Free Essay

Sekolah Berkesan

In: Other Topics

Submitted By azrinyah09
Words 3410
Pages 14
Abstrak
Dalam era ledakan teknologi maklumat, institusi pendidikan menerima pelbagai cabaran dari segenap sudut. Kemenjadian sekolah berkesan adalah antara konsep yang giat diperkatakan. Konsep sekolah berkesan merupakan salah satu cara untuk menilai dan menarafkan kejayaan sekolah dalam memainkan peranannya sebagai institusi pendidikan. Walau bagaimanapun ahli-ahli pendidikan mempunyai pandangan dan persepsi yang berbeza dalam konteks mendefinisikan kejayaan dan keberkesanan sekolah berkesan. Perbezaan fahaman dari segi konsep seperti yang dinyatakan diatas telah juga mengundang pelbagai krisis di kalangan ahli pendidikan. Pakar pendidikan, Peter Mortimore (1986) telah mengemukakan pandangan beliau dalam mentakrifkan konsep sekolah berkesan ataupun keberkesanan berdasarkan kajian ke atas faktor-faktor yang terdapat pada sekolah yang dikenalpasti sebagai ataupun yang diterima umum sebagai sebuah sekolah yang berkesan. Hasil kajian Peter Mortimore merupakan antara yang pertama dalam konteks institusi pendidikan. Oleh yang demikian, pandangan beliau banyak menerima sokongan dan tidak kurang pula kajian susulan oleh ahli-ahli pendidikan yang menegaskan bahawa masih terdapat banyak lagi faktor-faktor lain yang perlu diketengahkan untuk menghuraikan konsep sekolah berkesan.

1.1 Pengenalan
Sekolah merupakan sebuah institusi yang menyediakan prasarana pendidikan . Sekolah juga merupakan sebuah medium untuk mendapatkan ilmu dan maklumat. Selain daripada fungsi sekolah sebagai sebuah tempat yang memyediakan ilmu dan maklumat , sekolah juga dilihat sebagai sebuah pusat kecemerlangan setempat. Berdasarkan definisi Institut Aminuddin Baki, perkataan sekolah boleh didefinisikan sebagai sebuah institut pendidikan yang menyediakan pendidikan rendah dan menengah. Definisi ini lebih menjurus kepada arah tuju dan fokus Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada skala global , kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik ataupun pendidikan menjadi kayu ukur yang dominan. Sistem pendidikan Negara kita, Malaysia, juga tidak terlepas daripada konsep pengukuran kecemerlangan sekolah berdasarkan kecermelangan akademik. Perspektif ini ada kebenaran dan kesahihannya. Salah satu aspek yang sepatutnya dan seharusnya dikaji dalam konteks mengukur kejayaan sesebuah sekolah adalah dengan melihat keberkesanan sekolah itu sendiri. Adalah penting agar konsep keberkesanan sekolah tidak disalah ertikan dengan konsep sekolah berkualiti. Jika dilihat dalam konteks Negara Malaysia, sekolah berkesan telah membawa suatu fenomena di mana semua sekolah mempunyai peluang yang sama rata untuk mencapai kejayaan yang diharapkan. Ini adalah kerana konsep sekolah berkesan mempunyai kaitan rapat dengan kepuasan hati semua pihak. Konsep ini selaras dengan konsep dimana pelanggan adalah sentiasa betul dan tanggungjawap kita adalah untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan ataupun produk yang disediakan. Konsep ini juga dengan terus terang menerangkan akan kepentingan tidak lagi menggalakkan persaingan di mana tempat teratas tidak lagi dilihat sebagai suatu kriteria yang penting.

Jemaah Nazir Persekutuan pula mendefinisikan sekolah berdasarkan pendapat Edmond ( 1979 ) iaitu memberi focus pengajaran yang dinyatakan dengan jelas dan menggunakan penilaian dan penaksiran yang sistematik. Pandangan Edmond sebenarnya bersandarkan kepada konsep Negara-negara barat dimana keberkesanan sekolah diukur terutamanya berdasarkan kepada output dalam penilaian standard. Malaysia yang masih cenderung kepada model dan sistem pendidikan barat terutamnya, sistem pendidikan kolonial, maka keberkesanan sekolah juga adalah bersandarkan kepada output penilaian standard.

Antara fahaman lain yang telah melahirkan pelbagai definisi terhadap keberkesanan sekolah adalah seperti pandangan Lippitz ( 1984 ) dimana beliau telah mentakrifkan sekolah berkesan sebagai sebuah sekolah yang selamat dan teratur di mana kanak-kanak miskin dari kelas pertengahan mendapat pencapaian akademik yang baik.
Astin ( 1985 ) pula berpendapat bahawa konsep sekolah berkesan tidak seharusnya mencakupi kejayaan akademik sahaja tetapi juga mencakupi perkembangan positif intelektual dan kendiri para pelajar serta kesesuaian kurikulum dengan keperluan pelajar.

Pelbagai definisi yang diketengahkan untuk menghuraikan konsep sekolah berkesan sebenarnya amat bergantung kepada aspek-aspek seperti budaya, kurikulum, nilai, cara pengurusan, pendekatan dan prinsip kewujudan. Aspek-aspek ini pula amat mempengaruhi proses kajian pengkaji-pengkaji yang terlibat.

1.2 Latar Belakang kajian
Latar belakang kajian terhadap isu kajian iautu sekolah berkesan bolehlah dilihat dari perspektif para ahli pendidikan seperti Levine dan Lezotte (1990) yang mengukur keberkesanan sekolah berdasarkan pencapaian output yang dikehendaki. Mortimore pula (1991) memberi rumusan bahawa sekolah berkesan ialah sekolah yang pelajarnya meningkat lebih daripada apa yang diharapkan selepas latar belakang mereka diambil kira.
Scheerens(1992) pula menjelaskan konsep sekolah berkesan dari sudut ekonomi dan hubungan kemanusiaan dalam organisasi sekolah. Perspektif ekonomi menurut Scheerens adalah merujuk kepada output yang dihajati ataupun yang diingini dan yang dapat dicapai dengan kos yang rendah, justeru sekolah itu dilabel sebagai sebuah sekolah yang berkesan. Sudut hubungan kemanusiaan pula, menurutnya, haruslah dilihat dari segi kewujudan perasaan kepuasan di kalangan kakitangan dalam proses kerja organisasi sekolah. Akhirnya, sebagai seorang ahli pendidikan Negara, Rahimah Ahmad ( 1998 ) pula berpendapat konsep sekolah berkesan haruslah dilihat dari segi sejauh mana sekolah itu telah menjangkau Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui penggunaan teknologi semasa . Rahimah Ahmad juga ada menyenaraikan ciri-ciri ataupun sifat-sifat dominan yang boleh dijadikan kayu ukur untuk menjustifikasikan sesebuah sekolah samada sekolah berkesan ataupun sebaliknya. Antara ciri-ciri yang diketengahkan oleh Rahimah Akmad adalah seperti berikut:

