Free Essay

Oum Asignment

In:

Submitted By noortazila
Words 1469
Pages 6
1.0 PENGENALAN
Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum. Matlamat Pendidikan Kesihatan adalah untuk membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti (Draf KSSR. 2014). Objektif utama pembelajaran Pendidikan Kesihatan adalah untuk memastikan:
Murid boleh :
(i) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran;
(ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit; dan
(iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan. Oleh yang demikian, dalam usaha mendidik pelajar untuk memahami dan mempelajari subjek Pendidikan Kesihatan dengan lebih berkesan, pelajar tersebut harus mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi atau lebih dikenali sebagai KBAT. KBAT perlu dipelajari melalui kaedah ransangan dan proses pebelajarannya adalah berterusan. Justeru, penerapan KBAT dalam Pendidikan Kesihatan di peringkat sekolah rendah adalah perlu agar setiap murid dapat mengaplikasikan semua modul-modul dan topik pelajaran Pendidikan Kesihatan yang dipelajari di sekolah dapat difahami dan diaplikasi dalam kehidupan seharian. Item KBAT melibatkan skop yang luas, kepelbagaian kaedah dan bahan ransangan serta mencabar tetapi boleh ditaksir kerana pengetahuan asas sama ada dipelajari, melalui pengalaman dan bacaan. Dalam tugasan ini, penulis akan membincangkan terlebih dahulu berkenaan definisi dan konsep KBAT yang ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah di samping menghuraikan dengan lebih jelas berkenaan teknik dan langkah untuk mengaplikasikan KBAT dalam pembelajaran Pendidikan Kesihatan.

2.0 DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) . Onosko dan Newmann 1994 pula mentakrifkan KBAT sebagai penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru. Kemahiran ini boleh dipelajari melalui ransangan. Dalam Kemahiran berfikir aras tinggi, penjanaa idea baru dalam pembelajaran dan pengajaran amat ditekankan (Kuh.D.G 2001). Justeru setiap pelajar dari peringkat sekolah rendah lagi perlu dilatih untuk berfikir secara kreatif dan kritis untuk menjana idea agar sebarang tugasan dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi merupakan tahap pemikiran yang paling tinggi dalam hierarki proses kognitif. Dalam Kurikulum Kebangsaan , ia bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan enam aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir. Justeru, kemahiran berfikir telah ditekankan dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). KBAT juga memerlukan pelajar yang aktif berfikir. Konsep berfikir menurut Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah. Dewey 1910 pula menegaskan bahawa pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Menurut pandangan Islam pula, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi.
Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah hingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang telah disebutkan ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Hal ini bermakna dalam KBAT, ia merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata pelajaran. KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir.

2.1 TUJUAN PERLAKSANAAN KBAT a) Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman b) Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan dan membolehkan murid untuk lebih banyak menganalisa, menilai dan mencipta. c) Mewajarkan penyelesaian dan penemuan baharu d) Untuk penyiasatan yang bersifat saintifik

Oleh yang demikian, KBAT perlu diselaraskan dengan kurikulum sedia ada. Murid yang mahir melakukan operasi pemikiran seperti membanding, menganalisis dan membuat inferens berupaya meningkatkan kefahaman dan mengukuhkan pembelajaran. Sekiranya aspek KBAT dapat dikuasai dengan baik, ia akan menjadi suatu alat yang berguna untuk membantu murid belajar. Seterusnya dapat meningkatkan prestasi pencapaian dan memperbaiki kelemahan diri..

2.2 PERLAKSANAAN KBAT DALAM BILIK DARJAH

3.0 PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan pendekatan baharu yang diperkenalkan oleh aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menambahbaik dan meningkatkan keberkesanan sistem pendidikan di Malaysia ini. Hasil daripada kajian dan pemerhatian secara holistik, beberapa fokus dan item keutamaan telah digariskan di dalam garis panduan KBAT daripada pihak kementerian. Walau bagaimanapun, apalah ertinya teori dirangka jika tiada gerak kerja dan implementasi yang tepat di lapangan. Sehubungan itu, kemahiran berfikir yang diperkenalkan ini haruslah diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) agar objektif dan matlamat pendidikan akan tercapai.

Jelas sekali, melalui pendekatan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), halatuju pembelajaran lebih jelas dan bersifat lebih terbuka. Berfokus kepada aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan Kesihatan, pelbagai metodologi kreatif dan inovatif yang boleh diimplementasikan mengikut kesesuaian. Metodologi yang bersesuaian ini adalah selari dengan fokus pendekatan KBAT seperti menganalisis, menilai, mencipta dan mengaplikasi.

