Free Essay

Piagam Madinah

In: Historical Events

Submitted By Fakhriemamad
Words 11643
Pages 47
1.1 Piagam Madinah
Piagam Madinah merupakan perlembagaan yang dipersetujui oleh semua golongan iaitu orang Islam dan juga Yahudi yang menjadi warganegara Madinah Al-Munawwarah di atas kepimpinan Rasulullah S.A.W. Baginda Rasullulah adalah pengasas kepada Piagam Madinah dengan berteras kan wahyu Allah S.W.T untuk jadikan ia sebagai garis panduan kepada seluruh dunia. Sebelum ketibaan Baginda Rasulullah, Madinah tidak mempunyai pemerintah dan pentadbiran yang tidak teratur dan malah berlaku pecah belah sesama masyarakat Madinah khususnya orang Arab dan orang Yahudi. Perlembagaan ini juga di kenali sebagai Sahifah Al-Madinah iaitu perlembegaan bertulis pertama di dunia. Tambahan itu, Piagam Madinah juga digunakan untuk menjadi rujukan asas dalam pembentukan sebuah Negara Islam yang terbilang
-
1.2 Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956. Antara pakar Perlembagaan Negara Komenwel yang bersama-sama menubuhkan Perlembagaan Persekutuan ini adalah Lord William Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, B.Malik dan juga Hakim Abdul Hamid. Antara tugas mereka adalah untuk membentuk Negara persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat, mengekalkan hak dan kedudukan raja-raja melayu sebagai pemerintah berpelembagaan, memelihara kedudukan istimewa orang melayu serta hak kaum lain dan lain-lain lagi. Pada tahun 1963, selepas persetujuan dan pandangan semua rakyat, Perlembagaan ini dikenali sebagai Perlembagaan Malaysia.

1. Tujuan utama Piagam Madinah
1.1 Menghadapi masyarakat majmuk di Madinah
1.2 Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk
1.3 Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
1.4 Mewujudkan kedamaian di Madinah
1.5 Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad S.A.W dan penduduk setempat
1.6 Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
1.7 Membentuk kesatuan politik dalam mempertahankan Madinah

2. Kepentingan Piagam Madinah
2.1 Perlembagaan ini menjadi bukti bahawa Islam adalah agama dan politik
2.2 Perlembagaan ini telah Berjaya menyatukan Madinah yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum
2.3 Melalui perlembagaan ini setiap pengkhianat akan menerima hukuman yang setimpal tanpa mengira kaum
2.4 Menyelesaikan krisis kepimpinan yang wujud di Madinah sejak sekian lama
2.5 Menjamin keselematan Madinah
2.6 Aktiviti penyebaran Islam dapat dijalankan dengan berkesan
3 Prinsip Piagam Madinah
3.1 Antara prinsip yang terkandung di dalam Piagam Madinah ialah Al-Quran dan Sunnah hendaklah menjadi sumber hukum Negara, di mana kesatuan Ummah dan kedaulatan Negara
3.2 Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara 3.3 Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
3.4 Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
3.5 Dasar hubungan baik dab saling bantu-membantu antara semua warganegara
3.6 Tanggungjawab infividu dan Negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial
3.7 Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan
3.8 Kebebasan beagama

Perangkaan Piagam Madinah
- Rasulullah S.A.W dalam merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.
Langkat pertama
-Dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran Rasulullah.
Langkah kedua
- Mengikut tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar
Langkah ketiga
- Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.

Intisari kandungan Piagam Madinah
Fasal 1: Pembentukan Ummah
Fasal 2-10: Hak asasi manusia
Fasal 11-15: Persatuan seagama
Fasal 16-23: Persatuan segenap
Fasal 24-28:
Fasal 28-35:
Fasal 36-38: Tugas Warganegara
Fasal 39-41: Melindungi Negara
Fasal 42-44: Pimpinan Negara
Fasal 45-46: Politik

Kandungan Perlembagaan
- Kebebasan beragama diberi kepada orang bukan Islam. Orang Yahudi boleh meneruskan amalan agama dan adat resam mereka. Mereka akan menerima layanan yang saksama tetapi mereka bertanggungjawab ke atas keselamatan Madinah
- Keadilan adalah diberi kepada semua pihak. Dalam sesetengah kes, ketua suku diberu hak untuk menyelesaikan masalah suku mereka. Tetapi beberapa kes jenayah perlu dirujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W

Kepimpinan Piagam Madinah selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W

5. Perbezaan antara Piagam Madinah & Perlembagaan Persekutuan
Perbezaan yang boleh diklasifikasi antara Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia ialah dari sudut bilangan fasal dan perkara

Kewarganegaraan
- Bahagian 3, Perkara 14 hingga Perkara 22 Perlembegaan Persekutuan menyeneraikan peruntukan-peruntukan pemerolehan kewarganegaraan
- Perkara 23 hingga Perkara 28, Perlembagaan Persekutuan pula berkaitan dengan kehilang kewarganegaraan
Empat cara individu boleh memperoleh kewarganegraan adalah seperti beriku:
a) Kuat kuasa undang-undang
b) Pendaftran dan permohon
c) Masukan atau naturalisasi
d) Pencantuman wilayah
- Pemerolehan dan pelucutan kewarganegaraan ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan
Penamat Kewarganegaraan
- Kewarganegaraan seseorang boleh ditamatkan melalui 2 cara:
a) Secara sukarela (seseorang menolak kewarganegaraannya)
b) Kerajaan melucutkan kewarganegaraan seseorang
Hak Asasi atau Kebebesan Asasi
- Kebebasan asasi seseorang individu diperuntukan di dalam Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan
- Kebebasan atau hak asasi yang diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan ditunjukan di dalam jadual.
- Hak dan kebebasan asasi individu boleh dibahagikan kepada kebebasan mutlak dan kebebesan bersyarat

Hak Istimewa Orang Melayu Serta Bumiputera Sabah dan Sarawak
- Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan hak-hak isitmewa kepada orang melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak
- Antara keistimewaan yang diberikan adalah seperti berikut:
a) Memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
b) Kuota peluang pendidikan di peringkat Universiti
c) Pemberian biasiswa untuk melanjut pelajaran

Sistem pemerintahan Malaysia
- Sistem pemerintahan Malaysia berlandaskan empat perkara penting:
a) Raja Berpelembagaan
b) Demokrasi berparlimen
c) Negara Persekutuan
d) Bahasa Kebangsaan

1.0 Pengenalan kepada Piagam Madinah
Sewaktu ketibaan Rasullah S.A.W di Kota Madinah, terdapat dua golongan penduduk terbesar iaitu orang Arab dan orang Yahudi.
Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar ( Golongan Penolong ) dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar Muhajirin ( golongan Pendatang ). Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.
Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak zaman berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka dihalau dari kampung halaman mereka. Orang-orang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa menghasut dan mengkhianati Rasullah s.a.w dan pengikutnya. Orang-orang Munafik perlu menjadi musuh dalam selimut. Disamping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam.
Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat perjanjian dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.

Isi :

Huraian mengenai Piagam Madinah :

Piagam Madinah berbeza dari tulisan-tulisan peraturan pemerintah sebelum ini, kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk Madinah. Piagam ini merupakan satu undang-undang tertinggi di Madinah, selain itu Al-Quraan, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia berlainan dengan The Constitution of Athens yang hanya merupakan sejarah evolusi amalan perlembagaan di negara itu. Piagam Madinah tidak seperti dokumen Shuking oleh Confucious yang merupakan buku teks untuk kanak-kanak raja. Ia juga bukan seperti dokumen Artha Sastera yang dianggap sebagai peraturan pemerintahan pada zaman Chandra Gupta Mauriya, yang hanya menjadi buku teks pembelajaran untuk anak-anak raja waktu itu;

Beberapa aspek utama piagam Madinah ialah:

Pengakuan terhadap Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara madinah yang wajib dipatuhi dan dihormati. Apa -apa masalah besar antara penduduk Islam dengan penduduk bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walaubagaimana pun, semua ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri secara yang difikirkan berpatutan.
Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah yang tidak terpengaruh dengan apa – apa elimen yang tidak baik dari luar.
Semua penduduk hendaklah bersatu-pada, berkerjasama, dan bertanggungjawab mempertahankan negara dari apa -apa serangan musuh.
Wahyu sebagai sumber piagam termasuk tradisi .
Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing – masing, dan tiada gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan.
Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi perlembagaan tersebut.
Kepentingan Piagam Madinah kerana ia mempunyai beberapa peruntukan berhubung dengan perkara-perkara berikut:

Penerimaan Rasullah s.a.w sebaagi Ketua Negara Madinah telah menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-apa dasar negara dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dari masa ke semasa.
Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum-hukum Islam. Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autority terhadap kaumnya dan Rasullah s.a.w adalah sebagai Ketua hakim yang akan memutuskan hukumaan terhadap kesalahan -kesalahan di luar bidang kuasa ketua -ketua kaum berkenaan.
Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada musuh-musuh Islam.
Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsa Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.
Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah.
Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islams ecara beransur-ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.
Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan negara.
Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi boleh membuat sebarang pakatan dengan orang Quraisy Makkah dan mereka diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman luar bersama-sama dengan orang Islam.
Memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu penganut-penganut agama lain.
Dengan kebebasan beragama ini, orang-orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam. Ini memberi peluang kepada orang-orang bukan Islam bergaul dengan orang-orang Islam dan memerhatikan akhlak dan personaliti orang-orang Islam dan juga ibadat mereka yang penuh dengan disiplin. Ini semua telah menarik minat orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.
Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini, ketiga-tiga perkara ini ditolah oleh orang-orang Yahudi.
Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya tanpa mengira bangsa atau agama. Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang dikenakan ke atas Bani Qainuqa’ yang berkomplot dengan orang Arab Quraaisy Mekkah dalam Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka dihalau kerana berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan membunuh kaum lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan berkerjamasa dengan Quraisy Makkah dalam Perang Khandak.

Kesimpulan :

Piagam Madinah bersifat perkembangan sebenar berbanding dengan tatacara pemerintahan kerajaan purba Greek, China dan India.
Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia.
Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang memerintah dunia selama tujuh abad.
Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam Islam yang baru, terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.

Objektif
Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia :
Perbandingan & Perbezaan

2.0 Perbezaan antara Piagam Madinah dan Perlembagaaan Malaysia
2.1 Piagam Madinah
2.1.1 Perlembagaan Islam yang pertama di dunia tahun 622 masihi yang berpandukan wahyu Allah.
2.1.2 Berasaskan persetujuan orang Islam dan bukan Islam.
2.1.3 Menjadi sandaran pemerintahan Rasulullah s.a.w dan hubungannya dengan rakyat pelbagai kaum dan agama.
2.1.4 Mencatat tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya
2.1.5 Mempunyai 47 fasal iaitu 23 fasal peraturan sesame islam dan juga 24 fasal lagi tentang umat islam dan umat bukan Islam

2.2 Perlembagaan Malaysia
2.2.1 Mengandungi 183 perkara
2.2.2 Undang-undang tertinggi di Malaysia
2.2.3 Undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957

Conclusion
1. Kenalpasti kandungan utama Piagam Madinah
◊ Dibahagikan kepada 7 aspek :
1) Pentadbiran
2) Agama
3) Sosial
4) Perundangan
5) Pertahanan
6) Kedudukan kaum Yahudi
7) Ekonomi

Kepentingan Piagam Madinah :
• model kerajaan Islam yang unggul
• unsur Islam boleh digunakan dalam negara pelbagai agama kaum
• perlembagaan mengandungi unsur dunia dan akhirat
• menunjukkan sistem ekonomi Islam mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan
• berjaya membentuk masyarakat bersama ummah
• mempamerkan undang-undang yang lengkap dan sempurna berdasarkan undang-undang syariah
• wujudkan semangat bekerjasama dan bertanggungjawab menjaga keselamatan negara hingga menjadikan kerajaan Islam kuat dan disegani

Tujuan Perlembagaan
1. Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil
2. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah
3. Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
4. Untuk selesaikan masalah
5. Jamin keamanan dan kestabilan negara.

