Free Essay

Peranan Masyarakat Wujud Perpaduan

In: Other Topics

Submitted By yusry
Words 2037
Pages 9
Peranan Masyarakat kearah integrasi dan perpaduan di Malaysia

Objektif : 1. Pentingnya kerjasama dan penglibatan masyarakat dalam mewujudkan perpaduan dan integrasi.

2. Pentingnya toleransi dan kesefahaman antara masyarakat.

3. Besarnya peranan masyarakat dalam menyokong usaha kerajaan dalam membentuk perpaduan dan integrasi.

4. Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang mampu memupuk ke arah integrasi & perpaduan.

Pendahuluan :
INTEGRASI
* Proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

* Proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama.

* Bagi negara yang berbilang bangsa, proses ini merupakan satu matlamat utama yang perlu diusahakan agar berjaya. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dalam tempoh yang lama dengan rakyat berbilang bangsa dan kepercayaan adalah satu contoh terbaik kejayaan proses integrasi.

PERPADUAN * Proses penyatuan semua aspek seperti fizikal, sosial, ekonomi & politik tetapi bukan bersifat biologikal. Bertujuan supaya setiap anggota masyarakat dpt membentuk satu identiti & nilai bersama serta perasaan cinta & banggakan tanah air.

* Perpaduan rakyat Malaysia adalah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam proses pembangunan negara. Selain daripada aspek ekonomi dan politik, perpaduan juga merupakan agenda penting dalam kemajuan sesebuah negara. Relatifnya, ekonomi dan politik yang stabil akan memberi sumbangan yang besar dalam proses perpaduan dalam sesebuah negara.

1) Amalan Rumah Terbuka * Rumah terbuka di Malaysia bermaksud sesuatu perayaan agama di sambut oleh penganut pelbagai agama yang lain dengan tujuan memupuk persefahaman di kalangan rakyat Malaysia.

* Mengadakan rumah terbuka bagi setiap perayaan di Negara kita sudah mula menjadi amalan masyarakat tanpa mengira kaum. Selain rumah terbuka pada peringkat nasional, rumah terbuka juga dibuat peringkat daerah atau kampung yang membabitkan angota keluarga, jiran tetangga serta rakan-rakan.

Kepentingan Rumah Terbuka kearah integrasi dan perpaduan di Malaysia i. Peluang Bersama-sama meraikan perayaan sesuatu Kaum a. Memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan perayaan sesuatu kaum yang lain. Secara tidak langsung, rumah terbuka ini dapat mengeratkan silaturahim dan mecerminkan identiti masyarakat majmuk di Malaysia.

ii. Kefahaman terhadap Ajaran Islam b. Amalan rumah terbuka memberi kesefahaman terhadap orang bukan islam tentang nilai hidup ajaran islam yang menganjurkan sifat berbaik-baik sesama manusia.

iii. Memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia c. Pembabitan pelbagai kaum dalam satu majlis rumah terbuka menjadikan masyarakat di Negara kita kelihatan hidup bersatu padu dan harmoni. Ia menjadikan lambang perpaduan dan rasa hormat antara kaum dan suasana ini perlu dipertahankan oleh generasi akan datang.

iv. Saling memahami antara Kaum d. Kaum-kaum yang berlainan akan lebih memahami antara satu dengan yang lain. Mengenali juadah dan makanan kaum-kaum yang lain. Sebagai contoh sambutan hari raya aidilfiri di Malaysia terkenal dengan juadah rendang dan ketupatnya. Manakala sambutan tahun baru cina terkenal dengan juadah kuih bakul, kek bulan, yee sang, daging salain dan limau mandarin. Selain itu, mereka juga akan didedahkan kepada adat resam dan pantang larang dalam sesebuah kaum di Malaysia.

