Free Essay

Penggunaan Bahan Manipulatif Dalam Meningkat Konsep Toalk

In: Philosophy and Psychology

Submitted By fararara
Words 3906
Pages 16
PENGGUNAAN BAHAN MANIPULATIF DALAM MEMBANTU KONSEP KEFAHAMAN OPERASI TOLAK DI KALANGAN KANAK-KANAK TABIKA 6 TAHUN DI HULU SELANGOR

Oleh
Nurfarahin Binti Shamsudin
Abstrak
Kajian tindakan ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan bahan manipulatif dalam membantu kebolehan operasi nombor dalam kalangan kanak-kanak enam tahun di tabika. Pengkaji memilih dua orang kanak-kanak tabika yang berumur enam tahun sebagai kumpulan sasaran.
Tinjauan awal telah dilakukan dengan menganalisis lembaran kerja yang dilakukan keatas pemerhatian keputusan ujian pra. Berdasarkan analisis lembaran kerja yang dilakukan oleh kanak-kanak dalam operasi tolak menunjukkan tiga daraipada mereka mempunyai masalah dalam menyelesaikan operasi tolak dalam lembaran kerja yang diberikan guru. Melalui keputusan Ujian Pra yang diperolehi oleh kanak-kanak amat tidak memuaskan kerana kanak-kanak tersebut mendapat 2 markah kebawah iaitu sebanyak 20%
Perbandingan keputusan sebelum aktiviti dijalankan dengan selepas aktiviti dijalankan amat memberangsangkan. Perbezaan skor antara Ujian Pra dan Ujian Pos yang amat ketara bagi dua orang kanak-kanak membuktikan penggunaan bahan manipulatif ini amat signifikan dengan kemahiran kanak-kanak dalam menyelesaikan operasi matematik tolak dengan aktiviti penggunaan bahan manipulatif. Kanak-kanak didapati lebih suka dengan tindakan inovatif dengan menjawab soalan yang diberikan oleh guru dan ini merupakan intipati dalam kajian tindakan ini menjawab persoalan yang dikemukakan terhadap kanak-kanak tepat dan berkesan

PENYATAAN MASALAH
Isu yang dikenalpasti adalah semasa pengkaji menjalani latihan mengajar (praktikal) di tabika, Hulu Selangor di mana pengkaji telah menjalani latihan mengajar 2 bulan di tabika dan 2 bulan di taska iaitu secara keseluruhanya selama 4 bulan tempoh berpraktikal. Sepanjang praktikum dijalankan, pengkaji telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar Matematik kelas 6 tahun yang mempunyai bilangan kanak-kanak seramai 24 orang. Selama 2 bulan, semasa sesi pengajaran dan pembelajaranm pengkaji didedahkan dengan perkembangan kognitif, sebahagian kanak-kanak tidak dapat menguasai konsep tolak semasa pengajaran dijalankan. Kanak-kanak tersebut langsung tidak tahu mengenai konsep tolak tersebut. Walaupun pengkaji memberi soalan operasi tolak yang paling mudah seperti 3-1 kanak-kanak tersebut tidak dapat memahaminya.
Pengkaji menghadapi masalah setiap kali pegajaran Awal Matematik yang melibatkan pengiraan operasi tolak. Kanak-kanak tidak dapat menyelesaikan soalan pengiraan tolak yang mudah. Sering kali pengkaji mendengar dia berkata, “pengkaji tak tahu buat” dan kadang-kadang dia hanya menggelengkan kepala dan hanya tersenyum sambil memandang ke arah guru sahaja. Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak menarik perhatian pengkaji dan mendorong pengkaji untuk mengkaji tindakan yang boleh menguasai konsep operasi tolak dalam kalangan kanak-kanak. Pengkaji telah merancang beberapa tindakan untuk membantu kanak-kanak untuk menangani masalah tersebut dalam proses menambah baik amalan kendiri pengkaji selaku guru pelatih.

