Free Essay

Migrasi Di Malaysia

In: Other Topics

Submitted By catfahmi
Words 3045
Pages 13
PENGENALAN
Migrasi antarabangsa bukanlah suatu fenomena yang baru dan begitu juga dengan hipokrasi dan kempen menentang fenomena ini. Hampir seluruh negara di Asian kini menerima dan menghantar pekerja asing terutamanya jurang kuasa tenaga pekerja dalam pekerjaan-pekerjaan tertentu. Malah pengekspotan pekerja telah menjadi sumber pendapatan yang penting bagi negara-negara miskin.
Kemerosotan ekonomi di Asia Timur pada tahun 1997 dan 1998 serta pergolakan ekonomi yang berlaku sekali pada 2002 telah menumpukan focus kepada pekerja-pekerja asing di rantau Asia. Misalnya pada tahun 1998, Malaysia dianggarkan menjadi destinasi bagi 1.8 juta pekerja asing dengan kebanyakannya datang dari Indonesia, Bangladesh dan Filipina.
Walaubagaimanapun telah menjadi dasar kerajaan untuk member peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja tempatan dan mengambil segala usaha untuk mendapatkannya sebelum membenarkan pekerja asing diambil kerana pengambilan pekerja asing bukanlah faktor utama dalam meningkatkan produktiviti negara.
Namun dalam ledakan kea rah pemulihan ekonomi Negara, keperluan pekerja asing tidak dapat dinafikan. Justeru itu, dasar semasa pengambilan pekerja asing disesuaikan dengan keperluan yang mendesak yang sukar diceburi oleh rakyat tempatan.
Sektor yang dibenarkan untuk diceburi oleh pekerja-pekerja asing antaranya ialah sektor perkilangan, perladangan pembinaan, perkhidmatan (restoran, pencucian atau pembersihan, pengendalian kargo, rumah kebajikan, kedai dobi) dan sebagainya.

SEJARAH MIGRASI DI MALAYSIA
Migrasi telah lama berlaku di Malaysia dan british adalah satu watak penting dalam proses membawa orang luar untuk berhijrah atau bermigrasi secara besar-besaran. Ianya Berkait rapat dengan dasar British mengeksploitasi ekonomi Tanah Melayu untuk keuntungan yang cepat dan maksimum.
Migrasi orang Cina dari Kwangtung & Fukien dibawa masuk melalui sistem kontrak buruh, tiket kredit, secara berkumpulan dan persendirian.Mereka bertumpu di sekitar Pulau Pinang hingga ke Singapura (negeri pantai barat). Dari tahun1895 hingga1927, lebih daripada 6 juta org Cina berhijrah ke Tanah Melayu. Pada tahun 1931, seramai 34 peratus daripada penduduk Tanah Melayu ialah orang Cina. Di Sarawak pula, orang Cina bertumpu di kawasan bandar Sibu, Miri dan Bintulu. Di Sabah, SBBU membawa masuk buruh asing seperti orang Cina, Filipina, Jawa dan Jepun. Mereka bekerja di ladang tembakau, getah, kelapa, pembalakan dan pemeliharaan mutiara.
Migrasi orang India pula dibawa dari India Selatan melalui sistem Kangani. Pada tahun 1911, terdapat 10 peratus orang India di Tanah Melayu dan mula meningkat kepada 15 peratus pada tahun 1921. Mereka kebanyakannya bekerja di ladang-ladang getah, sektor perkhidmatan dan kerja raya.
Migrasi penduduk Melayu dari Indonesia, Jawa dan Sumatera pula, kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian dan tinggal di luar bandar. Terdapat juga migrasi penduduk Arab-Parsi dan Ceylon.

DEFINISI MIGRASI
Migrasi adalah penghijrahan sekumpulan manusia dari satu negara ke satu negara yang lain untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka. Sebagai contohnya pada tahun ke-5 kerasulan, Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah melakukan proses penghijrahan atau migrasi dari Mekah ke Madinah untuk mempertahankan akidah dan agama Islam.
Definisi penghijrahan atau migrasi yang membawa maksud sekumpulan manusia yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain iaitu berpindah ke tempat yang lebih selamat untuk mereka terus hidup setelah mengalami kehidupan yang sengsara kebiasaannya akibat meletusnya peperangan. Perkataan "pelarian" itu sendiri pertama kali digunakan sejak 300 tahun dahulu, bagi menerangkan orang-orang beragama Protestan Hugenots yang melarikan diri dari negeri Peranchis.
PERBEZAAN ANTARAPENGHIJRAHAN/MIGRASI DAN PELARIAN
Penghijrahan/migrasi
1. Jika tidak melalui saluran yang sah terutama bagi penghijrah dari luar negara dipanggil pendatang haram ataupun penceroboh. 2. Boleh berlaku dari satu negara ke satu negara atau dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain dalam negara yang contohnya migrasi luar bandar ke bandar. 3. Penghijrahan yang sah diterima baik oleh negara yang didatangi. 4. Masalah penghijrahan ada jalan penyelesaian dan tidak berlanjutan. 5. Bertujuan untuk mempertingkatkan lagi taraf ekonomi atau hidup seperti warganegara Indonesia, Bangladesh, Filiphina yang datang ke Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan.
Pelarian
1. Biasanya berlaku di peringkat antarabangsa, melibatkan perpindahan beramai-ramai dari satu negara ke satu negara terutamanya yang berdekatan atau bersempadan. 2. Istilah "Pelarian" digunakan sehingga satu tempoh tertentu, contohnya selepas 14 Mac 1998, Malaysia telah mengistiharkan pelarian Vietnam sebagai pendatang haram. 3. Terjadi akibat peperangan: diskriminasi bangsa, agama dan warna kulit, perubahan sempadan negeri, pencerobohan dan perjanjian peperangan. 4. Tidak mendapat jaminan atau perlindungan dari mana-mana pihak.
MIGRASI ANTARABANGSA DI MALAYSIA
Migrasi antarabangsa di Malaysia telah bermula semenjak zaman penjajahan British lagi yang cuba mengeksploitasi sumber kekayaan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Menghadapi masalah kekurangan buruh untuk menerokai bidang perladangan, perlombongan bijih dan pelabuhan, telah menyebabkan British mengamalkan dasar pintu terbuka dengan membawa masuk buruh asing ke Malaysia dari China Selatan, Filipina, India dan Indonesia. Tahun 1970an menyaksikan penghijrahan masuk buruh asing yang ketara selaras dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang memberikan penekanan kepada perkembangan sektor awam dan dasar perindustrian berorientasikan eksport. Kewujudkan peluang pekerjaan yang banyak di bandar telah merangsang migrasi luar bandar ke bandar. Keengganan penduduk tempatan bekerja di sektor perladangan, perkilangan, perlombongan dan pembinaan telah menyebabkan kerajaan Malaysia mengamalkan dasar proaktif terhadap pengambilan buruh asing, khasnya dari Indonesia.
Rajah 1 memaparkan peratus buruh asing di Malaysia mengikut negara asal antara tahun 1997-2005. Sehingga tahun 2005, Malaysia mempunyai seramai 2,242,236 buruh asing.

