Free Essay

Pbsm Chapter 2

In: Other Topics

Submitted By splashsplish
Words 2459
Pages 10
Pengenalan

PBSM di peringkat dunia lebih dikenali sebagai PALANG MERAH. Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai BAPA PALNG MERAH. Bapa beliau adalah seorang saudagar. Semasa remaja Henry Dunant banyak dihabiskan dengan melawat orang-orang cacat, orang-orang yang memerlukan bantuan dan juga mereka yang menanti maut. Setiap hari Ahad, beliau membawa buku-buku cerita untuk tawanan-tawanan di penjara. Selepas meninggalkan bangku sekolah, beliau menceburi bidang pengurusan bank.

Beliau meninggalkan Geneva dan melawat Austria. Beliau amat kagum dengan kecantikan Austria lalu mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah syarikat yang dinamakan Societe Anoyme des Moulins de Mons Djemila. Beliau menghadapi banyak masalah ketika memohon tanah untuk penanaman gandum. Beliau tidak berpuas hati dengan pegawai-pegawai yang menolak permohonannya lalu mengambil keputusan untuk berjumpa terus dengan Napoleon ke III pemerintah pada masa itu.

Secara kebetulan, pada masa itu Napoleon bersama Raja Victor Emmanuel ke II sedang giat berusaha membebaskan Itali dari penaklukan Austria.

PEPERANGAN DI SOLFERINO

Pada 24hb. Jun, 1859, Dunant telah tiba di Castiglionne, sebuah kampung yang berdekatan dengan Solferino. Kampung itu didapati dalam keadaan kelam-kabut dengan 40,000 askar yang tercedera dan terbunuh. Dunant telah pergi ke gereja utama di tempat itu dan mendapati ianya dipenuhi dengan askar-askar yang tercedera.

Peperangan Sofferino 1859 menyebabkan lebih daripada 300,000 askar telah berperang dan 40,000 tercedera meninggal dunia. Menurut Dunant," Austrian and allied troops trampled on one another over the bleeding corpses, felling their adversaries with rifle butts ... it was butchery"

A son idolized by his parent, brought NP and cherished for years by a loving mother who trembled with alarm over his slightest ailment; a brilliant officer, beloved by his family, with a wife and children at home, a young soldier who had left sweetheart or mother, sisters or old father, to go war, all lie streched in the mud and dust , drenched in their own blood".

Di Castiglionne beliau telah berusaha untuk merawat luka askar-askar yang tercedera dan memberi semangat kepada mereka. Dunant juga memujuk dan meminta pertolongan daripada penduduk-penduduk tempatan.

Dunant berkata, "Semua manusia adalah bersaudara . Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Walaupun manusia terpaksa berperang, mereka hendaklah bertimbang rasa dan memberi rawatan mereka yang tercedera."

KENANGAN DI SOLFERINO

Selama 3 tahun, kekejaman dan penderitaan peperangan telah menghantui fikiran Dunant . Sekembalinya ke Geneva, beliau menulis sebuab buku yang bertajuk, A MEMORY OF SOLFERINO (Kenangan di Solferino). Buku ini ditulis dengan tujuan mendedahkan realiti peperangan kepada orang awam.

Beliau menulis:

The stillness ofthe night was broken by groans, by the stiffied sights ofanguish andsuffering. Heartrending voices kept calling for help. Who could ever describe the agonies of that fearful night!

When the suncame up on the twenty-fifth, itdisclosed the mostdreadfi~lsights imaginable Bodiesofmen andhorses covered the battlefield, corpses were strewn over roads, ditches, ravines, thickets and fields;...

Houses were riddled with holes, shattered and ruined, and their inhabitants, who had been hiding crouching in cellars without hght orjbodfor nearly twenty hours, were beginning to crawl out, looking stunned by the terrors they had endured . The poor wounded men that were being picked up all day long were ghastly pale and exhausted. Some, who had been the most badly hurt, had a stuperfied look as though they could not grasp what was said to them; they stared at one out ofhaggard eyes, but their apparent prostration did not prevent them from feeling thefr pain. Others were anxious and excitedby nervous strain and shaken by spasmodic trembling. Some, who had gaping woundsafreaay beginning to show infection, were almost crazed with suffering. They begged to be put out of their misery, and writhed with faces distorted in the grip of the death-struggle ... How many silent tears were shed that miserable night when all false pride, all human decency even, were forgotten "

Dunant bertanya:

Would there not be some means during a period of peace and calm offorming relief societies whose object would be to have the wounded cared for in time of war by enthusiastic and devoted volunteers, fully qualified for task ?