Kepentingan Perlembagaan
1. Menjamin kestabilan politik dan sistempentadbiran yang cekap
2. Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
3. Menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan spt hak istimewa org Melayu & bumiputera yang tidak boleh dipersoalkan.
4. Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara.

Persamaan
1. Kebebasan beragama & hak asasi manusia
• Fasal 25- kebebasan kepada penduduk Madinah amalkan agama masing-masing
• Perkara 3 & 11- hak untuk agama & amalkan agamanya dengan damai
2. Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan pertahanan negara
• Fasal 43- tak boleh diberi bantuan perlindungan kepada orang Qurasiy
• Perkara 5- kebebasan diri
3. Dasar hubungan baik dan saling membantu
• Fasal 17 & 45- perdamaian
• Perkara 8 - kesamarataan

4. Sesiapa tidak boleh dianggap bersalah sebelum didapati bersalah
• Fasal 21- membunuh sewenangnya tanpa bukti, dibunuh balas
• Perkara 5 (1)- tiada siapa boleh diambil nyawanya/dilucutkan kebebasan kecuali ikut undang-undang
5. Mengakui kewujudan dan kepentingan kaum lain
• Fasal 25- kaum Yahudi & Bani Auf adalah satu ummah bersama orang mukmin
• Perkara 12- tiada diskriminasi
6. Bawah satu pemerintahan/undang
• Nabi Muhammad s.a.w
• Yang DiPertuan Agung
7. Warganegara berhak dapat perlindungan dan pertahankan hak masing-masing
• Fasal 37- orang tak boleh dianggap bersalah kerana kesalahan dilakukan sekutunya
• Perkara 7- tiada siapa pun dihukum kerana sesuatu perbuatan

1.
Piagam Madinah = Sumber undang-undang berpandukan Al-Quran dan Sunnah
Perlembagaan Malaysia = Meletakkan undang-undang tertinggi ialah perlembagaan itu sendiri perkara 4(1)
1. Bawa perubahan besar dan positif kepada masyarakat Madinah
2. Piagam paling ideal untuk dijadikan sebagai rujukan pemerintahan negara
3. Pemimpin perlu bijaksana dan adil dalam pentadbiran
4. Rakyat perlu menghayati dna mengambil iktibar pengorbanan dilakukan pejuang terdahulu

3. Persamaan dan perbezaan
Tujuan Piagam Madinah :
--Menghadapi dan menyatukan masyarakat majmuk Madinah.
--Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
--Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
--Mewujudkan keamanan di Madinah
--Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
--Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
--Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.

◊ 3 langkah untuk membentuk Piagam Madinah
◊ Aspek utama Piagam Madinah :
• Rasulullah s.a.w sebagai ketua negara (Fasal 23, 42)
• Hidup sebagai satu ummah yang bebas dari manusia lain
(Fasal 2)
• Bertanggungjawab pertahankan negara ( Fasal 44)
• Kebebasan beragama (Fasal 25)
• Keselamatan semua terjamin (Fasal 39, 47)

2.
Piagam Madinah = Dibentuk berasaskan Al-Quran dan Sunnah
Perlembagaan Malaysia =
Dibentuk berasaskan
-Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
-Perlembagaan Kemerdekaan 1957

2. Perlembagaan Malaysia

Penggubalan Piagam Madinah bertitik tolak daripada peristiwa Hijrah Rasullah S.A.W dan umat Islam di Mekah ke Yathrib atau Madinah.
Setelah Rasulullah dan umat Islam Mekah tiba di Madinah, terdapat beberapa masalah yang menuntut kepada penyelesaian. Masalah itu adalah:

ANALISA SECARA PERBANDINGAN PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA sebuah perlembagaan yang ditulis dan dipersetujui bersama semua golongan (orang Islam dan Yahudi) yang menjadi warganegara Madinah Al-Munawwarah pimpinan Rasulullah SAW.

Perlembagaan ini juga disebut sebagai Sahifah al-Madinah iaitu perlembagaan bertulis pertama di dunia. Ianya juga menjadi asas dalam pembentukan sebuah negara Islam yang terbilang.
PIAGAM MADINAH
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang yang tertinggi untuk menentukan bagaimana pemerintahan sesebuah negara itu mesti dijalankan.

Perlembagaan sesebuah negara menereangkan dan memperuntukan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh pelbagai anggota negara.

PERISTIWA SEBELUM PENGGUBALAN PIAGAM MADINAH
1. PERJANJIAN AQABAH PERTAMA:
• 12 orang penduduk Madinah ke Makkah bertemu Rasulullah SAW, berjanji meninggalkan perkara syirik, mencuri, berzina, membunuh anak, tidak menipu serta taat perintah Rasulullah SAW.
2. PENERIMAAN MASYARAKAT YATHRIB TERHADAP AGAMA ISLAM:
• Mus’ab bin Umair diutus ke Yathrib mengajar al-Quran oleh Rasulullah SAW.
• Dakwah Mus’ab diterima baik penduduk Aus dan Khazraj.
• Akhirnya ramai yang memeluk Islam.
3. PERJANJIAN AQABAH KEDUA:
• Tahun berikutnya, Mus’ab membawa 73 orang lelaki dan 2 orang wanita Madinah.
• Mereka berbai’ah akan memelihara dan mempertahankan Rasulullah SAW, berikrar taat setia ketika susah dan senang, tidak berpecah dan bercakap benar di mana sahaja.

KANDUNGAN PIAGAM MADINAH
• Terdapat 10 Bahagian dan mengandungi 47 fasal.
• 23 fasal mengenal peraturan sesama Islam dan 24 fasal tentang orang Yahudi.

• Antara kandungannya ialah:
1. Mengakui Nabi Muhammad SAW, ketua Negara Madinah.
2. Mengakui Ansar dan Muhajirin sebagai umat yang bertanggungjawab terhadap agama, rasul dan masyarakat Islam.
3. Setiap kaum bebas beragama dan mengamalkan cara hidup masing-masing.
4. Orang Islam dan Yahudi bertanggungjawab terhadap keselamatan Negara daripada serangan musuh.
5. Orang Yahudi dibenarkan hidup dengan cara mereka serta menghormati orang Islam tetapi tidak dibenarkan melindungi orang Musyrikin Quraisy.
6. Setiap masyarakat bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mengekalkan perpaduan di Madinah.
7. • Setiap individu tidak boleh menyakiti dan memusuhi individu atau kaum lain. Hendaklah tolong-menolong demi pembangunan, ekonomi, dan keselamatan.
8. • Setiap kaum perlu merujuk Rasulullah SAW (ketua negara) jika berlaku perbalahan.
9. • Mana-mana pihak dilarang berhubungan dengan pihak luar terutama Musyrikin Mekah dan sekutu mereka.
10. • Piagam ini mempunyai kuasa melindungi pihak yang mempersetujuinya dan hak mengambil tindakan pada sesiapa yang melanggarnya.

diasaskan oleh Perlembagaan Tanah Melayu yang telah digubal oleh Suruhanjaya Reid
SEJARAH PENGUBALAN PIAGAM MADINAH
Peristiwa Sebelum Penggubalan Piagam Madinah
• PERJANJIAN AQABAH PERTAMA:

Terdapat 12 orang penduduk Madinah yang pergi ke Makkah untuk bertemu Rasulullah SAW. Mereka telah berjanji untuk meninggalkan perkara syirik, mencuri, berzina, membunuh anak, tidak menipu, serta taat menurut perintah Rasulullah SAW.

• PENERIMAAN MASYARAKAT YATHRIB TERHADAP AGAMA ISLAM:

Mus’ab bin Umair telah diutus untuk pergi ke Yathrib dengan tujuan mengajar al-Quran oleh Rasulullah SAW. Dakwah yang telah di buat oleh Mus’ab diterima baik penduduk Aus dan Khazraj dan dengan dakwah Mus’ab, akhirnya ramai yang memeluk Islam.

• PERJANJIAN AQABAH KEDUA:

Tahun berikutnya, Mus’ab membawa 73 orang lelaki dan 2 orang wanita Madinah. Mereka berbai’ah (iaitu membuat pengakuan dan berikrar) akan memelihara dan mempertahankan Rasulullah SAW, berjanji untuk taat setia ketika susah dan senang, tidak berpecah dan bercakap benar di mana sahaja.

3 Langkah Yang Diambil Oleh Rasulullah SAW Untuk Membentuk Piagam Madinah
SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA

1905 –Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) ditubuhkan dan semua undang-undang yang dibuat oleh mana-mana negeri mestilah bersesuaian dan tidak bertentangan dengan undang-undang yang dibuat oleh MMP

1927 –
• Melalui pindaan Perjanjian Persekutuan, MMP diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh negeri-negeri Melayu Bersekutu. Raja-raja Melayu tidak lagi mengambil bahagian dalam perbincangan MMP
1948 –
• Malayan Union dimansuhkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 2 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

Mac 1956 – Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk yang diketuai oleh Lord Reid. Jawatankuasa ini diberi tugas merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat.Jawatankuasa ini mula menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956.
PIAGAM MADINAH
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
1. Semua kaum bersatu di bawah satu perlembagaan. Ini telah ditetapkan dalam perjanjian yaitu semua yang mengikuti perjanjian ini adalah satu bangsa

2. Jati diri atau identiti setiap kaum terbela. Mereka bebas mengamalkan budaya dan adat masing-masing tanpa gangguan daripada mana-mana pihak.
3. Kaum Muslimin banyak dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan fakir miskin. Ini menunjukkan imej Islam yang baik terhadap masyarakat yang bukan Islam dan juga memberi gambaran bahawa undang-undang negara Islam tidak menindas masyarakat bukan Islam

4. Kebebasan beragama diamalkan. Setiap orang bebas menjalankan tuntutan agama masing-masing
5. Hak kesamaan taraf menjadi pembela kepada kehidupan masyarakat majmuk di Madinah.Di dalam piagam, ia menyatakan bahawa tidak ada beza diantara semua kaum.

6. Hidup mereka menjadi tenteram dan harmoni kerana dalam perjanjian tersebut ada dinyatakan bahawa kehidupan para jiran dan orang-orang yang telah diberi perlindungan adalah seperti kehidupan sendiri. Oleh itu, setiap orang sama-sama memelihara kehidupan yang harmoni
7. Pertahanan negara terjaga oleh berbagai kaum kerana setiap kaum wajib mempertahankan negara dari ancaman musuh dan dilarang sama sekali untuk mengikat perjanjian dan memberi perlindungan kepada orang-orang quraisy

8. Perlindungan sempadan negara daripada pencerobohan luar menjadi tanggungjawab setiap kaum.
1957 – Pembentukan perlembagaan telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.
9. Apa-apa pertelingkahan yang wujud hendaklah diselesaikan melalaui perdamaian dan lebih-lebih lagi ia mendapat tempat di sisi perlembagaan.

10. Kezaliman tatau persengketaan antara kaum dapat dihapuskan. Keadilan juga dapat ditegakan kerana perlembagaan tidak melindungi orang-orang yang berlaku zalim dan membuat salah.