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia.
Nota: Lain-lain merujuk kepada buruh asing antaranya dari Pakistan, Mesir, Filipina, Laos, Sri Langka, Taiwan, Thailand dan Syria.

Rajah 1: Buruh Asing di Malaysia Mengikut Negara Asal, 1997-2005
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan penduduk cenderung untuk berpindah. Dorongan penduduk untuk berpindah ini bergantung kepada faktor tolakan kawasan asal dan faktor tarikan kawasan destinasi. Antaranya termasuk: a) Faktor ekonomi. 1) Perpindahan berlaku disebabkan keadaan mundur di kawasan asal. Pertambahan penduduk yang pesat di luar bandar menyebabkan kekurangan kawasan pertanian Kawasan pertanian yang sempit dengan daya pengeluaran yang rendah boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah ekonomi. 2) Masalah ekonomi seperti kekurangan pekerjaan, pengangguran, produktiviti dan pendapatan rendah, dibelenggu dengan lingkaran kemiskinan dan lain-lain bertindak menolak keluar penduduk luar bandar ke bandar yang mempunyai tarikan ekonomi secara khusus seperti peluang pekerjaan yang luas dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan.

b) Faktor sosial. 1) Penduduk berpindah terutamanya kerana ingin menikmati kemudahan yang terdapat di bandar. Kekurangan kemudahan asas atau sosial di luar bandar dan kewujudan kemudahan sosial dan kemudahan bandar yang banyak seperti kemudahan pendidikan, kesihatan, hiburan dan lain-lain mampu menarik terutama golongan muda ke bandar. 2) Ramai juga yang berpindah ke bandar kerana ingin melanjutkan pelajaran, manakala sebahagian lagi berpindah atas sebab perkahwinan, mengikut keluarga dan sebagainya 3) Adanya jaringan dan sistem pengangkutan yang baik yang meningkatkan ketersampaian, mudah dan cepat sampai dan seterusnya memangkinkan lagi pergerakan.

c) Dasar kerajaan. 4) Dasar dan galakkan kerajaan sama ada secara langsung atau tidak seperti Dasar Pembangunan Wilayah dan rancangan penempatan peneroka, rancangan transmigrasi, dasar perindustrian dan lain-lain yang mampu menjadi daya penarik. 5) Misalnya dasar kerajaan yang banyak menumpukan pembangunan di kawasan bandar dengan menubuhkan pusat perindustrian seperti di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Senawang, Tampoi, Perai dan lain-lain dan menaiktaraf bandar-bandar menjadi pusat pentadbiran, pengangkutan, perdagangan, perniagaan, kebudayaan dan pendidikan mendorong migrasi penduduk luar bandar ke bandar.

KESAN-KESAN MIGRASI TERHADAP NEGARA
Dewasa ini penghijrahan kewujudan buruh asing telah menjadi satu fenomena yang lumrah di kalangan masyarakat negara penerima. Media massa juga tidak melepaskan peluang ini untuk mewarwarkan berita dan matlumat berkenaan dengan kemasukan buruh asing ke negara mereka.
Pada suatu ketika dahulu, buruh asing lebih banyak tertumpu di negara Eropah Barat, Amerika dan negara-negara pengeluar minyak di Asia Barat. Namun begitu fenomena buruh asing ini tidak berhenti di situ sahaja , malah ia telah menular dengan pesatnya ke negara-negara Asia Pasifik seperti Korea Selatan, Hongkong, Singapura dan tidak ketinggalan juga di negara kita, Malaysia. Kejadian ini berlaku di sekitar tahun 1960an dan 1970an di mana peluang pekerjaan telah bertambah dengan pesatnya di negara-negara tersebut.
Di Malaysia, fenomena ini berlaku dengan ketaranya di sekitar tahun 1980an di mana pada ketika itu, Malaysia merupakan sebuah negara pengimport buruh terbesar di Asia. Pada penghujung tahun 1993, didapati jumlah buruh asing yang berdaftar sahaja meningkat ke angka satu juta orang. Selain daripada itu, laporan daripada Kementerian Dalam Negeri menunjukkan bahawa terdapat 886000 orang buruh asing memasuki Malaysia tetapi tidak didaftarkan. Daripada matlumat ini, buruh asing di Malaysia termasuk yang tidak berdaftar merangkumi lebih lapan peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia pada tahun 1994.