Mengapakah kita tidak menubuhkan satu pasukan penyelamat di tiap-tiap negeri untuk memberi rawatan kepada mereka yang tercedera dalam peperangan sama ada musuh atau kawan.

Di samping itu, Dunant juga mencadangkan supaya satu persidangan antarabangsa diadakan untuk menghasilkan satu perjanjian antarabangsa yang akan melindungi mereka yang tercedera semasa peperangan.

Jawatankuasa Berlima

Buku Dunant telah mendapat sambutan yang hebat di kalangan masyarakat Eropah .Menurut Adolphe Pictet, ( literary Scholar),

In ad few terifying realistic pages , all the horrors of mass slaughter were exposed. The impact on philanthropic circle was electric. It shook the whole of Europe."

Seorang peguam terkenal di Geneva, Gustave Moynier telah melawat Dunant setelah membaca buku Kenangan di Sofferino dan menawarkan bantuan. Menurut beliau , Dunant mempunyai idea-idea yang baik dan tindakan-tindakan positif perlu diambil untuk mewujudkan pasukan- pasukan penyelamat di setiap negara. Beliau mencadangkan supaya Dunant memperkenalkan idea-idea beliau dalam mesyuarat Persatuan Kebajikan Orang-Orang Awam Geneva. [Geneva Society for Public Weffare].

Mesyuarat ini diadakan pada bulan Februari 1863 dan berakhir dengan perlantikan lima orang ke Jawatankuasa Khas untuk mengkaji cadangan-cadangan Dunant.

Jawatankan ini dinamakan JAWATANKUASA KELIMA dan dianggotai oleh:

1. General Henri Duffor - Ketua Tentera Switzerland

2. Dr. Louis Appia - Pakar Pembedahan

3. Dr.Theodore Maunior - Pakar perubatan

4. Gustave Moynier - Peguam

5. Henry Dunant - Peniaga

Kini Jawatankuasa Berlima ini dianggotai oleb 25 orang warganegara Swiss dan ianya dikenali sebagai Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa. (ICRC). Jawatankuasa ini atau delegasi Jawatankuasa ini dibenarkan melawat tawanan-tawanan perang dan berbincang dengan mereka tanpa sebarang saksi

Pada sesi pertama Jawatankuasa Berlima ini, keputusan telah diambil untuk menjadikan jawatankuasa ini sebagai Jawatankuasa Tetap Antarabangsa Palang Merah . (Peranent International Commitee of the Red Cross).

Jawatankuasa ini kini dianggotai oleh 25 orang Swiss dan dikenali sebagai JAWATANKUASA PALANG MERAH ANTARABANGSA (International Commitee of the Red Cross)

