Free Essay

Etika Ke

In:

Submitted By richardsaban
Words 3517
Pages 15
MALIM Bil. 10 (2009)

39

Kepimpinan Beretika dan Kecemerlangan Organisasi dalam Perkhidmatan Awam
ZAHARAH HASSAN1, ABU DAUD SILONG2 & NAZRI MUSLIM1 ABSTRACT
Leadership is a very important factor in determining organisations’ effectiveness. The values uphold by leaders will influence their conduct as ethical leaders or not. What are ethical behaviours? Why are they important? What are the values and behaviours that are being inculcate among public sectors workers? How is it done? What are the strategies employed to enhance ethical behaviours? Analysis shows that despite numerous efforts done by the top managements, the result are not very encouraging because there is no comprehensive plan to educate public sector employees about ethics.

KEPIMPINAN DAN PRESTASI ORGANISASI
Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah disebabkan oleh banyak faktor. Walaubagaimanapun ramai pengurus dan penyelidik dalam bidang kepimpinan dan pengurusan cenderung untuk melihat kepimpinan sebagai penyumbang utama atau penyebab langsung kepada pencapaian organisasi. Antaranya adalah Andersen (2002) yang mengatakan bahawa literatur mengenai kepimpinan secara umumnya banyak berasaskan andaian bahawa kepimpinan adalah penyebab kepada keberkesanan organisasi. Selain Andersen, Fiedler (1967) juga berpendapat, kepimpinan berkesan sering dilihat sebagai sesuatu yang amat penting dalam menerangkan atau membuat ramalan tentang kejayaan organisasi. Bennis dan Nanus (1985), menyatakan kejayaan sesebuah organisasi adalah disebabkan oleh kepimpinan. Begitu juga Yukl (1998) yang turut berpendapat, kepimpinan memberi impak yang positif terhadap kejayaan organisasi. Bertolak dari kepercayaan sedemikian, isu kepimpinan merupakan agenda penting bagi sektor swasta dan sektor awam baik di negara maju atau negara membangun. Isu ini menjadi bertambah runcing kerana persekitaran yang sentiasa berubah dan perubahan merupakan cabaran berterusan yang perlu dihadapi dan ditangani oleh pemimpin-pemimpin dalam semua sektor. Antara

MALIM Bil. 10 (2009)

40

faktor-faktor persekitaran yang menyebabkan perubahan yang berterusan adalah seperti berikut: 1. 2. 3. Kepantasan perubahan dalam teknologi terutamanya dalam ICT. Jangkaan yang makin meningkat daripada masyarakat atau pelanggan mengenai kualiti perkhidmatan yang diterima. Meningkatnya kepelbagaian dalam masyarakat dan ini memerlukan organisasi menjadi lebih inklusif dalam pendekatan mereka mengenai penyediaan perkhidmatan. Keperluan yang makin meningkat kepada organisasi yang berfokuskan prestasi. Perkongsian dan kerjasama antara berbagai organisasi dalam keduadua sektor makin mustahak dan ini memerlukan pengurusan penjaringan yang berkesan. Keperluan untuk melakukan transformasi secara besar-besaran dalam organisasi. Tekanan ekonomi atau kewangan.

4. 5.

6. 7.

Pemimpin yang dapat menangani perubahan-perubahan ini akan dapat membawa organisasi yang diterajuinya ke arah kecemerlangan. Tetapi adakah kejayaan ini akan menjadikannya seorang pemimpin berkesan? Kepimpinan berkesan juga sering dikaitkan dengan sifat, nilai dan tingkah laku yang beretika. Kepimpinan beretika adalah mustahak kerana pemimpin adalah agen perubahan dan arkitek bagi elemen-elemen penting budaya organisasi. Sikap dan tingkah laku pemimpin memberi impak kepada perlakuan anggota organisasi dan seterusnya ini akan mempengaruhi prestasi organisasi (Aronson 2001; Kanungo 2001; Trevino, Brown & Hartman 2003). Wilhelm (1996) menganggap nilai yang jelas dan kukuh sebagai characteristic teras bagi seorang pemimpin berkesan. Seterusnya beliau menambah, kepimpinan tanpa nilai boleh mengakibatkan kehancuran dan kemusnahan seperti yang dapat dilihat melalui Adolph Hitler. Kebelakangan ini minat untuk mewujud dan membangunkan kepimpinan beretika dalam organisasi semakin meningkat. Selain daripada kesan positif terhadap organisasi, keruntuhan etika di peringkat pengurusan boleh menyebabkan organisasi atau negara menanggung kos yang besar. Contohnya penangkapan beberapa orang pegawai kanan di Jabatan Imigresen kerana salah guna kuasa, secara langsung memberi kesan yang negatif terhadap negara kerana beberapa kerajaan asing mungkin mengenakan polisi baru terhadap pemegang pasport antarabangsa Malaysia yang akan pergi ke negara tersebut.

MALIM Bil. 10 (2009)

41

ETIKA DAN KEPIMPINAN BERKESAN
Walaupun berbagai definisi diberikan mengenai etika tetapi tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa semuanya bertumpu kepada satu pemahaman iaitu etika adalah sesuatu yang berkait dengan keupayaan seseorang untuk membezakan antara yang betul dan salah dan seterusnya melakukan sesuatu yang betul. Kanungo (2001) mengatakan seseorang yang mahu menjadi pemimpin yang beretika perlu terlibat dengan tingkah laku yang mulia dan memberi kebaikan kepada orang lain. Beliau juga perlu menjauhkan diri daripada perbuatan jahat yang boleh mendatangkan keburukan pada orang lain. Kebelakangan ini penyelidik dalam bidang organisasi juga mencadangkan agar perhatian yang lebih diberikan kepada integriti. Brown, Trevino dan Harrison (2005) mendefinisikan kepimpinan beretika sebagai keupayaan pemimpin mempamerkan atau menunjukkan tingkah laku yang sesuai dalam tindakan yang diambil dan juga dalam hubungan antara manusia. Beliau juga mempromosikan tingkah laku tersebut kepada subordinat atau pengikut melalui komunikasi dua hala, pelaksanaan usaha peneguhan dan juga dalam proses membuat keputusan. Mereka juga mengatakan bahawa selain daripada komponen yang disebutkan di atas, pemimpin yang beretika juga adalah telus dan terlibat dengan komunikasi terbuka di samping memberi ganjaran dan mempromosi tingkah laku beretika dalam kalangan pekerja. Dalam penulisan mengenai kepimpinan beretika, sifat yang sering dikaitkan adalah mengambil berat tentang orang lain, boleh diharap, setia, berani, bertanggungjawab, berjimat cermat, sabar dan lain-lain (Bass 1990; House & Howell 1992; Howell & Avolio 1992). Seterusnya Andre dan Velasquez (1992) membuat kesimpulan mengenai perkara ini dengan mengatakan etika sebenarnya merujuk kepada satu piawai yang mempunyai asas yang kukuh mengenai apa yang baik dan buruk yang memandu manusia mengenai apa yang boleh atau perlu dilakukan. Biasanya ia mempunyai kaitan dengan hak, obligasi, faedah kepada masyarakat, keadilan atau perkara-perkara yang baik seperti kejujuran, sikap belas kasihan dan kesetiaan. Etika dalam konteks organisasi bermaksud mengartikulasikan apa yang betul dan salah. Etika juga boleh dianggap sebagai garis panduan tingkahlaku bagi pekerja dalam organisasi. Aspek etika dalam kepimpinan organisasi dicerminkan melalui berbagai fungsi organisasi seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Pembangunan sumber manusia dalam organisasi. Penggunaan sumber organisasi yang sesuai dan berkesan. Penyediaan kualiti hidup/kerja dalam organisasi. Polisi organisasi yang berkesan. Perkhidmatan pelanggan di luar dan dalam organisasi yang berkesan.