Sekolah berkesan adalah sekolah yang boleh meningkatkan hasil pembelajaran, sekolah yang boleh membina perwatakan positif pelajarnya dan membawa perubahan positif tingkah laku pelajar. Kepimpinan professional pengetua memainkan peranan yang amat besar dalam merealisasikan konsep sekolah berkesan. Pengetua, menurutnya haruslah berupaya menerima perubahan, cabaran dan permasalahan di dalam pendidikan dengan kepimpinan yang dianggap sebagai arkitek terpenting dalam membuat keputusan, penguasaan kuasa dan menyelesaikan masalah. Menurutnya lagi, Pengetua haruslah menjadi role-model sekolah serta mampu berinteraksi dengan semua peringkat pelanggan.
Suasana pembelajaran dengan kemudahan infrastruktur yang mencukupi menjadi aspek yang sangat penting dalam merealisasikan konsep sekolah berkesan. Suasana pembel;ajaran yang kondusif perlu disediakan untuk pelajar-pelajar dari segi kemudahan prasarana yang mencukupi di dalam bilik darjah serta menyediakan suasana pembelajaran yang selesa.

Latar belakang kajian seperti yang telah dinyatakan diatas , telah mengupas scenario sebenar kajian yang hendak dilakukan. Kepelbagaian definisi serta fahaman yang berbeza dalam konteks menghuraikan sekolah berkesan menyebabkan suasana kajian yang agak berbeza. Pada kebiasaanya , kajian boleh disandarkan berdasarkan sesuatu hipoteses ataupun teori yang telah diterima umum, namun dalam kajian keberkesanan sekolah, perkara ini nampaknya tidak mungkin. Walau bagaimanapun, dalam konteks Negara Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan memyediakan suatu platform untuk para pengkaji pendidikan tempatan membuat kajian terhadap isu keberkesanan sekolah dengan mengambil kira realiti setempat.

2.0 TINJAUAN LITERATUR
Kajian berkaitan dengan sekolah berkesan telah bermula seawal tahun 60’an lagi berdasarkan kepada Model Pembelajaran Carroll. Beberapa kajian awal sekolah berkesan bertumpu kepada pemerhatian terhadap kombinasi input sekolah dalam aspek memaksimakan pencapaian murid dengan bersandarkan teori input-output..Pandangan yang popular ketika itu menyatakan bahawa faktor sekolah tidak memberikan sebarang perbezaan. Laporan Coleman (1966) mendapati hanya 10% dari varian pencapaian pelajar dipengaruhi oleh faktor sekolah. Bakinya merupakan faktor yang disumbangkan oleh aspek yang berkaitan dengan faktor latar belakang pelajar dan keluarga.Seterusnya kajian lanjutan oleh Rutter et al (1979), cuba mencari bandingan kemajuan pelajar dengan pembolehubah latarbelakang pelajar dan keluarga juga mendapati bahawa sesebuah sekolah di mana seseorang pelajar itu belajar sebenarnya juga memberi kesan yang signifikan terhadap pembentukan dan pencapaiannya.Sebenarnya terdapat banyak lagi kajian-kajian yang dijalankan seluruh dunia seperti diAmerika Syarikat (Edmonds, 1979; Goodlad, 1984), Eropah
(Creemers, 1992), Britain(Rutter, Maughan, Mortimore & Ouston, 1979; Mortimore, Sammons,
Stoll, Lewis & Ecob,1998) dan di Kanada (Renihan, Renihan & Waldron, 1986) yang mencari ciri-ciri sekolah berkesan dan keberkesanan sekolah. Para pengkaji seperti yang dinyatakan diatas sebenarnya telah menyediakan sebuah platform untuk memudahkan para pengkaji pendidikan masa kini untuk mempelopori lagi pelbagai pembolehubah yang secara langsung ataupun secara tidak langsung mempengaruhi kemenjadian konsep sekolah berkesan.

1.4 Objektif Kajian
Objektif Kajian terhadap isu konsep sekolah berkesan adalah bertujuan untuk menentukan perkara-perkara berikut :
Menentukan corak kepeimpinan professional Pengetua sesebuah sekolah dalam aspek membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Seterusnya , bagaimana Pengetua tersebut menggunakan corak kepimpinannya dan menjadi role model kepada warga sekolah berkenaan juga akan dikupas.
Menentukan suasana pembelajaran yang kondusif. Oleh kerana suasana pembelajaran amat berbeza sesama sekolah dan lokasi, suasana pembelajaran yang kondusif mengikut selera dan aspirasi masyarakat setempat akan ditinjau.
Menentukan misi dan visi sekolah yang ingin dicapai berdasarkan fokus dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Menentukan strategi penilaian prestasi pelajar secara holistic. Kaedah penilaian pelajar yang semata-mata menilai pencapaian akademik sudah agak ketinggalan zaman dan tidak akan menyumbang kearah mewujudkan konsep sekolah berkesan.
Menentukan corak kerjasama yang boleh dilakukan antara warga sekolah dengan komuniti setempat. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pihak sekolah brkomunikasi mengenai misi dan visi sekolah kepada komunti dengan lebih berkesan.
Objektif kajian turut menyenaraikan beberapa elemen yang secara negatifnya akan menggagalkan kemenjadian konsep sekolah berkesan, antara lainnya adalah seperti :
Menentukan factor-faktor yang mendorong kepada kegagalan sekolah mengetengahkan misi serta visi sekolah yang praktikal dan nyata dengan prasaranan sekolah yang ada. Menentukan factor-faktor yang memyebabkan hubungan PIBG dengan pihak sekolah yang tidak begitu rapat. Ini adalah penting kerana masyarakat tidak boleh bergantung sepenuhnya terhadap sekolah untuk meningkatkan prestasi sekolah. Segala program yang dijalankan disekolah haruslah mendapat kerjasama daripada PIBG sebagai wakil masyarakat dan sudah pasti hubungan erat ini akan merealisasikan konsep sekolah berkesan.

