Free Essay

Mutu Kerja Pegawai Tentera Laut Lepasan Upnm Pengambilan Ke -9

In: Science

Submitted By helmias
Words 3587
Pages 15
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Akademi Tentera Malaysia (ATMA) yang ditubuhkan pada 1 Jun 1995 telah di naik taraf sebagai sebuah universiti pada 10 November 2006. Sejurus dengan itu nama ATMA di tukar kepada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Sebagai salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) , UPNM perlu merangka program-program akademik dan latihan seiring dengan matlamat pendidikan universiti. Sebelum penubuhan UPNM, ATMA telah mempunyai pengalaman sendiri dalam pengendalian
Program Ijazah Sarjana Muda selama hampir 11 tahun dengan kerjasama antara Kementerian Pertahanan dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM. Sepanjang tempoh itu seramai1017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Di samping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan telah ditauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka sedang berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pengambilan pertama UPNM bermula pada seisi akademik 2007/2008 merangkumi pegawai kadet dan pelajar awam dan seramai 550 pelajar melapur untuk Program Asasi Pertahanan yang terdiri 121 pelajar awam dan 350 pelajar tentera. Sementara itu, untuk program sarjana muda seramai 130 pelajar awam dan 297 pelajar Asasi Pertahanan akan mengikuti program sarjana muda di bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta Pengurusan dan Pengajian Pertahanan. Bagi memulakan pengajian sesi 2007/2008 UPNM telah menubuhkan 3 buah fakulti di samping Pusat Asasi Pertahanan iaitu Fakulti Kejuruteraan Pertahanan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan serta Fakulti Pengurusan dan Pengajian Pertahanan. Ketiga-tiga fakulti berkenaan menawarkan 11 program Ijazah Sarjana Muda antaranya Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik, Kejuruteraan Komputer, Teknologi Maritim, Sains Komputer dan Pengurusan Pertahanan.

Program ijazah Sarjana Muda Teknologi Maritim merupakan salah satu program yang ditawarkan di UPNM. Pada 22 Ogos 2005, Panel Pengajian Pusat telah meluluskan program ini diikuti Jawatankuasa Tetap Senat Mengenai Kursus Baru Dan Pengambilan Pelajar Bil 5/2005 pada 26 Oktober 2005.

Terletak di Kem Perdana Sungai Besi Kuala Lumpur, UPNM telah di bahagikan kepada dua organisasi pentadbiran iaitu bahagian akademik dan bahagian ketenteraan. Bahagian akademik di ketuai oleh Naib Canselor sendiri, manakala bahagian latihan ketenteraan di ketuai oleh Komandan ALK. Bahagian akademik meliputi semua program akademik melibatkan kesemua penuntut universiti manakala bahagian latihan ketenteraan pula bertanggung jawab untuk merangka latihan untuk pegawai kadet sepanjang tempoh pelajaran di sini.

1.2 Penyataan Masalah

Latihan Industri 2009 untuk pengambilan 2006 merupakan latihan industri pertama untuk program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maritim. Modul latihan yang diguna pakai adalah berbeza dengan modul sebelumnya iaitu modul Sains Nautika. Modul latihan industri program Teknologi Maritim seharusnya selaras dengan kehendak perkhidmatan mengenai program dwi-laluan pegawai laluan eksekutif mengikut dasar dalam Memo am TLDM No, 03/05 bth 30 MAC 2005. Sepanjang latihan industri yang dijalankan selama 6 bulan di kapal-kapal milik TLDM, PKK akan mempraktikkan segala ilmu yang diperoleh sepanjang menuntut di UPNM. Aspek Navigasi dan Pegawai Bertugas Anjungan (PBA) merupakan antara aspek yang penting bagi seorang pegawai. Justeru itu, sepanjang latihan ini PKK diberi pendedahan kepada tugas-tugas tersebut, dan ianya akan menjadi kemestian kepadanya kelak. Namun, sejauh manakah PKK program Teknologi Maritim dapat memenuhi keperluan dan kehendak TLDM di dalam aspek Navigasi dan bertugas sebagai PBA.