MALIM Bil. 10 (2009)

42

Tetapi dalam dunia hari ini yang sangat pantas berubah (terutama dalam ekonomi liberal), etika bukan sahaja melibatkan pemilihan antara yang betul dan salah, tetapi juga pilihan antara dua yang betul atau di antara tidak terlalu betul dan tidak terlalu salah. Etika dan isu-isu etika sebenarnya sentiasa menjadi sebahagian dari teras mana-mana organisasi. Dalam latar organisasi juga, tingkah laku beretika dalam menjalankan tugas sering dianggap sebagai sebahagian daripada pegangan dan amalan agama yang dilakukan secara sukarela tanpa mengharap sebarang balasan. Malangnya andaian seperti ini menyebabkan perkara-perkara berkaitan dengan etika kurang diberi perhatian serius. Sebenarnya soal etika memberi kesan yang besar terhadap prestasi organisasi. Organisasi yang berorientasikan tahap etika yang tinggi mendapat banyak faedah dari tindakan tersebut. Organisasi ini mengamalkan prinsip-prinsip tertentu yang memandu mereka dalam urusan harian. Mark Pastin (dipetik oleh McNamara 2002) mengenal pasti empat prinsip yang dipegang oleh organisasi tersebut: 1. Mereka selesa berinteraksi dengan berbagai kumpulan pemegang taruh (stake holders) dalam dan luar organisasi dan mengguna pakai amalan baik daripada organisasi tersebut. Sangat mementingkan keadilan. Tanggungjawab peribadi bukan secara kolektif. Melihat semua aktiviti sebagai matlamat dan matlamat biasanya dapat mengikat organisasi kepada persekitaran.

2. 3. 4.

TINDAKAN TIDAK BERETIKA Untuk memahami peri mustahaknya kepimpinan beretika, kita patut memahami tindakan atau tingkah laku tidak beretika yang menular dalam organisasi. Memang banyak contoh-contoh perbuatan tidak beretika dilakukan oleh pegawai tinggi dalam organisasi yang akhirnya memberi kesan dan menjejaskan nama baik organisasi. Antaranya adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Terlibat dengan rasuah dan salah guna kewangan. Pecah amanah. Memanipulasi atau salah guna tenaga kerja dan lain-lain sumber untuk kepentingan peribadi. Bersikap tidak konsisten dan tidak telah (unpredictable). Membantu dan menyokong amalan yang salah. Merendahkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan dalaman dan luaran.

MALIM Bil. 10 (2009)

43

7. 8. 9.

Terlalu mengawal dan menyekat kreativiti dan kebebasan pekerja. Bersikap bakhil dalam membentuk dan melaksanakan tindakan berkaitan kebajikan dan kualiti hidup pekerja. Self-centered dan menggunakan kedudukan untuk kepentingan sendiri.

PERANAN PEMIMPIN DALAM MEMPROMOSI TINDAKAN DAN TINGKAH LAKU BERETIKA
Untuk terus berjaya dalam persekitaran yang serba mencabar ini, organisasi perlu memberi perhatian kepada isu-isu penting seperti kualiti, persaingan, keberkesanan kos dan lain-lain isu yang berkaitan. Perubahan dalam organisasi hanya berlaku bila ianya datang daripada pengurusan atasan dan bila adanya budaya yang mengizinkan. Sebab itu, kerangka etika yang boleh dijadikan pegangan oleh pemimpin organisasi mempunyai unsur-unsur nilai yang dapat menjamin organisasi terus berdaya saing. Blanchard dan Peale (1988) mencadangkan agar setiap pemimpin yang sedang berhadapan dengan persoalan etika bertanyakan diri mereka tiga soalan berikut: 1. 2. 3. Adakah perkara tersebut sah dari segi undang-undang atau peraturan? Adakah perkara ini adil bagi kedua-dua pihak? Adakah ini sesuatu yang betul? - Adakah anda selesa, berpuas hati dan bangga dengan keputusan tersebut?

Dari penerangan dan perbincangan di atas dapatlah disimpulkan bahawa antara nilai atau tindakan pemimpin yang terhasil dari kerangka etika yang baik dan dapat membantu organisasi masing-masing adalah seperti berikut: 1. Komitmen terhadap kecemerlangan. Pemimpin perlu memastikan nilai ini diturunkan ke peringkat bawahan dengan cara pemimpin sendiri menunjukkan komitmen beliau kepada kecemerlangan dalam apa sahaja yang dilakukannya. Pemimpin sebagai role model - contohnya pemimpin yang meletakkan piawai integriti yang tinggi bagi dirinya akan menjadi role model bagi semua pekerja dalam organisasi. Bersikap terbuka terhadap kritikan, kegagalan dan cadangan. Pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang dapat menerima tiga perkara tersebut dengan baik. Pemimpin yang mengamalkan tingkah laku beretika akan sentiasa mendengar dan menerima pandangan orang lain kerana dirinya juga adalah manusia biasa.

2.

3.

MALIM Bil. 10 (2009)

44

4.

5.

6. 7. 8. 9. 10.

