Free Essay

Pbspp

In:

Submitted By LaurenYap
Words 629
Pages 3
Format Membuat Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Penggal 3 STPM 2014
Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Penggal 3 STPM 2014.

Kerja kursus P.Perniagaan kali ini membuat kajian tentang syarikat multinasional.

Antara contoh syarikat multinasional yang boleh di kaji ialah :-
1. Panasonic
2. Honda
3. Toyota
4. Mitsubushi
5. Yamaha
6. Nestle
7. Yakult
8. Petronas
9. Shell
10. 7-Eleven
11. Samsung

Selepas calon STPM telah memilih syarikat multinasional yang hendak dikaji, maka anda boleh mula membuat kajian terhadap syarikat tersebut dengan melayari internet untuk mencari bahan.

Berikut ialah isi kandungan untuk Kerja Kursus Pengajian Perniagaan STPM 2014.

1. Abstrak -memberitahu syarikat multinasional manakah yang anda pilih. -menceritakan analisa yang anda telah buat. -memberikan beberapa konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang telah diamalkan oleh syarikat multinasional yang anda pilih. Contoh: Dunia tanpa sempadan, Lokalisasi, Selatan-selatan, Globalisasi dan Nasionalisasi. -memberikan strategi pemasaran yang telah diamalkan oleh syarikat multinasional yang anda pilih. Contoh: Penembusan pasaran, Pembangunan pasaran, Pembangunan produk, dan pempelbagaian produk.

2.Isi Kandungan - buat sendiri. - rangka seperti diatas.

3. Pengenalan -memberikan pengenalan tentang apakah maksud atau definisi syarikat multinasional. -terangkan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat yang anda pilih. -memberikan contoh produk yang telah dikeluarkan oleh syarikat yang anda telah pilih. -menerangkan visi, misi dan objektif yang ditetapkan oleh syarikat multinasional yang anda telah pilih. -akhir sekali, membuat kesimpulan dalan pengenalan anda.

4. Objektif Kajian -memberikan tiga objektif kajian dalam membuat kajian terhadap syarikat multinasional yang anda kaji. -Contoh:- 1. Mengenalpasti aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Syarikat......... 2. Mengenalpasti konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diamalkan oleh Syarikat....... 3. Mengkaji dan mencadang strategi pemasaran yang sesuai diamalkan oleh Syarikat..........

5. Latar Belakang -menerangkan negara asal syarikat multinasional berkenaan. -memberikan tahun syarikat berkenaan ditubuhkan. -memberikan nama pengasas syarikat. -memberikan sedikit pengenalan tentang pengasas syarikat. -memberikan sejarah perniagaan dari dahulu hingga sekarang. -memberikan jumlah cawangan yang telah dibuka pada masa kini. -memberikan peta lokasi syarikat berkenaan di Malaysia dan negara asal.

6. Kaedah Kajian -Kaedah kajian yang digunakan dalam kerja kursus pengajian perniagaan STPM 2014 ialah:- 1. Buku Rujukan 2. Internet

7. Dapatan Kajian Dalam bahagian dapatan kajian meliputi empat bahagian iaitu:- I. Aktiviti Perniagaan -menerangkan aktiviti perniagaan yag dijalankan oleh syarikat yang anda pilih samaada pengeluaran atau perkhidmatan. -memberikan maksud aktiviti pengeluaran atau perkhidmatan yang dijalankan oleh syarikat berkenaan. -memberikan strategi memasuki perniagaan antarabangsa yang dimalkan oleh syarikat multinasional berkenaan. Contoh: Pelesenan, Francais, Usahasama, Subsidiari dan Operasi Serah Kunci. -memberikan maksud tentang strategi yang diamalkan oleh syarikat. Contoh: memberikan maksud tentang Francais jika syarikat berkenaan mengamalkan strategi Francais.

II. Pendekatan SWOT Analisis -memberikan definisi tentang SWOT Analisis. -kemudian, menerangkan kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman yang dihadapi oleh syarikat multinasional yang anda kaji.

III. Konsep-konsep Yang Diamalkan -berikan konsep-konsep yang diamalkan oleh syarikat berkenaan. -Contoh: Pasaran menimbul, Dunia tanpa sempadan, Lokalisasi, dan Selatan-selatan. -setiap konsep perlu memberikan definisi atau maksud bagi setiap konsep yang diamalkan.

IV. Strategi Pemasaran -terdapat empat strategi pemasaran iaitu: 1.Penembusan pasaran 2.Pembangunan pasaran 3.Pembangunan produk 4.Pempelbagaian produk -memberikan definisi dan maksud bagi setiap strategi. -menerangkan strategi yang diamalkan oleh syarikat berkenaan dan memberikan beberapa contoh bagi mengukuhkan penerangan anda.

8. Rumusan Kajian -memberikan rumusan bagi keseluruhan kajian. -memberikan beberapa cadangan yang berkesan bagi meningkatkan keuntungan,prestasi dan mencapai matlamat syarikat. -meneranglan apa yang anda dapat ketahui menerusi kajian ini.

9. Rujukan -berikan sekurang-kurangnya 3 buku rujukan dan 2 sumber Internet iaitu laman web.

10. Lampiran -memberikan gambar kilang, peta lokasi, produk, dan carta organisasi. -boleh letak gambar lain jika bersesuaian.

Sekian daripada saya, harap semua contoh ini dapat membantu anda.Sekian terima kasih.
Kalau boleh, Follow lah saya.HaHa ^_^.
Kalau nak borang Kerja Kursus untuk halaman depan kerja kursus, iaitu borang perakuan dan sebagainya, anda boleh tinggalkan e-mel anda dan saya akan hantarkan kepada kamu menerusi e-mel.

Similar Documents