1.3 Matlamat Kajian

Matlamat kajian adalah untuk mengenal pasti pencapaian prestasi PKK program Sarjana Muda Teknologi Maritim bagi memenuhi keperluan TLDM. Kajian akan tertumpu kepada prestasi PKK di dalam kemahiran Navigasi dan bertugas sebagai Pegawai Bertugas Anjungan.

1.4 Objektif Kajian

Bagi mencapai matlamat kajian yang telah ditetapkan, beberapa objektif kajian akan menjadi teras sepanjang tempoh kajian dilaksanakan. Objektif-objektif kajian adalah seperti berikut:
a. Menilai prestasi PKK ketika menjalani latihan industri di kapal-kapal TLDM berdasarkan beberapa kemahiran navigasi yang telah ditetapkan di dalam Buku Panduan Latihan Industri Sarjana Muda Teknologi Maritim.
b. Mengkaji pencapaian PKK dalam aspek navigasi bertugas sebagai PBA di kapal-kapal TLDM.
c. Mengkaji kesesuaian latihan industri bagi memenuhi kehendak TLDM.

1.5 Skop Kajian

Kajian ini difokuskan untuk menilai prestasi PKK Teknologi Maritim semasa menjalankan Latihan Industri di kapal-kapal milik TLDM selama 6 bulan (Januari sehingga Jun) ketika PKK berada di Tahun 2 Semester ke-2 di UPNM. Kajian akan dilaksanankan dengan mengambil kira pandangan pegawai serta staf kapal berkenaan mengenai prestasi PKK berkenaan dalam memenuhi kehendak TLDM.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian dijalankan untuk mengenal pasti prestasi PKK di dalam aspek-aspek kemahiran navigasi serta bertugas sebagai PBA di kapal-kapal TLDM bagi menilai sendiri kesesuaian latihan industri Program Sarjana Muda Teknologi Maritim itu sendiri. Hasil kajian akan digunakan untuk penambahbaikan latihan industri tersebut. Dengan ini, ia akan meningkatkan kualiti pembelajaran program tersebut dan seterusnya akan dapat memenuhi kehendak TLDM khasnya dan ATM amnya.

Bab 2

KAJIAN LITERATUR.

2.1 Pengenalan

Di dalam bab ini, kajian literatur yang akan dibuat berpandukan kepada segala bentuk maklumat daripada sumber-sumber mahupun kajian ke atas penulisan yang dilakukan oleh penulis yang lepas. Di dalam bab ini juga segala maklumat yang diperlukan untuk tujuan kajian serta permasalahan dapat dikenal pasti. Tujuan utama kajian literatur ini adalah untuk menilai prestasi PKK Program Sarjan Muda Teknologi Maritim dalam kemahiran Navigasi, dan Pegawai Bertugas Anjungan (PBA).

Dalam merealisasikan kajian literatur ini, pengetahuan mengenai latihan, pencarian maklumat dan menganalisis kajian yang mengandungi yang berkaitan dengan masalah kajian adalah penting. Selain itu, penelitian mengenai kajian yang lepas dapat meningkatkan serta dapat memberi penambahbaikan terhadap kajian ini.

Bab ini akan menerangkan mengenai Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maritim, silabus Program Ijazah sarjana Muda Teknologi Maritim, dan Latihan Industri Teknologi Maritim, kemahiran navigasi, dan Pegawai Bertugas Anjungan.

2.2 Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maritim

Selaras dengan keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), UPNM telah merangka pengajian yang baru yang menggabungkan kursus Sains Nautika dan Kejuruteraan. Pada Disember 2006, program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maritim telah diluluskan dan akan diperkenalkan kepada Pegawai Kadet dan pelajar awam. Program ini akan dijalankan secara sepenuh masa selama 3 tahun ataupun 6 semester minimum dan maksimum 4 tahun ataupun 8 semester. Program ini akan mula ditawarkan kepada pengambilan tahun 2006.

Seramai 64 orang Pegawai Kadet telah mendaftar untuk jurusan ini pada tahun 2006 untuk pengambilan pertama program berkenaan. Seterusnya seramai 122 orang pada tahun 2007 meliputi 92 Pegawai Kadet dan 30 pelajar awam.

