Free Essay

Keupayaan Untuk Berkontrak

In:

Submitted By Evilfreakybabie
Words 2716
Pages 11
PENGENALAN


Sesiapa yang hendak membuat kontrak mestilah mempunyai keupayaan dari segi undang-undang untuk berkontrak. Cadangan, penerimaan sahaja tidak memadai. dan balasan





Persoalan: Siapa yang sebenarnya mempunyai keupayaan untuk berkontrak?



S.10(1) menerangkan kepentingan keupayaan untuk berkontrak. Menurut S.10(1): “Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah dan dengan tujuan yang sah dan tidak ditetapkan dengan nyata di bawah peruntukan Akta ini bahawa ianya batal.”



Sementara itu S.11 menyatakan siapa yang layak atau berupaya untuk membuat kontrak. Menurut S.11: “Setiap orang adalah layak membuat kontrak sekiranya ia dewasa menurut undang-undang yang tertakluk, dan sekiranya ia berakal sempurna, dan tidak hilang kelayakan untuk membuat kontrak menurut manamana undang-undang yang mana ia tertakluk.”



Melalui S.11 kesimpulan yang dapat dibuat terdapat tiga elemen yang perlu untuk menjadikan seseorang itu layak untuk berkontrak. Elemen tersebut adalah:

Dewasa, 2. Berakal sempurna, dan 3. Tidak hilang kelayakan.
1.

DEWASA


Untuk mengetahui bila seseorang itu mencapai umur dewasa kita perlu merujuk kepada Akta Umur Dewasa 1971 kerana Akta Kontrak tidak mempunyai peruntukan mengenai perkara tersebut. Menurut Akta Umur Dewasa 1971, seseorang dikatakan dewasa apabila mencapai umur 18 tahun. Oleh yang demikian seseorang yang mencapai umur 18 tahun mempunyai keupayaan untuk membuat kontrak.





Seseorang yang belum mencapai umur dewasa, kita menyebut mereka sebagai kanak-kanak ataupun remaja untuk tujuan keupayaan berkontrak. Umur dewasa boleh berbeza untuk tujuan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh undangundang lain. Misalnya untuk tujuan mengundi dalam pilihan raya negeri, umur dewasa adalah 21 tahun sementara untuk kontrak perantisan dan penyertaan keanggotaan kesatuan sekerja adalah 16 tahun.



KONTRAK OLEH KANAKKANAK

KONTRAK OLEH KANAK-KANAK


Berdasarkan S.11 kita boleh merumuskan bahawa kontrak yang dibuat oleh kanak-kanak adalah batal kerana seorang kanak-kanak tidak mempunyai keupayaan untuk membuat kontrak. Kaedah ini terpakai dalam kes Tan Hee Juan lwn The Boon Keat (1934) MLJ 96. Dalam kes ini seorang kanak-kanak telah memindah milik tanahnya kepada pihak lain. Setelah pindah milik tanah tersebut disempurnakan, kanak-kanak ini memohon melalui wakilnya agar pindah milik itu dibatalkan.





Mahkamah memutuskan bahawa pindah milik adalah batal, dan tanah tersebut mestilah dikembalikan kepada kanak-kanak. Hakim Hereford menyatakan bahawa: “Majlis Privy memutuskan bahawa kesan seksyen 10 dan 11 Akta Kontrak India (melalui kes Mohori Bibee lwn Dhurmodas Ghose (1903) I.L.R 30 Cal. 539) ialah kanak-kanak tidak boleh membuat kontrak mengikut maksud Akta Kontrak, dan kontrak yang dibuat oleh kanak-kanak bukan sahaja boleh batal tetapi batal… Keputusan Majlis Privy adalah mengikat mahkamah ini dan dengan demikian adalah tidak diragui bahawa pindah milik tersebut adalah batal.”