Kesan Positif Migrasi Kepada Sosial Negara
Kesan positif ekoran daripada migrasi antarabangsa ini ialah dapat mengeratkan hubungan diplomatik antara negara. Hal ini adalah kerana negara kita merupakan negara penerima migrasi dan sambutan kerajaan dalam mengambil pekerja asing dari dapat menjalinkan hubungan dua hala. Negara kita dikatakan bergantung kepada pasaran buruh Indonesia maka wajarlah negara kita mengadakan hubungan diplomatik dengan negara serantau. Di samping itu juga, kesungguhan yang ditonjolkan oleh buruh dari luar wajar dijadikan contoh bagi masyarakat negara kita agar tidak terlalu memilih pekerjaan. Mereka mempunyai semangat bekerja yang tinggi walaupun mendapat upah yang tidak setimpal dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Berbeza dengan masyarakat tempatan yang terlalu mementingkan pendapatan yang lumayan, selesa dan tidak berbahaya untuk bekerja.
Selain daripada itu juga, kesan sosial daripada migrasi antarabangsa ini adalah dari segi tanggungjawab sosial antara negara anggota Association of South East Asian Nations(ASEAN). Dengan penerimaan kerajaan Malaysia terhadap migrasi antara bangsa dari Indonesia dapat mengurangkan masalah kemiskinan dan kebuluran di negara mereka. Malahan dalam masa yang sama juga kita memperolehi keuntungan daripada penawaran buruh yang ditawarkan oleh negara mereka. Keseluruhanya, kesan sosial yang diperolehi bagi negara kita ekoran daripada migrasi antarabangsa dari Indonesia ini tidak banyak mendatangkan kesan positif bagi negara kita memandangkan migrasi yang datang ke negara kita merupakan masyarakat dari negara mundur dan miskin.

Kesan Positif Migrasi Kepada Ekonomi Negara
Migrasi dalam sektor ekonomi telah mendatangkan banyak faedah kepada Negara kita. Kesan daripada kemasukan migrasi telah menambahkan lagi penawaran buruh dalam negara sekaligus dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam sektor-sektor tertentu. Selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 1990-an telah menyebabkan kadar permintaan buruh semakin meningkat. Negara dikatakan mempunyai beberapa sektor yang mengalami masalah kekurangan buruh antaranya ialah sektor pertanian, perlombongan, perkhidmatan dan perkilangan.
Malaysia sebenarnya telah mula mengalami masalah kekurangan buruh di sektor pertanian semenjak tahun 1970-an. Bagi mengatasi masalah ini kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan majikan mengambil pekerja daripada Indonesia.
Pada sekitar tahun 1992, kemasukan tenaga buruh Indonesia contohnya hanya untuk mengisi kekosongan pekerjaan dalam bidang pertanian saja tetapi telah diperluaskan kepada sektor perkhidmatan dan pembuatan pada tahun 2000. Oleh sebab itu, masalah kekurangan tenaga kerja bagi sektor-sektor yang ditolak oleh masyarakat tempatan dapat dimajukan dan dibangunkan dengan bantuan tenaga buruh dari Indonesia.
Selain daripada itu juga, kesan migrasi kepada ekonomi adalah dapat memajukan bandar yang dituju. Migrasi daripada luar kebiasaanya mempunyai target atau tempat yang akan mereka tuju sebelum mereka datang ke Malaysia. Kebanyakan migrasi akan memilih bandar-bandar besar untuk mereka duduki. Hal ini adalah kerana, bandar-bandar besar seperti di sekitar Lembah Klang mempunyai pelbagai kemudahan di samping mempunyai peluang pekerjaan yang banyak. Maka tidak hairanlah jika mereka akan memenuhi setiap ruang di bandar besar tersebut.Oleh kerana, keadaan penawaran buruh yang tinggi di bandar-bandar besar tersebut maka segala perancangan pembangunan yang dirancang mudah untuk dijalankan. Migrasi biasanya akan mengambil alih tempat dalam projek pembinaan yang banyak dijalankan di bandar-bandar besar sebagai buruh binaan. Contohnya, menara KLCC, KLIA dan Putrajaya yang menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia dikatakan menggunakan majoriti tenaga buruh daripada Indonesia semasa proses pembinaan dilakukan.
Kesan Negatif Migrasi Kepada Sosial Negara
Contohnya masyarakat Indonesia merupakan masyarakat yang serumpun dengan penduduk Melayu di Malaysia namun demikian perbezaan daripada segi tingkah-laku, nilai, norma, budaya dan sikap mereka dengan tuan rumah telah menimbulkan pelbagai masalah social di Malaysia. Migrasi masyarakat Indonesia ini merupakan satu aliran migrasi masyarakatdari negara yang kurang membangun dan mundur serta mereka akan membawa minda kelas ketiga mereka ketika berada di Malaysia. Secara tidak langsung mereka akan menjejaskan nilai sosial masyarakat di negara ini melalui sikap mereka yang pengotor, bising, kencing dan membuang sampah sesuka hati serta tidak menggunakan kemudahan awam dengan betul. Contohnya, pada kebiasaan sambutan hari Raya Aidilfitri mereka akan menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai destinasi perayaan mereka dan apabila mereka beredar mereka akan meninggalkan timbunan sampah-sarap yang mengotorkan.
Sikap dan tingkah-laku ini sangat bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat kita sekaligus akan menjejaskan kehidupan penduduk Malaysia di Kuala Lumpur. Selain daripada itu juga, masalah penyakit juga mudah merebak dan menular dalam negara ekoran daripada kemasukan migrasi. Terutamanya yang berpunca daripada pendatang tanpa izin yang sudah semestinya tidak menggunakan saluran dan prosedur yang betul untuk memasuki Malaysia. Mereka datang ke Malaysia tanpa menjalani ujian saringan penyakit dan akan menjejaskan kesihatan masyarakat Malaysia.
Selain daripada itu juga, migrasi antarabangsa dikatakan banyak melakukan jenayah dalam negara. Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang tahun 2008 warga Indonesia mencatatkan penglibatan tertinggi iaitu 1,073 kes dalam jenayah kekerasan dan 1,400 kes dalam jenayah harta benda diikuti warga Filipina pula sebanyak 416 kes (jenayah kekerasan) dan 1,400 kes ( jenayah harta-benda) manakala warga Singapura mencatatkan satu kes jenayah harta-benda. Perkara ini sangat membimbangkan penduduk Malaysia kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak selamat. Di mana saja kejadian jenayah boleh berlaku.
Kebanyakan migrasi antarabangsa ini masuk dalam negara menggunakan pas pelancong dan pelajar sebaliknya mereka akan melakukan jenayah dalam negara kita. Dari segi kesan sosial kepada penduduk Malaysia akan mencetuskan kebimbangan dengan peningkatan kadar jenayah yang dilakukan oleh golongan migrasi tersebut (Bernama, 2009).
Kesan sosial ekoran daripada kemasukan golongan migrasi antarbangsa juga akan menyebabkan kesesakan bandar-bandar besar utama negara. Contohnya ialah Bandaraya Kuala Lumpur kini menjadi sesak ekoran daripada peningkatan golongan migrasiantarabangsa ini. Mereka hanya tertumpu di bandar-bandar besar sahaja memandangkan pelbagai kemudahan dan banyak peluang pekerjaan terdapat di sini. Oleh kerana terlalu banyak migrasi antarabangsa telah mengakibatkan wujudnya perkampungan setinggan yang didiami oleh golongan pendatang. Dengan wujudnya masalah setinggan tersebut telah melambangkan imej negara yang belum maju. Perkara ini telah menyebabkan nama negara kita tercemar.