2) DIFUSI BUDAYA
Maksud Budaya: a) Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni. b) Budaya adalah suatu pola hidup menyeluruh. budaya bersifat kompleks, abstrak, dan luas. Banyak aspek budaya turut menentukan perilaku komunikatif. Unsur-unsur sosio-budaya ini tersebar dan meliputi banyak kegiatan sosial manusia.
Maksud Difusi Budaya: a) suatu proses penyebaran unsur-unsur kebudayaan yang meliputi keyakinan, hasil-hasil kebudayaan, dan sebagainya dari individu ke individu lain, dari suatu golongan ke golongan lain dalam suatu masyarakat atau dari satu masyarakat ke masyarakat lain. b) Proses difusi dari unsur-unsur kebudayaan antara lain diakibatkan oleh migrasi bangsa-bangsa yang berpindah dari suatu tempat ketempat lain dimuka bumi. Penyebaran unsur-unsur kebudayaan dapat juga terjadi tanpa ada perpindahan kelompok-kelompok manusia atau bangsa-bangsa, tetapi karena unsur-unsur kebudayaan itu memang sengaja dibawa oleh individu-individu tertentu, seperti para pedagang dan pelaut.

3) Amalan Gotong Royong * Budaya bergotong-royong merupakan amalan kerjasama yang berdasarkan kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu secara ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan dalam bentuk upah atau gaji. Secara jelas bergotong-royong mengetepikan sikap mementingkan diri sendiri dan kebendaan.

Kepentingan Amalan Gotong-royong kearah integrasi dan perpaduan di Malaysia 1. Mengeratkan hubungan silaturahim a. Mengeratkan lagi silaturahim antara masyarakat apabila mereka dapat berkumpul bagi melaksanakan sesuatu aktiviti secara bekerjasama. Sebagai contoh majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong dikenali sebagai “Rewang”. Penduduk kampung atau masyarakat datang beramai-ramai bagi membantu memasang khemah dan memasak untuk majlis perkahwinan tersebut. 2. Menjalin dan memperkukuhkan semangat kejiranan b. Masyarakat kini sibuk dalam mencari rezeki, mereka tidak mempunyai masa untuk mengenali dan berbual dengan jiran masing-masing. Melalui aktiviti gotong-royong ini jiran-jiran tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama akan menjalankan aktiviti yang sama dengan sempurna. Aktiviti ini juga dapat menjalin dan meningkatkan hubungan sesama jiran melalui pengagihan tugasan, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.Dengan itu hibungan jiran akan menjadi lebih rapat seperti isi dengan kuku sekaligus mengeratkan lagi perpaduan sesama masyarakat di Malaysia.

3. Memupuk semangat perpaduan antara Kaum c. Kajian Jabatan Perpaduan Negara mendapati jurang pemisah antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun. Melalui aktiviti ini kita mampu menghapuskan sikap masyarakat Malaysia yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan masyarakat sekeliling ini. Sambil membersihkan kawasan kediaman mereka juga berpeluang untuk saling mengenali dan beramah mesra antara kaum sekaligus mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian hidup antara kaum di Malaysia.

d. Tun Dr. Mahathir mantan perdana menteri Malaysia yang ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong kita berupaya menerap pelbagai nilai murni dalam diri dan juga masyarakat. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

4) Rukun Tetangga
Definisi
Rukun tetangga merupakan satu badan yang berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan, terutamanya pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang secara tidak langsung mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama.

Peranan c) menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut. d) menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.

Tujuan a) Memupuk perpaduan i. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk perpaduan dimana aktiviti ini membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya. Ketidaksamaan taraf sosial dapat dilupuskan melalui rukun tetangga kerana dalam konsep badan ini, semua orang berada pada martabat yang sama, seperti kata orang tua, ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’.
Statistik
| 2010 | 2011 | 2012 | JAN 2013 | RT BARU | 550 | 597 | 456 | 47 | KESELURUHAN | 5,008 | 5,605 | 6,061 | 6,108 |

5) Hormat Sesama ahli Masyarakat. (Aspek Kesedaran) * Budaya hormat-menghormati ialah satu budaya atau amalan yg terpuji dan penting untuk mewujudkan suasana yang harmoni dalam masyarakat. * Perkataan 'hormat' dalam Kamus Dewan edisi 4 memberi maksud, 'mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim'. * Dalam erti kata yang lebih mudah, hormat-menghormati ialah menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan.