Menghargai tugas baik /bermutu yang dilaksanakan. Ini penting kerana ianya bukan sekadar menggembirakan pekerja yang bermotivasi malah ianya memberi perangsang kepada mereka untuk terus bekerja keras dalam mencapai matlamat organisasi. Elakkan jalan pintas. Membangunkan sebuah organisasi yang baik memerlukan usaha keras. Sekiranya ia dibina melalui usaha yang jujur dan ikhlas kemungkinan untuk kekal berjaya adalah lebih kukuh. Mempertahankan kebenaran. Telus dalam semua keputusan dan tindakan. Menggalakkan hubungan interpersonal yang berkesan dalam organisasi. Memberi peluang untuk membangunkan diri kepada semua kakitangan. Menggalakkan penyertaan kakitangan dan proses demokratik dalam organisasi.

Faedah kepada organisasi dan kakitangan apabila seorang pemimpin komited terhadap etika adalah seperti berikut : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pemimpin dan kakitangan gembira dan berpuas hati. Output yang berkualiti dapat dihasilkan atau disampaikan. Persaingan yang sihat. Mendapat kerjasama daripada pihak yang berurusan kerana adanya kepercayaan. Menjadi organisasi yang dihormati dan menjadi kebanggaan negara. Mewujudkan identiti yang berbeza dan istimewa dalam pasaran.

ETIKA DALAM SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM DI MALAYSIA
Perkhidmatan awam di Malaysia dari segi definisi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan termasuklah perkhidmatan pelajaran, kesihatan, pasukan beruniform seperti angkatan tentera dan juga perkhidmatan awam negeri. Berbagai peranan dan tanggungjawab telah diintegrasikan melalui mekanisma institusiinstitusi yang berbeza yang selama ini telah berjaya memenuhi keperluan negara sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Pembahagian fungsi antara kerajaan pusat, kerajaan negeri dan majlis-majlis tempatan telah dapat menyediakan satu sistem pengurusan yang berkesan di mana perkhidmatan-perkhidmatan yang penting telah dapat diberikan.

MALIM Bil. 10 (2009)

45

Pada tahun 2005 jumlah kakitangan dalam Perkhidmatan Awam (termasuk tentera, polis dan perkhidmatan awam negeri) adalah seramai 1,041,778 orang dalam 22 jenis perkhidmatan dan 292 skim di 722 agensi (Ismail Adam 2005). Secara keseluruhannya kakitangan awam dibahagikan kepada tiga kumpulan yang dinamakan kumpulan sokongan, kumpulan pengurusan dan profesional dan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA). Dalam mekanisma yang kompleks ini kakitangan sektor awam perlu menjalankan peranan dan tanggungjawab sebagai ‘hamba’ kepada Negara (Berkhidmat untuk Negara). Pelaksanaannya adalah seperti dalam Rajah 1. Matlamat utama sektor awam adalah untuk memenuhi aspirasi negara. Untuk membolehkan agensi sektor awam melaksanakan strategi bagi mencapai matlamat masing-masing, Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai agensi pusat yang mengurus sumber manusia (dalam menjaga kepentingan awam) perlulah memastikan bahawa setiap agensi mempunyai keupayaan untuk melaksanakan misi masing-masing. Pentadbir awam yang menjalankan tugas perlu memastikan bahawa setiap masa mereka komited terhadap prinsip-prinsip berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Tidak bias pada mana-mana parti politik Piawai etika yang tertinggi Berpegang pada prinsip meritokrasi Responsif kepada kerajaan yang dipilih Kebertanggungjawaban, telus dan urus tadbir yang baik Komitmen ke atas hasil/output dan prestasi (Ismail Adam 2005: 11).

Di sepanjang tahun 80-an dan 90-an perkhidmatan awam mula melaksanakan penerapan nilai-nilai murni di dalam penyampaian perkhidmatan. Dasar dan program khusus seperti Etika Perkhidmatan Awam dan konsep perkhidmatan cemerlang, penerapan nilai-nilai Islam, Bersih, Cekap dan Amanah, Kempen Kepimpinan Melalui Teladan serta Gerakan Budaya Kerja Cemerlang merupakan antara usaha yang dilakukan untuk memastikan etika kerja dan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik. Dalam tempoh ini Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan berbagai pekeliling, program, polisi, kempen dan berbagai penerbitan berkaitan nilai dan etika kerja yang baik untuk dijadikan panduan oleh penjawat awam. Antara nilai-nilai tersebut adalah seperti yang tertera dalam Rajah 2.

MALIM Bil. 10 (2009)

46

RAJAH 1: Kerangka Pelaksanaan Pengurusan JPA

Komponen Pengurusan Prestasi Komponen Pengurusan prestasi Output Perkhidmatan Awam Kementerian & Agensi P erin gkat Persekutuan Pengukuran prestasi Matlamat

Halatuju strategik

Pengurusan prestasi strategik

Keupayaan organisasi

Kerajaan Negeri

Pengukuran organisasi

Menyampai perkhidmat -an Wawasan 2020

M en g u ru s modal insan

Kerajaan Tempatan

Pengukuran Proses S t r a t e g ik (Fungsian) Output berkualiti Pengukuran Prestasi Jab./Unit Pengukuran Aktiviti/ Outcome Pengukuran prestasi individu

Prestasi tenaga kerja

Tahap Pengukuran

Jabatan Budaya kerja Bahagian

Individu

Sumber: Ismail Adam (2005)

MALIM Bil. 10 (2009)

47

RAJAH 2: Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam

1. Nilai-nilai peribadi asas • Amanah • Bertanggungjawab • Ikhlas • Berdedikasi • Berdisiplin • Bekerjasama • Bersih • Tekun • Sederhana

2. Nilai-nilai peribadi asas • Berbudi mulia • Bersabar • Sopan santun • Peramah

3. Nilai-nilai kepimpinan • Adil • Berani • Syura

NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN 6. Nilai-nilai keagamaan • Bersyukur • Beriman • Bertakwa 5. Nilai-nilai produktiviti/kualiti • Produktiviti • Kualiti 4. Nilai-nilai profesionalisme • Berilmu • Kreatif • Inovatif • Integriti • Neutraliti • Kejujuran intelektual • Akauntabiliti • Berkecuali Sumber: INTAN (1996)

Sebenarnya penyaluran maklumat mengenai prinsip kepentingan dan isu etika dan perkhidmatan awam telah dilakukan secara bertulis atau secara lisan seperti berikut: 1. 2. 3. Surat, memo dan pekeliling. Melalui majalah, buletin, jurnal, artikel dan sebagainya. Brosur atau risalah.