Graduan program tersebut akan ditauliahkan di dalam perkhidmatan TLDM sebagai Leftenan TLDM oleh DYMM Yang Di Pertua Agong. Mereka akan berkhidmat di bawah TLDM selama 10 sehingga 21 tahun, dan boleh menamatkan perkhidmatan selepas 10 tahun berkhidmat dengan TLDM dan boleh berkhidmat di sektor awam dan swasta di bawah organisasi maritim selepas itu.

Manakala pelajar-pelajar awam akan ditawarkan untuk menyertai pasukan TLDM sebagai Pegawai Tugas Am (Tauliah Jangka Pendek) ataupun menyertai PSSTLDM sebagai pegawai dan seterusnya berkhidmat untuk TLDM. Mereka terikat secara tidak khusus dengan perkhidmatan iaitu mereka boleh dikerahkan untuk berkhidmat dalam TLDM atau PSSTLDM sekiranya negara menghadapi situasi kecemasan ataupun darurat mengikut emergency (Essential Power) Act 1977.

2.2.1 Struktur Kursus

Gabungan daripada kursus sains dan kejuruteraan, Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maritim diwujudkan sebagai satu kursus yang berpotensi melahirkan graduan di dalam kedua-dua kemahiran. Kandungan program terdiri daripada mata pelajaran Sains Nautika sebagai asas dan ditambah pelajaran asas mengenai Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan Kejuruteraan Mekanikal Bendalir. Selain mata pelajaran asas, subjek-subjek wajib universiti, sokongan, elektif, Projek Sarjana Muda(PSM), Kokurikulum, dan Latihan Industri (LI) turut di ambil kira sepanjang tempoh pengajian ini. Peratusan kandungan dan jumlah kredit kursus yang disusun untuk program 6 semester Sarjana Muda Teknologi Maritim seperti di jadual 2.1.

Jadual 2.1 Kandungan Program Sarjana Muda Teknologi Maritim

Bil
Komponen
Jam Kredit
Peratus Kandungan
i. Wajib Universiti
a) Umum
b) Bahasa Asing
c) Ko-Korikulum
6
6
12

5%
5%
1.6% ii. Teras:
a) Sains Nautika
b) Mekanikal Bendalir
c) Elektrik Dan Elektronik
25
16
12

20.8%
13.3%
10%

iii. Sokongan 18 15% iv. Elektif 5 4.2%
v. Projek Sarjana Muda 6 5% vi. Latihan Industri 12 10% vii. Latihan Amali 12 10%
JUMLAH 120 100%

(Sumber: Kertas Kerja Program Sarjana Muda Teknologi Maritim, 2005) 2.3 Latihan Industri

Latihan industri merupakan sebahagian daripada silabus wajib yang mesti dijalani oleh pelajar-pelajar program ini. Ia merangkumi 12 jam kredit iaitu 10% daripada keseluruhan program. Latihan industri meliputi 12 nilai kredit, 8 nilai kredit untuk mereka yang lulus latihan industri, manakala laporan LI merangkumi 4 nilai kredit. Gred minimum lulus LI ialah C bersamaan 50% untuk kedua-duanya. Kegagalan mendapatkannya menyebabkan pelajar terpaksa mengulangi latihan tersebut semula.

Latihan industri akan dijalankan oleh semua PKK pada Tahun 2 Semester ke-2 di kapal-kapal TLDM selama 6 bulan. Latihan ini menekankan latihan praktikal yang telah dipelajari secara teori di UPNM. Sepanjang latihan tersebut, mereka akan di tempatkan di kapal milik TLDM yang berpangkalan di Lumut, Kota Kinabalu, dan Kuantan. Mereka akan dikawal selia oleh pegawai kapal berkenaan semasa latihan di samping dipantau oleh penyelia latihan industri di UPNM. Ringkasan latihan sepanjang tempoh pengajian Program Sarjana Muda Teknologi maritim adalah seperti berikut:
Ringkasan Jadual 2.2 Ringkasan Latihan
Tahap Latihan Laut Tempoh Masa Tempat
Tahun Asas
Tahun 2
Tahun 3 LKPT 1
LI
LKPT 2 1 Bulan
6 Bulan
9 Bulan Mei - Jun
Jan - Jun
Jul- Mac KDSI 1
Kapal TLDM
KDSI 1
(3 bulan latihan laut)
Tempoh keseluruhan 16 bulan (Sumber: Panduan Latihan Program Industri Sarjana Muda Teknologi Maritim, 2008)
Sepanjang tempoh berkenaan, PKK perlulah menjalani latihan pengendalian kapal, pencerapan falak, latihan laut, di samping ilmu-ilmu kepelautan. Di samping itu, mereka juga perlu bertugas di bilik enjin kapal selaras dengan matlamat program Teknologi Maritim. Di samping itu, P KK juga perlu mengikut format latihan seperti yang telah di tetapkan di dalam buku Panduan Latihan Industri Program Sarjana Muda Teknologi Maritim seperti bertugas sebagai PBA, mempelajari aspek-aspek keselamatan di kapal, komunikasi maritim, persenjataan dan sebagainya.

