Free Essay

Erwerw

In:

Submitted By lowpeijun
Words 634
Pages 3
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2012 SJK (c ) KHUEN HEAN, CHANGKAT KRUING.
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH
MASA : 8:00PM
TARIKH : 23hb-03-2012 PENGERUSI : En.Pang Choon Hean
PENCATAT : Pn . Lin Hong Tin
HADIR : Dikepilkan.

1. Ucapan Pengerusi: Pengerusi berterima kasih kepada semua ibubapa kerana meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat agung malam ini. Beliau sungguh gembira kerana kehadiran ibubapa pada malam ini sungguh memuaskan. Pada malam ini, ibubapa boleh mengemukakan pendapat mereka , Lantaran ini, beliau berrasa bertuah kerana semua ahli PIBG mengamalkan semangat berpasukan melaksanakan segala program dengan jayanya . Di sini beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatan kerana sudi membantunya sepanjang tempoh beliau menjadi pengerusi. Malam ini bukan sahaja memyampaikan hadiah kepada murid cemerlang UPSR tahun yang lalu juga memyampaikan cederamata kepada semua guru di sekolah ini.

Jika ibubapa ada salahfaham terhadap guru-guru di sekolah ini, beliau berharap ibubapa boleh membincangkan masalah ini dengannya, beliau akan berjumpa Guru Besar untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Tindakan : Pengerusi PIBG 2 Ucapan Penasihat:

➢ Penasihat berterima kasih kepada semua ibubapa terutamanya ibubapa yang berbangsa India boleh meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat agung malam ini.

➢ Sepanjang tempoh ini, PIBG telah memberi sokongan dan bantuan kewangan kepada sekolah kita terutama murid yang menyertai pertandingan luar dan dalamam sekolah,serta Hari Kanak-kanak,Hari Guru-Guru , Temasya Sukan Sekolah,1 murid 1 sukan dan lain lain.

Status guru tahun ini ialah 17 orang. Bilangan murid kini ialah 202 orang . Tahun ini, tahun 1 dibuka jadi 2 kelas . Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kerana atas sokongan ibubapa telah memberi keyakinan besar kepada pihak sekolah untuk mengembangkan potensi.murid. Oleh sebab bantuan yang diberi oleh pengerusi maka bilik komputer telah dilengkapi dengan pendingin hawa.

➢ Malam ini merupakan satu peluang untuk menjalinkan hubungan antara ibubapa dengan guru, di sini saya berharap cadangan yang munasabab boleh dikemukakan oleh semua hadiri.

➢ Atas bekerjasama PIBG, segala aktiviti program sekolah penyayang dapat dilaksanakan dengan lancar.

Tindakan: Penasihat

3. Pengesahan minit mesyuarat dulu

➢ Cikgu Diong Lee Ling mengesahkan minit ini dan disokong oleh cikgu Mah Hoong Yann.

4. Laporan kegiatan Tahunan PIBG

➢ Setiausaha membentangkan laporan tahunan PIBG .

5. Laporan Pengesahan Kegiatan PIBG

➢ Pn. Ooi Lee Feng mengesahkan laporan ini dan disokong oleh cikgu Ong Yong Ping.

6. Pembentangan kewangan PIBG ➢ Pn. Ong Yong Ping sebagai Penolong bendahari membentang penyata kewangan berakhir 31/12/2011.

7. Pengesahan Kewangan PIBG

Pn. Lee Yan Hua mengesahkan laporan ini dan ini disokong oleh Pn. Ding Hoon Moy. .

8. Penyampaian hadiah kepada murid cemerlang UPSR tahun 2010.

➢ Pengerusi dan AJK PIBG menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang UPSR.serta cederamata kepada semua guru.

9. Pemilihan AJK PIBG tahun 2012
Pengerusi : En. Pang Choon Hean
Penolong Pengerusi : En. Su Cheng Ho
Setiusaha : Pn. Lin Hong Tin
Penolong Setiausaha : Pn. Looi Tin Hoong
Bendahari : En. Tiong Kaw Lim @ Ing Teong
Penolong bendahari : Pn. Ong Yong Ping
Ahli Jawatankuasa : En. Kong Seei Kooi : Pn.Wong Ngok King : En. Teong Thai Hoe : Pn.Lee Yan Hua. : Pn. Ding Jing Wen : Pn. Dong Bing Choo : Pn. Mah Hong Yann : Pn. Ding Hoon Moy : En. Lau Ah Tee : En. Yeu Sik Hang
Audit : Pn. Wong Ai Ji

Tindakan : Guru / ibubapa
10. Hal- hal lain:

➢ Jawatankuasa menurunkan kuasa kapada pengerusi, Penolong pengerusi dan bendahari dan untuk menandatangani cek PIBG selepas mesyuarat agung ini.

Pengerusi baru mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin kerana memilih beliau semula menjadi pengerusi tahun ini. Seterusnya beliau menyatakan akan bekerjasama dengan sekolah untuk menjayakan segala aktiviti yang dirancang. Harap mereka yang dipilih menjadi ahli jawatankuasa PIBG tahun ini bolehlah memberi semangat bekerjasama seperti tahun yang lalu.

Tindakan : Pengerusi/

Atas persetujuan AJK PIBG, Ibubapa dan Semua guru , Mulai tahun 2012 Setiap murid perlu membayar yuran sebanyak RM 24.50 kepada pihak sekolah.

Mesyuarat ini ditangguhkan pada pukul 10:05PM .

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

........................... ................................
(Pn. Lin Hong Tin) Setiausaha PIBG (En. Pang Choon Hean) Pengerusi PIBG

Similar Documents