Free Essay

Khash

In:

Submitted By kaira90
Words 4105
Pages 17
TAJUK

:

Sistem Pengurusan Mata Pelajaran Dan Pemarkahan Berasaskan Web Bagi Kolej RIMA Johor Bahru

NAMA PENULIS NAMA IJAZAH FAKULTI

: : :

Elleney Merynda Wasli Ijazah Sarjana Muda Sains (Komputer) Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat 23 Mac 2005

TARIKH PENGHANTARAN :

v

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T tuhan pencipta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya dianugerahkan dengan kesempatan masa, kekuatan semangat dan ketenangan jiwa dalam melaksanakan Projek II ini.

Di sini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia saya Cik Marina Md Arshad atas segala nasihat, tunjuk ajar, bimbingan serta dorongannya yang tidak pernah putus sepanjang tempoh projek ini dijalankan.

Setulus penghargaan saya tujukan kepada semua pensyarah yang telah mendidik saya selama ini dan tidak ketinggalan juga kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian yang tetap setia bersama dalam keadaan susah mahupun senang. Semoga kita akan sama-sama berjaya dalam usaha kita mencapai puncak kejayaan yang diimpikan. Insya’ Allah..

Akhir kata, sekalung penghargaan buat keluarga saya yang telah banyak berkorban dan memberi sokongan penuh kepada saya dari dahulu hingga kini. Segala jasa dan pengorbanan kalian amat bermakna dan akan saya kenang sepanjang hayat.

vi

ABSTRAK

Perjalanan sistem akademik di Kolej RIMA Johor Bahru melibatkan aktiviti pengurusan mata pelajaran, penyampaian ilmu kepada pelajar di dalam kelas serta penilaian dan pemarkahan pencapaian pelajar di dalam sesuatu mata pelajaran. Beberapa kekurangan dikenalpasti pada sistem yang digunakan semasa ini seperti penggunaan sistem fail di dalam pengurusan mata pelajaran dan pendaftaran secara manual pelajar untuk mengambil sesuatu mata pelajaran yang ditawarkan oleh kolej ini. Kaedah pengiraan secara manual juga masih diamalkan di dalam proses pemarkahan pelajar di mana Jabatan Peperiksaan dan pensyarah perlu menghitung sendiri semasa menetapkan skema pemarkahan bagi sesuatu mata pelajaran dan seterusnya pensyarah perlu mengira satu persatu markah keseluruhan serta gred pelajar berdasarkan skema pemarkahan yang telah ditentukan. Penyelesaian bagi masalah ini adalah dengan membangunkan sebuah sistem berasaskan web untuk membantu pihak Jabatan Peperiksaan dan para pensyarah Kolej RIMA Johor Bahru dalam menguruskan mata pelajaran dan pemarkahan pelajar di institusi pengajian ini. Sistem ini menyediakan fungsi untuk menetapkan skema pemarkahan bagi mata pelajaran dan seterusnya menjana gred pelajar secara automatik berdasarkan skema pemarkahan yang telah ditetapkan. Sistem ini juga menyediakan kefungsian dalam menguruskan mata pelajaran yang diajar di kolej ini seperti tambah, kemaskini dan hapus maklumat mata pelajaran, pemilihan mata pelajaran yang akan ditawarkan pada sesuatu semester serta pendaftaran pelajar ke dalam sesuatu mata pelajaran. Projek akan dibangunkan menggunakan teknik Java Server Pages dengan Apache Tomcat sebagai pelayan dan Microsoft Access sebagai pangkalan data. Sistem dibangunkan berasasakan metodologi model prototaip dan dimodelkan menggunakan teknik Unified Modelling Language (UML).

vii

ABSTRACT

The activities taking place in the academic system at the RIMA College Johor Bahru consist of the managing of subject records, delivering lectures to students in class and evaluating students based on subject. There are a few flaws identified in the present system used such as the usage of manual filing in the management of subject records and also students’ subject registration records. Manual calculating methods are also still in use in student’s evaluation process where the Examination Department and lecturers of this college have to do their own calculation when setting up a grading scheme for a subject. Lecturers have to calculate students’ marks one student at a time to determine their grades based on the grading scheme that has been set up. To overcome the problems stated, a web based system to aid the Examination Department and lecturers at RIMA College Johor Bahru in the management of subjects and grading process is proposed. This system offers a number of functionalities such as the customization of grading scheme and automated calculation of students’ marks and grades based on the customized scheme. This system also offers additional functionalities in managing subject records, the selection of subjects to be offered in a semester and also student registration to subjects. System will be developed using Java Server Pages technology with Apache Tomcat as the server and Microsoft Access as the database. The development of this system is based on the prototype model methodology and modeled using the Unified Modeling Language technique.

viii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI ISTILAH SENARAI LAMPIRAN

HALAMAN i ii iii iv v vi vii xiv xv xvii xviii xix

I

PENGENALAN

1

1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang Masalah 1.3 Matlamat Projek 1.4 Objektif Projek 1.5 Skop Projek 1.6 Justifikasi Pembangunan Projek

1 3 5 5 6 7

viii II KAJIAN LATAR BELAKANG 8

2.1 Pengenalan 2.2 Latar Belakang Kolej RIMA 2.2.1 Profil Kumpulan Kolej RIMA 2.2.2 Profil Kolej RIMA Johor Bahru 2.3 Kajian Sistem Sedia Ada 2.3.1 Proses Pengurusan Mata Pelajaran di Kolej RIMA Johor Bahru 2.3.2 Proses Pemarkahan di Kolej RIMA Johor Bahru 2.3.3 Sistem Pemarkahan Berasaskan Web 2.3.4 Kajian Kes Sistem Pemarkahan Pelajar Berasaskan Web bagi Berrien County Intermediate School District (BCISD Online Grade Book System) 2.3.5 Perbandingan Sistem Pengurusan Mata Pelajaran dan Pemarkahan Sedia Ada dengan Sistem Pengurusan Mata Pelajaran dan Pemarkahan Berasaskan Web 2.4 Kaedah Penyelesaian Masalah Sistem Sedia Ada 2.4.1 Aplikasi Berasaskan Web 2.4.1.1 Aplikasi Web Statik 2.4.1.2 Aplikasi Web Dinamik 2.4.1.3 Pelayan 2.4.1.4 Pelanggan 2.4.2 JSP (Java Server Pages) 2.4.3 ASP (Active Server Pages) 2.4.4 Keselamatan Sistem Berasaskan Web 2.4.4.1 Kawalan Capaian 2.4.4.2 Kriptografi 2.4.4.3 Penyulitan Berdasarkan Katalaluan

