Free Essay

Perpuluhan

In: Religion Topics

Submitted By mique368
Words 1454
Pages 6
JANGAN BAYAR PERSEPULUHAN.

Ayat Inti : 1 Kor 10:26 Karena: "bumi serta segala isinya adalah milik Tuhan."

Pengenalan. Tajuk khutbah saya pada pagi ini “Jangan Bayar Persepuluhan.” Walaupun Persepuluhan merupakan tulang kepada General Conference SDA, saudara dan saudari tidak perlu membayar persepuluhan bermula dari hari ini. Jadi selepas ini saudara dan saudari tidak perlu lagi risau untuk membayar persepuluhan. Setiap kita di sini diajar oleh keluarga atau gereja untuk menjelaskan persepuluhan. Saya diberitahu bayaran persepuluhan itu adalah wajib bagi setiap orang Advent. Namun apabila saya mengkaji Alkitab saya bercadang untuk tidak membayar persepuluhan. Jadi saya harap saudara dan saudari akan juga berbuat demikian selepas ini.

Apa itu persepuluhan

Mungkin saudara dan saudari tertanya-tanya bagaimana ini boleh dilakukan. Saya tidak akan menggunakan wang saya sendiri untuk membayar persepuluhan saya. Saya akan menggunakan wang Tuhan untuk berbuat demikian. Bagaimana ini mungkin dilakukan? Immamat 27:30 Sepuluh peratus dari segala hasil tanaman kamu, baik gandum atau buah-buahan menjadi milik Tuhan. Ayat 32; Seekor daripada tiap-tiap sepuluh ekor ternakan adalah milik Tuhan.

Bagaimana mengelak membayar persepuluhan?

Dalam ayat berkaitan pesepuluhan, istilah-istilah yang diguna pakai adalah “ beri, serah, persembah dan mengembalikan” tidak ada satu pun ayat yang menyuruh kita membayar. Dalam Alkitab Versi King James, Perjanjian lama 25 kali perkataan persepuluhan disebut dan7 kali dalam perjanjian baru. 1 Kor 10:26 Karena: "bumi serta segala isinya adalah milik Tuhan." Kalau bumi dan segala isinya milik Tuhan kenapa kita hendak membayarnya. Adalah mustahil untuk kita membayar hanya degan 1 persepuluh sahaja. Disini kita lihat peranan kita hanya memberikan 10 peratus. Kita hanya mengembalikan sahaja apa yang menjadi milik tuhan. Jadi pada setiap hujung bulan atau setiap sabat masukkan bahagian atau syer tuhan ke dalam sampul persepuluhan. Jangan sanpai peristiwa dalam Maleakhi 3:8 Sekarang Aku bertanya kepada kamu, “Bolehkah manusia menipu Allah? Tentu tidak. Tetapi kamu menipu Aku juga. Kamu bertanya, “Bagaimana? Aku menjawab “Dalam hal memberikan pesembahan dan persepuluhan.” Ayat 10; Bawalah seluruh persepuluhan kamu ke Rumah-Ku supaya ada banyak makanan di sana. Ujilaj Aku, maka kamu akan nampak Aku membuka tingkap-tingkap syurga dan melimpahi kamu dengan segala yang baik.

Apakah Implikasi Persepuluhan hari ini?