Ciri-ciri budaya hormat
1. Bekerjasama tanpa mengira mengira kaum, agama, darjat, harta dan pangkat.
2. Memberi layanan mesra, sopan dan memberi penghormatan kepada orang lain.
3. Menghargai budi, jasa, pendapat dan kebolehan orang lain.

Cara Amalkan budaya hormat
1. Tidak memperkecilkan/merendah-rendahkan kebolehan orang lain.
2. Mewujudkan persefahaman dan kerjasama.
3. Melatih dari supaya berkelakuan sopan.
4. Menyedari hidup dilingkumi undang-undang.
5. Melatih diri supaya tidak emosional.

Antara perkara penting hormat-menghormati yang membawa kepada integrasi dan perpaduan.
1. Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia
(a) Amalkan adat resam dan kebudayaan sendiri.
(b) Tidak mengejek, mengutuk, menghina adat dan kepercayaan orang lain.
(c) Bebas mengamalkan adat dengan tidak melanggar peraturan.

2. Hormat pendapat dan pendirian antara ahli Masyarakat.
(a) Setiap individu mempunyai hak berucap, mengeluarkan fikiran berkumpul, beragama, berpendidikan, mengundi, berpesatuan dan berpolitik.
(b) Mempunyai perasaan untuk menjalin kerjasama dan persefahaman.
(c) Menghormati hak diri dan orang lain.
(d) Bersikap terbuka tanpa melampau.
(c) Menerima pendapat serta teguran orang lain secara ikhlas.

3. Tidak rasis serta membangkitkan isu yang boleh memecahbelahkan Masyarakat.
(a) Tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan individu atau pihak yang menjurus kepada perpecahan perpaduan.
(b) Matang dalam hidup bermasyarakat - tidak memandang isu remeh seperti isu perkauman yang sering dibangkitkan.
(c) Menghormati hak semua kaum sebagai rakyat Malaysia.
Jika masyarakat Malaysia dapat menerapkan unsur dan budaya hormat sesama masyarakat seperti yang telah dibincangkan, nescaya akan wujud suasana harmoni yang seterusnya menjadi pemangkin kepada utuhnya perpaduan dan integrasi di Malaysia.

6) Ziarah-Menziarahi 1) Amalan ziarah-menziarahi mempunyai banyak hikmah dan kelebihan yang sangat bermakna bagi umat Islam terutama sekali dalam menghubung dan merapatkan ikatan persaudaraan sesama Islam. 2) Agama Islam sangat mengalakkan umatnya agar senantiasa berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan tautan silaturrahim dan ukhuwah sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (al-Hujurat: 10)

3) Amalan ziarah atau kunjung mengunjung memberi manfaat yang amat besar dan faedah yang berguna dalam konteks perpaduan ummah. Amalan ziarah juga membolehkan yang jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai, yang susah menjadi mudah dan sebagainya.

4) Maka dengan amalan ziarah akan terbentuklah satu ikatan kasih sayang yang dapat mengeratkan sesama insan, ini disebabkan asal kejadian manusia dari keturunan yang sama dari Nabi Adam a.s dan dengan sebab itulah Islam mengajak manusia saling kenal mengenali antara satu sama lain, hormat-menghormati, saling kerjasama dan faham-memahami sesama insan.

7) Penghayatan Gagasan 1Malaysia
Konsep 1 Malaysia.
1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini ialah idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.
Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju. Gagasan adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Aspek utama 1Malaysia ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain. Justeru, masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui 1Malaysia . Antara prinsip yang diterapkan dalam 1Malaysia ialah:
1. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang.
2. Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik.
3. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.

