Free Essay

Usahawan

In: Business and Management

Submitted By preloaded
Words 3362
Pages 14
12/12/2014

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula | Usahawan.com

0

ITEMS

RM

0 00

EMPTY CART

SEARCH FOR PRODUCTS

TALIAN HOTLINE 1-300-888-114

LOVE IS SHARING

NAVIGATE TO...

Home Page | Sejarah | Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula

http://www.usahawan.com/sejarah/kisah-bagaimana-25-jenama-terkenal-antarabangsa-bermula.html

1/15

12/12/2014

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula | Usahawan.com

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula http://www.usahawan.com/sejarah/kisah-bagaimana-25-jenama-terkenal-antarabangsa-bermula.html 2/15

12/12/2014

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula | Usahawan.com

Share on

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula

Jenama terkenal dunia seperti Coca-Cola, IBM, Miscrosoft, Google, McDonald, Oracle dan Nike diasaskan oleh orang biasa yang mempunyai semangat dan kelebihan luar biasa. Kedudukan dan nilai jenama-jenama tersebut ditentukan oleh satu organisasi antarabangsa yang unggul dikenali sebagai Interbrand. Cerita kejayaan syarikat-syarikat terkenal ini bukan sahaja menarik untuk dibaca malah mempunyai maklumat yang penting untuk kita pelajari. Bagaimana syarikat-syarikat terkenal ini berjaya mengekalkan kedudukan yang dicapai saban tahun melambangkan amalan cara kerja yang baik dan patut kita contohi. Coca-Cola Produk yang telah memberikan dunia rasa yang paling terkenal telah dilahirkan di Atlanta, Georgia, pada 8hb Mei 1886. Siapakah pengasas syarikat jenama tersohor ini? Ramai tidak akan menyangka bahawa Dr. John Stith Pemberton, seorang ahli farmasi sebenarnya tidak dilahirkan dalam golongan yang kaya raya. Selepas pengalaman dan kecederaan beliau di medan perang sekitar tahun 1860-an, Dr. Pemberton bertekad mengaplikasi pengetahuannya dalam bidang farmasi dan melaburkan semua wangnya untuk penyelidikan dan mencipta sejenis minuman tonik. Pada waktu tersebut permintaan terhadap ubatan dan tonik sedang meningkat diseluruh Amerika Syarikat. Berbekalkan semangat yang kental, beliau memulakan penjualan minuman sirap bercampur air berkarbonat yang diberi nama http://www.usahawan.com/sejarah/kisah-bagaimana-25-jenama-terkenal-antarabangsa-bermula.html 3/15

12/12/2014

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula | Usahawan.com

Coca-Cola di kaunter sebuah farmasi. Campuran yang amat serasi ditambah pula dengan tema yang sesuai iaitu “Yang Lazat Dan Menyegarkan” menarik perhatian orang ramai untuk membelinya. Apatah lagi, segelas Coca-Cola pada waktu itu hanya dijual pada harga lima sen sahaja! Dr. Pemberton juga tidak menyedari bahawa minuman ciptaannya berpotensi untuk berjaya dan terkenal di seluruh dunia seperti hari ini. Hari ini bernilai AS70.5 bilion. IBM Akronim syarikat ini sangat mudah untuk diingati dan sekilas pandang rata-rata akan terus teringatkan sistem komputer di pejabat. Bagaimana pula kisah permulaan IBM yang telah disenaraikan sebagai jenama yang ke dua terkenal antarabangsa pada tahun 2010? Sejarah penubuhan IBM bermula lebih awal sebelum komputer dicipta. Sekitar 1890-an Herman Hollerith telah mencipta peranti elektrik untuk ringkasan maklumat yang kemudiannya diguna pakai untuk ringkasan data-data perakaunan. Pada hari ini contoh peranti elektrik yang masih diguna pakai ialah mesin punch card. Hollerith sebenarnya bekerja keras untuk mencipta peranti elektrik yang hendak diguna pakai untuk proses banci di Amerika Syarikat pada tahun 1890. Kejayaan yang dicatat semasa bancian itu menjadi titik tolak kejayaan peranti elektrik ciptaan Hollerith. Penggabungan tiga syarikat berlaku pada tahun 1911. Individu yang bertanggungjawab keatas kejayaan penggabungan dan seterusnya penubuhan IBM bernama Thomas J. Watson Sr. Microsoft Microsoft menduduki tempat ketiga untuk jenama terkenal antarabangsa 2010. Bill Gates dan sahabatnya Paul Allen menzahirkan Microsoft pada tahun 1975. Bill Gates hanya berumur 13 tahun sewaktu diberi akses kepada komputer. Walaupun pada awalnya Bill Gates dan Paul Allen diberhentikan setelah menggodam komputer syarikat, mereka dipanggil untuk berkhidmat kembali khusus untuk menyelesaikan masalah virus komputer. Mereka tidak dibayar dengan wang tetapi diberi akses kepada komputer tanpa had masa sebagai pampasan. Bill Gates melanjutkan pelajaran di universiti tersohor di Amerika Syarikat iaitu Havard University. Pada tahun 1974 Paul Allen berjaya memujuk Bill Gates untuk keluar daripada universiti dan memulakan perniagaan perisian komputer dengannya. Bill Gates dan Paul Allen terpaksa mengatasi banyak rintangan untuk memajukan perniagaan mereka. Akhirnya mereka memberi lesen sistem operasi MS DOS kepada IBM. Bertitik tolak dari waktu itu, kedua-dua jenama Microsoft dan IBM kekal bersaing secara positif dan menyandang kedudukan yang tinggi sebagai jenama ternama antarabangsa. Microsoft bernilai AS60.9 bilion pada hari ini! Google Stanford University menjadi saksi bagaimana kisah dua pelajar Sergey Brin dan Larry Page bertemu pada asalnya hanya untuk sesi suai kenal berlanjutan hingga penubuhan perniagaan yang mencecah nilai AS43.6 bilion. Kedua sahabat yang merupakan pelajar jurusan sains komputer berkolaborasi untuk mencipta sistem enjin pencarian yang mereka gelarkan BackRub. Seterusnya nama sistem tersebut ditukar kepada Google iaitu nama yang diadaptasi daripada Googol yang bermaksud nombor 1 diikuti 100 kali nombor 0 dibelakangnya. Pada awalnya Google beroperasi menggunakan kemudahan universiti. Selepas setahun beroperasi, Brin dan Page terus berusaha memajukan Google walaupun http://www.usahawan.com/sejarah/kisah-bagaimana-25-jenama-terkenal-antarabangsa-bermula.html 4/15