8 9 9 10 11 11

12 13 16

17

19 19 19 20 20 21 22 23 23 24 25 26

ix 2.5 Justifikasi Pemilihan Teknik 2.6 Rumusan 27 28

III

METODOLOGI PEMBANGUNAN

30

3.1 Pengenalan 3.2 Metodologi Pembangunan Sistem 3.2.1 Model Prototaip 3.2.2 Justifikasi Pemilihan Model Prototaip 3.3 Metodologi Pembangunan Sistem 3.3.1 Fasa Perancangan 3.3.2 Fasa Analisa Keperluan 3.3.3 Fasa Rekabentuk 3.3.4 Fasa Implementasi 3.3.5 Fasa Pengujian 3.4 Analisis Keperluan Sistem 3.4.1 Keperluan Perkakasan 3.4.2 Keperluan Perisian 3.4.3 Spesifikasi Input 3.4.4 Spesifikasi Output

30 31 31 33 34 34 35 37 38 39 39 40 40 41 42

IV

REKABENTUK SISTEM

44

4.1 Pengenalan 4.2 Rekabentuk Senibina Sistem 4.3 Model Berorientasikan Objek 4.3.1 Gambarajah Kes Guna (Use Case) 4.3.2 Gambarajah Jujukan 4.3.2.1 Login Pentadbir 4.3.2.2 Login Pensyarah 4.3.2.3 Urus Maklumat Subjek

44 45 46 46 47 48 48 48

x 4.3.2.4 Urus Maklumat Subjek Ditawarkan di dalam Sesuatu Semester 4.3.2.5 Urus Maklumat Peruntukkan Subjek kepada Pensyarah 4.3.2.6 Urus Maklumat Pelajar Daftar Subjek 4.3.2.7 Penetapan Skema Pemarkahan Subjek bagi Pentadbir 4.3.2.8 Penetapan Skema Pemarkahan Subjek bagi Pensyarah 4.3.2.9 Penjanaan Markah dan Gred Pelajar 4.3.2.10 Penjanaan GPA dan CGPA Pelajar 4.3.2.11 Lihat Senarai Pelajar yang Mendaftar Subjek 4.3.2.12 Lihat Senarai Markah Pelajar 4.3.3 Rajah Kelas 4.4 Rekabentuk Antaramuka Pengguna 4.4.1 Antaramuka Halaman Utama Sistem 4.4.2 Antaramuka Halaman Login 4.4.3 Antaramuka Halaman Utama Pentadbir 4.4.4 Antaramuka Halaman Carian Subjek 4.4.5 Antaramuka Halaman Penetapan Senarai Subjek yang Ditawarkan Dalam Suatu Semester 4.4.6 Antaramuka Halaman Peruntukkan Subjek kepada Pensyarah 4.4.7 Antaramuka Halaman Penetapan Skema Pemarkahan Subjek 4.4.8 Antaramuka Halaman Daftar Pelajar kepada Subjek 4.4.9 Antaramuka Halaman Utama Pensyarah 4.4.10 Antaramuka Halaman Paparan Pelajar yang Mendaftar Subjek Diajar oleh Pensyarah 62 62 61 61 60 56 57 57 58 58 58 59 60 54 55 56 54 51 52 50 49

xi 4.4.11 Antaramuka Halaman Pemarkahan dan Penjanaan Gred Pelajar di dalam Subjek 4.5 Rekabentuk Pangkalan Data 4.5.1 Jadual Admin 4.5.2 Jadual Lecturer 4.5.3 Jadual Student 4.5.4 Jadual DegreeProgram 4.5.5 Jadual DiplomaProgram 4.5.6 Jadual Course 4.5.7 Jadual LecturerCourse 4.5.8 Jadual StudentCourse 4.5.9 Jadual DegreeSchemeLock 4.5.10 Jadual DiplomaSchemeLock 4.5.11 Jadual DegreeListLock 4.5.12 Jadual DiplomaListLock 4.5.13 Jadual ProgramDistribution 4.5.14 Jadual Work 4.5.15 Jadual StudentMark 4.5.16 Jadual StudentGrade 4.6 Kesimpulan 64 64 64 65 65 65 65 68 68 68 69 69 69 70 70 70 71 72 62

V

IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN

73

5.1 Pengenalan 5.2 Persekitaran Pembangunan 5.2.1 Pelayan Web 5.2.2 Pelanggan 5.2.3 Pangkalan Data 5.3 Implementasi 5.3.1 Pengekodan Bahagian Pelanggan

73 74 74 75 76 77 78

xii 5.3.1.1 Valisadi Input Pengguna 5.3.2 Pengekodan Bahagian Pelayan 5.3.2.1 Pengekodan Capaian kepada Pangkalan Data 5.3.2.2 Pengekodan Fungsi Penetapan Skema Pemarkahan Subjek 5.3.2.3 Pengekodan Fungsi Penjanaan Markah dan Gred Pelajar 5.3.2.4 Pengekodan Penyulitan dan Penyahsulitan Markah dan Gred Pelajar 5.4 Pengujian 5.4.1 Pengujian Kotak Putih 5.4.2 Pengujian Kotak Hitam 5.4.2.1 Pengujian Terhadap Fungsi Penetapan Skema Pemarkahan 5.4.2.2 Pengujian Terhadap Fungsi Pengiraan Nilai Peratus Keseluruhan Skema Pemarkahan Subjek 5.4.2.3 Pengujian Terhadap Fungsi Penjanaan Markah dan Gred Pelajar 5.4.2.4 Pengujian Terhadap Fungsi Penyulitan Markah Pelajar 5.4.2.5 Pengujian Terhadap Fungsi Penyahsulitan Markah Pelajar 5.4.3 Pengujian Integrasi 5.5 Rumusan 90 90 87 87 87 86 84 85 86 86 83 82 80 78 79 80

VI

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

91

6.1 Pengenalan

91

xiii 6.2 Hasil dan Pencapaian 6.3 Masalah Sistem 6.4 Kelemahan Sistem 6.5 Cadangan Pembaikan / Peningkatan 6.6 Kesimpulan 91 92 93 93 93

RUJUKAN LAMPIRAN A-H

95 97 - 173

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL 2.1

TAJUK

HALAMAN 15

Kemungkinan Aktiviti Akademik Dibangunkan Menjadi Sistem Berasaskan Web

2.2

Perbandingan Sistem Sedia Ada dengan Sistem Berasaskan Web

18

3.1 4.1 4.2 4.3

Keperluan Perisian Jadual Course Jadual StudentMark Jadual StudentGrade

41 67 71 71

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH 3.1 4.1 4.2 4.3 Model Prototaip

