Free Essay

Perpaduan

In:

Submitted By inhashim
Words 871
Pages 4
PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, perpaduan bermaksud penggabungan, persesuaian, dan pertautan. Perkara ini dapat dilihat melalui kesepakatan antara rakyat berbilang kaum di Malaysia sejak berabad yang lalu. Malaysia sememangnya terkenal di mata dunia sebagai sebuah Negara yang kaya dengan budaya dan adat ketimuran masyarakat majmuk. Antara kaum yang dimaksudan adalah Melayu, India, Cina, Iban dan sebagainya. Kewujudan masyarakat majmuk di Negara ini telah bermula ketika zaman kerajaan Kesultanan Melayu Melaka melalui kegiatan perdagangan. Kemajuan aktiviti tersebut memberi peluang kepada imigran untuk berniaga dan menetap di sini. Selain itu, tiada pertelingkahan yang berlaku antara penduduk tempatan dan golonan imigran. Malah, kemerdekaan yang dikecapi sejak 58 tahun yang lalu juga adalah hasil perjuangan dan kesepakatan masyarakat kita. Seperti mana yang kita ketahui, perpaduan sukar untuk diperolehi jika terdapat pihak yang cuba membangkitkan isu perkauman dan memecahbelahkan persefahaman dan toleransi sesama kaum. Oleh itu, ia adalah sangat penting bagi semua pihak untuk bersatu padu demi membentuk perpaduan. Walaubagaimanapun, pandangan orang ramai tentang golongan muda yang kurang atau tidak memahami erti sebenar perpaduan hanyalah stereotaip yang sememangnya patut dihapuskan. Pemahaman remaja masa kini mengenai isu-isu yang berkaitan perpaduan barangkali tidak begitu mendalam. Hal ini adalah kerana, mereka tidak mengalami dan melalui kesusahan yang dihadapi oleh rakyat ketika zaman penjajahan oleh bangsa asing. Tetapi, adalah tidak wajar untuk menyatakan bahawa golongan muda ini langsung tidak mengetahui makna perpaduan kaum. Mereka dapat melihat dan memahami erti perpaduan dari sudut dan pendekatan yang berbeza. Sebagai contoh, inisiatif kerajaan yang memperkenalkan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah berperanan mewujudkan semangat perpaduan dan penerimaan terhadap perbezaan budaya masyarakat majmuk di Malaysia. Di samping itu, suasana pada setiap musim perayaan seperti Hari Raya, Deepavali, dan Tahun Baru Cina yang meriah dan turut disambut oleh seluruh masyarakat Malaysia juga mempamerkan kefahaman golongan remaja mengenai konsep perpaduan atau 1Malaysia. Melalui kajian ini, perkara yang ingin dikupas adalah persepsi remaja berbangsa Cina terhadap perpaduan kaum di Malaysia dan sejauh mana kesedaran mereka mengenai isu-isu yang berkaitan perpaduan.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan dalam kalangan remaja berbangsa Cina bagi mencapai objektif tersebut: i. Mengkaji persepsi remaja Cina terhadap perpaduan kaum di Malaysia ii. Mengenalpasti tahap kesedaran remaja Cina terhadap isu-isu mengenai perpaduan kaum di Malaysia.