12/12/2014

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula | Usahawan.com

merasa tertekan dan mengganggu pelajaran dan pencapaian di universiti. Pada tahun 1998 mereka mendapat bayaran untuk bekerja memajukan Google di bahagian garaj kereta rumah seorang rakan mereka. Untuk mendapat dana, mereka membuat tawaran untuk menjual Google kepada syarikat yang lebih dikenali pada waktu itu. Akhirnya sekitar tahun 1999, Google mendapat tawaran dana tambahan sebanyak AS25 juta. GE (General Electric Company) Pada tahun 1876, Thomas Edison membuka makmal di Menlo Park, New Jersey untuk mencipta mentol lampu. Banyak lagi produk elektrik yang dicipta beliau dibawah jenama Edison General Electric Company. Kini GE bernilai AS42.8 bilion. McDonald Pada tahun 1940, dua beradik Richard dan Maurice McDonald memulakan perniagaan McDonald’s Bar-B-Que yang merupakan kafe pandu lalu. Ketika itu kafe tersebut menyediakan terlalu banyak menu. Selepas lapan tahun beroperasi, mereka mengurangkan menu kepada hanya sembilan iaitu pelbagai jenis burger, minuman ringan, kopi, kentang goreng dan pai supaya mereka boleh memberi servis yang cepat kepada pelanggan. Dalam tahun 1954, mereka bertemu dengan Ray Kroc yang datang ke kafe untuk menjual mesin campuran. Setahun kemudian Kroc membeli keseluruhan McDonald kafe dan mengembangkan perniagaan secara agresif dan membuka 500 buah kafe McDonald dalam masa lapan tahun sahaja. Hari ini McDonald mempunyai 32,000 rangakaian restoran. Satu fakta yang agak menarik tentang Kroc dan Walt Disney (pengasas taman tema Disney) yang berkawan sekitar tahun 1920-an. Kroc ingin membuka restoran McDonald di dalam taman tema Disney tetapi Walt mengenakan syarat supaya harga kentang goreng dinaikkan sebanyak 5% untuk diberikan kepadanya sebagai balasan. Kroc mempunyai etika perniagaan yang amat konsisten dan tidak mahu menipu pelanggan setianya. Oleh kerana itu, sehingga hari ini restoran McDonald tidak dibuka di taman tema Disney. Intel Pengasas Intel ialah Gordon E. Moore dan Robert Noyce. Jenama ini sekarang dinilaikan sebanyak AS32.0 bilion. Pada tahun 1968, Moore dan Noyce meninggalkan syarikat kejuruteraan elektrikal untuk memulakan syarikat mengeluarkan cip memori dan pemprosesan mikro. Moore Noyce adalah nama yang pertama digunakan. Kemudiannya menukar nama tersebut kepada Integrated Electronics atau Intel. Walaupun mengetahui penggunaan silikon adalah mahal, mereka masih meneruskan penggunaan silikon untuk menghasilkan produk yang berlainan. IBM menggunakan cip Intel untuk komputer pada tahun 1981. Nokia Nokia bermula dengan perniagaan kertas yang juga merupakan alat untuk berkomunikasi. Fredrik Idestam seorang anak jati Finland telah membina kilang kayu pulpa di sepanjang tebing Sungai Tammerkoski dalam tahun 1865. Beliau ialah seorang jurutera dan telah mengaplikasi pengetahuan dan kepakarannya dalam bidang kejuruteraan untuk memproses kayu dan menghasilkan kertas dengan harga yang murah. Proses ini merupakan suatu revolusi kepada industri pembuatan kertas pada waktu itu. Fredrik http://www.usahawan.com/sejarah/kisah-bagaimana-25-jenama-terkenal-antarabangsa-bermula.html 5/15

12/12/2014

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula | Usahawan.com

memenangi pingat gangsa di Ekspo Dunia di Paris pada tahun 1867. Selepas satu abad proses penggabungan dan pengambil alihan beberapa syarikat, Nokia mula melibatkan perniagaannya dalam bidang komunikasi mudah alih sekitar awal tahun 1980-an. Kini Nokia bernilai kira-kira AS29.5 bilion. Disney Pada tahun 1923, Walt Disney pada waktu berusia 23 tahun berhijrah ke California untuk menjual sebuah cerita kartun Alice in the Wonderland. Dalam masa beberapa bulan, dia berjaya mendapat pengedar yang bersetuju untuk mengeluarkan siri “Alice Comedies”. Setelah berjaya dengan siri tersebut, Walt terus berkarya dan mewujudkan banyak lagi karaktor kartun yang lain. Karaktor Mickey Mouse yang melonjak dan mendapat perhatian seluruh dunia kerana ia adalah siri kartun pertama yang bersuara. Kini Disney mempunyai taman tema di banyak negara seluruh dunia dan bernilai AS28.7 bilion. Hewlett Packard Bill Hewlett dan David Packard adalah pengasas Hewlett Packard. David memulakan kerjaya di General Electric Company (GE) manakala Bill meneruskan pengajian di universiti. Pada tahun 1937, David melawat Bill dan berjaya meyakinkan David untuk bercuti daripada syarikat GE untuk bekerja bersamanya menubuhkan HP. Dalam tahun 1939, produk HP pertama dihasilkan. Salah satu pelanggan pertama HP ialah Walt Disney yang membeli produk HP untuk membangunkan sistem bunyi yang canggih untuk tayangan popularnya Fantasia! Kini HP bernilai AS26.9 bilion. Toyota Kiichiro Toyoda adalah pengasas Toyota. Dalam tahun 1924, Sakichi Toyoda mencipta satu model mesin Toyoda G Automatik untuk menghasilkan tekstail. Kerajaan Jepun telah memberi semangat kepada Sakichi untuk membangunkan kereta beberapa tahun kemudian. Kiichiro merupakan anak lelaki Sakichi telah menjelajah Eropah dan Amerika Syarikat untuk menyelidik selok belok pembuatan kereta. Setelah pulang ke Jepun, Toyota menghasilkan kereta pertama mereka iaitu Model A1 untuk kereta penumpang pada tahun1935. Kini nilai Toyota adalah AS26.2 bilion. Mercedes Benz Dilahirkan di Jerman, Karl Benz dan Gottlieb Daimler merupakan pengasas Mercedes Benz. Ia bermula pada tahun 1886 apabila Karl mencipta automobil pertama yang merupakan sebuah basikal beroda tiga yang bermotor. Beberapa bulan kemudian, Daimler yang berada di kawasan yang berlainan menghasilkan jentera empat roda yang bermotorkan enjin Daimler. Mereka tidak menyedari tentang hasil masing-masing. Hanya 40 tahun kemudian Mercedes-Daimler dilahirkan apabila mereka bergabung. Kini nilai Mercedes-Benz mencecah AS25.2 bilion. Gillette King Camp Gillette memerhatikan penutup botol dibuang begitu sahaja selepas botol dibuka. Kemudian syarikat botol tersebut perlu membeli penutup yang lain. Bagi King, suatu peluang perniagaan yang baik untuk produk yang sebegini. King juga menyedari bahawa setiap lelaki memerlukan pisau cukur hampir setiap hari. Bermula daripada saat itu, King http://www.usahawan.com/sejarah/kisah-bagaimana-25-jenama-terkenal-antarabangsa-bermula.html 6/15

