Free Essay

Ucapan Ksn

In: Other Topics

Submitted By oscillator79
Words 809
Pages 4
uca
|TEKS UCAPAN |
|KETUA SETIAUSAHA NEGARA |
|SEMASA LAWATAN KE MALBATT 2 DI TIBNIN LUBNAN |
|PADA 21 JANUARI 2011 |
| |
| |
|Bismillahirrahmanirrahim |
| |
|Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera |
| |
|Yang Berbahagia Datuk Dr Ismail bin Ahmad |
|Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan |
| |
|Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato’ Zulkifli bin Zainal Abidin |
|Timbalan Panglima Tentera Darat |
| |
|Yang Berbahagia Dato’ Kohilin Pillay al Karuppanan |
|Duta Besar Malaysia ke Lubnan |
| |
|Kolonel Mohd Nizam bin Manaf |
|Komander MALBATT 2 |
| |
|Kolonel Mohd Nazri bin XXXXX |
|Komander MALBATT 3 |
| |
|Tuan-tuan yang dihormati sekalian. |
| |
|1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurnia dan |
|keizinan Nya, kita dapat berkumpul dalam majlis yang penuh bermakna pada pagi ini. |
| |
| |
|2. Memulakan ucapan saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pertahanan kerana beliau adalah orang yang berulang kali ( sudah |
|hamper 2 tahun) menjemput saya untuk melihat keadaan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melaksanakan tugas di Lubnan ini. Dengan |
|keizinanNya, pada hari ini saya berada disini dan dapat melihat keadaan sebenar dan bertemu dengan saudara-saudara semua. Pada |
|pemerhatian saya ini akan dijadikan bekalan kepada saya untuk member pendapat dan sokongan semasa perbincangan di dalam Sidang Kabinet |
|yang saya merupakan ahli tetap. |
| |
| |
| |
|3. Penglibatan kita dalam misi keamanan di Lubnan ini bukan ada kepentingan khusus. Ia sebenarnya dating dari niat suci murni untuk |
|melihat keamanan yang akan membolehkan semua umat manusia di rantau ini menikmati penghidupan aman dan damai serta bebas dari ancaman |
|luar. Kita sedar keamanan sebenar mungkin masih jauh, namunkehadiran kita disini membolehkan keselamatan terjamin selagi mereka |
|mematuhi resolusi Suruhanjaya Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1701. Kita juga ingin memperbetulkan telahan yang tidak |
|tepat berkenaan keupayaan kita melaksanakan tugas dengan adil dan saksama. Saudara semua telah membuktikan telahan tersebut adalah |
|tidak benar. Sayabas saya ucapkan. |
| |
|4. Saya amat gembira mendengar khabar berita bahawa Kontijen ATM terutamanya MALBATT 2 yang diketuai oleh Kolonel Mohd Nizam Manaf |
|telah melaksanakan mandate dengan jayanya dan mendapat sambutan dari penduduk setempat dengan hebatnya. Saya sedar tugas |
|saudara-saudara bukan sebagai ahli politik untuk mendapat sambutan orang awam atau penduduk, namun dalam sitasi ancaman sekarang ini |
|saya percaya konsep CIMIC boleh membawa keamanan dan keselamatan. |
| |
|Saudara-saudara sekalian, |
| |
|5. Memandangkan MALBATT 2 akan kembali ke tanah air dan amjoriti pada hari ini adalah anggota MALBATT 3, sukacita saya mengingatkan |
|kepada saudara-saudara semua bahawa kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk membawa kontijen Malaysia berkhidmat di luar |
|Negara. Kesempatan dan peluang yang diberikan kepada saudara-saudara hendaklah dimanafaatkan sebaiknya untuk menimba pengalaman untuk |
|menjadikan organisasi kita benar-benar cemerlang dan kecemerlangan saudara-saudara sebagai modal insan akan menyokong matlamat |
|perkhidmatan kota dan selain dari itu untuk dijadikan bekalan saudara semasa pencen kelak. Oleh yang demikian, peranan saudara semua |
|bukan sekadar seorang tentera sahaja sebaliknya juga sebagai kakitangan kerajaan yang ditumpangkan ke luar negara. Secara tidak |
|langsung saudara mewakili kerajaan Malaysia disni dan segala tindak tanduk saudara akan diperhatikan dan dianalisa. Buruk baik yangs |
|audara lakukan akan mencerminkan keseluruhan Negara Malaysia. |
| |
|6. Sebagai kakitangan kerajaan kita harus peka dengan etika kerja memandangkan pengalaman lepas membuktikan etika yang baik dapat |
|menyumbang kepada kecemerlangan seseuah organisasi. Oleh itu kita perlu membentuk sebuah pasukan pekerja yang berkualiti untuk |
|menghasilkan perkhidmatan cemerlang dan mematuhi keperluan mandate yang diberikan. Hubungan kerja antara anggota yang berkualiti akan |
|menghasilkan kualiti kerja yang hebat seperti pepatah ‘perkhidmatan bermula dari orang yang berkualiti’. Dalam hadis Rasullah (SAW) |
|yang bermaksud ‘sebaik-baik kamu ialah orang yang paling berfaedah kepada orang lain’. |
|7. Nilai-nilai murni adalah berkait rapat dengan etika kerja yang dimaksudkan tadi. Nilai-nilai murni merupakan suatu pengukuran ke |
|atas tahap ketulinan dan kesucian sesuatu perbuatan atau tindakan terhadap sesuatu yang diingini dan dihargai. Untuk mencapai matlamat |
|ini kerajaan telah menetapkan enam nilai teras yang mesti dimiliki oleh semua kakitangan kerajaan selain nilai-nilai tambahan yang |
|lain. Nilai teras yang dimaksudkan adalah amanah, benar, bijaksana, adil, telus dan bersyukur. Saya percaya semua nilai ini ada dalam |
|diri kita sebagai seorang Islam dan mereka yang percaya adanya tuhan dan menghayati rukun Negara. |
| |
|8. Sebagai seorang anggota tentera, saudara semua tidak dapat lari dari di label sebagai seorang yang berdisiplin dalam pekerjaan dan |
|kehidupan harian. Dari cara saudara berkomunikasi, berpakaian mahupun berjalan saudara semua akan diperhatikan. Oleh yang demikian |
|saudara perlu menanam dan mengamalkan ciri-ciri serta sifat seorang pekerja yang cemerlang agar tidak dipandang buruk di sana. Untuk |
|menjadikan diri kita sebagai seorang pekerja yang cemerlang, saudara perlu mempunyai niat yang ikhlas dan jujur dalam melakukan sesuatu|
|pekerjaan. Setiap kerja yang di amanahkan, perlu diberi tumpuan dan perhatian serta melaksanakanya dengan penuh minat. Saudara juga |
|perlu berusaha memastikan setiap pekerjaan yang dilakukan adalah berkualiti dan mencapai tahap yang tertinggi. Saudara juga perlu bijak|
|dalam menguruskan masa agar setiap pekerjaan dapat diselesaikan dalam masa yang diberikan. Cara berpakaian juga boleh melambangkan |
|keperibadian. Oleh itu, cara berpakaian, pakaian bersih, kemas dan bersesuaian perlu ditititkberatkan. |
| |
|9. Sebagai satu pasukan yang berada di yang Kerjasama sepasukan |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |

Similar Documents

Free Essay

Pengajian Malaysia

...‫ور‬ ‫ا م‬ & SELAMAT SEJAHTERA ‫ا و آ‬ BAB 1: PENGENALAN MASYARAKAT MALAYSIA TOPIK-TOPIK BAB; TOPIKMASYARAKAT BUDAYA HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA MPW 1133 PENGAJIAN MALAYSIA Tenaga Pengajar: Pengajar: En. Muhamad Wazir Bin Muslat FPSS UNiSEL, Bestari Jaya UNiSEL, Tel : 017-2406268 017email: muhamad_wazir_muslat@yahoo.com 1 2 MASYARAKAT PENGENALAN Negara D.K.R.T Malaysia dari segi Sejarah Kedudukan geografi Kedudukan ekonomi Kepelbagaian masyarakat PENGENALAN DEFINISI MASYARAKAT KONSEP-KONSEP MASYARAKAT KONSEPMASYARAKAT MAJMUK HUBUNGAN ETNIK PEMBINAAN BANGSA/NATION MALAYSIA 3 4 DEFINISI MASYARAKAT Kamus Dewan > kumpulan manusia yg menetap bersama di suatu tempattempatmengikut aturan tertentu Kelompok terbesar dari makhluk manusia dimana mereka hidup terjaring kebudayaan (Kucaraningrat) Kucaraningrat) Kelompok manusia yg telah lama hidup & bekerjasama sehingga mereka dapat mengorganisasikan dirinya & berfikir mengenai dirinya sebagai kesatuan sosial yg mempunyai batas-batas tertentu batas(Linton) Samb... Satu kum. manusia yg b'hbg secara tetap & kum. t'sususn dlm m'jlnkan aktiviti2nya secara kolektif & merasakan bhw mrk adalah hidup b'sama. b'sama. Bukanlah individu yg sama shj m'jadi anggota satu2 msykt krn anggota baru akan terus menerus lahir di dlmnya & ada pula yg mati. Oleh mati. yg demikian t'dpt p'hub. terus menerus di p'hub. kalangan mrk yg masih hidup & kekal selama b'abad2 (Roucek & Warren, 1976) (Roucek Satu kumpulan / kelompok manusia...

Words: 16153 - Pages: 65