Kenapa Masyarakat perlu menghayati dan menyokong penuh Gagasan 1Malaysia?
Konsep 1Malaysia memupuk dan mengukuhkan perpaduan antara kaum serta mengelakkan perselisihan faham. * Kewujudan satu bangsa yang besar yang digelar “Bangsa Malaysia” dan menggantikan dasar perkauman yang hanya menjauhkan hubungan antara kaum.

* Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1 Malaysia amat berbeza dengan konsep asimilasi di negara-negara lain di mana identiti kaum dan etnik akan lenyap dan diganti satu identiti nasional yang sama.

* Sebaliknya konsep Satu Malaysia menghargai, menghormati dan memelihara adat istiadat, budaya dan segala pantang larang setiap kaum.

* Selaras dengan salah satu nilai, iaitu dari segi penerimaan Masyarakat. Sebagai contoh sesuatu kaum sanggup menerima keunikan kaum yang lain, saling menghormati, bertolak ansur dan bertoleransi agar mewujudkan keharmonian dan ketenteraman negara.
Natijahnya, tanpa sokongan dari masyarakat dalam konsep 1Malaysia, objektifnya dalam mencapai integrasi dan perpaduan tidak akan tercapai. Maka, dalam erti kata yang lain, jelaslah bahawa masyarakat berperanan besar kepada proses mewujudkan perpaduan dan integrasi di Malaysia melalui sokongan penuh kepada usaha-usaha kerajaan dalam mewujudkan perpaduan.

Kesimpulan
Proses pemupukan perpaduan dan integrasi memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan sesebuah negara lebih-lebih lagi dalam sesebuah negara yang berbilang kaum, agama, bahasa, budaya dan sebagainya seperti Malaysia.
Walaubagaimanapun, Kejayaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi membentuk perpaduan adalah bergantung kepada setiap masyarakat. Sekiranya soal perpaduan dan integriti ini tidak diberi perhatian yang serius, maka hasrat murni ke arah perpaduan mungkin akan terbantut
Oleh itu, Masyarakat haruslah bekerjasama bagi melahirkan perpaduan yang kukuh sesama kaum di Malaysia. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Similar Documents

Free Essay

1malaysia

... Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan penari-penari cilik melaungkan slogan 1Malaysia selepas majlis perasmian sambutan Minggu Perpaduan 2009 peringkat kebangsaan di IOI Mall Puchong. Melihat bagaimanakah pembinaan negara bangsa dapat diselarikan dengan konsep Satu Malaysia. Rakyat Malaysia  terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd  Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang  bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat.  Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara Satu Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat.  Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘Satu Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu......

Words: 2582 - Pages: 11

Free Essay

Etnik

...1.0 PENGENALAN Sejarah dan asal-usul sesuatu etnik telah membuktikan bahawa segregasi etnik ini sudah berlangsung sejak sekian lama tanpa kehadiran pihak penjajah Barat. Pola segregasi ini tetap terjadi kerana atas alasan faktor amalan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan faktor agama. Ini dapat dilihat daripada pola taburan suku kaum masyarakat di Malaysia khususnya yang hidup secara berkelompok berdasarkan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan kepercayaan yang sama di sesuatu tempat. Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan itu berlaku itu berlaku dalam beberapa keadaan seperti keadaan tempat tinggal , jenis pekerjaan, sistem persekolahan, dan penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing- masing. Sebelum merdeka, Malaysia telah pun melalui keadaan ini selari dengan dasar pecah dan perintah British sebagai kuasa penjajah. Dasar berkenaan mewujudkan segregasi dalam kalangan pelbagai etnik yang dapat mengukuhkan kedudukan kuasa politik dan ekonomi British. Seterusnya British dapat bertapak dan menjajah selama 170 tahun di negara ini. Perubahan pembangunan yang pesat di Malaysia telah mengubah sedikit senario pola taburan etnik. Dasar kerajaan yang sangat progresif ke arah meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup yang lebih baik kepada rakyat, telah membantu mempercepat mengurangkan segregasi mengikut etnik secara nyata terutamanya di kawasan-kawasan......