MALIM Bil. 10 (2009)

48

4.

5.

6. 7. 8. 9.

Slogan, kata-kata hikmat atau bestari, pepatah dan sebagainya dan maklumat ini dipamerkan di tempat yang mudah dilihat oleh anggota organisasi. Syarahan atau kuliah semasa sesi latihan termasuk kursus induksi, kursus anjuran Biro Tatanegara dan kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Ceramah khas atau khusus. Ucapan pengurusan atasan dalam majlis rasmi jabatan. Perbincangan sesama pengurus. Perbincangan dan perbualan tidak rasmi dengan subordinat.

Walaupun berbagai usaha telah dilakukan, masih terdapat aduan dan persepsi negatif terhadap perkhidmatan awam. Malah mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi mengatakan:
Kelemahan ketara ialah imej negatif perkhidmatan awam yang dipegang sebahagian rakyat. Walaupun beberapa langkah telah diambil, perkhidmatan awam masih dianggap birokratik, lembap, tidak mesra, tidak responsif kepada keperluan rakyat, serta tidak cekap dan tidak profesional dalam menjalankan tugas. Persepsi negatif ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh prejudis lama, tetapi ia juga berasaskan kenyataan semasa. (dipetik oleh Mohd. Azhar 2007)

SITUASI SEMASA BERKAITAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Kelemahan ini adalah juga disebabkan cara pelaksanaan membudayakan etika yang telah dijalankan. Roslan dan Nik Rosnah (2008) telah meneliti tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh pengurus-pengurus perkhidmatan awam berkaitan etika dan mendapati: 1. Pengurus di peringkat bahagian, cawangan dan unit tidak memainkan peranan yang sewajarnya dalam mempromosi kepentingan etika dan integriti perkhidmatan awam, kesan negatif percanggahan kepentingan ke atas organisasi, kerajaan dan negara serta keperluan mempraktikkan nilai-nilai murni dan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab kepada anggota organisasi. Falsafah atau ideologi pengurusan atasan agensi tidak didokumenkan dan tidak juga disebarkan kepada kakitangan secara sistematik sehinggakan kakitangan tidak sedar atau tidak tahu apakah piawai atau

2.

MALIM Bil. 10 (2009)

49

3. 4.

5.

6.

7.

penanda aras yang boleh dijadikan ukuran dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Konsep kepimpinan melalui teladan tidak dipraktikkan sepenuhnya seperti mana yang diwar-warkan oleh pengurusan atasan. Pengurus atau pemimpin juga kurang berkomunikasi dengan pengurus yang lain berkenaan pendekatan dan strategi yang boleh digunakan untuk mengukuhkan prestasi pelaksanaan pendidikan etika. Pengurus-pengurus juga kurang berkomunikasi dengan subordinat berkenaan isu-isu yang berkaitan dengan etika dan integriti dalam perkhidmatan awam seperti kepentingan etika, moral dan integriti, keperluan mempraktikkan nilai-nilai murni dan pematuhan terhadap undang-undang dalam pelaksanaan tanggungjawab. Walaupun ceramah nilai-nilai murni dianjurkan oleh pihak agensi namun ianya tidak dilaksanakan secara berstruktur. Penganjuran ceramah nilainilai murni amat bergantung kepada inisiatif pegawai, sokongan ketua jabatan, kaedah mempromosi ceramah yang akan diadakan dan kesesuaian masa pihak penceramah. Elemen ini boleh mempengaruhi pelaksanaan program ceramah yang dianjurkan oleh pihak agensi. Pengurus/pemimpin tidak didedahkan atau dilatih dengan secukupnya atau sewajarnya bagi membantu pengurus melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan berkenaan pengurusan etika kerja. Sebaliknya, walaupun terdapat mesyuarat dan persidangan tentang keutuhan pengurusan kerajaan dan integriti perkhidmatan awam, namun hanya pengurus-pengurus sumber manusia dan ahli lembaga tata tertib agensi sahaja yang terlibat.

KESIMPULAN
Walaupun hari ini Malaysia sudah mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi masih terdapat penjawat awam yang masih berada di takuk lama dan memiliki minda kelas ketiga. Kebanyakan kelemahan adalah disebabkan oleh sikap, nilai dan etika kerja yang tidak baik yang akhirnya menyebabkan integriti perkhidmatan awam diragukan. Untuk mengatasi masalah ini dan juga atas tuntutan semasa, perlakuan dan etika kerja yang baik dan lebih daripada kebiasaan perlu dibudayakan oleh organisasi dalam sektor awam. Untuk itu, strategi berikut perlu digunakan: 1. Menetapkan matlamat pendidikan etika, moral dan integriti kerana ketiadaan matlamat yang jelas menyebabkan usaha atau tindakan ke

MALIM Bil. 10 (2009)

50

2.

3.

4.

5.

arah pembangunan etika, moral dan integriti anggota organisasi kurang diberi perhatian atau perhatian oleh pihak pengurusan. Wujudkan pelan strategik Pendidikan Etika, Moral dan Integriti yang komprehensif dan sistematik bagi membolehkan setiap agensi merangka pelan operasi pendidikan etika masing-masing. Pelan ini juga dapat membantu organisasi membangun, melaksana dan memantapkan program etika secara teratur. Menggubal pelan operasi pendidikan etika, moral dan integriti bagi memudahkan organisasi melaksana, memantau, menilai dan melapor program-program berkaitan etika. Walaupun agensi-agensi kerajaan mempunyai pelan latihan jangka pendek namun kursus-kursus yang dirancang lebih tertumpu kepada kursus-kursus berbentuk peningkatan kemahiran teras, kemahiran teknikal dan kemahiran fungsional. Program latihan khusus berkenaan subjek atau topik etika, moral dan integriti kurang diberi perhatian dalam perancangan latihan jangka pendek di peringkat agensi. Menyediakan blueprint tentang pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti kerana kebanyakan agensi kerajaan tidak mempunyai garis panduan tentang pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti menyebabkan usaha-usaha ke arah pembangunan dan pemantapan etika, moral dan integriti anggota organisasi kurang diberi penekanan oleh pengurus-pengurus sektor awam. Mewujudkan budaya kerja kelas pertama melalui cara berfikir dan proses pemikiran, cara menghayati serta cara bertindak.