Kesan Negatif Migrasi Kepada Ekonomi Negara
Aliran masuk migrasi dalam negara banyak mendatangkan kesan negatif kepadaekonomi negara. Antaranya ialah akan menimbulkan masalah pengambilalihan tugas atau pekerjaan oleh golongan migrasi daripada penduduk tempatan dan menyebabkan dayasaing dalam mendapatkan pekerjaan dalam kalangan penduduk tempatan semakinmeningkat.
Golongan migrasi ini akan memenuhi setiap sektor dan peluang pekerjaanyang wujud di negara ini dan akan menyekat punca pendapatan penduduk tempatan.Perkara ini menjadi semakin parah apabila kebanyakan majikan lebih suka mengajikangolongan migrasi berbanding penduduk tempatan.
Hal ini adalah kerana, golonganmigrasi ini bersedia untuk menerima upah yang paling minima walaupun tidak berbaloi dengan pekerjaan yang telah mereka. Pihak kerajaan juga terpaksa membelanjakan banyak peruntukan bagimembenteras kemasukan golongan migrasi ini. Masalah ini merupakan satu bebanankewangan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Malaysia sejak sekian lama.
Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak bagi menanggung pembiayaan mereka dikem tahanan sebelum menghantar mereka pulang ke negara asal. Selain daripada itu juga, keengganan pihak kerajaan Indonesia dalam menyediakan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya dan membiayai kos penghantaran pulang telah menyebabkan kerajaanMalaysia terpaksa menanggung kos pembiayaan kewangan yang banyak. Hal ini telahmerugikan kerajaan negara kita.
Di samping itu juga, kemasukan golongan migrasi akan menyebabkan defisit dalam belanjawan negara. Golongan migrasi ini akan menghantar sebahagian hasil wang pendapatan mereka ke kampung halaman dan akan menyebabkan aliran wang ke luar negara. Walaupun mata wang negara kita lebih besar daripada matawang Negara Indonesia sebagai contoh, tetapi ekoran daripada terlalu banyak golongan migrasi ini yang menghantar wang ke kampung halaman menyebabkan aliran wang masuk dengan aliran wang keluar negara menjadi tidak seimbang seterusnya menyebabkan defisit dalam belanjawan negara.
Kesan Negatif Migrasi Kepada Politik Negara Kalau di lihat dari segi politik dan pentadbiran, kehadiran tenaga kerja asing yang terlalu ramai boleh mengugat kestabilan politik negara. Kegagalan pihak berkuasa mengubal satu satu undang-undang dan sekaligus mengawal kemasukan buruh asing ini dan merekodkan dengan sempurna, secara tidak langsung pandangan orang luar terhadap pentadbiran dan peranan masyarakat umum negara kita terlalu lemah. Ini dapat dilihat sekiranya terdapat tenaga kerja asing di Malaysia yang menyerupai penduduk tempatan baik dari segi budaya dan fizikal. Situasi ini dapat mewujudkan kekeliruan tentang status kerakyatan dan seterusnya penyertaan mereka dalam politik. Kita ketahui bahawa di bawah Perundangan Malaysia, setiap warganegara asing boleh memohon untuk menjadi rakyat Malaysia dan salah satu keperluan perundangan ini ialah memiliki kad pengenalan. Walaupun ini merupakan syarat asas untuk menjadi rakyat Malaysia dan perlu mengikut prosedur-prosedur yang tertentu untuk mencapai taraf kerakyatan, namun begitu kejadian kad pengenalan palsu amat berleluasa dewasa ini. Banyak terdapat sungutan kononya ada satu sindiket yang terdiri dari rakyat Malaysia sendiri yang berani mengeluarkan permit palsu semata-mata untk memudahkan buruh asing ini masuk ke negara ini. Malah ada kemungkinan juga berlakunya penyelewengan dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri, barangkali ada yang terlibat dalam kes seperti ini hingga membolehkan buruh asing ini mendapatkan visa dan kad pengenalan dengan mudah.

