Free Essay

Haiwan Hidup Berkumpulan

In:

Submitted By ismais74
Words 484
Pages 2
4.0 PERBINCANGAN

1. Mengapakah sesetengah haiwan perlu untuk hidup berkumpulan?

a) Untuk keselamatan: Membantu kemandirian (keterusanhidup) spesis, melindungi diri mereka sendiri atau melepaskan diri daripada musuh mereka – sukar bagi pemangsa untuk menyerang sekumpulan haiwan, haiwan yang lebih kuat melindungi haiwan yang lemah dan anak-anak, haiwan tersebut berlari dalam pelbagai arah untuk mengelirukan mangsa.

b) Untuk mendapatkan makanan: Kerja bersama untuk mencari/memburu makanan.

c) Untuk tempat berteduh: Kerja bersama membina dan mencari tempat berteduh.

Nota: Haiwan ini bekerja bersama atau bekerjasama, melindungi daripada ancaman pemangsa dan untuk makanan dan tempat berteduh. Kerjasama adalah salah satu bentuk interaksi antara haiwan.

Contoh-contoh kerjasama antara haiwan:

Sesetengah spesis ikan membentuk bentuk ikan yang lebih besar - contoh sekumpulan ikan tuna (bekerjasama untuk keselamatan - melindungi antara satu sama lain daripada musuh)

Sekumpulan gajah berjalan bersama (bekerjasama untuk keselamatan - melindungi antara satu sama lain daripada musuh)

Sekumpulan kuda belang membentuk corak kuda belang yang lebih besar atau menggunakan belangnya untuk menyorok di dalam belukar (bekerjasama untuk keselamatan - melindungi antara satu sama lain daripada musuh)

Sekoloni lebah bekerjasama membina sarang lebah (bekerjasama membina tempat berteduh)

Kita boleh lihat kerjasama yang kuat dalam koloni semut di mana terdapat pembahagian tugas yang jelas di kalangan semut-semut.

Terdapat tiga jenis semut dalam satu koloni semut. Setiap jenis semut mempunyai tugas yang spesifik.

* Permaisuri - menghabiskan masa hidupnya bertelur.

* Pekerja - mengumpulkan makanan untuk ahli-ahli dalam koloni, mempertahan koloni dan membesarkan sarang.

* Tentera - mempertahan koloni daripada serangan musuh dan koloni yang lain.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan haiwan bersendirian?

a) Haiwan yang hidup sendirian melakukan semua aktiviti secara bersendirian tanpa bantuan haiwan lain yang sama spesis.

Contoh: Harimau - memburu secara bersendirian.

b) Haiwan yang hidup secara bersendirian ini sentiasa bersendiri tanpa bantuan kecuali semasa mengawan.

c) Haiwan ini hidup bersendirian adalah untuk mengelakkan persaingan bagi mendapatkan makanan dan kawasan.

d) Haiwan yang hidup bersendirian ini biasa menanda kawasan tempat tinggal mereka untuk menghalang haiwan lain dari menceroboh. Ini adalah untuk mengelakkan dari persaingan mendapatkan makanan.

e) Jika terdapat makanan yang banyak dan mencukupi, haiwan tersebut hanya perlu menjaga kawasan yg kecil sahaja. Jika kekurangan sumber makanan, ini akan memaksa haiwan tersebut mendapatkan kawasan yang lebih besar bagi memperoleh sumber makanan.

3. Apakah kelebihan atau kebaikan bagi haiwan hidup bersendirian?

a) Untuk mengelakkan persaingan bagi merebut makanan, air, ruang, dan pasangan untuk membiak. b) Haiwan yang hidup menyendiri tidak perlu berkongsi makanan antara satu sama lain

c) Dengan menyebarkan diri, haiwan ini juga dapat mengembangkan kawasan makanan dan pembiakannya.

d) Dengan bersendirian, haiwan yang menyendiri dapat bergerak secara diam-diam tanpa menarik perhatian haiwan lain, terutamanya pemangsa. Oleh itu, haiwan ini boleh menyembunyikan diri daripada pemangsa dan memburu mangsa dengan jayanya.

4. Apakah kesimpulan yang boleh saya buat?

* Sesetengah haiwan hidup secara berkumpulan dan sesetengah haiwan hidup secara menyendiri.

* Haiwan hidup berkumpulan: a) untuk keselamatan b) untuk makanan

* Haiwan hidup menyendiri: a) untuk mengelakkan persaingan mendapatkan makanan b) untuk mengelakkan persaingan mendapatkan ruang

Similar Documents

Free Essay

Pengenalan Pendidikan Kesihatan

...sekadar tiada penyakitatau cacat cedera sahaja. • Kesihatan adalah kualiti hidup yg melibatkan sosial, emosi, mental, spritual dankecergasan biologikal individu hasil drpadaptasi individu terhadap persekitaran.(Dubos R.,1968) • sebarang pengalaman pembelajaran yg dibentuk bagi memudahkan adaptasi @ t/laku yg kondusif terhadap kesihatan (Green, 1980) Ciri-ciri Kesihatan Secara Menyeluruh merangkumi : • Kesihatan Fizikal • Kesihatan Sosial • Kesihatan Mental • Kesihatan Emosi • Kesihatan Persekitaran • Kesihatan Rohani Faktor yg mempengaruhi Tahap Kesihatan Individu • Pengaruh individu • Pengaruh interpersonal, sosial dan kerjaya • Pengaruh Persekitaran • Pengaruh Penjagaan Kesihatan • Pengaruh Komuniti Falsafah Pendidikan Kesihatan • Pendidikan Kesihatan adalah pendidikan untuk kesihatan, bukan hanya pengetahuan tentang kesihatan, ia merupakan perkara yg akan dijadikan panduan utk laksanakan pengajaran & program PK. • PK bukan semata-mata utk menyembuh, mengurang atau mencegah penyakit, malah utk mencapai keadaan fizikal, mental dan sosial yang optimum untuk individu, keluarga dan komuniti. • Program PK seharusnya menggalakkan dan memudahkan aplikasi pengetahuan kesihatan utk meningkatkan amalan gaya hidup sihat sepanjang hayat. • Indvidu perlu faham dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman PK agar dapat amalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat. • Individu perlu bersedia menyesuaikan...

Words: 5284 - Pages: 22