihak polis sepatutnya menyiasat dengan lebih mendalam dan cepat seperti yang tertera pada motto mereka demi memastikan keamanan penduduk Penan ini. Hak moral mereka mestilah di lindungi dan perogol-perogol ini perlulah dikenakan balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka mencabul hak untuk hidup harmoni bagi kaum wanita-wanita Penan ini. Selain itu, adalah dinasihatkan untuk melantik salah seorang daripada kaum berkenaan untuk menjadi polis bantuan bagi menjaga wanita-wanita dan juga kaun mereka serta menubuhkan satu pos keselamatan berhampiran dengan tempat penempatan mereka. Ini dapat mengurangkan kadar jenayah dan kemungkinan untuk berlakunya jenayah.
Seterusnya, pihak pemaju perlulah memastikan kerja-kerja pembinaan dilakukan dengan terancang bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan kepada alam sekitar yang telah terjejas. Jika mampu, pihak kerajaan perlu menghantar wakil untuk menyelia kawasan pembinaan dan individu berkenaan perlulah bebas dari pengaruh asing. Pihak pemaju juga perlu membina tempat khas bagi membolehkan hidupan-hidupan akuatik ini melepasi empangan demi menjamin kelangsungan hidup mereka. Pokok-pokok yang telah ditebang hendaklah digantikan dengan pokok lain di sekitar tebing empangan demi memastikan haiwan liar lain tidak berasa terancam. Adalah lebih baik jika pihak kerajaan dapat menyemai benih-benih ikan baru bagi memastikan bekalan ikan di dalam sungai semakin bertambah.
Pihak kerajaan juga perlu memikirkan pelan penempatan yang baru seperti yang dikehendaki oleh kaum-kaum Penan dan yang lain yang masih enggan berpindah. Mereka perlu mengadakan lebih banyak perbincangan bersama untuk memenuhi kehendak masing-masing tanpa mengenepikan hak orang lain.

Similar Documents