FOKUS KAJIAN
Kajian yang telah dilakukan ini fokus terhadap penggunaan bahan manipulatif memberi kesan terhadap kanak-kanak tabika berumur enam tahun dalam menyelesaikan operasi matematik penolakkan ‘-’. Dengan membantu kanak-kanak menguasai kemahiran ini, diharapkan kanak-kanak dapat menjawab soalan-soalan ujian atau peperiksaan yang akan datang dengan lebih tepat dan bagi guru tabika pula dapat menggunakan bahan manipulatif ini sebagai kaedah pengajaran dan pengajaran yang berkesan kepada kanak-kanak dalam meningkatkan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak serta mewujudkan minat pelajar dalam subjek matematik.

Jadual 1: Keputusan ujian pra Sampel | Jantina | Bilangan soalan yang dapat dijawab / jumlah soalan | A | L | 2/10 | B | P | 2/10 |

Rajah 1 dibawah menunjukkan hasil kerja kanak-kanak. Kanak-kanak tersebut dipanggil sampel. Sampel A dan B hanya dapat menjawab dua soalan yang betul daripada sepuluh soalan yang telah diberikan. Sampel A dan B juga kelihatan keliru dengan konsep operasi tambah iaitu pada soalan 3-1= 4, 8-2=10, 5-3=8 dan hal ini secara langsung menyebabkan semua jawapan yang diberikan salah. Kedua-dua sampel belum dapat membezakan antara operasi tambah dengan operasi tolak.

Sampel A Sampel B
Rajah 1: Lembaran kerja sampel

OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini dijalankan, adalah diharapkan kanak-kanak akan mencapai objektif berikut:
Objektif Umum:
Meningkatkan kefahaman dana kemahiran kanak-kanak tabika berumur enam tahun menjawab pelbagai jenis soalan yang melibatkan gabungan operasi matematik tolak ‘+’.
Objektif Khusus: a) Memastikan semua kanak-kanak tabika yang berumur enam tahun dapat menguasai konsep operasi tolak dengan menggunakan bahan manipulatif yang diajar oleh guru dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

b) Mengenalpasti keberkesan penggunaan bahan manipulatif dalam konsep tolak sebagai kaedah pengajaran yang berkesan bagi menarik minat kanak-kanak terhadap subjek Matematik

PERSOALAN KAJIAN a) Adakah kanak-kanak tabika yang berumur enam tahun dapat menguasai konsep operasi tolak dengan menggunakan bahan manipulatif yang diajar oleh guru?

c) Bagaimana keberkesan penggunaan bahan manipulatif dalam konsep tolak sebagai kaedah pengajaran yang berkesan bagi menarik minat kanak-kanak terhadap subjek Matematik

SOROTAN LITERATUR
Matematik adalah salah satu mata pelajaran yang dapat diaplikasikan penggunaannya dalam kehidupan seharian. Menurut Mohamad Daud Hamzah (1996), menyatakan bahawa kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian mereka ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan, penjenisan, dan susunan aturan melalui perhubungan mereka dengan persekitaran mereka. Proses membuat kaitan matematik dengan kehidupan seharian kanak-kanak dapat membantu membina pengalaman yang jelas. Oleh itu, amat bersesuaian jika kanak-kanak tabika belajar matematik dalam konsep tolak menggunakan bahan manipulatif
Mengikut teori Piaget (1952) yang disampaikan oleh Jean Piaget, seorang ahli psikologi dan falsafah yang banyak mengkaji dan membahaskan ilmu berkaitan tahap kognitif kanak-kanak mengatakan bahawa, kanak-kanak memerlukan pengalaman konkrit untuk memahami istilah matematik dan simbol matematik. Hal ini kerana, kanak-kanak masih berada dalam peringkat konkrit di mana pemikiran abstrak dan hypotetikal masih belum terbina sepenuhnya.
Heddens (2005) dalam kajian bertajuk “Improving Mathematics Teaching by Using Manipulatives”, bahan manipulatif didefinisikan sebagai model konkrit yang melibatkan konsep matematik untuk menarik kepada beberapa deria serta boleh disentuh dan digerakkan oleh kanak-kanak-kanak-kanak. Dalam Konteks penggunaan bahan manipulatif tersebut lebih berfokus kepada untuk mencapai objektif bagi setiap pembelajaran dan secara tidak lansung menghasilkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna dalam mata pelajaran matematik.
Selain itu, Clements, D.H (1999) dalam kajian ‘‘Concrete Manipulatives Concrete Ideas. menyatakan bahawa manipulatif yang baik adalah ia yang membantu pelajar dalam membina, pengukuhan, dan menghubungkan pelbagai idea-idea penyataan matematik. Ini menyebabkan kanak-kanak akan lebih memahami tentang isi kandungan yang diajar oleh guru.Secara tidak lansung objektif yang ingin dicapai oleh guru semasa mengajar dapat dicapai dan memberi pembelajaran yanag bermakna.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Sowell (1989) “Effects of manipulative materials in mathematics instruction” dan Suydam dan Higgins (1977) “Activity-based learning in elementary school mathematics: Recommendations from research” dinyatakan pembelajaran yang efektif terhadap konsep dan teknik matematik ialah dengan penggunaan bahan-bahan manipulasi. Sebagai contoh bahan manipulatif seperti attributes block, colorful unifix cubes, kiub dan lain-lain lagi.Ia bukan sahaja bahan bantu mengajar tetapi juga sebagai satu teknik yang digunakan oleh guru agar kanak-kanak dapat menguasai sesuatu topik matematik yang diajarkan.
Selain itu juga, Zoltan P. Dienes (1916) teori-teori pembelajarannya meninggalkan kesan yang mendalam kepada bidang pendidikan matematik. Nama Dienes sinonim dengan blok multi-asas (juga dikenali sebagai blok Dienes) yang dihasilkan untuk pengajaran nilai tempat. Sebagai contoh Blok Dienes adalah alat manipulatif digunakan oleh pelajar untuk belajar konsep-konsep asas matematik penambahan, penolakan dan lain-lain lagi.