TAJUK

HALAMAN 33 45 47 53

Rekabentuk Senibina Sistem Gambarajah Use Case bagi Sistem Rajah Jujukan Penetapan Skema Pemarkahan Subjek oleh Pentadbir

4.4

Antaramuka Halaman Penetapan Skema Pemarkahan Subjek

63

4.5

Antaramuka Halaman Pemarkahan dan Penjanaan Gred Pelajar

63

5.1 5.2

Antaramuka Utama Microsoft Access Keratan Kod Aturcara Menentusahkan Input Markah Skema Pemarkahan Subjek Berjumlah 100%

76 78

5.3

Keratan Kod Aturcara Menentusahkan Pengguna Mengisi Semua Ruangan Input

79

5.4

Keratan Kod Aturcara Sambungan kepada Pangkalan Data

80

5.5

Keratan Kod Aturcara Penetapan Skema Pemarkahan Subjek

81

5.6

Keratan Kod Aturcara Penjanaan Markah Keseluruhan Pelajar

82

5.7

Keratan Kod Aturcara Penjanaan Gred Pelajar

83

xvi

5.8

Keratan Aturcara Penyulitan dan Penyahsulitan Maklumat

84

5.9 5.10

Pengujian Masukan Input Markah Pelajar Penjanaan Markah dan Gred Pelajar Hasil daripada Input Markah yang Dimasukkan

88 88

5.11

Pengujian Input Katalaluan bagi Menyulitkan Markah Pelajar

89

5.12

Maklumat Markah Pelajar yang Telah Disulitkan pada Pangkalan Data

89

xvii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN

MAKSUD

ABE ASP AUDP BCISD CGPA DES GPA HTTP IIS JSP JSWDK LLCI MD5 PBE PC PHP UML URL

-

Association of Business and Executives Active Server Pages American University Degree Program Berrien County Intermediate School District Cumulative Grade Point Average Data Encryption Standard Grade Point Average Hypertext Transfer Protocol Internet Information Services Java Server Pages Java Server Web Development Kit London Chamber of Commerce Message Digest 5 Password Based Encryption Personal Computer Personal Hypertext Preprocessor Unified Modeling Language Universal Resource Locator

xviii

SENARAI ISTILAH

BAHASA MALAYSIA

BAHASA INGGERIS

Atas Talian Berasaskan Peranan Berasaskan Peraturan Capaian Jujukan Kad Laporan Pelajar Katalaluan Kawalan Kerahsiaan Kes Guna Ketersediaan Keutuhan Mesej Cerna Pelanggan Pelayan Penetapan Pentadbiran Program Kerjasama / Berkembar Skema Pemarkahan

-

Online Role-Based Rule-Based Access Sequence Grade book Password Control Confidentiality Use Case Availability Integrity Message Digest Client Server Customization / Setup Administration Twinning Program Grading Scheme

xix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A B1 B2 B3 B4 B5 B6 B7 B8 B9 B10 C1 Carta Gantt Projek

TAJUK

HALAMAN 97 101 102 103 104 104 105 105 106 106 106 108

Carta Organisasi Kumpulan Kolej RIMA Contoh Borang Pmarkahan Pelajar Kolej RIMA Contoh Slip Keputusan Pelajar Kolej RIMA Rajah Antaramuka Gradebook Administration Rajah Antaramuka Gradebook Setup Screen Rajah Antaramuka Gradebook Recording Screen Rajah Peranan Pelayan Apache Tomcat di dalam JSP Rajah Senibina Aplikasi Web Berasaskan JSP Penyulitan dan Penyahsulitan Kriptografi Simetri Penyulitan dan Penyahsulitan Kriptografi Tak Simetri Rajah Masukan Input Pada Antaramuka Penetapan Skema Pemarkahan Subjek

C2

Rajah Masukan Input Pada Antaramuka Penjanaan Markah dan Gred Pelajar

108

C3

Rajah Hasil Output Pada Antaramuka Penjanaan Markah dan Gred Pelajar

109

C4

Rajah Hasil Output Pada Antaramuka Papar Markah dan Gred Pelajar untuk Pentadbir

109

D1 D2

Rajah Jujukan Login Pentadbir Rajah Jujukan Login Pensyarah

111 111

xx

D3 D4

Rajah Jujukan Urus Maklumat Subjek Rajah Jujukan Urus Maklumat Subjek Ditawarkan Dalam Sesuatu Semester

112 113

D5

Rajah Jujukan Urus Maklumat Peruntukkan Subjek Kepada Pensyarah

114

D6 D7

Rajah Jujukan Urus Maklumat Pendaftaran Pelajar Rajah Jujukan Penetapan Skema Pemarkahan Subjek oleh Pensyarah

115 116

D8 D9 D10

Rajah Jujukan Jana Markah dan Gred Pelajar Rajah Jujukan Jana Nilai GPA dan CGPA Pelajar Rajah Jujukan Lihat Senarai Pelajar Mendaftar Dalam Sesuatu Subjek

117 118 119

D11 E1 E2 F1 F2 F3 F4 F5

Rajah Jujukan Lihat Senarai Markah dan Gred Pelajar Rajah Kelas bagi Pentadbir Rajah Kelas bagi Pensyarah Rajah Antaramuka Halaman Utama Sistem Rajah Antaramuka Halaman Login Rajah Antaramuka Halaman Utama Pentadbir Rajah Antaramuka Halaman Carian Subjek Rajah Antaramuka Halaman Penetapan Senarai Subjek yang Ditawarkan di dalam Suatu Semester

120 122 123 125 125 126 126 127

F6

Rajah Antaramuka Laman Peruntukkan Subjek kepada Pensyarah

127

F7

Rajah Antaramuka Laman Daftar Pelajar Kepada Subjek

128

F8

Rajah Antaramuka Laman Utama Pensyarah

128

xxi

F9

Antaramuka Halaman Paparan Senarai Pelajar yang Mendaftar Subjek Diajar oleh Pensyarah

