Free Essay

Saya Suka Berangan-Angan : D

In: Historical Events

Submitted By sewed
Words 338
Pages 2
TAJUK UTAMA
PANDANGAN MASYARAKAT MALAYSIA TERHADAP PERKARA-PERKARA YANG TELAH TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PERKARA 152 : BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERSEKUTUAN

Di Malaysia , kita sering mendengar slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ . Hilang bahasa , hancurlah bangsa. Ini juga bermakna, jiwa dan identiti sesebuah bangsa boleh hilang jika bahasanya tidak dipertahankan . Dalam proses pembangunan sesebuah negara terutama sekali Malaysia , bahasa amat memainkan peranan yang sangat besar. Ini jelas membuktikan apabila bahasa melayu pada Zaman kesultanan Melayu Melaka di abad ke-15 pernah menjadi lingua franca dan bahasa perdagangan sekaligus menjadikan bahasa melayu memiliki nilai yang tinggi.Apa yang lebih menarik , bahasa yang digunakan dalam Persidangan atau Durbar pertama Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu dalam tahun 1895 ialah Bahasa Melayu dan bukannya bahasa asing yang lain .Di peringkat negeri terutama di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu , bahasa melayu banyak digunakan sebagai bahasa pentadbiran . Itulah warisan bahasa melayu sebagai bahasa kerajaan melayu yang tidak dapat dihapuskan. Kesemua ini sekadar untuk mengingatkan generasi hari ini bahawa pemilihan bahasa melayu sebagai bahasa persekutuan bukanlah baru tetapi merupakan sambungan dari sejarah bahasa melayu ini sendiri .

Perlembagaan Malaysia Perkara 152 Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan .

1) Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia 2) Bahasa Melayu hendaklah digunakan dalam urusan rasmi dan bukannya bahasa lain 3) Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan sebagai bahasa pengantar utama dalam system pendidikan kebangsaan 4) Bahasa Kebangsaan adalah mata pelajaran wajib untuk lulus PMR dan STPM 5) Bahasa Inggeris diajarkan sebagai bahasa kedua

Kesan daripada pelaksanaan Perlembagaan Malaysia ini , dalam tempoh 10 tahun pelajar melayu dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan dalam tempoh 30 tahun , ratusan ribu anak melayu yang berjaya memperoleh ijazah tinggi melalui pendidikan dalam bahasa melayu.Jika dibandingkan semasa zaman pemerintahan British , tidak seorang pun anak melayu yang berjaya memperoleh kelulusan sekolah menengah apatah lagi ijazah.Jadi jelaslah bahawa jikalau orang melayu dibenarkan menggunakan bahasa melayu sebagai alat kemajuan , mereka akan maju dalam apa jua bidang yang diceburi dan kenyataan yang kononya orang melayu tidak boleh maju jika hanya mengetahui bahasa melayu sahaja adalah tidak benar sama sekali.

Similar Documents