KAJIAN LITERATUR

Pelbagai kajian telah dijalankan berkenaan isu perpaduan kaum di Malaysia dan pandangan golongan remaja mengenainya. Walaubagaimanapun, kebanyakan kajian yang dilaksanakan adalah terlalu meluas, di mana responden kajian terdiri daripada remaja pelbagai kaum. Kajian yang dibuat oleh Razli, Hanum dan Azuddin (2013) memberi fokus kepada soal persepsi pelajar di institut pengajian tinggi dan kesedaran mereka terhadap perpaduan kaum di Malaysia. Berdasarkan hasil kajian tersebut, pelajar atau mahasiswa telah menunjukkan tahap kesedaran dan kefahaman yang jelas terhadap isu-isu mengenai perpaduan kaum. Di samping itu, melalui kajian tersebut, Razli, Hanum dan Azuddin (2013) telah menyimpulkan bahawa isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum, situasi ekonomi,politik dan polisi semasa kerajaan seperti 1Malaysia telah mendapat perhatian pelajar-pelajar universiti terutamanya universiti berasaskan teknikal. Manakala, hasil kajian Chew Fong Peng (2008) yang tertumpu kepada sastera perpaduan di institusi pendidikan mendapati bahawa hampir majoriti responden bersetuju dengan saranan pendidikan sastera perpaduan dilaksanakan di institusi pendidikan. 25.51% responden yang menyokong saranan tersebut menyatakan bahawa elemen perpaduan yang terkandung dalam karya sastera dapat membawa ke arah perpaduan. Hal in kerana sastera turut berperanan menyatukan semua rakyat tanpa mengira kaum. Selain itu, sastera juga berupaya menerapkan nilai murni dan semangat patriotism dalam kalangan pelajar. Malah, para pelajar juga boleh memahami budaya kaum lain melalui pendidikan sastera perpaduan. Hasil kajian ini diperkukuhkan pendapat Gajendra K. Verma & Christopher Bagley (1979, 1984) bahawa pengajaran tentang hubungan etnik di institusi pendidikan kepada golongan remaja akan memupuk sifat toleran sesama sendiri berbanding mereka yang tidak terdedah tentang ilmu tersebut (Chew Fong Peng, 2008). Walaubagaimanapun, kajian yang dijalankan oleh Yee dan David (2010) menunjukkan bahawa, individu-individu yang lahir pada zaman selepas merdeka kurang bergaul mesra sesama masyarakat seperti datuk dan nenek mereka. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kajian terhadap pelajar-pelajar di universiti awam. Chan (2004) telah merumuskan bahawa faktor para pelajar memilih rakan sebilik di hostel adalah berdasarkan kaum dan agama masing-masing. Oleh itu, pelbagai persepsi generasi pasca merdeka dari aspek interaksi mereka dengan kaum Cina perlu diselami dan difahami. Justeru itu, beberapa pendekatan kerajaan seperti transformasi politik, transformasi kerajaan, pelan transformasi ekonomi, dan konsep 1Malaysia telah disarankan untuk dihayati oleh golongan remaja. Ia memerlukan penghayatan, penghormatan, keyakinan serta pengetahuan terhadap semua pendekatan ini bagi membolehkan generasi muda mudah memainkan peranan serta tanggungjawab mereka (Razli, Hanum dan Azuddin, 2013).

Rujukan

Ahmad, R., Hassan, H., & Bahari, A. (2013). Persepsi Mahasiswa Terhadap Isu-Isu Perpaduan: Kajian Ke Atas Pelajar-Pelajar Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN). Jurnal Personalia Pelajar, 15-24.
Peng, C. F. (2008). Persepsi Khalayak Terhadap Isu-Isu Pendidikan Sastera Perpaduan. Sari 26, 3-25.
Chan, H. C. (2004). Racial polarisation and room-mate choices among university students. In B. K. Cheah (Ed.), The challenge of ethnicity: Building a nation in Malaysia, 9-39.
Yee, M. T., & David, M. K. (2010). Perceptions of ethnic otherness: A study of Malaysian children In M. K. David, J. McLellan, Y. M. Ngeow, M. L. Lean & M. T. Yee (Eds.), Ethnic relations and nation building: The way forward (183-200).

Similar Documents

Free Essay

Peranan Masyarakat Wujud Perpaduan

...Peranan Masyarakat kearah integrasi dan perpaduan di Malaysia Objektif : 1. Pentingnya kerjasama dan penglibatan masyarakat dalam mewujudkan perpaduan dan integrasi. 2. Pentingnya toleransi dan kesefahaman antara masyarakat. 3. Besarnya peranan masyarakat dalam menyokong usaha kerajaan dalam membentuk perpaduan dan integrasi. 4. Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang mampu memupuk ke arah integrasi & perpaduan. Pendahuluan : INTEGRASI * Proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. * Proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama. * Bagi negara yang berbilang bangsa, proses ini merupakan satu matlamat utama yang perlu diusahakan agar berjaya. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dalam tempoh yang lama dengan rakyat berbilang bangsa dan kepercayaan adalah satu contoh terbaik kejayaan proses integrasi. PERPADUAN * Proses penyatuan semua aspek seperti fizikal, sosial, ekonomi & politik tetapi bukan bersifat biologikal. Bertujuan supaya setiap anggota masyarakat dpt membentuk satu identiti & nilai bersama serta perasaan cinta & banggakan tanah air. * Perpaduan rakyat Malaysia adalah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam proses pembangunan negara. Selain daripada aspek ekonomi dan politik, perpaduan juga merupakan agenda penting dalam kemajuan...