129

F10 F11 F12 F13 F14 F15 F16 F17 F18 F19 F20 F21 F22 G1 G2 G3 G4 G5 G6 G7 G8 G9 G10 G11 G12

Jadual Admin Jadual Lecturer Jadual Student Jadual DegreeProgram Jadual DiplomaProgram Jadual LecturerCourse Jadual StudentCourse Jadual DegreeSchemeLock Jadual DiplomaSchemeLock Jadual DegreeListLock Jadual DiplomaListLock Jadual ProgramDistribution Jadual Work Rajah Jadual Admin Rajah Jadual Leturer Rajah Jadual Student Rajah Jadual DegreeProgram Rajah Jadual DiplomaProgram Rajah Jadual LecturerCourse Rajah Jadual StudentCourse Rajah Jadual ProgramDistribution Rajah Jadual Work Rajah Jadual DegreeSchemeLock Rajah Jadual DiplomaSchemeLock Rajah Jadual DegreeListLock

129 130 130 130 131 131 131 131 132 132 132 133 133 135 135 135 136 136 136 137 137 138 138 138 139

xxii

G13 G14 G15 G16 G17

Rajah Jadual DiplomaListLock Rajah Jadual StudentGrade Rajah Jadual StudentMark Rajah Jadual Course Rajah Pengujian Penetapan Bilangan Kerja Pada Skema Pemarkahan Subjek

139 139 140 140 141

G18

Rajah Hasil Pengujian Penetapan Bilangan Kerja Pada Penetapan Skema Pemarkahan Subjek

141

G19

Rajah Pengujian Nilai Peratus Kerja yang Dimasukkan Pengguna Pada Jadual Skema Pemarkahan

142

G20

Rajah Hasil Jumlah Peratusan yang Dijana Daripada Nilai Peratus Kerja yang Dimasukkan Pengguna

142

G21

Rajah Pengujian Input Katalaluan bagi Menyahsulitkan Rekod Markah Pelajar

143

G22

Rajah Hasil Paparan Markah Pelajar yang Telah Dinyahsulitkan

143

BAB I

PENGENALAN PROJEK

1.1

Pengenalan

Pada masa kini terdapat banyak institusi pengajian tinggi di sektor kerajaan mahupun swasta yang menawarkan pelbagai jenis kursus di peringkat diploma dan ijazah kepada para pelajar di negara ini. Sistem akademik yang dilaksanakan oleh institusi-institusi pendidikan ini pada dasarnya melibatkan aktiviti pengurusan mata pelajaran oleh pihak pentadbiran akademik, penyampaian ilmu oleh pensyarah kepada pelajar serta proses penilaian pelajar berkenaan di dalam kelas. Proses penilaian dijalankan bagi memperolehi maklumat mengenai tahap pemahaman dan penghayatan pelajar di dalam bidang ilmu tertentu. Pada kebiasaannya, penilaian pelajar di dalam sesuatu kelas melibatkan pencapaian pelajar berkenaan di dalam tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Setiap tugasan yang diperuntukkan kepada pelajar akan diberi markah oleh pensyarah dan jumlah keseluruhan markah bagi semua kerja yang dilakukan pelajar akan menentukan gred pelajar berkenaan di dalam kelas. Pengiraan markah serta gred pelajar selalunya adalah berdasarkan suatu skema pemarkahan yang telah ditetapkan terlebih dahulu oleh pihak pentadbiran akademik ataupun pensyarah.

2 Bagi Kolej RIMA Johor Bahru, sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang menjalankan program pengajian kerjasama dengan universiti luar negara, sistem yang digunakan merupakan sistem pemarkahan berasaskan pengiraan manual. Memandangkan Kolej RIMA menawarkan program kerjasama (twinning program) dengan universiti luar negara, subjek-subjek yang diajar melalui program ini adalah berdasarkan sukatan mata pelajaran universiti luar negara berkenaan. Bagi program yang ditawarkan sendiri oleh Kolej RIMA, sukatan mata pelajaran adalah ditetapkan sendiri oleh institusi ini. Walaupun sukatan mata pelajaran adalah berbeza-beza di antara program tempatan dan program kerjasama dengan luar negara, penilaian pelajar masih dilakukan sendiri oleh pihak Kolej RIMA. Setiap subjek yang diajar mempunyai cara penilaiannya yang tersendiri dan memerlukan penetapan skema pemarkahan.

Skema pemarkahan bagi setiap subjek ditentukan sepenuhnya oleh pihak Jabatan Peperiksaan manakala pensyarah hanya boleh menentukan skema pemarkahan subjek sekiranya dibenarkan oleh Jabatan Peperiksaan.

Proses pengurusan mata pelajaran di institusi ini dikendalikan menggunakan sistem fail di mana semua maklumat subjek yang ditawarkan dan senarai pelajar yang mendaftar di bawah subjek berkenaan direkodkan di dalam bentuk borang dan disimpan di dalam fail.

Dengan mempertimbangkan senario yang dibincangkan di atas, satu kajian dibuat bagi menghasilkan sebuah sistem pengurusan mata pelajaran dan pemarkahan berasaskan web Kolej RIMA Johor Bahru. Sistem ini merangkumi fungsi pengurusan maklumat mata pelajaran dan pendaftaran pelajar ke dalam mata pelajaran tertentu, penetapan skema pemarkahan subjek, merekod dan menjana gred pelajar secara automatik serta penghantaran senarai markah pelajar kepada Jabatan Peperiksaan secara atas talian. Sebagai fungsi tambahan, sistem ini juga menyediakan kemudahan bagi pihak Jabatan Peperiksaan untuk mengira nilai GPA dan CGPA pelajar. Sistem

3 dibangunkan menggunakan teknologi JSP dengan Apache Tomcat sebagai pelayan dan Microsoft Access sebagai pangkalan data.

1.2

Latar Belakang Masalah

Sistem pengurusan mata pelajaran yang dilaksanakan oleh Kolej RIMA Johor Bahru pada ketika ini adalah berasaskan kaedah konvensyenal iaitu penyimpanan rekod di dalam fail manakala sistem pemarkahan pula menggunakan pengiraan secara manual skema pemarkahan subjek dan penggunaan borang dalam merekod markah pelajar. Terdapat beberapa kekurangan yang dikenalpasti di dalam kaedahkaedah ini seperti yang dinyatakan berikut:

i) Pengurusan menggunakan fail memerlukan pihak pentadbiran akademik ataupun Jabatan Peperiksaan untuk mencari fail-fail yang berkaitan setiap kali ingin menambah, mengemaskini atau menghapuskan rekod mata pelajaran yang ditawarkan di kolej ini. ii) Pihak pentadbiran perlu membuat rekod secara bertulis setiap kali ingin menetapkan senarai mata pelajaran yang akan ditawarkan pada sesuatu semester. iii) Kaedah manual memerlukan pihak Jabatan Peperiksaan dan pensyarah mengira sendiri peratusan markah sekiranya ingin menetapkan skema markah sesuatu subjek. iv) Pengiraan secara manual juga perlu dilakukan apabila pensyarah ingin menilai dan merekod markah pelajar. Pensyarah perlu menghitung satu persatu peratusan markah setiap pelajar sebelum boleh memberikan gred kepada pelajar berkenaan. Jabatan Peperiksaan pula terpaksa menyemak semula markah dan gred yang telah dikira oleh pensyarah bagi memastikan tidak terdapat sebarang kesilapan dalam pengiraan peratusan markah pelajar