Untuk memperoleh 8 nilai kredit, PKK perlulah memperoleh sijil-sijil yang telah ditetapkan oleh perkhidmatan sebelum di tauliah iaitu:
a. Sijil Pandu Arah Falak 1
b. Sijil Pandu Arah Falak 2
c. Sijil Kecekapan Bilik Enjin
d. Sijil Kecekapan Anjungan
e. Sijil Pandu Arah Samudera

Kesemua sijil ini menjadi syarat utama sebelum ditauliahkan. Ini bermakna, PKK perlu memperolehi kesemua sijil berkenaan kecuali Sijil Pandu Arah Samudera. Sijil Pandu Arah Falak 1 dan 2 serta Sijil Pandu Arah Samudera memerlukan PKK mencerap kedudukan kapal ketika di dalam pelayaran dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan berpandukan matahari, bulan dan bintang sebagai panduan. Ini memerlukan PKK membuat pengiraan serta menentukan kedudukan kapal untuk memperoleh kedudukan kapal di laut.

Bagi Sijil Kecekapan Bilik Enjin pula memerlukan PKK bertugas di bilik enjin sebagai pembantu untuk mempelajari tata cara pengoperasian enjin di samping menyiapkan tugasan-tugasan yang telah ditetapkan di dalam buku panduan berkenaan. Sijil Kecekapan Anjungan merupakan sijil yang penting untuk PKK kerana ia menilai kemahiran PKK itu sendiri di dalam aspek Navigasi kapal, pengendalian kapal dan bot serta bertugas sebagai PBA ketika pelayaran.
Latihan Industri ini penting bagi memberi pendedahan awal kepada para PKK mengenai kerjaya yang bakal mereka tempuhi selepas ditauliahkan kelak. Persiapan ini penting bagi para PKK supaya dapat memfokuskan kerjaya mereka di samping didedahkan dengan pelbagai ilmu serta kemahiran dari pegawai serta staf kapal yang lebih berpengalaman. Segala ilmu yang diperolehi akan dijadikan sebagai bekalan kepada para PKK di masa hadapan kelak.

2.4 Navigasi

Navigasi merupakan salah satu kepakaran yang penting di dalam pengendalian kapal. Ilmu Navigasi membolehkan kapal di kemudi dengan baik dan selamat bagi memastikan keselamatan kapal serta anak-anak kapal terjamin. Navigasi merangkumi pandu arah terang dan pandu arah gelap di mana kedua-duanya memerlukan kemahiran dan latihan yang mencukupi bagi mengendalikan kapal dengan baik. Selain itu pengaplikasian ilmu-ilmu Navigasi amat penting agar segala keputusan dan tindakan dapat di buat dalam masa yang singkat, kebolehan menganalisis dan mengesan arah mata angin serta pasang surut air laut juga penting untuk menavigasi kapal dengan selamat.

Ilmu Navigasi penting untuk seorang PKK bagi menjalankan rutin sebagai pembantu Pegawai Bertugas anjungan sepanjang latihan industri dijalankan. Ia amat perlu untuk membolehkan PKK tersebut dikurniakan Sijil Kecekapan Anjungan di mana sijil itu amat penting dan menjadi syarat untuk pentauliahan PKK tersebut.