Seorang pemimpin adalah sumber, pemberi tenaga, arkitek, catalyst dan wira bagi pekerja-pekerjanya. Mereka boleh menyebabkan banyak perbezaan ke atas prestasi pekerja dan organisasi sekiranya mereka mengamalkan kepimpinan beretika atau tidak. Kepimpinan beretika akan memberi nilai tambah kepada organisasi kerana organisasi mereka akan dihormati dan ianya boleh terus berdiri megah dalam ekonomi yang sentiasa berubah. Di samping itu, pemimpin juga perlu memberi perhatian kepada tindakan-tindakan yang tidak beretika kerana ini akan melemahkan dan merosakkan organisasi. Pemimpin dalam sektor awam terutamanya, memikul tugas yang lebih berat kerana mereka bukan sahaja menjaga kepentingan rakyat tetapi mereka juga bertanggungjawab menjaga imej dan kepentingan negara.

MALIM Bil. 10 (2009)

51

RUJUKAN
Andre, C. & Velasquez, M. 1992. Ethical relativism, Issues in Ethics, 5(2). (http:/ /www.scu.edu/SCU/Centers/Ethics/publications/iie/v5n2/relativism.html) Andersen, J. A. 2002. “What we know about leadership and effectiveness?”, Paper presented at The First International Workshop on Leadership Research, European Institute of Advance Studies in Management (EIASM), Oxford, 16-17 December. Aronson, E. 2001. Integrating leadership styles and ethical perspectives. Canadian Journal of Administrative Sciences, 18: 244-256. Bass, B.M. 1990. Bass & Stogdill’s Handbook of Leadership. New York: Free Press. Bennis, W., Nanus, B. 1985. Leaders: The Strategies for Taking Charge. New York: Harper & Row. Blanchard, K. & N. V. Peale. 1998. The Power of Ethical Management. New York: University Press. Brown, M. E., Trevino, L. K., & Harrison, D.A. 2005. Ethical leadership: A social learning perspective for construct development and testing. Organizational Behavior & Human Decision Processes, 97: 117-134. Fiedler, F. E. 1967. A Theory of Leadership Effectiveness. New York: McGrawHill. House, R.J., & Howell, J. M. 1992. Personality and charismatic leadership. The Leadership Quarterly, 3: 81-108. Howell, J.M., & Avolio, B. J. 1992. The ethics of charismatic leadership: submission or liberation? Academy of Management Executive, 6: 43-54. INTAN. 1996. Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional. Ismail, A. 2005. Public Sector Service Delivery Excellence. Research & Planning Division, Public Service Department, Malaysia. Kanungo, R. N. 2001. Ethical values of transactional and transformational leaders. Canadian Journal of Administrative Sciences, 18: 257-265. McNamara, C. 2002. Complete guide to ethics management: An ethics toolkit for managers. (http://www.mapnp.org/library/ethics/ethxgde.htm). Mohd Azhar, H. A. 2007. Membudayakan Kerja Kelas Pertama. Teks ucapan perhimpunan bulanan JPA Mac 2007. Roslan, M. & Nik Rosnah, W. A. 2008. Pendidikan Etika, Moral dan Integriti dalam Organisasi Sektor Awam di Malaysia. Jurnal Pengurusan Awam, Jilid 7, Bil 1, Jun 2008. Trevino, L. K., Brown, M., & Hartman, L. P. 2003. A qualitative investigation of perceived executive ethical leadership: Perceptions from inside and outside the executive suite. Human Relations, 56: 5-37.

MALIM Bil. 10 (2009)

52

Wilhelm, W. 1996. Learning from past leaders. In Hesselbein, F., Goldsmith, M. and Beckhard, R. (eds.). The Leader of the Future, pp. 221-226. San Francisco: Jossey-Bass. Yukl, G. A. 1998. Leadership in Organizations. New York: Prentice-Hall.

1

Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia
2

Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia

P

Similar Documents

Free Essay

Emperor and the Assassin

...Read the ‘Biography of Ching K’o’ (Jing Ke) and identify one or two incidents that are used/not used in the film, and make an argument as to whether the inclusion/exclusion is desirable, artistically or thematically, (for instance, whether it is a good choice to eliminate the incidents that show the assassin is not a good swordsman). You may also find in the film the incidents that are not in the Biography and comment on the addition in the same aforementioned manner. The movie “Emperor and Assassin” is a movie filmed by the famous director Zhang Yi Mou in the 90s. It portrays  the assassin Jing Ke's attempt to kill Ying Zheng, the emperor of Qin as a humanitarian act. In the movie, after Ying Zheng conquers the state of Zhao, he kills all the children in the fear that they might grow up to take revenge on him. This breaks the heart of his wife, Lady Zhao, who was a citizen of Zhao. Seeing the heartbroken Lady Zhao and all the children’s corpses, Jing Ke, who at first refuses to perform the assassination because of his vow to never kill, decides to accept the mission because he does not want to witness any more premature deaths. Although there is no evidence in history suggesting that Jing Ke accepted the mission for a humanitarian cause, the movie seems to interpret it as if he did. Jing Ke’s assassination fails. The imperial doctor Xua Wu Ju strikes him with a medicine bag and injures him, which gives Ying Zheng the chance to strike back and finish him. As an elite...

Words: 398 - Pages: 2

Free Essay

A Journal for My Literature Class

...Shaquisha Barrow September 26, 2012 Journal #10: The Lone Ranger and Tonto Fistfight in Heaven Intro to Lit 1. I got very confused when I was searching for the original “Lone Ranger and Tonto” because I saw different versions of it and I wasn’t sure which was which. I did however, find the definition of “Tonto”, which means silly or dumb and “Ke-mo sah-bee which means trusty scout. I believe that the narrator was Tonto in society’s eyes. The narrator couldn’t even go into a certain part of town without people calling the police because he looks “suspicious”, or walk in a store to get a few snacks without people being scared of him. I believe that heaven represents America and the “American dream” which, to me, is to have freedom, happiness, and wealth. The narrator along with the other Native Americans on the reservation, symbolizes Tonto, he trusts his girlfriend (The Lone Ranger), to help him better himself and reach the American dream but instead she, along with help from others, knock him down and stop him from reaching his dream. The woman that he loved was supposed to be there to help him and encourage him but instead they always clashed and argued. The narrator said that they never physically fought, but she always knew what to say to hurt him. Based on my experiences, most of the people we attach ourselves to, know how to hurt us the most. I think that society as a whole was a symbol of the Lone Ranger. The narrator just wanted to live his life like a regular American...