Menentukan amalan-amalan bilik darjah yang tidak efektif daripada kacamata guru dan juga pelajar. Amalan-amalan bilik darjah yang tidak efektif seperti pengajaran dan pembelajaran guru yang tidak berpusatkan pelajar dan yang tidak konsisten dengan kurikulum haruslah dikikis agar konsep sekolah berkesan dapat direalisasikan.

1.5 Persoalan Kajian
Secara khususnya persoalan kajian adalah menjurus kepada factor-faktor yang boleh mewujudkan dan merealisasikan konsep sekolash berkesan. Persoalan kajian adalah seperti yang disenaraikan di bawah: a) Sejauh manakah memudahan ICT menyumbang kepada sekolah berkesan ? b) Sejauh manakah kemudahan –kemudahan yang disediakan oleh sekolah menyumbang kepada sekolah berkesan ? c) Sejauh manakah kemudahan terkini di sekolah menyumbang kepada sekolah berkesan ? d) Sejauh manakah bajet yang mencukupi untuk penbangunan menyumbang kepada sekolah berkesan ? e) Sejauh manakah program 3K dilaksanakan di sekolah berkesan ?

1.6 Batasan Kajian
Kajian terhadap impak kemudahan infrastruktur terhadap kemenjadian sekolah berkesan tidak terlepas daripada menhadapi beberapa batasan ataupun kekangan. Batasan –batasan kajian adalah seperti yang dinyatakan dibawah.
Sikap individu itu sendiri memberikan batasan kepada keberkesanan kajian. Guru-guru dan pengetus seharusnya mempunyai sikap yang positif dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawapkan kepadanya. Jika pengetua dan guru-guru tidak menunjukkan semangat yang positif untuk menjayakan sesuatu program sekolah maka pengurusan organisasi sekolah tidak akan berjalan dengan lancar. Begitu juga dengan pihak-pihak luaran yang mempunyai kaitan secara langsung dengan perjalanan sekolah, misalnya PIBG. PIBG haruslah beriltizam untuk membantu pihak sekolah dalam mencapai sekolah berkesan. Jika PIBG tidak tidak memberi sokongan yang kukuh terhadap pentadbiran sekolah, sudah pasti segala perancangan yang dibuat tidak akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Tanpa bantuan ibu-bapa , sekolah akan menghadapi masalah besar dari segi mendapat bantuan kewangan untuk menambah kemudahan fizikal sekolah dan kepercayaan ibu-bapa terhadap sekolah akan berkurangan.

Selain daripada factor-faktor yang dinyatakan diatas, ada beberapa batasan lain yang sejara spesifiknya mengganggu kelancaran proses kajian yang dijalankan. Keengganan pengetua untuk melepaskan guru-guru untuk ditemu bual dan kebenaran mengambil ujian pra dan pos sewaktu masa pengajaran dan pembelajaran sebenarnya amat mencacatkan proses kajian. Ini adalah kerana , guru-guru yang telah dikenal pasti untuk menjadi sampel tidak dapat menjadi subjek diakhir masa kerana desakan pengetua untuk tugasan lain.
Guru-guru juga ada yang tidak mengambil serious akan ujian pra dan ujian pos. Kemungkinan pada pendapat mereka, kajian yang dijalankan adalah sia-sia dan mengambil sikap acuh tak acuh sahaja dalam proses menjawap soalan-soalan kaji selidik pra dan pos. Sikap negative ini bukan sahaja merupakan batasan terhadap kajian yang dijalankan tetapi akan menyebabkan dapatan kajian yang salah.
Pemilihan sekolah-sekolag untuk tujuan kajian juga merupakan satu batasan yang dikenalpasti dalam kajian tersebut. Pemilihan 30 buah sekolah menengah secara rawak dari seluruh negeri Selangor , sebenarnya menepati konsep kajian daripada konteks statistic namun secara kebetulkannya , pemilihan hampir 26 buah sekolah menengah adalah terdiri daripada sekolah-sekolah yang mempunyai kemudahan fizikal yang agak sempurna. Oleh itu, sudah pasti dapatan kajiaqn akan lebih menyimpang kearah kewujudan sekolah berkesan. Ini sudah pasti akan menggambarkan sceranio yang berbeza dengan realitinya.
Oleh kerana sampel sekolah dan guru yang dipilih adalah disekitar negeri Selangor sahaja maka dapatan kajian tidak boleh diambil sebagai mewakili keseluruhan Negara Malaysia.

1.3 Penyataan Masalah
Konsep sekolah berkesan seperti yang diketengahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia merangkumi elemen-elemen penting Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Proses melahirkan seorang pelajar yang menyerlah secara holistic dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek adalah satu tugasan yang memerlukan komitmen semua pihak. Pada hakikatnya konsep sekolah berkesan adalah suatu konsep yang menjurus kepada melahirkan seorang pelajar yang menyerlah secara holistic. Prasarana sekolah serta factor-faktor luaran seperti peranan masyarakat juga menyumbang kepada keberkesanan sesebuah sekolah.

Dalam era ledakan teknologi maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia tidak terlepas dari memperkenalkan teknologi maklumat dalam usaha untuk merealisasikan konsep sekolah berkesan. Bekalan LCD dan kompoter riba di semua sekolah di Malaysia yang menelan berbillion ringgit adalah bukti komitmen Kementerian dalam usaha tersebut. Kemudahan ICT yang disediakan adalah diharapkan dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar sekali gus menaikkan motivasi pelajar untuk mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Kemudahan-kemudahan infrastruktur fizikal dan bukan fizikal yang ada disekolah juga memainkan peranan besar dalam menyumbang kearah mewujudkan sekolah berkesan.
Kemudahan-kemudahan fizikal seperti bilik darjah yang selesa dengan pengudaraan yang baik , kemudahan padang, pusat sumber dan sebagainya mempuyai pengaruh besar kearah sekolah berkesan. Kemudahan-kemudahan ini sebenarnya mendorong pihak sekolah pada amnya dan pelajar pada khususnya untuk meningkatkan lagi prestasi mereka tanpa menghadapi sebarang halangan berbanding dengan keadaan yang serba kekurangan .

Keperluan bajet bagi menguruskan sesebuah sekolah adalah perkara yang sentiasa mendapat perhatian. Tanpa bajet yang mencukupi sebarang program pembangunan serta proses pelaksanaan program akan terganggu. Bajet juga boleh memastikan perancangan strategic dapat dibuat dengan lebih berkesan. Pada keseluruhannya, bajet adalah sangat penting untuk merealisasikan konsep kewujudan sekolah berkesan.