Words: 2332 - Pages: 10

Free Essay

Ctu555

...|MAKLUMAT KURSUS | |SEJARAH MALAYSIA (CTU 555) | |i. |Nama Mata Pelajaran |Sejarah Malaysia | |ii. |Kod Mata Pelajaran |CTU 555 | |iii. |Taraf |Kursus Universiti/ Ijazah Sarjana Muda | |iv. |Jam Kredit |2 Jam | |v. |Kaedah Penyampaian/Pengendalian |Kuliah dan Diskusi ...

Words: 1611 - Pages: 7

Free Essay

Hubungan Antara China Dengan Melayu Di Malaysia Dari Aspek Ekonomi Dan Politik

...Dari Aspek Ekonomi Hubungan antara China dengan Malaysia sudah lama wujud iaitu sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M). Pemerintahan zaman Dinasti Tang (618-907 M) telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu daripadanya ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui Alam Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, He-Ling (Jawa) dan lain-lain. Dinasti Song (960-1279) juga telah meneruskan hubungan baik dengan negeri­negeri luar tetapi menumpukan lebih banyak kepada bidang perniagaan terutama dengan negeri-negeri di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat. Hubungan paling gemilang dan bermakna antara Alam Melayu dengan China ialah yang dijalinkan antara Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming dalam abad ke-15. Persahabatan antara Melaka dan China wujud sebelum itu lagi apabila seorang utusan Raja China sampai di Melaka pada tahun 1403 dan Parameswara membalas dengan satu perutusan ke China pada tahun 1405. Laksamana Cheng Ho telah membawa hadiah bingkisan daripada Raja China, yang dibalas pula oleh Parameswara pada tahun 1407. Seterusnya beberapa orang Raja Melaka telah melawat China iaitu Parameswara (1411), Megat Iskandar Syah (1414), Sultan Muhammad Syah (1424) dan Sultan Abu Syahid (1445). Sebelum kedatangan, British bilangan masyarakat Cina terlalu kecil dan terlibat dalam bidang perniagaan. Penghijrahan secara beramai-ramai......

Words: 1177 - Pages: 5

Free Essay

Teori Konflik

...Masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik telah menjadi diskusi sejagat . Iklan pelancongan sering menggambarkan masyarakat Malaysia yang bersatu dalam kepelbagaian. Namun dalam situasi sebenar, setiap etnik bukan sahaja mempertahankan identitinya malah kajian menunjukkan perjuangan antara etnik berlaku . Persaingan antara etnik dalam merebut pelbagai peluang yang ada sememangnya wujud. Setiap kumpulan etnik memperjuangkan kepentingan masing-masing dengan gelagat tertentu. Sebagai negara contoh yang terdekat dengan kita ialah Indonesia. Mungkin ada yang tidak bersetuju menjadikan Indonesia sebagai contoh dalam isu ini kerana seperti yang kita tahu, negara itu juga sering dilanda pelbagai masalah. Sama ada suka atau tidak, hakikatnya kerajaan Indonesia mampu menyatupadukan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan etnik serta kaum minoriti Cina sebagai satu bangsa. Mereka juga bukan saja menggunakan satu bahasa pengantar di sekolah iaitu bahasa Indonesia, malah hanya mempunyai satu aliran dalam sistem pendidikan. Sistem pendidikan terutama di peringkat rendah memainkan peranan penting dalam menyemai bibit perpaduan, persefahaman dan toleransi kaum. Sebab itulah kerajaan bersungguh-sungguh mahu mewujudkan sekolah satu aliran kebangsaan di negara ini. Malangnya cadangan itu dibantah keras oleh pemimpin kaum lain, kononnya ia akan menghapuskan indentiti bangsa mereka. Mungkin, jika dilaksanakan secara bersungguh-sungguh gagasan 1Malaysia seperti yang diilhamkan......