Words: 2037 - Pages: 9

Free Essay

Masalah Perpaduan Di Malaysia

...PENDAHULUAN Negara kita Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun. Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu tempatan, bahkan ia turut terlibat dalam menangani permasalahan yang menimpa dan dialami oleh masyarakat antarabangsa. Malaysia turut dikenali sebagai sebuah Negara Islam yang unik. Penduduknya berbilang bangsa dan kaum serta mempunyai kepercayaan dan pegangan agama yang berbeza. Majoriti terbesar warganya terdiri dari kaum Melayu beragama Islam. Bumi Malaysia adalah tanah asal tempat tumpah darah mereka. Dahulu, negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 1966, namanya ditukar kepada ”Malaysia”. Beberapa jenis flora dan fauna di bumi subur beriklim tropika ini sukar ditemui di tempat lain. Hasil komoditinya menjadi idaman banyak pihak. Malaysia terkenal sebagai negara pengeluar bahan-bahan mentah yang bernilai tinggi. Kedudukannya juga sangat strategik dalam lingkaran laluan dagangan antarabangsa. Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup rukun dan damai, tidak seperti penduduk di negara-negara lain yang tidak sunyi dengan perbalahan, pertikaian dan permusuhan sedangkan mereka terdiri dari bangsa, keturunan dan kepercayaan yang sama. Kehidupan rakyat negara ini pernah diuji. Keharmonian hidup mereka tidak bertahan lama kerana dicemburui banyak pihak. Beberapa kawasannya telah diserang dan dijajah oleh pelbagai kuasa seperti Portugis,...

Words: 3058 - Pages: 13

Free Essay

Etnik

...1.0 PENGENALAN Sejarah dan asal-usul sesuatu etnik telah membuktikan bahawa segregasi etnik ini sudah berlangsung sejak sekian lama tanpa kehadiran pihak penjajah Barat. Pola segregasi ini tetap terjadi kerana atas alasan faktor amalan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan faktor agama. Ini dapat dilihat daripada pola taburan suku kaum masyarakat di Malaysia khususnya yang hidup secara berkelompok berdasarkan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan kepercayaan yang sama di sesuatu tempat. Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan itu berlaku itu berlaku dalam beberapa keadaan seperti keadaan tempat tinggal , jenis pekerjaan, sistem persekolahan, dan penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing- masing. Sebelum merdeka, Malaysia telah pun melalui keadaan ini selari dengan dasar pecah dan perintah British sebagai kuasa penjajah. Dasar berkenaan mewujudkan segregasi dalam kalangan pelbagai etnik yang dapat mengukuhkan kedudukan kuasa politik dan ekonomi British. Seterusnya British dapat bertapak dan menjajah selama 170 tahun di negara ini. Perubahan pembangunan yang pesat di Malaysia telah mengubah sedikit senario pola taburan etnik. Dasar kerajaan yang sangat progresif ke arah meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup yang lebih baik kepada rakyat, telah membantu mempercepat mengurangkan segregasi mengikut etnik secara nyata terutamanya di kawasan-kawasan bandar...

Words: 2332 - Pages: 10

Free Essay

Wawancara- Jpnin

...bahawa beliau pernah dengar tentang konsep ini dan tahu bahawa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) merupakan agensi yang berusaha meningkatkan perpaduan, tetapi beliau tidak mendapat pengetahuan yang lebih mendalam mengenai usaha yang dilakukan oleh jabatan tersebut. Pada pendapat Cik Chua, beliau menyatakan bahawa usaha JPNIN bolah dipergiatkan melalui publisiti. Publisiti tersebut boleh diadakan melalui media elektronik, seperti televisyen, radio dan internet. Beliau menyatakan bahawa iklan-iklan yang disiarkan di dalam televisyen dan radio boleh diteruskan kerana beliau berasa ia amat berguna dan membantu dalam mempergiatkan usaha JPNIN yang ingin meningkatkan perpaduan negara. Cik Chua juga menyatakan bahawa maklumat mengenai integrasi nasional yang disebarkan di internet juga membantu menyedarkan rakyat Malaysia ke arah mencapai perpaduan. Bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat, Cik Chua bercadang untuk mengadakan ceramah berhubung perpaduan di sekolah-sekolah yang melibatkan semua kaum pelajar. Beliau menyatakan bahawa ceramah yang berkaitan dengan hubungan etnik, perpaduan antara kaum dan penjelasan budaya pelbagai kaum boleh diadakan pada Minggu Petriotisme yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di semua peringkat sekolah termasuk universiti juga dapat meningkatkan perpaduan antara pelajar yang berbagai kaum. Beliau telah memberi contoh seperti...

