Free Essay

Upsr Bm

In: Other Topics

Submitted By Agnesjunjun
Words 1070
Pages 5
SUPER EDUCATION GROUP
SUPER EDUCATION GROUP

NO 37A, JALAN DEDAP 6, TAMAN JOHOR JAYA (MAYBANK 同排)
TEL: 07-3542900(总部) / 016-6607900(中学部) / 016-7384700(小学部)

NO 37A, JALAN DEDAP 6, TAMAN JOHOR JAYA (MAYBANK 同排)
TEL: 07-3542900(总部) / 016-6607900(中学部) / 016-7384700(小学部)

KARANGAN PENANDA WACANA MENARIK * Projek A 学生个人进步计划
以学生考卷为标准,在学生低分的各项以考题的方式专攻,让学生掌握各个项目,从而达到进步。

NAMA KELAS:

绝对不是死背,而是准备!教你如何塑造作文高分!

Penggunaan ayat-ayat yang menarik dan berkesan dalam karangan panjang a) Ayat yang menunjukkan anda ingin memulakan perbincangan isi pertama dalam karangan Tajuk: Gejala cetak rompak yang semakin berleluasa disebabkan sikap masyarakat yang menyokong kegiatan tersebut. Bahaskan. 1. Sebagai pembuka kata dan bicara, kupasan perbincangan saya yang pertama akan berkisar dan berlegar dari perspektif / sikap masyarakat gemar membeli barangan tiruan yang murah walaupun tidak ada kualiti. 2. Sebagai mukadimah huraian dan kupasan, saya akan mendalami dan memperinci hujah perbincangan saya dari perspektif / sikap masyarakat gemar membeli barangan tiruan yang murah walaupun tidak ada kualiti. 3. Pertama-tamanya saya akan menyorot dan mengenegahkan perbincangan saya tentang/ sikap masyarakat gemar membeli barangan tiruan yang murah walaupun tidak ada kualiti. 4. Sebagai lontaran idea yang pertama, saya akan meninjau dan melihat isu yang dibincangkan dari perspektif / sikap masyarakat gemar membeli barangan tiruan yang murah walaupun tidak ada kualiti 5. Sebagai meniti kupasan dan huraian saya yang pertama maka saya akan cuba menghurai dan mendalami dari aspek/ sikap masyarakat gemar membeli barangan tiruan yang murah walaupun tidak ada kualiti

b) Ayat-ayat yang menunjukkan anda ingin meneruskan perbincangan isi kedua, ketiga, keempat dan kelima dalam perenggan Panduan: 1. Setelah mengupas dan membugar secara mendalam tentang sikap masyarakat gemar membeli barangan tiruan yang murah walaupun tidak ada kualiti maka cetusan idea saya seterusnya akan beralih dan berkisar tentang sikap masyarakat yang tidak tahu menghargai penat lelah pencipta barang tulen. 2. Kini tiada siapa yang yang dapat menyangkal dan menyanggah bahawa sikap masyarakat gemar membeli barangan tiruan yang murah walaupun tidak ada kualiti menjadi punca berleluasanya kegiatatan cetak rompak maka kupasan saya yang seterusnya akan beralih dan berfokus pula dari perspektif sikap masyarakat yang tidak tahu menghargai penat lelah para pencipta barangan tulen. 3. Nah, segala-segalanya sudah terserlah dan semuanya telah berbukti bahawa sikap masyarakat gemar- membeli barangan tiruan yang murah walaupun tidak ada kualiti menjadi punca berleluasanya kegiatatan cetak rompak ! Saya akan mengorak perbincangan seterusnya dari perspektif sikap masyarakat yang tidak tahu menghargai penat lelah para pencipta barangan tulen. 4. Segala-galanya telah terbukti dan ternyata bahawa sikap masyarakat gemar membeli barangan tiruan yang murah walaupun tidak ada kualiti mendorong kegiatan cetak rompak semakin tidak terkawal maka huraian saya yang berikutnya akan ditinjau dari aspek sikap masyarakat yang tidak tahu menghargai penat lelah para pencipta barangan tulen. 5. Setelah meniti perbincangan di atas secara mendalam dan terperinci, saya akan menyusuri dan menyoroti lontaran cetusan idea seterusnya dari sudut sikap masyarakat yang tidak tahu menghargai penat lelah para pencipta barangan tulen. 6. Sebagai meneruskan kesinambungan dan kelangsungan idea perbincangan, isu dan fakta yang sedang dibahaskan di atas akan cuba ditinjau dan dilihat pula dari aspek sikap masyarakat yang tidak tahu menghargai penat lelah para pencipta barangan tulen. 7. Kupasan tentang tajuk dan isu di atas ,tidak harus ada titik noktahnya maka sebagai meneruskan kupsan seterusnya, ditinjau pula dari aspek sikap masyarakat yang tidak tahu menghargai penat lelah para pencipta barangan tulen. 8. Kelangsungan dan kesinambungan lontaran pendapat yang berikutnya akan ditinjau pula dari aspek sikap masyarakat yang tidak tahu menghargai penat lelah para pencipta barangan tulen.