KERANGKA KONSEPTUAL
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana dengan pengunaan bahan manipulatif dalam pengajaran operasi tolak. Berikut adalah kerangka konseptual kajian ini berdasarkan rajah 2, yang diadaptasi daripada model penyelidikan Kemmis & Mr Taggart( 1988). Ia sebagai panduan untuk melaksanakan kajian tindakan pengkaji. Terdapat empat langkah dalam kajian tindakan berdasarkan gelungan ini iaitu seperti rajah di bawah :
Rajah 2: Kajian Tindakan Model Kemmis & McTaggart (1988)
METADOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian adalah penting bagi sesuatu kajian sebagai panduan untuk memastikan objektif kajian tercapai seterusnya menjawab persoalan kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan mengunakan kaedah pemerhatian perserta. Pengkaji ingin mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan menjadi dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh di percayai. Kajian ini melibatkan dua orang kanak-kanak iaitu sampel A dan B, seorang lelaki dan seorang perempuan sebagai sampel untuk membuat pemerhatian
Kajian ini dilaksanakan secara sistematik berdasarkan beberapa langkah yang dirancang seperti pengumpulan maklumat melalui pemerhatian dan temu bual seperti menganalisis data dan mencatat. Berikut adalah prosedur tindakan penggunaan bahan manipulatif.: Jadual 2: Prosedur tindakan penggunaan bahan manipulatif Langkah | Tindakan yang diambil | Hari Pertama | Sampel akan diajar dalam konsep operasi tolak (-) dengan memperkenalkan penggunaan bahan manipulatif (jeli berwarna) untuk mengetahui makna konsep tolak (-). | Hari Kedua | Sampel akan diajar dalam konsep operasi tolak (-), dengan nombor 1 hingga 5 dengan penggunaan bahan manipulatif ( biskut)-Sampel mengira nombor satu hingga lima menggunakan bahan manipulatif (biskut)-Sampel membilang bilangan biskut mengikut jumlah yang ditetapkan, bermula dari bilangan satu hingga lima.-pengkaji menunjuk cara bagaimana menggunakan bahan manipulatif (biskut) untuk membuat pengiraan melibatkan operasi tolak lingkungan satu hingga lima. | Hari Ketiga | Sampel akan diajar dalam konsep operasi tolak (-), dengan nombor lima hingga sepuluh dengan penggunaan bahan manipulatif ( butang berwarna)-Sampel mengira nombor lima hingga sepuluh menggunakan bahan manipulatif (butang berwarna)-Sampel membilang bilangan butang bewarna mengikut jumlah yang ditetapkan, bermula dari bilangan lima hingga sepuluh.-pengkaji menunjuk cara bagaimana menggunakan bahan manipulatif (butang berwarna) untuk membuat pengiraan melibatkan operasi tolak lingkungan lima hingga sepuluh. | Hari Keempat | Latihan pengukuhan (pendekatan masteri ) lembaran kerja 1- aras rendah | Hari Kelima | Latihan pengukuhan (pendekatan masteri ) lembaran kerja 2- aras sederhana | Hari Keenam | Latihan pengukuhan (pendekatan masteri ) lembaran kerja 3- aras tinggi | Hari Ketujuh | Ujian pos sampel A dan B | Hari Kelapan | Menjalani temubual bersama dengan sampel A dan B |