KESIMPULAN Apa yang dapat disimpulkan, pelbagai implikasi yang wujud ekoran daripada kemasukan migrasi antarabangsa ke Malaysia. Dari sudut pembangunan ekonomi negara kemasukan migrasi akan mendatangkan kesan positif memandangkan negara kita banyak bergantung kepada buruh asing dalam memajukan ekonomi negara. Namun demikian, jika dipandang sebaliknya kemasukan golongan migrasi juga banyak mendatangkan kesan negatif kepada sektor sosial dan ekonomi negara. Oleh sebab itu, sebarang perubahan dan dasar dalam negara perlu dipandang serius agar kedua-dua masalah ini dapat dibendung dan sekaligus dapat menjaga kesejahteraan dan keharmonian negara kita Malaysia. Kemasukan migrasi ke negara kita agar sukar dibendung kerana ketidakseriusan serta ada unsur ketirisan pihak berkuasa serta kerajaan dalam menjalankan penguasaan dalam menyelesaikan isu sebegini. Oleh hal sedemikian, semua pihak seharunya bertanggungjawab dalam menangani masalah ini. Pihak yang memainkan peranan paling besar dalam masalah lebihan migrasi ini ialah pihak kerajaan. Sekiranya pihak kerajaan tidak mengutamakan golongan pendatang bagi mengisi kekosongan pekerjaan yang diwujudkan masalah lebihan golongan migrasi ini tidak akan timbul. Namun demikian, ekoran daripada sikap tamak pihak majikan yang inginkan keuntungan lebih dan pihak kerajaan itu sendiri yang tidak serius dalam menangani masalah besar ini telah menyebabkan pelbagai implikasi yang timbul ekoran kemasukan golongan migrasi. Ketiadaan sikap bertanggungjawab golongan berwajib ini telah mendatangkan masalah kepada penduduk tempatan yang terpaksa mengemis di negeri sendiri bak kata pepatah “janganlah asyik menyusukan kera di hutan tetapi anak sendiri dibiarkan kelaparan”.

Rujukan * Nasution, M. A. (1993). “International Migration in South East Asia: A Case Study of Indonesian Workers in the Malaysian Peninsula”.http://www.unesco.org/most/apmrlabo7.doc * Saad Mohd Said. “MIGRASI ANTARABANGSA: PENGHIJRAHAN BURUH INDONESIA KE MALAYSIA”. www.mohr.gov.my/ismk/pdf/migrasi_2vol2.pdf * http://www.harian-metro-online.com/tag/migrasi-antarabangsa * http://www.searchinpdf.com/Migrasi-ke-Kawasan-Pinggiran-Wilayah-Metropolitan-Lembah-Klang-...

Similar Documents

Free Essay

Management

...PENDAHULUAN Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk. J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan...

Words: 4793 - Pages: 20

Free Essay

Sejarah Kedatangan Kaum Cina Dan India Di Tanah Melayu Dan Sumbangan Mereka Dalam Proses Kemerdekaan Tanah Melayu

...kaum Cina dan India di Tanah Melayu dan sumbangan mereka dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu Isi Kandungan No. | Kandungan | Muka Surat | 1. | Pendahuluan | 3 - 4 | 2. | Sejarah kedatangan kaum Cina di Tanah Melayu | 5 – 7 | 3. | Sejarah kedatangan kaum India di Tanah Melayu | 8 – 11 | 4. | Sumbangan kaum Cina dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu | 12 – 15 | 5. | Sumbangan kaum India dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu | 16 – 19 | 6. | Penutup | 20 – 21 | 7. | Rujukan | 22 | Pendahuluan Masyarakat majmuk yang ada di Malaysia pada hari ini bukanlah suatu bentuk masyarakat yang sememangnya telah wujud secara asalnya di sini. Sebaliknya, masyarakat yang ada pada hari ini adalah masyarakat yang telah dicampuri pelbagai asal-usul, budaya dan sejarahnya yang berbeza-beza. Seperti yang sedia kita maklumi,penduduk asal Tanah Melayu adalah orang Melayu dan beberapa kaum minoriti yang lebih mudah kita kenali sebagai kaum orang asli dibeberapa bahagian pendalaman di Tanah Melayu.Di Sabah dan Sarawak pula,penduduk asalnya ialah terdiri daripada kaum Kadazan,Dusun,Murut,Iban,Bajau,Melanau dan pelbagai suku minoriti yang lain. Kaum-kaum lain yang ada di Malaysia pada hari pula seperti kaum Cina,India,Serani,Siam,Bugis,Jawa dan sebagainya ialah golongan imigran yang datang dan menetap di Tanah Melayu sama ada secara tetap ataupun hanya sekadar singgah untuk memenuhi keperluan mereka.Secara mudahnya,mereka bukanlah penduduk asal di Tanah Melayu. Kenapa...