Words: 351 - Pages: 2

Free Essay

1malaysia

... Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan penari-penari cilik melaungkan slogan 1Malaysia selepas majlis perasmian sambutan Minggu Perpaduan 2009 peringkat kebangsaan di IOI Mall Puchong. Melihat bagaimanakah pembinaan negara bangsa dapat diselarikan dengan konsep Satu Malaysia. Rakyat Malaysia  terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd  Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang  bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat.  Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara Satu Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat.  Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘Satu Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat...

Words: 2582 - Pages: 11

Free Essay

Sistem Pendidikan Malaysia

...Pada pendapat saya, saya tidak bersetuju terhadap penyataan sistem pendidikan di Malaysia telah berjaya membentuk integrasi nasional di kalangan pelbagai etnik. Ini kerana sistem pendidikan yang sedia ada di Malaysia hanya pada peringkat memupuk perpaduan tetapi masih belum matang dan berjaya nampak hasilnya di kalangan rakyat. Hubungan di antara etnik boleh dikatakan dalam keadaan yang harmoni dan saling menghormati tetapi masih tidak rapat seperti yang diharapkan. Di sini mempunyai beberapa sebab dan faktor sistem pendidikan Malaysia masih gagal untuk membentuk integrasi antara etnik di negara. Pertama sekali, proses pembelajaran dan pendidikan secara berkelompok atau berpuak mengikut etnik yang sama sering wujud dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pengasingan instutusi pendidikan mengikut kaum merupakan fenomena yang boleh dilihat sejak awal lagi. Ini mungkin disebakan oleh kesan dasar pecah perintah pada zaman pemerintahan di negara ini. Perpaduan sepatutunya dipupuk sejak kecil lagi. Tetapi malangnya, pemisahan corak pendidikan mengikut aliran persekolahan yang berbeza berteraskan kaum telah menemui kegagalan mencapai matlamat tersebut. Mereka tidak diberi peluang untuk bergaul dan berinteraksi dengan kaum yang berbeza, sebaliknya hanya hidup bersama dengan etnik yang sama. Sebagai contoh, etnik Cina dan India biasanya akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan berbanding sekolah kebangsaan. Lebih-lebih lagi, sesetengah ibu bapa turut menghantar...

Words: 937 - Pages: 4

Free Essay

Rencana

...5.0 TEKS PIDATO “BAHASA MELAYU TONGGAK PERPADUAN BANGSA DI MALAYSIA” Kalau tidak kerana bintang, Tak akan bulan kelihatan tinggi , Kalau tidak kerana pidato, Tak akan saya berada disini. Datang bahtera dari Medan , Singgah sebentar di laluan Kerai, Salam satu Malaysia saya hulurkan , Kepada warga dewan pembuka tirai. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang sentiasa peka dengan detak jamnya, para perserta yang saya kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati. Hadirin dan hadirat yang dihormati Cogan kata ‘Hidup Muafakat Membawa Berkat’ merupakan antara cogan kata yang dicipta untuk menyedarkan orang ramai akan peri pentingnya muafakat dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaum seperti di negara kita. Kata orang, permuafakatan bererti perpaduan. Saya yakin bahawa perpaduan penting dalam sesebuah negara. Dalam usaha melonjak status negara berpendapatan tinggi dan bagi merealisasikan dasar transformasi kerajaan, soal perpaduan tidak boleh dipandang enteng kerana bukan mudah untuk membina identiti bangsa dan mendaulatkan maruah bangsa. Usaha membina negara bangsa yang bersatu padu ini sebenarnya boleh dilakukan jika setiap rakyat mengerti akan kepentingan bahasa kebangsaan sebagai tonggak perpaduan setiap rakyat di Malaysia. Oleh itu, izinkan saya untuk...