11. Keselamatan setiap yang bergelar rakyat Madinah atau menjadi ahli perjanjian ini terjamin. Keselamatan mereka dipelihara tidak kira mereka berada di dalam atau ketika di luar Madinah melainkan orang yang berlaku zalim dan berbuat salah.

12. Aktiviti perniagaan dapat dijalankan dengan adil dan selamat. Setiap kaum bebas memperagakan barang dagangan mereka.

13. Persengketaan antara kaum dihapuskan malah mereka didamaikan dan dikehendaki bersatu padu dalam membangunkan negara Madinah

1. Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan.
2. Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta.
3. Menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan.
Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum.
4. Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara.
Perlembagaan melindungi kepentingan semua kaum.
Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum.
Menggariskan hak-hak dan bertanggungjawab orang Islam dan penduduk tempatan

Pemulian orang-orang berhijrah

Persefahaman dengan orang-orang bukan Islam terutama dengan orang-orang Yahudi

Penyusuan politik dan pertahanan Madinah

CIRI-CIRI PIAGAM MADINAH
Rasulullah diiktiraf sebagai ketua negara Madinah yang wajib dipatuhi dan dihormati. Sebarang masalah mesti merujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walaubagaimanapun ketua kaum masih mempunyi hak untuk menyelesaikan sendiri masalah jika difikirkan patut dan mampu diselesaikan betul.

Semua penduduk Madinah hidup sebagai satu ummah dan tidak terpengaruh dengan elemen luar yang tidak baik

Semua penduduk hendaklah bersatu-pada, berkerjasama, dan bertanggungjawab menpertahankan negara dari apa-apa serangan musuh.

Wahyu sebagai sumber piagam termasuk tradisi

Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing-masing, dan tiada ganggun dalam hal keagamaan.
Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi perlembagaan tersebut.

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perlembangan Malaysia adalah perlembagaan kerja berasakan demokrasi berparlimen dimana Perkara 32 menjelaskan mengenai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan.

-Perlembagaan Malaysia bersifat dan sukar dipinda
-Perlembagan Malaysia merupakan undang-undang utama dan tertinggi.
-Dalam perlembangan Malaysia terdapat idea pengasingan kuasa sebagaiman doktrin itu diamalkan di England

menentukan tanggungjawab Persekutuan dan mengatur perhubungan antara Persekutuan dan Negeri, perlembagan Malaysia juga menentukan kuasa-kuasa perundangan dan kuasa-kuasa pemerintahan antara kerajaan pusat dan negeri melalui tiga senarai yang dipanggil Senari Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

Perlembagan turut memperuntukan kebebasan asasi.

Peruntukan ini merupakan salah satu ciri perlembagaan bertulis iaitu menjelaskan dengan nyata mengenai jaminan perlindungan yang diberikan kepada setiap warganegara dan orang-orang lain dalam negara itu.

PERSAMAAN PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Jika dibandingkan Perlembagaan Madinah ini dengan Perlembagaan Malaysia yang digubal oleh kepimpinan UMNO terdahulu adalah seiring pembentukan perlembagaan Madinah oleh baginda Nabi Muhammad SAW. Di dalam perlembagaan persekutuan Malaysia perkara yang paling utama adalah status agama Islam sebagai agama persekutuan dan YDP Agong yang dipilih oleh 9 kesultanan Melayu adalah pemerintah tertinggi sebagai Ketua Negara dan Agama. Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan agama-agama lain boleh diamalkan sepertimana dalam piagam Madinah.
Pada hari ini konsep 1 Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Haji Abdul Razak adalah sama dengan fasal 2 piagam madinah iaitu "bahawa mereka ini adalah satu umat". Konsep perpaduan ini telah menjadi agenda utama negara Malaysia pada hari ini yang diperjuangkan oleh UMNO.

Manakala yang bukan beragama Islam dikelompokkan dalam satu kelompok yang dipanggil 'Bani' seperti Bani Auf, Bani Amru dan lain-lain yang boleh meneruskan pegangan lama mereka. Sama seperti UMNO, MCA, MIC dan lain-lain. Namun begitu UMNO tidak pernah melabelkan partinya sebagai parti Islam tetapi tetap mempertahankan syariat Islam sebagaimana termaktub dalam perlembagaan Malaysia yang berasaskan piagam Madinah.

Tujuan Perlembagaan Malaysia

• MENJAMIN KEUTUHAN DAN KEDAULATAN NEGARA
- Rakyat dapat berpegang pada satu undang2 yang diamalkan dan dihormati bersama untuk memastikan kewujudan sebuah negara berdaulat

• MEWUJUDKAN KESTABILAN NEGARA
- Walaupn pada dasar boleh dipinda, tapi ia tak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya, mesti berdasarkan perlembagaan juga. Jika boleh dibuat sesuka hati, mengubah pindaan, nanti boleh abaikan kemahuan rakyat

• MENGAWAL PERJALANAN KERAJAAN
- Tindak tanduk harus berdasarkn perlembgaan, tak boleh buat sesuka hati, pemerinath tak boleh lakukan perbuatan yg boleh menyeleweng daripada perlembagaan. Kesan dapat menjamin tak curang atau salah guna kuasa drpd pemerintah

KONTRAK SOSIAL
Dari segi bahasa pula, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.
Ia juga bermaksud dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang berkaitan dengan kontrak.
Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.
Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara.
Ia juga merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.
TUJUAN KONTRAK SOSIAL menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing-masing. untuk memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing. untuk memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun.
Ini adalah kerana persetujuan tersebut dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan.

memastikan setiap pihak yang bersetuju akan mematuhi dan menyampaikan kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa depan. dapat melanjutkan kelangsungan pentadbiran yang cekap

memupuk semangat patriotisme dan cintakan tanahair. dapat mewujudkan masyarakat yang bebas dan adil dalam usaha untuk mencapai integrasi nasional.

KEISTIMEWAAN KONTRAK SOSIAL
- Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
- Agama Islam sebagai Agama Persekutuan
- Hak Keistimewaan Orang Melayu
Kedaulatan Rajaraja dan Sultan Melayu
- Taraf kerakyatan melalui Prinsip ‘Jus Soli’.

Piagam Madinah telah digubal oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal kesemuanya. 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin, manakala 24 fasal yang bakinya membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan bukan Islam. Selain piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama saperti perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan- peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah Negara Islam tulen yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa, kaum dan agama.

Kandungan piagam madinah boleh dilihat disini . Yang paling utama di dalam pengisiannya adalah setiap tindakan mengikut Al-Quran dan Sunnah. Secara keseluruhan pengisian piagam Madinah yang digubal oleh baginda Nabi Muhammad saw telah menekankan perpaduan dan penyatuan ummah di Madinah ketika itu yang terdiri dari masyarakat Islam, kaum Ansar dan Muhajirin serta Yahudi dan Bangsa lain. Ini menunjukkkan betapa pentingnya pengukuhan perpaduan masyarakat yang perlu disemat dalam pemerintahan sesebuah negara Islam walaupun tidak melabelkan perkataan ‘Islam’ dalam setiap tindakannya. Ini terbukti apabila baginda Nabi Muhammad saw sendiri kurang menggunakan perkataan Islam dalam piagamnya tetapi lebih kepada perbuatan yang menjurus kearah syariat Islam itu sendiri. Justru baginda menamakan Kota Madinah sebagai Madinatul Munawarrah dan bukannya negara Islam Madinah. Prinsip ini diteruskan sehinggalah ke akhir pemerintahan khalifah Uthmaniyah. Penggunaan negara Islam hanya bermula apabila wujud sebuah negara yang dinamakan Republik Islam Iran yang majoriti masyarakatnya berpaksikan kepada fahaman syiah.

Jika dibandingkan Perlembagaan Madinah ini dengan Perlembagaan Malaysia yang digubal oleh kepimpinan UMNO terdahulu adalah seiring pembentukan perlembagaan Madinah oleh baginda Nabi Muhammad saw. Di dalam perlembagaan persekutuan Malaysia perkara yang paling utama adalah status agama Islam sebagai agama persekutuan dan YDP Agong yang dipilih oleh 9 kesultanan Melayu adalah pemerintah tertinggi sebagai Ketua Negara dan Agama. Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan agama-agama lain boleh diamalkan sepertimana dalam piagam Madinah.

Pada hari ini konsep 1 Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Haji Abdul Razak adalah sama dengan fasal 2 piagam madinah iaitu “bahawa mereka ini adalah satu umat”. Konsep perpaduan ini telah menjadi agenda utama negara Malaysia pada hari ini yang diperjuangkan oleh UMNO. Ini bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia hidup dalam suasana aman dan harmoni secara berkompromi walaupun berbeza kaum, agama dan pegangan. Dengan itu terbentuklah satu komuniti kekeluargaan yang besar yang berbilang kaum dan agama tanpa perselisihan yang ketara. Perpaduan ini terbukti berjaya diamalkan oleh Ummat Islam terdahulu.

Selama lebih 66 tahun UMNO telah mempertahankan prinsip ini dan juga memperjuangkan kepentingan orang Melayu seperti dalam perlembagaannya. Secara tidak langsung definisi Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia adalah mesti beragama Islam, mengamalkan budaya melayu dan berbahasa Melayu. Proses ini telah menyebabkan Melayu itu terdiri daripada pelbagai keturunan seperti keturunan Cina, Arab, India, Portugis, Jawa dan berbagai keturunan yang lain di dunia. Betapa besarnya perpaduan dan penyatuan umat dan keturunan Islam yang selama ini diperjuangkan UMNO. Sama seperti penyatuan keturunan dan bangsa di Madinah yang menggandingkan kaum-kaum Muhajirin dan Ansar yang beragama Islam terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan. Manakala yang bukan beragama Islam dikelompokkan dalam satu kelompok yang dipanggil 'Bani' seperti Bani Auf, Bani Amru dan lain-lain yang boleh meneruskan pegangan lama mereka. Sama seperti UMNO, MCA, MIC dan lain-lain. Namun begitu UMNO tidak pernah melabelkan partinya sebagai parti Islam tetapi tetap mempertahankan syariat Islam sebagaimana termaktub dalam perlembagaan Malaysia yang berasaskan piagam Madinah.

Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Islam : Suatu Perbandingan

OLEH SYED IBRAHIM SYED ADBUL RAHMAN

Mengikut pencapaian ilmu sekarang, setiap yang diakui sebagai sebuah negara yang diwujudkan tidak lengkap kalau tidak mempunyai perlembagaannya sendiri samada bertulis atau tidak.

Perlembagaan adalah perlu samada ianya Islam atau tidak. Dengan perlembagaan boleh diketahui dan ditentukan peraturan hidup, hak-hak warganegara, system kehakiman, kuasa kerajaan. Badan Penggubal Undang-Undang dan berbagai-bagai lagi. Sekurang-kurangnya Perlembagaan akan mengandungi ciri asas dan bingkai pemerintahan dan kuasa-kuasa diwujudkan diperuntukan dan dilindungi.

Perlembagaan Malaysia sememangnya tersedia dan sudah terpakai sekian lama. Ia mengandungi ciri asas dan bingkai pemerintahan beserta dengan kuasa-kuasa yang terdapat di dalamnya. Ia memnuhi kehendak ukuran moden dan bersesuaian dengan system demokrasi yang diamalkan. Walaupun dari beberapa sudut ianya boleh dikritik dan perbahasan mengenainya akan berterusan.