LAMBANG PALANG / BULAN SABIT MERAH Selepas peperangan di Sofferino, dan semasa menjalankan kajian mengenai masalah-masalah peperangan, Dunant mendapati para doktor dan kenderaan yang membawa orang yang tercedera sering menjadi sasaran askar-askar yang berperang kerana tidak ada sebarang lambang untuk membezakan tugas dan peranan mereka. Dalam bukunya, Kenangan di Sofferino, Dunant mencadangkan supaya suatu lambang digunakan oleh kakitangan perubatan, ambulans dan kenderaan-kenderaan perubatan untuk mengelakkan serangan. Pada tahun 1863, semasa Persidangan Tetap Antarabangsa,perkara lambang ini telah dibincangkan oleh Dr. Louis Appia, Ahli Jawatankuasa Tetap Antarabangsa. Beliau telah mencadangkan supaya satu kain putih digunakan sebagai lambang perlindungan kerana warna putih bermaksud perlindungan dan tidak akan diserang. Persidangan ini menambahkan satu lambang palang merah. General Henri Duffor, Presiden Jawakuasa Tetap telah memberi cadangan tersebut, besar kemungkinan kerana beliaulah yang telah mencipta bendera negara Swiss; (lambang palang putih yang berlatar belakangkan warna putih). Lambang ini diterima sebagai lambang kemanusiaan dan perlindungan. Gustave Moynierlah orang pertama yang menyatakan pertalian antara lambang bendera negara Swiss dengan palang merah. Pada tahun 1906, apabila Konvensyen Geneva digubal semula, satu ceraian yang mengatakan bahawa lambang palang merah digunakan sebagai tanda penghormatan kepada negara Switzerland ditambah. Lambang palang merah telah digunakan buat pertama kalinya oleb Dr. L. P. Amidee Appia semasa peperangan di antara Prussia dan Denmark pada tahun 1864. Pada tahun 1876, semasa peperangan Rusia-Turki, Turki telah memberitahu kerajaan Switzerland (yang memegang amanah Konvensyen Geneva bahawa mereka tepaksa menggunakan lambang bulan sabit untuk perkhidmatan perubatan kerana lambang palang merah dikaitkan dengan agama Kristian oleh askar-askar Muslim. Turki masih sakit hati dengan Perang Salib dan tidak berpuas hati dengan penggunaan lambang palang merah yang membawa kenangan pahit. Lambang bulan sabit merah dipilih kerana merupakan lambang bendera negara Turki. (Bendera Negara Turki menggunakan bulan sabit berwarna merah dan berlatar putih) Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa telah membantah penggunaan lambang bulan sabit merah dan mengatakan bahawa lambang palang merah tidak mempunyai sebarang kaitan keagamaan. Menurut Max Huber, bekas Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa , lambang palang merah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan agama Kristian. "It was the intention neither of Dunant and his collaborators, nor of the states party to The Geneva Convention, that the work and emblem of the Red Cross should have any specific religions orphilosophical significance" Banyak negara Islam telah menggunakan lambang bulan sabit dan perbincangan hangat telah berlaku dan akhirnya pada tahun 1929, Persidangan Palang Merah Antarabangsa telah bersetuju untuk mengiktiraf lambang bulan sabit mengikut Konvensyen Geneva. Menurut John F. Kennedy, bekas Presiden Amerika Syarikat, Palang Merah adalah lambang yang paling dikenali di dunia dan ianya adalah lambang kegigihan bantuan berterusan pada saat-saat keperluan. Ianya adalah lambang kemanusiaan."
| |Persidangan Antarabangsa Palang Merah. |
|1 | |
|2 |Negara-negara yang telah menandatangani Perjanjian Geneva. |
|3 |Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang / Bulan Sabit Merah. |
|4 |Palang / Bulan Sabit Merah Kebangsaan |
|5 |Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa |

Persidangan Antarabangsa Palang / Bulan Sabit Merah merupakan Kuasa Pembuat keputusan yang tertinggi.
Menurut Konvensyen Geneva, lambang Palang / Bulan Sabit Merah bolehdigunakan dengan 2 tujuan.

• Lambang ini digunakan untuk perlindungan. - Protective Sign). • Lambang ini digunakan untuk pengenalan Persatuan Palang / Bulan Sabit Merah. Menurut Jean S. Pictet, "The second use, which follows from Article 44, para 2 is purely indicatory to designate persons or objects connected with the Red Cross. This does not, and is not intended to , imply the protection of the convention." Lambang yang digunakan oleh ahli-ahli PBSMM adalah lambang pengenalan. Ia digunakan oleh pasukan penyelamat. Semasa mesyuarat Jawatankuasa Tetap Antarabangsa Palang Merah pada 25hb Ogos, 1863, cadangan telah dibuat untuk mengadakan satu persidangan antarabangsa. Tujuan persidangan in adalah untuk menyediakan garis panduan yang akan digunakan oleh pasukan-pasukan penyelamat. Seramai 36 orang dan 14 buah negeri termasuk 5 orang ahli Jawatankuasa Tetap Antarabangsa, doktor-doktor tentera dan wakil-wakil dari persatuan-persatuan lain telah menghadiri persidangan ini . Berikutan persidangan tersebut, satu lagi persidangan diplomatik telah diadakan oleh kerajaan negara Switzerland. Tujuan persidangan ini adalah untuk menandatangani satu perjanjian yang akan menjamin keselamatan askar-askar yang berperang iaitu mereka yang tercedera , sama ada kawan atau lawan akan dirawat dan mereka yang merawat pula akan dihormati scbagai orang-orang yang berkecuali. Persidangan ini telah dimulakan pada 8hb Ogos 1864 dan pada 23 hb Ogos 1864 sebanyak 12 buah negara telah menandatangani perjanjian ini. Perjanjian ini, yang dinamakan Konvensyen Geneva melindungi askar-askar yang berperang. Perkembangan Persidangan Geneva I - IV

KONVENSYEN GENEVA PERTAMA
Melindungi askar-askar yang cedera atau sakit, pegawai-pegawai perubatan, guru-guru agama
Dan tentera di medan peperangan.