4 yang dilakukan oleh pensyarah. Ini melambatkan proses pemarkahan pelajar kerana pengiraan markah perlu dibuat sebanyak dua kali. v) Pensyarah perlu mendapatkan senarai pelajar yang mengambil subjek yang diajar olehnya daripada Jabatan Peperiksaan sebelum pensyarah boleh menilai pelajar. vi) Pensyarah perlu mengisi borang khas apabila ingin menghantar senarai markah pelajar kepada Jabatan Peperiksaan.

Aplikasi berasaskan web yang dibangunkan ini memberikan beberapa penyelesaian kepada kekurangan sistem sedia ada yang dilaksanakan di Kolej RIMA Johor Bahru. Di antara penyelesaian yang dicapai menerusi projek ini adalah:

i) Memudahkan pengurusan mata pelajaran di kolej ini dari segi capaian rekod subjek serta proses menetapkan senarai subjek yang ditawarkan pada sesuatu semester. ii) Memudahkan pihak Jabatan Peperiksaan dan pensyarah di institusi ini dalam proses penetapan skema pemarkahan bagi subjek. Pengguna hanya perlu memasukkan senarai kerja serta peratus markah bagi kerja. Sistem seterusnya akan mengira jumlah peratus kesemua kerja dan menyimpan skema pemarkahan yang ditetapkan bagi tujuan pengiraan gred pelajar. iii) Berdasarkan kepada skema pemarkahan yang telah ditetapkan, sistem akan menjana secara automatik peratus markah keseluruhan beserta gred pelajar apabila pensyarah memasukkan markah penilaian bagi setiap kerja yang dilakukan oleh pelajar. iv) Pensyarah tidak perlu mendapatkan senarai pelajar yang mendaftar subjek yang diajar daripada pentadbir tetapi boleh terus mendapatkan senarai berkenaan secara atas talian apabila pihak Jabatan Peperiksaan telah selesai memasukkan nama pelajar ke dalam sistem. v) Jabatan Peperiksaan tidak perlu menunggu borang senarai markah pelajar daripada pensyarah untuk melihat markah pelajar tetapi hanya perlu mencapai maklumat berkenaan menerusi sistem apabila pensyarah telah selesai mengemaskini senarai markah berkenaan.

5 1.3 Matlamat Projek

Membangunkan sebuah Sistem Pengurusan Mata Pelajaran dan Pemarkahan Berasasakan Web untuk Kolej RIMA Johor Bahru yang dapat membantu Jabatan Peperiksaan dan pensyarah di institusi tersebut dalam menguruskan mata pelajaran dan pemarkahan pelajar.

1.4

Objektif Projek

Bagi mencapai matlamat utama dalam pembangunan sistem pemarkahan berasaskan web ini, beberapa objektif telah dikenalpasti. Objektif-objektif bagi projek adalah seperti berikut:

i) Membantu Jabatan Peperiksaan dalam menguruskan maklumat mata pelajaran yang ditawarkan oleh kolej ini dan juga dalam proses pemilihan senarai mata pelajaran yang akan ditetapkan untuk sesuatu semester. ii) Membolehkan Jabatan Peperiksaan dan pensyarah Kolej RIMA Johor Bahru menetapkan cara penilaian dan menentukan peratusan markah bagi kerja yang diperuntukkan kepada pelajar. iii) Membantu pensyarah dalam proses pengiraan markah dan gred pelajar di mana sistem akan menjana secara automatik gred pelajar berdasarkan skema pemarkahan subjek dan input markah dari pensyarah. iv) Menjadikan proses pemarkahan bagi Kolej RIMA lebih cekap dan efisyen. Pihak Jabatan Peperiksaan tidak perlu membuat semakan semula markah pelajar yang telah dikira oleh pensyarah kerana sistem yang akan melakukan pengiraan markah pelajar. v) Memudahkan dan menjimatkan masa pensyarah dengan membenarkan pensyarah untuk mencapai senarai nama pelajar yang mengambil subjek yang

6 diajar secara atas talian. Pensyarah juga tidak perlu mengisi borang senarai markah pelajar tetapi hanya perlu mengemaskini rekod markah pelajar pada halaman web sistem.

1.5

Skop Projek

Terdapat beberapa aspek yang telah digariskan untuk dijadikan sebagai skop bagi pembangunan projek ini. Skop bagi projek adalah seperti berikut:

i) Sistem ini dibangunkan untuk kegunaan Jabatan Peperiksaan dan pensyarah di Kolej RIMA Johor Bahru di mana sistem ini memberi perhatian kepada pengurusan subjek serta penetapan skema pemarkahan subjek dan penjanaan gred pelajar. ii) Ianya akan dibangunkan sebagai sebuah aplikasi berasaskan web menggunakan teknologi JSP, Microsoft Access sebagai pangkalan data dan Apache Tomcat sebagai pelayan. iii) Sistem ini melibatkan pengurusan maklumat yang amat penting iaitu markah pelajar. Terdapat dua teknik kawalan capaian yang dikenalpasti bagi memastikan keselamatan maklumat sistem ini iaitu menghadkan pengguna sistem dan menghadkan capaian domain pengguna. iv) Teknik keselamatan pertama ialah menghadkan pengguna yang boleh memasuki sistem menerusi input katalaluan yang betul. Hanya Jabatan Peperiksaan dan pensyarah Kolej RIMA Johor Bahru sahaja yang dibenarkan menggunakan sistem. Individu selain pengguna yang disahkan tidak dibenarkan untuk menggunakan sistem. v) Teknik keselamatan yang kedua adalah menghadkan capaian domain bagi pengguna. Domain capaian adalah berbeza bagi Jabatan Peperiksaan dan pensyarah. Pihak Jabatan Peperiksaan mempunyai hak capaian sepenuhnya ke

7 atas sistem manakala pensyarah pula hanya boleh mencapai, merekod dan mengubahsuai markah pelajar bagi subjek yang diajar olehnya sahaja. vi) Selain kawalan capaian, penyulitan dan penyahsulitan maklumat di dalam pangkalan data juga dilaksanakan bagi meningkatkan lagi keselamatan rekod markah pelajar. Teknik penyulitan yang digunakan adalah penyulitan simetri berasaskan katalaluan menggunakan algoritma MD5 dan DES.