Tetapi perlembagaan Islam pada zaman sekarang masih belum ada satu contoh yang sedang terlaksana. Selain daripada huraiannya sebagai konsep sahaja, belum ada ijmak mengenai sesuatu Perlembagaan yang terlaksana di negara-negara umat Islam.

Walaupun begitu ciri-ciri Perlembagaan Islam itu mungkin terdapat pada satu-satu Perlembagaan di negara-negara umat Islam sekarang dan mungkin berbeza cirri-ciri tersebut di antara satu sama lain.

Di Malaysia sekarang nampaknya bukan isu lagi samada perlembagaan Islam atau tidak, tetapi penekanan telah berubah kepada samada Malaysia adalah sebuah negara Islam ataupun tidak. Ia telah dijadikan isu yang dipertikaikan dari sudut politik.

Biasanya dalam system demokrasi, isu politik ditenangkan atau dimantapkan melalui menggubal undang-undang mengenai isu tersebut. Selepas itu dia tidak akan menjadi isu politik lagi.

Tetapi sekarang, isu Perlembagaan Malaysia, samada Islam atau tidak, bukan lagi menjadi isu, tetapi ditekankan bahawa Malaysia adalah negara Islam.

Dengan meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama Negeri, diterima sebagai asas akademik dan juga politik iaitu pencapaian persefahaman yang paling minima yang boleh diterima pakai oleh warganegera berbilang kaum.

Oleh itu selebihnya memerlukan pengisian dan inilah hujah yang sekarang diketengahkan untuk menyakinkan masyarakat umum yang berbilang kaum.

Kita tidak boleh melabelkan Perlembagaan Malaysia sebagai tidak Islam dengan hanya menuduh secara rambang kerana hujah yang perlu dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan tahap pencapaian ilmu perundangan sekarang dan perkara yang ditimbulkan hendaklah menunjukkna perbezaan nyata pada perkara pokok atau asas-asasnya.

Dari satu segi yang paling asas, kita boleh bercakap fasal sumber undang-undang. Perlembagaan Islam meletakkan sumber undang-undang ialah Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi Perlembagaan Malaysia meletekkan undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan tersebut (Perkara 4 (1).

Mengikut amalannya, sebarang pertikaian undang-undang Perlembagaan, mahkamah akan mencari duluan (precedent) dimana-mana negara yang menggunakan common law Inggeris untuk membantu membuat sesuatu keputusan.

Dengan meletakkan bingkai persekitaran seperti yang dinyatakan di atas sahaja telah dengan sendirinya mengenepikan sumber asas Islam dan dengan itu prinsip dan amalan merujuk kepada khazanah ilmu Islam terus terpinggir.

Ini bererti prinsip dan amalan merujuk kepada khazanah Islam telah dikeluarkan daripada gelanggang.

Tidak berupaya hakim berugama Islam untuk merujuk kepada khazanah ilmu Islam dan dengan itu terpaksa akur dengan tafsiran Islam dalam Perlembagaan iaitu menyentuh dan berkaitan dengan adat istiadat rasmi dalam bingkai persekutuan.

Tafsiran ini sememangnya sesuai dengan sikap sekularisma yang diresmikan iaitu dalam kontek sejarah perlembagaan agama Kristian di negara-negara Barat. Islam ditafsirkan dalam kontek pengertian agama yang mereka fahami.

Di antara memilih pengertian agama dan Islam, lebih baik kita memilih pengertian Islam yang sebenar dan dengan itu boleh menghapuskan pengertian resmi Islam dalam Perlembagaan Malaysia.

Ini hanya boleh dibuat jika kita merasakan bahawa pengertian Islam dalam Perlembagaan aalah satu bidaah besar dan penghalang kepada seruan dakwah.

Sepatutnya ini menjadi satu cabaran utama jika kita sebenar kenal halangan yang kita mampu atasi sekarang.

Apa yang dimaksudkan ialah tidak hanya menerangkan dan berdakwah mengenai pengertian Islam sebenar diluar gelanggang, tetapi memasukkan Islam dengan pengertiannya yang lengkap dalam gelanggang.

Ini boleh dibuat melalui pindaan perlembagaan Negeri dengan memasukkan definisi Islam dalam Perlembagaan Negeri.

Kelantan dan Terengganu mampu membuat pindaan tersebut. Usaha seperti ini boleh merapatkan semula jurang pemahaman di kalangan umat Islam mengenai agama yang sebilangan besar daripada mereka adalah menjadi pegawai-pegawai Kerajaan, Hakim dan Pentadbir negara. Mereka boleh berhujah semula dengan bersandarkan Undang-undang negara/negeri.

Persoalan kedua ialah Majlis Syura. Ada pandangan yang menyokong bahawa Parlimen dalam bentuk system demokrasi sekarang boleh dianggap sebagai Syura. Tetapi dalam kontek Perlembagaan Islam, Majlis Syura adalah dianggotai oleh bilangan yang lebih kecil dianggap mereka yang layak dari segi peribadi, berilmu, wibawa dan taqwa.

Jika Majlis Syura ini diwujudkan, ianya adalah lebih tinggi tarafnya daripada Parlimen dan boleh menegur untuk pinda sebarang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan kuasa ini mengikut kaedah sekarang adalah sebahagian daripada kuasa kehakiman.

Dalam kontek Islam Majlis Syura berperanan sebahagian daripada peranan eksekutif iaitu pembuat dasar dan sebahagian lagi berperanan sebagai peranan kehakiman iaitu mengawasi undang-undang yang dibuat oleh Parlimen.

Contoh yang dilaksanakan sekarang boleh dibuat seperti di Iran. Tetapi di sana kuasa tersebut tidak diletakkan pada suatu majlis, tetapi pada Wilayatul Faqih yang dibantu oleh jawatankuasanya tersendiri.

Jawatankuasa ini tidak mempunya protokol seperti dalam system demokrasi sekarang kerana ianya bukan sebagai organ kerajaan.

Perkara ketiga ialah Al-adi (justice). Persoalan keadilan menyentuh dua aspek tertentu.

Pertama mengenai keadilan mengikut undang-undang dan kedua ialah keadilan pemerintahan secara menyeluruh iaitu termasuk keadilan sosial dan ekonomi.

Keadilan mengikut undang-undang menekan prinsip kesamarataan iaitu tidak ada pilih kasih atau latar belakang seseorang tidak menjadi perkiraan dari segi pendedahan kepada perlaksanaan tindakan undang-undang.

Adil dalam pemerintahan mengikut kacamata Islam memerlukan sedikit huraian. Doktrin komunisme menyanggah sistem sosial demokratik kapitalis bertujuan untuk mengujudkan keadilan sosial.

Almarhum Syed Qutb banyak menulis secara kritis mengenai sistem sosial demokratik kapitalis dan sistem komunis.

Tetapi beliau tidak menganjurkan dengan jelas bagaimana struktur kerajaan perlu diubah untuk membentuk dan mengiktiraf manusia yang berperibadi tinggi mengenai keperihatinan insaniyahnya.

Perlembagaan Malaysia membentuk tiga organ pemerintahan iaitu badan eksekutif, badan kehakiman dan badan pembuat undang-undang (parlimen).

Strukturnya pula melibatkan dua sektor iaitu sektor awam dan sektor swasta. Dalam kontek Islam juga selain daripada dua sektor tersebut strukturnya mempunyai satu lagi sektor iaitu sektor ijtimae.

Sumber ijtimae berdasarkan kepada sunnah Rasulullah (s.a.w) dan Khulaffah Arrashidin. Maksud Firman Allah :

"Dan sesungguhnya engkau adalah mempunyai akhlak yang termulia (Al-Qalam 4)."

Di zaman moden ini keseluruhan tumpuan pemikiran dan pembangunan ilmu adalah bertujuan untuk memaksimakan hasil berupa matabenda.

Organisasi dan struktur negara adalah juga untuk mencapai setinggi pembangunan fisikal dan mental tetapi tidak spiritual atau rohani.

Dengan itu diwujudkan pasaran untuk menampung keperluan manusia yang hari demi hari bertambah dengan berlipat ganda.

Organisasi pasaran akan menawarkan nilai tertentu dan bidang perniagaan akan kalut untuk menyediakan keperluan untuk perbekalan kepada permintaan tersebut.

Tenaga-tenaga petugas samada sebagai pentadbir ataut pengurus adalah sama-sama mengejar upah atau keuntungan yang senantiasa tidak boleh memberi kepuasan.

Taraf kehidupan akan meningkat dengan meningkatnya sara hidup serta meningkatnya juga kebanggaan diri dan status dalam masyarakat.

Jika didorong oleh perasaan tamak dan haloba sedikit demi sedikit akan terjerumus dan terperangkap dalam sifat individualistik.

Kebebasan begini yang memencilkan, yang dipertahankan oleh system sekarang bukannya sifat meriah masyarakat dan bersama-sama mendahulukan kepentingan masyarakat daripada kepentingan peribadi.

Sumber utama untuk membetulkan semula kepincangan yang sedang berlaku sekarang dan telah menjadi satu trend, ialah merujuk semula kepada sikap Rasulullah (s.a.w) terhadap matabenda. Sikap tersebut adalah akhlak seperti dimaksudkan di dalam ayat di atas.

Dari sudut ini ada dua perkara penting yang perlu difahami.Pertama, perncapaian dan keberhasilan matabenda bukan menjadi objektif utama dan keduanya tidak dipengaruhi oleh perasaan megah atau bermewah dengan keberhasilan matabenda (seperti ghanimah).

Pada hari ini ramai orang di kalangan rakyat yang berasa lebih puas dengan hasil kerja (job satisfaction) yang mereka berikan daripada semata-mata diukur dengan sara pendapatan.

Ini berlaku di kalangan professional, ahli-ahli sains pakar dan juga pentadbir dan pengurus.

Ganjaran yang mereka dapat cukup untuk menampung keperluan hidup berkeluarga, selainnya mereka mengharapkan pengiktirafan.

Kalau kita mengambil kehidupan Rasulullah (s.a.w) dan Khulaffah Arrashidin sebagai contoh yang paling ekstrim, ia boleh dijadikan sebagai ukuran akhlak standard terhadap kemampuan menguasai metabenda tetapi menjalani hidup yang bertenaga dengan kemampuan tersebut.

Satu pemaparan yang agak aneh sekarang tetapi inilah akhlak Islam dan ini juga menjadi sumber dan lambang kepada punca keadilan sosial yang hendak dibina di abad ini dan akan datang.

Sumbangan khidmat dari pengorbanan yang diberikan tidak mengharapkan habuan matabenda atau nilai pasaran tetapi semata-mata kerana Allah.

Kita tahu bahawa sebahagian besar daripada masyarakat sememangnya bergantung kepada keperihatinan belas kasihan daripada segolongan besar juga daripada golongan masyarakat.

Tetapi keadaan sebenar seperti ini tidak diambil hal oleh system yang berkuasa sekarang kerana penekanannya kepada system nilai matabenda.

Dengan itu segala sifat keperihatinan belas kasihan sesama manusia tidak diambil kira.

Dengan erti kata lain system demokratik kapitalis tidak mengiktiraf dan memberi ganjaran sewajarnya kepada sumbangan khidmat sukarela dalam struktur pemerintahan.

Oleh itu keadilan dalam pemerintahan sudah tentu tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Mereka yang mempunyai sifat tamak haloba, berkepentingan diri dan pandai gelecek akan cepat jadi kaya dan dengan kekayaan boleh mendapat kedudukan dan pengiktirafan.

Harta kekayaan juga akan berkisar di kalangan yang berpunya.