Words: 1393 - Pages: 6

Premium Essay

Symbolism In The Lone Ranger And Tonto Fistfight In Heaven

...The Lone Ranger and Tonto Fistfight in Heaven is a novel written by Sherman Alexie. The novel consists of short stories about Native Americans' lives. Sherman Alexie uses symbolism throughout the novel. In The Lone Ranger and Tonto Fistfight in Heaven, women--including Victor's mother, the aunt in "The Fun House," and Norma Many Horses--are symbols of strength. In the novel The Lone Ranger and Tonto Fistfight in Heaven, Victor's mother is one of the women who symbolizes strength. In the chapter "Jimi Hendrix," when Victor's father wrecked his bike, he was in the hospital for two months, and Victor's mother visited him every day until he recovered although she and Victor's father were split up. The narrator, Victor, states that "even though my mother didn't want to be married to him anymore and his wreck didn't change her mind about that, she still came to see him every day" (33). The narrator explained that it wasn't necessary for Victor's mother to go to the hospital every day to visit Victor's father, but that she did it out of the goodness of her heart. When Victor's mother went to visit Victor's father at the hospital, it symbolized that his mother was a strong figure. Although she and Victor's father were split up, she still felt the need to be by his side and to support him through his recovery. Women, like Victor's mother, are symbols of strength in the novel The Lone Ranger and Tonto Fistfight in Heaven. Another woman who symbolizes strength in The Lone Ranger and Tonto...

Words: 704 - Pages: 3

Premium Essay

And Tonto Fistfight In Heaven 'And Separation Anxiety'

...“The Lone Ranger and Tonto Fistfight in Heaven” by Sherman Alexie and “Separation Anxiety” by Evie Shockley discuss the complications of identity while living in worlds of different cultures. Victor is the main character of “The Lone Ranger and Tonto Fistfight in Heaven” and he has an identity crisis throughout the story since he lives in the city but is from the Indian reservation. He identifies not only as a Native American, but he lives in a community surrounded by mostly Caucasian people which makes him feel out of place. He feels that he does not belong in the reservation and also does not belong in the big city. The narrator, Peaches, in “Separation Anxiety” identifies herself as an African American and lives in a community where everyone is African American this leads her to know who she is without the same confusion that Victor has. She lives the history and culture the same as everyone around her. She does decide to leave the community in order to give her dance a future and show other communities who she is. Both of these stories have a theme of identity through history, culture, and societal pressures but the main character has alternate views of their identity. Victor in “The Lone Ranger and Tonto Fistfight in Heaven” and Peaches in “Separation Anxiety” are discovering their identity while being involved in two different societies, but Victor has more difficulty identifying which society he belongs to as he has pieces of himself in both. In “The Lone Ranger and Tonto...

Words: 1651 - Pages: 7

Free Essay

Hum Hain Rahi Pyaar Ke

...Hum Hain Rahi Pyar Ke From Wikipedia, the free encyclopedia Hum Hai Rahi Pyar Ke HumHainRahiPyaarKe.jpg DVD cover Directed by Mahesh Bhatt Produced by Tahir Hussain Screenplay by Aamir Khan Robin Bhatt Story by Robin Bhatt Starring Aamir Khan Juhi Chawla Master Sharokh Kunal Khemu Baby Ashrafa Music by Nadeem-Shravan Cinematography Praveen Bhatt Editing by Sanjay Sankla Distributed by T V Films Release date(s) July 23, 1993 Running time 155 min. Country India Language Hindi Hum Hain Rahi Pyar Ke (Hindi: हम हैं राही प्यार के translation: We Are Travelers on the Path of Love) is a 1993 Bollywood film directed by Mahesh Bhatt, produced by Tahir Hussain and with a musical score by Nadeem-Shravan. It stars Aamir Khan and Juhi Chawla. The film is a remake of the Hollywood film Houseboat (1958), starring Cary Grant and Sophia Loren. The film fetched the Filmfare Best Actress Award for Juhi Chawla, and director Mahesh Bhatt won the 1994 National Film Award - Special Jury Award. The film also won the Filmfare Best Film Award. It was generally alleged during the time that the movie was ghost-directed by Aamir Khan because Mahesh Bhatt did not show up at the sets several times.[1] The film was Super hit at the box office. Contents [hide] 1 Synopsis 2 Cast 3 Songs 4 Awards 5 References 6 External links Synopsis[edit source] Rahul Malhotra (Aamir Khan) is the caretaker of a garment company that has a pending order of two lakh shirts to Mr Bijlani. Rahul...

Words: 1153 - Pages: 5

Free Essay

The Dissolution of Ethical Decision Making Terjemahan

...Decision-Making in Organizations: A Comprehensive Review and Model Ralph W. Jackson, Charles M. Wood. James J. Zboja Abstrak Tujuan dari penelitian ini adalah untuk menyajikan faktor utama yang menyebabkan pemutusan etika dalam suatu organisasi. Secara khusus, menggambarkan berbagai spektrum sumber, penelitian ini mengeksplorasi dampak organisasi, individual, dan faktor kontekstual yang bergabung untuk berkontribusi dalam pembubaran etika. Mengakui bahwa etika keputusan, dalam analisis akhir, yang dibuat oleh individu, Penelitian ini menyajikan model pembubaran etika yang memberikan wawasan tentang bagaimana sejumlah elemen bergabung untuk menarik individu ke dalam keputusan yang mengakibatkan kehancuran etika dari suatu organisasi yang sehat. Enron, Tyco dan WorldCom tidak terjadi dalam kekosongan. Tidak bisa debacles seperti penjelasan sederhana satu atau dua individu yang merusak secara moral. Pemutusan etika yang terjadi di perusahaan-perusahaan ini terjadi selama periode waktu, melibatkan berbagai individu baik di dalam dan luar organisasi, dan membawa ledakan itu perusahaan dari layak. Yang ingin memperluas hasil karya penelitian sebelumnya, penelitian ini mencoba mengaitkan bersama untuk menetapkan dari fator yang berbeda menjadi keterangan kohesif pemutusan etika dalam organisasi. Pendahuluan Contoh perilaku tidak etis dan perusahaan yang ilegal sudah di mana-mana dan melegenda. Sedangkan beberapa kali contoh seperti Enron, Tyco, WorldCom, DynCorp, dan Bernie Madoff telah...