Sampel kajian
Kajian tindakan ini melibatkan sampel seramai dua orang kanak-kanak berlainan jantina di tabika, Hulu Selangor. Kedua-dua orang kanak-kanak berumur 6 tahun dan belajar dalam sebuah kelas yang sama. Mereka pada awalnya, sampel memberikan respon positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan mengunakan bahan manipulatif dalam konsep tolak. Hal ini kerana kanak-kanak lebih tertarik pembelajaran yang mengunakan bahan yang boleh disentuh, dirasa dan boleh manipulasikan.

Jadual 3: Maklumat peserta kajian Sampel | A | B | Jantina | Lelaki | Perempuan | Gred dalam ujian pra | D | D | Skor ujian pra | 2/10 | 2/10 |

Instrumen Kajian
Instrumen kajian digunakan adalah pemerhatian dan temu bual. Penyelidik membuat pemerhatian terhadap analisis dokumen. Analisis dokumen yang pengkaji menggunakan berbentuk artifak, iaitu lembaran kerja bertulis sampel yang diberikan kepada sampel selesai sahaja sesi pembelajaran dan pengajaran pada hari tersebut. Daripada lembaran kerja bertulis sampel, pengkaji dapat mengetahui perkembangan dan peningkatan tahap penguasaan sampel dalam operasi tolak. Pengkaji juga dapat mengetahui adakah sampel berjaya menguasai konsep penolakkan lingkungan satu hingga sepuluh. Selain itu, pengkaji juga menganalisis terhadap ujian penilaian yang diberikan iaitu ujian pra dan ujian pos. Ujian pra dijalankan sebelum sesi pembelajaran dan pengajaran bermula bertujuan mendapat gambaran tentang pengetahuan sedia ada sampel mengenai tajuk yang dikaji. Manakala ujian pos pula dijalankan ke atas kedua-dua sampel setelah selesai pembelajaran dan pengajaran untuk menilai keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar dalam meningkatkan kemahiran pengiraan yang melibatkan operasi tolak lingkungan satu hingga sepuluh.
Selain itu pengkaji juga mengunakan instrumen temu bual. Pengkaji menemu bual dua sampel secara individu pada hari kelapan. Temu bual membantu pengkaji meneroka dan mendapat maklumat kajian secara mendalam kerana melibatkan hubungan bersemuka secara langsungdengan responden. Semasa temu bual dijalankan, pengkaji telah mencatatkan isi-isi utama supaya dapat merujuk balik jawapan sampel selepas sesi temu bual. Melalui sesi temu bual yang dijalankan jelas menunjukkan sampel berasa seronok semasa sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan menggunakan bahan manipulatif seperti butang berwarna,jeli berwarna dan juga biskut . Secar tidak lansung, penggunaan bahan manipulatif tersebut dapat menarik minat sampel untuk terus mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran tersebut.

Analisis Data
Pengkaji telah menggunakan kaedah analisis pola dalam menganalisis perbandingan markah ujian pra dan ujian pos. Melalui analisis yang dijalankan menunjukkan peningkatan dalam markah ujian pos sampel. Analisis pola digunakan untuk perbandingan markah sebelum dan selepas menggunakan bahan manipulatif dalam operasi tolak lingkungan satu hingga sepuluh. Pengkaji juga menggunakan analisis kandungan bagi menganalisis lembaran kerja sampel untuk melihat penolakan angka mana yang dikuasai oleh sampel.