Walaupun kaedah am mengatakan bahawa kanak-kanak tidak boleh membuat kontrak, namun begitu terdapat beberapa keadaan di mana kanak-kanak dibenarkan untuk membuat kontrak iaitu kontrak perkahwinan, kontrak keperluan hidup, kontrak biasiswa, dan kontrak insurans.

1. Kontrak Perkahwinan


Kontrak perkahwinan adalah merupakan salah satu pengecualian kepada kaedah umum bahawa kanak-kanak tidak boleh membuat kontrak. Ini bermakna bahawa kanak-kanak di bawah umur dewasa boleh membuat kontrak untuk berkahwin, dan kontrak itu adalah sah serta dapat dikuatkuasakan di mahkamah.

KES Rajeswary Anor lwn Balakrishnan Ors (1958) 3 MC 178


Di dalam, pihak plaintif dan pihak defenden adalah dari kaum Hindu Ceylon. Pihak plaintif telah ditunangkan dengan pihak defenden, dan perjanjian untuk berkahwin telah dibuat. Tidak lama kemudian pihak defenden telah memungkiri janji untuk berkahwin. Pihak plaintif menuntut ganti rugi dan semua hadiah dikembalikan. Pihak defenden enggan atas alasan bahawa kontrak perkahwinan adalah tidak sah kerana semasa kontrak tersebut dibuat beliau tidak berkeupayaan untuk membuat kontrak.





Hakim Good memutuskan bahawa kontrak perkahwinan adalah sah dan dapat dikuatkuasakan walaupun pihakpihak yang terlibat adalah kanak-kanak. Ini adalah kerana kontrak perkahwinan adalah termasuk dalam pengecualian kepada kaedah am bahawa kanakkanak tidak boleh membuat kontrak.

2. Kontrak Keperluan Hidup


Kontrak keperluan hidup yang dibuat oleh kanakkanak boleh dikuatkuasakan. Ini adalah kerana peruntukan S.69 Akta Kontrak membenarkan kontrak sedemikian dikuatkuasakan. S.69 Akta Kontrak berbunyi: “Jika seorang yang tidak berdaya membuat kontrak, atau sesiapa yang dianya terikat di sisi undang-undang untuk menanggung, dibekalkan oleh seorang lain dengan keperluan yang sesuai dengan keadaan hidupnya, maka orang yang membekalkan sedemikian berhak diganti bayar dari harta orang yang tidak berdaya itu.”

Syarat-syarat pemakaian S.69 adalah seperti berikut:
1. 2. 3. 4. 5.

Kontrak mestilah dibuat oleh pihak kanak-kanak Kanak-kanak atau tanggungan kepada kanak-kanak dibekalkan dengan keperluan hidup. Keperluan tersebut mestilah yang sesuai dengan keadaan hidup kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak akan bertanggungan hanya sekiranya mempunyai harta. Keperluan yang dibekalkan kepada kanak-kanak atau tanggungan kanak-kanak hanya boleh dikenakan harga yang munasabah.

Contoh 1: • Ali membekalkan kepada Bakar, seorang kanak-kanak,keperluan yang sesuai dengan keadaan hidupnya. Ali berhak diganti bayar daripada harta Bakar. Contoh 2: • Atan membekalkan kepada isteri dan anakanak Razak yang masih remaja, dengan keperluan yang sesuai dengan keadaan hidup mereka. Atan berhak diganti bayar daripada harta Razak.

Menurut

S.69 Akta Kontrak dan juga common law, keperluan yang dibekalkan kepada kanak-kanak mestilah yang sesuai dengan keperluan hidupnya.

sebenarnya yang menjadikan keperluan seorang kanak-kanak atau remaja?
Maksud

Apakah

istilah “keperluan” yang digunakan dalam S.69 Akta Kontrak tidak didefinisikan di dalam Akta Kontrak.