Words: 714 - Pages: 3

Free Essay

Hubungan Etnik

...Name : LAI BI CHAN ID : 1131121814 Title: Terangkan bagaimana kesepaduan dapat dijalinkan di kalangan masyarakat Malaysia Berlatarkan filem yang kamu tonton. Jawapan perlu mengandungi bab 2 – bab 5. Filem tersebut yang saya menontonkan pada hari selasa ialah namanya Spinning Gasing. Filem itu menyebutkan sekumpulan orang dewasa sedang berusaha untuk menjalankan dream-dream mereka. Selain itu, Filem itu juga terhadap tentang pelbagai kaum-kaum yang termasuk Melayu, Cina dan India. Akhirnya, kaum yang berbeza juga terhadap agama-agama lain. Sebagai contohnya ialah semua melayu agamanya islam, India ialah Hindu, dan Cina ialah Buddishism. Kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Kepercayaan atau rasa bangga di kalangan anggota sesebuah etnik bahawa budaya dan etnik mereka jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Takrifan budaya ialah suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dll. Dalam filem itu, terdapat banyak hal tentang pelbagai jenis budaya sepertinya budaya kebendaan, ini ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Selain tu, juga ada budaya...

Words: 1014 - Pages: 5

Free Essay

Sunway

...4 MEMBINA NEGARA BANGSA • KONSEP NEGARA BANGSA • DASAR DAN MATLAMAT • STATUS SEMASA, CABARAN DAN TUMPUAN DALAM RMKe-9 • FOKUS DAN STRATEGI PELAKSANAAN • PENUTUP 38 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 4 MEMBINA NEGARA BANGSA KONSEP NEGARA BANGSA “...kita mempunyai tanggung jawab yang besar dalam pembangunan bangsa dan negara ini. Kita juga mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan yang ingin kita capai.” 4.01 Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. 4.02 Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut: “...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa...

Words: 4806 - Pages: 20

Free Essay

Rukun Negara

...1.0 PENGENALAN Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan wujudnya “kesatuan hati”. Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang berbeza arah. Ini bermakna “konflik” yang tidak berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya. Di negara kita, kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar belakang, objektif dan prinsip Rukun Negara itu. Dari segi latar belakangnya, Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental. Rukun Negara digubal sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat yang bersatu padu, adil dan harmoni. Rukun Negara telah menjadi dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman bagi kegiatan hidup masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini. Rukun Negara mempunyai lima objektif, iaitu: untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara...

Words: 2324 - Pages: 10

Free Essay

Teori Konflik

...dilanda pelbagai masalah. Sama ada suka atau tidak, hakikatnya kerajaan Indonesia mampu menyatupadukan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan etnik serta kaum minoriti Cina sebagai satu bangsa. Mereka juga bukan saja menggunakan satu bahasa pengantar di sekolah iaitu bahasa Indonesia, malah hanya mempunyai satu aliran dalam sistem pendidikan. Sistem pendidikan terutama di peringkat rendah memainkan peranan penting dalam menyemai bibit perpaduan, persefahaman dan toleransi kaum. Sebab itulah kerajaan bersungguh-sungguh mahu mewujudkan sekolah satu aliran kebangsaan di negara ini. Malangnya cadangan itu dibantah keras oleh pemimpin kaum lain, kononnya ia akan menghapuskan indentiti bangsa mereka. Mungkin, jika dilaksanakan secara bersungguh-sungguh gagasan 1Malaysia seperti yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu menjadi formula terbaik untuk memupuk perpaduan dan menyedarkan rakyat pentingnya hubungan kaum di negara ini. Antara lain program dilaksanakan Kementerian Pelajaran untuk memupuk perpaduan ialah menerusi Program Muhibah membabitkan murid sekolah kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT). Menerusi pelbagai aktiviti...