Apakah anda masih ingat dengan Adam dan Hawa? Mereka telah diberi amaran oleh Tuhan mengenai ancaman dari pohon pengetahuan dalam Kejadian 2: 16-17 , Allah berfirman kepada manusia itu,” Engkau boleh makan buah-buahan daripada semua pokok di Taman ini., (17) kecuali dari pokok yang memberikan pengetahuan tentang yang baik dan jahat. Engkau tidak boleh makan buah pokok itu; jika engkau memakannya, engkau pasti akan mati pada hari itu juga.”Kalau Adam dan Hawa yang pada masa dulu begitu hampir dengan Tuhan tetapi terdedah kepada godaan dan pencubaan dari pokok pengetahuan tentang baik dan jahat; Apakah kita sendiri terlepas dari situasi yang sama? Rasanya adalah tidak adil. Gambarannya pada hari ini ialah kita tidak berdepan dengan pokok seperti Adam dan Hawa tapi dengan DUIT / WANG. Pesepuluhan pada hari ini lebih kepada alat pengukur kesetiaan kita. Perbuatan Hawa dan Adam yang mengambil buah dri pohon pengetahuan itu ibarat mencuri dari tuhan kerana pada masa tersebut hanya Tuhan yang memiliki pengetahuan tentang baik dan jahat serta para malaikatnya; termasuklah Lusifer yang memberontak di syurga. Jadi kalau kita mengambil persepuluhan samalah perbuatan dengan Moyang kita itu. Tuhan dapat melihat ketaatan dan kesetiaan manusia pada setiap masa melalui persembahan dan persepuluhan pada hari ini. Perspuluhan adalah perkara yang wajib namun persembahan adalah pemberian ikhlas kita untuk membantu pekerjaan tuhan. Kalau saudara dan saudari ingin juga membayar; berilah persembahan kerana itu keluar dari saku atau dompet saudara saudari sendiri, tapi persepuluhan itu milik Tuhan Cuma serahkan balik sebab kita tidak punya hak ke atasnya. Abraham dalam Kejadian 14 mengembalikan sepenuhnya perspuluhan hasil harta jarahannya. Lihat apa yang berlaku kepada Abraham dalam Kejadian 15:1 Selepas itu Abraham mendapat penglihatan dan mendengar Tuhan berfirman kepadanya, “Jangan takut, Abram, Aku akan melindungi engkau dari bahaya dan memberikan pahala yang besar kepadamu.” Yakub dalam pelariannya ke Mesopotamia dalam Kejadian 28, dia bermimpi tentang tangga yang menghubungkan syurga dan dunia. Esoknya Yakub membuat satu tekad dalam Kejadian 28:22 Dan batu yang kudirikan sebagai tugu ini akan menjadi rumah Allah. Dari segala sesuatu yang Engkau berikan kepadaku akan selalu kupersembahkan sepersepuluh kepada-Mu." Tuhan dalam Kitab Ulangan 12: 10 – 11 Tuhan sekali lagi menjelaskan mengenai persepuluhan dan persembahan serta pusat pengumpulanNya / perbendaharaanNya. Lihat betapa jelasnya Tuhan mengatakan (12:10) Setelah kamu menyeberangi Sungai Jordan..... (12:11) Tuhan akan memilih satu tempat yang akan menjadi tempat beribadat kepadaNya......(iaitu Gereja atau Mezbah mudah Alih). , Di sanalah (Ke mana?) kamu mesi membawa segala (Berapa banyak?) yang telah aku perintahkan korban untuk menyenangkan hati Tuhan dan korban-korban lain, persepuluhan dan persembahan lain, dan pemberian istimewa yang kamu janjikan kepada Tuhan. Ulangan 12:13 – 14 Jangan persembahkan korban kamu di tempat yang kamu pilih sendiri; 14 persembahkanlah korban itu hanya di satu tempat yang dipilih oleh Tuhan ....... ini bererti kita tidak boleh menggunakan persepuluhan untuk membantu orang lain walaupun mereka dalam kesukaran apatah lagi untuk diri kita sendiri. Kalau kita ingin membantu orang lain yang dalam kesukaran gunakanlah wang anda sendiri BUKAN 10% SYER TUHAN yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pekerja-pekerja Tuhan seperti Pastor dan sebagainya. Ellen G. White di penghujung hayatnya menulis, “Sesiapa yang menyalahgunakan persepuluhan akan kehilangan harta di syurga.....Tuhan di pernah berubah dulu, kini dan selamanya; persepuluhan adalah penting untuk menyokong pekerjaan Gereja dan Tuhan” 9 Testimonies mukasurat 249 – 250. Imamat 27:30 Jelas sekali menyatakan, “ Sepuluh peratus daripada segala hasil tanaman kamu, baik gandum mahupun buah-buahan milik Tuhan. Kejatuhan manusia ke dalam dosa bukanlah kerana terdesak atau kelaparan tetapi disebabkan Hawa telah membuat keputusan untuk menggunakan akalnya seperti yang dia rasakan patut atau layak. Kitab Maleakhi 3: 6 – 12 Semua kita dah biasa dengan ini namun tidak salah kita baca bersama. • 6 – Akulah Tuhan; Aku tidak berubah. Oleh itu kamu, keturunan Yakub, tidak dibnasakan sama sekali = Kalau kita mengatakan bahawa Persepuluhan kurang diberi penekanan dalam Perjanjin Baru apa pula alasan kitab untuk menyucikan Sabat? Penyucian Sabat juga tidak ditegaskan secara panjang lebar dalam Perjanjian Baru. Perkara ini sudah sedia maklum kerana ianya menjadi satu amalan. • 7 – Seperti nenek moyang kamu dahulu, kamu semua sudah menyimpang daripada hukum-Ku dan tidak setia melaksanakannya. Kembalilah kepada-Ku, maka Aku juga akan kembali kepada kamu. Tetapi kamu bertanya, “ Apakah yang harus kami lakukan untuk kembali kepada-Mu?” = Patuhi semua hukum dan turuti perintah Tuhan yang antara lainnya ialah pemgembalian persepuluhan. • 8 – Sekarang Aku bertanys kepada kamu, “Bolehkah manusia menipu Allah?” = Tentu tidak. Tetapi kamu menipu Aku juga. Kamu bertanya, “ Bagaimana?” Aku menjawab,”Dalam hal memberikan persepuluhan dan persembahan.” • Kamu semua kena kutuk kerana semua bangsa menipu Aku. = Siapakah antara kita yang mahu hidup dalam kutukan? • 10 – Bawalah seluruh persepuluhan kamu ke Rumah-Ku supaya ada banyak makanan di sana. = Ujilah Aku, maka kamu akan nampak Aku membuka tingkap-tingkap syurga dan melimpahi kamu dengan segala yang baik. • 11 – Aku tidak akan membiarkan serangga merosakkan tanaman kamu dan pokok anggur kamu akan berbuah lebat. • 12 – Kemudian kamu akan dikatakan berbahagia oleh semua bangsa, kerana negeri kam akan menjadi tempat kediaman yang baik.”