1.6

Justifikasi Pembangunan Projek

Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk mengimplementasikan kegunaan teknologi berasaskan web di dalam proses pengurusan akademik di Kolej RIMA Johor Bahru. Tujuan utama projek adalah untuk membantu Jabatan Peperiksaan dan pensyarah dalam meringankan beban dan menjimatkan masa mereka di dalam pengurusan rekod subjek dan pemarkahan pelajar di institusi ini.

Menerusi pembangunan projek ini, pihak Jabatan Peperiksaan boleh menguruskan maklumat subjek dan pemarkahan subjek melalui capaian Internet di mana jabatan boleh menetapkan skema pemarkahan sesuatu subjek atau pun memberi kebenaran kepada pensyarah untuk menetapkan skema pemarkahan subjek tersebut. Sebagai fungsi tambahan, pihak Jabatan Peperiksaan juga boleh melakukan pengiraan nilai GPA dan CGPA pelajar bagi semester tertentu.

Pihak pensyarah pula boleh mendapatkan senarai nama pelajar yang mendaftar subjek yang diajar olehnya melalui sistem Pensyarah juga hanya perlu mengisi markah pelajar dan sistem akan menjana gred pelajar secara automatik sebelum diserahkan kepada Jabatan Peperiksaan secara atas talian. Selain daripada itu, pensyarah juga boleh menetapkan skema pemarkahan subjek sekiranya dibenarkan oleh Jabatan Peperiksaan.

Similar Documents

Free Essay

Armenian Food in the Usa

...Armenian food in the USA The Armenian woman is expected to catch pride in her kitchen, and get ahead of this skill on to her daughters. Nutritionally, the Armenian diet is rich in dairy, oils, and red meats. It emphasizes subtlety of flavors and textures, with many herbs and spices. Given that so much time and effort is needed for marinating, stuffing, stewing, U.S. Armenian restaurants lean toward the expensive multi-course evening fare, not fast food or take-out. Traditional Armenian foods drop into two categories: the shared and the distinctive. The shared part of the Armenian diet is the Mediterranean foods widely familiar among Arabs, Turks, Greeks. This includes: Appetizers, for example: - humus - tabouleh - baba ganoush - madzoon. Next, main courses like: - pilaf (rice) - imam bayildi (eggplant casserole) - foule (beans) - felafel (vegetable fritters) - meat cut into cubes called kebabs for barbecue ( shish kebab) - boiling ( tass kebab ) - ground into kufta (meatballs) Thirty bakery and desserts like: - pita bread, - baklawa, -bourma, -halawi, -halvah, -mamoul, -lokhoom; and beverages like espresso or oghi (raisin brandy). The distinctive part of the Armenian diet is unlikely to be found outside an Armenian home or restaurant. This includes: Appetizers like: - Armenian string cheese, - manti (dumpling soup), - tourshou (pickled vegetables), - tahnabour (yogurt soup), - jajik (spicy yogurt), - basterma (spicy...

Words: 716 - Pages: 3

Free Essay

E Is Brng

...07 April 2008 Policy Support & Advocacy Cluster UNDP Administrator visits Bangladesh An Internal Knowledge Fair was organized by UNDP Bangladesh on 15th March 2008. This was a first of a kind event which helped to strengthen the platform for knowledge and experience sharing. The fair was organized on light of the visit of Kemal Dervis’s, UNDP Administrator, to Bangladesh. The Knowledge Fair was part of a broader programme of the UNDP Administrator’s convention with staff members of the country office. It was organized to enliven the activities and initiatives taken through diverse programmes and projects of UNDP Bangladesh. The fair showcased six stalls which were designed on the basis of thematic areas: UN Bangladesh, Directorate, Governance, MDGs and Poverty Reduction, Environment & Energy, Crisis prevention & recovery Bulletin Issue 9 “I had the opportunity to see with my own eyes the resilience of the people of Bangladesh in the Each stall was set to showcase publications, reports and photographs depicting various accomplishments of UNDP CO. The stalls were in U-shaped with a panel of photographs behind each of them. Each stall also had two computers where the clusters could display any pictures or videos. The room had two projector screens showing imperative initiations like Election and MDGs animated series, undertaken by the country office. Considerable emphasis was given to pictorial depictions of activities and this made the whole knowledge fair very...

Words: 2092 - Pages: 9

Premium Essay

Bc 01

...Inventory Management is a necessary Evil   General Area: Supply Chain Management (SCM) Problem Area: Inventory Management a necessary Evil Ravi Kumar PGP/17/108 Email: ravik17@iimk.ac.in Indian Institute of Management, Kozhikode Abstract This article tries to explore how inventory management is one of the integral part of various business units in today’s business world. There are many modeling techniques available in Inventory management evolving very rapidly over a period of time, which can be used for performing different functions of meeting the customer satisfaction and helping the firms to achieve highly efficient SCM and in turn increase their profit margin. Not just that Inventory management systems have capability of meeting the uncertainty of demand by providing planned and effective way countering these uncertainties. This articles also discuss the critical point of inventory being a necessary evil i.e. with inventory firms have to bear certain cost but without it they can’t beat the demand uncertainties. The current models available however have discussed various issues related with the inventory management in real world but models are evolving to get rid of obsolescence and be competitive. There is lot of potential locked up in these models which can change the way managements make decisions in today’s world. Thus there is scope for applying systems thinking methodology this area and bring out synergies in different applications of Inventory management...

Words: 2800 - Pages: 12

Free Essay

Current Forest Mgt Practice of Bd

...Topic: Considering the current trend of forest management practice, develop an appropriate strategy to manage the forest resource of Bangladesh in a sustainable way. Acknowledgement In performing my assignment, it's a successful one I had to take the help and guideline of some respected persons. First of all I am grateful to Allah who gives me sound mind & sound health to accomplish my assignment. The completion of the report gives me much Pleasure. I would like to thank my gratitude Mr. Md. Jakariya (Jky), Course Instructor of Introduction to Environmental Science, Sec 4, North South University, Bangladesh for giving me a good guideline for assignment. I would like to thank School of Business Studies, North South University for updated education system in Bangladesh. Lastly I would like to deliver my whole hearted thanks to the persons of Forest Department of Bangladesh for their cordial cooperation. Actually it was not possible for me to complete a severe task without such help. So I pray the long life and good health for all the persons who have helped and co-operated me in my assignment research.   Sabrina Alvi 20 December, 2013 Table of content Title | Page | Introduction | | Forest of Bangladesh Table 1:Forest area in...