1.7 Kepentingan Kajian
Kepentingan Kajian dapat dilihat dari sudut bagaimana elemen-elemen yang membantu merealisasikan konsep sekolah berkesan berperanan dalam konteks fungsinya. Elemen-el emen tersebut adalah seperti kepimpinan professional pengetua, misi dan visi sekolah, focus pengajaran dan pembelajaran, strategi penilaian prestasi pelajar, hak dan tanggung jawap pelajar serta guru dan kerjasama di antara sekolah dengan komuniti setempat.

Pengetua yang berupaya untuk menerima perubahan dan cekap dalam penyelesaian masalah adalah suatu asset kepada sekolah. Pengetua yang memiliki ciri-ciri tersebut akan menjadi role model kepada segenap warga sekolah dan semestinya konsep sekolah berkesan dalam konteks pengurusan sekolah akan tercapai.
Penyataan misi dan visi sekolah yang jelas dan yang bersandarkan reality sekolah adalah sangat penting. Penyataan misi dan visi yang sukar ataupun yang tidak mungkin dapat dicapai adalah tidak relevan dan sekaligus akan mencacatkan kewujudan sekolah berkesan. Ini adalah kerana kegagalan mencapai misi dan visi akan akhirnya mencerminkan ketidak unggulan sesebuah sekolah dalam erti kata keberkesanan pentadbiran serta akademik .

Fokus pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen terpenting yang mengukur keberkesanan sekolah dalam konteks prestasi akademik. Fokus yang menjurus kepada pencapaian holistic pelajar dan proses pengajaran yang berpusatkan murid akan menghasilkan pelajar yang bermotivasi tinggi dan dapat menghasilkan produktiviti yang diingini. Fokus yang menjurus kepada utility teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula akan mengubah iklim sesebuah sekolah dimana pelajarnya akan menjadi mahir dalam aplikasi internet dan elemen- elemen ICT yang lain. Secara konsepnya, sekolah yang berjaya dalam penggunaan ICT akan pasti mencapai status sekolah berkesan.

Strategi penilaian pelajar menjadi kayu ukur keberkesanan sebenar sesebuah sekolah. Persepsi orang ramai dimana sekolaqh yang melahirkan ramai pelajar pandai adalah sekolah yang berkesan walaupun tidak menepati definisi sekolah berkesan. Oleh itu, strategi penilaian haruslah sentiasa melalui proses penambahbaikan kerana hanya melalui proses penambah baikan sesuatu proses penilaian akan menjadi mantap. Maka strategi penilaian yang unggul bukan sahaja akan melahirkan pelajar yang benar-benar pandai tetapi juga akan merealisasikan konsep sekolah berkesan. Masyarakat setempat sebenarnya berperanan besar dalam menjayakan sekolah berkesan.
Masyarakat setempat melalui PIBG dapat berkerjasama dengan pihak pengurusan sekolah dan berfungsi sebagai suara dimana segala idea sekolah dapat diimplementasikan dengan jayanya .
Masyarakat yang diiktiraf peranannya dalam konteks pengurusan sekolah akan pasti menjadi sebuah asset sekolah yang tidak terhingga nilainya. Maka jelas disini bahawa , masyarakat setempat sebenarnya berperanan dalam menjayakan konsep sekolah berkesan.

1.8 Definisi Tajuk
a) Pengajaran
Pengajaran adalah segala yang berkitan dengan proses mengajar seperti cara atau system mengajar dan penyampaian pengetahuan kepada para pelajar atau pihak yang memerlukan.
b) Pembelajaran
Pembelajaran membawa maksud proses yang terlibat dalam proses belajar oleh pelajar.
c) Keberkesanan

Keberkesanan bermaksud berkesan. Di mana sesuatu tindakan itu dapat dilihat

daripada hasil yang diperoleh setelah sesuatu usaha dilakukan.

d) Prestasi

Prestasi merupakan kebolehan pelajar mengikuti kurikulum yang diajar dan ditentukan

melalui ujian tertentu seperti ujian bulanan dan peperiksaan.

3.0 Metodologi Reka bentuk kajian
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah bersifat gabungan kualitatif dan kuantitatif melalui kaedah tindakan untuk mengenal pasti factor-faktor yang menyumbang kea rah kewujudan sekolah berkesan. Responden adalah terdiri daripada guru-guru sekolah menengah.

Data-data yang diperlukan dalam kajian ini dikumpulkan melalui boring soal selidik yang dibina dan ditadbirkan oleh pengkaji sendiri di tempat kajian. Demi untuk memastikan isi kandungan soal selidik tidak menyentuh perasaan mana-mana pihak maka pengkaji meminta penyelia dan guru pembimbing untuk menyemak setiap item dalam borang soal selidik tersebut sebelum mentadbirnya kepada responden. Data-data juga dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pos yang akan dijalankan pada minggu pertama dan pada minggu keenam.Soalan-soalan ujian pra dan pos adalah sama dan hanya nombor soalan pada ujian pos di tukar ganti. Untuk memastikan soalan-soalan ujian pra dan pos ini adalah selaras dengan kajian, maka ianya disemak terlebih dahulu oleh guru pembimbing sebelum ditadbirkan kepada responden. Data-data dianalisa secara deskriptif berdasarkan pemeringkatan Likert bagi soal selidik dan min peratusan bagi ujian pra dan ujian pos.