Pertama sekali, sebelum menghurai sesuatu tajuk pembelajaran, penggunaan peta minda sangat membantu di dalam memperkenalkan intipati tajuk. Peta minda berupaya untuk menstruktur cara murid berfikir dan memberikan gambaran keseluruhan tentang apa yang akan dipelajari. Dengan cara ini, murid akan lebih mudah memahami dan berfikir secara berfokus di dalam perkara yang diajarkan. Perkara ini memberi banyak kelebihan dari sudut perkembangan minda dan pengetahuan murid. Pengenalan peta minda akan menjadikan proses pembelajaran lebih dari sekadar mengingat dan menghafal. Sememangnya diakui peta minda adalah cara mudah untuk menghafal sesuatu pelajaran. Secara tidak langsung, murid berpeluang untuk melakukan eksplorasi ilmu yang lebih meluas daripada menghabiskan masa yang agak lama untuk sekadar mengingati isi utama pembelajaran. Nuansa pembelajaran yang sebegini amat bertepatan sekali dengan elemen-elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang telah diperkenalkan.

Bertepatan dengan kaedah pengajaran yang menyentuh Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), penggunaan gambar atau imej ransangan sangat sesuai digunapakai sebagai bahan bantu mengajar di dalam P&P. Gambar atau imej yang dipilih hendaklah menyentuh tema dan objektif P&P selain bersesuaian dengan tahap kebolehan murid. Aplikasi KBAT dan pendekatan melalui gambar ransangan ini adalah suatu item tak berulang, di mana bahan yang digunakan adalah melangkau bahan buku teks. Skop perbincangan di dalam sesi P&P menjadi lebih meluas dan universal serta bersifat sejagat. Melalui imej dan gambar yang dipaparkan, murid akan mengasah kemahiran menilai dan menganalisis kerana pengajaran dalam bentuk sebegini adalah tidak terus dan bersifat analitikal. Murid akan mengembangkan daya fikir melalui aplikasi pengetahuan sedia ada kepada suatu stimulus berbentuk visual.

Selain itu, para pendidik juga boleh mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di dalam P&P Pendidikan Kesihatan dengan menggunakan grafik pintar atau gambar berinformasi. Item-item ini adalah hampir serupa dengan aplikasi menggunakan imej atau gambar. Bezanya, grafik pintar ini adalah gabungan antara peta minda, imej ransangan dan kadangkala nota ringkas yang memuatkan pelbagai informasi serumpun. Jika pada imej dan gambar murid menilai secara abstrak, penilaian melalui grafik pintar pula adalah lebih berstruktur kerana hampir kesemua informasi tersurat di dalamnya.

Di dalam era ledakan teknologi dan dunia tanpa sempadan ini, senario pendidikan juga tidak boleh lari daripada perubahan. Kecanggihan teknologi dan kepesatan kemodenan mengambil alih pelbagai metodologi konvensional. Kadangkala, teknologi maklumat terkini ini bersifat menambahbaik kaedah-kaedah pembelajaran yang sedia ada. Begitu juga halnya dengan aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di dalam P&P Pendidikan Kesihatan. Para pelajar boleh didedahkan dengan penggunaan internet dan enjin carian laman web bagi mencari informasi tambahan berkenaan tajuk. Dengan pendekatan ini, minda pelajar lebih terbuka dan seiring dengan zaman globalisasi yang sentiasa menuntut kepada sikap cakna pada perubahan dan isu semasa. Selain itu, keaedah ini adalah serampang dua mata di dalam mendidik murid. Selain ditekankan kepada intipati utama P&P, para pelajar juga diberi pendedahan kepada sistem teknologi maklumat. Peluang sebegini dapat meningkatkan literasi komputer dalam kalangan pelajar terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar. Hal ini adalah selari dengan objektif pendidikan di sekolah yang berhasrat untuk membangunkan murid secara holistik dan bersepadu.

Contoh Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di dalam P&P Pendidikan Kesihatan :

Tajuk : Bahaya Rokok

1. Peta Minda

2. Gambar/imej ransangan

3. Grafik pintar

4. Teknologi maklumat (internet)

4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya,

RUJUKAN
Kuh D.G. 2001.

Similar Documents