12/12/2014

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula | Usahawan.com

telah berusaha untuk mencipta pisau cukur yang boleh ditukar ganti manakala pemegangnya hanya perlu dibeli sekali sahaja. Sejak tahun 1901, penjualan pisau cukur Gillette meningkat hingga jenama tersebut kini bernilai AS23.3 bilion. CISCO Leonard Bosack dan isterinya Sandra Lerner mencipta teknologi untuk berkomukasi pada asalnya untuk tujuan kemudahan berkomunikasi antara satu sama lain. Sekitar tahun 1984, mereka tekad dan membuat pelaburan untuk memulakan syarikat yang menjual teknologi “internetworking”. Cisco adalah singkatan kepada San Francisco. Kini nilai Cisco mencecah AS23.2 bilion. BMW Di Jerman pada tahun 1916, jenama BMW yang kini bernilai AS22.3 bilion dizahirkan oleh Franz Josef Popp. Ianya adalah hasil daripada beberapa penggabungan syarikat yang pada awalnya merupakan pengeluar enjin kapal terbang. Logo BMW adalah lambang kipas kapal terbang. Selepas perang dunia pertama, BMW terpaksa menghentikan pengeluaran enjin kapal terbang. Mereka mengalihkan produksi kepada motosikal pada tahun 1923 dan Back to top kereta pada tahun 1928. Louis Vuitton Pada usia 14 tahun, Louis Vuitton membuat keputusan berhijrah ke Paris dari kampung halamannya di Jura, Perancis. Beliau hanya berjalan kaki ke Paris dan membuat kerja sambilan di sepanjang perjalanannya. Napolean III pernah melantik Louis sebagai pembuat kotak menyimpan barang (“trunk”). Reputasi beliau semakin berkembang dan pada tahun 1854, Louis membuka kedai beg pertamanya di Paris. Kini Louis Vuitton bernilai AS21.9 bilion. Apple Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne merupakan pengasas Apple. Sekarang Apple bernilai AS21.1 bilion. Mereka bertiga bermula membina komputer daripada pelbagai bahagian yang berasingan dengan hasil tangan sendiri. Mereka bekerja siang dan malam untuk menyiapkan setiap pesanan. Selepas pesanan yang ke 50, Ronald Wayne membuat pelaburan di dalam Apple. Marlboro Pada tahun 1902, Phillip Morris berhijrah ke New York untuk menjual rokok yang dihasilkannya. Untuk kelainan, Phillip menjual rokok untuk wanita dengan cogan kata yang menarik. Penapis pada hujung batang rokok berwarna merah bertujuan untuk menyembunyikan warna gincu wanita apabila merokok. Kini Marlboro bernilai AS20.0 bilion. Samsung Samsung mula beroperasi sebagai kedai runcit yang dibuka oleh Lee Byung-chul pada tahun 1938.Perniagaannya bertambah maju dan ibu pejabat Samsung dipindahkan ke Seoul pada tahun 1947. Tetapi Lee terpaksa meninggalkan perniagaannya apabila perang Korea bermula. Lee tidak pernah berputus asa dan memulakan kilang penapisan gula serta http://www.usahawan.com/sejarah/kisah-bagaimana-25-jenama-terkenal-antarabangsa-bermula.html 7/15

12/12/2014

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula | Usahawan.com

kilang bulu pula. Nasib Lee agak baik apabila Presiden Korea telah melaksanakan polisi untuk melindungi perniagaan seperti Samsung pada tahun 1960-an. Syarikat asing tidak dibenarkan menjual barang-barang elektronik di Korea. Langkah ini telah memberi Samsung kelebihan dalam perniagaan barang-barang elektronik kerana tidak ada pesaing selama 18 tahun semasa pemerintahan Presiden Park Chung-hee. Honda Sejak usia muda Soichiro Honda sangat berminat tentang dunia automobil. Beliau pernah bekerja sebagai mekanik kereta dan membuat reka bentuk baru untuk omboh kereta. Reka bentuk pertamanya ditolak oleh syarikat Toyota. Sekitar tahun 1930-an, Soichiro terpaksa menjual barang kemas isterinya untuk menanggung pengajiannya. Beliau terus berusaha dan akhirnya Toyota menerima reka bentuk yang diciptanya. Kilang omboh dibuka tetapi tidak berapa lama selepas beroperasi, gempa bumi memusnahkan usaha Soichiro. Akibat perang dunia ke II, bekalan petrol bekurangan dan ini memberi ide kepada Soichiro untuk menggunakan dua omboh pada motosikalnya pula. Kemudiannya Soichiro mengumpul dana daripada pengusaha kedai basikal seluruh Jepun dan membina motosikal Honda Cub. Bermula tahun 1964 Honda merupakan pengeluar terbesar motosikal dan kini ianya bernilai AS18.5 bilion. Hennes & Mauritz (H&M) H&M diasaskan oleh Erling Perrson pada tahun 1947 di Sweden. Ide untuk menghasilkan H&M semasa perjalanan beliau ke Amerika Syarikat selepas perang dunia ke II. Di Sweden beliau merupakan pelopor untuk hasil pakaian wanita. 21 tahun kemudian Erling membeli Mauritz Widforss yang menghasilkan pakaian untuk lelaki. H&M adalah hasil selepas penggabungan tersebut. Kini H&M bernilai AS16.1 bilion. Oracle Larry Ellison membaca laporan mengenai pengkalan data pada tahun 1970 yang ditulis oleh Edward F. Codd. Ia telah menjentik minda beliau bahawa ada satu peluang besar menanti dalam sistem pengurusan pengakalan data. Bertitik tolak daripada saat itu, Ellison berusaha untuk membangunkan Software Development Laboratories (“SDL”) dengan Bob MMiner dan Ed Oates. Selepas menukar nama syarikat selama tiga kali, Oracle adalah pembekal terbesar perisian untuk dunia perniagaan yang kini bernilai AS14.9 bilion. Pepsi Pada tahun 1898, Caleb Bradham seorang ahli farmasi dan mempunyai kedai ubat mencipta resipi baru untuk minuman yang dinamakan “Brad’s Drink”. Campuran ekstrak biji kola, vanila dan minyak yang jarang diperolehi dikatakan boleh menyegarkan badan, membantu penghadaman serta meningkatkan tenaga si peminum. Pada tahun 1903, Bradham menukar nama minuman kepada Pepsi -Cola dan memulakan kerja pembotolan di gudang sewaan. Tahun 1909 merupakan satu tahun keramat yang melonjak naik nama Pepsi apabila perintis pelumba automobil mengesahkan Pepsi-Cola adalah minuman yang menyegarkan dan sesuatu yang harus di ambil sebelum beliau memulakan perlumbaan. Namun begitu Bradham mengalami kegagalan dalam perniagaannya sekitar 1920-an hingga 1930-an sehingga beliau diistihar bankrup. Bradham tetap cekal dan berjaya menaikkan kembali nama Pepsi setelah memperkenalkan saiz botol minuman yang baru. http://www.usahawan.com/sejarah/kisah-bagaimana-25-jenama-terkenal-antarabangsa-bermula.html 8/15