DAPATAN KAJIAN
Selepas menjalankan kajian tindakan tersebut, berikut merupakan dapatan kajian pengkaji yang diperolehi dan dapatan kajian tersebut secara langsung menjawab persoalan kajian pengkaji. * Adakah kanak-kanak tabika yang berumur enam tahun dapat menguasai konsep operasi tolak dengan menggunakan bahan manipulatif yang diajar oleh guru?.
Pemerhatian
Sampel menunjukkan sampel dapat menguasai kemahiran mengira melibatkan operasi tolak asas lingkungan satu hingga sepuluh melalui lembaran kerja yang telah diberikan.Lembaran kerja telah diberikan dalam tempoh masa selama dua minggu bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran mengira melibatkan operasi tolak asas lingkungaan satu hingga sepuluh.Aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam matematik beri penekanan kepada pembelajaran masteri. Pembelajaran masteri ialah pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang berfokuskan penguasaan kanak-kank dalam sesuatu pekara yang diajar . Hal ini memyebabkan pengkaji menggunakan pendekatan masteri, di mana sampel diajar pengurangan nilai satu terlebih dahulu seperti 10-1,8- 1, 5-1 dan sebagainya. Apabila mereka telah mahir dan dapat menguasai pengurangan nilai 1, barulah diajar pengurangan 2 seperti, 10-2, 6-2, 5-2 dan sebagainya..
Selain itu, melalui lembaran kerja yang diberikan iaitu sebanyak 30 soalan lembaran kerja yang diberikan telah menunjukan bahawa kedua-dua sampel telah menunjukkan sampel A berjaya menjawab 27 soalan dan sampel B berjaya menjawab 29 soalan dengan betul. Jadual 4 menunjukan keputusan markah lembaran kerja murid.

Sampel | Blangan Soalan | Jumlah Soalan Betul Salah | A | 30 | 27 3 | B | 30 | 29 1 |
Jadual 4: keputusan markah lembaran kerja murid.

Berdasarkan rajah 3 menunjukkan keputusan lembaran kerja kedua-dua yang diterjemahkan dalam bentuk graf

Rajah 3 : Graf keputusan lembaran kerja lembaran kerja murid

Berdasarkan jadual 5 yang telah diterjemahkan ke dalam bentuk peratus menunjukan kedua-dua murid telah mendapat markah iaitu sampel A mendapat 90% manakala sampel B mendapat 97%.. Jadual 5 menunjukan skala tahap penguasaan berdasarkan lembaran kerja murid. Tahap Penguasaan | Markah (%) | Telah menguasai (TM) | 80-100 | Sedang menguasai (SM) | 60-79 | Belum menguasai (BM) | 40-59 | Memerlukan bimbingan (MB) | 0-39 |

Jadual 5 : Skala tahap penguasaan berdasarkan markah lembaran kerja murid.

Berdasarkan Rajah 4 menunjukan bahawa kedua-dua sampel telah menguasai penolakan lingkungan satu hingga sepuluh iaitu sampel telah mendapat 90% soalan betul dan sampel B mendapat 97% soalan yang betul.

Rajah 4 : Peratus tahap penguasaan sampel A dan B

Hasil analisis membuktikan penggunaan bahan manipulatif (jeli berwarna, butang berwarna, biskut) berkesan dalam membantu penguasaan kemahiran mengira melibatkan operasi tolak asas. Hal ini terbukti melalui jumlah markah yang diperolehi melalui lembaran kerja sebanyak 30 soalan dan kewajaran markah yang diberikan ialah 100%.

* Bagaimana keberkesan penggunaan bahan manipulatif dalam konsep tolak sebagai kaedah pengajaran yang berkesan bagi menarik minat kanak-kanak terhadap subjek Matematik?

Pemerhatian
Melalui keputusan ujian pra dan ujian pos menunjukkan peningkatan kemahiran mengira oleh sampel melibatkan operasi tolak lingkungan satu hingga sepuluh, dengan menggunakan bahan mnipulatif ( jeli berwarna, butang berwarna dan biskut). Rajah 5 dibawah jelas menunjukkan keberkesanan dengan mengunakan bahan manipulatif dalam konsep tolak sebagai kaedah pengajaran, hal ini kerana peningkatan yang drastik yang ditunjukkan oleh kedua-dua sampel. Pada lembaran ujian pra jumlah bilangan soalan yang berjaya dijawab oleh kedua–dua sampel hanya dua soalan, manakala dalam ujian pos dapat menjawab kesemua soalan dengan betul.