KES:Nash lwn Inman (1980) 2 KB 1


Pf seorang pelajar Cambrige telah dibekalkan pakaian mahal termasuk 11 helai waistcoat oleh Df. Df, seorang tukang jahit telah menuntut bayaran untuk pakaian tersebut. DIPUTUSKAN : Pf telah pun dibekalkan dengan keperluan secukupnya mengikut keadaan hidupnya. Oleh itu tuntutan Df tidak berjaya.





KES Kerajaan Malaysia lwn Gucharan Singh Ors (1971) 1 MLJ 211


Gucharan Singh telah diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. Mengikut peruntukan perjanjian biasiswa, Gucharan dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama lima tahun setelah tamat pengajiannya. Gucharan melanggar kontrak tersebut kerana beliau berkhidmat hanya untuk tiga tahun sepuluh bulan sahaja. Kerajaan Malaysia mengambil tindakan undang-undang terhadap Gucharan dan penjamin-penjaminnya untuk menuntut sebanyak RM11,500, iaitu jumlah yang telah dibelanjakan.





Ketika membuat keputusan, Hakim Chang Min Tat telah merujuk kepada kes Inggeris Chapple lwn Cooper (1884) 13 M & W 252 yang memutuskan bahawa antara keperluan kepada kanak-kanak adalah makanan dan pakaian. Pelajaran juga adalah satu keperluan kepada kanak-kanak untuk menjadikan mereka warganegara yang berguna. Akhirnya Gucharan Singh telah diperintahkan untuk membayar sejumlah wang yang telah dibelanjakan kerana pendidikan adalah satu keperluan hidup untuk kanak-kanak.



KES Doyle lwn White City Stadium, Ltd [1935] 1 KB 110


Seorang kanak-kanak yang merupakan peninju professional telah bersetuju untuk mematuhi peraturan Lembaga Kawalan Tinju British (LKTB) dalam urusan professionnya ketika menerima lessen dari LKTB. Sejumlah wang telah dipegang oleh LKTB seperti yang diperuntukkan dalam peraturan LKTB kerana kanak-kanak tersebut telah melanggar peraturan yang ditetapkan dalam satu pertandingan. DIPUTUSKAN :Kontrak di antara kanak-kanak itu dan pihak Lembaga adalah sah dan mengikat.





3. Kontrak Biasiswa


Undang-undang berkaitan dengan biasiswa adalah terkandung di dalam Akta Kontrak (pindaan) 1976. Perjanjian biasiswa telah didefinisikan dalam s 2 yang berbunyi: “perjanjian biasiswa” ertinya apa-apa kontrak atau perjanjian di antara sesuatu pihak berkuasa yang berkenaan dengan seseorang (siswa) mengenai apaapa biasiswa, hadiah, bantuan, demasiswa, pinjaman, anjuran, atau perlantikan ke sesuatu kursus pengajian, peruntukan cuti bergaji atau cuti tak bergaji atau apaapa jua kemudahan lain, sama ada diberi secara langsung oleh pihak berkuasa yang berkenaan itu atau oleh mana-mana kerajaan di luar Malaysia bagi maksud pelajaran atau pengajian dari apa-apa jenis.



Manakala s 4(a) akta yang sama mengatakan mengenai tentang sahnya suatu perjanjian biasiswa. Seksyen 4(a) berbunyi: “walaupun apa jua yang berlawan yang terkandung dalam Akta ibu, tiada perjanjian biasiswa boleh menjadi tak sah atas alas an bahawa siswa yang membuat perjanjian itu belum berumur dewasa.”



Maksud peruntukan di atas ialah satu perjanjian biasiswa itu sah dan mengikat di sisi undang-undang walaupun siswa iaitu penerimaan biasiswa itu adalah kanak-kanak.