Perlembagaan Islam akan memasukkan sektor ijtimae sebagai salah satu daripada sektor teratas daripada dua sektor lain.

Ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan secara tertentu bagi menggalakkan lagi golongan masyarakat masyarakat yang bekerja untuk kepentingan masyarakat daripada kepentingan diri.

Mereka tersebut boleh bergiat di dalam kedua sektor lain seperti sebagai pentadbir atau pengurus atau sebagai ahli perniagaan tetapi senantiasa mendahulukan kepentingan masyarakat dan kerjaan membantu mereka untuk berjaya.

Mereka juga akan diberikan penghargaan dan protokol tertentu sebagai sanjungan kepada khidmat bakti dan pengorbanan mereka.

Dengan cara ini sahaja masalah kepincangan sistem sosial yang berlaku sekarang dapat diatasi kerana dari satu aspek penting sememangnya syistem tidak dapat menentukan kejayaan, tetapi yang boleh menentukan kejayaannya ialah kewibawaan manusia sendiri dan dengan itu berlakunya keadilan sosial akan lebih terjamin.

Dari satu sudut lain, sistem nilai yang berlaku sekarang akan berubah kepada lebih prihatin dan sebenarnya penyayang.

Perkara keempat ialah kebebasan beragama. Di antara perkara penting di dalam Perlembagaan Madinah ialah memantapkan hak-hak beragama kepada orang-orang bukan Islam.

Walaupun Perlembagaan Malaysia meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan ianya bersyarat iaitu agama-agama lain bebas untuk diamalkan {Perkara 3 (i)}.

Di dalam Islam hak dan kebebasan beragama adalah dijamin malah sememangnya ada persamaan, tetapi jaminan itu menjadi lebih kukuh kerana ianya dihubungkait dengan aqidah seorang Muslim dan dengan itu menjadi tanggungjawab negara Islam untuk menjaga kebebasan tersebut.

Perkara kelima ialah sistem demokrasi. Ada beberapa lagi aspek yang perlu disentuh untuk menunjukkan perbezaan di antara Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Islam tetapi yang pentingnya adakah system demokrasi dalam Perlembagaan Islam?

Persoalan masih belum diselesaikan secara ilmiah. Sistem demokrasi telahpun diterima dan setakat ini tidak aka kritikan jelas oleh para ulamak yang mungkin menyakinkan kita bahawa sistem pengundian ini tidak bertentangan dengan Islam.

Oleh itu kalau Islam menerima sistem demokrasi dan Islam juga menjamin hak beragama kepada yang bukan Islam, perbezaan hanya tinggal pada kandungan kepada sebahagian daripada undang-undang hak, kebebasan wanita yang dilihat daripada kacamata berbeza dan system ekonomi.

Rumusan

Berdasarkan kepada kajian-kajian seperti di atas, untuk mengubah sumber rujukan perundangan kepada Al-Quran dan As-Sunnah, mengwujudkan Majlis Syura adalah satu perkara yang memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Malaysia yang mana proses tersebut memerlukan pengundian dua pertiga ahli Parlimen.

Jika perubahan tersebut dibuat pada peringkat Perlembagaan Negeri, ini sudah tentu bercanggah dengan peruntukan Artikel 4(i) Perlembagaan Persekutuan dan akan mengundang padah kerana Perlembagaan Negeri berkenaan boleh digantung.

Oleh itu dicadangkan langkah pertama ialah membetulkan persepsi Islam dalam perlembagaan Negeri dulu dan ini tidak ada alasan bagi Kerajaan Pusat untuk mencampurtangan dan dari segi politiknya akan memberi jarak politik yang baik kepada parti Islam.

Jika parti Islam mampu pula berkuasa di peringkat pusat tetapi tidak dua pertiga majority, kaedah yang sama boleh digunakan untuk menguatkuasakan pengertian Islam melalui Undang-Undang Tafsiran. Pindaan kepada Undang-undang Tafsiran boleh dibuat melalui majority biasa.

Walaupun ianya bukan undang-undang perlembagaan , tetapi ianya adalah undang-undang juga.

Cadangan ini tidak langsung menyentuh hak dan kebebasan orang-orang bukan Islam seperti yang sedia terjamin dalam perlembagaan sekarang.

Perlembagaan Malaysia = Piagam Madinah : Comparing apples and oranges

Siapakah pengasas perlembagaan Malaysia?
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957. (sumber wikipedia)
Apakah sumber hukum tertinggi dalam Perlembagaan Malaysia?
Perlembagaan Malaysia dan Undang-undang yang terbit. Siapa yang memperkenankan? Jawablah sendiri...
Perkara 4. (1)Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.

Sekarang kita lihat pula Piagam Madinah 622M
Siapa yang mengasaskannya?
Rasulullah SAW
Apakah sumber hukum tertinggi, dan siapa yang memperkenankan?

"وإنكم مهما اختلفتم فيه من شيء فإن مرده إلى الله –عز وجل- وإلى محمد... "وإنه ما كان بين أهل هذه الصحيفة من حدث أو اشتجار يخاف فساده فإن مردَّه إلى الله، وإلى محمد رسول الله، وإن الله على أتقى ما في هذه الصحيفة وأبره"

Bahawa apa sahaja perselisihan dalamnya maka pengembaliannya kepada Allah Azawjalla dan kepada Muhamad. Atau apa juga pertengkaran di antara sesama pihak yang setuju dengan piagam ini jika dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan kebaikan isi kandungan piagam ini dan merestuinya

ابن سيد الناس : عيون الأثر 1/261، وابن كثير: السيرة النبوية 2/ 322، ابن هشام : السيرة النبوية 1/ 503

Itulah sedikit sebanyak berkenaan dengan perlembagaan Malaysia dengan Piagam Madinah. Akhirnya mereka cantumkan apa yang ada dalam Islam dan apa yang bersumberkan dari Barat. Kemudian mereka ikat dengan tali. Lihatlah wajah Islam yang mereka terangkan kepada kita...lihat buah APOR di atas.

Apakah anda masih mahu samakan antara kerbau pendek dengan kerbau?

Piagam Madinah apakah keserasiannya dengan Perlembagaan Malaysia.....Pernah seorang lelaki bertanya kepada baginda: "Apakah ajaran Islam yang terbaik?" Jawab baginda; "Kamu memberi (sedekah) makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal atau tidak kenal". Sekarang kita baca Piagam Madinah di tulis oleh Rasullah (SAW) ketika umat Islam mendirikan sebuah negara Islam di Madinah pada tahun 622 M bersamaan 1 Hijrah. Lahirnya negara ini menandakan bermulanya konsep sebuah negara berperlembagaan yang pertama di dunia selain perlembagaan bertulis pertama dalam sejarah.
Madinah bina masyarakat baru Islam

Parlimen adalah tunggak utama penggubalan undang-undang sesebuah negara. - Gambar hiasan

PIAGAM Madinah menjadi asas kuat pembinaan sebuah negara berpaksikan kepada ajaran-ajaran Islam. Tanpa ada pihak-pihak yang boleh menyalahgunakan kuasa demi apa juga kepentingan diri sendiri.

Sama sekali selaku pemimpin, Rasulullah SAW tidak meletakkan kepentingan dirinya mengatasi soal-soal kebajikan dan kehidupan rakyat. Benar-benar rakyat didahulukan.

Malah baginda sangat menghargai kepercayaan yang diberi dengan menghabiskan banyak masa baginda bersama penduduk Madinah.

Contoh paling ketara, sepanjang hayat baginda, kecuali solat sunat dan qiamullail, baginda tidak pernah mendirikan solat lima waktu sehari semalam secara bersendirian, kecuali berjemaah bersama dengan seluruh umat Islam yang lain.

Yang pasti sembahyang berjemaah itu menjadi saluran paling efektif untuk mendekatkan diri baginda sambil mengambil tahu akan segala masalah dan kesusahan para pengikut baginda.

Begitupun Piagam Madinah tetap kekal relevan digunapakai sehingga ke hari ini supaya menjadi rujukan dan contoh kepada mana-mana negara yang mempunyai rakyat berbilang bangsa dan agama tetapi masih boleh hidup aman dan damai di bawah naungan dan lindungan satu Piagam sebuah negara Islam.

Ini kerana dengan piagam itu, baginda telah mengorak langkah dengan membina asas-asas masyarakat baru Islam yang lebih dinamik dan maju ke hadapan.

Dalam segala aspek, tanpa tertumpu kepada soal ibadat semata-mata.

Di tambah, baginda dibantu oleh para sahabat yang masing-masing mempunyai budi pekerti yang sangat luhur dan mulia.

Tiada tandingannya apabila kita menyebut nama-nama seperti Abu Bakar As Siddiq, Umar Al Khattab, Uthman Al Affan dan Ali Abi Talib serta begitu ramai lagi sahabat besar yang lain.

Dalam memperkatakan para sahabat baginda itu, maka ia sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah Mas'ud; "Barang siapa yang hendak mengikut sunnah maka ikutlah sunnah orang yang telah mati. Sesungguhnya orang yang hidup belum tentu selamat daripada terjebak dalam fitnah.

"Mereka itulah para sahabat Muhammad SAW. Mereka ialah manusia yang paling mulia di kalangan umat ini, paling baik hati, paling dalam ilmu pengetahuannya dan paling tidak memberatkan diri (ringan tulang).

"Allah memilih mereka untuk menjadi sahabat Nabi membantu baginda menegakkan agama-Nya.

"Justeru itu kenalilah kelebihan mereka dan ikutlah jejak langkah mereka. Berpeganglah sedaya upayamu dengan akhlak dan perjalanan hidup mereka. Sesungguhnya mereka berada di atas petunjuk yang lurus".

Semua ini apabila baginda sering mengajar, mendidik dan membersihkan jiwa mereka serta menggalakkan mereka berbudi pekerti mulia, adab, kasih sayang, persaudaraan, sifat-sifat mulia, tekun beribadat, rajin dalam pekerjaan dan mentaati perintah.

Pernah seorang lelaki bertanya kepada baginda: "Apakah ajaran Islam yang terbaik?" Jawab baginda; "Kamu memberi (sedekah) makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal atau tidak kenal".

Pemimpin kaum Yahudi di Madinah, Abdullah Salam pernah memberitahu apabila setibanya Nabi Muhammad ke Madinah, beliau pun terus menemui baginda dan setelah memerhatikan rupa paras baginda, Abdullah Salam terus mempercayai baginda kerana cahaya kejujuran dan keikhlasan yang jelas terpancar daripada wajah baginda.

Maka antara ucapan awal yang diucapkan oleh baginda ketika itu; "Wahai manusia, berilah makanan kepada yang memerlukan, hubungkan silaturahim dan bersembahyanglah di waktu malam tatkala orang lain sedang tidur, nescaya kamu akan dapat masuk syurga dengan sejahtera".

Berikut adalah perlembagaan yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w ketika umat Islam mendirikan sebuah negara Islam di Madinah pada tahun 622 M. bersamaan 1 Hijriyah. Lahirnya negara ini menandakan bermulanya konsep sekaligus praktik sebuah negara berperlembagaan pertama di dunia selain perlembagaan bertulis pertama dalam sejarah. Sebelum itu tiada satu negara pun yang memiliki perlembagaan, kerana dalam sistem monarki sabda raja adalah undang-undang. Dalam perlembagaan yang cukup maju ini Rasulullah menggariskan beberapa prinsip yang penting dalam bernegara seperti prinsip persamaan (pasal 2; 16), keadilan (pasal 45; 47; 20; 36 ), persaudaraan dan perpaduan (pasal 12; 14; 19; 37), kedaulatan hukum Shari’ah ( pasal 42; 23), kebebasan bersuara atau amar makruf nahi munkar (pasal 13; 47), hak-hak dan kewajipan kaum minoriti (25; 24; 36-38; 46), kewajipan rakyat dalam mempertahankan negara (18; 38; 46), kesetiaan kepada negara (pasal 37; 46), pengakuan Rasulullah sebagai ketua negara dan ketua hakim (42;23) dan lain-lain.b931dbf110a542635cb01a9d190d030a.jpg

Dengan nama Allah Yang Maha pemurah lagi Maha pengasih.