Penutup. Sebelum saya mengkahiri khutbah saya, saya ingin menceritakan kisah seorang pembuat gula-gula atau manisan. Namanya John S. Huvler. Sebelum dia membuka kedainya, dia bernazar dan berjanji seperti yang dilakukan oleh Yakub dalam Kejadian pasal 28. Dia menyatakan “Dari segala sesuatu yang Engkau berikan kepadaku akan selalu kupersembahkan sepersepuluh kepada-Mu”. Setiap minggu John S. Huvler akan pergi ke bank untuk memasukkan satu persepuluh daripada untung syarikatnya ke dalam Buku Akaun yang menggunakan Singkatan Nama MP = Rakan Saya (My Partner). Dari akaun itulah dia akan menyerahkan persepuluhannya. Perniagaan terus berkembang dan memperolehi leunyungan yang banyak. Untuk penutup, mari kita lihat II Korintus 9:6,7,10 dan 11. Ayat 6: Ingatlah! Orang yang menanam sedikit benih akan mendapat tuaian yang sedikit. Tetapi orang yang menanam banyak benih akan mendapat tuaian yang banyak juga.7 Masing-masing harus beri sebanyak yang telah ditentukannya. Orang harus memberi dengan rela dan sukacita, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan senang hati. 10 Allah menyediakan benih untuk ditabur dan makanan untuk dimakan.Dia juga akan membekali kamu benih yang dapat kamu tanam, dan akan menyebabkan tanaman kamu tumbuh. Dengan demikian kamu semakin murah hati. 11 Allah akan menjadikan kamu berkecukupan supaya kamu sentiasa dapat bermurah hati. Dengan demikian banyak orang akan bersyukur kepada Allah kerana derma yang kamu kirim melalui kami. Saudara dan saudari mulai sabat akan datang jangan bayar persepuluhan anda menggunakan duit sendiri sebaliknya masukkanlah 10% syer tuhan ke dalam sampul. Kalau nak bayar juga silakan masuk wang milik anda sendiri sebagai Tabung Piano Gereja Batu Kawah kerana setiap bulan kita perlu menjelaskan lebih kurang RM1300.00 ansuran bulanan harga piano kita.