Words: 568 - Pages: 3

Free Essay

People

...masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan jenis cabaran masa depan | B1D1 : Mengetahui aspek kecemerlangan diri | 1 | 1 | B1D1E1 : Menyatakan empat aspek kecemerlangan diri | | | B1D2 : Mengetahui cara-cara untuk mencapai perpaduan dalam keluarga | 2 | 2 | B1D2E1 : Menyatakan cara-cara untuk mencapai perpaduan keluarga | | | B1D3 : Mengetahui hak orang lain yang perlu dihormati | 3 | 3 | B1D3E1 : Menyatakan hak orang lain yang perlu dihormati | | | B1D4 : Mengetahui jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia | 4 | 5 | B1D4E1 : Menyatakan jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia | | | B1D5 : Mengetahui sistem pemerintahan di Malaysia | 5 | 6 | B1D5E1 : Menyatakan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia | | | B1D6 : Mengetahui ciri-ciri jentera pentadbiran negara yang stabil dan berkesan | 6 | 9 | B1D6E1 : Menyatakan ciri-ciri jentera pentadbiran yang stabil dan berkesan | | 2 : TAHU DAN FAHAMB2 : Mengetahui dan memahami identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan | B2D1 : Mengetahui dan memahami ciri-ciri kecemerlangan diri dalam aspek perwatakan | 1 | 1 | B2D1E1 : Menyenaraikan ciri-ciri perwatakan yang terpuji | | | B2D2 : Mengetahui dan memahami cara-cara untuk mencapai perpaduan dalam keluarga | 2 | 2 | B2D2E1 : Menyenaraikan...

Words: 901 - Pages: 4

Free Essay

Dasar Pendidikan Kebangsaan Malaysia

...MATLAMAT DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN ADALAH UNTUK MENGERATKAN PERPADUAN PELBAGAI KAUM DAN ETNIK. HURAIKAN STRATEGI –STRATEGI YANG TELAH DI RANGKA DAN DILAKSANAKAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT INI Dasar Pendidikan Kebangsaan lahir atas kesedaran tentang mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah dan bagi memenuhi kehendak negara. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan tenaga manusia di negara ini untuk jangka pendek dan panjang, melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan melahirkan insan yang berilmu, berakhlak, seimbang, dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Objektif dasar dinyatakan dalam pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu: "BAHAWASANYA dasar pelajaran scpeti yang disytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 adalah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, agama, ekonomi dan politiknya.......” Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pelajaran dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956_ dan Laporan Rahman Talib 1960 telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan murid-murid sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi. Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan...

Words: 1656 - Pages: 7

Free Essay

Hubungan Etnik

...[pic] JUJ103 – HUBUNGAN ETNIK Kepada yang berkenaan, Assalamualaikum / Salam Sejahtera Terdahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan/puan kerana sudi meluangkan masa di dalam penyelidikan ilmiah ini. Tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mendapatkan pandangan dari sudut keagamaan akan isu-isu mengenai keamanan, keadilan, perpaduan, kemanusiaan, dan kasih sayang. Maklumat yang diperolehi amatlah penting untuk kajian ini. Sila jawab semua soalan yang disediakan berdasarkan pendapat dan pengalaman tuan/puan. Terima kasih kerana sudi memberi kerjasama di dalam kajian ini. Sekiranya ruangan jawapan yang disediakan tidak mencukupi, sila gunakan ruangan lampiran yang diberi. _________________________________________________________________________________________________ Setiap agama tidak kira Islam, Kristian, Buddha dan Hindu amat mementingkan agar setiap penganutnya hidup dalam keadaan aman. Pada pandangan tuan/puan, bagaimanakah agama berperanan mendidik manusia agar hidup dalam keadaan aman walaupun mempunyai pegangan agama yang berbeza. Sila berikan bukti-bukti di dalam kitab suci agama yang menekankan bab-bab keamanan yang perlu manusia patuhi....

Words: 431 - Pages: 2

Free Essay

The Solidarity Fund and Gildan Activewear, Inc

...production quotas, and breathed air filled with fabric dust. Just a few months later, a labor rights group issued a report claiming Gildan had fired Honduran workers who had tried to organize a union. These charges presented the Fund, which owned 14 percent of Gildan, with a difficult dilemma. The textile company had been an excellent investment; its stock had risen in value from just over $2 per share when the fund first invested to nearly $12. However, if the allegations were true, the company’s practices would run counter to the basic values of the Fund. Should the pension fund try to influence Gildan’s conduct? Should it sell its shares in protest? Or should it do neither? Kes ini menerangkan keputusan yang dihadapi oleh pegawai Dana Perpaduan, dana pencen yang besar dikendalikan oleh Persekutuan Quebec Buruh (QFL). The QFL mengasaskan Dana untuk menyediakan ahli-ahli kesatuan gabungannya dan orang lain akses ke diuruskan secara profesional akaun persaraan. Ia juga berusaha untuk mewujudkan pertumbuhan pekerjaan di wilayah Quebec dan menyokong syarikat-syarikat dengan keadaan kerja yang...

Words: 1226 - Pages: 5