Remedi Kemungkiran Perjanjian Biasiswa


Sekiranya berlaku, menurut seksyen 5(a) yang berbunyi: “Jika sekiranya sesuatu perjanjian biasiswa telah dimungkiri oleh seseorang siswa jika sesuatu jumlah wang ada disebutkan dalam perjanjian itu amaun yang kena dibayar dalam hal kemungkiran itu, walau apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ibu, maka siswa dan penjamin itu samada masing-masing bertanggungan membayar dan pihak berkuasa yang berkenaan adalah berhak dibayar kesemua jumlah wang yang disebutkan itu sama ada atau tidak kerosakan atau kerugian sebenarnya telah disebabkan oleh kemungkiran itu, dan tiada apa-apa potongan boleh dibuat dari jumlah yang disebutkan itu oleh kerana apa-apa bahagian tempoh perkhidmatan yang dilaksanakan oleh siswa itu apabila tamat kursus pengajian.”



Maksud S.5(a) adalah sekiranya berlaku kemungkiran perjanjian dan suatu amaun yang kena bayar ada disebutkan di dalam perjanjian, maka siswa dan penjamin adalah bertanggungan untuk membayar jumlah tersebut. Walaupun pemberi pinjaman tidak mengalami apa-apa kerugian dan tiada potongan boleh dibuat untuk mana-mana bahagian tempoh perkhidmatan yang dijalankan oleh penerima biasiswa tersebut.



4. Kontrak Insurans


Akta Insurans 1963 (disemak 1972) menyenaraikan keadaan-keadaan di mana kanak-kanak boleh membuat kontrak insurans untuk menginsuranskan diri dan harta dari apa-apa kontigensi. Seorang kanak-kanak adalah dibenarkan membuat kontrak sekiranya ia berusia 10 tahun ke atas. Walaupun begitu keizinan bertulis dari ibu bapa atau penjaga adalah diperlukan sekiranya kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah.



SALAHNYATAAN MENGENAI UMUR
Apakah kedudukan undang-undang sekiranya kanak-kanak menyalah nyatakan umurnya sehingga pihak lain untuk berkontrak dengannya?

KES Natesan lwn Thanaletchumi Anor [1952] MLJ 1


DIPUTUSKAN: bahawa kanak-kanak yang telah mempengaruhi atau memperdayakan orang lain untuk berkontrak dengannya dengan melakukan salah nyataan mengenai umurnya, tidak dihalang dari membatalkan kontrak tersebut atas alasan ia masih kanak-kanak semasa kontrak tersebut dibuat.

KES : Mohammad Syedol Ariffin lwn Yeoh Ooi Gark [1916] 2 AC 575


Seorang pemberi pinjaman telah membuat tuntutan ke atas seorang kanak-kanak yang diberi pinjaman. DIPUTUSKAN: Tindakan undangundang tidak boleh diambil terhadap kanak-kanak yang menipu mengenai umurnya.



KES INGGERIS: R Leslie Ltd lwn Sheil [1914] 3 KB 607


DIPUTUSKAN: Kanak-kanak tidak boleh dituntut untuk membayar balik pinjaman yang didapati melalui salah nyataan usianya.

PEMULIHAN SEMULA/RESTITUSI


Di dalam Akta Kontrak terdapat peruntukan yang membincangkan tentang tanggungan seseorang yang telah menerima faedah dari perjanjian batal atau kontrak yang menjadi batal. Menurut S.66 Akta Kontrak: “Bila suatu perjanjian itu didapati batal, atau bila suatu kontrak menjadi batal, sesiapa jua yang telah menerima sebarang faedah daripada perjanjian atau kontrak sedemikian, adalah terikat untuk memulangkannya atau memberi pampasan untuknya, kepada orang dari siapa ia menerima faedah itu.”



Maksud S.66 ialah mana-mana orang yang telah menerima faedah dari satu kontrak atau perjanjian yang diisytiharkan batal, hendaklah memulangkan sebarang faedah yang diterima atau memberi pampasan kepada pihak yang satu lagi.



Di dalam Akta Permulihan Speasifik 1950 juga terdapat peruntukan yang membincangkan mengenai pengembalian faedah yang diterima dari suatu kontrak atau instrument yang dibatalkan. Mengikut S.37 akta tersebut yang berbunyi: “Apabila memutuskan penamatan kontrak, mahkamah boleh meminta pihak kepada siapa relief membuat apa jua pampasan yang diperlukan demi keadilan.”