Sesungguhnya ini adalah dokumen dari Muhammad pesuruh Allah, (yang mengurus perhubungan) antara orang-orang beriman dan Islam (terdiri daripada) kaum Quraysh dan Yathrib, dan mereka yang mengikuti dan bekerja bersama mereka.

PEMBENTUKAN UMMAT

Pasal 1

Sesungguhnya mereka adalah satu ummat, bebas dari (pengaruh dan kekuasaan) manusia lainnya.

II

HAK ASASI MANUSIA

Pasal 2

Kaum Muhajirin dari Quraisy tetap mempunyai hak asli mereka, yaitu saling tanggung-menanggung, membayar dan menerima uang tebusan darah (diyat) di antara mereka (karena suatu pembunuhan), dengan cara yang baik dan adil di antara orang-orang beriman.

Pasal 3

Banu 'Awf (dari Yatsrib) tetap mempunyai hak asli mereka, tanggung menanggung uang tebusan darah (diyat).
Dan setiap keluarga dari mereka membayar bersama akan uang tebusan dengan baik dan adil di antara orang-orang beriman.
Pasal 4

Banu Sa'idah (dari Yatsrib) tetap atas hak asli mereka, tanggung menanggung uang tebusan mereka.
Dan setiap keluarga dari mereka membayar bersama akan uang tebusan dengan baik dan adil di antara orang-orang beriman.
Pasal 5

Banul-Harts (dari suku Yatsrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, saling tanggung-menanggung untuk membayar uang tebusan darah (diyat) di antara mereka.
Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.
Pasal 6

Banu Jusyam (dari suku Yatsrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar uang tebusan darah (diyat) di antara mereka.
Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.
Pasal 7

Banu Najjar (dari suku Yatsrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar uang tebusan darah (diyat) dengan secara baik dan adil.
Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang beriman.
Pasal 8

Banu 'Amrin (dari suku Yatsrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar uang tebusan darah (diyat) di antara mereka.
Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.
Pasal 9

Banu An-Nabiet (dari suku Yatsrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar uang tebusan darah (diyat) di antara mereka.
Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.
Pasal 10

Banu Aws (dari suku Yatsrib) berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar uang tebusan darah (diyat) di antara mereka.
Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.
III

PERSATUAN SEAGAMA

Pasal 11

Sesungguhnya orang-orang beriman tidak akan melalaikan tanggungjawabnya untuk memberi sumbangan bagi orang-orang yang berhutang, karena membayar uang tebusan darah dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.

Pasal 12

Tidak seorang pun dari orang-orang yang beriman dibolehkan membuat persekutuan dengan teman sekutu dari orang yang beriman lainnya, tanpa persetujuan terlebih dahulu dari padanya.

Pasal 13

Segenap orang-orang beriman yang bertaqwa harus menentang setiap orang yang berbuat kesalahan , melanggar ketertiban, penipuan, permusuhan atau pengacauan di kalangan masyarakat orang-orang beriman.
Kebulatan persatuan mereka terhadap orang-orang yang bersalah merupakan tangan yang satu, walaupun terhadap anak-anak mereka sendiri.
Pasal 14

Tidak diperkenankan seseorang yang beriman membunuh seorang beriman lainnya karena lantaran seorang yang tidak beriman.
Tidak pula diperkenankan seorang yang beriman membantu seorang yang kafir untuk melawan seorang yang beriman lainnya.
Pasal 15

Jaminan Allah adalah satu dan merata, melindungi nasib orang-orang yang lemah.
Segenap orang-orang yang beriman harus jamin-menjamin dan setiakawan sesama mereka daripada (gangguan) manusia lainnya.
IV

PERSATUAN SEGENAP WARGANEGARA

Pasal 16

Bahwa sesungguhnya kaum-bangsa Yahudi yang setia kepada (negara) kita, berhak mendapatkan bantuan dan perlindungan, tidak boleh dikurangi haknya dan tidak boleh diasingkan dari pergaulan umum.

Pasal 17

Perdamaian dari orang-orang beriman adalah satu
Tidak diperkenankan segolongan orang-orang yang beriman membuat perjanjian tanpa ikut sertanya segolongan lainnya di dalam suatu peperangan di jalan Allah, kecuali atas dasar persamaan dan adil di antara mereka.
Pasal 18

Setiap penyerangan yang dilakukan terhadap kita, merupakan tantangan terhadap semuanya yang harus memperkuat persatuan antara segenap golongan.

Pasal 19

Segenap orang-orang yang beriman harus memberikan pembelaan atas tiap-tiap darah yang tertumpah di jalan Allah.
Setiap orang beriman yang bertaqwa harus berteguh hati atas jalan yang baik dan kuat.
Pasal 20

Perlindungan yang diberikan oleh seorang yang tidak beriman (musyrik) terhadap harta dan jiwa seorang musuh Quraisy, tidaklah diakui.
Campur tangan apapun tidaklah diijinkan atas kerugian seorang yang beriman.

Pasal 21

Barangsiapa yang membunuh akan seorang yang beriman dengan cukup bukti atas perbuatannya harus dihukum bunuh atasnya, kecuali kalau wali (keluarga yang berhak) dari si terbunuh bersedia dan rela menerima ganti kerugian (diyat).
Segenap warga yang beriman harus bulat bersatu mengutuk perbuatan itu, dan tidak diijinkan selain daripada menghukum kejahatan itu.

Pasal 22

Tidak dibenarkan bagi setiap orang yang mengakui piagam ini dan percaya kepada Allah dan hari akhir, akan membantu orang-orang yang salah, dan memberikan tempat kediaman baginya.
Siapa yang memberikan bantuan atau memberikan tempat tinggal bagi pengkhianat-pengkhianat negara atau orang-orang yang salah, akan mendapatkan kutukan dan kemurkaan Allah di hari kiamat nanti, dan tidak diterima segala pengakuan dan kesaksiannya.
Pasal 23

Apabila timbul perbedaan pendapat di antara kamu di dalam suatu soal, maka kembalikanlah penyelesaiannya pada (hukum) Allah dan (keputusan) Muhammad SAW.

V

GOLONGAN MINORITI

Pasal 24

Warganegara (dari golongan) Yahudi memikul biaya bersama-sama dengan kaum beriman, selama negara dalam peperangan.

Pasal 25

Kaum Yahudi dari suku 'Awf adalah satu bangsa-negara (ummat) dengan warga yang beriman.
Kaum Yahudi bebas memeluk agama mereka, sebagai kaum Muslimin bebas memeluk agama mereka.
Kebebasan ini berlaku juga terhadap pengikut-pengikut/sekutu-sekutu mereka, dan diri mereka sendiri.
Kecuali kalau ada yang mengacau dan berbuat kejahatan, yang menimpa diri orang yang bersangkutan dan keluarganya.
Pasal 26
Kaum Yahudi dari Banu Najjar diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas

Pasal 27
Kaum Yahudi dari Banul-Harts diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas

Pasal 28
Kaum Yahudi dari Banu Sa'idah diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas

Pasal 29
Kaum Yahudi dari Banu Jusyam diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas

Pasal 30
Kaum Yahudi dari Banu Aws diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas

Pasal 31
Kaum Yahudi dari Banu Tsa'labah, diperlakukan sama seperti kaum yahudi dari Banu 'Awf di atas
Kecuali orang yang mengacau atau berbuat kejahatan, maka ganjaran dari pengacauan dan kejahatannya itu menimpa dirinya dan keluarganya.

Pasal 32
Suku Jafnah adalah bertali darah dengan kaum Yahudi dari Banu Tsa'labah, diperlakukan sama seperti Banu Tsa'labah

Pasal 33
Banu Syuthaibah diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas.
Sikap yang baik harus dapat membendung segala penyelewengan.

Pasal 34
Pengikut-pengikut/sekutu-sekutu dari Banu Tsa'labah, diperlakukan sama seperti Banu Tsa'labah.

Pasal 35
Segala pegawai-pegawai dan pembela-pembela kaum Yahudi, diperlakukan sama seperti kaum Yahudi.

VI

TUGAS WARGA NEGARA

Pasal 36
Tidak seorang pun diperbolehkan bertindak keluar, tanpa ijinnya Muhammad SAW.
Seorang warga negara dapat membalaskan kejahatan luka yang dilakukan orang kepadanya
Siapa yang berbuat kejahatan, maka ganjaran kejahatan itu menimpa dirinya dan keluarganya, kecuali untuk membela diri
Allah melindungi akan orang-orang yang setia kepada piagam ini

Pasal 37
Kaum Yahudi memikul biaya negara, sebagai halnya kaum Muslimin memikul biaya negara
Di antara segenap warga negara (Yahudi dan Muslimin) terjalin pembelaan untuk menentang setiap musuh negara yang memerangi setiap peserta dari piagam ini
Di antara mereka harus terdapat saling nasihat-menasihati dan berbuat kebajikan, dan menjauhi segala dosa
Seorang warga negara tidaklah dianggap bersalah, karena kesalahan yang dibuat sahabat/sekutunya
Pertolongan, pembelaan, dan bantuan harus diberikan kepada orang/golongan yang teraniaya

Pasal 38
Warga negara kaum Yahudi memikul biaya bersama-sama warganegara yang beriman, selama peperangan masih terjadi

VII

MELINDUNGI NEGARA

Pasal 39
Sesungguhnya kota Yatsrib, Ibukota Negara, tidak boleh dilanggar kehormatannya oleh setiap peserta piagam ini

Pasal 40
Segala tetangga yang berdampingan rumah, harus diperlakukan sebagai diri-sendiri, tidak boleh diganggu ketenteramannya, dan tidak diperlakukan salah

Pasal 41
Tidak seorang pun tetangga wanita boleh diganggu ketenteraman atau kehormatannya, melainkan setiap kunjungan harus dengan ijin suaminya

VIII

PIMPINAN NEGARA

Pasal 42
Tidak boleh terjadi suatu peristiwa di antara peserta piagam ini atau terjadi pertengkaran, melainkan segera dilaporkan dan diserahkan penyelesaiannya menurut (hukum ) Allah dan (kebijaksanaan) utusan-Nya, Muhammad SAW
Allah berpegang teguh kepada piagam ini dan orang-orang yang setia kepadanya

Pasal 43
Sesungguhnya (musuh) Quraisy tidak boleh dilindungi, begitu juga segala orang yang membantu mereka

Pasal 44
Di kalangan warga negara sudah terikat janji pertahanan bersama untuk menentang setiap agresor yang menyergap kota Yatsrib

IX

POLITIK PERDAMAIAN

Pasal 45
Apabila mereka diajak kepada perdamaian (dan) membuat perjanjian damai (treaty), mereka tetap sedia untuk berdamai dan membuat perjanjian damai
Setiap kali ajakan perdamaian seperti demikian, sesungguhnya kaum yang beriman harus melakukannya, kecuali terhadap orang (negara) yang menunjukkan permusuhan terhadap agama (Islam)
Kewajiban atas setiap warganegara mengambil bahagian dari pihak mereka untuk perdamaian itu