12/12/2014

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula | Usahawan.com

Sehingga kini Pepsi diberi nilai AS14.1 bilion. American Express (AMEX) Henry Wells, William Fargo dan John Warren Butterfield adalah pengasas kad AMEX. Masing-masing mempunyai latar belakang yang lebih kurang sama iaitu dalam bidang pengangkutan wang pada awalnya dan kemudiannya mengaplikasi teknologi untuk menghasilkan AMEX. Nilai AMEX kini mencecah AS13.9 bilion. Nike Selepas tamat pengajian di universiti, Philip Knight mengambil keputusan untuk menjelajah sekitar negara Jepun. Di Jepun Knight bertemu pembuat kasut Onitsuka Tiger. Sebagai ahli olahraga universiti, Knight bersetuju untuk membeli kasut-kasut Tiger untuk dijual di Amerika Syarikat. Untuk memenuhi syarat syarikat Jepun itu, Knight mendaftarkan syarikat yang diberi nama Blue Ribbon Sports (“BRS”). Pada akhir tahun 1963 pesanan kasut sudah mencecah 200 pasang kasut. Dengan hati yang cekal Knight memulakan perniagaannya secara jualan daripada kereta sahaja. Stok pula disimpan di bilik bawah tanah rumah bapanya. Perniagaan terus berkembang apabila Knight bersama rakan kongsi Bill Bowerman bekerjasama bermula tahun 1964. Mereka mula menyewa premis perniagaan pada tahun 1966 yang membolehkan pekerja menjual kasut di kedai pula. Hubungan perniagaan antara BRS dan Tiger berakhir sekitar tahun 1971 dan bertititik tolak dari waktu itu Knight dan Bowerman memulakan jenama kasut mereka sendiri iaitu Nike sempena dewi kemenangan Greek yang kini bernilai AS13.7 bilion.
Like Share 110 Tw eet 1 4 Share 1

Lihat Artikel Menarik!
Sejarah dan Fenomena Facebook

Rahsia Kejayaan Dalam Perniagaan Carlos Slim Helu, Orang Paling Kaya Di Dunia

Belajar Komunikasi dari Martin Luther King, Jr

Richard Branson: Lima Rahsia untuk Perniagaan yang Berjaya

Bagaimana Sam “Wal-Mart” Walton Membina Empayar Perniagaannya?

http://www.usahawan.com/sejarah/kisah-bagaimana-25-jenama-terkenal-antarabangsa-bermula.html

9/15

12/12/2014

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula | Usahawan.com

Rahsia Bisnes Cara Rasullullah SAW

Rahsia Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Peluang Bisnes

MASSAGE CHAIR VENDING MACHINE
Sila Login untuk Lihat Harga

Customer Login
Username

Password

Log In Lost password? Register View your shopping cart

http://www.usahawan.com/sejarah/kisah-bagaimana-25-jenama-terkenal-antarabangsa-bermula.html

10/15

12/12/2014

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula | Usahawan.com

BELAJAR BISNES @ USAHAWAN.COM

Sertai kami dan terima 1001 teknik dan tips marketing melalui email secara PERCUMA!

Email Anda

YA! SAYA MAHU!

Saya Perlu Tahu BELAJAR BISNES
PERNIAGAAN KEUSAHAWANAN LIFESTYLE PELABURAN TOKOH PERNIAGAAN STRATEGI BISNES INTERNET

CARA MEMBELI SECARA ONLINE SOALAN LAZIM KAEDAH MENJADI RAKAN NIAGA BENGKEL & SEMINAR Cari Artikel HOT
Search for... Search

http://www.usahawan.com/sejarah/kisah-bagaimana-25-jenama-terkenal-antarabangsa-bermula.html

11/15

12/12/2014

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula | Usahawan.com

Mesti Baca
Idea Perniagaan Kentang Puting Beliung Idea Bernas Perniagaan Krispy Fried Chicken Takoyaki, Peluang Perniagaan Makanan Yang Empuk dan Lazat Bagaimana Untuk Meningkatkan Keuntungan Perniagaan Waffle? Idea Bisnes Dengan Modal Bawah RM1000 4 Cara Pantas Memajukan Perniagaan PopCorn Peluang Perniagaan Button Badge – Modal Ringan Hasil Lumayan Idea Bisnes Kerepek & Makanan Ringan

Artikel Terkini
UNTUNG LUMAYAN DENGAN BISNES TUDUNG posted by admin

INFO PELABURAN UNIT TRUST YANG HARUS ANDA TAHU posted by admin

CARA UNTUK MENJUAL PRODUK KECANTIKAN SECARA ONLINE posted by admin

RAHSIA KOPI YANG PERLU ANDA TAHU posted by admin

PETIKAN KATA-KATA NELSON MANDELA YANG MEMBERI INSPIRASI posted by admin

BELAJAR BISNES DARI SEORANG KANAK-KANAK posted by admin

TIPS MENGHADAPI PELANGGAN YANG SUKA TAWAR-MENAWAR posted by admin

APA ITU A/B TESTING DAN FAEDAHNYA BAGI BISNES ANDA posted by admin

http://www.usahawan.com/sejarah/kisah-bagaimana-25-jenama-terkenal-antarabangsa-bermula.html

12/15

12/12/2014

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula | Usahawan.com

7 JENAMA YANG MENGUBAH DUNIA posted by admin

TIPS MEMILIH NAMA BISNES posted by admin

Find Us in Facebook
Find us on Facebook

Usahawan.Com
Like 11,241 people like Usahawan.Com.