Sementara itu S.40 Akta memperuntukkan bahawa:

Permulihan

Speasifik



“Apabila memutuskan pembatalan sesuatu instrument, mahkamah boleh meminta pihak kepada siapa relief itu diberi membuat apa jua pampasan yang diperlukan demi keadilan.” Peruntukan S.37 dan S.40 Akta Permulihan Speasifik ini membawa maksud yang sama, iaitu mahkamah mempunyai budi bicara untuk memutuskan agar pampasan atau pengembalian faedah diberikan apabila mengisytiharkan suatu penamatan kontrak atau pembatalan suatu instrument demi keadilan.

 

kes Tan Hee Juan lwn The Boon Keat [1934] MLJ 96


Pihak Pf seorang kanak-kanak telah memindah milik tanah kepada pihak Df. Setelah pendaftaran pindah milik tersebut disempurnakan, pihak Pf memohon melalui wakilnya agar pindah milik tersebut dibatalkan. DIPUTUSKAN: Pindah milik tersebut adalah batal kerana pihak Pf tidak mempunyai keupayaan untuk membuat kontrak tetapi enggan memutuskan pengembalian faedah iaitu harga belian tanah dipulangkan kepada phak Df. Hakim dalam kes ini enggan menggunakan budi bicara yang diberikan dalam S.40 Akta Permulihan Speasifik.





KES: Leha Jusoh lwn Awang Johari Hashim [1978] 1 MLJ 202


Pihak responden, seorang kanak-kanak telah membeli tanah dari pihak perayu yang menjadi pentadbirannya. Mahkamah memutuskan bahawa perjanjian tersebut batal tapi satu amanah konstruktif terbentuk bagi pihak responden kerana harga belian tanah telah dibayar, dan pihak responden telah menduduki tanah tersebut.





Apabila kes ini dibuat rayuan, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa perjanjian di antara responden dan perayu adalah batal. Oleh itu pihak responden diarahkan untuk mengosongkan tanah tersebut sementara pihak perayu diperintahkan untuk memulangkan harga belian tanah kepada pihak responden. Dalam kes ini, hakim telah menggunakan s 66 Akta Kontrak.



BERAKAL SEMPURNA


S.12(1) memperuntukkan: “Seseorang adalah dikatakan berakal sempurna untuk membuat kontrak jika, pada masa itu ia membuat kontrak itu, ia bekeupayaan memahami kontrak yang diperbuatnya dan berkeupayaan membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya.”



Perkara yang penting yang mesti diambil kira untuk menentukan sama ada seseorang boleh membuat kontrak berdasarkan seksyen tersebut di atas adalah seperti berikut: Seseorang itu pada masa ia membuat kontrak, ia berkeupayaan memahami kontrak yang diperbuat, dan Mempunyai keupayaan membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya.







Akta Kontrak juga membenarkan seseorang yang biasanya tak berakal sempurna, tetapi sekali-kala berakal sempurna membuat kontrak ketika ia berakal sempurna. Ini adalah menurut peruntukan S.12(2) yang berbunyi: “Seseorang yang lazimnya tak berakal sempurna, tetapi sekali sekala berakal sempurna, boleh membuat kontrak bila ia berakal sempurna.”





Contoh S.12(2) :

menerangkan

peruntukan



Amin adalah pesakit di Hospital Tanjung Rambutan (hospital sakit jiwa), Amin boleh membuat kontrak pada waktuwaktu ia berakal sempurna sahaja.



Manakala s 12(3) memperuntukan: “Seseorang yang lazimnya berakal sempurna, tetapi sekali sekala tak berakal sempurna, tidak boleh membuat kontrak bila ia tak berakal sempurna.”