Pasal 46
Dan sesungguhnya kaum Yahudi dari Aws dan segala sekutu dan simpatisan mereka, mempunyai kewajiban yang sama dengan segala peserta piagam untuk kebaikan (perdamaian) itu
Sesungguhnya kebaikan (perdamaian) dapat menghilangkan segala kesalahan
X

PENUTUP

Pasal 47
Setiap orang (warganegara) yang berusaha, segala usahanya adalah atas dirinya
Sesungguhnya Allah menyertai akan segala peserta dari piagam ini, yang menjalankannya dengan jujur dan sebaik-baiknya
Sesungguhnya tidaklah boleh piagam ini dipergunakan untuk melindungi orang-orang yang zalim dan bersalah
Sesungguhnya (mulai saat ini), orang-orang yang bepergian (keluar), adalah aman
Dan orang yang menetap adalah aman pula, kecuali orang-orang yang dhalim dan berbuat salah
Sesungguhnya Allah melindungi orang (warganegara) yang baik dan bersikap taqwa (waspada)
Dan (akhirnya) Muhammad adalah Pesuruh Allah, semoga Allah mencurahkan shalawat dan kesejahteraan atasnya
Keterangan dan Rujukan:

Menurut riwayat Ibnu Ishaq dalam bukunya Sirah an-Nabi SAW juz II hal 119-123, dikutip Ibnu Hisyam (wafat : 213 H.828 M). Diterjemahkan ke dalam bahasa inggris oleh A. Guillaume, The Life of Muhammad (1955) dan Muhammad Hamidullah, The First Written Constitution in the World (1965). disistematisasikan ke dalam pasal-pasal oleh Dr. AJ Wensinck dalam bukunya Mohammad en de Yoden le Medina (1928), pp. 74-84, dan W Montgomery Watt dalam bukunya Mohammad at Medina (1956), pp. 221-225

Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Islam : Suatu Perbandingan
OLEH SYED IBRAHIM SYED ADBUL RAHMAN
Mengikut pencapaian ilmu sekarang, setiap yang diakui sebagai sebuah negara yang diwujudkan tidak lengkap kalau tidak mempunyai perlembagaannya sendiri samada bertulis atau tidak.

Perlembagaan adalah perlu samada ianya Islam atau tidak. Dengan perlembagaan boleh diketahui dan ditentukan peraturan hidup, hak-hak warganegara, system kehakiman, kuasa kerajaan. Badan Penggubal Undang-Undang dan berbagai-bagai lagi. Sekurang-kurangnya Perlembagaan akan mengandungi ciri asas dan bingkai pemerintahan dan kuasa-kuasa diwujudkan diperuntukan dan dilindungi.

Perlembagaan Malaysia sememangnya tersedia dan sudah terpakai sekian lama. Ia mengandungi ciri asas dan bingkai pemerintahan beserta dengan kuasa-kuasa yang terdapat di dalamnya. Ia memnuhi kehendak ukuran moden dan bersesuaian dengan system demokrasi yang diamalkan. Walaupun dari beberapa sudut ianya boleh dikritik dan perbahasan mengenainya akan berterusan.

Tetapi perlembagaan Islam pada zaman sekarang masih belum ada satu contoh yang sedang terlaksana. Selain daripada huraiannya sebagai konsep sahaja, belum ada ijmak mengenai sesuatu Perlembagaan yang terlaksana di negara-negara umat Islam.

Walaupun begitu ciri-ciri Perlembagaan Islam itu mungkin terdapat pada satu-satu Perlembagaan di negara-negara umat Islam sekarang dan mungkin berbeza cirri-ciri tersebut di antara satu sama lain.

Di Malaysia sekarang nampaknya bukan isu lagi samada perlembagaan Islam atau tidak, tetapi penekanan telah berubah kepada samada Malaysia adalah sebuah negara Islam ataupun tidak. Ia telah dijadikan isu yang dipertikaikan dari sudut politik.

Biasanya dalam system demokrasi, isu politik ditenangkan atau dimantapkan melalui menggubal undang-undang mengenai isu tersebut. Selepas itu dia tidak akan menjadi isu politik lagi.

Tetapi sekarang, isu Perlembagaan Malaysia, samada Islam atau tidak, bukan lagi menjadi isu, tetapi ditekankan bahawa Malaysia adalah negara Islam.

Dengan meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama Negeri, diterima sebagai asas akademik dan juga politik iaitu pencapaian persefahaman yang paling minima yang boleh diterima pakai oleh warganegera berbilang kaum.

Oleh itu selebihnya memerlukan pengisian dan inilah hujah yang sekarang diketengahkan untuk menyakinkan masyarakat umum yang berbilang kaum.

Kita tidak boleh melabelkan Perlembagaan Malaysia sebagai tidak Islam dengan hanya menuduh secara rambang kerana hujah yang perlu dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan tahap pencapaian ilmu perundangan sekarang dan perkara yang ditimbulkan hendaklah menunjukkna perbezaan nyata pada perkara pokok atau asas-asasnya.

Dari satu segi yang paling asas, kita boleh bercakap fasal sumber undang-undang. Perlembagaan Islam meletakkan sumber undang-undang ialah Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi Perlembagaan Malaysia meletekkan undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan tersebut (Perkara 4 (1).

Mengikut amalannya, sebarang pertikaian undang-undang Perlembagaan, mahkamah akan mencari duluan (precedent) dimana-mana negara yang menggunakan common law Inggeris untuk membantu membuat sesuatu keputusan.

Dengan meletakkan bingkai persekitaran seperti yang dinyatakan di atas sahaja telah dengan sendirinya mengenepikan sumber asas Islam dan dengan itu prinsip dan amalan merujuk kepada khazanah ilmu Islam terus terpinggir.

Ini bererti prinsip dan amalan merujuk kepada khazanah Islam telah dikeluarkan daripada gelanggang.

Tidak berupaya hakim berugama Islam untuk merujuk kepada khazanah ilmu Islam dan dengan itu terpaksa akur dengan tafsiran Islam dalam Perlembagaan iaitu menyentuh dan berkaitan dengan adat istiadat rasmi dalam bingkai persekutuan.

Tafsiran ini sememangnya sesuai dengan sikap sekularisma yang diresmikan iaitu dalam kontek sejarah perlembagaan agama Kristian di negara-negara Barat. Islam ditafsirkan dalam kontek pengertian agama yang mereka fahami.

Di antara memilih pengertian agama dan Islam, lebih baik kita memilih pengertian Islam yang sebenar dan dengan itu boleh menghapuskan pengertian resmi Islam dalam Perlembagaan Malaysia.

Ini hanya boleh dibuat jika kita merasakan bahawa pengertian Islam dalam Perlembagaan aalah satu bidaah besar dan penghalang kepada seruan dakwah.

Sepatutnya ini menjadi satu cabaran utama jika kita sebenar kenal halangan yang kita mampu atasi sekarang.

Apa yang dimaksudkan ialah tidak hanya menerangkan dan berdakwah mengenai pengertian Islam sebenar diluar gelanggang, tetapi memasukkan Islam dengan pengertiannya yang lengkap dalam gelanggang.

Ini boleh dibuat melalui pindaan perlembagaan Negeri dengan memasukkan definisi Islam dalam Perlembagaan Negeri.

Kelantan dan Terengganu mampu membuat pindaan tersebut. Usaha seperti ini boleh merapatkan semula jurang pemahaman di kalangan umat Islam mengenai agama yang sebilangan besar daripada mereka adalah menjadi pegawai-pegawai Kerajaan, Hakim dan Pentadbir negara. Mereka boleh berhujah semula dengan bersandarkan Undang-undang negara/negeri.

Persoalan kedua ialah Majlis Syura. Ada pandangan yang menyokong bahawa Parlimen dalam bentuk system demokrasi sekarang boleh dianggap sebagai Syura. Tetapi dalam kontek Perlembagaan Islam, Majlis Syura adalah dianggotai oleh bilangan yang lebih kecil dianggap mereka yang layak dari segi peribadi, berilmu, wibawa dan taqwa.

Jika Majlis Syura ini diwujudkan, ianya adalah lebih tinggi tarafnya daripada Parlimen dan boleh menegur untuk pinda sebarang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan kuasa ini mengikut kaedah sekarang adalah sebahagian daripada kuasa kehakiman.

Dalam kontek Islam Majlis Syura berperanan sebahagian daripada peranan eksekutif iaitu pembuat dasar dan sebahagian lagi berperanan sebagai peranan kehakiman iaitu mengawasi undang-undang yang dibuat oleh Parlimen.

Contoh yang dilaksanakan sekarang boleh dibuat seperti di Iran. Tetapi di sana kuasa tersebut tidak diletakkan pada suatu majlis, tetapi pada Wilayatul Faqih yang dibantu oleh jawatankuasanya tersendiri.

Jawatankuasa ini tidak mempunya protokol seperti dalam system demokrasi sekarang kerana ianya bukan sebagai organ kerajaan.

Perkara ketiga ialah Al-adi (justice). Persoalan keadilan menyentuh dua aspek tertentu.

Pertama mengenai keadilan mengikut undang-undang dan kedua ialah keadilan pemerintahan secara menyeluruh iaitu termasuk keadilan sosial dan ekonomi.

Keadilan mengikut undang-undang menekan prinsip kesamarataan iaitu tidak ada pilih kasih atau latar belakang seseorang tidak menjadi perkiraan dari segi pendedahan kepada perlaksanaan tindakan undang-undang.

Adil dalam pemerintahan mengikut kacamata Islam memerlukan sedikit huraian. Doktrin komunisme menyanggah sistem sosial demokratik kapitalis bertujuan untuk mengujudkan keadilan sosial.

Almarhum Syed Qutb banyak menulis secara kritis mengenai sistem sosial demokratik kapitalis dan sistem komunis.

Tetapi beliau tidak menganjurkan dengan jelas bagaimana struktur kerajaan perlu diubah untuk membentuk dan mengiktiraf manusia yang berperibadi tinggi mengenai keperihatinan insaniyahnya.

Perlembagaan Malaysia membentuk tiga organ pemerintahan iaitu badan eksekutif, badan kehakiman dan badan pembuat undang-undang (parlimen).

Strukturnya pula melibatkan dua sektor iaitu sektor awam dan sektor swasta. Dalam kontek Islam juga selain daripada dua sektor tersebut strukturnya mempunyai satu lagi sektor iaitu sektor ijtimae.

Sumber ijtimae berdasarkan kepada sunnah Rasulullah (s.a.w) dan Khulaffah Arrashidin. Maksud Firman Allah :

"Dan sesungguhnya engkau adalah mempunyai akhlak yang termulia (Al-Qalam 4)."

Di zaman moden ini keseluruhan tumpuan pemikiran dan pembangunan ilmu adalah bertujuan untuk memaksimakan hasil berupa matabenda.

Organisasi dan struktur negara adalah juga untuk mencapai setinggi pembangunan fisikal dan mental tetapi tidak spiritual atau rohani.

Dengan itu diwujudkan pasaran untuk menampung keperluan manusia yang hari demi hari bertambah dengan berlipat ganda.

Organisasi pasaran akan menawarkan nilai tertentu dan bidang perniagaan akan kalut untuk menyediakan keperluan untuk perbekalan kepada permintaan tersebut.

Tenaga-tenaga petugas samada sebagai pentadbir ataut pengurus adalah sama-sama mengejar upah atau keuntungan yang senantiasa tidak boleh memberi kepuasan.