Selain itu, Navigasi astronomi juga penting jika kapal mengalami kerosakan menyeluruh di mana kesemua alat bantuan Navigasi seperti radar, GPS. dan sebagainya tidak dapat beroperasi disebabkan ketiadaan bekalan elektrik. Navigasi astronomi memerlukan cerapan bintang,bulan dan planet di waktu senja dan terbit fajar manakala menggunakan pintasan matahari di waktu siang. Ia digunakan untuk menentukan kedudukan kapal di tengah laut lepas di mana ia akan memberi kedudukan kapal semasa dan tindakan seterusnya dapat diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

2.5 Pegawai Bertugas Anjungan(PBA)

Pegawai Bertugas Anjungan merupakan salah satu tugas untuk pegawai cawangan eksekutif di kapal semasa pelayaran. Pegawai bertugas anjungan bertanggung jawab sepenuhnya ke atas pergerakan serta pandu arah kapal menuju ke destinasi yang telah di tetapkan. Pelbagai aspek seta kemahiran di perlukan untuk mengemudi kapal dengan selamat selain mengambil kira beberapa kriteria berikut:
a. Navigasi
b. Undang-undang Maritim
c. Ilmu Kepelautan
d. Komunikasi Maritim
e. Peperangan Permukaan
f. Carta dan Had Laju Navigasi
g. Rule of The Road (ROR)

Sebagai PBA, segala faktor yang membahayakan pergerakan kapal perlu di ambil kira agar keselamatan kapal dan anak-anak kapal yang lain terjamin selain menepati jadual pergerakan kapal. Navigasi menjadi asas untuk memandu kapal dengan selamat dan ia perlu dibantu dengan alat-alat navigasi yang lain seperti radar dan penunjuk kedudukan seperti carta Navigasi dan sebagainya. Carta dan had laju navigasi turut memainkan peranan penting untuk membantu PBA dalam memandu arah kapal berkenaan. Selain itu undang-undang maritim untuk mengelak perlanggaran di laut menjadi panduan kepada semua PBA untuk mengemudi kapal agar segala perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

Komunikasi maritim antara kapal-kapal turut dilakukan sepanjang pelayaran. Ini bertujuan untuk mengenal pasti kapal-kapal yang memasuki perairan negara dan mengambil data mengenai pergerakan kapal tersebut. Ini untuk membuat statistik pelayaran. Segala data-data kapal akan direkodkan untuk tujuan pengawasan pergerakan kapal. Selain itu, komunikasi antara kapal TLDM amat penting ketika sesuatu latihan bersama. Segala arahan pergerakan semasa latihan di sampaikan melalui komunikasi sama ada komunikasi visual yang menggunakan pancaran lampu, semaphore dan kibaran bendera ataupun komunikasi radio.

Penggunaan komunikasi turut penting semasa latihan peperangan di mana PBA dikehendaki memandu kapal untuk membuka sudut penembakan agar penembakan boleh dilakukan setalah mendapat perintah penembakan dari kapal lain. Selain itu, ilmu-ilmu peperangan perlu di ambil kira agar segala tindakan PBA tidak membahayakan kapal dan kapal-kapal sahabat yang terlibat di dalam latihan mahupun situasi sebenar.

Oleh yang demikian, tugas PBA sangat besar meliputi semua pergerakan kapal dan ia memerlukan kemahiran yang tinggi.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan.

Menurut kamus dewan (1993), metodologi bermaksud suatu sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan di dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Ia merupakan suatu penyelidikan menggunakan kaedah saintifik yang sistematik untuk memberi keputusan dan jawapan terhadap persoalan dan permasalahan yang ditimbulkan. Ia meliputi reka bentuk kajian, pengumpulan data, pensampelan serta penganalisisan data yang diperoleh bagi mencapai objektif dan matlamat kajian berkenaan.

Dalam bab ini, ia akan menerangkan peringkat-peringkat kajian untuk mencapai objektif kajian ini. Ia akan terbahagi kepada beberapa peringkat utama iaitu peringkat penyelidikan awal, peringkat pengumpulan data utama dan sekunder, kajian literatur untuk pengolahan, peringkat penganalisisan data dan akhirnya peringkat kesimpulan.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Melalui reka bentuk kajian yang dibuat, pengkaji dapat melaksanakan metodologi kajian dengan lebih tersusun. Reka bentuk kajian adalah mengenai kaedah penyelidikan daripada masalah secara mendalam kepada perbandingan kursus dalam pelbagai teknik yang bersesuaian serta menepati objektif dalam penyelesaian masalah, hasil kajian ini mampu mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan terlebih dahulu. Reka bentuk kajian yang digunakan merangkumi segala aspek dari segi penerangan pernyataan masalah, kaedah pengumpulan data melalui data primer dan data sekunder, kaedah penganalisisan data kajian sehinggalah terbentuknya kesimpulan berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Reka bentuk kajian yang digunakan seperti di Rajah 3.1 Rajah 3.1 Modul Reka Bentuk Kajian