c ) Ayat-ayat yang menunjukkan kesan/akibat yang boleh digunakan dalam huraian isi sahaja. 1. Permasalahan ........ yang sedang menghantui masyarakat dan negara terus meninggalkan impak yang bukan sedikit jika terus berleluasa. 2. Permasalahan ........ semakin berleluasa dan tidak terkawal telah meninggalkan impak yang tidak terperikan kepada masyarakat dan negara. 3. Padah yang besar akan menimpa kita apabila kita terus membiarkan ....... terakar umbi dalam masyarakat. 4. Bala dan bencana akan menimpa kita andaikata kita terus membiarkan.... bertapak dalam masyarakat 5. Kesan yang menakutkan dan implikasi yang mengerikan akan berlaku andaikata ....dibiarkan berleluasa dalam masyarakat. 6. Inilah padah dan impak yang akan menimpa kita andai kata kira merelakan...terus bertapak dalam masyarakat ! 7. Cuba kita bayangkan dan bertafakur sejenak, apakah kesan dan natijah yang akan menimpa kita andaikata ..... terus bertapak dalam masyarakat ? 8. ...... telah meninggalkan impak yang mengganggu gugat dan merencatkan pembangunan negara.

d) Ayat-ayat yang menunjukkan percontohan digunakan dalam huraian isi Panduan: 1. Isu cetak rompak hanya merupakan satu contoh.. Banyak lagi contoh isu yang sering terpampang dan menghiasi dada-dada akhbar pada setiap hari. 2. Satu contoh yang cukup utuh lagi kukuh untuk membuktikan pandangan dan hujah saya di atas ialah gejala rasuah. 3. Saya ingin mengenengahkan satu contoh yang berlaku baru-baru ini yang mendapat perhatian semua pihak sama ada media massa, masyarakat mahupun pemimpin negara iaitu isu rasuah. 4. Satu lagi contoh yang menjadi topik panas perbualan masyarakat dan dibincangkan di mana-mana sahaja sama ada di kedai kopi, sekolah, universiti atau parlimen ialah isu lumba haram. 5. Penderaan merupakan satu contoh kezaliman yang berlaku. Sebenarnya terdapat berates-ratus kes malahan ribuan lagi contoh kezaliman tidak mungkin dapat saya paparkan di sini. 6. Isu lepak yang didedahkan dalam akhbar merupakan satu contoh kecil. Hakikatnya ratusan ribu yang belum didedahkan….
e) Ayat-ayat yang menunjukkan kesimpulan karangan digunakan dalam kesimpulan sahaja Panduan: 1. Perbincangan saya telah meniti ke kemuncaknnya maka sebagai rumusan dan kesimpulannya, kerajaan perlu .... 2. Setelah meniti perbincangan secara mendalam dan panjang lebar maka saya dapat membuat rumusan dan kesimpulan bahawa kerajaan perlu ... 3. Mata pena ini telah meniti ke penghujung perbincangan maka sebagai penutup kata dan bicara dapatlah saya membuat kesimpulan bahawa kerajaan perlu .... 4. Sebagai akhir kalam, saya dapat membuat kesimpulan bahawa kerajaan perlu ... 5. Setelah membahaskan, mengupas dan menghuraikan segala isu dan permasalahan secara terperinci lagi mendalam maka kesimpulan yang dapat saya buat ialah kerajaan perlu... f) Ayat-ayat yang menunjukkan jawapan kepada persoalan digunakan dalam huraian isi sahaja/pengenalan karangan Panduan: Persoalan yang berlepar dan berputar di kota fikiran kita ialah mengapakah rasuah terus menular dan berakar umbi dalam masyarakat? 1. Inilah persoalan yang terus bermain di kota fikiran kita ! 2. Persoalan ini akan saya kupas secara mendalam dan terperinci 3. Persoalan ml memang sukar dirungkai clan dilerai namun saya akan cuba mengupas dan membugar persoalan tersebut. 4. Inilah persoalan yang terus bermain clan berlegar yang memerlukan jawapan segera. 5. Saya tidak akan membiarkan persoalan ini terus tergantung tanpa jawapan. 6. Segala persoalan yang bukan mullah untuk mencari jawapannya !

Similar Documents