Words: 10776 - Pages: 44

Free Essay

National Integrity Plan

... | |Abstraks | | | |Gerakan pemantapan integriti yang dipacu oleh PIN dan dikoordinasikan oleh IIM ialah suatu gagasan yang semakin menawan imaginasi | |pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Ia sedang menjadi suatu kekuatan masyarakat bagi mengurus kejayaan dan mengatasi kelemahan | |dengan berkesan. Pelancaran PIN dan penubuhan Institut ini akan menjadi pendorong terbesar ke arah pencapaian matlamat gerakan | |pemantapan integriti. Kesemua ini akan membolehkan Malaysia secara teratur melangkah ke hadapan untuk mencapai cita-cita menjadi | |sebuah masyarakat maju menurut acuan sendiri, serta membinanya menjadi lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang. | | | |MUKADDIMAH | | | |1. Definisi Integriti...

Words: 2727 - Pages: 11

Free Essay

Ethics

...ETIKA DALAM BISNIS ANDERSON GUNTUR KOMENAUNG Fakultas Ekonomi dan Magister Ekonomi Pembangunan Universitas Sam Ratulangi, Manado Email: komeguntur@yahoo.com ABSTRACT Ethics is a branch of philosophy related with kindliness or rightness or morality of behavior of human being. In this understanding ethics interpreted as rules which cannot be impinged from behavior which accepted by society as well or bad. While determination of good and bad is a problem always change. Ethics of business is standards of value becoming reference or guidance of manager and whole employees in decision making and operate business which ethics. Ethics paradigm and business is world differ its time has come altered to become ethics paradigm related to business or synergy between ethics and profit. Exactly in tight competition era, company reputation which good and based on by business ethics is an advantage competitive which difficult to be imitated. Therefore, ethics behavior is needed to reach long-range success in a business. Key Words: Ethics, Business, Moral ABSTRAK Etika adalah suatu cabang dari filosofi yang berkaitan dengan ”kebaikan (rightness)” atau moralitas (kesusilaan) dari perilaku manusia. Dalam pengertian ini etika diartikan sebagai aturan-aturan yang tidak dapat dilanggar dari perilaku yang diterima masyarakat sebagai baik atau buruk. Sedangkan Penentuan baik dan buruk adalah suatu masalah selalu berubah. Etika bisnis adalah standar-standar nilai yang menjadi pedoman atau acuan manajer...

Words: 5457 - Pages: 22

Free Essay

Alcoa Began Under the Name of the Pittsburgh Reduction Company in 1888, Changing Its Name to the Aluminum Company of America (Alcoa) In1907

...Alcoa began under the name of the Pittsburgh Reduction Company in 1888, changing its name to the Aluminum Company of America (Alcoa) in1907. The company was originally founded on a $20,000 investment to capitalize on Charles Martin Hall’s invention to smelt bauxite ore into the metal known as aluminum. Within a few years, Alcoa had developed into a model of large-scale vertical integration with control over all the inputs to aluminum production. Since its inception, Alcoa has had a very strong values-based culture. Employees learned early in their careers that very decision they made and everything they did must be aligned with the company’s values. In 1985, Fred Fetterolf, then president, decided the company needed to document the values that all employees must live by; Integrity; Environment, Health, and Safety; Customer; Accountability; Excellence; People; and Profitability. (In 2012, Alcoa slightly revised its core values – Integrity; Environmental; Health and safety; Excellence ; Respect and Innovation) In the 1990s Alcoa’s CEO, Paul O’Neil, communication his answering belief in the importance of health and safety-one of the company’s core values. As is the case with many large organizations, Alcoa had implemented a global ethics and compliance program, and focus on health and safety was interwoven through the company’s program. The Alcoa program included all the basic elements specified in the U.S Federal Sentencing Guidelines and Sarbanes –Oxley Act. Alcoa had...

Words: 2344 - Pages: 10

Free Essay

Explain Why the Circle Network Might Be Most Effective Way to Organise Member Forums

...Pengenalan. Konfusianisme bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia. Confucius merupakan seorang ahli fikir serta ahli falsafah sosial yang termasyhur di China. Konfusianisme diasaskan oleh Kong Fu Tze yang lahir di negara China pada tahun 551 SM Kong Fu Tze merupakan seorang yang bijak sejak kecil lagi dan terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baru ketika berumur 32 tahun. Konfucius banyak menulis buku-buku moral, sejarah, kesusasteraan dan falsafah yang banyak diikuti oleh penganut ajaran ini. Kong Fu Tze meninggal dunia pada tahun 479 S.M. Konfucius tidak menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu tetapi yang dipentingkan ialah setiap manusia perlu berusaha menjadi baik. Konfucius disembah sebagai seorang dewa dan agama baru tetapi dia sebenarnya adalah manusia biasa. Pengagungan yang luarbiasa kepada Konfucius telah menukar falsafahnya menjadi sebuah agama dengan mengadakan perayaan-perayaan tertentu bagi mengenangkannya. Falsafah Confucius menekankan prinsip moral peribadi dan politik, ketepatan hubungan sosial, keadilan dan keikhlasan. Nilai-nilai ajarannya terkenal di China, sewaktu zaman dinasti Han. Fikiran Confucius telah diperkembangkan menjadi sebuah sistem falsafah yang luas dan lengkap. Ia digunakan sejak zaman dinasti Han sebagai faham ortodoks maharaja, dan yang kini digelarkan Konfusianisme. Falsafah ini diperkenalkan kepada Eropah oleh Jesuit Matteo Ricci yang merupakan orang...

Words: 2558 - Pages: 11

Free Essay

Ethic

...Kasus Etika : AMEX Products "Saya belum pernah merasa sedemikian terkejut selama hidup saya !" ujar Riffe, manajer kantor AMEX Products di Palo Alto, California. "Saya tidak pernah berpikir bahwa hal ini dapat terjadi kepada kita. Kita adalah organisasi yang sangat ketat di mana semua orang mempercayai orang lain. Mengapa, orang-orang di AMEX merasa seperti keluarga ! Saya merasa dikhianati." Riffe baru saja kembali dari persidangan Melissa Price, yang telah dihukum karena menggelapkan lebih dari $600.000 dana AMEX selama periode lebih dari enam tahun. Price merupakan salah seorang karyawan AMEX yang paling dipercaya selama 10 tahun. Sebagai orang tua tunggal dengan dua remaja putri, Price bertahan dengan usahanya sendiri, dan berhasil masuk ke komunitas universitas di mana dia memperoleh gelar sarjana dalam bidang akuntansi. Riffe mempekerjakannya sebagai pemegang pembukuan paruh waktu di AMEX ketika Price rnasih kuliah untuk membantunya. Dia melakukan pekerjaannya dengan baik sehingga, ketika dia lulus, Riffe memintanya untuk tetap bekerja di perusahaan dan memberikannya peran tambahan sebagai kasir, yang bertanggung jawab untuk mengumpulkan penerimaan kas harian dari pelanggan dan membawanya ke tempat penyimpanan malam hari di bank setiap hari setelah selesai kerja. Selama beberapa tahun, Riffe juga telah menaikan gaji yang bagus, memberikannya kompensasi pada tingkatan yang secara umum lebih tinggi dari karyawan lain dengan tingkat pendidikan dan pengalaman yang sama dengannya...