3.3 Penyataan Masalah

Di peringkat penyataan masalah, segala persoalan, objektif, dan skop kajian akan diketengahkan. Ini membolehkan langkah-langkah awal untuk proses penyelidikan di buat dan dapat memandu ke arah penulisan tesis mengikut kehendak yang di tetapkan. Di dalam bab 1, penilaian prestasi PKK teknologi maritim di kapal-kapal semasa menjalani latihan industri masih belum di buat dan kajian ini di perlukan untuk melihat sejauh mana keberkesanan program ini seiring dengan kehendak perkhidmatan.

3.4 Kaedah Pengumpulan Data

Untuk memperoleh kajian yang bermutu, data dan juga matlamat perlulah mencukupi serta terperinci agar ia dapat memberi keputusan yang di kehendaki kelak. Peringkat ini merupakan peringkat yang penting dan perlulah dilakukan dengan penuh berhati-hati kerana data dan maklumat yang sempurna dan relevan boleh mengelakkan kesilapan interpretasi. Selain itu, tidak semua data yang diperoleh boleh di adaptasi di dalam kajian yang di buat. Data yang dikumpulkan di dalam sesuatu penyelidikan adalah bertujuan untuk diolah dan ditafsirkan sebelum sesuatu keputusan di buat. Untuk pengumpulan data, dua jenis data di gunakan dalam menganalisis kajian iaitu data primer dan data sekunder. Data primer merupakan hasil maklum balas daripada responden manakala data sekunder pula diperoleh daripada bahan-bahan kajian.

3.4.1 Pengumpulan Data Primer

Dalam kajian ini, data primer di kumpul melalui kaedah temu ramah. Ia terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pihak universiti, pegawai kapal-kapal TLDM, serta PKK itu sendiri. Responden terdiri daripada Dekan Fakulti Sains Dan Teknologi Pertahanan, pegawai memerintah,serta pegawai latih di kapal-kapal yang mengendalikan latihan industri PKK dan PKK sendiri. Ia bertujuan untuk mengetahui dengan terperinci tentang modul-modul latihan yang di sediakan dan pelaksanaan latihan yang di rangka oleh pihak universiti sendiri. Selain itu soalan-soalan yang dikemukakan lebih terjerumus kepada prestasi PKK itu sendiri ketika menjalani latihan semasa latihan industri dan lebih di fokuskan kepada aspek Navigasi, dan pandu arah kapal . Antara kaedah yang di gunakan adalah kaedah temu bual semi-stuktur iaitu pengkaji menyoal sebilangan soalan formal yang telah dibina sebelum sesi temu bual dijalankan, tetapi penemu bual juga diberi kebebasan untuk menyoal dan menjelajah lebih dalam tentang jawapan responden kepada satu soalan formal yang ditanya. Soalan tersebut di bahagikan kepada 2 bahagian yang akan menjawab objektif kajian dan penilaian prestasi PKK semasa latihan di buat.

Data primer juga diperolehi melalui kaedah soal selidik. Kaji selidik adalah keadaan di mana soal selidik yang mengandungi soalan yang di bentuk khas untuk mengumpul data kajian. Menurut Kerlinger (1973) kaedah tinjauan selidik melibatkan kajian terhadap sekumpulan populasi yang kecil ataupun besar dengan memilih dan mengkaji sampel tertentu daripada populasi tersebut untuk mendapat kekerapan relatif, pembahagian dan hubung kait. Kaedah kaji selidik berstruktur digunakan dalam kajian ini kerana kaji selidik berstruktur lebih senang di kendalikan disebabkan jawapan telah di sediakan oleh pengkaji. Responden hanya perlu memilih jawapan yang telah disediakan mengikut skala Likert. Skala Likert talah diperkenalkan oleh Renis Likert (1932) di mana beliau membina skala Likert yang banyak digunakan dalam penyelidikan terutamanya kajian sains sosial. Pada kebiasaan, Skala Likert menggunakan 5 skala iaitu; Jadual 3.1: Skala Likert
Skor Tahap Persetujuan
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Tidak pasti
4 setuju
5 Sangat setuju