Ujian pra
Ujian pra

Sampel A & Sampel B
Ujian pos
Ujian pos

Sampel A & Sampel B
Rajah 5 :Lembaran ujian pra dan ujian pos sampel A dan B

Berdasarkan jadual 6 di bawah menunujukkan sampel A dapat menjawab dua soalan dengan betul daripada 10 soalan, manakala sampel B dapat menjawab dua daripada soalan daripada 10 soalan.

Jadual 6: Keputusan ujian pra dan ujian pos bagi kedua-dua sampel Sampel | Bilangan Soalan | Bilangan betul Ujian pra Ujian pos | A | 10 | 2 10 | B | 10 | 2 10 |

Berdasarkan rajah 6 menunjukan perbandingan ujian pra dan ujian pos. Didapati keputusan ujian penilaian antara sampel A dan B meningkat dengan mendadak iaitu pada ujian pra kedua- dua sampel hanya dapat menjawab dua soalan sahaja tetapi dalam ujian pos kedua-dua sampel dapat menjawab sepuluh soalan dengan betul

Rajah 6 : Graf perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

Melalui analisis pola perbandingan jumlah soalan yang dapat dijawab dalam ujian pra dan ujian pos dapat dilihat dengan jelas peningkatan yang mendadak. Dalam ujian pra kedua-dua sampel hanya dapat menjawab sebanyak dua daripada sepuluh soalan yang diberikan. Manakala dalam ujian pos pula murid dapat menjawab sepuluh soalan dengan betul.

Temu Bual
Pengkaji telah menemubual kedua-dua sampel bagi mengenalpasti keberkesanan pengunaan bahan manipulatif dalam konsep tolak sebagai kaedah pengajaran yang berkesan bagi menarik minat kanak-kanak terhadap subjek Matematik. Berikut merupakan hasil dapatan daripada temu bual yang dijalankan. Pengkaji telah menjalankan temu bual tidak berstruktur untuk mendapatkan tindakbalas murid berkenaan minat murid selepas penggunaan bahan manipulatif (jeli berwarna, butang berwarna, biskut) dalam pengajaran konsep tolak. Berikut merupakan skrip temubual tersebut.
Temu bual bersama sampel A
Pengkaji : Apa khabar? Sampel A : Baik…(sambil tersenyum) Pengkaji : Seronok tak membuat penggiraan operasi tolak menggunakan jeli berwarna, butang berwarna, biskut?
Sampel A :Seronok sangat, benda tu berwarna warni dan senang nak mengira.
Pengkaji : Ok.. kalau bagi soalan operasi tolak yang lain, boleh buat tak?
Sampel A : boleh (sambil senyum)

Temu bual bersama sampel B
Pengkaji : Apa khabar Sampel B : Baik…(sambil tersenyum) Pengkaji : Seronok tak membuat penggiraan operasi tolak menggunakan jeli berwarna, butang berwarna,dan biskut?
Sampel B:Seronok, saya tahu buat latihan dengan mengunakan jeli berwarna, butang berwarna, biskut ( membuat latihan operasi tolak satu hingga sepuluh)
Pengkaji : Ok.. bagus kalau macam itu. Lain kali mahu guna tak seperti jeli berwarna, butang berwarna, biskut untuk mengira lagi?
Sampel B : mahu….saya suka
Melalui temu bual yang dijalankan bersama sampel jelas menunjukkan bahawa kedua-dua sampel mempunyai minat dalam penggunaan bahan manipulatif (jeli berwarna, butang berwarna dan biskut) . Kedua-dua sampel seronok apabila menggunakan bahan bantu mengajar tersebut untuk membuat penggiraan yang melibatkan operasi tolak. Selain itu, kedua-dua murid seronok melihat bahan manipulatif yang dicipta tersebut kerana berwarna warni dan menarik minat mereka untuk terus belajar. Rajah 7 menunjukkan sampel sedang menggunakan bahan manipulatif (jeli berwarna, butang berwarna, biskut ) untuk menyelesaikan lembaran kerja. Sampel berminat untuk menggunakan bahan mnipulatif (jeli berwarna, butang berwarna, biskut) dan mereka fokus membuat lembaran kerja yang diberikan. Melalui gambar yang diambil semasa murid menggunakan bahan bantu mengajar. Gambar tersebut jelas menunjukkan bahawa keberkesanan pengunaan bahan manipulatif dapat menarik minat murid untuk terus mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran.