Prosedur kajian
Sebelum melaksanakan kajian, pengkaji membuat perancangan yang rapi untuk memastikan kajian dapat dijalankan dengan lancer dan teratur. Langkah-langkah yang sistematik telah dirancang sebagai panduan disepanjang pelaksanaan kajian.
Langkah yang pertama ialah pengkaji mengenal pasti populasi kajian yang sesuai berdasarkan tajuk kajian dan pihak sekoilah. Pihak sekolah meminta para pengkaji menjalankan kajian ke atas responden yang tidak terlibat dengan kelas peperiksaan dalam tempaoh masa kajian dijalankan.
Kajian ini hanya melibatkanguru-gurur daripada tingkatan satu, dua dan empat sahaja. Oleh kerana pengkaji memilih tajuk sekolah berkesan, maka dalam kajian ini, populasi yang dipilih adalah daripada guru subjek , guru ketua bidang sahaja. Bilangan minimum bagi sampel kajian adalah berdasarkan Jadual Penentuan Saiz Sampel yang disediakan oleh Krejcie dan Morgan(1970).
Setelah mendapat kelulusan daripada pihak jabatan pendidikan untuk menjalankan kajian di sekolah-sekolah terpilih, surat kebenaran membuat kajian di sekolah tersebut diberikan kepada pengetua untuk tindakan pihak sekolah.Perjumpaan dan perbincangan bersama pihak sekolah dan guru pembimbing amat diperlukan untuk memastikan kejayaan dan kelancaran pelaksanaan kajian ini.
Sebelum melaksanakan ujian pra , soalan-soalan yang terkandung dalam ujian tersebut telah diubah suai berdasarkan cadangan perbincangan bersama penyelia dan guru pembimbing pengkaji. Ujian pra dilaksanakan selam 30minit pada minggu pertama terhadap 30 orang sampel.
Manakala soalan pada ujian pos adalah sama dengan soalan ujian pra dan hanya nombor soalan yang ditukar ganti. Ujian pos dijalankan selam 30 minit diakhir minggu keenam.
Soalan yang terkandung dalam borang soal selidik adalah hasil perbincangan antara pengkaji dengan penyelia. Selepas diubahsuai mengikut hasil ;perbincangan maka borang soal selidik tersebut ditadbirkan kepada responden.
Sebelum borang soal selidik ditadbirkan kepada responden pengkaji memberi penerangan yang ringkas kepada responden agar mereka mendapat gambaran yang lebih jelas sebelum menjawap soalan dalam borang soal selidik ini. Masa tidak dihadkan untuk menjawap soal selidik namun purata masa yang digunakan oleh sampel adalah kira-kira 5minit hingga 10minit. Soal selidik yang telah dijawap dengan lengkap oleh responden akan diproses dan dianalisa dari segi kekerapan berdasarkan skala Likert. Akhir sekali pengkaji membuat kesimpulan dan cadangan berdasarkan analisis data yang diperolehi.

Lokasi Kajian
Pengkaji telah mengenal pasti tempat kajian. Kajian ini dijalankan di 30 buah sekolah menengah di seluruh negeri Selangor. Pengkaji telah memilih sekolah-sekolah tersebut disebabkan oleh beberapa factor yang berikut : Pengetua dan guru-guru adalah sangat mesra dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pengkaji. Pengkaji berasa sangat selesa untuk menjalankan kajian disekolah-sekolah tersebut. Layanan mesra oleh segenap lapisan warga sekolah-sekolah tersebut amat dihargai.
Sekolah –sekolah ini merupakan gabungan sekolah baru dan lama dan dilengkapi ( bukan semua ) dengan infrastruktur yang memuaskan.
Populasi dan Sampel
Pengkaji tidak mungkin dapat menggunakan semua anggota populasi dalam kajiannya. Oleh itu wakil atau contoh am populasi yang dikenali sebagai sampel sahaja yang akan diambil dalam kajian . Populassi yang diambil dalam kajian ini ialah para guru-guru tingkatan satu, dua dan empat daripada sekolah-sekolah terpilih di negeri Selangor.

Kaedah Pengumpulan Data
Data dikumpulkan dan dianalisa secara prosedur deskriptif. Skor-skor mentah akan dikumpul melalui borang soal-selidik, ujian pra dan ujian pos. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 2.0.
Instrumen Kajian
Komponen utama dalam instrument ialah item-item atau soalan yang boleh merangsang atau mendapat maklum balas. Instrumen yang baik haruslah bercirikan objektif , kesahan , kebolehpercayaan dan kepenggunaan.
Oleh kerana kaedah ujian ini berbentuk gabungan kualitatif dan kuantitatif maka penggunaan borang soal selidik adalah lebih mudah dan efektif. Kaedah soal selidik ini juga mudah ditadbir ,menjimatkan masa dan kos.

Similar Documents

Free Essay

Alhamdulillah

...ak rasa sudah tibalah masa untuk aku membantu org lain, orang yang mungkin melalui pengalaman yang sama mencari contoh esei MARA seperti aku. Rasa bersalah pula kalau aku tidak sebarkan. ME, MY EDUCATION AND CAREER PLANNING Written by : Imran Bin Ariffin, former student of Maktab Sultan Ismail NRIC : 930704-03-5959 My full name is Imran Bin Ariffin, the third child of Ariffin Bin Noor, a doctor posting in Hospital Gua Musang and Kamariah Binti Awang, a Biology teacher at Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail. I have 5 siblings – three brothers and two sisters – with all of them are still studying, two in tertiary education while three others are schooling. We live in a peacefully serene village located not far from Pantai Cahaya Bulan, called Tok Dokang. About my education background, I finished my primary education at Sekolah Rendah Islam Aman (SRI Aman), a private Islamic school which integrates national curriculum and fundamental Islamic studies. Obtained 5 A’s in my Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), I entered Maahad Muhammadi Lelaki (MML), at which I studied for only 3 months before I went to Maahad Tahfiz Sains (MTS), a boarding school in Tanah Merah. Despite the tough 4 years of interdisciplinary study – academics, Islamic subjects and memorization of the Holy Qur’an – at MTS, I managed to obtain 9 A’s in Penilaian Menengah Rendah (PMR) along with 34 other high achievers in 2008 PMR and Mumtaz class in Sijil Menengah Ugama (SMU), 2009. The next year, I......

Words: 1526 - Pages: 7

Free Essay

People

...SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI PUSU BORANG TRANSIT PENTAKSIRAN SEKOLAH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2 Nama : ________________________________________________________________________________ Tingkatan : ________________________________________________________________________________ Tahun : ________________________________________________________________________________ BAND / PERNYATAAN STANDARD | DESKRIPTOR | TEMA | UNIT | EVIDENS | √ | 1 : TAHUB1 : Mengetahui asas identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan jenis cabaran masa depan | B1D1 : Mengetahui aspek kecemerlangan diri | 1 | 1 | B1D1E1 : Menyatakan empat aspek kecemerlangan diri | | | B1D2 : Mengetahui cara-cara untuk mencapai perpaduan dalam keluarga | 2 | 2 | B1D2E1 : Menyatakan cara-cara untuk mencapai perpaduan keluarga | | | B1D3 : Mengetahui hak orang lain yang perlu dihormati | 3 | 3 | B1D3E1 : Menyatakan hak orang lain yang perlu dihormati | | | B1D4 : Mengetahui jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia | 4 | 5 | B1D4E1 : Menyatakan jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia | | | B1D5 : Mengetahui sistem pemerintahan di Malaysia | 5 | 6 | B1D5E1 : Menyatakan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia | | | B1D6 : Mengetahui ciri-ciri jentera pentadbiran negara yang stabil dan berkesan | 6 | 9 | B1D6E1 : Menyatakan ciri-ciri jentera pentadbiran yang stabil dan berkesan | | 2 : TAHU......