Words: 4378 - Pages: 18

Free Essay

Vocabullary

...All-Purpose Flour "Maida" in Urdu - is a finely ground white wheat flour containing a moderate amount of protein; used for a wide variety of general baking and cooking. Allspice "Garam Masala" in Urdu - is a combination of rich and bitter whole spices that are dry roasted and then powdered. Some garam masalas can have up to 33 ingredients but the most common are bay leaves, cinnamon, cloves, green cardamoms and coriander seeds. Almond "Baadaam" in Urdu - An oval-shaped edible seed of the almond tree. Amaranth Leaves "Cholai" in Urdu - also known as "Chinese Spinach", are edible tender leaves and stems, rich in vitamins A and C, protein, folic acid, calcium and iron, and are considered as vegetable and are cooked like spinach. Aniseeds "Sounf" in Urdu - A liquorice-like seed that is used as a digestive. Similar to fennel seeds but not used as widely in cooking as in after dinner mints. Apricot "Khubaani" or "Jardalu" in Urdu - A yellow-orange fruit harvested from small trees. The fruit resembles a smaller version of a peach. It can be eaten whole with the pit removed, processed into juice or preserves. Apricots can be preserved through drying. Apricot "Khubaani" or "Jardalu" in Urdu - A yellow-orange fruit harvested from small trees. The fruit resembles a smaller version of a peach. It can be eaten whole with the pit removed, processed into juice or preserves. Apricots can be preserved through drying. Apple "Saib" in...

Words: 12822 - Pages: 52

Premium Essay

Corruption in Bangladesh

...Introduction: Corruption means committing crime and mischief to the country. It causes great harm to the countrymen. None escape from the harm of corruption. It is a social malady. It spreads its greedy clutches all over the country; each and every government sector of the country is affected by corruption. Government officials, clerks, secretaries and even ordinary peons, security officers and others are engaged in corruption. They take bribe from common people for giving any service. Our country, Bangladesh, has topped the list of corrupt countries five times. There is none to raise voice against the galloping corruption! Even the organizations that collects data about corruption – are themselves corrupted in a very secret way! However there are many reasons behind this corruption. The greed for power, pelf, wealth and money is the root cause of corruption. Avarice, dishonesty, nepotism and favoritism are also responsible for corruption. Corruption Statement of Problem: This paper analysis’s the corruption in Bangladesh. I will discuss the current situation of corruption and its effect. We know that corruption is the main obstruction for development in Bangladesh. This topic is very much related to our social life for that reasons I will try to fulfill the purpose of this research. Objectives of Research: It is very important to identify the objectives of any research .I will describe all the objectives of this research on corruption in Bangladesh. The objectives...

Words: 8978 - Pages: 36

Premium Essay

Hrm Practice in Ngof

...Chapter One: Introduction 1.1 Introduction A non-governmental organization (NGO) is an organization that is neither a part of a government nor a conventional for-profit business. Usually set up by ordinary citizens, NGOs may be funded by governments, foundations, businesses, or private persons. Some avoid formal funding altogether and are run primarily by volunteers. NGOs are highly diverse groups of organizations engaged in a wide range of activities, and take different forms in different parts of the world. Some may have charitable status, while others may be registered for tax exemption based on recognition of social purposes. Others may be fronts for political, religious or other interest. The number of NGOs in the Bangladesh is 2333(http://ngonewsbd.com/ngo-list-ofbangladesh/). Bangladesh is a developing country. The NGO sectors today play a very critical role in public health development. Overall contribution and development is the traditional strength of NGOF, which is one of the largest NGO networking organizations in the country. NGOF is determined to build long-term improvement of Public Health situation by reducing mortality and morbidity, and conserving sound environment. In order to implement its programmes as a process of holistic transformation of the society towards development, the Forum has emphasizing stepped forward maintaining a perfect balance among WatSan, health and environment. Combining hardware & software supports and networking...

Words: 8808 - Pages: 36

Free Essay

April 2013 Current Affairs Study Material

...April 2013 Current Affairs Study Material INTERNATIONAL China, Russia, Pakistan discuss Afghanistan situation Officials from China, Russia and Pakistan on 3 April 2013 held talks on the issue of coordination between their positions on Afghanistan.The officials from three nations backed the Shanghai Cooperation Organisation (SCO) that is grouping to play a great role in Afghanistan after the withdrawal of NATO Forces in 2014. These talks were held to enhance coordination. The talks followed a similar meeting India, China and Russia held in Moscow recently, reflecting the delicate balancing act — and increasingly complicated regional dynamics — as different countries look to push their interests in the lead up to 2014. Malaysia PM Dissolves Parliament On 3 April Malaysian Prime Minister Najib Razak has dissolved the Parliament ahead of a general election.This dissolution will pave the way for the 13th general election.The elections have to be held before June 2.The Barisan Nasional coalition that has ruled Malaysia since independence in 1957 is expected to face a stiff challenge in the polls from the opposition three-party Pakatan Rakyat (People’s Pact). Tammam Salam named as Lebanon new Prime Minister On 6 April well-known Sunni lawmaker Tammam Salam has been named Lebanon’s new prime minister , after receiving overwhelming parliamentary support.His appointment comes after previous prime minister Najib Mikati resigned and effectively brought down his Hezbollah-dominated...

Words: 13017 - Pages: 53

Free Essay

Pdf, Doc.

...BIODIVERSITY OF TANGUAR HAOR: A RAMSAR SITE OF BANGLADESH Volume I: Wildlife (Amphibians, Reptiles, Birds and Mammals) IUCN, International Union for Conservation of Nature, helps the world find pragmatic solutions to our most pressing environment and development challenges. IUCN works on biodiversity, climate change, energy, human livelihoods and greening the world economy by supporting scientific research, managing field projects all over the world, and bringing governments, NGOs, the UN and companies together to develop policy, laws and best practice. IUCN is the world's oldest and largest global environmental organization, with more than 1,200 government and NGO members and almost 11,000 volunteer experts in some 160 countries. IUCN's work is supported by over 1,000 staff in 45 offices and hundreds of partners in public, NGO and private sectors around the world. www.iucn.org About IUCN Biodiversity of Tanguar Haor: A Ramsar Site of Bangladesh Volume I: Wildlife (Amphibians, Reptiles, Birds and Mammals) Biodiversity of Tanguar Haor: A Ramsar Site of Bangladesh Volume I: Wildlife (Amphibians, Reptiles, Birds and Mammals) Research and Text Technical Editor A. B. M. Sarowar Alam Mohammad Shahad Mahabub Chowdhury Dr. Istiak Sobhan Dr. Reza Khan Ishtiaq Uddin Ahmad Md. Aminur Rahman The designation of geographical entities in this book, and the presentation of the material, do not imply the expression of any opinion...