Words: 5392 - Pages: 22

Free Essay

Lecturer Career

...bersirat saliran darat (pola berpusat) Struktur batuan sama keras di kwsn batu mendak Batuan keras lembut Mengalir semua arah berselang dari kwsn seli tanah tinggi Anak sungai Di kwsn bercantum batu dengan anak kapur sungai utama yang poros Banyak alur cth: delta Sungai mengalir ke tasik PROFIL SUNGAI Hulu lurah ‘V’ air terjun lubang periuk jeram Tengah likuan sungai lurah ‘W’ dataran mendap tasik ladam Hilir tetambak delta (aluivium) JENIS-JENIS BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSI / KEPENTINGAN Bentuk Muka Bumi Tanah Tinggi Cerun Bukit Sungai Potensi / Kepentingan -Pelancongan Pertanian Pengangkutan -Pertanian hawa sederhana Malaysia -Cameron Highland -Sayur dan bunga sabah dan sarawak -Kundasang (cameron highland) (Mengangkutan -getah dan kelapa sawit penumpang dan kayu (cerun bukit) balak) Luar Malaysia Switzerland Jawa Indonesia Thailand (Chao phraya) (meluncur salji dan Meluas / lava bes (padi) mendaki gunung) Tasik Perikanan -kurang penting -saiz kecil -tangkapan sedikit -aktiviti sambilan Tonle sap (Kampuchea) -penting -tasik besar -tangkapan banyak -aktiviti sambilan NOTA GEOGRAFI T1, 2 & 3 1 Bentuk muka bumi di sepanjang aliran sungai Peringkat Hulu (muda) Peringakat Tengah (Dewasa) Peringkat Hilir (Tua) Jeram Hakisan pada batuan keras secara berselang seli Air Terjun Hakisan pada batuan lembut Lubang Periuk Hakisan dasar sungai Susuh bukit berpanca Hakisan berlaku di bahagian...

Words: 2422 - Pages: 10

Free Essay

Penjajahan British

...JELASKAN BAGAIMANA PENJAJAHAN BRITISH MENCORAKKAN BENTUK MASYARAKAT DI TANAH MELAYU. Malaysia yang dikenali Tanah Melayu pada suatu ketika dulu pernah dijajah oleh tiga negara yang berbeza iaitu Portugis, Belanda,British dan Jepun. Penjajahan mereka bukan sahaja membawa kesan yang besar terhadap politik dan ekonomi di negara kita malah sosial dan budaya juga mengalami perubahan yang besar. Dasar- dasar penjajah terhadap negara kita telah membawa ramai pendatang asing ke negara kita. Kedatangan pendatang-pendatang asing ketika zaman itu memberi perubahan kepada bentuk masyarakat kita secara kekal sehingga ke hari ini.Bentuk masyarakat kita yang wujud pada hari ini adalah masyarakat majmuk.Terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua-dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu’. Manakala, menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang...

Words: 1738 - Pages: 7

Free Essay

Swot Analysis on Me

...tempoh yang diberikan. Sekian terima kasih . AKULTURASI PERANAKAN CINA DI TIROK,TERENGGANU Peranakan Cina adalah kumpulan subetnik Cina yang unik di Malaysia.Mereka adalah hasil adalah hasil akulturasi yang berpunca daripada interaksi sosial dengan orang Melayu.Konteks kajian ini merujuk kepada penerimaan di kalangan golongan peranakan ini ciri budaya golongan dominan Melayu.Akulturasi melibatkan pertukaran ciri budaya kumpulan etnik peranakan Cina dengan etnik dan budaya yang lain sehingga dianggap orang Cina totok sebagai ‘separuh Cina separuh Melayu.Terdapat dua pusat peranakan di pantai timur Semenanjung Malaysia iaitu di Kelantan dan Terengganu.Tumpuan kajian ini ialah di Terengganu.Orang Cina di Terengganu adalah golongan minority iaitu hanya 2.34% daripada jumlah keseluruhan penduduk.Kebanyakkan orang Cina di Terengganu menetap di Kuala Terengganu iaitu ibu negerinya.Mereka menetap di dua buah perkampungan yang terletak disebelahnya.Kampung Banggul Kemang terletak disebelah kanan mnakala Kampung Tirok sebelah kanannya.Bilangan keluarga yang menetap di Kampung Tirok adalah 8 buah dan semua penduduk menceburi aktiviti penanaman getah.Penduduk Kampung Kemang dan Kampung Tirok mempunyai tali persaudaraan yang rapat kerana sudah di anggap sebagai satu komuniti dan mereka dikenali sebagai orang Cina Tirok.Kerana itu nama Tirok digunakan bagi mewakili kedua-kedua kampung.Kesan akulturasi amat ketara di kalangan generasi tua Tirok. Merekamemperlihatkan identiti Melayu yang berpunca...