Rajah 7 : Sampel mengunakan bahan manipulatif (jeli berwarna, butang berwarna, biskut)

REFLEKSI CADANGAN DAN KESIMPULAN

Refleksi terhadap penyelidik
Selepas pengkaji melaksanakan penyelidikan tindakan ini, pengkaji mendapati bahawa kanak-kanak dapat meningkat kemahiran penggiraan operasi tolak asas lingkungan satu hingga sepuluh menggunakan bahan manipulatif seperti jeli berwarna, butang, biskut dan batu berwarna. Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan secara terperinci dapat dilihat dengan jelas bahawa penggunaan bahan manipulatif dapat meningkatkan kemahiran mengira kanak-kanak yang melibatkan operasi tolak. Kanak-kanak yang mengunakan bahan manipulatif ini dalam proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilihat dengan jelas tentang peningkatan markah dalam ujian pos berbanding ujian pra. Peningkatan markah ujian tersebut menunjukkan kedua-dua kanak-kanak dapat melakukan operasi tolak asas dan secara tidak langsung membantu mereka untuk menjawab soalan ujian pra dengan mudah dan memperolehi markah yang baik. Penggunaan bahan manipulatif juga dapat membantu meningkatkan minat belajar, malah ianya dapat mengurangkan tingkah laku pasif dan menggalakkkan penglibatan aktif kanak-kanak sepanjang sesi pembelajaran dan pengajaran. Kemahiran matematik kanak-kanak perlu dititikberatkan pada tabika inilah supaya kanak-kanak mampu menyelesaikan soalan matematik sehingga peringkat lebih tinggi. Ini dapat dilihat melalui peningkatan dalam jadual diatas. Perkara ini menjadi tumpuan guru untuk menjadikan tindakan intervensi bagi kajian akan datang menjadi lebih baik.

Refleksi Terrhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Daripada pemerhatian yang dijalankan, pengkaji mendapati bagi membantu kanak-kanak yang lemah dalam membuat penolakkan operasi tolak asas, mereka memerlukan bahan manipulatif yang dapat menarik minat mereka untuk terus mempelajari topik tersebut dengan baik. Penggunaan bahan manipulatif yang menarik bukan sahaja dapat menarik minat mereka malah dapat meningkatkan penguasaan dalam melakukan penolakan asas lingkungan satu hingga sepuluh. Seseorang kanak-kanak yang lemah dalam topik yang diajar akan cepat berasa bosan dan tidak memberi sepenuh perhatian terhadap sesi pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Jadi sebagai seorang guru yang prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak, guru hendaklah kreatif dan inovatif dalam menyediakan bahan bantu mengajar agar dapat menarik perhatian dan minat kanak-kanak tersebut dan secara tidak langsung meningkatkan prestasi mereka dari semasa ke semasa. Pengkaji telah memperoleh banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman baru melalui penyelidikan tindakan ini. Ia telah menambah baik amalan pembelajaran dan pengajaran pengkaji. Selain itu pengkaji gembira dapat membantu meningkatkan prestasi kanak-kanak yang lemah dalam membuat penggiraan operasi tolak.

Refleksi Terhadap Kanak-Kanak
Semasa pemerhatian yang dijalankan melihat perkembangan positif terhadap kanak-kanak. Hal ini dapat dilihat apabila ujian pra dan ujian pos, keputusan yang menunjukkan peningkatan kefahaman kanak-kanak dalam operasi tolak. Selain itu, kanak-kanak sangat tetarik dengan bahan mnipulatif kerana ia boleh disentuh, rasa dan dapat dimanipulasikan dan juga bahan tersebut dengan warna yang menarik. Secara tidak lansung memberikan kanak-kanak berminat untuk mempelajari konsep tolak dengan bahan manipulatif.