KONVENSYEN GENEVA KEDUA
Melindungi orang yang cedera, sakit atau karam di laut.

KONVENSYEN GENEVA KETIGA
Melindungi tawanan perang.

KONVENSYEN GENEVA KEEMPAT
Melindungi orang awam dalam kawasan tawanan atau yang dimiliki oleh tentera.

Perkembangan Protokol I -III
PROTOKOL 1 DAN 2
Di samping konvensyen-konvensyen tersebut, 2 Protokol telan ditambah pada 8hb Jun, 1977 untuk menjamin perlindungan yang lebih luas apabila pertclingkahan berlaku.
Contoh:
Perang Dunia Kedua. Protolkol 1 memberi lebih perlindungan kepada orang-orang awam . Pihak tentera tidak boleh menjadikan orang awam sebagai sasaran mereka, pihak tentera juga tidak boleh • mengebom bandar-bandar atau kampung-kampung • memusnahkan kawasan-kawasan Pertanian

Pihak tentera juga perlu memastikan orang awam sentiasa mendapat makanan.
PROTOKOL 2
Protokol ini diwujudkan kerana konflik bukan antarabangsa tidak diliputi oleh Konvensyen-Konvensyen Geneva.

Contoh:
Konflik di El Savador, Nicaragua, Iran , Chad dan Poland . Di antara peraturan-peraturan penting Protokol 2 ialah: • Penyiksaan dilarang • Tawanan- Tawanan politik harus dilayan dengan peri-kemanusiaan dan diberi layanan yang adil • Kaki-tangan perubatan yang menggunakan lambang Palang Bulan Sabit Merah mesti dilindungi
Sehingga 1991 165 Buah negara telah mengesahhan Konvensyen Geneva 1949 . • 103 buah telah mengesahkan Protokol 1

• 93 buah negara telah mengesahkan Protokol 2.

Negara-negara yang masih belum mengesahkan Konvensyen Geneva.

• Burma

• Brunei

• Maldives

• Nauni.

