Free Essay

Pengaruh Asing Dalam Dialek Kelantan

In: English and Literature

Submitted By azyani
Words 576
Pages 3
Pengaruh Bahasa Asing Dalam Dialek Kelantan, Selangor dan Johor

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa negara kita telah dijajah oleh kuasa – kuasa asing beberapa tahun dahulu, dan tidak terkecuali negeri Kelantan, Selangor dan johor. Pertama sekali, penjajahan yang berlaku di Negara kita disebabkan beberapa faktor seperti factor ekonomi, keadaan anarki, kebimbangan campur tangan kuasa – kuasa asing dan sebagainya. Penjajahan ini meninggalkan kesan ke pada Negara iaitu kemasukkan buruh cina dan india, sumber ekonomi dimonopli oleh pihak asing, perubahan politik , pengenalan tulisan rumi.
Di Kelantan terdapat beberapa perkataan yang dipinjam daripada bahasa asing dan perkataan tersebut sering kali dituturkan oleh masyarakat negeri Kelantan itu sendiri dam komunikasi harian mereka terutamanya dalam keluarga terdekat, antaranya seperti :

Dielek Kelantan | Bahasa Inggeris | Bekwoh | Big work | Bokk | Book | Merket | Market | Nneja | Manager | Pozek | Deposit | Rizat | result | Suwih | Switch | So’oh | So hot |

Bersumberkan buku Kelantan social dan budaya terbitan DBP yang salah seorang penyumbangnya ialah Dr. Nik Safiah Karim. * Cok - Cangkul * Bo - Cukup * Cewe - Ular * Jo'ong - Mendung

Bahasa Melayu dikayakan dengan perkataan Arab yang kebanyakannya berkait rapat dengan istilah-istilah Islam. Dalam dialek Kelantan, pengaruh bahasa Arab juga terdapat di luar bidang agama. Namun kebanyakannya terkesan pada buah-buahan.

* Ghok - Ghabah - Hutan atau semak * Jabik - Zabib - Anggur * Topoh - Tuffah - Epal * Niknak - Na'na' - Pudina * Kawo - Qahwah - Kopi Selain itu, bahasa klasik turut meninggalkan beberapa kesan dalam dialek Kelantan (atau sebaliknya) seperti pengunaan kata jendera. Pengaruh bahasa Inggeris wujud didalam dialek ini tetapi ti dak dapat dipastikan kesahihannya maka tidak disebut melainkan perkataan pasenjeng yang berasal daripada kata passenger yang digunakan secara meluas sejak dulu lagi.

Johor terkenal dengan suku-suku seperti Jawa, Bugis, Banjar, Melayu dan beberapa suku kecil yang lain. Keunikan ini telah memperlihat pelbagai budaya yang berbeza-beza. Antara keunikan-keunikannya adalah dari segi makanan, perayaan, adat dan kepercayaan. Saya sendiri daripada suku Bugis yang diperturunkan daripada keturunan sebelah ayah. Ibu saya pula campuran Jawa-Melayu. Oleh itu, serba sedikit saya mempelajari budaya kedua-dua suku. Di sini saya ingin berkongsi antara budaya-budaya yang ada di Johor. Apabila terdapat kenduri-kendara di kampung saya, saya bersama saudara-saudara dan orang kampung akan bekerjasama menjayakan kenduri itu. Selalunya di sini masyarakat memanggil gotong-royong itu dengan nama "rewang". "Rewang" ini termasuklah dalam kenduri perkahwinan, kenduri tahlil, upacara potong jambul mahupun upacara-upacara seumpamanya. Selain itu, dalam budaya Bugis, apabila tiba musim perayaan, makanan tradisi "burasak" dan "lepat" menjadi santapan utama. Namun, saya menetap di luar kebudayaan suku-suku ini. Apabila sesekali balik kampung dan bertandang ke rumah arwah atuk, barulah saya merasai budaya mereka yang sebenar. Dalam berbicara mengenai dialek, masyarakat Johor juga mempunyai dialek yang tersendiri. Walaupun masyarakat Johor dilihat banyak menggunakan bahasa baku, namun sesetengah tempat terdapat penggunaan istilah tertentu. Oleh itu, sesetengah masyarakat Johor juga tidak menggunakan bahasa baku sepenuhnya. Jeda dan struktur penyususnan kata juga mempunyai perbezaan dengan dialek negeri-negeri lain. Di sini, saya akan memberi contoh kata dan struktur ayat dialek Johor.
Contoh kata dialek Johor :
Almari - Gerobok
Selimut - Gebo
Selipar - Selipo
Kereta - Motoko (orang lama-lama dahulu)
Tukar - Tuko
Sabar - sabo

Contoh ayat :
Mak, tak pegi paso ke hari ni?
Emak tidak ke pasarkah hari ini?
Aku belom abis blajo lagi kat UPSI.
Saya belum habis belajar lagi di UPSI.

Adik aku slalu masok tido awal.
Adik saya selalu masuk tidur awal.

Akak ngah bako sampah kat umah die. Rujukan * http://dermagabmk1.blogspot.com/2009/10/unsur-bahasa-asing-dalam-bahasa-melayu.html * G:\dialek asimenPPG Pengajian Melayu Kajian Etnik Jawa di Malaysia.htm *

Similar Documents