Facebook social plugin

Direktori Produk BUSINESS OPPORTUNITIES FOOD MACHINERY, ACCESSORIES & EQUIPMENT PRE-MIX FLOUR , SEASONING POWDER, JAM & TOPPING BUTTON BADGE SUPPLIES & EQUIPMENT HEAT PRESS SERIES HEAT TRANSFER SUPPLIES EQUIPMENT VINYL CUTTERS, VINYL FLOCK ROLLS & STICKER INK, PAPER & PRINTER PVC ID CARD & BUSINESS CARD JERSEY STICKER http://www.usahawan.com/sejarah/kisah-bagaimana-25-jenama-terkenal-antarabangsa-bermula.html 13/15

12/12/2014

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula | Usahawan.com

AS SEEN AS ON TV SALES

Khidmat Pelanggan HUBUNGI MENGENAI KAMI PENGIKTIRAFAN HALAL RAKAN NIAGA TUTORIAL ONLINE SHOPPING SOALAN LAZIM

Belajar Bisnes PERNIAGAAN LIFESTYLE PELABURAN TOKOH USAHAWAN KEUSAHAWANAN INTERNET IDEA BISNES BENGKEL & SEMINAR STRATEGI BISNES

BELAJAR BISNES @ USAHAWAN.COM
Sertai kami dan terima 1001 teknik dan tips bisnes melalui email secara PERCUMA!
E-mail Anda

YA, SAYA MAHU! http://www.usahawan.com/sejarah/kisah-bagaimana-25-jenama-terkenal-antarabangsa-bermula.html 14/15

12/12/2014

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula | Usahawan.com

Copyright 2014- Usahawan.com

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US Designed by Usahawan.com

http://www.usahawan.com/sejarah/kisah-bagaimana-25-jenama-terkenal-antarabangsa-bermula.html

15/15

Similar Documents

Free Essay

Available

...Mencipta sesuatu proses yang baru dan mempunyai nilai kepada usahawan dan pasaran dimana proses tersebut dibangunkan. Individu yang sanggup menerima pelbangai risiko di dalam bidang perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan, psikologi dan sosial. Menerima banyak ganjaran iaitu kebebasan, kepuasan peribadi dan keuntungan. Berpuas hati dengan keadaan yang sedia ada. A) I dan II B) I,II dan III C) I,II dan IV D) II dan III 2)Apakah ciri usahawan yang berjaya? Mengejar keuntungan yang banyak. Sentiasa mencari dan merebut peluang perniagaan. Berorientasikan masa hadapan. Mementingkan masa untuk diri sendiri A) i dan ii B) i dan iv C) ii dan iii D) ii dan iv Jawapan:C 3) Berikut merupakan kepentingan keusahawanan kecuali A) Mencari kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan mengurangkan pembaziran. B) Mencipta kekayaan yang tinggi kepada pelabur yang melabur perniagaan. C) Pemangkinn kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. D) Mendorong para pelabur untuk melabur dan menyebabkan ekonomi berkembang. Jawapan:B 4) Manakah antara berikut bukan perbezaan antara peniaga dan usahawan. Peniaga melibatkan diri dalam urusan jual beli manakala usahawan melibatkan diri dengan barangan keluaran sendiri. Peniaga menganggap pesaing adalah satu cabaran besar tetapi cabaran biasa bagi usahawan. Peniaga hanya berfikir untuk menyelesaikan masalah harian berbanding dengan usahawan yang sentiasa berfikir untuk meningkatkan kemajuan. Peniaga...

Words: 349 - Pages: 2

Free Essay

Keusahawanan- Tan Sri Lim Goh Tong

...Tan Sri Lim Goh Tong Tan Sri Lim Goh Tong merupakan usahawan Malaysia yang berjaya dalam bidang pelancongan dan pehotelan. Beliau merupakan pengasas Genting Highland. Penubuhan Genting Highland telah menaikkan nama Tan Sri Lim Goh Tong ke seluruh negara dan menjadikannya sebagai orang terkaya di Asia Tenggara pada tahun 2007 dengan asetnya yang bernilai RM 421.8 billion. Beliau dilahirkan di Fujian, China pada tahun 1918. Pada tahun 1937, beliau telah berhijrah ke Tanah Melayu mengikuti jejak langkah sepupunya, Lim Kheng Chong. Beliau telah bekerja dengan bapa saudaranya sebagai tukang kayu selama 2 tahun dan berkembang sehinggalah berjaya menubuhkan syarikat pembinaan “Kien Huat”. Dengan bantuan dan bimbingan daripada bapa saudaranya, beliau bermula melaksanakan beberapa projek dan telah diiktirafkan sebagai salah satu syarikat pembinaan terkemuka selepas penyelesaian beberapa projek utama. Antaranya ialah Empangan Ayer Itam yang terletak di Pulau Pinang dan Projek Pengairan Kemubu. Beliau telah mencetuskan idea untuk membina Genting Highland apabila beliau makan malam di Cameron Highland. Pada zaman itu, taraf hidup semakin meningkat di Malaysia, semakin ramai orang mampu membayar untuk bersantai di resort gunung. Beliau menganggap membina sebuah resort gunung akan mempunyai potensi perniagaan yang besar. Pada tahun 1964, beliau telah mendapat hak membangunkan Genting Highland di bawah pemerintahan Tunku Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri. Beliau telah menghadapi halangan...

Words: 830 - Pages: 4

Free Essay

Kisah Kejayaan Datuk Jimmy Choo

...Pengenalan Usahawan merupakan seseorang yang memulakan dan mengusahakan perniagaaan dengan idea kreatif dan inovatif bagi tujuan mendapat ganjaran dari segi kewangan dan kepuasan hati. Menurut Kamus Dewan, usahawan berasal daripada perkataan usaha yang bermaksud daya usaha, ikhtiar, kegiatan atau pekerjaan untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan. Menurut Richard Cantillon (1725), usahawan ialah seorang yang sanggup memikul tugas atau mencuba sesuatu. Menurut Adam Smith dalam Wealth of Nations, usahawan dianggap sebagai individu yang membentuk organisasi bagi tujuan komersial. Mereka berpandangan jauh dan berupaya mengenal pasti potensi permintaan terhadap produk dan servis. Sementara menurut Meredith, Nelson dan Neck (1982) menyatakan usahawan sebagai orang yang mampu melihat dan menilai peluang-peluang perniagaan, menggabungkan keperluan sumber-sumber untuk mengambil peluang serta mengambil tindakan yang bersesuaian bagi memastikan kejayaan. Keusahawan pula adalah satu proses mencipta sesuatu yang baru dan berbeza bagi tujuan mencipta kekayaan untuk individu dan menambah nilai kepada masyarakat. Menurut Cole (1959), keusahawanan dilihat sebagai satu proses mengenal pasti peluang-peluang dalam pasaran, menyusun sumber-sumber untuk mencapai objektif, dan tindakan seterusnya mengeksploitasi keperluan sumber-sumber bagi kepentingan peribadi dalam tempoh jangka masa panjang. Di sini saya akan mengkaji dengan lebih terperinci mengenai seorang tokoh usahawan yang berjaya...