Words: 901 - Pages: 4

Free Essay

Kepimpinan Dan Pengurusan

...Kepimpinan dan pengurusan di dalam organisasi mempunyai hubungan simbiotik di mana dengan adanya kedua-dua komponen ini membolehkan organisasi tersebut berfungsi dengan efisien malah menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Oleh hal yang demikian kepimpinan dan pengurusan adalah sangat relevan kepada organisasi persekolahan di Malaysia malah merupakan komponen utama bagi pucuk pimpinan sekolah atau pihak pentadbiran. Sebagai contoh terdapat pelbagai penyelidikan mengenai keberkesanan kepimpinan dan pengurusan pengetua dan guru besar di sekolah. Menurut Ahmad Fauzi Ahmad (n.d.) peranan kepemimpinan di peringkat sekolah mestilah dalam bentuk instructional leader yang memainkan peranan tertentu pada tahap serta kedudukan masing-masing untuk melaksanakan program pendidikan. Kepimpinan pendidikan juga haruslah berperanan sebagai transformational leader iaitu sebagai agen transformasi perubahan. 2.0 GURU BERKESAN 2.1 “An effective teacher creates an effective classroom” “An effective teacher creates an effective classroom” atau guru berkesan mewujudkan bilik darjah yang berkesan. Berdasarkan pernyataan tersebut...

Words: 1985 - Pages: 8

Free Essay

Memupuk Amalan Membaca

...membaca adalah amat penting untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Kebolehan membaca membolehkan manusia mengumpul ilmu pengetahuan daripada buku-buku ilmiah dan bahan-bahan bacaan yang lain.Orang yang berilmu pengetahuan adalah orang yang luas pembacaannya. Seperti mana kita tahu kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran sama ada membaca,menulis, atau mengira. Adalah menjadi harapan pelajar-pelajar pemulihan mempunyai minat membaca yang tinggi. Sehubungan dengan itu cara yang paling berkesan menanam tabiat membaca ialah dengan menguasai kemahiran membaca . Secara ringkas,membaca bolehlah dimaksudkan sebagai memahamkan perkataan-perkataan dalam bentuk tulisan.Oleh itu kebolehan membaca bolehlah dirumuskan sebagai memahami isi kandungan dalam tulisan.Kebolehan melafazkan bunyi-bunyi bahasa sahaja tanpa memahami ertinya tidaklah boleh dianggap sebagai membaca dalam erti kata sebenar. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan meningkatkan penguasaan kemahiran membaca .Ramai murid yang gagal menguasai kemahiran membaca kerana mereka telah diajarkan dengan cara pendekatan yang kurang sesuai. Kegagalan menguasai kemahiran membaca tentu akan menjejaskan taraf pencapaian pelajaran mereka. Murid-murid yang belum menguasai kemahiran membaca tidak akan memahami mata pelajaran yang mereka pelajari. Sifat minat membaca tidak dapat dipupuk kerana kegagalan menguasai kemahiran membaca. Guru haruslah berusaha dengan menjalankan strategi......

Words: 523 - Pages: 3

Free Essay

Kaerkan Kankmx

...Selain itu tindakan penguatkuasaan undang-undang hendaklah dilaksanakan tanpa sikap memilih bulu dan dilakukan secara tekal dan tidak seperti melepaskan batuk di tangga. Individu dan organisasi yang mencemarkan alam biasanya tidak serik dengan hukuman yang dikenakan. Mereka akan mengulangi perbuatan keji ini jika hukuman yang dikenakan terhadap mereka tidak begitu berat. Malahan ada yang sanggup membayar denda kerana mencemarkan alam sekitar kerana mereka tahu denda tersebut hanya sekali sahaja. Mereka bebas melakukan kesalahan setelah menjelaskan denda yang dikenakan. Oleh itu pihak berwajib mestilah lebih tegas dalam mengenakan hukuman terhadap pihak yang melakukan pencemaran. Selain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan...

Words: 1407 - Pages: 6

Free Essay

Library

...GARIS PANDUAN PERPUSTAKAAN SEKOLAH IFLA/UNESCO DITERJEMAHKAN OLEH: Zohra Ibrahim & Saidatul Akmar Ismail Fakulti Pengajian Maklumat Universiti Teknologi MARA MALAYSIA **** School Libraries and Resource Centers Section: http://www.ifla.org/VII/s11/index.htm KANDUNGAN KANDUNGAN ......................................................................................................................... 2 PENGENALAN........................................................................................................................ 4 BAB 1 – MISI DAN POLISI ................................................................................................... 6 1.1 Misi ............................................................................................................................6 1.2 Polisi ..........................................................................................................................6 1.3 Pemantauan dan penilaian..........................................................................................7 BAB 2 – SUMBER ................................................................................................................. 10 2.1 Kewangan dan belanjawan untuk perpustakaan sekolah .........................................10 2.2 Lokasi dan Ruang ....................................................................................................11 2.3 Perabut dan Peralatan.........................................................

Words: 7019 - Pages: 29

Free Essay

Human Resource Management

...TUGASAN PAET 4101: SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN Semester 2, Sesi FEBRUARY 2013 / JUN 2014 TUGASAN 2  Arahan kepada Pelajar 1. Tugasan secara individu. 2. Perbincangan digalakkan namun penulisan adalah atas usaha individu. Plagiat adalah bersalahan dengan etika. 3. Tajuk tugasan boleh dipilih daripada cadangan tajuk yang dilampirkan. Pelajar boleh memilih berdasarkan tajuk yang diberikan. Sekiranya terdapat cadangan terhadap tajuk yang tersenarai, sila kemukakan tajuk yang dipilih kepada pensyarah untuk pertimbangan. 4. Penulisan boleh disokong dengan fakta yang terkini berdasarkan penulisan ilmiah yang diperolehi daripada pelbagai sumber dengan memuatkan data, gambar, rajah, carta dan sebagainya. 5. Perbincangan dan percambahan idea amat digalakkan. Cadangan dan penambahbaikan dalam sesuatu isu yang dibincangkan akan menguatkan lagi penulisan. 6. Tugasan yang telah disempurnakan perlu diserahkan sebelum atau pada MINGGU KE 11. 7. Markah akan ditolak berdasarkan kelewatan menyediakan penulisan. Sebarang pertimbangan terhadap kegagalan pelajar menyediakan kertas kerja tidak akan dilayan. 8. Format laporan adalah mengikut kaedah pelaporan kertas projek akademik sebagaimana yang tertera di bawah. 9. Rujukan sekurang-kurangnya 15 buah buku atau artikel. 9.1 tidak kurang daripada 15 muka surat 9.2 bertaip single spacing 9.3 font Arial, 11pt. New Times Roman 12pt 9.4 margin 1” kiri, kanan, atas dan bawah muka surat. 9.5 Rujukan/ dan bibliografi mengikut......