Puji Tuhan.

Amen.

Similar Documents

Free Essay

6 Things

...6 Perkara Allah Sembunyikan Dari Umatnya August 4, 2012 By Kodet Leave a Comment Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: ‘Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.’ Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. ‘Tidak’ Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. ‘Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.’ Kemudian Jibrail as berkata: ‘Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka...

Words: 487 - Pages: 2

Free Essay

Tamadun

...Perkataan tamadun secara umumnya dikaitkan dengan konsep pembangunan, perubahan, kemajuan dan peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di dunia. Berbagai-bagai definisi dan takrifan telah diberikan kepada perkataan tamadun mengikut aliran dan bidang. Jelaskan maksud tamadun mengikut pandangan masyarakat Barat dan Islam - Masyarakat barat : pembangunan lahiriah seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan perbandaran - Menurut Gordon Childe : pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan sesebuah tamadun dalam masyarakat - Menurut Darcy Riberio dan R.A. Buchanan : menekankan kepentingan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun - Menurut Islam : tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat - Menurut Syed Naquib al-Attas : tamadun ialah pencapaian tahap tata susila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat - Menurut Richard Sullivan : unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun - Tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian bentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi mesti diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral Perkataan tamadun, mengikut Ghazali Basri (1984) merupakan perkataan kata kerja maddana yang bererti membina atau mengasas sesebuah bandar. Dan perkataan maddana ini juga didapati beberapa istilah terbitan yang masing-masing memperlengkap pengertian di antara satu...

Words: 1535 - Pages: 7

Free Essay

Ggggggg

...TAJUK 7.1 Tema / tajuk : 7.1 Bab 1 Tingkatan 4 Soalan : Huraikan sejarah Tamadun Mesopotamia dan menghubungkaitkannya dengan kemakmuran Negara kita pada hari ini. Peringatan : Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah. Format | Aspek | Perincian | Markah | PENGENALAN | Memahami latar belakang Tamadun awalmanusia | 1. PengenalanNyatakan maksud tamadun menurut pandangan Islam dan Barat | 5 | ISI dan HURAIAN | Memahami ciri-ciri dan proses pembentukan Tamadun Mesopotamia | 2.Ciri-ciri dan Proses Pembentukan Tamadun Mesopotamiaa)  Huraikan proses pembentukan tamadun Mesopotamia (10 markah)b) Jelaskan ciri-ciri Tamadun Mesopotamia (20 markah) | 30 | | Menganalisis aspek sumbangan Tamadun Mesopotamia kepada peradaban dunia | 3. Aspek Sumbangan Tamadun MesopotamiaTerangkan sumbangan Tamadun Mesopotamia dalam aspek :i)  perundangan (10 markah)ii) ilmu astronomi (5 markah) | 15 | | Mengaplikasi perundangan yang adil | 4. Perundangan yang adil dimanfaatkan demi keamanan dan kemakmuran negaraBagaimanakah kita memanfaatkan perundangan yang adil bagi menjamin keamanan dan kemakmuran negara | 15 | | Menilai kejayaan Malaysia sehingga kini | 5. Kejayaan Malaysia setelah memanfaatkan sistem perundangan yang adilBerdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara kita sehingga hari ini melalui sistem perundangan yang adil | 10 | | Menjana idea untuk menghadapi cabaran masa hadapan bagi menjamin keamanan dan kemakmuran negara | 6. Cabaran...

Words: 4260 - Pages: 18

Free Essay

Raheeq Makhtum Malay

...SEERAH NABAWIYYAH Al-Raheeq al-Makhtum Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy India Pemenang Hadiah Pertama Pertandingan Seerah Rabitah Alam Islam, Mekkah PERANAN & PERLUNYA RIWAYAT HIDUP RASULULLAH DALAM MEMAHAMI ISLAM   Tujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah ini sama dengan membaca dan menala'ah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman purbakala. Tujuan pokok dari kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu. Tegasnya kajian riwayat hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad Sallallahu 'alahi Wasallam. Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bolehlah dibahagikan seperti berikut: 1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana...

Words: 129247 - Pages: 517