Words: 4361 - Pages: 18

Free Essay

Design Thinking and Innovation at Apple

...Isi Kandungan 1) Pengenalan 2) Latar Belakang Usahawan 2.1) Tolenrasi Terhadap Kegagalan 2.2) Menuju Ke Arah Kejayaan 2.3) Imaginasi 2.4) Berorientasikan Peluang 2.5) Komitmen 2.6) Keyakinan 2.7) Bertanggungjawab 2.8) Keupayaan Untuk Mempengaruhi Orang lain 2.9) Passion 2.10)Ketabahan 2.11)Pencari Maklumat 3) Pandangan Usahawan Terhadap Peluang Yang Disediakan Oleh Kerajaan Pada Hari Ini 4) Cadangan Usahawan Untuk Meningkatkan Penglibatan Belia Dalam Keusahawanan 5) Kesimpulan 6) Lampiran 7) Rujukan 1)Pengenalan Keusahawanan adalah kerjaya sangat cabaran pada abad ke-21. Dalam usaha untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, seseorang perlu mempunyai sikap yang betul, personaliti dan ciri-ciri. Terdapat mitos-mitos yang sentiasa merebak di kalangan orang-orang yang mengatakan bahawa usahawan yang dilahirkan, manakala tidak dibuat. Akan tetapi dalam realiti, usahawan boleh dibuat dan dibentuk selagi ciri-ciri yang betul diterapkan dalam orang itu, Oleh itu, dengan melakukan penyelidikan mengenai tugasan, kami tidak sabar-sabar untuk mencari dan mengetahui lebih teperinci mengenai apa ciri-ciri seseorang itu perlu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Pada zaman moden ini,ahli usahawan semakin meningkat. Ini adalah kerana sebahagian daripada mereka yang berminat dalam bidang keusahawanan dan sebahagian dari mereka adalah digalakkan oleh faktor alam sekitar seperti mereka yang perlukan...

Words: 3906 - Pages: 16

Free Essay

Pengurusan Kerjaya

...globalisasi. Peranan usahawan turut menjadi lebih mencabar, kompleks dan pelbagai dalam menyumbang ke arah pembinaan sebuah negara yang maju, dinamik dan progresif. Peningkatan sumbangan usahawan dalam merealisasikan kehendak kemodenan semakin ditagih untuk menjana kerancakan guna tenaga dalam pelbagai bidang dan sektor termasuklah sektor perdagangan dan perindustrian. Dengan terlaksananya Dasar Ekonomi Baru, pembangunan usahawan terutama di kalangan golongan muda adalah penting untuk menggalakkan penglibatan mereka dalam sektor perdagangan dan perindustrian. Menurut Nur Adilah Hanim (Widad dan Faridah Mariani, 1998), perubahan struktur ekonomi Malaysia telah berkembang pesat dari sebuah negara yang berorientasikan pertanian ke sektor perindustrian, dan kini menuju ke era teknologi maklumat. Kepesatan ekonomi negara telah mewujudkan peluang-peluang kerjaya yang banyak. Namun begitu persaingan yang hebat dalam dunia perniagaan dan pekerjaan telah menyebabkan golongan remaja yang hendak bekeija mempunyai pelbagai pilihan untuk memilih keijaya yang bersesuaian dengan mereka. Zulkifli Senteri pula menyatakan kerajaan telah berjaya mempertingkatkan jumlah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) kepada lebih kurang 18 peratus dalam tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB). Namun begitu. peratus ini tidak seperti diharapkan kerana salah satu sebab DEB tidak mencapai matlamat pembangunan MPPB iaitu sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah usahawan ialah kurangnya pendedahan...

Words: 2367 - Pages: 10

Free Essay

Case Study

...SEMASA TEMUDUGA? [A] LATAR BELAKANG DIRI FRANCAISI DAN KELUARGA • Latar belakang francaisi • Tahap dan bidang pendidikan • Pengalaman bekerja/berniaga • Ahli keluarga berniaga? [B] PERINGKAT AWAL SEBELUM MENYERTAI FRANCAIS • Pada mulanya, adakah usahawan faham atau sedar tentang perniagaan francais? • Adakah francaisi faham tentang industri yang diceburi? (Minta francaisi huraikan sedikit sebanyak tentang perniagaan yang diceburi dan industri secara umum) • Faktor-faktor yang mendorong menjadi francaisi/francaisor • Siapa yang mendorong menyertai francais – diri sendiri, rakan, keluarga? • Pernah berjumpa francaisi-francaisi sedia ada untuk mendapatkan maklumat? • Pernah menyertai kursus/seminar francais? Agensi yang terlibat, di mana kursus/seminar diadakan? • Ada menyertai mana-mana program francais di bawah PNS? • Faktor modal/pembiyaan? • Pernah bekerja dengan francaisor? • Mengapa memilih perniagaan tersebut? • Pernahkah francaisor berjumpa untuk menerangkan sistem perniagaan dengan lebih lanjut? • Apa brosur/dokumen-dokumen atau maklumat-maklumat yang diberikan kepada usahawan semasa francaisor mempromosi francais mereka. • Adakah francaisor menerangkan tentang anggaran jualan dan keuntungan? [C] SETELAH MENYERTAI FRANCAIS • Bagaimana dengan pemahaman francaisi tentang dokumen penzahiran dan perjanjian francais? • Siapa yang membantu...