Taraf kehidupan akan meningkat dengan meningkatnya sara hidup serta meningkatnya juga kebanggaan diri dan status dalam masyarakat.

Jika didorong oleh perasaan tamak dan haloba sedikit demi sedikit akan terjerumus dan terperangkap dalam sifat individualistik.

Kebebasan begini yang memencilkan, yang dipertahankan oleh system sekarang bukannya sifat meriah masyarakat dan bersama-sama mendahulukan kepentingan masyarakat daripada kepentingan peribadi.

Sumber utama untuk membetulkan semula kepincangan yang sedang berlaku sekarang dan telah menjadi satu trend, ialah merujuk semula kepada sikap Rasulullah (s.a.w) terhadap matabenda. Sikap tersebut adalah akhlak seperti dimaksudkan di dalam ayat di atas.

Dari sudut ini ada dua perkara penting yang perlu difahami.Pertama, perncapaian dan keberhasilan matabenda bukan menjadi objektif utama dan keduanya tidak dipengaruhi oleh perasaan megah atau bermewah dengan keberhasilan matabenda (seperti ghanimah).

Pada hari ini ramai orang di kalangan rakyat yang berasa lebih puas dengan hasil kerja (job satisfaction) yang mereka berikan daripada semata-mata diukur dengan sara pendapatan.

Ini berlaku di kalangan professional, ahli-ahli sains pakar dan juga pentadbir dan pengurus.

Ganjaran yang mereka dapat cukup untuk menampung keperluan hidup berkeluarga, selainnya mereka mengharapkan pengiktirafan.

Kalau kita mengambil kehidupan Rasulullah (s.a.w) dan Khulaffah Arrashidin sebagai contoh yang paling ekstrim, ia boleh dijadikan sebagai ukuran akhlak standard terhadap kemampuan menguasai metabenda tetapi menjalani hidup yang bertenaga dengan kemampuan tersebut.

Satu pemaparan yang agak aneh sekarang tetapi inilah akhlak Islam dan ini juga menjadi sumber dan lambang kepada punca keadilan sosial yang hendak dibina di abad ini dan akan datang.

Sumbangan khidmat dari pengorbanan yang diberikan tidak mengharapkan habuan matabenda atau nilai pasaran tetapi semata-mata kerana Allah.

Kita tahu bahawa sebahagian besar daripada masyarakat sememangnya bergantung kepada keperihatinan belas kasihan daripada segolongan besar juga daripada golongan masyarakat.

Tetapi keadaan sebenar seperti ini tidak diambil hal oleh system yang berkuasa sekarang kerana penekanannya kepada system nilai matabenda.

Dengan itu segala sifat keperihatinan belas kasihan sesama manusia tidak diambil kira.

Dengan erti kata lain system demokratik kapitalis tidak mengiktiraf dan memberi ganjaran sewajarnya kepada sumbangan khidmat sukarela dalam struktur pemerintahan.

Oleh itu keadilan dalam pemerintahan sudah tentu tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Mereka yang mempunyai sifat tamak haloba, berkepentingan diri dan pandai gelecek akan cepat jadi kaya dan dengan kekayaan boleh mendapat kedudukan dan pengiktirafan.

Harta kekayaan juga akan berkisar di kalangan yang berpunya.

Perlembagaan Islam akan memasukkan sektor ijtimae sebagai salah satu daripada sektor teratas daripada dua sektor lain.

Ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan secara tertentu bagi menggalakkan lagi golongan masyarakat masyarakat yang bekerja untuk kepentingan masyarakat daripada kepentingan diri.

Mereka tersebut boleh bergiat di dalam kedua sektor lain seperti sebagai pentadbir atau pengurus atau sebagai ahli perniagaan tetapi senantiasa mendahulukan kepentingan masyarakat dan kerjaan membantu mereka untuk berjaya.

Mereka juga akan diberikan penghargaan dan protokol tertentu sebagai sanjungan kepada khidmat bakti dan pengorbanan mereka.

Dengan cara ini sahaja masalah kepincangan sistem sosial yang berlaku sekarang dapat diatasi kerana dari satu aspek penting sememangnya syistem tidak dapat menentukan kejayaan, tetapi yang boleh menentukan kejayaannya ialah kewibawaan manusia sendiri dan dengan itu berlakunya keadilan sosial akan lebih terjamin.

Dari satu sudut lain, sistem nilai yang berlaku sekarang akan berubah kepada lebih prihatin dan sebenarnya penyayang.

Perkara keempat ialah kebebasan beragama. Di antara perkara penting di dalam Perlembagaan Madinah ialah memantapkan hak-hak beragama kepada orang-orang bukan Islam.

Walaupun Perlembagaan Malaysia meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan ianya bersyarat iaitu agama-agama lain bebas untuk diamalkan {Perkara 3 (i)}.

Di dalam Islam hak dan kebebasan beragama adalah dijamin malah sememangnya ada persamaan, tetapi jaminan itu menjadi lebih kukuh kerana ianya dihubungkait dengan aqidah seorang Muslim dan dengan itu menjadi tanggungjawab negara Islam untuk menjaga kebebasan tersebut.

Perkara kelima ialah sistem demokrasi. Ada beberapa lagi aspek yang perlu disentuh untuk menunjukkan perbezaan di antara Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Islam tetapi yang pentingnya adakah system demokrasi dalam Perlembagaan Islam?

Persoalan masih belum diselesaikan secara ilmiah. Sistem demokrasi telahpun diterima dan setakat ini tidak aka kritikan jelas oleh para ulamak yang mungkin menyakinkan kita bahawa sistem pengundian ini tidak bertentangan dengan Islam.

Oleh itu kalau Islam menerima sistem demokrasi dan Islam juga menjamin hak beragama kepada yang bukan Islam, perbezaan hanya tinggal pada kandungan kepada sebahagian daripada undang-undang hak, kebebasan wanita yang dilihat daripada kacamata berbeza dan system ekonomi.

Rumusan

Berdasarkan kepada kajian-kajian seperti di atas, untuk mengubah sumber rujukan perundangan kepada Al-Quran dan As-Sunnah, mengwujudkan Majlis Syura adalah satu perkara yang memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Malaysia yang mana proses tersebut memerlukan pengundian dua pertiga ahli Parlimen.

Jika perubahan tersebut dibuat pada peringkat Perlembagaan Negeri, ini sudah tentu bercanggah dengan peruntukan Artikel 4(i) Perlembagaan Persekutuan dan akan mengundang padah kerana Perlembagaan Negeri berkenaan boleh digantung.

Oleh itu dicadangkan langkah pertama ialah membetulkan persepsi Islam dalam perlembagaan Negeri dulu dan ini tidak ada alasan bagi Kerajaan Pusat untuk mencampurtangan dan dari segi politiknya akan memberi jarak politik yang baik kepada parti Islam.

Jika parti Islam mampu pula berkuasa di peringkat pusat tetapi tidak dua pertiga majority, kaedah yang sama boleh digunakan untuk menguatkuasakan pengertian Islam melalui Undang-Undang Tafsiran. Pindaan kepada Undang-undang Tafsiran boleh dibuat melalui majority biasa.

Walaupun ianya bukan undang-undang perlembagaan , tetapi ianya adalah undang-undang juga.

Cadangan ini tidak langsung menyentuh hak dan kebebasan orang-orang bukan Islam seperti yang sedia terjamin dalam perlembagaan sekarang.

Similar Documents

Premium Essay

Prophet Muhammad Research Paper

...did . So , people in Mecca called him Al – Amin ( the man that can be trust ) . Many challenged his faced up until he should migrate to Madinah. The migration was greeted with a very lively by Anshar. The first economic problem in the Madinah that Muhammad settles was a financial problem. There are three major problems when Muhajirin migrated to Madinah. First once, Muhajirin does not have a safe place to live in Madinah. Next, Muhajirin does not have a property because all they property left in Mecca. Lastly, the unemployment caused by Muhajirin does not have a skill to farm as Anshar. After that, Muhammad P.B.U.H solves the problem by makes a solution to bring Anshar and Muhajirin together as a relative. These situations show that Mohammad P.B.U.H really talented in faced the economic problem (Qutb, 2006). Besides that, there are many economic sectors that existed by Mohammad P.B.U.H when he becomes are Prime Minister of Madinah. He builds a specific market for a Muslim and named as Suqul Anshar market. This market was established because of Madinah market had been monopolized by Jewish people. On the other hand, Muslim people do not have the opportunity to compete with them. Besides that, he also prohibited practice of Riba’ because it will damage the Madinah economy. He prescribed people to pay Zakat and taxation as income for the Madinah country (Qutb, 2006) . CHARACTERS OF PROPHET MUHAMMAD IN BUSINESS A) An honest person Prophet Muhammad was an honest person when...

Words: 1703 - Pages: 7

Free Essay

Ctu555

...|MAKLUMAT KURSUS | |SEJARAH MALAYSIA (CTU 555) | |i. |Nama Mata Pelajaran |Sejarah Malaysia | |ii. |Kod Mata Pelajaran |CTU 555 | |iii. |Taraf |Kursus Universiti/ Ijazah Sarjana Muda | |iv. |Jam Kredit |2 Jam | |v. |Kaedah Penyampaian/Pengendalian |Kuliah dan Diskusi ...

Words: 1611 - Pages: 7

Free Essay

Raheeq Makhtum Malay

...SEERAH NABAWIYYAH Al-Raheeq al-Makhtum Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy India Pemenang Hadiah Pertama Pertandingan Seerah Rabitah Alam Islam, Mekkah PERANAN & PERLUNYA RIWAYAT HIDUP RASULULLAH DALAM MEMAHAMI ISLAM   Tujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah ini sama dengan membaca dan menala'ah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman purbakala. Tujuan pokok dari kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu. Tegasnya kajian riwayat hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad Sallallahu 'alahi Wasallam. Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bolehlah dibahagikan seperti berikut: 1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana...

Words: 129247 - Pages: 517

Free Essay

Happy Go Lucky

...Amalan saling membantu tunjang utama hidup masyarakat Akhlak yang mulia sesungguhnya daripada pantulan keimanan yang mengisi dada seseorang. Jika tahap imannya rendah, maka akan tampak lemah akhlaknya begitulah jika tinggi nilai keimanan, budi pekertinya jelas terpuji. Diri yang kaya dengan kebaikan akhlak mencerminkan kesempurnaan iman seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya.” - (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud) Manusia secara fitrahnya perlu hidup bermasyarakat dan tidak sempurna jika menjalani kehidupan sendirian. Bagi memastikan masyarakat terbina dalam keadaan selari kehendak Islam, maka setiap anggota masyarakat sewajarnya memiliki akhlak yang baik. Dengan itu, hubungan antara sesama insan terjalin erat, hidup dalam suasana mesra, berkasih-sayang, selesa serta maju jaya. Sikap mementingkan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri adalah suatu keperluan hidup bermasyarakat. Ia membayangkan adanya suasana persaudaraan jitu dan sewarna dengan arahan agama bahawa setiap Muslim itu semuanya bersaudara. Meskipun begitu, bukanlah bermakna harus mengabaikan kepentingan diri atau keluarga sendiri. Ini adalah gambaran antara ciri orang beriman seperti dinyatakan junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang kamu hinggalah dikehendakinya berlaku pada saudaranya apa yang dikehendakinya berlaku pada dirinya.” - (Hadis Muttafaqun ‘alaih) Apabila berlaku sesuatu...

Words: 4306 - Pages: 18