Seksyen tersebut di atas membawa maksud bahawa seseorang yang biasanya berakal sempurna adakalanya ia tidak boleh membuat kontrak, iaitu ketika ia tidak berakal sempurna sahaja.



Misalnya seorang yang siuman tetapi yang mabuk hingga tidak dapat memahami syarat-syarat suatu kontrak dan tidak berkeupayaan membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya, tidak boleh membuat kontrak selama tempoh kemabukannya.

Beban Pembuktian


Mengikut kaedah am, semua kontrak yang dibuat oleh orang yang tak sempurna akal boleh batal atas pilihan orang itu dengan syarat pihak yang satu lagi tidak mengetahui tentang ketidaksempurnaan akalnya.

KES: Imperial Loan lwn Stone [1894] All ER Rep 412


DIPUTUSKAN: bahawa kontrak yang dibuat oleh orang tidak sempurna akal itu tidak boleh batal atas opsyennya sekiranya pihak yang satu lagi mempercayai bahawa beliau membuat kontrak dengan orang yang sempurna akal.

kes Che Som bt Yip Ors lwn Maha Pte Ltd Ors [1989] 3 MLJ 469


Diputuskan: prinsip yang sama di mana pihak bank tidak mengetahui ia berurusan dengan pihak plaintif yang tidak sempurna akal semasa plaintif menandatangani perjanjian gadaian. Oleh itu kontrak di antara kedua-dua pihak adalah sah.

KES : Asia Commercial Finance (M) Bhd lwn Yap Bee Lee 6 Ors (1991) 1 CLJ 271


Diputuskan : Sekiranya defendan yang tidak sempurna akal itu, ingin membatalkan kontraknya dengan pihak plaintif, defendan hendaklah membuktikan bahawa ia tidak sempurna akal dan pihak plaintif menyedari mengenai ketidakwarasan defendan pada masa kontrak tersebut dibuat.



Daripada keputusan kes-kes yang dibincangkan di atas boleh dinyatakan bahawa pembuktian terletak pada pihak yang ingin membatalkan kontrak atas alasan tidak sempurna akal untuk membuktikan dua perkara berikut: Ia tidak sempurna akal semasa berkontrak Pihak lain yang berkontrak dengannya mengetahui bahawa ia tidak sempurna akal ketika kontrak dibuat.

1. 2.

TIDAK HILANG KELAYAKAN


Syarat yang terakhir supaya seseorang itu layak membuat kontrak adalah tidak hilang kelayakan untuk membuat kontrak menurut mana-mana undang-undang yang mana ia tertakluk. Perkara ini telah diperuntukkan di dalam S.11 di mana ia berbunyi: “Setiap orang adalah layak membuat kontrak sekiranya ia dewasa menurut undang-undang yang mana ia tertakluk, dan sekiranya ia berakal sempurna, dan tidak hilang kelayakan untuk membuat kontrak menurut mana-mana undang-undang yang mana ia tertakluk.”





Maksud peruntukan di atas adalah seseorang dikatakan hilang kelayakan untuk membuat kontrak apabila ditegah oleh mana-mana undang-undang secara khusus. Di dalam kes Gan Hong Hoe lwn Gan Kian Kee (1939) 2 MLJ 295 mahkamah memutuskan bahawa seseorang itu masih berkelayakan untuk membuat kontrak walaupun diisytiharkan sebagai bankrap.



RUMUSAN
 

Perjanjian = Sah – ada kelayakan Kelayakan berkontrak = Dewasa, berakal sempurna dan tidak hilang kelayakan mengikut undang – undang Kanak – kanak tidak boleh berkontrak Ada Pengecualian Kaedah Am : Perkahwinan, Biasiswa, Keperluan Hidup, Insurans dan lain – lain lagi.

 



Kelayakan utk berakal sempurna adakalanya tidak dibenarkan apabila dia tidak berakal sempurna Namun dia dibenarkan sahaja apabila berakal sempurna. Seseorang itu tidak hilang kelayakan untuk berkontrak mengikut undang – undang mana yang tertakluk.