Words: 500 - Pages: 2

Free Essay

Strategic Keusahawanan

...Mengetahui kitar hayat industri dan aplikasi strategi yang sesuai. 5. Mengenal pasti postur dalam penentuan strategi. __________________________________________________ 1. PENGENALAN Kebanyakan usahawan merangka berbagai perancangan untuk perniagaan mereka namun selalunya kecenderungan mereka ialah kepada perancangan yang tidak formal atau yang kurang bersistematik. Keperluan untuk merancang adalah berbeza dan ianya bergantung kepada saiz, sifat dan struktur perniagaan. Perniagaan kecil yang beroperasi dengan dua orang pekerja mungkin boleh berjaya dengan perancangan yang tidak formal berikutan tahap kekompleksan yang rendah dalam urus niaganya. Bagi perniagaan yang berkembang pesat dengan menyaksikan peningkatan bilangan pekerja dan peningkatan saiz pasaran secara berterusan, maka ianya perlu mempunyai perancangan yang formal berikutan kewujudan kekompleksan dalam urus niaga dan operasinya. Usahawan perlu beralih daripada perancangan yang tidak formal kepada yang formal atas sebab-sebab berikut: 1. Tahap ketidaktentuan Dalam perniagaan elemen ketidaktentuan sentiasa wujud lebih lagi bagi perniagaan yang baru yang mana tahap ketidaktentuannya adalah tinggi. Dengan ketidaktentuan ini bermakna usahawan perlu menghadapi pelbagai cabaran dalam perniagaannya dan melalui perancangan yang formal akan...

Words: 4809 - Pages: 20

Free Essay

Entrepreneur

...1. NAMA USAHAWAN Encik Rusdi bin Roslan dilahirkan pada 1 Februari 1979 di Negeri Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah di Negeri Perak juga. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya di Universiti Sains Malaysia dalam bidang pengurusan yang melayakkannya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran). Setelah menamatkan pengajian, beliau bekerja di syarikat kejuruteraan selama 6 tahun sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan menubuhkan syarikat VIDA SUCCESS ENTERPRISE. Menjalankan perniagaan yang berteraskan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal dan pengkhususan dalam bidang hawa dingin, motor dan pam serta sistem pencegahan kebakaran disamping beberapa cabang lain seperti membekal alat kelengkapan pejabat, membekal cenderamata dan banyak lagi. 2. SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PERNIAGAAN Setelah tamat pengajian, beliau bekerja sebagai marketing executive dalam bidang kejuruteraan. Bermula dari detik itu, timbul keinginan beliau untuk menubuhkan syarikatnya sendiri kerana melihat begitu banyak prospek yang bagus dalam bidang ini khususnya bumiputera. Selain beliau sudah berkecimpung dalam bidang ini, pemilihan perniagaan ini juga adalah kerana beliau sudah mempunyai hubungan baik dengan mereka-mereka yang berpengaruh dan berpengalaman dalam bidang kejuruteraan. Menjadikan hubungan itu sebagai batu loncatan untuk beliau memulakan perniagaan dalam bidang ini adalah permulaan yang baik bagi perniagaan beliau. 3...

Words: 1240 - Pages: 5

Free Essay

Entrepreneur

...BPME2013 GROUP A ENTRPRENEUR BEHAVIOUR AND SKILL NAME : LEONG SZE YEN MATRIC NO : 220864 LECTURER : DR.MADYA HABSHAH BINTI BAKAR SUBMISSION DATE : 10/11/2013 Rinkgasan Dekat ringkasan ini, saye telah memasukkan artikel yang berbeza dengan dulu. Antaranya yang berkaitan dengan qualiti keusahawanan, sosial keusahawanan dan apa yang tidak akan dibuat oleh seseorang keushawanan yang berjaya. Selepas membaca artikel tersebut, saya berasa keusahawanan sosial adalah sangat menarik, dan dengan cara ini orang muda boleh membangunkan kemahiran mereka dan mendapat pengetahuan baru yang benar-benar berguna untuk mereka dan juga untuk organisasi. Ini adalah alat yang sangat baik untuk menyelesaikan masalah-masalah sosial penduduk terdedah melalui pendapatan aktiviti-aktiviti yang menjana. Dengan peserta dari pertubuhan-pertubuhan belia yang perusahaan sosial, pertubuhan bukan komersial, dan organisasi komersial yang terlibat dalam perniagaan yang berkaitan dengan isu-isu sosial, mereka telah mengutip pengalaman mencerminkan pendekatan nasional yang berbeza untuk keusahawanan sosial dan mewujudkan satu konsep umum bagaimana mereka boleh menggunakan keusahawanan sosial sebagai kaedah bekerja dengan orang muda. Satu artikel yang berkaitan sifat-sifat seseorang keusahawan telah saya bacai dari satu keusahawanan yang lama menceburi dan berpengalaman. Antara lima sifat yang beliau berkongsi adalah semangat yang tidak berbelah bahagi, buka –fikiran, keinginan untuk menjadi...

Words: 485 - Pages: 2

Free Essay

Journal

...Al-Khairiyah is able to feel our care and love that people like us do give them our attention. Another reason why we chose this orphanage is because these children have no one, they are the most vulnerable and most importantly they are the future. For what we have done during the past few weeks for this CSR Project, we are glad that we were able to raise enough funds from the chocolate selling to donate to the orphanage, we want to give them what they deserve, even though the profits we raised were not much but at least we are able to provide them food and necessities, a way to bring hope to the orphans. Execution of the CSR project In our CSR Project we have conducted an online chocolate selling that collaborated with the Koperasi Usahawan Ikhtiar Dermawan (KL) Berhad which consist of SME entrepreneurs, Silarasa Food a manufacturer and supplier of high quality HALAL chocolates, established in 2004 to execute this goodwill project. This SME Corporation that links us to the Malaysian Cocoa Board (MCB), a federal statutory research and development agency under the Ministry of Plantation Industries and Commodities established in 1988 as part of executing our CSR Project. Our main purpose for this project is to raise fund from the profits we gained during the chocolate selling activity that lasted for 2 weeks and we decided to donate the fund to the orphanage as an action of...

Words: 515 - Pages: 3

Premium Essay

Kfc Marketing

...million in 2011. In addition to the Group’s own products, KFC Marketing distributes third-party international brands such as Simplot, Divella, Mission, Kewpie and Leggo’s. Datuk Redzuawan bin Ismail, better known as Chef Wan, now acts as brand ambassador for KFC Marketing, further strengthening the company’s position. Ayamazz Roti Impit Ayamazz Sdn Bhd was established in 2009 as a wholly owned subsidiary of KFCH. It began by selling quick, affordable chicken dishes from push-carts in Malaysia’s college, university and polytechnic campuses. Each push-cart is independently operated, and the Ministry of Higher Education has recognized the Ayamazz Roti Impit business model as a successful means of nurturing young entrepreneurs. Usahawan Bistari Ayamas Usahawan Bistari Ayamas Sdn Bhd (UBASB) is a wholly-owned subsidiary of KFC Marketing, and is a key element in the Group’s CSR commitment to assist that in need. UBASB was established in 2009 to bring the Ayamas brand to the lower-income market sector. UBASB’s business model engages housewives, single mothers and other lower income individuals who are interested in business to become Sudut Ayamas operators. Parallel objectives are to provide an opportunity for the operators to generate extra income and to inculcate entrepreneurship among their children and family members. The Sudut Ayamas operators are the front-line stocking...