Tujuan kaji selidik berstruktur dijalankan adalah untuk menilai prestasi PKK Teknologi Maritim di dalam aspek Navigasi, Pegawai Bertugas Anjungan dan Pegawai Petugas Harian. Instrumen yang digunakan untuk kaji selidik berstruktur adalah borang kaji selidik yang akan diedarkan kepada para pegawai di kapal-kapal TLDM yang menjalankan latihan industri bagi PKK berkenaan.

3.4.2 Pengumpulan Data Sekunder

Pengumpulan data juga boleh dibuat melalui pengumpulan data sekunder. Sumber-sumber data sekunder merupakan data ataupun fakta yang di ambil dari individu ataupun sesuatu institusi lain. Data sekunder adalah data yang di peroleh hasil daripada pelbagai bahan-bahan bacaan seperti buku,artikel, kertas kajian, dokumen-dokumen, carian di Internet, kajian-kajian lepas yang di telah dibuat. Semua data ini telah dimasukkan di dalam bab 2, kajian literatur. Data-data ini digunakan untuk menyokong kajian ini. Selain itu data kajian di peroleh daripada;

a. Fakulti sains dan teknologi pertahanan UPNM
i. Panduan Latihan Industri Sarjana Muda Teknologi Maritim ii. Kertas kerja cadangan program Sarjana Muda Teknologi Maritim

b. Perpustakaan UPNM
i. PSM kajian-kajian lepas

3.5 Kaedah Penganalisis Data

Setelah memperoleh segala maklumat serta data-data yang berkaitan dengan kajian melalui temu ramah dan data sekunder, kaedah penganalisisan data dijalankan. Data di analisis untuk mendapatkan keputusan terhadap masalah yang di kaji. Proses menganalisis data dibuat melalui kaedah kualitatif. Kaedah ini digunakan untuk memastikan kajian yang dijalankan mencapai matlamat dan objektif yang dikehendaki.
3.5.1 Analisis Kuantitatif

Analisis kuantitatif digunakan dalam kajian ini kerana dapat membuat kesimpulan mengenai sifat kumpulan seperti ukuran min yang menunjukkan purata dan sisihan piawai yang menunjukkan variasi data tersebut. Nilai min digunakan bagi merumuskan persepsi responden terhadap skala Likert yang diberikan dalam soal selidik. Purata (min) = Jumlah Skor Jumlah Responden

Peratusan = Jumlah Skor X100 Jumlah Responden

3.5.2 Analisis Kualitatif

Analisis kuantitatif melibatkan data yang bersifat kualitatif dan kebiasaannya ia melibatkan kaedah temu ramah. Sumber-sumber yang diperoleh daripada data primer seperti temu ramah mempunyai hubung kait dengan kehendak kajian. Ia akan di huraikan dan di kaji dengan kaedah kuantitatif kerana ia tidak melibatkan sebarang pengiraan dan statistik. Analisis ini bertujuan untuk mengkaji jawapan-jawapan yang bersifat cadangan dan komen yang diterima daripada temu ramah responden.
Melalui analisis ini,segala pandangan, pendekatan yang di ambil,permasalahan yang timbul serta cadangan daripada responden akan dihubung kait antara satu sama lain untuk mendapatkan rumusan yang tepat dan jitu. Penghasilan rumusan yang jitu dan tepat mengukuhkan lagi hasil kajian dan memberi keputusan yang rasional.

3.6 Penutup

Setelah segala maklumat di kumpul dan di analisa, rumusan mengenai segala permasalahan yang timbul dapat di selesaikan. Ia amat penting untuk menjawab segala objektif kajian yang telah dikemukakan pada awal permasalahan. Ia amat penting bagi menentukan segala tindakan susulan yang perlu di ambil untuk proses penambahbaikan sesuatu perkara.

Similar Documents