Words: 1393 - Pages: 6

Free Essay

Perbudakan Di Era Modern

...Perbudakan di Era Modern Oleh : Yosua Kristian NIM : 411010028 Tindakan perdagangan manusia di negara kita ini sudah merupakan rahasia umum. Hampir pada setiap media massa memberitakan tentang perdagangan manusia. Sehingga tidak mengherankan apabila kegiatan perdagangan manusia ini merupakan yang terbesar ke tiga setelah perdagangan senjata dan perdagangan narkotika. Perdagangan manusia yang menonjol diantaranya pemberitaan mengenai perempuan dan anak-anak. Pada artikel ini penulis membahas tentang human trafficking atau yang biasa disebut perdagangan manusia. Trafficking ini berkaitan pula dengan pelanggaran Hak Asasi Manusia (HAM). Menurut UU No. 39 Tahun 1999 pasal 1 angka 1 tentang HAM dan UU No. 26 Tahun 2000 tentang Pengadilan HAM, pengertian HAM (Hak Asasi Manusia) adalah “ seperangkat hak yang melekat pada hakikat dan keberadaan manusia sebagai makhluk Tuhan Yang Maha Kuasa dan merupakan anugerah-Nya yang wajib dihormati, dijunjung tinggi dan dilindungi oleh negara, hukum, Pemerintah dan setiap orang, demi kehormatan serta perlindungan harkat dan martabat manusia.” Sedangkan dalam pengertian umum, HAM atau Hak Asasi Manusia merupakan hak yang sudah ada pada diri manusia sejak dilahirkan hingga seumur hidupnya. Sebagai warga negara Indonesia yang baik dan menghormati hukum kita harus menjunjung tinggi nilai Hak Asasi Manusia. Kita tidak boleh membeda-bedakan status, golongan, keturunan, jabatan, dan lain sebagainya agar tidak terjadi kesenjangan sosial...

Words: 2592 - Pages: 11

Free Essay

Social

...sekolah dan awam, merokok, mencuri, buli, gangsterisme, penyalahgunaan dadah, rempit, pergaulan bebas, melihat atau menonton bahan lucah, seks luar nikah, pelacuran, pembuangan bayi dan telah sampai ke peringkat membunuh. Di samping itu terdapat juga gejala sosial dalam aspek meninggalkan atau tidak memahami ajaran agama seperti tidak solat, tidak berpuasa, tidak tahu mengangkat hadas besar, tidak tahu membaca al-Quran dan sebagainya. A. Latar Belakang Gejala Sosial di Malaysia Pada tahun 1960-an, negara dikatakan masih baru menerima kemerdekaan dan isu-isu sosial remaja sangat jarang diperkatakan. Namun, perhimpunan golongan “hipi” di Woodstock, Amerika Syarikat sekitar tahun 1969 secara tidak langsung memulakan satu lembaran baru dalam episod kehidupan remaja di Malaysia dan isu pergolakan sosial remaja mula muncul di negara ini pada tahun tersebut. Pengaliran budaya tersebut ke negara ini telah memberi impak yang negatif kepada masyarakat Malaysia kerana kehidupan mereka sering kali dikaitkan dengan masalah dadah. Ini disebabkan pengikut budaya “hipi” dan penagihan dadah dikatakan agak sinonim kemunculan kumpulan muzik yang memuja dadah dalam nyanyian mereka seperti Rolling Stone merangsangkan lagi pertumbuhan masalah dadah di kalangan remaja di Malaysia. Malah, salah satu nama simbolik untuk dadah yang selalu digunakan oleh remaja pada masa tersebut adalah stone. Penularan budaya “hipi” terutama dalam kalangan remaja Bandar pada penghujung tahun 1960-an jadi merebak sehingga...

Words: 1659 - Pages: 7

Free Essay

Peranan Masyarakat Wujud Perpaduan

...Peranan Masyarakat kearah integrasi dan perpaduan di Malaysia Objektif : 1. Pentingnya kerjasama dan penglibatan masyarakat dalam mewujudkan perpaduan dan integrasi. 2. Pentingnya toleransi dan kesefahaman antara masyarakat. 3. Besarnya peranan masyarakat dalam menyokong usaha kerajaan dalam membentuk perpaduan dan integrasi. 4. Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang mampu memupuk ke arah integrasi & perpaduan. Pendahuluan : INTEGRASI * Proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. * Proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama. * Bagi negara yang berbilang bangsa, proses ini merupakan satu matlamat utama yang perlu diusahakan agar berjaya. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dalam tempoh yang lama dengan rakyat berbilang bangsa dan kepercayaan adalah satu contoh terbaik kejayaan proses integrasi. PERPADUAN * Proses penyatuan semua aspek seperti fizikal, sosial, ekonomi & politik tetapi bukan bersifat biologikal. Bertujuan supaya setiap anggota masyarakat dpt membentuk satu identiti & nilai bersama serta perasaan cinta & banggakan tanah air. * Perpaduan rakyat Malaysia adalah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam proses pembangunan negara. Selain daripada aspek ekonomi dan politik, perpaduan juga merupakan agenda penting dalam kemajuan...

Words: 2037 - Pages: 9

Free Essay

Geografi

...MODUL SKOR A+ GEOGRAFI TINGKATAN EMPAT 2014 DISEDIAKAN AZNAN BIN ABD. MANAF GURU CEMERLANG GEOGRAFI SMK SYED ABU BAKAR ©Hak Cipta Terpelihara TEMA : SISTEM BUMI 1. Bumi terdiri daripada 3 lapisan udara , air, daratan dan hidupan a. Udara - atmosfera b. Daratan - litosfera c. Air - hidrosfera d. Hidupan - Biosfera 2. Atmosfera terdiri daripada 5 lapisan utama a. | Troposfera | * Lapisan atmosfera yang paling rendah | | | * Terbentuk awan , ribut serta tiupan angin | | | * Mengandungi 75 % peratus jisim atmosfera | | | * Suhu semakin rendah apabila ketinggian bertamah | b. | Stratosfera | * Altitud 15 hingga 50 km | | | * Dikenali sebagai lapisan ozon | | | * Sesuai untuk penerbangan kapal terbang supersonik * Sinaran ultra ungu daripada matahari diserap oleh lapisan ozon. * Suhu tidak berubah mengikut ketinggian dibahagian bawahnya | c. | Mesosfera | * Altitud 50 hingga 80 km | | | * Suhu berkurangan mengikut ketinggian (-90°C) | | | * Lapisan atmosfera yang paling sejuk | | | * Tempat terbakar dan hancurnya meteroit | d. | Termosfera | * Dikenali sebagai lapisan ionosfera kerana mempunyai ion-ion yang memantulkan gelombang radio | | | * Mempunyai aurora iaitu jalur cahaya berwarna-warni | ...