Similar Documents

Free Essay

Business Law Assignment

...7.Apakah itu penerimaan di bawah seksyen di bawah seksyen 7 Akta Kontrak 1950. Di bawah Seksyen 7 Akta Kontrak , untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai janji,maka penerimaan itu mestilah mutlak dan tidak bersyarat.Selain itu ,penerimaan haruslah dinyatakan secara biasa dan munasabah melainkan jika cadangan itu menetapkan cara penerimaan.Penerimaan juga perlu dibuat dalam masa yang munasabah sekiranya tiada jangka masa tertentu yang ditetapkan. 8.Apakah maksud balasan di bawah seksyen 2(d) Akta Kontrak 1950. Menurut Seksyen 2(d) Akta Kontrak 1950 maksud balasan adalah perbuatan atau penahanan diri atau janji oleh penerima janji atau sesiapa sahaja mengikut kehendak pembuat janji .Balasan adalah perkara yang menjadi bahan kontrak iaitu suatu tukaran dalam sesuatu kontrak.Balasan perlu ada daripada dua-dua belah pihak yang berkontrak. 9.Terangkan 3 jenis balasan. Balasan terbahagi kepada tiga iaitu balasan eksekutori,balasan tersempurna dan balasan lampau. i) Balasan eksekutori ialah balasan bagi janji yang dibuat sebagai balasan kepada janji lain.Balasan ini melibatkan kontrak 2 pihak iaitu apabila satu pihak membuat tawaran diikuti dengan penerimaan oleh satu pihak yang lain dan diikuti dengan pelaksanaan balasan oleh kedua-dua pihak. ii) Balasan tersempurna pula merupakan janji yang dibuat untuk membalas sesuatu yang dilakukan.Balasan ini bersifat sehala kerana tawaran akan dibuka kepada umum diikuti dengan penunaian syarat sebagai penerimaan tawaran dan balasan...

Words: 556 - Pages: 3

Free Essay

Economic Report of Malaysia

...Keadaan Permintaan Dalam Negeri Harga dan Guna Tenaga Sektor Luar Negeri Rencana: Penyusunan Data Hutang Luar Negeri Malaysia: Mengambil Kira Entiti Kewangan Luar Pesisir di Labuan IOFC sebagai Pemastautin Aliran Dana Ekonomi Malaysia pada Tahun 2005 TINJAUAN KESELURUHAN Biarpun berhadapan dengan harga minyak yang berterusan tinggi dan kitaran elektronik global yang menurun, keluaran dalam negeri kasar (KDNK) benar meningkat 5.3%. Pertumbuhan dipacu oleh sektor swasta dan didorong pula oleh dasar makroekonomi yang menyokong, serta keadaan kewangan yang menggalakkan. Permintaan pengguna swasta kekal mapan dengan pertumbuhan yang kukuh, sementara pelaburan swasta berdaya tahan untuk terus menyokong pengembangan ekonomi. Sektor awam pula terus mengambil kesempatan persekitaran yang menggalakkan untuk mengukuhkan keadaan kewangannya supaya ke paras yang lebih mapan. Graf 1.1 KDNK Benar, Perdagangan Dunia dan Kadar Inflasi Perubahan tahunan (%) 15 10 5 0 -5 -10 KDNK Perdagangan Dunia IHP 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 KDNK benar mengembang 5.3% pada tahun 2005. Dasar makroekonomi yang sesuai serta keadaan kewangan yang menggalakkan terus meningkatkan daya tahan ekonomi dan menyokong pengembangan ekonomi yang seimbang. Anggaran menunjukkan bahawa ekonomi menghadapi pertumbuhan yang seimbang pada tahun 2005 memandangkan pertumbuhan keluaran potensi kekal pada 5.7%. Hasilnya jurang keluaran (perbezaan antara keluaran sebenar dengan keluaran...

Words: 39597 - Pages: 159