Cadangan Kajian lanjutan
Secara keseluruhan kajian ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Namun terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh laksanakan sekiranya kajian seumpama ini dijalankan lagi pada masa akan datang seperti mengintergrasikan penggunaan bahan manipulatif seperti penggunaan manipulatif maya membantu kebolehan memahami konsep operasi tolak. Hal ini kerana menyediakan persekitaran yang interaktif di mana kanak-kanak boleh menimbulkan dan menyelesaikan masalah mereka sendiri untuk membentuk hubungan antara konsep-konsep matematik dan operasi, dan mendapatkan maklum balas segera mengenai tindakan mereka. Bagi pendapat Moyer et al (2002) , manipulatif maya ditakrifkan sebagai satu, berasaskan web interaktif perwakilan visual objek dinamik yang memberikan peluang untuk membina pengetahuan matematik. Selain itu memberi kanak-kanaklebih seronok pengajaran tersebut dan secara tidak lansung memberikan kanak-kanak tertarik dengan pengajaran tersebut.
Selain itu, aktiviti nyanyian diselitkan semasa pembelajaran dan pengajaran mengunakan bahan manipulatif agar menjadi lebih seronok dan bermakna kepada kanak-kanak. Selain itu juga, nyanyian amat sinonim dengan kanak-kanak dan juga kanak-kanak amat menyukai aktiviti menyanyi. Secara tidak lansung ia memberikan kanak-kanak lebih bersemangat untuk mempelajari pembelajaran tersebut tanpa rasa bosan. Dengan aktiviti menyanyi menggalakan penglibatan aktif oleh kanak-kanak.
Seterusnya pengunaan bahan manipulatif ini juga boleh digunakan dengan konsep operasi lain dalam matematik sebagai contoh konsep operasi tambah (+). Ia juga dapat membantu guru memudahkan dalam pembelajaran dan pengajaran dalam konsep tambah untuk kanak-kanak.

RUMUSAN
Secara kesimpulannya hasil daripada kajian ini melalui pemerhatian yang dijalankan, dengan penggunaaan bahan manipulatif membantu kefahaman operasi tolak (-) lingkungan satu hingga sepuluh. Penggunaan bahan manipulatif ini berjaya meningkatkan kemahiran mengira kanak-kanak dan secara tidak lansung kanak-kanak memahami makna terhadap konsep tolak (-). Seterusnya, pengkaji akan meneruskan penyelidikan tindakan untuk peningkatan profesion pengkaji. RUJUKAN
Clements, D. H. (1999). ‘Concrete’ Manipulatives, Concrete Ideas. Contemporary Issues in
Early Childhood,Vol.1(1).45-60. Diambil pada Disember 20, 2013 dari http://www.wwwords.co.uk/pdf/freetoview.asp?j=ciec&vol=1&issue=1&year=2000&article=clements.

Heddens, J. W.(2005). Improving Mathematics Teaching by Using Manipulatives. Diambil pada Disember 20, 2013 dari http://www.fed.cuhk.edu.hk/~fllee/mathfor/edumath/9706/13hedden.html.

Moyer, P. S., Bolyard, J.J., & Spikell, M.A. (2002). What are virtual manipulatives?
Teaching Children Mathematics, 8(6), 372-377.

Piaget J (1952). The origins of intelligence in children. New York: International
Universities press. Diambil pada Disember 20, 3013 dari http://www.academicjournals.org/article/article1379610138_Simatwa.

Sowell, E. J. (1989). Effects of manipulative materials in mathematics instruction.
Journal for Research in Mathematics Education, 20, 498-505.

Suydam, M. N., & Higgins, J. L. (1977). Activity-based learning in elementary school mathematics: Recommendations from research. Columbus, OH: ERIC learinghouse for Science, Mathematics, and Environmental Education. (ERIC Document Reproduction Service No. ED 144 840) .

Zoltan P. Dienes (1916 ). Mathematics Education and the Legacy of Zoltan Paul Dienes.
Bharat Sriraman , The university of Motana,United Stated America.

Similar Documents