Words: 7540 - Pages: 31

Free Essay

Persaingan Bisnis Telekomunikasi Indonesia

...dihasilkan, banyak perusahaan dalam kegiatan yang menghasilkan barang tersebut, mudah tidaknya perusahaan baru menjalankan kegiatan untuk memproduksi barang tersebut, dan besar kekuatan suatu perusahaan di dalam pasar. Struktur pasar merupakan salah satu bagian dalam kerangka pemikiran yang dikenal dengan structure-conduct-performance yang merupakan salah satu alat untuk menganalisis sektor industri. Struktur pasar persaingan sempurna merupakan bentuk yang paling ideal, karena menganggap system pasar ini akan menjamin terwujudnya kegiatan perekonomian yang sangat efisien. Model persaingan sempurna mengasumsikan bahwa ada banyak penjual dan pembeli, produk yang diperjualbelikan merupakan produk yang standar, setiap perusahaan mudah untuk masuk maupun keluar pasar dan pelaku pasar mempunyai pengetahuan yang sempurna dan lengkap. Monopoli merupakan bentuk pasar yang hanya terdapat satu perusahaan saja. Dan menghasilkan barang yang tidak mempunyai barang pengganti yang sangat dekat. Ada tiga faktor yang menyebabkan timbulnya pasar monopoli, yaitu mempunyai sumber daya tertentu yang unik, menikmati skala ekonomis (monopoli alamiah), dan melalui undang-undang (peraturan paten, hak cipta, dan hak usaha eksklusif). Pasar persaingan monopolistis pada dasarnya merupakan pasar yang berada di antara dua struktur pasar yang ekstrim, yaitu persaingan sempurna dan monopoli. Pada pasar persaingan monopolistis terdapat bayak perusahaan yang menghasilkan barang yang berbeda corak (differentiated...

Words: 5410 - Pages: 22

Free Essay

History

...merujuk kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kelompok bangsa atau etnik yang berbeza, tetapi berada di bawah satu tampuk pemerintahan. Menurut J.S. Furnival, masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun, tema campuran ini dalam erti kata yang sebenar, bergaul tetapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama dan adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidupnya sendiri. Masyarakat majmuk ini juga hidup bersebelahan tetapi terasing dalam satu unit politik. Dari segi ekonomi pula, wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum atau etnik. Berdasarkan pernyataan di atas: i. Terangkan secara terperinci kedudukan rakyat Tanah Melayu sebelum pembentukan masyarakat majmuk dari segi sosial, ekonomi dan politik. ii. Bincangkan ciri-ciri masyarakat majmuk dari persepktif sosial, ekonomi dan politik di Malaysia. iii. Bincangkan kesan-kesan masyarakat majmuk terhadap hubungan etnik di Malaysia. iv. Analisis dasar-dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia. Soalan 1 : Terangkan secara terperinci kedudukan rakyat Tanah Melayu sebelum pembentukan masyarakat majmuk dari segi sosial, ekonomi dan politik. Sebelum abad ke-19, penduduk di Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo terdiri daripada golongan orang Melayu,orang Asli dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera...

Words: 4441 - Pages: 18

Free Essay

Maksi

...Survei OECD Perekonomian INDONESIA SEPTEMBER 2012 IKHTISAR Dokumen ini dan peta yang termuat didalamnya disusun tanpa prasangka akan status kedaulatan wilayah tertentu, melangabaikan perbatasan internasiona, dan nama suatu wilayah, neagra, atau kota. Data statistic untuk Israel disediakan dan berada dibawah tanggungjawab otoritas resmi Negara Israel. Penggunaan data tersebut oleh OECD tanpa prasangka terhadap status Dataran Tinggi Golan, Yerusalem Timur, dan wialayah pemukiman Israel di Tepi Barat berdasarkan UU Internasional. Rangkuman Peningkatan ekonomi-makro dan seting kebijakan struktural sejak krisis di Asia telah berhasil mendorong pertumbuhan ekonomi yang kuat dan stabil, serta penurunan angka kemiskinan yang signifikan. Reformasi institusi dan kebijakan lanjutan akan mampu mendorong pertumbuhan produktifitas dan membantu pemerintah mencapai tujuannya untuk menjadi salah satu dari 10 kekuatan ekonomi terbesar di dunia pada tahun 2015, sambil tetap mendukung alur pembangunan yang inklusif dan ramah secara social. Situasi yang Mendukung Dijalankannya Reformasi Penting Real GDP diproyeksikan tumbuh sebesar 6% pada tahun ini dan tahun mendatang dengan dorongan dari permintaan domestik yang kuat. Seperti direncanakan, kebijakan moneter harus menjamin bahwa inflasi akan tetap rendah dengan mengontrol tingkat suku bunga, manajemen likuiditas dan pengaturan makro-prudensial. Kebutuhan belanja sosial dan infrastruktur Indonesia sangat besar dan membutuhkan pembiayaan...

Words: 15664 - Pages: 63