Words: 568 - Pages: 3

Free Essay

Ethnics and Media in Malaysia

...Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1920an dengan kemajuan rangkaian radio yang luas, dan surat khabar dan majalah yang diedarkan besar-besaran.Jenis media massa yang sedia wujud ialah media cetak dan media elektronik. Radio adalah “sambungan telinga” mankala televisyen adalah “sambungan mata dan telinga”.Radio pula hanya dalam bentuk audio.Televisyen merupakan media elektronik yang menyalurkan maklumat secara audio dan visyen. Ini merupakan cara yang paling berkesan kerana penglihatan dapat memberi ingatan yang lebih dalam .Manakala suratkhabar dan majalah merupakan media cetakan dalam bentuk tulisan dan gambar. Tetapi, beberapa bentuk media massa seperti buku dan manuskrip sudah digunakan sejak berkurun lamanya. Istilah media awam mempunyai makna yang sama: ia jumlah keseluruhan pengedar awam besar bagi berita dan hiburan di seluruh media meperti surat khabar, televisyen, radio, penyiaran, yang mungkin memerlukan keanggotaan persatuan dalam pasaran yang besar seperti Newspaper Guild, AFRTRA dan penerbit teks. Istilah etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir sama,contohnya dalam adat resam,pakaian,bahasa,kegiatan ekonomi dan sebagainya.Oleh itu,media massa memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan sesama etnik khususnya di Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. 2.0 PERKEMBANGAN MEDIA MASSA DI MALAYSIA 2.1 SEBELUM MERDEKA Sebelum negara memperolehi kemerdekaan,penduduk Tanah Melayu berusaha......

Words: 5611 - Pages: 23

Free Essay

Sunway

...4 MEMBINA NEGARA BANGSA • KONSEP NEGARA BANGSA • DASAR DAN MATLAMAT • STATUS SEMASA, CABARAN DAN TUMPUAN DALAM RMKe-9 • FOKUS DAN STRATEGI PELAKSANAAN • PENUTUP 38 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 4 MEMBINA NEGARA BANGSA KONSEP NEGARA BANGSA “...kita mempunyai tanggung jawab yang besar dalam pembangunan bangsa dan negara ini. Kita juga mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan yang ingin kita capai.” 4.01 Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. 4.02 Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut: “...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi......

Words: 4806 - Pages: 20

Free Essay

Theory

...ke arah kemuliaan dan penuh bermakna yang membebaskan manusia dari rasa takut untuk meminta dan dieksploitasi. Ia merupakan pergerakan yang menjauhkan dari penindasan politik, ekonomi dan juga sosial. (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 2) Todaro (1977) berpendapat bahawa pembangunan melibatkan prose menyusun dan mengorientasi semula sistem ekonomi dan social. Ini bermakna bahawa pembangunan bukan sahaja melibatkan pertambahan kepada pendapatan dan pengeluaran, bahkan juga mengambil kira perubahan institusi social, struktur pentadbiran, pendapat umum, adat resam dan kepercayaan. (Rahimah Aziz 1989: 3). Syed Husin Ali (1976) pula menyatakan bahawa pembangunan ekonomi bertujuan untuk menaikkan taraf hidup ekonomi sebahagian besar masyarakat. Bahawa pencapaian yang tinggi dalam bidang ekonomi boleh menjadi asas yang kukuh bagi memajukan atau membangunkan bidang-bidang lain seperti pelajaran,...