Malaysia telah mengesahkan Konvensyen Geneva pada 24hb Ogos 1962 dan merupakan negara yang mengesahkannya.
Negara-negara yang menandatangani Konvensyen Geneva telah bersetuju menjaga mereka yang cedera, sama ada kawan atau lawan. • Melindungi orang-orang awam, menghormati maruah mereka serta hak-hak keluarga dan keagamaan mereka. • Mengharamkan penyeksaan, kekejaman, pembunuhan, mengambil tawanan sebagai tebusan, membuang negeri serta memusnahkan harta-benda orang-orang awarn. • Membenarkan wakil-wakil WMA melawat tawanan-tawanan perang dan berbincang dengan mereka tanpa saksi.
Setiap rakyat Malaysia perlu mengetahui prinsip-prinsip Konvensyen Geneva kerana kerajaan kita telah mengesahkan menandatanganinya.
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia memainkan peranan yang penting kerana adalah menjadi tanggungjawap persatuan-persatuan Palang Bulan Sabit Merah untuk memastikan mangsa-mangsa peperangan pertelingkahan diberi perlindungan.
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa diberi kuasa sebagai badan berkecuali dan bebas untuk berunding di antara dua pihak yang bertempur dan memastikan peraturan-peraturan Konvensyen Geneva diikuti.
PBSMM bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha mendidik masyarakat mengenai Undang -Undang Kemanusiaan dan prinsip-prinsip Palang Bulan Sabit Merah. PBSMM juga menjalankan rancangan-rancangan pendidikan di sekolah sekolah melalui aktiviti-akiviti Ko-Kurikulum. Kursus Pendidikan dalam Palang Bulan Sabit Merah merupakan satu kursus wajib untuk kesemua ahli PBSMM. Di negara kita, PBSMM UPM merupakan Institusi Pengajian Tinggi yan unggul membantu PBSMM dan kerajaan untuk memajukan pengetahuan mengenai Konvensyen Geneva dan undang Undang Kemanusiaan Antarabangsa melalui Projek EDUCREST. [pic]
MENURUT KONVENSYEN GENEVA
Askar-askar
Yang menyerah diri perlu diberi penghormatan tanpa membeza-bezakan ketuhanan, bangsa atau agama mereka. Mereka dilarang menggunakan lambang Palang Bulan Sabit Merah untuk tujuan menipu seperti membawa senjata dalam ambulans. Pasukan-pasukan yang berperang adalah bertanggungjawab untuk mencari dan merawat askar-askar yang tercedera. Seseorang yang membantu askar - askar yang tercedera tidak boleh didakwa atan dihukum. Apabila sesuatu pasukan tentera mengambil alih kuasa di sesuatu tempat, kuasa tersebut dikehendaki menubuhkan kawasan-kawasan perlindungan untuk mereka yang cedera, sakit, tua, kanak-kanak dan juga untuk wanita-wanita yang mengandung. Hospital tidak boleh digunakan untuk tujuan menyiksa musuh.
Keperluan-keperluan perubatan dan keagamaan tidak boleh disekat. Kanak-kanak yang terpisah dari ibu-bapa mereka hendaklah diberi perlindungan, pendidikan dan kebebasan untuk bersembahyang. Langkah-langkah perlu diambil untuk mengenal pasti identiti kanak-kanak tersebut.
Pasukan - pasukan perubatan
Konvensyen Geneva dan Protokol memberi perlindungan kepada pasukan-pasukan perubatan, kapal-kapal perubatan, kenderaan perubatan dan juga kepada hospital-hospital. Kakitangan perubatan dan keagamaan bukanlah orang yang berperang. Sekiranya perkhidmatan mereka tidak diperlukan, mereka hendaklah dibebaskan.
Tawanan-tawanan perang
Tawanan-tawanan perang yang menyerah tidak boleh diserang, dibunuh atan diseksa. Mereka hendaklah menyerahkan senjata mereka. Askar yang tercedera perlu diberi rawatan. Tawanan-tawanan perang hanya dikehendaki memberitahu nama, umur, pangkat dan nombor tentera mereka kepada pihak yang berkuasa. Mereka tidak boleh dipaksa atan diseksa untuk memberi maklumat-maklumat lain: Mereka juga dibenarkan menulis surat kepada keluarga mereka. Tawanan tawanan perang boleh diminta untuk bekerja (bukan pekerjaan ketenteraan). Mereka perlu dibayar upah untuk kerja-kerja yang dijalankan.
Orang Awam
Orang awam dibenarkan bertukar-tukar berita antara ahli-ahli keluarga. Mereka tidak boleh diseksa. Maruah seseorang wanita perlu dihormati dan mereka tidak boleh dijadikan 'barang dagangan'. Adalah menjadi tanggungjawah pasukan yang bedwasa untuk memastikan orang awarn diberi makanan, minuman dan perkhidmatan perubatan. Di samping itu, ahli - ahli keluarga tidak boleh dipisahkan. Orang awam juga tidak boleh dipindahkan oleh pasukan yang berkuasa.
[pic]

Similar Documents

Premium Essay

Mobile Grades Viewers

...CHAPTER I INTRODUCTION AND BACKGROUND OF THE STUDY 1.0 Introduction and Background of the Study Innovation have made possible for the operations of the computer easy enough in processing record systems such as, creation of data records, storing, filing and retrieval of data. The San Mateo Municipal College has increased in student`s population and at the same time, the number of works of the registrar and student`s grades to be processed has also increased. One of the responsibilities of the registrar office is to keep the student`s grades data secured for their records and purposes. In order to provide an affordable and accessible tertiary to the youth and residents of the Municipality of San Mateo, they passed and signed Ordinance No. 2004-013 which established the Pamantasan ng Bayan ng San Mateo. PBSM formally opened its doors in 2005 to the first 306 San Mateo College students. Mr. Narciso E. Quesada is the one who founded the Pamantasan ng Bayan ng San Mateo. He is also the first president of PBSM. On June 2, 2011, PBSM was renamed to San Mateo Municipal College through ordinance No. 2011-008. The student population reached a total of 1033 in school year 2012-2013. Mr. Roberto C. San Pedro is the current president of SMMC. In the total of 1033 students, there are 529 first year students on a percentage of 51.21%; 266 second year students on a percentage of 25.75%; 115 third year students on a percentage of 11.13%;......

Words: 11630 - Pages: 47