Words: 24900 - Pages: 100

Premium Essay

Budget Speech of Bangladesh 2011

...Contents Issues Seeking Permission Page 1 Chapter I Introduction and Background Tribute, Acknowledgements, Pre-budget Consultations, Vision for prosperous Bangladesh, Expectations vis-à-vis Resource Constraints 1-4 Some Important Pledges: Implementation Progress Facing Recession, Achievements of Power and Energy Sector, Agriculture Sector, Land, Fisheries and Live Stock, Food Security, Roads and Bridges, Education, Health, Digital Bangladesh, Climate Change, Women and Children Welfare, Social Safety Net Programmes, Employment Generation, Rural Development, Population Census, Industry and Trade, Public Welfare and Good Governance, Immigration and Skill Development, Optimum Utilisation of Public Money 4-15 Macro-economy and the Global Perspective Growth, External Sector, Export, Import, Remittance, Current Account Balance, Foreign Exchange Reserve, Exchange Rate, Monetary Sector, Inflation, Economic Strategy 15-22 Revised Budget for FY2010-11 Revenue Situation, Revenue Mobilisation, ADP Utilisation, Total expenditure, Budget Deficit 23-25 Chapter II Some Key Sectors Power and Energy: Integrated Development i 25-98 26-31 Issues Program Power: Electricity Production Plan, Power Transmission and Distribution Line, Renewable Energy, Power Savings Energy: Use of Alternative Energy Sources, Gas Production, Exploration of Oil and Gas Page 26-29 29-31 31-47 Agriculture and Rural Development Agriculture: Agriculture Subsidy, Seeds, Hybrid Paddy...

Words: 47559 - Pages: 191

Premium Essay

Human Resource Development

...Mongolian Education Alliance Ulaanbataar, Mongolia All rights reserved ©2005 Mongolian Drop Out Study THE MONGOLIAN DROP OUT STUDY By Mercedes del Rosario International Educational Policy Studies Teachers College, Columbia University Research Associate, Drop Out Project In Collaboration with Battsetseg Donrov Officer Division of Monitoring, Evaluation and Coordination Ministry of Science, Education and Culture of Mongolia Bayartsetseg Bayarsaihan Assistant Faculty of Social Science Mongolian State University of Education Bolormaa Tsetsegee Unit Manager Needs Assessment Mongolian Educational Alliance Dorjnamjin Batmonkh Assistant Researcher National Center for Non-Formal and Distance Education Mongolia Tumendelger Sengedorj (M.A) Lecturer, Sociology Mongolian State University of Education Tsentsenbileg Tseveen (Ph.D) Researcher Mongolian Academy of Sciences Institute of Philosophy Enkhbold Delger (M.A) Researcher Mongolian Academy of Sciences Institute of Philosophy, Sociology and Law 2 Mongolian Drop Out Study Table of Contents Acknowledgement Executive Summary List of Acronyms/Abbreviations List of Tables and Figures List of Appendices 1. Introduction and Framework 1.1. Project Description and Rationale 1.2. Legislation, Regulations and Structures 1.3. Administration and Management of the Education System 1.4. Organization of the Education System 1.5. Structure of the Education System in Mongolia 1.5.1. Pre-School Education 1.5.2. Primary Education 1.5.3....

Words: 29288 - Pages: 118

Free Essay

Current Affairs

...www.ibpsexamguru.in Content: Current Affairs 2013 (December 2012,January 2013,febraury 2013,March 2013, April 2013 ) Howdy ! friends . we are providing Five months current affairs for all competitive exam preparation .. Source : Various Location on Web Portal . Contains : 1. International Awareness 2. National Awareness 3. States News 4. Confrences 5. Sports and News 6. Awards and honors 7. Persons In News 8. Important dates 9. Books and Authors 10. Science and technology 11. Economy News INTERNATIONAL Mahama Re-elected as Ghana’s President : On 10 December Ghana’s incumbent President John Dramani Mahama of the ruling National Democratic Congress (NDC) has won the country’s presidential election.Mahama took 50.70 percent of the total valid votes cast, while his closest challenger, Nana Addo Dankwa Akufo-Addo of the New Patriotic Party (NPP) obtained 47.74 percent.With his re-election, Mahama becomes the fourth president to be elected under the Forth Republic.He had served as Ghana’s vice president since 2009. UN, Pakistan Launched ‘Malala Fund’ : Pakistan joined forces with the United Nations on 10 December 2012 to launch a fund aimed at boosting girls’ education throughout the world.The fund is named for Malala Yousafzai, the 15-year-old Pakistani girl. Pakistan’s President Asif Ali Zardari also announced a $10-million donation for a global war chest to educate all girls by 2015 set up in the name of Malala Yousafzai for campaigning for girls’ education. Shinzo Abe Elected...

Words: 52705 - Pages: 211

Premium Essay

Term Paper

...Foreword I do not claim to have read the manuscript Of Changes and Transformations: Bangladesh Bank [July 2009-June 2013] highlighting changes the central bank has gone through in the past four years, but certainly had a cursory look at it. The publication of the book is of great significance at a time when the present government has just completed its four years in office. I welcome this initiative by Bangladesh Bank. I would like to thank Governor Dr. Atiur Rahman and others concerned with the project. The effort put in by the editors and their team of script writers to enrich the volume is certainly praiseworthy. I am extremely delighted to have the opportunity to write few words upon the book. Here I would like to touch upon the key aspects of the revolutionary changes that I have witnessed in Bangladesh Bank during the past four years. Firstly, digitization has taken place rapidly in the central bank and the whole banking sector was quick to follow suit. Secondly, mobile banking has been introduced and expanded significantly. This process will come its fruition with the introduction of PayPal payment system. Thirdly, revolutionary changes have taken place in CSR. Fourthly, Bangladesh Bank has achieved commendable success in financial inclusion program. Bangladesh Bank's role in involving the mass people into financial activities is undeniable. Finally, the establishment of Currency Museum is a great initiative of Bangladesh Bank. I would now like to say a few words on the...

Words: 93727 - Pages: 375