Words: 7157 - Pages: 29

Free Essay

Etnik

...modenisasi adalah proses mentranformasikan masyarakat dari pelbagai sudut melalui kaedah secara perancangan teratur dan perancangan tidak teratur.Perancangan teratur melibatkan proses , kaedah dan matlamat yang hendak di capai manakala perancangan tidak teratur melibatkan tekanan dari unsur-unsur luar.Pencapaian dari aspek ekonomi,politik,sosial,sains dan teknologi asas pengukuran modenisasi.Matlamat pembangunan akan tercapai jika pembangunan menekankan aspek material dan spiritual serentak.Menurut Samsul (2006) pembangunan ekonomi dan politik merupakan asas kepada modenisasi. 4.2 Komponen Politik: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian Politik juga memainkan peranan penting dalam membentuk dasar dan arah tuju sesebuah negara selain daripada faktor ekonomi. Masalah asas dalam pembinaan negara bangsa ialah pembangunan dan pembinaan negara tersebut. Bagi memupuk semangat ‘kenegaraan’ dan ‘kekitaan’ ini bukannya mudah tambahan dalam konteks masyarakat majmuk seprti Malaysia. Elemen seperti ekonomi, sosial, politik, pendidikan dan sebagainya boleh dijadikan medium bagi mencapai matlamat sesebuah negara. Hanya dengan memberi laluan kepada pembentukkan dan pelaksanaan dasar awam yang memberi kepentingan kepada keutamaan nasional. Kejayaan dapat dinilai secara kualitatif dan kuantitatif berdasarkan tahap integrasi nasional yang dapat dicapai 4.3:Komponen Politik:Matlamat,Kaedah,Ukuran Pencapaian • Politik memainkan peranan dalam menentukan dasar dan arah tuju......

Words: 2072 - Pages: 9

Free Essay

Pengajian Am Sem 2

...4. Tingkat dan kualiti hidup masyarakat tinggi 5. Kebanyakan eksport adlah hasil industri dan perkhidmatan 6. Kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi 7. Kesedaran dan kepatuhan kepada undang2, kesetaraan gender dan penghormatan terhadap hak asasi manusia 8. Tingkat pendidikan relatif tinggi 9. Tingkat pendapatan penduduk relatif tinggi 10. Tingkat kesihatan tinggi LANGKAH MEMBINA NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA 1. Melakukan penghematan dan memperketat perbelanjaan Negara 2. Membina ekonomi berasaskan pengetahuan 3. Meningkatkan sumber daya manusia 4. Memperkukuhkan asas dan fundamental ekonomi Negara, serta mencipta bidang2 pertumbuhan baru 5. Memperbaik sistem penyampaian dan menghapus sistem birokrasi yang rumit dalam bidang pelaburan 6. Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembinaan dan penyediaan prasarana rakyat di kawasan2 pedalaman 7. Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan social OBJEKTIF/MATLAMAT RUKUN NEGARA 1. Untuk mencipta satu masyarakat yang adil 2. Untuk memelihara cara hidup demokratik 3. Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat 4. Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak 5. Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden CABARAN WAWASAN 2020 1. Mewujudkan Negara Malaysia yang bersatu 2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas,......

Words: 2950 - Pages: 12

Free Essay

Uuuuu

...melepak dan merempit. Bagi mereka, masa itu ibarat pedang yang sangat tajam dan sentiasa mengejar kita dari belakang, jika kita alpa, pedang itu akan menikam diri sendiri. Perumpamaan syurga terletak di telapak kaki ibu sudah cukup menggambarkan betapa agungnya kasih sayang daripada ibu bapa. Tidak terkecuali, guru yang mencurahkan pelbagai jenis ilmu turut memberi impak besar. Remaja terpuji tidak akan sesekali melupakan jasa insan-insan mulia yang telah banyak mengasuh, mendidik dan memberi tunjuk ajar dalam menempuh onak duri kehidupan. Akhir sekali, patuh pada ajaran agama merupakan ciri remaja berwawasan yang sangat dititikberatkan. Remaja berjaya adalah remaja yang sentiasa berakhlak mulia dan disenangi oleh segenap lapisan masyarakat. Mereka sentiasa mentaati perintah Tuhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Tambahan pula, menjadikan...