Words: 484 - Pages: 2

Free Essay

Perancangan Strategik 2012

...PERANCANGAN STRATEGIK BIDANG AKADEMIK (2012) MATA PELAJARAN : BAHASA INGGERIS TAHUN 4 (2012) VISI SEKOLAH: SKSR: Sekolah Berprestasi Tinggi Daerah Batang Padang Menjelang 2012. VISI PANITIA: Panitia Bahasa Inggeris cemerlang dalam setiap Ujian Rasmi dan Peperiksaan –(PKSR 1 dan PKSR 2). MISI PANITIA: 1. Memperkukuhkan tahap pencapaian Bahasa Inggeris dalam setiap Ujian Rasmi, PKSR 1 dan 2. 2. Memberikan P&P Bahasa Inggeris yang berkesan dan kondusif kepada semua murid SKSR. 3. Melahirkan murid-murid Tahun 4 sesi 2012 yang kompeten dalam penggunaan Bahasa Inggeris di dalam dan luar kelas. TOV BAHASA INGGERIS TAHUN 4 (2012) (berdasarkan PKSR 1 2011): TAHUN JUMLAH PELAJAR TOV ETR % ABC JUMLAH % DE JUMLAH 100% 4 64 64.06 41 35.94 23 PROGRAM-PROGRAM KHAS YANG AKAN DIJALANKAN: PROGRAM 1: Nama Projek / Program : Ceramah / BengkelTeknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris Rasional : Kebolehan pelajar masih di tahap minimum mengenai kaedah berkesan menjawab soalan Bahasa Inggeris berasaskan UPSR Objektif : 1. Pelajar dapat menjawab soalan berformatkan UPSR dengan baik. 2. Pelajar dapat pengisian bahan yang berguna semasa sesi ceramah. Tempoh / Tarikh : April, Julai, Oktober Kumpulan Sasaran : Semua pelajar tahun 4 LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH STATUS 1. Penyediaan Modul Penceramah 1minggu 2. Taklimat kepada guru B.I Tahun 4 Ketua Panitia 1 hari 3. Jadual Program AJK Program 1......

Words: 1676 - Pages: 7

Free Essay

Pengenalan Pendidikan Kesihatan

...HBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan Topik 1 Falsafah, Konsep dan DefinisiPendidikan Kesihatan Definisi Kesihatan • WHO – Kesihatan adalah sesuatu yangsempurna dari segi fizikal, mental dan sosialdan bukan hanya sekadar tiada penyakitatau cacat cedera sahaja. • Kesihatan adalah kualiti hidup yg melibatkan sosial, emosi, mental, spritual dankecergasan biologikal individu hasil drpadaptasi individu terhadap persekitaran.(Dubos R.,1968) • sebarang pengalaman pembelajaran yg dibentuk bagi memudahkan adaptasi @ t/laku yg kondusif terhadap kesihatan (Green, 1980) Ciri-ciri Kesihatan Secara Menyeluruh merangkumi : • Kesihatan Fizikal • Kesihatan Sosial • Kesihatan Mental • Kesihatan Emosi • Kesihatan Persekitaran • Kesihatan Rohani Faktor yg mempengaruhi Tahap Kesihatan Individu • Pengaruh individu • Pengaruh interpersonal, sosial dan kerjaya • Pengaruh Persekitaran • Pengaruh Penjagaan Kesihatan • Pengaruh Komuniti Falsafah Pendidikan Kesihatan • Pendidikan Kesihatan adalah pendidikan untuk kesihatan, bukan hanya pengetahuan tentang kesihatan, ia merupakan perkara yg akan dijadikan panduan utk laksanakan pengajaran & program PK. • PK bukan semata-mata utk menyembuh, mengurang atau mencegah penyakit, malah utk mencapai keadaan fizikal, mental dan sosial yang optimum untuk individu, keluarga dan komuniti. • Program PK seharusnya menggalakkan dan memudahkan aplikasi pengetahuan kesihatan utk......

Words: 5284 - Pages: 22

Free Essay

Wrong

...perkhidmatan mampu melenyapkan nilaikejujuran dan kepercayaan antara satu sama yang lain dalam sesebuah masyarakat. Amalanrasuah yang sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah, diseluruh dunia ini perlu ditangani dengan segera. Justeru, demi melahirkan masyarakat Malaysia berintegriti, semua pihak perlu mengambil beberapa inisiatif untuk menangani gejala ini. Penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Oleh itu, para pelajar haruslah menerapkan nilai kepercayaan kepada Tuhan perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan. Tambahan pula, kita sebagai seorang yang beragama Islam perlu memantapkan iman dan mengukuhkan jati diri kita untuk mengelakkan diri daripada gejala rasuah ini. Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membanteras gejala rasuah. Selain itu, kerajaan juga memperlihatkan kesungguhan untuk membanteras gejala rasuah ini. Kerajaan telah mewujudkan sebuah badan untuk membanteras masalah rasuah ini yang dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah......

Words: 373 - Pages: 2

Free Essay

Gegrafphy

...2006/2007 yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/Elektrik/Mekanikal) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Aspek yang dikaji melibatkan empat perkara utama iaitu untuk mengenalpasti pilihan utama terhadap factor pensyarah, mengenalpasti pilihan utama terhadap faktor cara belajar berkesan, mengenalpasti pilihan utama terhadap faktor rakan, dan juga mengenalpasti pilihan utama terhadap faktor pembaharuan standard penilaian pemarkahan (GRED BARU). Instrumen kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah soal selidik. Nilai kebolehpercayaan item soal selidik ini adalah 0.837. Data yang diperolehi dianalisis dengan perisian SPSS ( Statistical Package for the Social Science ) Versi 12.0. Hasil analisis mengikut item diterjemahkan dalam bentuk frekuensi dan peratus. Hasil kajian menunjukkan faktor pembaharuan standard penilaian pemarkahan (GRED BARU) adalah merupakan pilihan utama pelajar dalam mempengaruhi kecemerlangan dalam pencapaian akademik iaitu nilai min 2.74, diikuti dengan factor pensyarah dengan nilai min 2.65, pilihan ketiga pelajar pula adalah faktor cara belajar berkesan dengan nilai min 2.53, dan akhir sekali pelajar telah memilih faktor rakan sebagai pilihan dengan nilai min hanya 2.46. Beberapa cadangan telah...