Words: 1402 - Pages: 6

Free Essay

Mravni Ctnosti

...1 MRAVNÍ CTNOSTI – ETICKÉ 3.1 PŮVOD MRAVNÍCH CTNOSTÍ Mravní i rozumové ctnosti mají svůj původ. Aristoteles uvádí: „Je-li dvojí ctnost, jedna rozumová a druhá mravní, má ctnost rozumová vznik a růst většinou z učení, proto potřebujeme zkušenosti a času, kdežto ctnost mravní (étniké) vzniká ze zvyku, odkud obdržela i jméno, které se jen málo odlišuje od slova ‚zvyk‘ (ethos).“ Etická zdatnost tedy vzniká ze zvyku. Nelze získat učením anebo cvičením a není ani vrozená. Mravní ctnosti nám nejsou dány od přirozenosti, což Aristoteles ilustruje na následujícím výroku: „Žádná mravní ctnost nám není dána přirozeně; neboť nic z toho, co jest přirozeně, nemůže býti zvykem změněno, na příklad kámen, který se přirozeně pohybuje směrem dolů, nemůže býti navyknut, aby se pohyboval směrem nahoru, i kdyby někdo tisíckrát jím házeje jej tomu zvykal, a zrovna tak ani oheň nemůže býti navyknut, aby se pohyboval dolů, aniž vůbec co jiného si navykne na něco, co by bylo proti jeho přirozenosti.“ Tyto ctnosti nejsou ovšem ani proti přirozenosti. Člověk má jen jakousi vlohu pro jejich získávání a zvykem se pak dokonávají. Získáváme je v praktickém životě a ztrácíme ji zanedbáváním. Etická zdatnost si zachovává svůj počátek a učí nás správně smýšlet a konat. Proč by měl ale dobrý člověk jednat ctnostně? Aristoteles by nejspíše odpověděl, že krásné skutky se dělají kvůli „krásnu“. Konečným účelem (cílem) ctnosti není „střed“, ale to, co je šlechetné (krásné). Šlechetné (krásné) chování...

Words: 3441 - Pages: 14

Free Essay

Business and Organization Seminars

...INTERNATIONAL MANAGEMENT IN GARUDA INDONESIA Membahas Manajemen internasional akan mendiskusikan interaksi sosial diantara orang multi etnik dan organisasi dalam era globalisasi dan teknologi informasi untuk lebih memenuhi kebutuhan individu, grup, organisasi dalam pemahaman yang lebih luas. Lecture on international will discuss social interaction among multi ethnic people and organization within globalization era and information technology to further meet individual need, group, organization in broader understanding. Managemen dalam semua kegiatan bisnis dan aktivitas organisasi kegiatan mendapatkan orang bekerja sama untuk menyelesaikan tujuan dan obyek yang diinginkan menggunakan segala sumber daya secara efisien dan efektif. Managemen terdiri dari perencanaan, pengorganisasian, penyusunan staf, kepemimpinan, pengarahan, dan pengawasan suatu organisasi (sebuah grup yang terdiri dari satu atau lebih orang atau perusahaan) Sejak organisasi dapat dipandang sebagai system, managemen dapat didefinisikan sebagai kegiatan manusia, termasuk mendesain, untuk memfasilitasi produksi hasil yang berguna dari sistem Since organization can be viewed as system, management can be defined as human action, including design, to facilitate Three of rule management is managing business, managing managers, managing workers and work. Tiga Peran manajemen ada 3 yaitu mengelola bisnis, mengelola manajer, mengelola pekerja dan pekerjaan Unsur-unsur umum/aspek-aspek pokok proses MBO yang efektif:...

Words: 1212 - Pages: 5

Free Essay

Accounting

...disahkan pada tanggal 3 Februari 2014. PMK tersebut merupakan terjemahan dari UU 34/1954 yang mengamanatkan kepada Menteri Keuangan untuk mengatur lebih lanjut mengenai kebijakan pelaksanaan untuk pemakaian gelar akuntan. Dengan terbentuknya ASEAN Economic Community 2015, kawasan ASEAN akan menjadi kawasan ekonomi yang sangat kompetitif dan terintegrasi ke dalam ekonomi global, sekaligus tumbuh sebagai pasar bebas dan basis produksi yang terintegrasi. Pasal 19 PMK tentang Akuntan Beregister Negara menyebutkan bahwa sertifikat akuntan profesional diberikan kepada seseorang yang telah lulus ujian profesional dan memenuhi persyaratan yang ditentukan asosiasi profesi akuntan, dalam hal ini IAI. Dengan begitu, pemegang CA sebagai akuntan profesional teregister akan menjadi motor profesionalisme akuntan dan memiliki daya saing tinggi di kancah regional maupun global, serta bisa membawa Indonesia memimpin di era pasar tunggal ASEAN tersebut. Tak bisa dipungkiri, Indonesia kini termasuk salah satu negara dengan perekonomian terbesar di dunia. Bahkan dalam sepuluh tahun, Indonesia diproyeksikan menjadi negara dengan perekonomian terbesar ke-10 di dunia. Dampaknya, tingkat akumulasi modal akan meningkat tajam di tahun-tahun kedepan. Pada gilirannya, akumulasi kekayaan yang terjadi secara merata di seluruh wilayah Indonesia, akan menuntut peran aktif akuntan profesional untuk mengelola dan mempertanggungjawabkan akumulasi kekayaan tersebut. Dengan demikian, sudah menjadi keniscayaan, akuntan...

Words: 2212 - Pages: 9

Free Essay

Ucapan Ksn

...uca |TEKS UCAPAN | |KETUA SETIAUSAHA NEGARA | |SEMASA LAWATAN KE MALBATT 2 DI TIBNIN LUBNAN | |PADA 21 JANUARI 2011 | | | | | |Bismillahirrahmanirrahim | | | |Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera | | | |Yang Berbahagia Datuk Dr Ismail bin Ahmad ...

Words: 809 - Pages: 4