Words: 8462 - Pages: 34

Free Essay

Mcdonalds

...PENGENALAN Terdapat tiga sektor terpenting dalam struktur pengeluaran ekonomi Malaysia iaitu sektor pertama, sektor kedua, dan sektor ketiga. Sektor pertama terdiri daripada aktiviti-aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan, perlombongan, dan kuari. Sektor kedua terdiri daripada aktiviti-aktiviti pembinaan dan pembuatan sementara sektor ketiga ialah sektor perkhidmatan seperti elektrik, gas dan air, pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan, perdagangan borong dan runcit serta perkhidmatan. Dengan perkataan lain, tiga sektor tersebut memberikan gambaran jenis-jenis pekerjaan bagi kaum Melayu, Cina, India, dan lain-lain di Malaysia iaitu ada yang terlibat dengan sektor pertama, ada yang terlibat dengan sektor kedua dan ketiga. (Lehar, 1998) ISU-ISU EKONOMI DI MALAYSIA Setiap negara di dunia menghadapi masalah sosial dan ekonominya sendiri. Negara kita juga tidak dapat lari daripada masalah-masalahnya. Beberapa isu ekonomi telah dihadapi oleh negara sejak merdeka lagi dan sebahagiannya masih lagi dirasai. Isu-isu ini adalah seperti berikut. 1) Pergantungan Eksport Warisan dari dasar dan pentadbiran penjajah British telah menyebabkan ekonomi negara bergantung kepada pengeluaran dan eksport dua komoditi utama iaitu getah dan bijih timah di Semenanjung, tumpuan eksport ialah lada hitam dan petroleum di Sarawak, dan kayu balak di Sabah. Sebelum merdeka, pendapatan dari eksport kasar merupakan lebih 45 peratus daripada KDNK dan 85 peratus dari jumlah......

Words: 2875 - Pages: 12

Free Essay

Penjajahan British

...JELASKAN BAGAIMANA PENJAJAHAN BRITISH MENCORAKKAN BENTUK MASYARAKAT DI TANAH MELAYU. Malaysia yang dikenali Tanah Melayu pada suatu ketika dulu pernah dijajah oleh tiga negara yang berbeza iaitu Portugis, Belanda,British dan Jepun. Penjajahan mereka bukan sahaja membawa kesan yang besar terhadap politik dan ekonomi di negara kita malah sosial dan budaya juga mengalami perubahan yang besar. Dasar- dasar penjajah terhadap negara kita telah membawa ramai pendatang asing ke negara kita. Kedatangan pendatang-pendatang asing ketika zaman itu memberi perubahan kepada bentuk masyarakat kita secara kekal sehingga ke hari ini.Bentuk masyarakat kita yang wujud pada hari ini adalah masyarakat majmuk.Terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua-dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu’. Manakala, menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka......

Words: 1738 - Pages: 7

Free Essay

Research

...bumiputera ramai di Sabah & Sarawak.  Penggabungan membolehkan kumpulan Melayu & Bumiputera kekal terbesar  Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah,  Brunei kaya dengan sumber minyak,  Singapura - pelabuhan penting Asia Tenggara,  Sabah dan Sarawak belum maju… REAKSI NEGARI-NEGERI TERLIBAT  Lee Kuan Yew (PAP) menyokong kuat,  Barisan Sosialis dan Parti Buruh menentang.  Refrendum diadakan - keputusan, 71.1% rakyat Singapura menyokong.  Pemimpin terperanjat – salah faham, anggap helah.  Mereka takut kedudukan politik mereka terjejas.  peniaga Cina bimbang kuasa ekonomi terjejas  Ada berpendapat perlu dimerdekakan dahulu.  Pemimpin2 negeri ini membentuk Barisan Bersatu (9 Julai 1961 )  Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan – tujuan kumpulkan pendapat penduduk Sabah & Sarawak  Pada bulan Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS) menyokong gagasan Malaysia. Kemudian, Donald...

Words: 625 - Pages: 3

Free Essay

Management

...merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk. J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras. Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak......

Words: 4793 - Pages: 20