Words: 2927 - Pages: 12

Free Essay

Oum Asignment

...panjang yang berkualiti (Draf KSSR. 2014). Objektif utama pembelajaran Pendidikan Kesihatan adalah untuk memastikan: Murid boleh : (i) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran; (ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit; dan (iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan. Oleh yang demikian, dalam usaha mendidik pelajar untuk memahami dan mempelajari subjek Pendidikan Kesihatan dengan lebih berkesan, pelajar tersebut harus mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi atau lebih dikenali sebagai KBAT. KBAT perlu dipelajari melalui kaedah ransangan dan proses pebelajarannya adalah berterusan. Justeru, penerapan KBAT dalam Pendidikan Kesihatan di peringkat sekolah rendah adalah perlu agar setiap murid dapat mengaplikasikan semua modul-modul dan topik pelajaran Pendidikan Kesihatan yang dipelajari di sekolah dapat difahami dan diaplikasi dalam kehidupan seharian. Item KBAT melibatkan skop yang luas, kepelbagaian kaedah dan bahan ransangan serta mencabar tetapi boleh ditaksir kerana pengetahuan asas sama...

Words: 1469 - Pages: 6

Free Essay

Pedagogy in Educational

...TAJUK : 1. Bagaimana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dapat dikembangkan secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan peringkat sekolah rendah di Malaysia. 2. Menyediakan Rancangan Pelajaran Harian dalam bentuk grafik terhadap pemupukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pelajaran yang dirancang. NAMA : ROZEKIYAH BT YAAKOB NO. MATRIKULASI : 711207075482001 NO. KAD PENGENALAN: 711207075482 NO. TELEFON : 019-2185815 E-MEL : roze1971@oum.edu.my PUSAT PEMBELAJARAN: PUSAT PEMBELAJARAN SUNGAI PETANI ISI KANDUNGAN Muka Surat TUGASAN 1 – Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 3- 8 dalam Pendidikan Kesihatan * Pengenalan 3 * Definisi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 4 * Mengapa Kemahiran berfikir Aras Tinggi Dalam 5 Pembelajaran Pendidikan Kesihatan? * Kesimpulan 8 TUGASAN 2 – Rancangan Pengajaran Harian Pendidkan Kesihatan 9-16 * Rancangan Pendidikan Harian dalam bentuk grafik 9 - 13 * Huraian Rancangan Pengajaran Harian dan penerapan 14- 15 elemen KBAT * Kesimpulan 16 Lampiran Rujukan Tugasan 1 Bagaimana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dapat dikembangkan secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan peringkat sekolah rendah di Malaysia. Pengenalan Pengumuman Perdana Menteri, Datuk......

Words: 4116 - Pages: 17

Free Essay

Uuuuu

...Ciri Remaja Berwawasan Dewasa kini, Malaysia semakin bergerak maju seiring peredaran global. Namun, malangnya, aset utama negara iaitu remaja, kian musnah dek kerana dadah durjana. Sugguhpun begitu, Malaysia masih mempunyai permata berkualiti untuk dijadikan idola contohnya, para peserta Imam Muda yang sangat berkaliber dari segi semua aspek. Antara ciri remaja berwawasan ialah cinta dan sayang akan ilmu pengetahuan. Remaja yang bermatlamat sangat mementingkan ilmu kerana akan kepentingan ilmu dalam kehidupan seharian. Selain itu, darjat seseorang yang berilmu sangat tinggi di sisi Maha Pencipta, malah dengan ilmulah Islam dapat dikembangkan dan terbentuknya tamadun. Golongan remaja cemerlang ini juga berpendapat bahawa dengan memiliki pendidikkan yang tinggi, masa depan dapat diubah. Di samping itu, untuk mengesan identiti remaja berwawasan, kita dapat lihat, mereka sangat berdisiplin dan menepati masa sesuai dengan kata pujangga, masa itu emas. Mereka tidak leka dengan perkara yang sia-sia seperti merokok, melepak dan merempit. Bagi mereka, masa itu ibarat pedang yang sangat tajam dan sentiasa mengejar kita dari belakang, jika kita alpa, pedang itu akan menikam diri sendiri. Perumpamaan syurga terletak di telapak kaki ibu sudah cukup menggambarkan betapa agungnya kasih sayang daripada ibu bapa. Tidak terkecuali, guru yang mencurahkan pelbagai jenis ilmu turut memberi impak besar. Remaja terpuji tidak akan sesekali melupakan jasa insan-insan mulia yang telah......

Words: 8462 - Pages: 34

Free Essay

Rancangan 5 Tahun

...kerjasama baik di kalangan warga sekolah. | S3 | Komunikasi baik antara pentadbir dan semua guru. | S4 | Mempunyai guru-guru yang berpengalaman dan guru lepasan ijazah. | S5 | Guru-guru yang komited dan optimis. | S6 | Kemudahan fizikal dan ICT. | | KELEMAHAN (W) W1 | Guru terlibat dengan tugas rasmi di luar sekolah. | W2 | Sebilangan murid yang kurang berminat untuk belajar. | W3 | Guru dibebankan dengan pelbagai tugas dan aktiviti. | W4 | Murid terlalu bergantung dengan guru. | W5 | P & P sebahagian guru perlu dimantapkan. | W6 | Kurang pembudayaan PBS. | W7 | Pelajar tidak sedar bahawa mereka dinilai setiap masa. | | | | PELUANG (O) O1 | Sokongan dari PIBG dan wakil rakyat. | O2 | Hubungan baik dengan PPD, JPN dan pihak yang terlibat. | O3 | Hubungan baik dengan masyarakat setempat. | O4 | Kerjasama yang baik dengan sekolah-sekolah kelompok. | O5 | Perhubungan yang baik dengan bekas pelajar (ALUMNI). | O6 | Jalinan di antara sekolah-sekolah berhampiran. | O7 | Penguasaan fakta asas murid lemah. | | | | ANCAMAN (T) T1 | Latar belakang sosio ekonomi pelajar yang berbeza. | T2 | Kekangan masa. | T3 | Banyak program sampingan. | T4 | Masalah keluarga. | T5 | Kurang perhatian dan sokongan dari ibu bapa. | T6 | Pengaruh negatif rakan sebaya. | | TOWS MATRIKS – KSSR/PBS | KEKUATAN (S) S1 | Pengurusan dan kepimpinan yang mantap. | S2 | Hubungan dan kerjasama baik di kalangan warga sekolah. | S3 |......

Words: 1062 - Pages: 5