Words: 321 - Pages: 2

Free Essay

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

...KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT http://www.kpwkm.gov.my/ Menteri : Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Timbalan Menteri : Senator Heng Saei Kie Objektif ✓ Memastikan tidak wujudnya sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita Islam melalui peranan advokasinya dalam mempengaruhi penggubalan dasar, perundangan dan peraturan-peraturan di negara ini. ✓ Menghalusi implikasi dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan tersebut terhadap hak-hak pembangunan dan kebajikan wanita Islam. ✓ Meningkatkan pemerkasaan wanita Islam melalui inisiatif dan program-program mengenai perkara yang berkaitan dengan hak-hak akses dan peluang pembangunan diri serta keluarga di semua peringkat dan dalam pelbagai bidang Fungsi ✓ Mengenalpasti dan memperhalusi isu-isu yang dihadapi oleh wanita Islam, dan mempengaruhi dasar dan undang-undang tersebut tidak mempunyai unsur-unsur diskriminasi. ✓ Mengadakan jaringan, hubungan kerja dan usahasama dengan kerajaan luar, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan lain-lain agensi di dalam negeri bagi menjalankan advokasi melalui pertukaran pandangan dan pengalaman bertujuan untuk menerapkan prinsip dan identiti Islam sebagai agama yang adil dan tidak mendiskriminasikan wanita. ✓ Menjalankan penyelidikan, kajian dan soalselidik mengenai isu-isu, masalah, peluang serta cabaran yang dihadapi oleh wanita Islam dalam pelbagai bidang bagi membantu Kerajaan merancang dan menggubal dasar, undang-undang serta...

Words: 1740 - Pages: 7

Free Essay

From Zero to Hero

...Haji Samuri Jutawan Sate 130 Ribu cucuk sehari masih belum bersedia ke luar Negara ... Berkunjung ke Bandar Kajang tidak lengkap jika tidak singgah ke gerai sate. Sate Kajang sudah sinonim bunyinya. Tetapi sate mana satu yang paling sedap? Menurut sejarah, Sate Kajang diasaskan oleh Haji Tasnim Sakiban sehingga mempopularkan peniaga-peniaga sate di kajang sejak tahun 60-an. Kini jenama Sate Haji Samuri popular di seluruh Malaysia. Diusahakan sendiri dengan dibantu anak dan menantunya serta ahli keluara lain. Pemiliknya berbangga kerana Sate Haji Samuri dikenali ramai. Memperkenalkan Sate Kajang Haii Samur bukanlah perkara yang mudah atau menumpang populariti sate Kajang semata-mata. Haji Samuri Jutawan Sate Haji Samuri Jutawan Sate Kenapa dinamakan Sate Kajang Haji Samuri? Bagi Tuan Haji Samuri Haji Juraimi, pemilik perniagaan Sate Haji Samuri, itu adalah lebih mudah untuk orang kenal kerana umpama menggunakan serta kenalkan jenama sendiri. Menurut Samuri, berniaga sate sebenarnya tidak memerlukan modal yang besar. Tetapi kerana ingin memiliki gerai sendiri, modal permulaan antara RM18,000 hingga RM30,000 dilaburkan. Samuri memulakan perniagaan di gerai No. 5 di Medan Sate Kajang yang diambil alih dari seorang tauke Cina yang menjual air tebu. Bermula dari gerai No.5 itulah Sate Haji Samuri berkembang sehingga berjaya membuka 18 cawangan, yang terbaru di Port Dickson dan akan datang di Kompleks PKNS di Shah Alam. Kilang Di Kajang sahaja terdapat...

Words: 870 - Pages: 4

Free Essay

Sementara

...JURNAL MANAJEMEN DAN AKUNTANSI BALANCED SCORECARD DAN MANAJEMEN STRATEGIK Umi Pratiwi Fakultas Ekonomi Universitas Soedirman Jalan HR. Bunyamin Grendeng Purwokerto Jawa Tengah Abstract: This article is about the application of the balanced scorecard in strategic management, from strategy formulation, planning, implementation, to performance evaluation. The application is useful in translating corporation strategy into operational activities which are absolutely needed in obtaining both short and long term objectives efficiently. In the absence of the translation, limited resources would likely be thoughtlessly. The scorecard, thus, serves as a controlling means for the corporation to utilize its resources in a sensible way. Kata kunci: balance scorecard, strategik manajemen PENDAHULUAN Tujuan perusahaan adalah mencari keuntungan atau laba yang tinggi, akan tetapi bukan itu tujuan utama satu-satunya. Ada yang lebih penting lagi yaitu kelangsungan hidup dari perusahaan tersebut. Jika perusahaan tidak dapat berkembang secara berkelanjutan, maka perusahaan tersebut akan kalah dalam persaingan. Untuk efisien dan efektifnya suatu perusahaan, sangat diperlukan adanya suatu struktur sistem pengendalian manajemen. Dalam pembangunan struktur sistem pengendalian manajemen tersebut, terdapat tiga komponen yang perlu didesain yaitu: (1) Struktur organisasi, yang dibangun sesuai dengan karakteristik lingkungan bisnis yang akan dimasuki oleh perusahaan; (2) Jejaring...

Words: 3469 - Pages: 14

Free Essay

Green Building

...What is Green Gallery? The Green Discovery and Products Gallery (Green Gallery) is a permanent display area with a beautiful modernizes designed to be a world class gallery in the promotion of green technology products and services. Located in the Green Energy Office (GEO) Building, GreenTech Malaysia, the Green Gallery exhibition space of 30.48m x 6.7m is able to accommodate more than 100 products of 50 companies from green technology sectors. Products & Services Exhibited * Accommodation * Agriculture * Building & maintenance * Business & Professional Services * Education & Training * Energy * Environmental Services * Fashion &Textiles * Finance * Food & Beverages * Garden & Landscape * Health & beauty * Home - Appliances * Industrial * IT – Software, Hardware * Marketing, Arts & Events * Office, Print & Paper * Organic * Others * Public Organization * Recycle & Waste * Transport * Travel * Warehousing, Packaging & Distribution * Water * General – Services/Products * Exhibition Package * Display Glass Cabinet : 5ft 7 inch (H), 11ft 10 inch (w) * Display Glass Row : 5ft 7 inch (H), 2ft 4 inch (w) * A4 Acrylic Frame : 1ft 4 inch (H), 1ft 9 inch...

Words: 302 - Pages: 2